Showing posts with label pregnancydiary. Show all posts
Showing posts with label pregnancydiary. Show all posts

Friday, May 27, 2016

Pregnancy Diary : Bila waktu sesuai untuk beli barang baby?

Assalamualaikum



Ok ini entry throwback jaman pregnancy dulu hihi. Ajda tengah sleep, jadi ummi curi masa nak menaip.


Masa aku pregnant dulu, aku selalu rasa takut-takut nak beli barang baby. Bila pergi jalan-jalan, nampak Mothercare, rasa serba salah nak masuk. Siap kira gestational age dulu sebelum melangkah masuk ke kedai.


' Aku baru 25w ni... takpe ke masuk ni '


Dialog yang selalu bermain di fikiran aku sebelum masuk ke kedai baby adalah


' Is it too early to buy now? '

' Perut aku ni tak besau sangat, kalau masuk kedai baby orang pandang slek tak? '

' Aku belum 7 bulan lagi, kalau salesgirl tanya nanti adakah aku kena menipu? '


Ha ko tengok. Nak beli barang pon takut-takut macam nak mencuri. Semua ni disebabkan orang tua-tua termasuk ibu aku selalu berpesan


JANGAN BELI BARANG BABY SEBELUM KANDUNGAN MENCECAH 7 BULAN


Adakah korang bersetuju?
Kalau korang tak setuju...


Bila sebenarnya waktu sesuai untuk beli barang baby?


Cakap orang tua-tua ni ada betulnya. Masa 1st trimester, kandungan kita ni sangat fragile. silap sikit, boleh terjadinya keguguran. 2nd trimester, dah kuat sikit tapi still ada chances untuk faulty. 3rd trimester (yakni 7 bulan) inshaallah kandungan memang dah stable (melainkan ada masalah kesihatan ibu). Sebab tulah orang tua-tua suruh tunggu 7 bulan baru beli. Takmolah ibu over excited dah shopping spree tiba-tiba nauzubillah berlaku intrauterine death pula.


Tapi


Pada pendapat aku, di era permodenan ini, discount hebat datang dan pergi tanpa diduga. Kalau tiba-tiba ada discount melampau / jualan warehouse / baby expo, apa salahnya pergi beli secara senyap-senyap. Tapi jangan upload dekat facebook (agar tidak dikecam sanak saudara dan masyarakat hehe). Beli satu dua, simpan senyap-senyap.


Serious, itu hari aku nampak breastmilk storage bottle ni dijual dengan harga RM25 untuk 10 botol. Ada discount. Masa tu macam reluctant nak beli sebab tak cukup 7 bulan. Kesudahnya bila dah beranak, memang desperate nak guna that bottle, jadi terpaksalah tutup mata beli dengan harga RM35. Rugi RM10 I tau.


Sebenarnya masa pregnantkan Ajda haritu, aku dah start beli barang seawal 5 bulan. Tapi beli senyap-senyap pastu simpan dalam boot kereta husband hehe. Rugilah tak beli masa discount kan? Pastu agak agak nak dekat 7 bulan, terus suprise-suprise buat muka innocent bawak kuau semua barang tunjuk tok ibu ihiks. Aku takmo lah betah cakap ibu aku secara terang-terangan, kang dia taknak jaga aku masa pantang kang caneeee.

Shopping secara halus bersama husband tanpa diketahui tok ibu
Bath tub husband paksa beli sebab comel sangat
Beg baby ummi pinkish tak menahan


By 7month macam tu, aku dah siapkan beg baby dan simpan dalam boot kereta. Letak the basic needs je. Aku suka kalau semua benda dah ada before aku deliver. Tenang hati nak beranak hehe. Pada pendapat aku, high risk case macam mothers with hypertension in pregnancy, gestational diabetes mellitus (GDM), placenta previa etc better beli barang baby (at least basic items) siap-siap. 


Sometimes, bila korang pergi antenatal check up, if something goes wrong with you or the baby, nanti right then and there they want to get the baby out. O&G kan macam tu. Emergency. 1 minute makes a lot of difference. Maka tercenganglah you all, tiba-tiba dipaksa beranak, beg baby satu benda pon takde hehe (Ive seen cases like this multiple times!)


Well thats my personal opinion. Lain orang lain cara. So jujurlah dengan kakpaten, bila korang start beli barang baby? :)


Thank you for reading this entry !

Friday, April 22, 2016

Pregnancy Diary : Antenatal Check Up

Assalamualaikum


Dear afljunior,


Since ummi ni doktor, boleh je kalau ummi tak pergi antenatal check up dekat luar. Buat je dekat hospital tempat ummi kerja ni. Senang dan free haha! Tapi knowing your father yang penuh dengan unsur-unsur sentimental, abi kata


' I nak juga merasa pergi antenatal check up dengan you, tengok scan sama-sama. Its our first baby anyway'


Sayang kena sayang abi banyak-banyak tau sebab abi jenis ayah ayah yang banyak soft spot yang kadang-kadang ummi selalu terlepas pandang hihi.


So ummi decided untuk pergi antenatal check up dekat Hospital Pakar Al-Islam sebab dekat dengan rumah nanny (ibu mertua). Alhamdulillah memang murah rezeki sayang, sebab ummi dapat gynae yang sangat sangat soft spoken (pregnant mother kan selalu emotionally unstable, jadi mendapat gynae yang baik adalah satu bonus). Her name is Dr Norlida.


Apparently Dr Norlida ni merupakan mak kepada kawan abi dan suami Dr Norlida adalah lecturer ummi masa ummi medical student dulu. Dr Norlida sangatlah caring, tak lekang dengan senyuman dan sentiasa ambil masa untuk sit down and explain kepada patient. Ummi dan abi macam romantik couple datang berpegangan tangan, mendengar segala nasihat dengan patuh (walaupun ummi pon bagi nasihat yang sama dekat patient ummi but it feels different because Im the patient now LOL)


Setiap kali datang checkup, Abi paling excited bila Dr Norlida cakap


' Jom kita scan baby! '


And setiap kali scan, abi akan bergenang air mata dan tak henti henti mengucapkan subhanallah subhanallah…sebak. Ummi selalu curi curi tengok abi, bila abi menitiskan air mata nanti ummi pon join sekaki. Yela kang uolls kate ummi hati keras pulak haha!


Dr Norlida pulak sangat baik dengan ummi. Sangat motherly dan bagi kebebasan dekat ummi untuk blood taking / minum air gula (MGTT) / ATT injection dekat hospital ummi. So ummi just print the result and bagi dekat Dr Norlida untuk dia review. Ummi mintak je member-member ummi dekat ED tu ambil darah ummi. Ummi ni penakut sikit bab-bab jarum. Kalau cucuk patient lain ummi kau memang power nak. Tapi bab ummi kena cucuk ni ada parah sikit kekeke.


Kesudahnya setiap kali check up dekat Al Islam abi bayar murah sangat. Cuma scan je kan, takde laboratory fee. Dr Norlida pon tak ambil consultation fee. Dahla staff dekat Al Islam semuanya memakai baju syariah compliant, sambil tunggu tu dia pasangkan bacaan suci Al-Quran lagi. Ummi bersyukur sebab dengar cakap abi. Ni rezeki fetus namanya! ( fetus : synonym for unborn baby)


Tapi langit tak sentiasa cerah. Sehingga sayang 24w, ummi mengalami complication dan Dr Norlida dengan penuh kelembutan menasihati ummi untuk berpindah ke hospital yang lebih lengkap dan penuh dengan kepakaran. 


Dan itu kali terakhir ummi pergi ke Al Islam… :”)


Ummi and abi can't wait to see you sayang. Membesar dengan sihat ya anak ummi!
Toodles!


Thank you for reading this entry !

Thursday, March 24, 2016

Pregnancy Diary : Nuts & Chocolate

Assalamualaikum

Dear afljunior,

Hi anak ummi. Sepanjang mengandungkan sayang,  ummi ada simpan pistachios nuts dalam bilik ummi. Ummi simpan dalam tupperware. Just in case ummi lapar in between meal time, ummi ada sesuatu untuk dimakan. Tapi ummi selalu lupa nak makan sebab ummi malas nak kopek.

Pada suatu hari, abi tengah chillin' dengan ummi dalam bilik. Abi ternampak pistachio tu, maka abi pon makan. Dengan tekun abi kopek nuts tersebut, sekali sekala abi suap ummi. Ummi memang gembira part tu. Tapi part yang ummi tak gembira, abi kopek nuts sampai kulit die sepah-sepah atas katil. Ummi dah pesan supaya kulit pistachio tersebut haruslah berada pada lingkungan radius penutup tupperware sahaja, namun abi sepertinya gagal mencapai ekspektasi ummi. Ummi kecewa.

Jadi pada malam ini, ummi telah bertekad untuk kopek semua pistachio nuts dan masukkan kedalam tupperware. Ummi sayangkan afljunior dan abi. Ummi juga sayangkan katil ummi. Jadi ummi fikir, takpelah biarlah ummi beralah daripada ummi marah-marah. Ummi tak mahu kekecewaan yang sama berulang lagi.


Satu tupperware pistachios ummi kopek. Sampai sakit jari dan kuku ummi tau. Tapi takpe, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ummi suka makan nuts waktu pregnant ni sebab nuts akan membantu tumbesaran otak/brain development sayang. Ummi nak sayang jadi anak yang pandai tau :)


Tok Ibu ada belikan sayang chocholate M&M. Ummi baca, pregnant mother yang makan chocolate akan melahirkan baby yang lively & happy. Ini kerana chocolate mengandungi phenyletylamine :). Inshaallah amin amin!


Ni stok yang ummi simpan dalam bilik. Abi kalau balik mesti dia happy sebab dapat pau pistachios & m&m's ummi.


Takpe, atuk ada belikan lagi sebungkus pistachios dari Mekah. Next time ummi mintak abi kopek pulak. Abi, I know you are reading this, thanks.


Ummi and abi can't wait to see you sayang. Membesar dengan sihat ya anak ummi!
Toodles!


Thank you for reading this entry !

Monday, March 21, 2016

Pregnancy Diary : 1st trimester

Assalamualaikum


Dear afljunior,


Sekarang ummi dah 3rd trimester tau. Alhamdulillah. Dalam hati macam meronta-ronta nak share my pregnancy journey since 1st trimester lagi (1st time mom syndrome biasalah uhh!). Tapi ummi tetap bersabar dan bersabar sehingga masuk 3rd trimester. Seeee walaupun ummi doktor liddat and mengamalkan perubatan moden tapi ummi cool juga sebab accept nasihat orang tua-tua hehe.


So kali ni ummi nak cerita pasal journey 1st trimester ummi. Sebenarnya dah banyak dah lupa. Ummi selalu lupa benda-benda penting dalam hidup. Haritu ada orang tanya ummi, bila ummi kawen. Boleh tak ummi terkial-kial nak jawab. Ummi cam eh bulan 12 tu engagement kan..bulan 6 yang kawen kan. Tahun 2014 ke 2015? Abi bengang je bila ummi tersipu-sipu comel macam tu. Alah leks la..ummi rasa macam dah kahwin dengan abi dah berpuluh-puluh tahun gitu. Thats why ummi confused. Jadi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, ummi tulis dalam blog ya sayang :')


Afljunior inshaallah akan menjadi anak yang baik. Ummi cakap macam tu sebab sepanjang ummi pregnant dalam my first trimester, ummi langsung takde morning sickness. Takde mengidam juga. Ummi sihat walafiat sayang.. Alhamdulillah. Dah la time tu ummi tengah kerja di posting killer O&G. Ummi datang kerja pukul 5 pagi, balik pukul 11 malam. Berlari-lari sambut patient-patient ummi yang beranak dekat labour room. Sampai senak perut ummi sebab berlari laju sangat. Kadang-kadang ummi terlalu memikirkan patient sampai ummi terlupa yang ummi pregnant. Abi selalu marah ummi, katanya kelajuan ummi berjalan setanding dengan Usain Bolt. Haaa tu baru ummi berjalan, belum berlari lagi.


Disebabkan kesibukan kerja, ummi selalu terlupa nak makan juga. Kalau ummi teringat nak makan pon, ummi terlupa yang ummi tak beli makanan lagi. Selalunya nurse-nurse dekat ward 2A dan midwives dekat labour room yang selalu share makanan dengan ummi sayang.. Kadang-kadang dorang bawak bekal, atau beli makanan lebih, dorang mesti ajak ummi makan sekali.

' Mak yong...... jom makan sesama. Akak bawak bekal '

Kadang-kadang menitik air mata ummi bila makan sayang...


Abi kalau balik KL, mesti abi hantar makanan best-best kat ummi. Tetiba abi datang bawak sushi king la, mee kari la, auntie anne's la. Random sangat makanan yang abi beli tau sayang. Abi memang suka buat surprise datang hantar makanan dekat pantry masa ummi tengah kerja. Especially kalau ummi tengah oncall. Ummi kalau oncall memang jonah sayang. Memang sepanjang malam bz. Masa tulah BP nak high, masa tu la ada fetal distress. Kadang-kadang nak masuk subuh baru ummi dapat jamah makanan yang abi beli :")


Tapi alhamdulillah.Ummi selalu check sendiri my fundus height / ketinggian rahim. From the scan itself pon, you grow up very well my dear. My fundus height and your bodyweight always correspond to my gestational age. Ummi bersyukur sayang, walaupun ummi tak cukup rehat, walaupun ummi tak cukup makan, tapi ummi tau Allah akan mencukupkan segalanya untuk anak ummi


Ummi terhilangkan yang 1st scan oops! Yang ni masa ummi pergi 2nd antenatal followup dengan abi. Masa ni afljunior 12w 3d :)


Ummi dengan boss ummi ward 2A. Semua ni pakar sakit puan sayang. Dorang baik sangat dengan ummi, selalu usap perut ummi, ajak ummi makan masa drugtalk hehe. Dr Anizah, Prof Shuhaila, Dr Yuli. Masa ni ummi 13w 2d :)


Ummi and abi can't wait to see you sayang. Membesar dengan sihat ya anak ummi!
Toodles!




Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...