Showing posts with label braces. Show all posts
Showing posts with label braces. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Tips : Perkara Yang Korang Patut Amik Tahu Kalau Nak Pakai Braces :)

Assalamualaikum


Setiap hari bila aku bukak formspring jer mesti nampak soklan pasal braces. Semua soalan lebih kurang sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene.


Ahh persyaiton kan semua tu. Janji hari ni aku nak share pengalaman aku dengan korang tentang liku-liku kehidupan seorang gadis bergigi besi ;) Aku taknak cerita pasal scientific fact. Yang tu korang boleh google sendiri. Aku nak cite pengalaman. Pengalaman tak boleh dijual beli lu tau tak. Pengalaman pon tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Eceh asal macam pernah dengar je ayat tu. Tampar nak? Ah sembang lebat tak guna, jom baca pengalaman aku yang precious ni. (geli? aku pon!)



  
Fatin Liyana! Sudah memakai braces selama 1 tahun setengah namun gembira & berhati girang. Pakai braces sebab ada gigi taring yang tak align (gambar kanan 2008). Sekarang sudah align (gambar kiri 2010). Warna braces (elastic band) kegemaran adalah pink/baby blue. Terasa macam baby-baby gituu ahaks!

SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bro!



MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab aku buat kat indon. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku buat braces kat mesia, ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Sekarang follow up aku every fortnight. Memang terasa mengalir a duit tu nak nak hospital tempat aku buat tu jauh. Duit minyak, tol semua tu kena amek kira. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Sebelum buat presentation siap buat disclaimer kat rakan sekelas, bagitau yang gigi aku gongak, kalau nak gelakkan silalah -__-. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 

- - - - - - - - - - - - - - - -

Ini saja pengalaman yang aku boleh share for the time being. Hari jumaat ni aku nak pegi follow up. Macam biasa I am terribly indecisive in choosing the color of my elastic band. Lepas tu mintak tolong doctor pilihkan haha. 'Doc kalo pake pink, sama warna apa ajah ya yang cocok?' Kikiki favourite dialog aku. Aku baru perasaan, setiap kali tuka warna, mesti warna pink kekal. Be it pink-blue/ pink-green /pink-red. Boleh tahan gurlish jugak aku ni ek? HaHa!

Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak ;) Sorry kalao terover, sejak kawan dengan cikepal asek terover jer. Hahaha takdelah men2 jerrr. Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulcer pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!


Latest : Elastic band warna Pink/Orange. Click for a larger resolution. Uaii gigi datin ko kemain putih lagi, boleh masuk iklan Darlie hehe.


Thank you for reading this entry !

Wednesday, January 6, 2010

BRACES

Hello all.
Perkara yang paling tak best tetapi harus dilakukan sebanyak sekali sebulan ialah pergi follow up braces dekat Rumah Sakit Al Islam, Soekarno Hatta. Rumah Sakit beerti hospital. Nak panggil rumah sakit pon boleh juge sebab kat situ semua orang sakit sakit pergi duduk.

Follow up itu best sebab dapat tuka colour braces mengikut warna pilihan di hati tetapi apa yang buat die jadi tak best ialah keadaan trafik yang sungguh menjengkelkan. Tanyelah sape2 yang dah travel kat Bandung, mesti sume kate 'the trafic is very bad..very very bad'. Nak nak aku yang tinggal secare permanent (3thn) kat sini. Setiap hari harus mengharung badai, bidai, keldai whatsoever lah. Tension tahu.

Jadi semalam telah bertekad untuk pergi follow up juga kerana sudah telat 1 minggu. Setelah buat assignment laju2, dalam pukul 1 start enjin pastu pukul 2.10 sampai. Itu pon ikot highway. Kalo lalu jalan biase, adelah 1jam 30 minit semate2 untuk jarak 16km :(. Terok sgtlah trafik bandung ni.

Pukul 2.10 sampai pukul 4.15 duduk tegak di kerusi menunggu sambil membuat assignment. Sedih taw. Dah la sensorang. Naseb baek jumpe Ally & Fiq. Bukan ally & aj penyanyi tu. 4.15- 5.00 check up dengan specialist. Lepas tu balik laju2. Laju2 pon sampai umah pukul 6.05.

tengoklah. Nak follow up braces yang 45minit tu je pon memerlukan masa 5jam. Naseb baek kau sebulan sekali jeh :)


Menanti dengan sabar.
Recent braces colour : Purple,pink,turqoise & orange
(haha iya aku memang tamak)
baibai.assalamualaikum

Wednesday, September 9, 2009

Braces kegilaan gadis2 anak org kaya di indonesia

Hi kawan2!

Kalau di Bandung dan Jakarta, pakai braces adalah 1 trend. Ye trend! Tp hanyalah di kalangan org kaye2 shj krn harge braces yg mhal. (Berjuta-juta rupiah tuu boleh beli sepeda motor a.k.a motor honda cup).

Ok mule2 sy rs sgt janggal sbb ble bli majalah girlish2 ni, model die sume pkai braces..student2 indon kat fakukti pon pkai..bewarne warni bagai.. Sy igt org indon ni suke makan pulut ataw kuey koci ms dorang kecik2 sehingga gigi menjadi senget benget krn kuey tu melekat2 dan menggerakkn gigi mereka dr kedudukan asal. ok sy tipu haha.

Ble sy tgk gigi diorang cantek jeh, maka sy hairan. kenapa sume org nk pkai braces?? Bkn pkai braces tu skt keh?? DA LA MULUT NAMPAK MUNCUNG DAN TERPAKSE KURANGKN SENYUMAN KERANA DIKHUATIRI AKAN DIKETAHUI RAKAN2.(bajet nak sorokkn padahal kalo da pkai gigi besi tu sape yg xprasan mmgla bangang haha)

Hmm...kalau kat Malaysia, kite xopen nak ckp psl gigi dpn org rmai, tgk org pkai braces pon buat2 tutup sblah mate, sbb kalo tanye tkt org tu terase. Contoh conversation:-


si polan A : eh hi! lame xjumpe *smbil senyum bersinar2 menunjukkn braces*
si polan B : oh hi! rindunye kat ko! *berpure2 xprasan braces sdgkn NAMPAK DGN JELAS DAN KETARA*
si polan A : hey ko xprasan ke ak pkai braces??!!
si polan B : eh?? ko pkai braces? xpasan pon? mane?


......... hahaha betol x betol x penipu la kalo kau kate xperasan. taik mate yg kecik tu boleh pulak kau perasan cis.

Tp kalau di Bandung, sume org bercerita psl braces dgn riang gembire. Bile follow up la~ nk pkai warne ape la~ bile nak cabut gigi la~ Sume org xsabar bile korng nk off-braces sbb nk tgk gigi baru korng. Pastu bile tngkap gmba je sume senyum nak smpai ke pipi, sume nak tunjuk braces msing2. kalo boleh smpai ke kening senyum tu, mesti dorng da lyn da senyum smpai kening. Bg dorang, pkai braces adlah satu kebanggaan yg harus dikongsi beramai2.

Sy pon antara org baru yg pkai braces. adelah 4bln hehe. Tp sy pkai sbb nak turunkn taring kat belah kiri ni. bknlah pkai sbb trend. Mule2 agak malu nk senyum, tapi bile pikir2 balik, buat ap nak malu? No matter how much you try to hide it from people, the fact is people always know. So just get over it and just be confident with yourself! lgpon ak bayar buat braces ni mahal nk mampos kot?? #$CT@$%!!

Contoh 1 : Wlpn anda pkai braces, sile senyum nampak gigi ye :)

Contoh 2 : muncung ni bukanlah disebabkn oleh braces, tp disebabkn oleh gene ayah yg mempunyai bibir yg sexy haha


Contoh 3 : Senyuman *hey people look at my braces!* akan meningkatkn confident dri. Tp bile bergambar dgn c cantik yg free hair ni akn merundumkn confident dri sekali skale. knapela ko cntek sgt syzna??


Pesanan Fatin Liyana : Dentist nak cbut gigi i next month! Omg apakh rupeku tanpa gigi?? Rakan2 sile beri i support hahaha



Thursday, June 11, 2009

The Braces Story

Hello readers yg comel (sbb bce blog ak, ak pgl la korang comel)!

Haa adakah korang taw ak dah pkai braces? Mesti x kn. Sbb gmbar yang ak upload sumenye outdated (consider outdated a sbb ak xkai braces ag tyme tuh). Meh a ak story sket psl pertualangan pahit gentir ak dlm mengalahkn syaitan yg pling berkuase iaitu syaitan Onigen. watdahek? (bajet urban a eje cmtu hahaha)



tgklah braces, bkn pimple. ak taw korng tgk pimple en? cis.


Ak pasang kat private hospital kat Bandung, RS Al-Islam. Basic cost Rp 6,060,000.00 ( tergamam gak ak seketike ). Pastu setiap kali dtg pon bayar gak. Xray bayar gak. Doctor nak wat ape pon, kte kne bayar gak. Yang penting banyak gile lah bayar nyirap ak. Ak drive g sane, tu pon nak kne kire tuh. Jom tgk kronologi bende ni!
  • 17/5/09 SUN - Registration, choose your speacialist ( mine is Drg Youri Adrinata spc ortho, check up, xray ( 2 kali ), mould gigi & pasang 'spacer' between molar (siyes bende ni skt giler until u cant eat!)
  • 20/5/09 WED - Pasang somekind lyke 'cap' kat my molar teeth. L/R Up & Down
  • 23/5/09 SAT - Pasang bracket & wire kat gg atas
  • 26/5/09 TUE - Pasang bracket & wire kat gg bwh
The first week ms ak psg braces..byk gler ulcer..mlut ak sume koyak2 huhu cm kne dera lak..gg sume rs cm nk tercabut..nk kunyah pon xleh. ngilu! ak mkn lame gle. adelah 1jam. siyes lembap. ak kne potong kecik2 dlu, carik2 dlu isi ayam pastu br mkn pelan2. ak brase sedih sbb xpat mkn laju2 cm ak slalu wat ngan hafiz huhu. tp xpelah org teraniaya doanye makbul (adkah ak ni tergolong dlm golongan teraniaya??) hahaha
Pepepon skang ni da ok. Nk dekat 3mgu ak pkai ni. Slese la. Aknye follow up tiap bulan. (byr lagi...) huhu. Follow up ak 23Jun ni! Nak tuka kaler pink hee (skng ak pkai blue & green). Klah nk gosok gg. Nilah hobi terbaru ak !

Honey Koyuki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...