Showing posts with label chitchat. Show all posts
Showing posts with label chitchat. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Aktiviti dapur

Assalamualaikum


Ok I have a confession to make. Masa kakpaten kecik kan, tahap pemalas aku ni sudah mencapai takat boiling point para ibu-ibuan. Level pemalas aku ni bukan calang-calang takat malas angkat baju di ampaian mahupun membasuh pinggan di dapur selepas makan. Hardcore dia bila remote control jauh sejengkal pon aku boleh melaung panggil dak han yang tengah main game dalam bilik suruh ambikkan.
Seniority wins :')

Rutin biasa mak aku adalah beliau akan turun ke dapur lepas balik kerja pukul 5 petang. Mak aku memang power memasak. Traits belah mak aku memang semua power masak. Masak apa je, sedap. Masak apa je, jadi. Jadi level cerewet mak aku ni boleh menguji keimanan juga.


Hey apesal kacang panjang ko tak serong 45 darjah? Adjust balik kasi semua sama!


Ha itu baru mukadimah


Disebabkan budak kecik tak boleh stress-stress kerana ia akan mempengaruhi perkembangan otak, maka aku selalu mengelak untuk masuk dapur. Bila balik sekolah je aku akan buat homework kaw-kaw, dalam pukul 4 macam tu aku akan tidur petang sampai 6 lebih. Nanti aku bangun-bangun je makanan dah siap. Berkat perkembangan otak.


Tapi mak aku dah naik jelak dengan taktik aku. Beliau dengan selambanya memetirkan suaranya di telingaku agar aku bingkas bangun dan menemaninya di dapur. Pressure betul duduk kat dapur tu. Rasa macam tengah ujian memandu (on the road) dengan JPJ. Tunggu time je nak fail. By the way, aku pass JPJ one shot je ok kekeke


Haih tapi itulah, semakin aku dewasa, semakin aku suka memasak. Masa aku duduk kat bandung dulu, masa tu peak aku suka memasak. Bila habis kelas je, mesti pergi shopping groceries kat Griya naik scooter Mio aku hehe. Stress gila kalau beli telur naik motor, kemain jantung laju sebab takut telur pecah. Macam-macam resipi aku try masa duduk Bandung dulu tau. Sebulan dua boleh la kau tahan makan ayam penyet, lepas tu kau rasa macam nak penyetkan je muka brader yang jual ayam penyet tu. Itu pasal aku rajin memasak.


La ni, dapur kat rumah tu adalah territory aku. Asal bosan tak tau nak buat apa, ada la aku kelentung kelentang sensorang kat dapur. Aku suka masak sensorang sambil berangan. Kang aku berangan la nak set pinggan Corelle bunga plum, kuali shogun hehehe. Alahai aku bukan masak susah-susah pon. Apa yang ada je kat dapur tu. Kot aku tengok ada nasi lebih semalam, aku buat le nasi goreng kekampungan. Kot ada mihun ngan ayam sesikit, aku buatlah meehun sup tak cukup bahan haha. Kalau aku rajin aku pergilah start enjin kejap untuk melengkapkan bahan-bahan masakan. Mak aku pantang betul kalau masak tak cukup bahan.


Eh lama pulak aku bercerita pasal masak ni. Bagi aku la kan, bukan susah pon nak masak. Bergantung kau rajin malas je. Sekarang ni lagilah, resipi bersepah-sepah. Ko google je, keluar. Kakpaten pon ada share resipi kat blog ini hiks. Dulu mak kakpaten selalu pesan,


Ko taknak belajar masak sekarang, ikut sukahati ko nak. Nanti ko dah kahwin, ko jangan call ibu nangis-nangis tanya aku apesal nasi ko jelantah.


Epic kan mak aku? Wahahaaha


Stress asyik kerja, baik aku balik rumah gulung popia. Syok! Aku suka buat popia sayur. Buat banyak-banyak pastu simpan dalam freezer, petang-petang goreng le. Cicah dengan sos Mae Pranom yang manis tahap diabetic ketoacidosis tu. Biasanya aku cairkan sos tu dengan air panas dulu..


Ini nasi lemak ayam dan burung puyuh beserta laksa Sarawak. Masak beramai-ramai dekat kampung itu hari. Kan aku kata family belah mak aku memang power memasak. Dapnyeee


Masa pergi Melbourne itu hari, hari-hari aku, Fadz dan Najahtul memasak. Jimat sangat. Syok betul share-share dapur dengan omputih. Omputih tu masak spagetti la, baked bean la, omellete with cheese bagai. Eh aku orang asia haruslah makan nasi seperiuk belanga!


Meh akak ajar cara nak masak Kari ayam seindah cinta di Cappadocia. Bukan susah pon. Bukak tin, campak suma dalam kuali hahaha. Hentakkan cili api, campak lagi. Omputih sebelah siap jeling-jeling, haa jakun letewww hiks.


Sebelum mulakan roadtrip, makan dulu. Bahagia weolls dapat nasi di Aussie. Sejuk gila masa tu, yelah winter kan, berasap-asap mulut. Dapat pulak nasi dengan kari ayam... sampai euphoria kak Najahtol uolls!


Lepas dah siap masak dan mengemas, jangan lupa pakai cecantik balik! Jadi perempuan ni kena tiptop. Penampilan nak kena jaga, perut suami pon juga :P




Thank you for reading this entry !

Thursday, August 21, 2014

Ubat

Assalamualaikum


Di suatu pagi yang hening, sedang aku mengemas katilku yang tahap empuknya bukan main luar biasa, terdengar pula suara hamba Allah bersin sahut menyahut. Kalau diamati betul-betul, ada juga dalam 6 harkat panjangnya setiap kali bersinan itu.


' Haih, cuaca sekarang tak menentu. Jangkitan viruslah tu....' 


Getus hati kecilku sambil aku menegangkan cadar warna putih yang aku beli dekat IKEA tidak lama dulu. Aku tak suka cadar warna lain, serabut. Putih itu suci dan murni. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, aku menarik comforter tersebut supaya simetri. Kadang-kadang nak baran pon ada bila comforter ni tak sama panjang. Dugaan kecil-kecilan kata orang. Aku harus tenang dan sabar.


' Hacccccummm, stroot !! '


Makin lama bunyi bersin itu makin mendekatiku. Aku dengan hal cadar ni masih tak selesai-selesai. Pintu bilikku dikuak oleh satu lembaga. Lembaga displin hal ehwal rumah. Hanya ada satu sahaja ahli dalam lembaga tersebut. Iaitu. Ibu.


' Selsema teruk ni bonda, minum air kosong banyak-banyak dan makan ubat. Mari anakanda suapkan ubat..'


Dengan ayu aku menyapa ibu. Sambil ku urut-urut bahunya. Kalau aku jadi ibu, pasti aku menangis terharu kerana telah berjaya mendidik anak yang sungguh molek perangainya. Masalahnya semua itu tidak benar. Aku bertanya dalam nada monotonous kerana masih baran dengan cadar yang tidak simetri tadi.


' Taknaklah makan ubat, ibu nak pergi kerja, nanti mengantuk, langsung tak boleh function !! '


Nampak tak? Itulah silapnya masyarakat kita sekarang kerana tidak husnuzon terhadap ubat-ubatan. Ketahuilah bahawa ubat selesama ada dua jenis ya. Satu yang mengantuk dan satu yang tidak mengantuk. Jikalau kau orang pergi ke klinik, selamba saja mintak doktor


'Saya mahu ubat yang tidak mengantuk ya doctor sebab saya mahu bergiat cergas dalam aktiviti harian'


Nahh pasti dikasinya kau Loratadine, sejenis ubat selsema yang tidak akan menyebabkan mengantuk langsung. Gerenti.


......... Maka ibu telah pergi bekerja dengan harapan baru.

Thank you for reading this entry !

Thursday, August 14, 2014

Honeykoyuki versi terbaru

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian aku untuk re-vamp blog ni. Kehidupan aku selain busy, ia juga adalah membosankan. Semenjak meningkat dewasa, kalau berasa bosan mesti nak buat perkara berfaedah contohnya seperti memasak dan mengemas almari. Ehem. Ini adalah ciri-ciri isteri mithali. Oh no adakah ini seruan ilahi? Miahaha.


Ehem *membersihkan tekak / clear throat*. Setelah berjaya menghabiskan sekolah perubatan yang sangat sukar itu, aku telah dihadiahkan cuti selama 4 bulan. Terharu sangat sebab tidak pernah mendapat cuti sepanjang ni, selain setelah tamat SPM dulu. Janggal pon ada sebab tak perlu study sehingga lewat malam. Dapat tidur melebihi 5 jam. Dapat menikmati setiap suapan makanan. Haih  nikmat mana yang mahu kudustakan :') Walaupun cuti panjang tapi hari hari ada sahaja perkara yang hendak dilakukan! Kakpaten is a busy woman tau.


I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang. * Nangis *


Tapi alhamdulillah, sepanjang cuti ni, I have decided to turn back and look for the deen (agama). I have met countless of amazing people, who are willing to teach me from scratch. Giving me all sort advices on how to becoming a better person. And syukur, i am surrounded by positive friends. I feel calmer and couldn't be more grateful with what Allah has granted me :) Thus, I have decided to slowly leave 'the old me'. Please pray for my istiqamah ya? 


Back to the story, terimalah blog Honeykoyuki versi terbaru yang kelihatan sedikit matang dan informatif hehe. New banner, new layout, new template. Daripada 490 entries, aku telah tinggalkan hanya 180 entries. Mana-mana entries yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat, semua telah aku delete. Walaupun rasa sayang, tapi aku tahu Allah has a better plan for me. Dont be afraid to change. You may lose something good but you may gain something better.


Aku juga berharap aku dikurniakan idea untuk berkongsi cerita-cerita inspirasi dan pengalaman hidup yang menarik dengan korang semua. Dont worry, this time, less selfie hehe. In two weeks time aku akan melangkah dalam alam pekerjaan, siapa tahu ada cerita yang menarik nak dikongsi? Boleh aku share sini. Kalau tidak pon, korang kena tunggu DIAGNOSIS 2. Sebab aku akan menjadi salah seorang penulis buku tersebut :) 


Di akhir kata, dengan rasa rendah dirinya aku ingin memohon maaf diatas sebarang kekasaran bahasa, kepelikan perangai dan kejengkelan isi kandungan blog Honeykoyuki sepanjang aku menulis blog ini. I know I was so vain before :'(. Maafkan ya?  Inshaallah aku akan perbaiki diri dari masa ke semasa. Diharap korang masih menyokong kakpaten ya, walaupun kakpaten sudah menjadi matang dan lebih serius *kening rapat*. Jaga diri!



' Kerana kita hanya hamba kerdil yang sering terlupa dan berkali-kali melakukan dosa. Bangun, taubat dan mara kehadapan selagi punya masa ' - FL


Thank you for reading this entry !

Tuesday, May 20, 2014

Macam mana kucing kita boleh dapat nama

Assalamualaikum


If you are one of my Instagram follower (@fatinliyanaasri), you should know that I have a cat called Aminyo. Well, besides Aminyo, I have another cats called Mochichit, Simba, Reva & Diun. Most of the time I only talk about Aminyo in my social network. Bukanlah pilih kasih hehe. But its because I adopted her & take care of her since she was only 3 weeks old. So bonding tu lebih kuat orang kata =)

Hari ni nak cerita macam mana boleh dapat nama kucing-kucing tersebut. Aku mempunyai masalah yang besar sangat bila nak bagi kucing nama. Sebab aku tak creative kan, jadi idea tu macam tak datang-datang. Aku tak suka la bagi kucing nama cam 'Si tompok, Si comel, Si putih' blerghh bosan. Haha sorry jangan offended please kalau uolls ada nama kucing seperti yang disebutkan diatas :P. Anyway, pernah satu tahap, aku siap buka buku 'Nama-nama pilihan Islam untuk bayi'.... sewel agaknya... apepon meh sini nak cerita!


Aminyo :
Sempena aku pergi ke Korea pada tahun 2012 dulu, aku perasan yang bahasa Korea ni banyak huruf O. Aneooo gegeoo makansayoo. Lebih kurangla gitu. Perkataan paling kerap aku dengar adalah Anyeonghaseyoo. Pastu aku rasa cam besh je kalau letak nama kucing begitu. So initially aku namakan Aminyo, Anyyoynyonyo anyeongg. Tapi aku rasa macam susah nak eja, panjang sangat. Pastu lupa pula berapa kali nak type nyonyonyonyo tu. Pastu demi kesenangan mengeja, aku tukar jadi AMINYO.

Mochichit :
Nama Mochichit ni diambil sempena dengan nama pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir dulu, Dr. Morsi. Kami sekeluarga sangat menghormati dan terkilan dengan apa yang terjadi dengan Dr Morsi. Jadi sebagai tanda ingatan, kami telah menamakan anak kucing kami, Morsi. Mula mula panggil Morsiiiii, lama lama jadi Mochiiii...entah macam mana terjadi pulak Mochichittt.

Simba :
Simba kitorang berwarna putih. Korang yang lahir tahun 80-90an pernah tengok kartun Simba The White Lion dekat tv2? Syok weh.

Reva :
Masa pergi Korea, aku pernah bergambar dan berbual dengan Revalina S Temat. Selebriti Indonesia yang berlakon cerita bawang merah bawang putih. Kerana dia cantik dan humble, aku telah menamakan kucing aku sempena dengan nama dia.

Diun :
Diun ni, adik aku Han yang kutip dekat longkang. Kesian, masa tu dia baby lagi. Anjing nak makan dia so dia menyorok dalam longkang sobs sobs. Disebabkan adik aku kesian sangat jadi telah membawa dia pulang ke rumah. Busuknya Diun ni bukan main ya. Dah mandi pon bau longkang lagi. Diun ni warna oren.. Jadi Ibu telah menamakan kucing ini DUNE bersempena dengan minyak wangi Christian Dior 'Dune' yang berwarna oren. Tapi adik aku menukar ejaannya menjadi Diun sebab dia busuk. Kengkonon cam perfume tiruan haha..


Ha thats how my cats got their names! Next time baru post gambar dorang la eh sebab tak jumpa save dekat mana hehe. What did you name your cats anyway? :)


Thank you for reading this entry !

Thursday, January 2, 2014

Hello 2014

Assalamualaikum

Happy New Year !! 

Thank you 2013 untuk pelbagai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan. Sebenarnya aku sudah terlupa lebih 50% kenangan pada tahun 2013 hehe. Namun terima kasih kepada iphoto kerana telah melabel setiap gambar dengan tarikh. 

Life aku sebenarnya tidak ada apa yang menarik sangat pon, cuma aku suka look back and appreciate every little thing that happens in my life =) Bagi aku, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai kenangan dan pengajaran tersendiri untuk menjadikan kita lebih matang. 

Let's recap my 2013 =)

  • My adopted child, Aminyo

Terasa hidup macam bosan, jadi telah decide untuk mempunyai anak angkat hehe. Welcome my baby aminyo! Aminyo telah di adopt dari akak penmerah.com. Thank you akak! Comel sangat, she was very tiny at that moment.


Now she's gotten so big =) Bila balik Seremban mesti kami akan tidur bersama, makan bersama dan tengok tv bersama. Mula-mula bela Aminyo di kolej, tapi dia suka nak terjun tingkap (I live at 4th floor), jadi telah menghantar dia balik ke rumah parents.


  • Passed the exam

I passed my 4th year of medical school and had a long break before entering my final year =) Alhamdulillah!


  • A trip to India & Perhentian Island

Reward myself with a trip to bangalore & northern part of India. My second time touching the snow! :)

Also a trip to Perhentian Island with le girlfriends =) My first time snorkeling with baby sharks and turtle. I sweat even in the water!


  • Living Room Make Over

BEFORE : Our second living room ni baru lepas renovate. Jadi macam tak tau macam mana nak decorate to make it cozy for everyone to watch tv. Sorry ya, ni gambar masa tengah nak alih-alih perabot. Memang serabot hehe!


AFTER : Much more cozy! I just recycle whatever furniture that we have. Ada certain tu I bought from Ikea & Nilai 3. After the make over, the whole family just love to hang around the living room and watch tv together =) Aminyo pon sibuk sekali hehe


  • Wall climbing

I tried wall climbing for the first time =)


It was damn hard! I put a lot of effort to reach the top. Maybe there's no second time haha! But I'm glad that I tried =)


  • Family Trip to Hong Kong

Belanja my family (using blogging money hehe) for a one night stay at Disney's Hollywood Hotel, Disneyland Hong Kong.

Just so you know that accommodation in Hong kong is totally a rip off. And we were unlucky since time tu pulak peak date. One night stay will cause you around rm 1XXX ='(. Tapi I felt pity for my little brother because he really wanted us to stay at the Disney hotel. Since this would be our first and last visit to HongKong, so I decided to make everyone's happy!

The hotel was full with mickey mouse emblem. Everyone was so excited once reaching the hotel. Even mommy acted like a child. See my cutey mom posing on the bed =)

  • Duit Raya 

Setiap kali raya, I will receive duit raya from my parents. This raya, i decided to give my family duit raya pulak. I ni hidup dengan duit blogging, takdelah banyak tapi cukup la untuk diri sendiri & untuk melancong (I save a lot since I tak suka shopping and tukar-tukar gadjet hehe).

My mom always say 'Your rezeki will be doubled every time you give to people, especially to your family'. I always have that word in mind, mom =)

  •  National level Marathon

I dont always run, but when I do, I'll make sure its a national level marathon with free medals given to every participant.

  •  Assisting an operation

I'm not a bright student, but I always keen to learn new things. I volunteered to assist an operation during my surgical posting =)

  •  I'm an Aunt!
 Mamayana and her niece, Nadrah! Since Nadrah was born into this world, she beats the cuteness of Aminyo. Don't fight girls! You both are cute in your own way =)

Basically my 2013 was about my student life, travel and family. I'm hoping to be a better person next year, hoping for a brighter future and a healthier life! Inshaallah =)


Thank you for reading this entry !

Sunday, October 20, 2013

Pergi Kenduri Kahwin

Assalamualaikum

Ada sesiapa ingat siapa Fatin Liyana? Dia blogger kan? Kekekeeke. Hello aku hampir terlupa okay aku ada blog. Kecian angat blog itew ni, lameww betowl itew ta update. Sila rate tahap kemeluatan anda (_/5). Dah rate? Mari teruskan membaca!

Buat pembaca blog aku yang setia meng-email, meng-instagram menanyakan bila aku nak update blog, terima kasih diucapkan kerana bersabar dengan aku. Almaklumlah semakin dewasa semakin banyak tanggungjawab. Dalam 2 3 bulan ni parents aku few times admitted to ward due to health problem. Jadi bagaikan gasing berketetel aku pulang ke rumah. Selain itu aku sibuk dengan pelajaran, biasalah exam berada di sudut sahaja. Jadi terpaksalah korbankan blog yang menjadi kesayanganku ini =)

Recently aku ada attended few weddings. Terima kasih kerana jemput den. Kalau jemput kat facebook tu biasanya memang aku terlepas lol. FB aku tu banyak sangat notification sampai aku dapat anaemic symptoms like dizziness and blurring of vision. Jadi mintak mahap la ye kot wedding sesape yang terlepas tu. Korang jangan sabotaj kalau aku kawen plak hahaha.

Ok so baru-baru ni aku attend wedding kawan aku ni, namanya Faiz. Faiz ni beriya nak aku datang wedding dia, sampai dia bagi kad kahwin by hand. Sanggup uolls dia datang Cheras memalam. Kalau aku tak datang wedding dia, memang mendapat kata orang tua tua. Aku kenal Faiz ni masa aku mula-mula berkecimpung dalam arena blog. Faiz ni merupakan seorang photographer, beliaulah orang pertama yang panggil aku photoshoot. Malu pulak teringat zaman vevongok dedulu kikiki.

Mari aku kepilkan beberapa gambar wedding reception Faiz yang bertempat di Villa Ukhwah Taman Tasik Titiwangsa.


Temanya adalah Garden wedding (aku rasalah..sebab banyak green!) Pelamin mengadap swimming pool uolls :) Sejuk mata memandang hehe.


Itu pengantinnya! Faiz dan Yuni. Kacak dan cantik keduanya. Omey sangat lama dorang bercinta tau, akhirnya ke jinjang pelamin (tepi swimming pool) jugak. Pelamin dorang cantik, sangat guest-friendly. Sesiapa pon boleh naik pelamin untuk bergambar sebab sangat luas!


Aku datang dengan bestfriend dunia wal akhirat, Najah ;) Tetiba tersama warna tudung. Nak jadi pengapit boleh?


Bergambar dengan gegirls cantik di photobooth. Terima kasih tegur dan ajak FL bergambar :)


Mentang-mentang Faiz kata "Kalau nak makan kek potong sendiri tau, makanlah banyak-banyak". Wah terus kau senyum sampai ke telinga ya Najah. Siap tapau dalam tisu. Malu tau masa salam mak Faiz sebab tangan penuh dengan kek. Wakaka kesian, padahal tapau tu idea aku tapi aku suruh Najah laksanakan. Eh bestfriend katanya, takkan pegangkan kek pon berkira kekekeke. Dalam kereta terus aku kena bebel dengan Najah :')


Kalau bibir kau besau macam tu, jangan harap aku nak bagi pinjam lipstick aku..lol


Gambar makanan lupa nak ambil, kerana dalam paper cakap kalau sesiapa yang suka ambik gambar makanan kemungkinan mereka ada sakit mental haha. Apapon tahniah Iz & Yuni, dah kawin dah korang. Lawa sangat wedding reception korang. Macam wedding omputih, santai dan cantik. Semoga berbahagia!

Seperti biasa gambar-gambar yang meletup diatas dicaptured menggunakan camera Casio Exilim EX-ZR700. No editing (aku tak pernah edit gambar pon selama ni, fresh from camera). Macam gambar diatas, aku cuma guna setting 'Best Shot' dan pilih scene 'Natural Green' dalam setting camera ini. To be honest aku memang noob pasal camera, thats why aku tak beli DSLR (tak reti manual setting). So aku pakai compact camera with automatic setting je. Aku just tukar-tukar scene mengikut kesesuaian. Hasilnya memang memberansangkan! Gambar cantik, camera pon senang sangat nak guna.

Satu tips nak share dengan korang. Seorang blogger kenalah ada camera berkualiti supaya gambar-gambar yang diupload semuanya sharp dan vibrant. Barulah orang suka baca blog kita hehe. Eh, korang suka ke baca blog aku? Suka kan, kan ? :P


Kecil-kecil cili padi ;) 16.1 Megapixels, 25mm wide-angle lens, 36x SR zoom, HDR ART, FHD movie and Premium Auto Pro. All in one compact camera!


Click here for more pictures taken by me with Casio Exilim EX-ZR700.
For more info you can go to Casio Exilim FB page : https://www.facebook.com/CasioExilimMalaysia
Mana nak beli camera ni? Dimana-mana kedai camera yang ada jual brand Casio!

Thank you for reading this entry !

Monday, July 1, 2013

Memang saya ni lain sikit.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku sedar yang aku ada satu perangai pelik. Aku suka sesuatu yang lain dari orang lain. Be different from the other orang kata. Sebab tu aku selalu berselilisih pendapat dengan orang lain. Kalau boleh gaduh, aku gaduh weyh. Asalkan hati aku puas wahaha!

Itu salah satu sebab aku buat blog juga. Pada zaman aku start blogging, tak ramai pon blogger. Pada zaman itu, facebook tengah in. Wah kemahen semua orang dok menggila meng-stalk kehidupan orang lain. Aku pulak takda facebook sebab aku sibuk blogging pasal kehidupan sendiri. Obses dengan life sendiri. Pada masa itu, idola aku adalah diri aku sendiri. Terima kasih otak diatas pujianmu itu hikhik.

Aku pon suka membeli benda merapu-rapu. Ketika bersiar-siar aku tidak suka shopping tetapi suka melihat perabot (tapi tak beli) dan pergi ke bahagian perkakas rumah untuk melihat pinggan mangkuk dan tupperware. Selain itu, pergi ke Daiso selama 2 jam (setiap visit) adalah kemestian!


Kenalkan kucing kuning kite (4K). Aku tak suka beli baju, tapi suka beli benda-benda gini. Bagus kucing ini kerana masalah earphone terbelit sudah tiada lagi. Meow~!

Masa tu tengah makan nasi lemak dekat kedai mamak sensorang. Ada meeting dengan research mates pukul 10 pagi. Masih ada 30 minit sebelum jam menunjukkan pukul 10. Aku pergilah ke kedai runcit disebelah kedai mamak itu dan ternampak sticker diamond ini. RM1 je pon. Sementara menunggu pukul 10, aku pon menghias external hardisk ini dengan sticker tersebut. Shine bright like a diamond sangat!

Sewaktu ternampak headphone ini, terus hati ini memberontak untuk membelinya. Tidakkah kamu berasa coraknya seperti corak baju kurung cotton? Mana boleh tak beli, mesti beli. Mesti beli.


Pada satu hari tu, aku sedang bergayut di telefon. Wah rancak sangat berbualnya sehingga tidak sedar sudah sampai Tesco. Turun kereta, ambil bakul dan memilih sayuran. (Sambil bergayut telefon) Mencece bagaikan tak hengat donia, lupa pula untuk melihat keadaan sekeliling. Kemudian nak dekat dekat penghujung cerita, baru perasan orang dok pandang aku pelik. Tidak, aku tak pakai baju terbalik. Tudung pon syria je, bukan turban 2 lapis Yuna ataupun yang ada brooch ditengah seperti Ziela Jalil. Whats wrong with you people!

Lepas seketika baru sedar yang aku bergayut pakai pop-phone...patutlah orang pandang pelik. Dah kenapa bawak ganggang tepon pegi Tesco. Pasti orang berfikir, adakah ini sejenis defense mechanism dimana si polan berpura pura bercakap telefon kerana segan keluar shopping di Tesco seorang diri :'(


Well hello, i'm not the only one here :P

since ramai tanya beli pop phone kat mana, aku beli kat hong kong itu hari. Tapi dengarnya dekat low yat juga ada. Silalah ye!

Thank you for reading this entry !

Friday, December 28, 2012

Kenapa kita harus bagi K-pop peluang?

Assalamualaikum

Dulu aku pernah berjanji kepada diri sendiri yang aku takkan meminati K-POP. Aku bukan setakat benci malah mengkeji dan mencela K-POP bagaikan mak tiri berhati busuk dalam sinetron Indon. Sakit betol hati aku bila tengok si lelaki korea ni berjoget-joget pakai baju warna warni. Ahli kumpulan nak ramai je. Lepas tu nama group dorang buat darah aku menyirap. Merepek betul. Yang tak tahan tu, lelaki pakai pinkish lipbalm pastu buat muka comel. Eeiiii nak je aku tendangkan belakang dorang..

Rilek dulu peminat K-POP! Jangan cepat sangat melatah ye hihi. Akak paten kau dah termakan kata. Dulu kemahen lagi menyumpah seranah. Sekarang ni lagu Big Bang dok meniti di bibirku saban hari..malu iolls...ishh mana nak letak muka ni..


Aku ingat lagi..masa tu aku dekat Seoul, dalam subway dan aku ternampak gambar ni. Memang inilah gambarnya. Sebijik. Gambar ini betul-betul ditampal dihadapan tempat aku berdiri. Aku terus tanya Mar, travel partner aku.

" Mar siapa si mata sepet berkumpulan ni? "
" Oh, itu Big Bang. Dorang ni femes sangat tau. Yang hujung tu TaeYang, yang itu Seungri blablabla Daesung ni pulak GD dan Top "
" Oh yeah? Lagu Kpop semua bukan sama je ke? "
" Big Bang lain sikit, lagu dia banyak rap. Tak macam Kpop lain. Cubalah ko dengar, best weyh "

Jawab Mar dengan nada penuh semangat.

Ahhhhh memang aku tak layan. Sekali aku dah tak suka, dengan keturunan kau aku tak suka. Amboiiii macamlah Kpop ni bermusuh dengan keluarga aku sampai nak benci berketurunan bagai hahahah. Anyway I cannot brain yang muka dorang sama, nama pelik susah nak ingat, tangkap gambar mulut ternganga (eceh aku buat takpe). Padahal pada masa tu aku tak pernah dengar lagi lagu Big Bang ni. Tapi aku nak jugak benci diorang, berdegil nak judge diorang by their cover. Tak kira tak kira.

Walaupun aku dok benci-membenci, tapi aku spare jugaklah some room for them. Masa aku dekat Seoul, Big Bang ni macam a big thinglah. Lagu diorang ada kat memana je, merchandise dorang bersepah. Memang betul-betul hebak daebak lah kan. So aku macam TERPENGARUH sikitlah. Sikitlah. Sikit je.


Dekat Myeongdong ada satu kedai FUBU. I dont know maybe dorang buat collaboration dengan TOP kot. Mar cakap TOP ni banyak gila peminat, tinggi hensem dan kacak. Hahh aku bukan boleh, dalam dok membenci pon, sempat lagi berposing manja tau. Yelah aku fikir jugak, maybe this is the first and the last time i'm visiting Korea, so why not kan =)


Ha why not sangat sampai jadi gedik lah pulok. Hoi melampauuuu


Tau tak cerita IRIS? Aku pon tak tau sebenarnya. Mar kata, TOP berlakon jadi orang jahat dalam cerita ni.

" Mesti TOP ni femes sangat sampai orang boleh ambik dia berlakon " hatiku meronta-ronta seakan meragui kefemesan beliau


Walaupun dok meragui bagai, rajin pulak tu naik subway jejauh, jalan kaki beribu batu untuk ke lokasi penggambaran cerita IRIS ini. Lokasinya adalah di Gwanghwamun Square.


Inilah Gwanghwamun Square! Kononnya dah menghirup udara yang sama dan berdiri dibawah langit yang sama dengan TOP lettew. Tahap kegedikan berada diparas bahaya ketika ini. OMG Mar ko rasa TOP jalan atas jalan yang aku jalan ni tak?? 



Ini adalah YG Building (Gambar ihsan google). YG merupakan pihak management untuk Big Bang. Menurut Mar, Big Bang melakukan aktiviti menari dan menyanyi di sini. Kalau bernasib baik, bolehlah terjumpa mereka. Tetapi kebarangkalian untuk terjumpa adalah 1 per 162561827988786767356


Hahahahahaha bagaimana pula aku boleh sampai ke sini? Dah macam die hard fan sangat ni !


Siap berpura-pura lalu lalang di hadapan entrance kot kot terserempak dengan TOP ke. Ada 5-6 kali jugak aku lalu lalang. Aku ni dah macam psycho je aku rasa.... =') huwaaa kenapalah aku dilahirkan begini kenapa kenapa


Kesalahan yang paling bengap yang aku buat dekat Korea dulu adalah menaiki basikal ketika musim sejuk. Angin adalah sangat sejuk, bila kau naik basikal, berhalilintarlah angin-angin tersebut. Ianya bagaikan penyiksaaan yang tiada ending. Semangat tau tak kami pinjam basikal kawan kami yang duduk Korea tu, semata-mata untuk mendapatkan ini :


Air tin Big Bang !!!!!!!! Itu adalah edisi GD. Aku beli dua tin, lagi satu adalah edisi Tae Yang. Bahahaha panggillah aku psycho. Memang pon. Mana ada pompuan berumur 23 tahun naik basikal ketika angin halilintar semata-mata nak beli air tin gambar Big Bang??? (Kecuali Mar dan aku)


Tetapi aku ada satu penyesalan. Ketika Mar memborong DVD/CD Big Bang, aku tidak mengendahkan beliau. Malah aku bersikap sombong dan memilih untuk membeli cosmetic. Pasti aku terpengaruh dengan kumpulan SNSD ketika itu.. Ahhhh aku menyesal..

Aha tadi aku kata, kefemesan Big Bang menyebabkan aku terpengaruh sikit kan...sikit tak? Kikikiki, now that you now, lepas aku balik mesia, aku terus jadi fan Big Bang. Well bukanlah fan sangat, aku setakat dengar lagu diorang, takde pon minat lelebih. Sekadar mengisi masa lapang hehe. I know lots of Big Bang VIPs out there, you guys are cool! Im just an ant next to you guys!

But its fun tau bila fikir balik, banyak kenangan bodo-bodo yang terpahat dalam kepala aku ni. You have to admit yang kenangan bodo tu la yang seronok kan! Tapi aku gembiralah, nasib baik masa kat Korea dulu, aku layankan Big Bang ni, eventhough masa tu aku dok benci gila-gila. Never knew yang akhirnya aku TUMPAS JUA DI TANGAN K-POP.

Before I end, terimalah cenderamata dari kami berdua =)

" Abang nak minum?  Janganlah asik isap rokok je, tak elok tau "

Lempang diri sendiri sampai cervical fracture.


p/s : Ini adalah 1st Big Bang's song yang aku dengar ketika aku jejakkan kaki di bumi Korea dulu. Full of great memories =) I hope you guys enjoy this song and this entry as much as I do.

Thank you for reading this entry !

Thursday, December 6, 2012

Mak nenek

Assalamualaikum

OMG rindu giler ok dekat blog ni. Adakah korang merindui aku jugak? Mehehe seminggu lebih kot aku tak update. Sorrylah I buzy menguruskan kehidupan di dunia sebenar, sampai terlupa tentang dunia cyber yang fana ini =)

Memandangkan takde apa sangat yang menarik yang berlaku dalam kehidupan aku ni, so aku just nak ajak korang berborak. Borak la sangat, padahal orang komen jarang giler nak reply hokeh. Teruk perangai mak noks ahaks! 

Anyway, siapa yang start guna perkataan mak noks ni? What does it means? Mental je aku dengar la bila orang cakap ' Sentap hati mak noks '. What noks suppose to mean? Kenapa sepanjang aku hidup tak pernah dengar pon perkataan 'noks' ni. Only recently macam 2 3 years back baru aku dengar perkataan ini. Perkataan mak dengan noks tu macam takde kaitan langsung, macam mana orang yang invent perkataan tu boleh terpikir macam tu?

Same thing goes for the word 'lembu'. Macam mana boleh jadi lembu? Lem ---- buuuu. Macam diverse gila kan bunyi dia. Lem and buu. Macam mana boleh terpikir nak sambungkan dua perkataan tu? Dan kenapa tak lem --- muu? Sebab lembu bunyi dia muuu kan. Its not boo. And kambing pon sebenarnya salah, (hoi suka hati aku je!) I think it should be kambekkk. Sebab kambing bunyi die bekkkkk. Not bing.


Anak : Mak apa tu?
Mak : That's a kambekkk son (siap gegarkan suara bila pronounce bekkk)

Yeah, that sounds more realistic kan? Plus, children will not be confused anymore to differentiate between goat and cow if we named them according to their bunyi. 


Oh yes talking about cow, masa kecik-kecik dulu aku angin betullah dengan bebudak yang cakap macam ni. Biasanya budak laki la suka cakap gini.


Budak laki : Kau apa? (Datang menerpa tiba-tiba tanya soalan macam ni)
Aku : Apa ?
Budak laki : Kau lembu wahahahahahahahha ( cow = lembu )

.... The hell man I know cow is lembu and that is not even funny. Urghhh emo betullah rasa macam nak toreh pergelangan tangan. Orang kata aku macam mak nenek sebab suka membebel pasal benda-benda tak penting. Well hello, perihal kambing dan lembu adalah amat penting ok. Lembu adalah binatang pertama yang aku kenal sejak aku lahir. See. Tak penting lagi?

Thanks FL sebab bagi weolls publisiti, meletops sangat noks muuuuu !

* * * * * * *

Selain daripada membebel macam mak nenek, aku punya taste pon macam mak nenek. Susah sebenarnya nak define perkataan mak nenek ni. Eh pening la kepala aku type perkataan mak nenek ni banyak kali. Oklah kalau kau tengok cerita omputih, biasanye nenek omputih suka mengait, rumah dia mesti pakai wallpaper bunga-bunga, pastu langsir dia kain lace. OMG aku suka giler kot lace!

Lace ni dia simple tapi dia classy and elegant. Aku ni takde reti de fashion-fashion bagai, tapi aku takdelah bangang sangat bahahha. Umangai sodap mulut den yo kan, maap yo! Aku sekarang ni nak announce yang perkara yang aku paling suka adalah 1. Sambal 2. Lace 3. Garden Salad with dressing. Motip ada sampai 2 makanan dalam list perkara yang paling disukai?

Oklah banyak aku cakap kan. Dah kato berbughak..camnilah ghoman eh kalao bughak. Baghu happening yo tak. Sapo tak paham bahaso nismilan bulih poei ke website dibawah untuk translation kepada bahasa melayu.

www.translatejadahkau.com

Thank you for reading this entry !

Monday, November 19, 2012

Cerita Cuti Aku II

Assalamualaikum

Hi bertemu kembali =) Bestnya cuti kan, dapat bangun lambat, golek-golek tak payah pergi ward round hihi. Berangan jelah, padahal aku dah pon sampai PPUKM ha. Untuk pengetahuan semua, aku seorang manusia yang memboringkan. Eh dah tau ke? Hahaha cis... 

Memang betul, aku malas nak keluar rumah, malas nak bergaul, malas nak pergi jalan-jalan. Jadi sewaktu cuti biasanya aku terdampar kat rumah je bagaikan dugong. Ada la pergi dekat-dekat contohnya bawak dak asfiq ngan ibu tengok wayang dekat MBO. Itupon wayang pukul 10.30pm, sampai-sampai terus masuk, habis terus start enjin balik rumah. Kalau korang perasan, aku pon asyik kawan dengan orang yang sama *Hi bestfriends!.. sebab dah selesa kan, susah senang bersama. So malas nak fikir banyak. 

Tapi dalam dugong-dugong aku pon, aku pon ada kehendak jugak. Lately ni aku suka pergi pantai untuk main watersport. Dalam masa 2 bulan ni, dah 4 kali aku pergi. Kira satu keajaiban untuk si pemalas seperti aku hihi. Lagipon, Port Dickson dengan rumah aku cuma 20 minit je =) Itu hari, aku mengajak bestfriends Najahtul dengan Hanani untuk ke PD. Biasanya pergi PD, tak bawak makanan, beli dekat gerai-gerai je. Kali ini zemangat uolls, weolls bawak makanan. Buat potluck!


Hanani masak nasi putih dengan pelbagai lauk, Najahtul buat sandwich telur dan aku masak mee bandung. Sumpah macam piranha masing-masing makan. Siapa mandi pantai tapi tak lapar memang gila ataupun ada eating disorder


Mee bandungku, taulah study kat Bandung dulu =P


 Syok sangat, pemandangan yang cantik, makanan yang sedap. Santai-santai sambil makan, bercerita pasal life update. Aku dah kawan dengan Hanani dengan Najahtul ni lebih dari 10 tahun. Semua rahsia aku diorang tahu...mohon jangan pecahkan rahsia aku kepada paparazi... agar tidak dilibas belakang korang haha!


Watersport ni namanya STORM. Best gila weyh, sampai 2 kali aku naik ritu. Sebelum ni dah naik 3 kali. Sila try kalau pegi PD ok, jangan asek buat sand castle je, lepas tu bila dilambung ombak, berasa sedih. Kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepianlah pantai..


Cerita lain. Sempat juga singgah ke Crocs di Times Square dengan Najahtul untuk membeli belah menggunakan vouchers =)

Kitorang kan, selalu sangat pakai warna yang sama secara tak sengaja. Dah banyak kali. Kang bila aku fetch dia kat rumah, masing-masing jerit ' Eeee warna samaaaaaaa!! ' Macam pompuan gila haha.

Zemangat tau pakai baju kurung Pahang Modern Fushion HijrahCouture pergi jalan-jalan. Lagipun, aku keluar hari Khamis lepas, maal hijrah uolls. Ada la sikit penghijrahan dari segi pemakaian, tak gitu? =) Korang pernah tengok tak baju kurung HijrahCouture? Cantik-cantik kan? Asal aku tak pernah tau sebelum ni, kalau tak boleh pakai raya =(


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...