Tuesday, June 23, 2015

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum

Harini saya cuti jadi rajinlah nak update resepi kat blog ni hehe. Harini saya buat ayam panggang Rosemary. Ha memang sedap dan senang je nak buat. Sebab panggang, jadi menu ni memang sihat. Kesian suami saya, jauh di Kuantan. Takdapat la merasa ayam panggang rosemary ni :')

Mula-mula saya google resepi ayam Rosemary ni. Memang ramai dah cuba dan semua kata sedap. Macam biasa, saya kan ratu hentam jadi memang aku pakai hentam je olah resepi ikut sedap haha. Saya memang malas nak ikut sebijik-bijik resepinya. Saya buat mana yang memudahkan. Lagipun tak renyah nak buat grill chicken ni, campaklah macam mana pon mesti jadi punyaaaaa!

Jadi jom try resepi APR ni!


Ayam Panggang Rosemary

1 ekor ayam

Bahan kisar A (grind)
1 sudu kecil rosemary
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis


Bahan kisar B (Masukkan semua dalam blender)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu kecil gula
4 sudu kecil madu
4 sudu kecil olive oil
4 sudu kecil perasa pati ayam
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit untuk memberi warna
Sedikit air sekadar memudahkan proses blend


Cara-cara


  1. Grind bahan A
  2. Blend bahan B 
  3. Campurkan keduanya dan lumurkan pada ayam
  4. Marinate lebih kurang 4 jam atau lagi best kalau marinate overnight
  5. Bakar dalam oven 180 degree, lebih kurang 1 jam -1 jam setengah. Saya guna api atas bawah.
  6. Saya syorkan panggang dalam casserole supaya minyak yang keluar dari ayam ketika memanggang bertakung.
  7. Setiap 30 minit saya akan 'siram' ayam dengan minyak/marinade yang bertakung supaya ayam tidak kering dan sentiasa moist
  8. Bon appetite!


Saya marinate ayam ketika waktu zuhur kemudian saya tinggalkan dalam fridge. Dalam pukul 5.30 ptg saya mula memanggang ayam. By pukul 7 malam ayam saya sudah siap dipanggang! Bau semerbak nyum!!


Inilah hasilnya! Moist macam ayam percik Ayamas hehe. Rasa herba dari rosemary dan jintan memang umpph. Hidang pula panas-panas masa waktu berbuka....memang nangis kaw kaw. Nanti you all boleh lah try ye respi ayam panggang Rosemary ni.. bukan ayam panggang Rosmah tau hikhik


Suami whatsapp juadah berbuka tadi. Kesian suami duduk jauh, jadi saya dah prepare kan bekal untuk suami berbuka selama seminggu. Suami hanya perlu re-heat dan menjamu selera :) Syukurlah dapat suami yang tak cerewet/tak memilih makan. Jadilah walaupun berbuka makanan reheat kan sayang  :")


Selamat mencuba semua! Kalau jadi bagitau saya hehe.
Thank you for reading this entry!

82 comments:

Azwar Syuhada said...

Wahh, macam sedap je. Bolehlah

Azwar Syuhada said...

Wahh macam sedap je. Bolehlah cuba buat lepas ni. ;)

acu yuhan said...

simple dan senang

. stnrsyfh. said...

Yummy.. Sedapnya.. Thanks for the recipe.. ;-)

Nurlina Yasmin said...

thanks kak fatin for the recipe. nk try ah. hee

HaFizaH aYu said...

Atin lau msk sumer bnde nmpk sodap...pavlova ikut rsepi u pun xterbuat ag

syu hada said...

rasa lain pulak bila kak patin bhasakan diri saya..hehee..biasanya guna aku lebih mesra dan smepoi..hehee...

syu hada said...

rasa lain pulak bila kak patin bhasakan diri saya..hehee..biasanya guna aku lebih mesra dan smepoi..hehee...

Cahaya Kehidupan said...

boleh try lepas ni, TQ fatin..=)

chak said...

thank you kakpaten.. will try!

nayfatimah rasyid said...

minta izin copy resepi yer ;) Doc.

Miss Sparkler said...

MENGANCAM NIH!!! MEOWWWW :)

Salam dari http://harinumunirah.blogspot.com/

Ena said...

tampak sedap!

cik hani said...

baru je cari resepi ayam ni,dah jumpa. nak try la nanti.rosemary pun dah beli.. huhuhu

eintan nurfuzie said...

boleh try ni.. tq!!

Innanie Ariffin said...

Uiii rajin2 lah!!! isteri solehah ni :) boleh dicontohi. hehehehe

Ayam tu menggoda saya ye awak, lagi2 di bulan Romadhon ni!

hafiz hafizol said...

Bestnya dapat wife pandai masak.. hehehe..

Selamat Berpuasa FL .
Selamat pengantin baru juge
=D

Anonymous said...

haha skema gila save no. suami guna nama sebenar. Btw, kenapa lepas kawin ni akak guna kata ganti nama 'saya'? X bestlaah

sayaiday mohd nor said...

Resepi senang, boleh try ni.

Sweet sangat bagi bekal seminggu. Boleh share resepi untuk bekal seminggu tu. macam best :)

Haryani Mohd said...

Wah nampak menyelerakan, boleh cuba ni :)

Leia Lolita said...

Kak FL.. since akak tulis 'saya' instead of 'aku', rase mcm gap tu da jauh sikit..mcm akak jd formal.lagi suka mcm dulu..rase rapat je.

intandayani said...

Senang dpt suami yg tak cerewet bab makan..senang hidup

Muhamad anuar Marsib said...

Rajinnya Dr. FL masak... beruntung betul Dr. AF dapat isteri yang pandai masak...

Ilyana AS said...

thank u for the recipe fatin!

ateyn dhia said...

Akak akak tolong balas e-mail saya boleh tak kak paten? Lama saya tunggu :)

Liyana said...

nampak senang & sedap. maybe boleh panggang dlm pemanggang ajaib kot? umah xde oven behehe

Nik Aina Syamimi said...

dapnyerr..nak buat lah :)

eyra said...

Kakpaten gunalah bahasa nama kakpaten �� rindu kakpaten tak guna "saya". Barakallah. Semoga kuat & sentiasa bhgia dgn suami tercinta :)

nabila azmi said...

Hihi rase plik bhskn dri dgn saya.. tp ok je.hihi

em said...

Atin dah tukar rental sekarang bahasa kan diri "saya" hmm hmm. Dua rasa macam kawan kawan gitu bahasa kan diri "aku" hehee

aiman mania said...

bermanfaat buat suri rumh yg mencari idea apa nak masak bulan posa cengginih .. (Y)

zulhilmitempoyak said...

cc : bini2. nak makan ni pls!

Anonymous said...

Hmm rasa mcm dah lain kak fatin lepas kahwin ni. Gaya penulisan nampak mcm skema skit huhuhu.

Anonymous said...

Rasa macam baca blog orang lain je. Dulu FL guna aku nampak lebih sempoi, lebih rapat dan mesra dengan pembaca.

Anonymous said...

kak paten, bahasa kan lah diri tu guna 'aku'. guna saya rasa mcm jauh sikit, nmpk skema. kak paten dh lain after khwin. wuwuwuuwwuu

Anonymous said...

Wahh.. Fatin dah semakin santun skg.. bahasakan diri 'saya'.. hehe. Pun boley.. terbaekk lah! =D

Akbar Sempoi said...

Akak buka bisnes restaurant pulak nnti :D Hiiii

Fatinnadiah Fooat said...

Tengok ayam ni tetiba terigt ayam area kulim yg sebelah azam aquarium tu....yummy

Zurain Mohd Zain said...

guys.. let her be.. we should support her.. whatever it is.. she is KakPaten and now wife to DR.AF

Anonymous said...

Salam Paten. Harap di entry akan dtg, Paten boleh ceritakan serba sedikit mcamana boleh berkenalan dgn Dr. AF. Sy pasti ramai yg nak tau.

Mama Nadia said...

Wah..nampak macam sedap banget!masuk list resepi mama..tq sharing dear.

Daughter of Al-Merbawi said...

Baru nk belajr masak ayam panggang ni. Looks yummlicious doc.
Sya nak tanya setiap 30 minit disiram balik minyak yg betakung tu masa ia tgh bakar ke? Atau lepas bakar? Kurg faham kt situ. ^^" .

aisah aziz said...

warghhh...bestnye....

sudi2 singgah blog kite ye

sikecilameena@blogspot.com

GTR said...

Tengok pun dah meleleh air liur ni.

Anonymous said...

lek r korang, jangan cakap dia skema.. down dia nanti.

syazana said...

sedapnyeeeee nampak ayam tuuuu

Qaseh Vee said...

teruja lak nak mencubanya ...

Anonymous said...

Barakallah kakpaten. Semoga sentiasa sihat dan bahagia :)

hazi said...

Lebiu kakpaten. Always. Ikut akak lah nak guna aku ke saya ke, ikut selesa. Tapi kitorang harap akak sentiasa sempoiiiiiiii~ cam dulu. Hihi. Barakallahufik. :)

Snow said...

Salam,

Maaf cuma nak share tentang Instagram kepentingan Ibu isteri bbnding suami - ibu saya menyara ibu & neneknya, sebab mereka tiada penjaga lelaki. Jadi ada keutamaan bagi dia sebagai isteri mementingkan ibunya, sebab jika bukan dia siapa lagi. Ibunya penoreh getah dan hidup miskin.

Dan suami itu sendiri perlu menganggap ibu mertuanya itu juga bak ibunya sendiri, kan. Dan patutkah jika dia melebihkan dirinya sendiri daripada ibunya? Di dalam Al-Quran, lelaki mempunyai tugas melindungi wanita. Dan melindungi ibu, ibu mertua, isteri, anak perempuan dll itu tugas lelaki.

Maaf jika tersalah atau terkasar bahasa.

Semoga Fatin bahagia dengan Anwar, walaupun saya sbnrnya tak lah kisah sangat pun macam mana korang punya prinsip - bukan saya punya hal, seb baik sebab situasi orang berbeza kan - tapi semoga bahagia ya.

Snow said...

Dan saya doakan moga Anwar dapat jadi seperti Khalifa (https://twitter.com/kkalthani)

Al-Thani, itu nama keluarga Qatar. Kalaulah dia ada kereta mewah, bercuti di Eropah, mampu membeli barangan berharga, kawan-kawan pun hensem2, isteri yang cantik orang Arab kan... tapi yang penting... so far saya rasa tweets dia helps me. Mungkin AFL membesar dalam keluarga senang, jadi tak biasa macam mana pula keadaan orang yang opposite - tapi kalau Khalifa boleh memahami - I hope so. TQ!

Keluarga Dubai, Abu Dhabi, kaya raya pun peluk orang kurang anggota!
Diorang dirai bak artis jelita pula, itulah Islam yang cantik sangat...

dorsett pink said...

boleh cuba resipi ni..

thank u FL..

dorsettpink.blogspot.com

hayati said...

terima kasih share resepi =)

Ummi Khalif said...

resepi mudah sgt!! TQ sudi kongsi. nnt nak try buat

mama nurul said...

Yummy!!!! Tapi syg rumahku xde pembakar

sayaiday mohd nor said...

Salam Dr Fatin,

Saya dah cuba resepi Dr Fatin Liyana. Saya rasa resepi ayam bakar ni yang paling simple tapi sedap yang pernah saya buat. Suami saya pon suka. Hehehehe

Terima kasih kongsi resepi :)

http://sayaiday.blogspot.com/2015/07/resepi-ayam-panggang-rosemary-fatin-liyana.html

mrslyna said...

sedapnyeeee...sgt2 mengoda la ayam ni...hehe

Ceria Dengan Shaklee ❤️ said...

nampak macam kena masak macam ni je malam niii hehehe

vimax said...

nice post

Taukeh Pemanggang Ajaib said...

Nangis kaw2 tu yang tak tahan tu FL :-)

Najmi Nawawi said...

untungla pandai memasak. so jelly. haha

Aya Zuki said...

nak cuba la nanti dah kawinn..ehhhh hahaha >__<

MamaMia said...

Tq Dr. Fatin..Bst & simple resipi ni. Hujung minggu ni wajib cuba.

The Unknown said...

Alhamdulillah kalau dia dapat pulang setiap hujung minggu..aku dan isteri 2 minggu sekali secara bergilir. Air Asia dan Sani Ekspress sebagai saksi.

mysa said...

wah nanti I nak try jugak !
tq for the recipe :)

nuna sayang said...

sedap... boleh cuba nanti.. huhu

Syahirul Afifi said...

nampak macam sedap..

Chord Gitar said...

Nyam nyam lezat sangat makcik

Olie said...

Alamak... sedap nye...

Lydia Mahmod said...

nice~~memang tengah ngidam nak buat ala-ala macam ni...macam moist aje ayamnya tuhhh

Roziah Muhammad Nor @ Cie said...

Macam sedap je nih. Boleh try.

Zie Madini said...

sedapnya! solute kat Fatin. siapa kata perempuan lawa tak pandai memasak. Ni fatin ni bukti nya. hehe

NOOR AIN OSMAN said...

sedapnya...
www.momstoreretail.nlogspot.com

Themri said...

Mcm sgt sedaps..tp mls plk nk wt..order ngn tuan punya tanah bleh x.haha

Basyirah Nordin said...

sedppp and mudah.. boleh cuba ni !

ibu2s said...

nampak sedap & mudah.. boleh cuba ni!

Anonymous said...

nk try leh x

sarah said...

looks good! nak try la nanti :)

http://www.sugargoddess.blogspot.com

Ifrod Maksum said...

patut di coba kapan-kapan dirumah

adamakna said...

Sedap! Mesti try ni

noor hayati said...

wahhh sedap nie ... bolh try buat kat umh nie bagi suami makan ...

Fahima Mohd Yamin said...

Tq resepi ni. Dh try td mmg sedap wpun xde serbuk perasa. Tukar dgn garam bukit pink :)