Monday, September 24, 2018

Resepi Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah

Assalamualaikum

Hi uolls. Ummi jaraaaaang sangat masak daging sebab kandungannya yang tinggi dengan saturated fats. Tapi itu hari masa raya Aidiladha, ibu mertua kirimkan setual daging korban. Maka jomlah kita buat daging masak hitam :)

DMH (daging masak hitam) ni memang sedap kalau dimakan centu je dengan nasi panas. Memang bertambah-tambah nasi chuollss ihiks! Bagi yang tak pernah rasa DMH ni...rasanya macam sambal daging + masam-masam + manis-manis lemak. Memang sedap sangat esp kalau pedas. Resepinya pulak memang senang sangat. Ummi kalau masak selalu agak-agak je bahannya, sejenis tak reti nak measure hihi. Itu hari ummi punya daging tu lebih kurang 500g, bawang merah saiz medium 4 biji, bawang putih dalam 4 ulas, halia dalam 2 inci & cili blend dalam 4 sudu makan.

Resepi Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah


Bahan-Bahan

Daging
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili blend
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Ketumbar
Air asam jawa
Kicap Manis Habhal Cap Kipas Udang * mesti guna ni !!!!! baru lemak manis sis *

Cara-cara

Daging

  • Basuh & bersihkan daging
  • Potong kiub kecil
  • Rebus didalam kuali (Letak air ngam-ngam paras daging, takyah banyak sangat) - Tutup api bila semua air dah tersejat. Step ni penting untuk melembutkan daging yer sis. So bila DMH kita masak nanti, daging lembut & empuk 😚


Bahan tumis

  • Gunakan kuali yang mengandungi daging kita rebus tadi, takyah keluarkan daging tu..terus je tambah minyak yang agak banyak untuk goreng daging tersebut. Goreng sekejap je daging tu..jangan kering-kering nau. 
  • Pastu terus masukkan bahan blend (bawang merah, putih & halia), serbuk sekawan (serbuk jintan manis, jintan putih & ketumbar) dan cili blend. Kalau korang sejenis lidah besi suka makan pedas, tambah le lagi cili blend.  
  • Tumis sampai cili & the geng garing serta terbit minyak. 
  • Tuangkan kicap manis agak-agak sampai kejadiannya menjadi warna hitam yang disukai. 
  • Pastu masukkan air asam jawa. 
  • Biarkan sebati dalam kuali sampai kuah jadi likat. 
  • Adjust garam & gula. Kalau pakai kicap manis cap kipas udang tu memang kick..takyah adjust gula dah, just adjust amount of kicap je :)

Cantik kejadian DMH sis hihi..Lawankan dengan nasi panas baru lepas ceduk dari periuk 😉


Jangan lupa kasi seimbang pinggan tu dengan sayur bayam masak bening. BTW, ummi makan nasi 3x tambah 😆 Habislah misi bising nanti berat naik banyak.

Selamat mencuba!



Thank you for reading this entry !

10 comments:

  1. sedapnya...

    ada masa nanti nak try...

    ReplyDelete
  2. Tq sharing . Mesti try ni..

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa. Menu favourite ni <3 Nanti nak cuba!

    ReplyDelete
  4. sedapnya..tengok kaler itam die tu..memang menyelerakan sungguh. thanks sis atas resepinya "-)

    ReplyDelete
  5. Salam blogger dari blogger lama yang masuk balik :-D Semoga suksess selalu..

    ReplyDelete
  6. memang menggoda. menu camni hanya boleh dimakan pada cheat day ja. hahahhaaa

    ReplyDelete
  7. Waahh ... kongsi resepi. Hmm nampak sedap ni. Mungkin nak try jugaklah resepi ni walaupun dah ada cara buat masak hitam sendiri .. hehe...

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...