Assalamualaikum
Ha kali ni aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Pulau Perhentian itu hari. Kiranya ni last entrylah ye, malas aku nak panjang-panjangkan cerita. Itu hari aku dah cerita pasal first day, so kali ini aku akan cerita tentang aktiviti kitorang masa 2nd and 3rd day.
Yang aku dok peratikan, kehidupan di pulau ni macam laid back gila. Takde orang rushing. Semuanya rilex.. Even aku duduk sana pon aku taktau nak buat apa. Yang ada cuma pasir dan laut. Asek dok tengok laut, berangan..pastu mengantuk. Dok ulang-ulang benda yang sama. Tapi lautnya memang cantik. Sangat mendamaikan hati ;)
Syok gila tenung laut ni sampai pedih-pedih mata iolls
Antara aktiviti yang kitorang buat adalah islang hopping. Bayar RM45 sorang, boatman akan bawak pergi 5/6 pulau aku pon dah lupa, pastu kat pulau tu boleh la snorkeling. Setiap pulau ada keunikan tersendiri. Ada batu karang warna biru, ada yang hijau. Setiap tempat lain-lain. Jadi wajib turun ke bawah laut walaupun hati kau sakit sebab penat!
Syok gila, ko boleh bagi ikan makan roti secara up close and personal. Tapi geli sikitlah, sebab ikan-ikan sangat rakus. Bila ko pegang je roti, semua ikan tu macam tak tentu arah serbu ke arah ko. Sampai digigitnya tangan iolls ni. Rilex la bro, roti kosong je kot. Belum gwa kasi roti john lagi bahahha
Bila dalam air tu, aku rasa macam takutnya kalau mati. Sebab dalam air tu senyap sunyi..rasa macam dalam dunia yang lain. Terumbu karang tu rupa dia ada pelbagai. Scary la jugak. Ada yang bentuk dia macam gua . Kalau tetiba ada pontianak dalam gua tu cemana aku nak lari. Pontianak boleh tahan lagi..kalau piranha atau jaws? Mampos tau aku kena heart attack bawah laut.
Walaubagaimanapun, memang cantik di bawah laut ni. Cantik yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Inilah ciptaan tuhan. Rahsia alam yang tiada siapa tahu. Cantik-cantik ikan yang aku jumpa. Best tau dapat berenang dengan ikan, rasa macam mermaid gitu hikhik
Ololo ada gaya macam Pandalela tak haha?
Nanti boatman ni akan bawak ke lighthouse, pastu dia suruh semua orang lompat. Nampak macam rendah..tapi sebenarnya tinggi!! Dia ada 3 level. Kitorang lompat yang second level tu. Masa kat bawah tu aku eksyen gila, bila dah sampai atas, terus pening-pening lalat. Cuaks wey nak lompat. Kalau swimming pool takpela. Ni laut kot! Tapi, aku ni kan suka extreme sport..so wajiblah tak melepaskan peluang ini :P
Inilah pemandangan bawah laut lepas aku terjunam masuk laut tu..macam bangkai Titanic kan? Tapi Titanic tak karam kat Pulau Perhentian la ngeng..
Ha nampak tak Kincir Angin di atas bukit itu? Kita akan pergi hiking ke sana. Bayar RM50 untuk 1 tourguide (share la reramai), dia akan lead korang ke atas sana. Tapi kalau dah biasa pergi, tak payah la pakai guide dah. Tak tinggi sangat pon bukitnya. Aku siap pakai skirt dengan slipa jepun lagi hahaha. Lebih kurang 30 minit hiking, korang akan sampai puncak. Apa yang ada kat sana?
Permandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik !!
Walaupun panas mengutub..tapi pemandangan diatas sana memang sangat sangat cantik. Tahukah anda ubat untuk ketenangan adalah membaca al-quran, berzikir, solat serta melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT? (tapi takyah yoga sangat kot kat tengah-tengah panas tu hahaha..)
Pergi makan seafood. Nak pergi tempat ni kena masuk hutan gelap gelita..bila dah sampai tanjat boboi sebab semuanya orang putih. Tak rasa macam kat ganu langsung. Sorry aku dah lupa la nama tempat ni.
Ada satu benda lawak kat sini. Kat sini bersepah jual arak kuning orang utan. Masa nampak signboard tulis Arak Orak Utan. Aku bajet macam kalau beli arak tu dapat mabok sekali dengan orang utan..kira macam somekind of tourist attraction a. Sebab aku tengok kat youtube anjing boleh mabuk ok kalau terminum arak. Lepas nampak botol arak tu, terus aku gelak-gelak. Please la buat nama lain.
Tau tak aku makan apa? Aku makan ikan shark ok. Tak mahal pon RM15 satu set untuk sorang makan. Tapi tak sedap, sebab macam keras isi dia. Tapi oklah, boleh buat modal berlagak dengan kengkawan hahaha.
Memang panas gila la kat sini. Setiap masa aku bawak sunblock, kejap-kejap pakai tu pon muka aku burn jugak. Dahla balik KL, esoknya tu ada photoshoot magazine. Sempoi!
Nah amek kau, sebelum balik wajib group photo atas jeti. Pergilah melancong ke serata MALAYSIA, tingkatkan industri pelancongan kita =) Tata!!
Thank you for reading this entry !
sungguh indah ciptaan yang maha Esa..Subhanallah..
ReplyDeletegambaq yg lastu tu sempoi!hehhe
ReplyDeletehaha sempoi!
ReplyDeletewahh jeles....pulau perhentian salah satu wishlist aku. nk pergi sangat2 dr dulu. hehe. gmba last plg cool sbb langit and awan cantik.
ReplyDeleteKak FL..gambar dlm laut tu snap pakai camera ape??cantikk kot pulau tuu
ReplyDeletehamek kaw..eksen lagi masa nk lompat..muahahha..cool la korang :)
ReplyDeleteEda, ko takyah jeles sangat lah. Ko dah pegi istanbul ok. hahaha aku yang jeles!!
ReplyDeletegambar dalam laut snap guna camera kawan..sony dia punya. camera i xleh masuk laut hehe
just to share. maybe we should look into is it allowed to eat sharks. because from what i know shark find food using teeth/fangs. jerung cari makan guna taring. dan kalau saya xsilap, haiwan y cari makan dengan taring and kuku, xboleh mkn.
ReplyDeletejust sharing.
ffuiyyooo...best oo jln2...snap lam laut tu part best skali...memang ase cm mermaid laa...hoho
ReplyDeleteoo yeke? tapi shark pulau perhentian is diffrent from shark yang tengah laut tu tau. shark perhentian ni vegan, makan rumpai laut. pastu smaller size. yang besaq2 tu xleh dok perhentian sebab depa kena hidup dalam suhu -6 degree. so maybe u refer to the big shark kot
ReplyDeletebestnyaaa!! baca n3 awk rasa nk ajak hubby g honeymoon skrg gak kt sana!! huhuuuu.. tq for the beautiful pic of perhentian!!! loveeeeeeeeeeee it!!
ReplyDeleteFatin,nk tanya, if xpandai berenang leh tak g snorkeling eventhough ad life jacket? Mcm besh,tp I xpndi swimming..HuHuhu~~~
ReplyDeleteala .. nk swim laut cm ne xreti swim pun. haha
ReplyDeletetak pandai berenang pon boleh snorkeling..tapi penat sikit la haha..nak kejar penyu ngan ikan
ReplyDeletecantiknyaaa pulau tu :)
ReplyDeletebestnya !
ReplyDeletecntiknya! smua gmbar smart2! huhhu. wlupun kg ganu xbksmptn lgi nk gi sini. pnh gi plau kapas je. tu pun bnyk omputih. hahhha
ReplyDeletementen cun tak kira di dalam air, darat mahupun bukit..rock la fatin!
ReplyDeletewaaaa... bestnya... gambar yoga tu, duk nikmati suasana ke, jemuran. hahaha
ReplyDeleteharap2 1 hri nant blh pi sna...kak fatin share la gmbr msa pi hongkong dgn india
ReplyDeleteFL bole bg detail cost g sane x ?? it nk g honeymoon kt sane awl bln 7 nti .. plzzzzzz .. :D
ReplyDeletesatu soalan:
ReplyDeletemacam mana sisa kumbahan orang2 kat pulau tu diuruskan?
heheeee
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteamboi...
ReplyDeletehiking pakai skirt and sliper....
uyoo tin. syok gile kot. kite dah request dah kat bakal somi nak bawak gi sini. muahahahahahahaha
ReplyDeleteasyik PD jer kan.. hahaha
den nak meraso poie luo nogori gak.hahahaha
wahh , cantik sangat , serius , pulau di Terengganu memang cantik . Laut yang bewarna biru sekan mendamaikan ..Kagum dengan ciptaan Allah S.W.T
ReplyDeletejap tin, kita ni rabun. rabun ayam ke rabun kambing ke entah.
ReplyDeletekalu snorkeling tu gamaknya boleh nampak tak ikan2 tu. hahahaha.
nak pakai lenses tontu la tak buleh...
nice trip..blom pernah sampai ke pulau..memang sangat menakjubkan ler pemandangannya..
ReplyDeletegambor sume lawo..paling suka yang last tu..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetempat ni macam tak sesuai honeymoon. maybe boleh pergi perhentian besar?
ReplyDeletei dah include all the cost dalam dua entry ni, kindly sum it up yourself. tq!
Basically way cheaper la kan kalau sebarang urusan yg melibatkan makanan and activities dibuat terus kat situ, kalau dibandingkan dgn amik package dgn agent or individual. Kan3?
Deletebestttnya.. terasa nak pegi sekarang.. tp gambar last tu ohsemmmm giler!
ReplyDeletetu bukan ikan shark tu ikan yu
ReplyDeletebestnyaa!teringin nak pegi tapi tak berkesempatan lagi
ReplyDeleteBESTNYA..KAK BUI MMG TERINGIN NAK G PULAU PERHENTIAN..INSHA ALLAH,SATU HARI NNT..^_^
ReplyDeleteGMBR LAST TU MMG SEMPOIIII..HAHAHA
Fatin so comel, geram..ayt2 die bg org gelak je..nnt ade baby biar cm fatin,ayt sempoi,comel,sopan n paling penting tutup aurat..
ReplyDeletetak dapat bayangkan kalau kak fatin kasi ikan tu makan roti john. hahahaa.
ReplyDeletebujet berapa kak tin ?
ReplyDeletebrape kos semua g sane? dari awal sampai balek?
ReplyDeletehi fatin. i nak tanya soklan yg agak noob. err..ada pacat x time u pg hiking ke kincir angin tu? my trip to perhentian next week. tq
ReplyDeletecantikknyaaa fatin... dan laut membiru tu! hehe
ReplyDeleteApakah perabot IKEA yang paling murah utk dibeli?
cantik!cantik!cantik!
ReplyDeletejemput mai Langkawi pulak. Pantai Cenang !^^
ReplyDeleteTak pernah sampai Ganu lagi.. Teringin nak pergi tapi... huhuhu..
ReplyDeletePulau Perhentian tu memang best, kan..
cantik nyerrrrrr
ReplyDeletewaah bestnye. saya org teganu tapi xpenah jejak pun pulau perhentian. hahah... noob gile. by the way, cantik gambar2... sempoooiii
ReplyDeletekak faten tak ajak :* :P best jugakkan klo p masa budak2 tngh sekolah....xla bsesak :3
ReplyDeletepergh cantiknya. SubhanAlllah
ReplyDeletesuka gambar kak paten bertapa. bhahaha
ReplyDeletewow..biru betul air laut..xsabar nk tggu thn dpn, nak p jenjalan kat sini jgk lah..hihi
ReplyDeleteGambo yang last tu ada yg terkena tendangan tak? Ngeee...
ReplyDelete
ReplyDeleteBagussssssssnyaaaaaaa view laut tu!
FL bertambah pahala nih! bikin orang y lihat makin gerah mengkagumi Allahhh!!!
hehe sempoi~ Alhamdulillah!
tak pernah pergi lagi pulau ni. shame. haha. maybe next time; insyaAllah.
ReplyDeletePulau perhentian !! mishh woo ! last yer pergi sana..mmg ohsem ! tmpat mkan tu namanya long island..mmg rmai org putih dr melayu kan..da mcm kite plk pelncong luar..haha..
ReplyDeletepose kakak tudung merun tu sempoi ah . you too . hehe ^_^ hari tu g ganu , duduk sana 3 mggu bcoz i have some research , tp xg pon pulau phntian ..rasa rugi lak .
ReplyDeleteSalam.fatin.. Blh x nk dpt no contact org yg uruskn trip korg dkt pulau ni
ReplyDeletelamanya tunggu entry ni . bestnya ~
ReplyDeletehahaha..comel je dak fatin nih..cepuk kang!
ReplyDeletesubhanallah.. indah betul ciptaan ALLAH.
ReplyDeleteAs salam, its me again, the one y comment about kekhuatiran either jerung is eatable or not.
ReplyDeleteI personally pn mmg masih kurang ilmu lagi dlm hukum2 ni, so maybe ape y fatin ckp tu mungkin ade btlny, which is vegan maybe should be ok. But for me, i dont rely on "should", meaning ada was2 kat ctu, boleh ke...xboleh ke. Jadi bak kate ulama cerdik pandai, kalau dlm was2 atau xpasti, kita amik jalan selamat. Contoh sbb sy xyakin samaada boleh atau tidak nk mkn, atas kekurangan ilmu, sy amik jalan selamat which is xmkn.
Sbb kadang2 kita akan terkeliru bab2 hukum sbb kurang sumber dan kita sendiri kurang semangat nk cari. Contoh Pork sume tahu xblh mkn, btl. Klu dihurai secara scientific antara sbb xblh mkn sbb dgg die byk kuman and cacing where even if u masak mcm mn sekali pn xkn hilang. Jadi if someday in the future ade org blh cipta a certain special subtances that can remove all the bad things in the pork, does mean that it could be eaten?? answer is no coz dh termaktub xblh.
So berbalik kepada isu y kita discuss skrg, kalau fatin btl2 pasti, 110% blh, its ok. Tapi kalau fatin sendiri xpasti, just cadangan sy y xseberapa ni, kalau blh jgn state kat post. Bkn ape fatin, fatin ramai followers. I pesonally like follow your blog, blh realese tensen gak bile geram wat project. But because ramai org follow, fatin kena realise that you have a great power of influence. Dh recap ckp spidermen, "With great power, comes great responsibility'. Mahu atau tidak, fatin ade share of responsibility of what people do after they read your blog. Bukan ape just incase klu mmg xblh mkn shark tu, tapi your followers kate, eh xpe la sbb fatin liyana mkn, jd mst blh pny. So klu diorg wat dosa, fatin pn ade share gak tau dlm tu.
Maaf sekali lagi, i dont mean to judge, really2 hope that i didn't offend you in any way. Its just that, i mmg suke follow your blog,and as individual, i also admire you in a certain ways. But macam y i ckp td, if klu xpasti, i cadangkan u xpost. But klu u btl2 pasti, 150% sure, then i cannot say anything bout that. Again, ini hanyalah cadangan dari sy y kurang ilmu, klu ade baik, blh ikut. klu xbaik maaf ye.
PS: you dont need to approve this comment. Its just like my medium to communicate to you.
Keep up the good work in blogging. Always looking forward to read your next post.
Assalamualaikum.
Setahu Saya, hidupan laut semua boleh dimakan :)
Deleteakak pakai camera apa ni.cantik gilerrrrrzzz.
ReplyDeletegambar last sekali tu, fatin ganas giler haha
ReplyDeleteMacam mana ye FL dapat amik suma gamba kt dlm laut & gambar2 kt atas tu? Mcm ada paparazi yg tolong amik kan jer..hihi
ReplyDeletenak tanya, camne kak FL amek gmba bwh laut tu? pakai hp biasa gak ekk?
ReplyDeleteHuhuhuhu,saya orang terengganu pun belum berkesempatan pergi pulau ini...jealoussss
ReplyDeletelove the last picture tersangat much many more!!! :D
ReplyDeletealaaaa ... bestnyer , huhuh
ReplyDeleteseriusly tak pernah sampai lagi ganu...nak kena jejalan n buat travelog ni..
ReplyDeleteRoti john pun bolehhh hahahah tergelak-gelak je baca :p
ReplyDeletePernah plan nk g pulau2 cam pangkor or redang tp xterpk nk g perhentian..so pasni akan dipertimbangkan..huahaha
ReplyDeletelawanya lahhh. nak pergi!!!
ReplyDeletebestttnyaaaaa nnt nk try gi sini wahahaha
ReplyDeleteComel je gambar yang akhir tu, macam kungfu bagai cara dah hihi :)
ReplyDeleteBest nye... cantik tempat ni..
ReplyDeleteYes2... FL da buat post bru.. hehe
ReplyDeleteKenapa cantik sangat pemandangan tu? WaAAH. rasa macam nak pergi jer!
ReplyDeleteakak fatin.. nak tanya, akak rabun jugak kan? masa snorkling tu akak pakai contact lens eh? is it ok?
ReplyDeleteBestnya akak fatin gi pulau phentian nih. Dh lama merancang nak pegi tp xboleh sebab life sbg student kan. No money heheh. Btw suka sgt post2 dri kak fatin. Boleh dikatakan kak fatin ni ispirasi sy laa dlm belajar, fashion and semua2 laa. :) Dh xboleh nk baca entry akak pasni sbab dh g matrik. Wish me luck kak fatin! :D
ReplyDeleteKak fatin, boleh bg tips cara2 belajar kat matrik tak wpun xde kaitan dgn entry ni, hhehe
ReplyDeleteMakasih atas perkongsian informasi berguna, kalo ada rejeki nak gi jugak pulau ni.
ReplyDeleteTo miss Anon, maybe this article would help you clarify the issue :
ReplyDeletehttp://www.al-ahkam.net/home/content/sj-%E2%80%93-2477-halalkah-ikan-jerung-dimakan
keep on rockin' fatin!
Ok,so leh g lah eventhough xpndi swimming.. hehehe
ReplyDeleteFatin mst superb in swimming kan?
Btw, hope u success in life and hereafter. In Sha Allah
dah lain pulau perhentian.. kena repeat nie..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteFL...
GUD PICTURE TAKEN...
BLH AR ANGPA MASUK CONTEST NE...
UNTUNG2 MENANG BEB...
ADIAH BAGI I...
hehehehehe....
http://travel.nationalgeographic.com/travel/traveler-magazine/photo-contest/2013/rules/
marilah cuti2 msia!seronok tengok dalam msia pun ada tempat cantik macam ni.
ReplyDeleteMcm syok, tp mcm kurang aktiviti kat situ ek?
ReplyDeletenever been to Perhentian, teringin tp would consider dgn pulau2 lain
hehe
bestnye dpt lepak2 rilex otak tmpt2 camni...dh lama xkuar bcuti!
ReplyDelete~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
Do you hate the dirty shop for food?
ReplyDeleteIf yes can you pls like us and share you EXP on here!!
https://www.facebook.com/stupidoldtownwhitecoffee
salam sis...sis pg perhentian besar or kecik?dye ade dua kan..pg yg mne satu ye..
ReplyDeleteAssalamualaikum FL, nice gila trip korang! hehehehe bestnya kalau dapat pergi trip dengan kengkawan. i missed my friends ;p
ReplyDeleteSempi habess.. :)
ReplyDeletesalam, hye honey :)...first time sy jalan sini...google2 pasal pulau perhentian..ok x sna untuk pegi famly day?
ReplyDeletewaduh enggak bilang mau kesana?
ReplyDeletesuke sluar kembang tu ^.^ hehehehe..sooo cute
ReplyDeletefatin beli syria byk2 kat mana ?
ReplyDeletesonoknya pegi pulau. Nanti nak pegi jugakla.
ReplyDeleteDah tau dah isi ikan jaws memang liat sikit. Kalau buat ikan masin pun agak liat jugak banding ikan lain ;)
woahh..banyak syiookkk~
ReplyDeleteFatin if im not mistaken you rabun kan? Did you wear contacts bila you did all the underwater activities?
ReplyDeletecantik eh gambar gambar ni? hehe tq!
ReplyDeletemasa sy snorkeling mmg bare eyes, tak pakai apa apa. tapi underwater u can still see eveything. macam magic kan? reminder, jgn pkai lens underwater nanti hypertonic..haha
salam
ReplyDeleteakak pernah pergi pulau redang
sama la penuh orang putih dan banyak arak
sejujurnya memang kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah
tetapi sedih sebab maksiat sangat mudah diakses oleh orang2 kampung
arak merata2... serius sedih
Hari tu sempat pegi sane untuk 3 hari..sgt superb la die punyer view dlm air..subhanallah sangat cantik ciptaanNya..first time buat snorkeling, rase x confident pun ade tapi ble bagi ikan mkn roti tu ase dihargai dgn hidupan laut..ahaha suke tgk kak FL pegi sane..:)
ReplyDeleteada ikan lumba-lumba ke sini? haha. Lawa laut dia..
ReplyDeletewah...bestnye nak kak fatin belanje !! haha
ReplyDeleteakak pakai kamera apa ? lawa kot gambar :D
ReplyDeletehello, u look like the girl i saw when i was in S.Recipe, Mid Valley last month (rasa2nya bulan lepas kot). she was with a friend. pelanduk 2 serupa mungkin.
ReplyDeletekenapa macam makcik2 je FL.
ReplyDeleteAs salam kak FL..thanks for sharing kat pulau nie..macam best je..even saya study kat ganu nie belum sempat nak gi pun kat pulau-pulau menarik kat sini..insyaallah next sem bercadang nak gi kot...btw..gambar-gambar kak FL semua cantik-cantik belake...
ReplyDeletepulau redang & pulau lang tengah pun superb..rindu pulak nak ke sana
ReplyDeleteMiss old time bercuti kat pulau..hehe..btw u look so adorable..:-)
ReplyDeletememang cantik. ciptaan Ilahi :)
ReplyDeletesungguh menarik.... nk g jgak la....
ReplyDeleteSalam.. Fatin lawa.. hiih.. saya suke fatin dan Ranking saya adalah yg ke 9 drpd 10.. hihi.. just 4 u.. think and thinking
ReplyDeletebagus-bagus insyaallah nanti next trip nak pie sana lah....
ReplyDeletecantik gambar last..terang tengok langit n laut :)
ReplyDeletehmm skrg senang sgt nk kne sunburn. cam ne kak fatin hilangkan sunburn erh ?
ReplyDeletebestnya...
ReplyDeleteBestnya >_<
ReplyDeleteAwesomeee ! saya tak pernah pegi sana lagi :(
ReplyDeleteOwwsemmm ahhhh...teringin nak pergi tapi tak sanggup nak tinggal anak (4 tahun) ni. Macam tak sesuai jer nak bawak dia...hu hu tak dapat pergi dapat tengok si liyana yang comel ni pun takpelah..bleh gak senyum... >_<
ReplyDeleteyes! itulah yg lyla akan lakukan.. melancong ke serata negara kita.. hohoho... :')
ReplyDeletebtw, im ur junior at medic UKM.. hehe
FL, bape bajet nak g sini? Seriously, nak pegi ni. Hehehe
ReplyDeletesubhanallah..cantikk
ReplyDeletetapi kalau nak tgk coral yang lebih cantik dan terpelihara pergi pulau tioman :))
Cantik giler view dari atas kincir angin tu..
ReplyDeleteSalam Fatin,slm perkenalan...sronok tgk Fatin n kengkwn went to holiday, enjoynyer korg erk...cntiknyer pulau ni, tringin nk g lahhh
ReplyDeletesalam...FL nk tnya betul ke bas dari jeti besut hanya ada 2 waktu je? pukul 8 pagi dan 8.30 malam??
ReplyDeletesalam FL nk tanya betul ke waktu bas dari jeti besut ke KL hanya ada 2 waktu pejalanan??
ReplyDeletesalam...FL nk tnya betul ke bas dari jeti besut hanya ada 2 waktu je? pukul 8 pagi dan 8.30 malam??
ReplyDeletebukan ker arak urang utan tu jadi bahan perap..?
ReplyDeletebest giler kak fatin.. resort mana yang akak stay??
ReplyDelete#follow lha blog saya http://lavessaheart.blogspot.com/
yup, Perhentian Island memang cantik..fatin, you stay resort mana kat PI? PIR ke?
ReplyDeletehiii kakak, iam enry from indonesia, setelah googling tentang pulau redang di terengganu dapat lah saya blog kakak ne,saya dah beli tiket from pekanbaru to LCCT, then LCCT to Terengganu by Airasia. saya mau tanya apakah trip kakak ini ke pulau perhentian sama dengan pulau redang yang akan saya kunjungi nanti. saya masih banyak butuh informasi how to get there (Redang island). boleh saya contact kaka tak, maybe by email or any messanger? tx a lot ya kakak buat informasinya
ReplyDeleteRegard
Enry mazni
Assalamualaikum, nk tnye brape total budget fatin spend kat Pulau Perhentian ni, cause I'm gonna go there to do my research, so agak2 klau nk buat smua aktiviti2 yg ada kat stu brape blanjenye ye?
ReplyDeleteSubhanallah. Cantiknya ciptaanNya. Best giler tengok tempat ni. Serius terpukau hihi...cantik sangat. Hope dapat pegi jalan2 kt Pulau Perhentian gak. Salam perkenalan
ReplyDeletesis pakai agent or travel sendiri??? seronoknyaaaaaaaaaaaaa!!! & btw berapa full budget kat sana ek?
ReplyDelete