Monday, March 14, 2016

Resepi : Popia goreng sambal

Assalamualaikum


Siapa sini suka makan popia goreng sambal? Ada orang panggil popia goreng sambal, ada orang panggil popia goreng bersira sambal, popia goreng bersalut sambal, popia goreng pedas etc. Pemilihan nama popia selalunya bergantung kepada kemahiran seseorang menggunakan kata imbuhan dan penguasaan kosa kata yang luas.  Tak kisahlah memana. Aku sukaaaa sangat makan popia anyway. To be specific, popia inti sayur. Tak suka yang inti lelain. Dari aku kecik lagi, memang dah rajin tolong ibu buat popia. Kalau balik Seremban tu, selalu la melipat popia sambil mencece tentang kehidupan. Tau tau je dah penuh tupperware aku dengan popia!

Resepi popia sayur aku ni memang simple tapi inshaallah sedap hehe. Rahsia dia korang kena guna TAUCU ya. Barulah popia ko berasa. Ni tawau hamlau (baca : tawar melampau), buat sakit hati je kan? Aku ni pantang ya kalau makan makanan tak berasa ni. *Bila bercerita tentang makanan terus menjadi garang dan serius. Siaplah wahai anak anak aku nanti hohoho *


Ok jom tengok Resepi Popia Goreng Sambal

Bahan popia inti sayur

1. Kulit popia
2. Sengkuang (Bergantung size. Aku guna separuh sengkuang bersaiz besar)
3. Carrot (Bergantung size. Aku guna 2 biji sebab carrot ni kecik)
4. Bawang merah (2 biji-3 biji)
5. Udang kering sejemput
6. Taucu (2-3 sudu besar)


Bahan sambal

1. Sama macam ko masak sambal. tapi tambah gula banyak-banyak sampai likat dan berubah warna menjadi gelap
2. Kalau ada bijan, boleh tabur.


Bahan-bahan popia inti sayur. Ada orang letak timun dan taugeh. Aku tak suka sebab berair dan cepat basi.  Sengkuang tu aku potong halus-halus ala ala batang mancis. Carrot tu aku shred je. Bawang merah dengan udang kering aku guna chopper. Eh udang kering takde dalam gambarlah hehe sorry.

Panaskan minyak masak dalam 3 sudu besar dalam kuali. Tumiskan bawang dengan udang kering yang dah dichop sampai naik bau. Masukkan 2-3 sudu makan taucu. Agak agak dah sebati, masukkan carrot dulu kemudian diikuti dengan sengkuang. Sengkuang akan keluarkan air dengan sendirinya, so korang takyah tambah air ye! Masak kejap je dalam 7 minit, agak-agak bila sengkuang dah lembut. Masa ni inti popia korang akan mengeluarkan bau yang amat mengundang ye. Aku selalu cuit cuit makan hehe. Takyah tambah garam sebab taucu dah masin. Kalau tak cukup masin, korang adjust le amount of taucu masa menumis tu.




Cara nak melipat popia seperti yang ditunjukkan diatas ya. Simple je macam lipat surat cinta pastu buh bedak wangi wahaha. Legend betul kekanak 90an. Anyway, untuk popia korang jadi rangup, JANGAN LETAK INTI BANYAK-BANYAK. Sebab nanti popia jadi lembik bila lepas goreng. Aku selalu letak inti dalam 1 sudu kecik je. So bila lepas goreng, popia tu jadi rangup. Oh ya, masa melipat popia tu, lipat ketat-ketat pastu basahkan hujung kulit popia tu dengan air supaya popia korang 'seal'. Kalau tak nanti, bila goreng dia terbukak.

Pastu goreng le popia korang dalam minyak penuh. Takyah lelama sangat, asalkan dah bertukar warna dah boleh angkat. Gebu kan popia I hehe..Kalau korang dah biasa buat nanti automatically size dia jadi sama. Aku ni pantang kalau popia tak sama size..nanti I emo haha..So kalau boleh biar aku je yang lipat popia tu..orang lain g buat kije lain haha *OCD popia sudah mari*



Ok biasanya aku hanya akan buat popia sambal bila ada sambal lebih. Contohnya macam kalau aku masak nasi lemak, ada sambal lebih kan, haa aku just panaskan sambal atas kuali, tambah gula banyak-banyak sampai sambal jadi likat dan warna sambal tu jadi gelap sikit. Tutup api. Pastu aku akan gaulkan popia dalam sambal tersebut. Kalau ada bijan, boleh le taburkan. Aku tak berapa suka popia bersira yang merah manis gitu, aku lagi suka yang pedas-pedas sambal.

Ha centulah resepinya :) Kalau korang takde sambal yang dah siap, you can also do it from scratch. Sama jelah macam buat sambal tumis cuma kurangkan cili giling dan lebihkan gula.




Anyonyo sebab dah buat banyak jadi haruslah paksa suami bawak bekal gi hospital ya. Orang lelaki ni tak kuasa nak basuh tupperware jadi kita bekalkan dalam sandwich bag je. So bila dia breakfast tu mesti teringat-teringat kat isteri tersayang ini hohoho... *You. must. obsess. with. my. cooking. ok*

Korang boleh buat popia banyak-banyak lepas tu simpan dalam freezer. Bila nak makan, tinggal goreng je dengan buat sambal dia. Time management ladies :P. Selamat mencuba!


Thank you for reading this entry !

21 comments:

Anonymous said...

ayat yang last tu win!
HAHAHA

AqilAbdullah said...

sesaja bukak blog akak Fatin sebab rindu huhu tengok-tengok ada update :') dan yayyy! Nak cubalah resepi ni memandangkan takda benda nak buat kat rumah lepas habis spm ni.

Cik Puan Eka said...

hihihhi ayat last tu.

Memang sedap popia ni tp klu dapat yg liat , alamakssssssssssssss

Lady Shah said...

Baru je buat semalam...makan sorang2.. hehe

Anonymous said...

Sedapnya...nk try ler

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

sedap pulak..so will be my next menu

amElyn said...

baru jer mkn popia aritu. sedapnya lahai. thanks for the recipe. nanti boleh try

the channahc said...

kite suka popia yang ada inti carrot dengan tauge. bila dah goreng letak sos and tabur bawang goreng je. simple ajo taste kite hehehe

Aisya 사구라 said...

part yang last tu menahan ketawa saya dibuatnya XD

PeRdU cINta said...

Wah...best sangat ni...betul PC pun kadang buat lebih...buat stok simpan dalam peti ais..hihi..

muja said...

lepas doktor update gini.. terus rasa nak buat kat suami.. hehee

nayfatimah rasyid said...

biasa buat popiah cicah sos jew ... nanti leh try plak :

tq the recepi

• Ain Cho'in • said...

Citarasa kita sama. Tasuka yang manis and tak pedas. Tapi kita suke yang pedas sangattttt manis kurang sikit. Hehe.

norihan din said...

Tq..Nk try resepi ni Dan boh DLM peti penuh2..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Hahaha, betul! time management ye FL. Buat byk byk pastu frozen. blh la buat bekal 3 4 hari. hiksss... boleh cuba resepi ni =)

Carl Dani said...

Thanks sis for the recipe...nanti nak try..

wong meimot said...

thorbaek.. suami sayang lagi2 lebih ni

siti raihana said...

lapar la pulak tgok entry kak fatin nie

nadhie wueen said...

Wah...sedapnyaa :D memang suka popia jenis ni. Lepas ni leh try buat. hee

Anonymous said...

Gambar Dr Anwar pun macam kena paksa pegang and tangkap jugak. HAHAHA.

Firefox firdaus said...

sedap sangat ni popia. tapi biasa beli kedai.. tak lama lagi ramadhan mesti ramai jual. hehe. bestnya..

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]