Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, November 13, 2017

Menu puree & bubur untuk baby 6 bulan dan keatas (Ajda's weaning journey)

Assalamualaikum


Harini ummi nak share pasal Ajda's weaning journey. Sorrylah eh, Ajda dah 1year 6 month barulah ummi dapat nak update pasal cerita dia weaning. Padahal dah 1 tahun berlalu hehe.

Ok jom flashback kepada zaman Ajda berumur 6 bulan. Masa tu, kami bertiga stay di Lido Residency Cheras. Ummi houseman di PPUKM dan abi baru pindah ke KKM Putrajaya dari HTAA Kuantan. Takde maid, semua housechores kami berdua buat sendiri. Ajda kami hantar ke rumah babysitter (thankyou mak Farah jagakan Ajda dgn begitu baik!) di Batu 10 Cheras. Bila ummi oncall, my sis in law akan datang teman husby jaga Ajda (thankyou cikna!). Masa tu condo kitorang mengadap KLCC tau. Balik rumah walaupun penat lotai tapi bila tengok muka Ajda, muka Abi, tengok KLCC (pehal tetiba) rasa macam bersemangat dan hilang rasa semua penat :')

Bila Ajda dah nak masuk 6 month, nak start weaning, ummi adalah insan yang paling excited gila dan gila. Ya memang gila, bukan typo.  Sebab setiap kali postcall, dengan mengantuknya, sanggup ummi meredah jem sebab nak merayau kat mall untuk cari cutlery & feeding set yang comel-comel untuk Ajda hehe. And....semua makanan Ajda adalah homemade, ummi masak sendiri tau. Ini namanya gigih hikhik.


Decided to settle down with NUBY. Masa ni ada sale 20% kat Parkson Nu Sentral. Itu pasal beli the whole Nuby feeding set :)


High chair abi belikan untuk Ajda dekat Aeon Maluri, brand Sweetcherry. Mulanya nak beli IKEA tapi yang ni lebih sturdy. Tak sangka design Sweetcherry comel & kualiti macam ni. Bagusnya high chair ni sebab table tu ada tray (Orange). Kalau kotor, boleh angkat and basuh the tray je.


MENU HOMEMADE PUREE

Masa Ajda 6 - 8 month, ummi start bagi homemade puree.

Antaranya adalah :
  • Puree labu (pumpkin)
  • Puree keledek (sweet potato)
  • Puree pisang (banana) 
  • Puree lobak (carrot)
  • Puree kurma (dates)

Cara-cara : 
  • Potong bahan bersaiz dadu, untuk kurma buang biji.
  • Steam bahan. 
  • Bila dah lembut, blend atau mash.
  • Add on a lil bit of water/ebm to get the consistency that you desire. 

Tips : 
Steam dalam periuk nasi je, cepat. Toksah kalut nak guna steamer bertingkat tu. 
Puree banana tak perlu steam, mash je.
Tambah ebm instead of water lebih bagus!
Tapis bahan blend, terutama sweet potato sebab banyak urat. Nanti baby tercekik hehe.


 Puree pumpkin. Tambah ebm sikit bagi cair. Ajda suka sangat!


Puree sweet potato. Ni pon sangat sedap sebab manis! Ummi mash guna Nuby's Steam & Mash set.


MENU BLENDED PORRIDGE

Masa Ajda 8 - 10 month, ummi start bagi homemade blended porridge.

Antaranya adalah :
  • Porridge + chicken + carrot + spring onion
  • Porridge + anchovies + celery + spinach
  • Porridge + dory fish/salmon + spinach + tomato
  • Porridge + anchovies + zucchini + pumpkin

Cara-cara : 
  • Masak bubur nasi
  • Masukkan semua bahan dalam bubur nasi
  • Bila dah masak, tutup api, tunggu sejuk dan blend
  • Tambah air jika bubur terlalu pekat
Tips :
Lebih jimat masa kalau masak bubur guna lebihan nasi daripada guna beras.
Style ummi adalah bubur nasi + 1 protein (ayam/ikan) + 2 sayuran. Guna je sayur apa-apa yang ada dalam fridge. 
Tambah olive oil untuk bagi anak gemuk sikit hihi.



Blended porridge ni memang sedap gilo. Nak nak masa ko baru lepas blend, semua ingredient mixed in together..memang wangi! Ni ummi blend untuk stock seminggu


FROZEN FOOD STOCK

Untuk mommy yang bekerja, adalah tidak bijak untuk memasak bubur nasi setiap pagi kerana ianya time consuming. Macam ummi dulu, pukul 6.30 pagi dah perlu ada di hospital. Jadi ummi perlu bertindak kreatif serta menjimatkan masa. 

Maka ummi telah buat frozen food stock untuk Ajda selama seminggu. Biasanya ummi akan buat 2 menu supaya Ajda tak boring makan benda yang sama untuk seminggu hehe. Memang menjimatkan masa!  Pagi-pagi ummi cuma perlu packkan Ajda 2 cube je from the freezer. One for breakfast & one for lunch. 


 Korang cuma perlu beli freezer food tray / mini freezer cubes je untuk frozenkan blended porridge/puree tadi. Macam dalam gambar ni adalah mini freezer cubes. Yang ni senang sebab individual portion. Just ambil je berapa cubes yang diperlukan untuk berapa kali makan. Ummi dulu suruh babysitter thaw kan dalam air panas, so by the time nak makan dah cair dah blended porridgenya :)


Nuby Freezer Tray. Yang ni leceh sikit sebab kena pop up 1 portion from the tray then kena masuk container lain untuk makan. Bila nak hantar ke babysitter tu memang renyah sebab ada banyak steps. Freezer tray ni sesuai kalau nak makan kat rumah je.


Sayang ummi bambam makan homemade food ummi prepare dulu. Bila kita prepare makanan untuk anak, sambil-sambil tu kita selawat, kita doa..agar anak jadi anak yang solehah, sihat dan pandai. Inshaallah!

Hope that helps!
Please share your child's weaning journey at the comment section :)


Thank you for reading this entry !

Friday, November 10, 2017

Panduan Makanan Baby 6 bulan dan keatas (Weaning)

Assalamualaikum


Ummi nak share tentang menu makan Ajda. Ajda sekarang berumur 1 year 6 month old. Ajda ni takdelah kuat makan mana, tapi alhamdulillah bukan picky eater.

Ummi start bagi Ajda makan when she was 6 month old. Start dengan homemade puree, kemudian by 8 months dah start makan blended porridge with chicken/meat/fish & vege. Bila gigi Ajda dah banyak, around 10 months macam tu, ummi bagi Ajda makan soft-solid macam babypasta. Bila Ajda dah 1 year old, ummi memang kasi family meal. Apa ummi makan, suap Ajda sekali hihi.

Jangan lupa 3-days-rule ya mommy to rule out any allergy. Maksudnya, setiap kali kita introduce new food, mommy bagi food itu sahaja tanpa campur bahan lain selama tiga hari. Contohnya, kita bagi chicken porridge. Jangan campur anchovies or meat sekali..kalau anak develop allergy..mommy tak tau who's the culprit. Allergy reaction yang mungkin terjadi adalah seperti naik ruam-ruam gatal, muntah atau cirit birit secara tiba tiba, atau mungkin sesak nafas. Kalau lepas makan tu, dalam masa 30 min - 1 hour terjadinya symptom macam diatas..maksudnya allergic lettew.


Ini antara contoh food yang mommy boleh introduce dekat anak. Sebab ni US punya jadi depa start bagi makan since 4 month old. Mengikut Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, kita kena start bagi makan at 6 month old ye. Kalau ada sayur atau buah dalam gambar ni yang susah nak cari kat grocery store (baca : blueberry, apricot) tak perlu gigih mencari ye. Sila bertenang dan cari sayuran serta buah-buahan khatulistiwa.



Ummi nak share some Weaning tips 😆😆


1. Homemade food is always the best
Less salt, sugar and preservatives
2. Tambah garam & gula hanya apabila anak mencapai umur 1 tahun dan keatas
Tambah sedikit sahaja sebagai perasa. Kalau letak banyak nanti anak dah besar kuat masin!
3. Perkenalkan sayuran sebanyak mungkin
Baby ada taste bud memory. Bila dah terbiasa makan sayur sejak kecil, nanti dah besar dia takde masalah nak makan sayur. Ajda sejak baby dah makan tomato dan timun. Sekarang ni pantang ummi makan nasi lemak..dia mintak timun.
4. Ajar anak duduk di high chair ketika makan
Displinkan anak tentang table manners. Jadi anak akan faham bahawa setiap kali meal time dia perlu duduk di high chair dan makan
5. Makan bersama family
Bila anak tengok seluruh ahli keluarga makan sekali, dia akan excited untuk makan.
6. Sulamkan dengan air kosong
Always, always sediakan sippy cup ketika anak makan sebab kadang kadang diorang ni kunyah laju-laju lepas tu high risk untuk aspiration!
7. Ajar anak makan family meal ketika dia mencapai umur 1 tahun
Senang untuk parents. Bila bawak anak jalan jalan dah tak perlu sediakan bekal lagi sebab anak akan makan apa yang kita makan.



Ajda masa 6 month old. Makan blended plain porridge :) Bulatnya anak ummiiii


 Ajda 1 year 5 month old. Makan Hor Fun dekat Old Town dengan Mamaja!

Ajda 1 year 6 month old. Makan bolognese pasta dekat San Fransisco Coffee.

Throwback homemade food masa Ajda below 1 year old. Ni blended porridge + chicken + spring onion. Ummi buat stock for 1 week and frozenkan!


Dont make it hard and burdening for you mommy. Bagi je anak makan apa yang uolls biasa makan dekat rumah. Janji bernutrisi dan sihat. Tak perlu nak beli sayur-sayur import, organic oats, gluten-free flour kalau anak uolls takde sebarang allergy. Nanti anak dah besar, dia makan kat kantin sekolah, mana ada sayur-sayur import tu bagaiii. Just be realistic!

Nak ummi share menu homemade food Ajda masa dia less than 1 year old? Walaupun aku houseman dan takde maid time tu, tapi still mampu bekalkan Ajda dengan homemade food bila hantar ke babysitter setiap hari. Yang penting time management hihi!



Thank you for reading this entry!


Friday, September 15, 2017

5 Tips Memandu Kereta di Jepun

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi dalam entry Hokkaido. Masa tengah serabut susun-susun itinerary, aku mendapati ada banyak tempat di Hokkaido yang not accessible by train or bus. Aku punyalah struggle study subway di Hokkaido, alih alih aku baru perasan yang sampai kiamat pon takkan sampai kalau takde subway kat kawasan tu ! FYI, Hokkaido ni macam New Zealand. Scenery yang lawa-lawa tu jauh dari bandar, semestinya kena drive untuk ke outskirt area. Barulah puas bila kita boleh pullover dan snap picture bebila masa kita nak kan?

Seperti semua sedia maklum, taxi amatlah mahal. Cubaan untuk mendownload apps UBER JAPAN pula gagal kerana ia tak pernah wujud. Sengal betul. Nak naik bas boleh, tapi down point dia adalah, aku illiterate di sana. Walaupun aku pelajar cemerlang SPM, tapi aku ibarat insan yang lemah di sana kerana taktau baca dan bercakap. Jadi option yang terbaik adalah dengan memandu kereta.




Antara tempat yang aku randomly drive and pull over sesuka hati untuk snap picture!



Mari sini aku kongsikan :

5 TIPS MEMANDU KERETA DI JEPUN !




Toyota compact car, tak tau model apa. Jimat minyak!


1. LESEN MEMANDU INTERNATIONAL
Ya Jepun nak kau punya International driving license ye. Lesen Malaysia kita yang biasa tu TAK VALID. Masa aku pergi Melbourne dulu, omputih tu nak lesen Malaysia je. Tapi Jepun nak jugak International driving license. Tapi jangan risau senang je nak buat lesen memandu antarabangsa ni. Ko pergi JPJ, bawak 1 gambar passport pastu bayar RM150. Siap immediately.




2. CAR RENTAL
Ko boleh try sewa kereta online di rentalcars.com (ini terbaik) atau boleh walk in di mana-mana car rental. Antara car rental yang famous di Sapporo itu hari adalah Toyota-Rent-a-car, Nissan-Rent-a-car & Times car rental. Aku sewa di Toyota-Rent-a-car, Odori Station. Office dia terletak di tingkat B2F dalam bangunan Odori Station tu. Memang senang nak cari sebab station pertukaran subway adalah di Odori Station. Cara nak sewa kereta pon senang je, walaupun staff tu tak reti cakap English. Aku guna bahasa chick-duck pon mampu untuk sewa kereta dengan jayanya ahaks! Nah korang boleh ikut formula sis :


  • Durasi : First korang bagitau duration nak sewa kereta. Nanti dia akan tunjuk jadual harga sewa kereta mengikut jam dan hari.
  • Jenis : Hybrid, compact, SUV? Bergantung berapa ramai penumpang korang
  • Insuran : Sila ambil insuran! Kemalangan tidak berbau...apatah lagi di negara orang. Kos untuk repair kereta di Japan adalah sangat mahal. Begitu juga dengan kos perubatan. Aku ambil DOUBLE PROTECTION insurans yang cover both pemandu & kereta.
  • Waktu & tempat pulangan : Decide pukul berapa nak ambil dan pukul berapa nak return kereta tu. Kerana korang di Jepun maka sila ikut janji Jepun ya. Akak haritu pulangkan kereta 1 jam awal okay demi menjaga nama baik Malaysia. (BACA : kontroversi tahi di shower). Kalau korang decide untuk pulangkan kereta di branch lain, akan ada charge tambahan yang dikenakan.


Yang belah kiri tu jadual harga sewa kereta. Belah kanan tu wallahualam hikhik.


Suasana memandu di Jepun. Semua orang sangat berhati-hati dan langsung tidak menggunakan hon. Senang je nak faham traffic dia sebab Jepun sama macam Malaysia, right hand drive. Cuma dekat downtown Sapporo tu serabut sikit sebab banyak kereta dan ada streetcar (tram). Orang kata ada speed limit kat sana, tapi sis tak nampak pula. So masa kat outskirt area tu, sis memandu ala-ala Need for Speed tau. 



3. GPS IN ENGLISH
Pastikan kereta yang disewa ada disertakan GPS dalam English. Aku kat sana memang 24jam pakai GPS. Langsung tak sesat wey! Bahagia je drive sambil sing along lagu Backstreetboys dengan hubby. Acah acah macam drive kat Seremban je *insert muka berlagak here*


Built in GPS. Akak sentiasa memilih toll-free route supaya takyah bayar tol hehe



4. ISI MINYAK KERETA
Rules dia adalah full to full. Kiranya korang akan receive kereta tu dalam keadaan minyak full dan bila return pon haruslah isi full. Kat sini stesen minyak dia amatlah meriah, dorang paparkan harga minyak per litre besar-besar dan siap berlawan-lawan harga. The moment ko masuk stesen minyak tu nanti akan ada staff yang berlari ke arah kereta kau pastu dia cakap ayat panjang gila......yang kau tak faham. Sila jangan cemas. Dorang tengah menyambut kedatangan korang dengan hati yang gumbira. Dorang memang kena catch customer, so bila ada customer tu memang korang akan dilayan macam raja. Apa yang kau perlu buat? Just cakap 'Mantang desu!'. Maksudnya sila isi full. Range harga fuel dalam 124 yen - 140 yen per litre depends kat stesen minyak. Jangan lupa cakap arigato ye!


Tu harga minyak 128yen per litre. Paling murah aku pernah nampak adalah 124yen per litre. 



5. PARKING
Antara perkara yang paling aku benci adalah parking di Jepun. Tak boleh parking merata-rata di tepi-tepi jalan ye. Kena parking dekat tempat parking berbayar sahaja. Mohon patuh sebab saman dorang tersangatlah mahal sekitar 50,000 yen (RM 2000). Itu hari aku ingat nak main parking je di tepi jalan sebab dah malam time tu, sekali nampak 2 lembaga merayau-rayau mencari mangsa. Cis, benci betul. Kalau kena saman kat sana, bukan boleh mintak kurang macam kat sini tau. Immediately kena pergi police station untuk settlekan saman.


Parking kat sini semua pakai machine. So memang wasalam la kalau nak tanya apa-apa. Tapi menggunakan asas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).. korang pon boleh agak nombor-nombor tu indicate apa. Yang biru tu dia cakap dari pukul 8 am - 8pm, setiap 30min =100 yen. 


Memang worth untuk sewa kereta especially kalau korang datang in a group. Melainkan korang nak jalan-jalan dekat area Odori & Susukino, better naik subway sebab tak perlu fikir pasal parking. Itu hari, harga total sewa kereta + double protection insurans selama 3 hari di Toyota Rent A Car adalah sebanyak 23 000 yen (RM 870). Aku tak compare harga di car rental yang lain sebab kami kesuntukan masa. Lagipun hubby sis yang bayar....ahaks!


Hubby tak sempat nak pergi JPJ untuk buat International Driving License, so sis sorang yang ada. Disebabkan insurance hanya cover pemandu yang ada license, maka sis volunteer untuk drive sepanjang di Jepun. Hubby jadi co-pilot and tolong tengokkan direction sebab keliru jugak bila ada banyak nau simpanggg. Tag team itu penting :)


Harap info diatas dapat membantu korang inshaallah! Kalau nak baca entry Jepun sis yang lain, boleh cari labels #hokkaido #japan #tips #travel dekat belah kanan ye. Take care!



Thank you for reading this entry !

Tuesday, September 12, 2017

Melancong Ke Hokkaido Jepun!

Assalamualaikum

Atas desakan masyarakat, aku berasa ada baiknya jikalau aku kembali menulis dalam blog ini. Apa khabar semua? Siapa ingat lagi blog ni? Siapa ingat memang power, jenuh sis mencuba log in dari tadi sebab dah terlupa password.

Seperti yang korang sedia maklum, aku baru balik dari Hokkaido, Japan. Kiranya Hokkaido merupakan second trip aku ke Japan. Pertama kali aku kesana adalah 8 tahun lepas, dimana aku telah pergi ke Tokyo sebagai exchange student. Syok wei ada mak angkat, tunjuk je kau nak apa semua mak angkat aku belikan. Tapi trip kali ni lagi best, sebab aku dah ada hubby. Tak payah tunjuk pon, just berfikir dalam hati je, semua laki aku belikan hikhik. (sehati sejiwa okay, guna 6th sense jewww)


Kenapa Hokkaido?
Husband aku tanya, kenapa kita pergi Hokkaido? Bukan Osaka? Bukan Kyoto?
Jawapan dia simple je, sebab aku curious. Kenapa aku curious? Haaa ni nak cerita ni. Masa aku kecik-kecik dulu, aku langgan komik Doraemon dengan syarikat Tora Aman tau. Setiap hari sebelum tidur mesti aku akan baca komik. Kisah dia sekarang ni adalah, korang perasan tak yang Shizuka ada makcik di Hokkaido. Setiap kali musim winter atau musim summer, Shizuka akan pergi bercuti di Hokkaido. Sama jugak dengan si Suneo tu. Setiap kali musim cuti sekolah, kalau dia tak ikut bapak dia pergi ke stesen TV, mesti dia pergi ke Hokkaido. So aku curious, apa yang ada di Hokkaido ni sampai watak watak dalam komik Doraemon asek pergi ke Hokkaido tatkala cuti umum.
Maka itulah sebabnya kita pergi ke Hokkaido sayang. 

Mari ke Hokkaido !

Hanya Nobita yang tak pernah pergi Hokkaido. Sis tumpang sedih.



Hokkaido Ada Apa?

Jepun terbahagi kepada 4 pulau asas. Pulau Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan merupakan pulau yang paling laid-back antara semua. Tak seperti di Honshu (Tokyo),  Hokkaido ni kurang sibuk, kurang sesak dan mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi yang sangat cantik. Orang kata..mothernature at its best! Banyak national park, onsen, gunung-ganang menghijau, tanaman yang subur dan bunga-bunga yang mewarnai bumi. Dengar macam cliche kan? Yes. Aku pon mula mula macam malas je nak pergi Hokkaido ni. Tapi bila aku dah sampai sana, serius macam taknak balikkkkkkkk. Aku jarang kalau melancong taknak balik. Faham tak aku sangat butthurt dengan makhluk jenis melancong luar negara pastu kutuk negara sendiri. Sepatutnya kita pergi ke luar negara tu untuk menambahkan rasa syukur dan bawak balik idea baru serta penambaikan ke negara kita. Bukannya jadi modal untuk ko kutuk negara sendiri. Haih #sisemo.


Hokkaido ada... Shakotanmisaki. Memula sis macam tanjat gitew sebab terasa macam kat UK.


Hokkaido ada... Kamuimisaki. Nampak tak sis yang seakan-akan batuan di lautan gelora jiwa hubby sis.


Hokkaido ada... Shimamu Beach. Ombak dia dasyat. Jikalau ada orang mandi kat sini, peratusan untuk mengalami intracranial bleed amatlah tinggi kerana dilambung ombak ganas.



Hokkaido ada.... Stonehenge. Mohon terkejut kerana Stonehenge terletak dalam kawasan kubur!


 Hokkaido ada.... Hokkaido Jingu. The famous shrine! Segan sis, semua orang pergi semayang sis posing pulok.



Hokkaido ada.....Furano. Sis rasa mesti hubby gembira bila sis benarkan dia masuk gambar. Walaupun sis tangkap gambar pakai Iphone hubby sis, tapi sis dah lantik diri sendiri sebagai Pengerusi kelab fotografi. Jadi kuasa untuk menentukan hala tuju gambar-gambar tersebut jatuh dibawah kekuasaan sis.


Melancong Tak Bawa Anak
Trip kali ni memang aku plan untuk pergi dengan hubby je. Tinggal Ajda kat rumah. Reason being? Sebab anak aku baru 1 tahun 5 bulan dan dia sangat sensitive dengan weather changes. Untuk pengetahuan semua, TIADA ubåt selsema / batuk untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Disebabkan Hokkaido merupakan pulau yang paling utara (bersebelahan dengan Russia), maka suhu adalah sangat sejuk. Masa winter boleh reach negative degree dan summer pula tak berapa nak panas macam di selatan. Ajda yang sangat sensitive dengan cuaca sejuk, boleh kena hyperactive airway disease. Once dah ada wheezing & rhonchi bagai, thats it la kena rush pergi ED untuk ambil neb. ED kat Malaysia aku relax je, tapi kalau ED kat Japan acane nak bagi history taking? Lepas tu darab 4 untuk kos perubatan. Oh jangan lupa kita foreigner so maximum charge. So conclusionnya, tunggu Ajda umur 2 tahun baru ummi bawak jalan okay!

Ummi sayang Ajda to the moon and back walaupun ummi tak bawak Ajda pergi Jepun tau. Cuma ummi harap by the time anak ummi 2 tahun, at least Ajda dah ada fringe.


Perbetulkan Niat Melancong
Life as a doctor, memang tiring. Tambahan pula, kitorang takde maid and my parents are both working. So everything under the sun its either his responsibility or mine. Kitorang kawin masa aku tengah housemanship (amazing). Pregnant and gave birth masa aku tengah housemanship (double amazing). Seriously I tell you, everyday is like a race. Berlari-lari settlekan kerja dan settlekan family. Alhamdulillah sekarang aku dah jadi MO, life is sweet. Barulah ada masa sikit nak fikirkan pasal pergi bercuti. Tujuan kami pergi travel pon adalah untuk mengembalikan momen-momen  manis ketika bercinta dulu. Relationship can be pretty mundane kalau kita just pergi balik kerja, buat house chores and the list repeats. I cant remember when was the last time we hold hands, walking in the park, talking about flowers. Jadi memang niatnya pergi melancong ni, boleh mengenal pasangan dengan lebih dekat, memahami dan menerima kekurangan masing-masing selain merapatkan hubungan suami isteri. Kalau ada rezeki lebih dan kesempatan, silakan korang pergi melancong dengan pasangan masing-masing. Bukan destinasi yang menjadi ukuran, tetapi momen bahagia yang dicipta bersama pasangan!

Lepas kahwin weoll bz sangat tak sempat nak honeymoon bebetul. Dulu pernah babymoon sekali ke Bali & Lombok, masa tu pregnant 5 month. Tak valid sebab tengah pregnant. Honeymoon = 2 person. Babymoon = Pregnant. Pregnant = 3 person. Honeymoon NOT EQUAL to babymoon. Hubby selalu kata Im a complicated person. Oh please Im just trying to explain things accordingly :P


So kalini aku akan bahagikan entry melancong ke Hokkaido ni kepada beberapa pecahan untuk future reference. Korang boleh klik link kat bawah bila aku dah siap semua entry. Mohon jangan tanya bila nak siap semua entry. Kemungkinan besar lepas Ajda darjah satu haha.


**Guide to Hokkaido Japan**

Itinerary Melancong ke Hokkaido
10 Tips Melancong ke Jepun
5 Tips Makan di Jepun
5 Tips Memandu kereta di Jepun
Guide to Sapporo
Guide to Shakotan
Guide to Furana & Biei


Mohon excited dan doakan sis istiqamah!


Thank you for reading this entry !

Saturday, May 18, 2013

Cara Mudah Bersedekah

Assalamualaikum

Disini aku nak berkongsi satu cara bagaimana kita hendak bersedekah secara konsisten. Cara ini memang senang gila kerana semuanya berada di hujung jari. Korang juga tak perlu rasa ragu-ragu ketika bersedekah. Aku bukan nak cakap apalah, sekarang ni kan banyak nau sindiket yang kutip derma, ntah ye ntah tidak la kan..Kalau boleh bila kita nak sedekah itu, biarlah kita pon tak ragu-ragu dengan peminta sedekah tu. Ha tapi dont worry, dengan cara ini, pasti duit sedekah korang akan berada disaluran yang betul =) Inshaallah!

Tapi cara ini adalah untuk pengguna CIMBclicks sahaja. Bank lain aku taktau sorry! Ok mari kita mulakan.


 Mula-mula Log In. Lepas dah Log In, click PAY, BILLS


Untuk ruangan FROM pilih akaun korang. Untuk ruangan TO pula, pilih OPEN BILLERS. Berjela-jela categories akan muncul. Scroll hingga jumpa ZAKAT/CHARITIES, kemudian click seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


Selepas itu, akan tersenarai nama-nama syarikat/charity. Click ISLAMIC RELIEF MALAYSIA. (Nak click lain pon boleh..suka hati korang..tapi IRM ni bagus sebab aktif buat charity)


Dalam ISLAMIC RELIEF MALAYSIA ada banyak division. Korang boleh pilih nak sedekah ke Palestin, Africa, Middle East dan banyak lagi! Best kan dapat tolong saudara Islam kita di luar negara selain daripada Malaysia. Lepas pilih categories, nyatakan jumlah sedekah anda dalam ruangan AMOUNT


Setelah itu, anda dikehendaki mengisi butir-butit peribadi seperti nama , alamat , no ic dan sebagainya. Setelah selesai, table seperti dalam gambar akan keluar. Pastikan amount sedekah anda betul dan seterusnya click PROCEED TO PAYMENT.

Tahniah anda telah berjaya bersedekah. Semoga Allah memberkati kalian =)

Hee aku cadangkan korang bersedekah setiap hari Jumaat. Senang, takdele korang terkeliru eh dah sedekah ke belum minggu ni hehe.. Alahai sedekah je setakat yang termampu, kalau ada duit lebih ko bagilah RM10 ke, RM50 ke. Kalau takde duit sedekah RM2 pon boleh,  asal besedekah. Mungkin nilai RM2 tu macam takde apa, tapi bagi mereka yang memerlukan..amat besar nilai tu tau. Cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir kita bersedekah? Walau apapun jawapannya, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim =)

Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: 
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)


Thank you for reading this entry !

Monday, November 5, 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum


Esok SPM. Mesti ramai pembaca blog ni yang tengah Form 5 kan? Goodluck dan selamat maju jaya!! Pembaca blog honeykoyuki mestilah berjaya di dalam peperiksaan, kehidupan di dunia serta di akhirat tahu? Well anyway, SPM is just another chapter in life, if you don't succeed now there's always a room for you to improve later in life =). Tapi tapi tapi, please do your best in everything that you do. Penuhkan kehidupan kita yang singkat ini dengan kejayaan manis.

Kembali kepada adik-adik form 5, sorry kak paten lambat sangat update entry ni, mesti korang dah nyenyak dibuai mimpi (mimpi ngeri to be specific) bahahaha. Sebenarnya akak nak share tips untuk menghadapi peperiksaan buat adik-adik. Tapi tak apa, SPM bukan sehari. Selagi engko SPM selagi tu korang bacalah entry kak paten okay baby?

I'm not a motivator apatah lagi seorang yang patut dijadikan panduan untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Tapi ambil lah apa-apa ilmu yang akak share ini kalau korang rasa ianya berguna. Akak tulis berdasarkan pengalaman akak, kalau ada yang tak setuju, pergi tulis pengalaman ko kat blog ko ok. Jangan nak kondem pengalaman aku ye. Belom apa-apa dah emo apa kes kak paten? Bahahaha


* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)


Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P

Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya adik-adikku !! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)



Tips ikhlas daripada,
Kak Fatin yang dah 6 tahun meninggalkan alam persekolahan T___T


Thank you for reading this entry !

Friday, February 17, 2012

Tips Terbaru Untuk Makan Secara Sihat

Assalamualaikum

Masa aku kecik-kecik dulu, aku hanya tau ada 2 jenis pyramid di dunia ini. Satu yang berada di Egypt. Dan lagi satu adalah pyramid makanan. Aku suka betul kalau cikgu ajar pasal pyramid makanan, kadang-kadang depa bawak model pyramid dimana ada roti tiruan, ayam tiruan dan sebagainya. Kalau dah nama perempuan tu perempuan jugaklah kan. Sawan aku bila dapat main dengan pyramid makanan tu, bajet macam main masak-masak gitu.

Tapi masalah bagi pyramid makanan ni, aku tak paham apa yang disampaikan. Oklah fair enough carbohydrate bawah sekali, lepas tu sayur and the list goes on. Tetapi bila depa habaq "Makan 4-8 hidangan setiap hari". Hidangan pa dia?? Besaq mana hidangan tu? "Makan secukupnya". Istilah makan secukupnya mungkin berbeza bagi aku dan Adele. Ecece mentang-mentang baru menang Grammy Award ritu terus tau mention nama #Adele. The point is, I got confused man!

Y U NO STATE CLEARLY HOW MUCH SHOULD I EAT?!

Disebabkan kekeliruan yang timbul, depa revised balik pyramid diatas dan buat lagi satu pyramid pada tahun 2007. Namun mereka masih berada ditakuk yang lama sebab orang masih tak paham. Soalnya kalo ga ngerti kan, terus gimana donk mau praktiknya? Mikirin permasalahan ini bisa menjadikan kalian bingung total. Mangkanya, telah dibikin satu pyramid makanan yang bentuknya kayak pinggan. Loh, kenapa sih pinggan yang dipilih? Kenapa ga bentuknya tapak suleiman ato strawberry? Lebih imutkan? Dan ada sesiapa boleh explain apesal aku semangat sangat guna basa Indoneshia? What kind of sorcery is this?!

Pada bulan June 2011, Amarika telah revised kembali pyramid makanan pada 2007 dan mengubahnya kepada bentuk pinggan. Ia dinamakan myplate. Bagi aku, myplate ni lebih senang difahami dan lebih senang kita praktikkan. Pihak Amarika sangat risau dengan kadar obesity yang berkadar langsung dengan permodenan dunia maka mereka mahu educate umat manusia supaya kembali ke pangkal jalan.


Ciptaan terbaru Amarika Syarikat hasil daripada ilham First Lady Michelle Obama.

Kalau benda-benda baik gini, walaupun daripada Amarikalaknatullah, namun disebabkan ia adalah benda yang baik dan positive, maka kita disarankan agar mengikut. We are what we eat. Sesiapa yang ada kesedaran untuk makan secara sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya, maka anda boleh try portion yang disuggestkan oleh myplate ni. Berikut adalah sedikit tips daripada aku.


Cara-cara untuk mengaplikasikan myplate dalam kehidupan seharian.
  • Sediakan otak yang mempunyai kebolehan berimiginasi dan satu pinggan makan yang kosong. 
  • Tenung pinggan dan buat garisan imiginasi seperti yang tertera pada gambar di atas.
  • Berbekalkan nafsu makan yang minima, ambil lauk mengikut sukatan yang disarankan.
  • Ingat sayur dan buah-buahan haruslah mewakili separuh daripada pinggan. Disebabkan perkara ini sukar dilakukan makanya aku letak ia sebagai point no 4, bukan sambungan daripada point no 3. Ya know, to stress out how important it is.
  • Ingatlah sabda Rasulullah SAW "Berhenti sebelum kamu kenyang"

Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk kali ini. I hope it benefits you guys. Mutiara kata daripada kak Fatin korang pada hari ini adalah :


'Being healthy is cool, Eating salad is not bimbo'

Thank you for reading this entry !

Saturday, December 31, 2011

Tips Membezakan Perfume Tiruan

Assalamualaikum

Ini adalah post yang terakhir buat tahun 2011. Selepas ini, semua entry akan bertarikhkan 2012. Jikalau kiraan Mayan Calendar yang mengatakan dunia akan berakhir pada tahun 2012 adalah betul, maka tidak dapatlah anda membaca blog awesome ini pada tahun hadapan wkwkwkwkwk. Sorry it was a silly joke.

Jadi bagaimanakah tahun 2011 telah melayan anda? Ini adalah direct translation daripada ayat 'How has 2011 treated you?' Eh, perlukah untuk meletakkan kedua-kedua bahasa sebelah menyebelah? Zzzz. Err bercerita tentang itu, 2011 telah banyak meninggalkan pengalaman yang manis dalam diri ini. Cewah!

Tapi rasa macam malaslah untuk bercerita. Nanti disalaherti sebagai nak membangga diri pula. Orang kita ni bukan suka dengar kalau orang lain lebih sikit. Eh jahat pulak mulut haku hahahaha. Cakap pasal tahun baru, kalau bukak facebook mesti semua orang dok tengah mengarang status apakah azam mereka untuk tahun 2012. Macam-macam kerenah. Penat aku nak baca satu-satu. Padahal boleh je kalau taknak baca, takde siapa marah pon. Tapi aku nak juga baca. Kot-kot dengan membaca azam diorang satu persatu, bolehlah aku pilih dan tiru 2 - 3 untuk dijadikan azam aku wkwkwkwkwkwk

Sempena tahun baru ni, aku nak ajar satu tips. Tips untuk membezakan perfume tiruan and original. Sebenarnya yang ajar aku ni ialah seorang promoter di kaunter perfume mana ntah. Lupa sudah sebab it was a long time ago. Terima kasih kepada insan tersebut kerana telah menyampaikan ilmu yang berguna. Thought that I'd share so you guys won't get cheated by any unauthorized perfume dealer in future. Mari bereksperimen bersama Honeykoyuki anyoynyoynyonyo =)

1. Ambil botol perfume
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

There you go. Now go and get your mummy perfume and try this cool experiment ! Happy New Year Everybody !

My New Year's Resolution : Thinking of adopting a cat from SPCA.

Thank you for reading this entry !

Tuesday, September 20, 2011

Six Ways To Earn Even After Death.

Assalamualaikum

I got an interesting little knowledge to share with you guys. Thought it might be beneficial for us as muslim kan? Maybe some of you have already read about this, well it doesn't matter =) Kalau yang dah tahu, anggaplah ia sebagai reminder, dan kalau yang belum tahu, anggaplah ia sebagai ilmu. Selamat beramal =) 


Six easy ways to earn even after death 
  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain. This is just some part of it =) Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan ini. 


Thanks for the tip Sherah!
Thank you for reading this entry !

Saturday, August 6, 2011

Cholesterol & Dilema

Assalamualaikum

Aku sedang dalam mood rajin sekarang jadi aku pon usha resepi-resepi di internet. Terasa macam nak buat dessert padahal tak makan pon. Ceh korang tak tau ke aku suka makan yang berminyak seperti rendang dan kuah lodeh? Ha citarasa aku ni memang macam orang tua sikit. Tapi jiwa tetap muda belia hakhak. Aku mana reti makan pavlova, macarons bagai ni. Nak kata aku desa? Memang pon den kan budak somban yo. Tapi takpe, gwa cool je.

Aku suka buat dessert pon sebab dia comel. Dengan warna yang vibrant, ah kawai desu ne! Ni tadi aku terasa macam nak buat pudding Caramel dengan puding roti. Macam sedap kan? Ha memang sedap tapi sekali tengok resipi, terus tawar hati ='(

Caramel pudding - 7 biji telur
Pudding roti - 6 biji telur

Sebiji telur mengandungi 200-300mg cholesterol. Kita dinasihatkan supaya makan 2-3 biji seminggu. So do your math now. 
Macarons diperbuat daripada egg whites. Egg whites tiada cholesterol. But of course, a lot of sugar.


p/s: Tq! changed into egg whites already. my bad ^_____^

Thank you for reading this entry !

Friday, April 15, 2011

Apa hala tuju anda selepas SPM?

Assalamualaikum :)


Lama gila tak online. Rasa macam dah ketinggalan updates terkini selama 2 abad. Zaman sekarang ni, kalau tak online sehari pon dah rasa macam resah. Rasa macam siryes aku ketinggalan berita-berita penting  yang tidak boleh didapati dimana-mana. Eceh over nampak. Tapi betul la, internet ni macam viral tau. Dapat satu link, share dekat 1000 orang. Setiap seribu orang tu akan share lagi dengan 1000 orang. Sebab tu Rebecca Black dapat 38milion views. Jaringan terpantas lah katakan hoho.


Tadi aku check-check comments, tengok ada sebilangan kecil adik-adik lepasan SPM yang tanya pendapat tentang hala tuju diorang lepas SPM. Memang parah la nak reply satu-satu, sampai kiamat pon memang tak lah kan. Jadi aku rasa biar aku cerita kat sini jer. Tapi aku nak buat disclaimer sikitlah, apa yang aku akan cakap ni adalah berdasarkan pengalaman aku, so pandangan aku mungkin berbeza dengan sesetengah pihak. Pokok pangkalnya, jadikan apa yang aku bakal cakap ni sebagai guidance je, keputusan akhir di tangan anda. You are the one who's going to settle down with your decision.


Ok dulu masa aku masih sekolah, aku tak tau dah besar nak jadi apa. Err, padahal umur 17tahun dah consider besar la kan. Aku keliru. Masa zaman sekolah ni jugak, banyak keputusan kita dipengaruhi oleh rakan sebaya. Peer pressure sangat memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, aku adalah seorang manusia yang sangat-sangat tidak suka fizik. Masa waktu fizik aku akan berangan nak pegi outing, tidur di bilik sakit atau duduk dekat tangga untuk study Biology. Biology adalah subject yang sangat tough bagi aku dulu.


Korang tau kan UTP adalah U yang sangat diidamkan oleh budak-budak sbp? UTP ni kira ada wow factor lah. Siapa yang dapat masuk UTP guna result trial SPM tu kira macam gempax gila. Rasa macam dah dapat masuk Oxford dah. Ramai gila budak-budak apply UTP walaupun dorang bukan suka sangat pon engineering course, tapi dorang masuk for the sake of fame. Aku dulu pon sikit lagi nak terpengaruh. Geram je tangan ni nak isi application form. Tapi sebab ayah & ibu aku jenis yang outspoken, dorang selambe je sound yang aku ni lemah sebab senang sangat terpengaruh dengan orang lain. Maka aku batalkan je niat aku tu :')


Lepas tu aku pon dapat result SPM. Aku dapat 9A1B je. Tak hebat macam adik-adik sekarang. Masa zaman akak dulu, tu kira oklah tu. Aku pon bukan pandai nau. Ha lepas tu aku dapat Asasi UIA. Aku kurang sikit dengan UIA ni sebab tak banyak senior atau member dekat sana. Dont be offended tau student-student UIA hehe. Lepas tu ada several factors yang membuatkan it was totally a no-no for me. Asasi 2 tahun & compulsory to study Arabic.


And then, aku apply untuk study oversea. Masalahnya, aku tak tau nak amek course apa. Engineering taknak, Medic pegi mampos. Dua course ni adalah musuh ketat aku. Aku heran gila asal orang suma berlumba-lumba nak jadi doctor. Padahal gaji sikit tak worth dengan penat yang kau alami. Tak kira lagi study susah-susah, in the end jadi kuli kat hospital. Itu apa yang aku rasa dulu, sekarang tak lagi hehe..


Last-last aku apply pharmacy JPA. Asal pharmacy? Entah sebab aku pikir, aku boleh bukak farmasi sendiri. Aku suka generate duit, thats why kadang-kadang orang dok kata, aku ni berotak bisnes. Sikit-sikit nak untung. Aah betul la tu. Aku tak suka rugi dan buang masa macam tu jer. Aku nak benefit dari setiap apa yang aku buat. Except untuk amal jariah. Kalau aku bersedekah tu, kira memang aku dah ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa balasan. 


Member aku cakap, susah nak dapat JPA, baik mintak MARA jer. Yelah lagipun SPM aku bukan straight A's pon. Tapi aku rasa macam nak mintak JPA jugak sebab dengar kata hati konon. Sekali amek kau, permohonan aku ditolak. Kalau JPA dah tolak sekali, dah tak boleh apply MARA dah. Sebab tu korang kena pikir betul-betul nak amek scholarship yang mana satu. Down gila aku masa tu, dah la JPA tolak aku, dapat pulak Asasi UIA yang aku paling taknak. Rasa macam dunia ni tak adil... 


Aku ada jugak tanya-tanya pendapat orang, apa patut aku buat dalam keadaan macam ni. Rasa macam sia-sia je belajar susah-susah selama 2 tahun. Member aku cakap, masuk je Asasi UIA tu nanti boleh tukar course kalau result asasi ok. Asasi kot weyh, rugi kau tak ambik, takkan nak masuk Matrix kot?? Konon Asasi macam cool la dari Matrix. Matrix adalah pilihan terakhir untuk semua SPM leavers. Tapi masalahnya, asasi UIA tu 2 tahun. Dah membazir masa kat situ, kalau aku tak dapat tukar course macam mana? Dia dah la bagi aku asasi sains kesihatan, my last choice I was like whatttt??


And then sorang member aku ni suggest supaya aku apply scholarship macam PNB ke Sime Darby ke. Course tak kesah, janji dapat pi oversea. Dia kata, secure je tempat dulu, lepas tu minat tu akan datang sendiri. Aku try bukak, hmmm accountancy, politic science etc what the heck was that? Kalau aku dapat scholarship tu pon, setakat boleh buat modal nak gebang kat orang kampung je la. Lepas tu belajar lingkup. Huhu aku tanya pendapat ayah aku, memang aku kena maki lagi sekali.


In the end, aku masuk Matrix. Masalah matrix ni adalah, kau kena power. Kalau tak power memang tak dapat tempat langsung untuk degree. You have to compete dengan budak-budak asasi. Lagi satu, dia macam tempat untuk kau start a new life. Ibarat macam kau punya result SPM teruk gila pastu kau nak repent and yeah Matrix is the one for you. Senang kata ia adalah tempat buangan untuk spm-leavers yang tak dapat pegi mana-mana. Aku agak terkilan sebab result SPM aku takdelah teruk mana. Ok budak-budak matrix jangan terasa hati k, akak kau ni pon matrix jugak dulu hehe.


Kawan-kawan aku suma kalau tak buat A level, mesti masuk UTP atau masuk Asasi. Yang masuk matrix cuma yang dapat result biasa-biasa. Mental down gila aku time tu. Member-member seangkatan kalau call aku, depa mesti cakap 'Ha?? masuk matrix? asal tak pegi oversea? Ingat senang agaknya nak pergi oversea. Lepas tu tak kurang jugak yang perlekehkan aku sebab aku tak pergi mana, hanya study di Matrix ja. Sebulan dua juga aku amek untuk menstabilkan keadaan mental. Aku bukan takboleh nak apply benda lain, boleh. Tapi aku takmau buat sesuatu yang aku tak minat. Boleh jer ambil course mengarut, kalau stakat nak pergi oversea. Tapi aku taknak. Aku taknak pikir short term. Ni berkaitan dengan future aku. Lepas study kau akan kerja. Takkan kau nak study politic science lepas tu end up kerja jadi cikgu tusyen?


Aku just go with the flow. Aku still mencari minat aku yang sebenar. Masa dekat matrix best gila, aku suka sangat. Study teratur, kawan-kawan praktikum best-best, roomates baik hati, lecturer rajin & suka tolong students. Pokoknya tak rugilah aku masuk matrix. Despite orang dok caci maki Matrix, aku yang study sana merasakan the other way round. Di matrixlah, aku dapat rasa yang Medic is the one for me. Aku rasa macam nak sangat buat medic. Kali ni memang aku yang buat keputusan sendiri tanpa ada sebarang pengaruh dari orang lain. Dalam borang UPU, ada 8 kotak pilihan. Dari satu hingga tujuh, aku isi medic. Kotak ke lapan, aku kosongkan. Kira ni memang berani matilah. Kalau tak dapat medic memang aku takde masa depan lah, terpaksalah aku kerja je kat company ayah aku.


Result matrix pon keluar, aku dapat 3.8 bukan 4 flat. Orang kata kalau nak amek medic mesti 4 flat. Sekali lagi aku down. Rasa macam dunia ni gelap. Aku dah kecewa gila dengan hidup ni, semua yang aku nak aku tak dapat. Dah la aku isi semua MEDIC, kalau tak dapat medic memang tak dapat apa la kan. Aku pasrah jelah, malas aku nak sedih-sedih lagi. Dalam hati aku fikir, kalau inilah yang Allah mahu aku buat,aku redha..kalau kejayaan tu bukan milik aku, aku pon redha.. Jadi aku pon start kerja dekat company ayah aku. 


One day, kawan aku telefon, ayah kawan aku ni kerja dekat Kementrian Pelajaran. Dia kata result student Matrix tahun ni tak berapa mengancam. Purata dapat 4 flat sangat sikit. So student yang 3.8 above sangat tinggi potensi untuk dapat medic. Nak terduduk aku dengar berita tu...


Syukur alhamdulillah, aku dapat my first choice, Medic UPM. Gembira tak terkata. Bukan senang nak dapat medic dalam negara. Kalau ada kawan-kawan korang yang study medic dalam negara tu, maksudnya dia sangat pandai la tu hehe. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka kan, rezeki aku Allah murahkan. Tapi tak memasal lepas tu, Mara hantar surat kat rumah aku, dia bagi tawaran study medic oversea. Padahal aku tak pernah apply apa-apa pon.


Orang kata, yang result power-power(4 flat) goverment simpan duduk dalam negara, yang result tak berapa baik (<3.8) diorang hantar ke luarnegara macam indonesia, egypt & bla bla. So aku berbelah bahagi. Aku nak try hidup di negara orang at the same time aku dapat medic dalam negara yang semua orang idam-idamkan kot? Nak kepuasan ke nak fame? Pilih.


Anyway, aku pegi je interview MARA tu, ada 2 Session interview & sat for the entrance exam. Aku pikir, kalau aku dapat U yang jauh ke hulu tak mau aku pergi, bek aku study kat UPM jer. Aku tak pikir apa sangat pon sebab dah dapat tempat kat UPM kan. Sekali bila result keluar, aku dapat Twinning Program UNPAD-UKM. Unpad dekat Bandung ok, syurga shopping. Lepas tu UKM top kot. I got to experience 2 Universities at 2 different countries. Peluang jarang dapat. Lagipun every year hanya 50 orang je yang terpilih untuk program ni.


And yes, here I am. In 2 weeks time aku akan balik mesia to pursue my clinical phase dekat PPUKM. Syukur alhamdulillah, Allah has perfectly planned everything for me. Kita hanya perlu berdoa & bersabar, insyaallah Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. He knows better than us. Kalau adik-adik tak dapat apa yang diidamkan, just banyakkan berdoa & redha. Mungkin kita tak dapat sekarang, tapi akan datang kita akan dapat yang lebih baik :)


Akak kau ni pon takdelah hebat sangat sampai pidato peringkat antarabangsa, SPM straight A's bagai. Akak takde semua tu. Setakat main sport wakil sekolah tu je lah. Tapi dah Allah bagi kita rezeki, kita bersyukurlah. Kejayaan dalam bentuk black & white bukanlah kayu ukur untuk kita berjaya di dunia ni. Ada yang straight As tapi UPU pon tak dapat. Ada budak dapat 3 A je tapi bila jadi technician kat aircraft dapat gaji beribu-riban. Mengalahkan engineer yang dulunya top student kat sekolah.


Rezeki Allah ni macam-macam. Kita tak boleh nak bandingkan orang ini dengan orang itu berdasarkan satu faktor sahaja. Adalah tidak rational dan tidak adil untuk mengukur kepandaian seseorang dengan melihat keputusan SPM sahaja. Mana tau budak tu genius gila tapi masa SPM dia demam jadi dia dapat 5A je ke kan. The point is, nothing is absolute in this world. There's a shade of grey between black & white.


Jadi adik-adik tak harus mendengar kata-kata orang yang sibuk mengecam. Abaikan mulut orang, orang hanya tau berkata-kata je. Bila kita buat keputusan, make sure keputusan itu adalah yang terbaik dan memang keinginan kita. Bukan keinginan mak kita, bukan keinginan jiran kita atau kawan-kawan kita. Jangan terikat dengan pemikiran masyarakat kita, kalau tidak you wont go elsewhere. Contoh macam, budak science je pandai, yang tak amek science suma tak pandai. Tidak. Kalau itu minat awak, abaikan mulut orang and just go on. Macam akak nak masuk matrix dulu, ramai kot yang tak kasi masuk. Kalaulah akak dengar cakap diorang dulu dan tak masuk matrix, memang akak tak dapat apa yang akak ada sekarang =')


Itu saja yang aku ingin cakap. Aku jugak ada terima beberapa comment yang kata 'Alah FL amek medic indon je pon, aku pon boleh pegi bila-bila masa kalau nak'. Silakan. Takde sapa heran. Kita kalau hidup asek nak mendengki je memang tak kemana-manalah. Mungkin kau boleh recruit banyak pengikut yang sekepala ngan kau, tapi pokok pangkalnya Allah tau hati kau camne. Takde mana murahlah rezeki kau. Siryes beb. Appreciate je dengan apa yang kau ada, jangan nak membandingkan diri kita dengan orang lain sangat. Kalau kau lebih bersyukur, hati kau akan rasa lebih tenang dan jauh dari sifat dengki. 


Last sekali, bila orang lain ada kelebihan, jadikan mereka sebagai inspirasi bukan musuh. That's the art of life. Harap sangat entry akak ni dapat membantu adik-adik yang dalam kebuntuan. Mintak maaf kalau ada tersilap kata atau ada sesiapa yang terasa hati. Akak ni manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Apapun, ambil yang jernih dan tinggalkan yang keruh. Stop hating and make this world a better place to live =)


Yes, you can! - google pic


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...