Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, September 15, 2017

5 Tips Memandu Kereta di Jepun

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi dalam entry Hokkaido. Masa tengah serabut susun-susun itinerary, aku mendapati ada banyak tempat di Hokkaido yang not accessible by train or bus. Aku punyalah struggle study subway di Hokkaido, alih alih aku baru perasan yang sampai kiamat pon takkan sampai kalau takde subway kat kawasan tu ! FYI, Hokkaido ni macam New Zealand. Scenery yang lawa-lawa tu jauh dari bandar, semestinya kena drive untuk ke outskirt area. Barulah puas bila kita boleh pullover dan snap picture bebila masa kita nak kan?

Seperti semua sedia maklum, taxi amatlah mahal. Cubaan untuk mendownload apps UBER JAPAN pula gagal kerana ia tak pernah wujud. Sengal betul. Nak naik bas boleh, tapi down point dia adalah, aku illiterate di sana. Walaupun aku pelajar cemerlang SPM, tapi aku ibarat insan yang lemah di sana kerana taktau baca dan bercakap. Jadi option yang terbaik adalah dengan memandu kereta.




Antara tempat yang aku randomly drive and pull over sesuka hati untuk snap picture!



Mari sini aku kongsikan :

5 TIPS MEMANDU KERETA DI JEPUN !




Toyota compact car, tak tau model apa. Jimat minyak!


1. LESEN MEMANDU INTERNATIONAL
Ya Jepun nak kau punya International driving license ye. Lesen Malaysia kita yang biasa tu TAK VALID. Masa aku pergi Melbourne dulu, omputih tu nak lesen Malaysia je. Tapi Jepun nak jugak International driving license. Tapi jangan risau senang je nak buat lesen memandu antarabangsa ni. Ko pergi JPJ, bawak 1 gambar passport pastu bayar RM150. Siap immediately.




2. CAR RENTAL
Ko boleh try sewa kereta online di rentalcars.com (ini terbaik) atau boleh walk in di mana-mana car rental. Antara car rental yang famous di Sapporo itu hari adalah Toyota-Rent-a-car, Nissan-Rent-a-car & Times car rental. Aku sewa di Toyota-Rent-a-car, Odori Station. Office dia terletak di tingkat B2F dalam bangunan Odori Station tu. Memang senang nak cari sebab station pertukaran subway adalah di Odori Station. Cara nak sewa kereta pon senang je, walaupun staff tu tak reti cakap English. Aku guna bahasa chick-duck pon mampu untuk sewa kereta dengan jayanya ahaks! Nah korang boleh ikut formula sis :


  • Durasi : First korang bagitau duration nak sewa kereta. Nanti dia akan tunjuk jadual harga sewa kereta mengikut jam dan hari.
  • Jenis : Hybrid, compact, SUV? Bergantung berapa ramai penumpang korang
  • Insuran : Sila ambil insuran! Kemalangan tidak berbau...apatah lagi di negara orang. Kos untuk repair kereta di Japan adalah sangat mahal. Begitu juga dengan kos perubatan. Aku ambil DOUBLE PROTECTION insurans yang cover both pemandu & kereta.
  • Waktu & tempat pulangan : Decide pukul berapa nak ambil dan pukul berapa nak return kereta tu. Kerana korang di Jepun maka sila ikut janji Jepun ya. Akak haritu pulangkan kereta 1 jam awal okay demi menjaga nama baik Malaysia. (BACA : kontroversi tahi di shower). Kalau korang decide untuk pulangkan kereta di branch lain, akan ada charge tambahan yang dikenakan.


Yang belah kiri tu jadual harga sewa kereta. Belah kanan tu wallahualam hikhik.


Suasana memandu di Jepun. Semua orang sangat berhati-hati dan langsung tidak menggunakan hon. Senang je nak faham traffic dia sebab Jepun sama macam Malaysia, right hand drive. Cuma dekat downtown Sapporo tu serabut sikit sebab banyak kereta dan ada streetcar (tram). Orang kata ada speed limit kat sana, tapi sis tak nampak pula. So masa kat outskirt area tu, sis memandu ala-ala Need for Speed tau. 



3. GPS IN ENGLISH
Pastikan kereta yang disewa ada disertakan GPS dalam English. Aku kat sana memang 24jam pakai GPS. Langsung tak sesat wey! Bahagia je drive sambil sing along lagu Backstreetboys dengan hubby. Acah acah macam drive kat Seremban je *insert muka berlagak here*


Built in GPS. Akak sentiasa memilih toll-free route supaya takyah bayar tol hehe



4. ISI MINYAK KERETA
Rules dia adalah full to full. Kiranya korang akan receive kereta tu dalam keadaan minyak full dan bila return pon haruslah isi full. Kat sini stesen minyak dia amatlah meriah, dorang paparkan harga minyak per litre besar-besar dan siap berlawan-lawan harga. The moment ko masuk stesen minyak tu nanti akan ada staff yang berlari ke arah kereta kau pastu dia cakap ayat panjang gila......yang kau tak faham. Sila jangan cemas. Dorang tengah menyambut kedatangan korang dengan hati yang gumbira. Dorang memang kena catch customer, so bila ada customer tu memang korang akan dilayan macam raja. Apa yang kau perlu buat? Just cakap 'Mantang desu!'. Maksudnya sila isi full. Range harga fuel dalam 124 yen - 140 yen per litre depends kat stesen minyak. Jangan lupa cakap arigato ye!


Tu harga minyak 128yen per litre. Paling murah aku pernah nampak adalah 124yen per litre. 



5. PARKING
Antara perkara yang paling aku benci adalah parking di Jepun. Tak boleh parking merata-rata di tepi-tepi jalan ye. Kena parking dekat tempat parking berbayar sahaja. Mohon patuh sebab saman dorang tersangatlah mahal sekitar 50,000 yen (RM 2000). Itu hari aku ingat nak main parking je di tepi jalan sebab dah malam time tu, sekali nampak 2 lembaga merayau-rayau mencari mangsa. Cis, benci betul. Kalau kena saman kat sana, bukan boleh mintak kurang macam kat sini tau. Immediately kena pergi police station untuk settlekan saman.


Parking kat sini semua pakai machine. So memang wasalam la kalau nak tanya apa-apa. Tapi menggunakan asas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).. korang pon boleh agak nombor-nombor tu indicate apa. Yang biru tu dia cakap dari pukul 8 am - 8pm, setiap 30min =100 yen. 


Memang worth untuk sewa kereta especially kalau korang datang in a group. Melainkan korang nak jalan-jalan dekat area Odori & Susukino, better naik subway sebab tak perlu fikir pasal parking. Itu hari, harga total sewa kereta + double protection insurans selama 3 hari di Toyota Rent A Car adalah sebanyak 23 000 yen (RM 870). Aku tak compare harga di car rental yang lain sebab kami kesuntukan masa. Lagipun hubby sis yang bayar....ahaks!


Hubby tak sempat nak pergi JPJ untuk buat International Driving License, so sis sorang yang ada. Disebabkan insurance hanya cover pemandu yang ada license, maka sis volunteer untuk drive sepanjang di Jepun. Hubby jadi co-pilot and tolong tengokkan direction sebab keliru jugak bila ada banyak nau simpanggg. Tag team itu penting :)


Harap info diatas dapat membantu korang inshaallah! Kalau nak baca entry Jepun sis yang lain, boleh cari labels #hokkaido #japan #tips #travel dekat belah kanan ye. Take care!



Thank you for reading this entry !

Tuesday, September 12, 2017

Melancong Ke Hokkaido Jepun!

Assalamualaikum

Atas desakan masyarakat, aku berasa ada baiknya jikalau aku kembali menulis dalam blog ini. Apa khabar semua? Siapa ingat lagi blog ni? Siapa ingat memang power, jenuh sis mencuba log in dari tadi sebab dah terlupa password.

Seperti yang korang sedia maklum, aku baru balik dari Hokkaido, Japan. Kiranya Hokkaido merupakan second trip aku ke Japan. Pertama kali aku kesana adalah 8 tahun lepas, dimana aku telah pergi ke Tokyo sebagai exchange student. Syok wei ada mak angkat, tunjuk je kau nak apa semua mak angkat aku belikan. Tapi trip kali ni lagi best, sebab aku dah ada hubby. Tak payah tunjuk pon, just berfikir dalam hati je, semua laki aku belikan hikhik. (sehati sejiwa okay, guna 6th sense jewww)


Kenapa Hokkaido?
Husband aku tanya, kenapa kita pergi Hokkaido? Bukan Osaka? Bukan Kyoto?
Jawapan dia simple je, sebab aku curious. Kenapa aku curious? Haaa ni nak cerita ni. Masa aku kecik-kecik dulu, aku langgan komik Doraemon dengan syarikat Tora Aman tau. Setiap hari sebelum tidur mesti aku akan baca komik. Kisah dia sekarang ni adalah, korang perasan tak yang Shizuka ada makcik di Hokkaido. Setiap kali musim winter atau musim summer, Shizuka akan pergi bercuti di Hokkaido. Sama jugak dengan si Suneo tu. Setiap kali musim cuti sekolah, kalau dia tak ikut bapak dia pergi ke stesen TV, mesti dia pergi ke Hokkaido. So aku curious, apa yang ada di Hokkaido ni sampai watak watak dalam komik Doraemon asek pergi ke Hokkaido tatkala cuti umum.
Maka itulah sebabnya kita pergi ke Hokkaido sayang. 

Mari ke Hokkaido !

Hanya Nobita yang tak pernah pergi Hokkaido. Sis tumpang sedih.



Hokkaido Ada Apa?

Jepun terbahagi kepada 4 pulau asas. Pulau Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan merupakan pulau yang paling laid-back antara semua. Tak seperti di Honshu (Tokyo),  Hokkaido ni kurang sibuk, kurang sesak dan mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi yang sangat cantik. Orang kata..mothernature at its best! Banyak national park, onsen, gunung-ganang menghijau, tanaman yang subur dan bunga-bunga yang mewarnai bumi. Dengar macam cliche kan? Yes. Aku pon mula mula macam malas je nak pergi Hokkaido ni. Tapi bila aku dah sampai sana, serius macam taknak balikkkkkkkk. Aku jarang kalau melancong taknak balik. Faham tak aku sangat butthurt dengan makhluk jenis melancong luar negara pastu kutuk negara sendiri. Sepatutnya kita pergi ke luar negara tu untuk menambahkan rasa syukur dan bawak balik idea baru serta penambaikan ke negara kita. Bukannya jadi modal untuk ko kutuk negara sendiri. Haih #sisemo.


Hokkaido ada... Shakotanmisaki. Memula sis macam tanjat gitew sebab terasa macam kat UK.


Hokkaido ada... Kamuimisaki. Nampak tak sis yang seakan-akan batuan di lautan gelora jiwa hubby sis.


Hokkaido ada... Shimamu Beach. Ombak dia dasyat. Jikalau ada orang mandi kat sini, peratusan untuk mengalami intracranial bleed amatlah tinggi kerana dilambung ombak ganas.



Hokkaido ada.... Stonehenge. Mohon terkejut kerana Stonehenge terletak dalam kawasan kubur!


 Hokkaido ada.... Hokkaido Jingu. The famous shrine! Segan sis, semua orang pergi semayang sis posing pulok.



Hokkaido ada.....Furano. Sis rasa mesti hubby gembira bila sis benarkan dia masuk gambar. Walaupun sis tangkap gambar pakai Iphone hubby sis, tapi sis dah lantik diri sendiri sebagai Pengerusi kelab fotografi. Jadi kuasa untuk menentukan hala tuju gambar-gambar tersebut jatuh dibawah kekuasaan sis.


Melancong Tak Bawa Anak
Trip kali ni memang aku plan untuk pergi dengan hubby je. Tinggal Ajda kat rumah. Reason being? Sebab anak aku baru 1 tahun 5 bulan dan dia sangat sensitive dengan weather changes. Untuk pengetahuan semua, TIADA ubåt selsema / batuk untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Disebabkan Hokkaido merupakan pulau yang paling utara (bersebelahan dengan Russia), maka suhu adalah sangat sejuk. Masa winter boleh reach negative degree dan summer pula tak berapa nak panas macam di selatan. Ajda yang sangat sensitive dengan cuaca sejuk, boleh kena hyperactive airway disease. Once dah ada wheezing & rhonchi bagai, thats it la kena rush pergi ED untuk ambil neb. ED kat Malaysia aku relax je, tapi kalau ED kat Japan acane nak bagi history taking? Lepas tu darab 4 untuk kos perubatan. Oh jangan lupa kita foreigner so maximum charge. So conclusionnya, tunggu Ajda umur 2 tahun baru ummi bawak jalan okay!

Ummi sayang Ajda to the moon and back walaupun ummi tak bawak Ajda pergi Jepun tau. Cuma ummi harap by the time anak ummi 2 tahun, at least Ajda dah ada fringe.


Perbetulkan Niat Melancong
Life as a doctor, memang tiring. Tambahan pula, kitorang takde maid and my parents are both working. So everything under the sun its either his responsibility or mine. Kitorang kawin masa aku tengah housemanship (amazing). Pregnant and gave birth masa aku tengah housemanship (double amazing). Seriously I tell you, everyday is like a race. Berlari-lari settlekan kerja dan settlekan family. Alhamdulillah sekarang aku dah jadi MO, life is sweet. Barulah ada masa sikit nak fikirkan pasal pergi bercuti. Tujuan kami pergi travel pon adalah untuk mengembalikan momen-momen  manis ketika bercinta dulu. Relationship can be pretty mundane kalau kita just pergi balik kerja, buat house chores and the list repeats. I cant remember when was the last time we hold hands, walking in the park, talking about flowers. Jadi memang niatnya pergi melancong ni, boleh mengenal pasangan dengan lebih dekat, memahami dan menerima kekurangan masing-masing selain merapatkan hubungan suami isteri. Kalau ada rezeki lebih dan kesempatan, silakan korang pergi melancong dengan pasangan masing-masing. Bukan destinasi yang menjadi ukuran, tetapi momen bahagia yang dicipta bersama pasangan!

Lepas kahwin weoll bz sangat tak sempat nak honeymoon bebetul. Dulu pernah babymoon sekali ke Bali & Lombok, masa tu pregnant 5 month. Tak valid sebab tengah pregnant. Honeymoon = 2 person. Babymoon = Pregnant. Pregnant = 3 person. Honeymoon NOT EQUAL to babymoon. Hubby selalu kata Im a complicated person. Oh please Im just trying to explain things accordingly :P


So kalini aku akan bahagikan entry melancong ke Hokkaido ni kepada beberapa pecahan untuk future reference. Korang boleh klik link kat bawah bila aku dah siap semua entry. Mohon jangan tanya bila nak siap semua entry. Kemungkinan besar lepas Ajda darjah satu haha.


**Guide to Hokkaido Japan**

Itinerary Melancong ke Hokkaido
10 Tips Melancong ke Jepun
5 Tips Makan di Jepun
5 Tips Memandu kereta di Jepun
Guide to Sapporo
Guide to Shakotan
Guide to Furana & Biei


Mohon excited dan doakan sis istiqamah!


Thank you for reading this entry !

Monday, December 15, 2014

Aktiviti dapur

Assalamualaikum


Ok I have a confession to make. Masa kakpaten kecik kan, tahap pemalas aku ni sudah mencapai takat boiling point para ibu-ibuan. Level pemalas aku ni bukan calang-calang takat malas angkat baju di ampaian mahupun membasuh pinggan di dapur selepas makan. Hardcore dia bila remote control jauh sejengkal pon aku boleh melaung panggil dak han yang tengah main game dalam bilik suruh ambikkan.
Seniority wins :')

Rutin biasa mak aku adalah beliau akan turun ke dapur lepas balik kerja pukul 5 petang. Mak aku memang power memasak. Traits belah mak aku memang semua power masak. Masak apa je, sedap. Masak apa je, jadi. Jadi level cerewet mak aku ni boleh menguji keimanan juga.


Hey apesal kacang panjang ko tak serong 45 darjah? Adjust balik kasi semua sama!


Ha itu baru mukadimah


Disebabkan budak kecik tak boleh stress-stress kerana ia akan mempengaruhi perkembangan otak, maka aku selalu mengelak untuk masuk dapur. Bila balik sekolah je aku akan buat homework kaw-kaw, dalam pukul 4 macam tu aku akan tidur petang sampai 6 lebih. Nanti aku bangun-bangun je makanan dah siap. Berkat perkembangan otak.


Tapi mak aku dah naik jelak dengan taktik aku. Beliau dengan selambanya memetirkan suaranya di telingaku agar aku bingkas bangun dan menemaninya di dapur. Pressure betul duduk kat dapur tu. Rasa macam tengah ujian memandu (on the road) dengan JPJ. Tunggu time je nak fail. By the way, aku pass JPJ one shot je ok kekeke


Haih tapi itulah, semakin aku dewasa, semakin aku suka memasak. Masa aku duduk kat bandung dulu, masa tu peak aku suka memasak. Bila habis kelas je, mesti pergi shopping groceries kat Griya naik scooter Mio aku hehe. Stress gila kalau beli telur naik motor, kemain jantung laju sebab takut telur pecah. Macam-macam resipi aku try masa duduk Bandung dulu tau. Sebulan dua boleh la kau tahan makan ayam penyet, lepas tu kau rasa macam nak penyetkan je muka brader yang jual ayam penyet tu. Itu pasal aku rajin memasak.


La ni, dapur kat rumah tu adalah territory aku. Asal bosan tak tau nak buat apa, ada la aku kelentung kelentang sensorang kat dapur. Aku suka masak sensorang sambil berangan. Kang aku berangan la nak set pinggan Corelle bunga plum, kuali shogun hehehe. Alahai aku bukan masak susah-susah pon. Apa yang ada je kat dapur tu. Kot aku tengok ada nasi lebih semalam, aku buat le nasi goreng kekampungan. Kot ada mihun ngan ayam sesikit, aku buatlah meehun sup tak cukup bahan haha. Kalau aku rajin aku pergilah start enjin kejap untuk melengkapkan bahan-bahan masakan. Mak aku pantang betul kalau masak tak cukup bahan.


Eh lama pulak aku bercerita pasal masak ni. Bagi aku la kan, bukan susah pon nak masak. Bergantung kau rajin malas je. Sekarang ni lagilah, resipi bersepah-sepah. Ko google je, keluar. Kakpaten pon ada share resipi kat blog ini hiks. Dulu mak kakpaten selalu pesan,


Ko taknak belajar masak sekarang, ikut sukahati ko nak. Nanti ko dah kahwin, ko jangan call ibu nangis-nangis tanya aku apesal nasi ko jelantah.


Epic kan mak aku? Wahahaaha


Stress asyik kerja, baik aku balik rumah gulung popia. Syok! Aku suka buat popia sayur. Buat banyak-banyak pastu simpan dalam freezer, petang-petang goreng le. Cicah dengan sos Mae Pranom yang manis tahap diabetic ketoacidosis tu. Biasanya aku cairkan sos tu dengan air panas dulu..


Ini nasi lemak ayam dan burung puyuh beserta laksa Sarawak. Masak beramai-ramai dekat kampung itu hari. Kan aku kata family belah mak aku memang power memasak. Dapnyeee


Masa pergi Melbourne itu hari, hari-hari aku, Fadz dan Najahtul memasak. Jimat sangat. Syok betul share-share dapur dengan omputih. Omputih tu masak spagetti la, baked bean la, omellete with cheese bagai. Eh aku orang asia haruslah makan nasi seperiuk belanga!


Meh akak ajar cara nak masak Kari ayam seindah cinta di Cappadocia. Bukan susah pon. Bukak tin, campak suma dalam kuali hahaha. Hentakkan cili api, campak lagi. Omputih sebelah siap jeling-jeling, haa jakun letewww hiks.


Sebelum mulakan roadtrip, makan dulu. Bahagia weolls dapat nasi di Aussie. Sejuk gila masa tu, yelah winter kan, berasap-asap mulut. Dapat pulak nasi dengan kari ayam... sampai euphoria kak Najahtol uolls!


Lepas dah siap masak dan mengemas, jangan lupa pakai cecantik balik! Jadi perempuan ni kena tiptop. Penampilan nak kena jaga, perut suami pon juga :P




Thank you for reading this entry !

Thursday, October 24, 2013

Saranghae, I love you TV9

Assalamualaikum

Ada satu cerita sinetron kolaborasi diantara Indonesia & Korea sedang ditayangkan di TV9 setiap hari Isnin hingga Khamis! Pukul berapa aku tak tau..yang penting petang-petang le. I dont watch tv..what do you expect guys :p


 Tajuknya adalah Saranghae I love you..watak utamanya adalah Tim Hwang & Revalina S Temat

Kalau korang baca blog aku dari zaman dulu-dulu, mesti korang tau perkaitan sinetron ini dengan aku hehe...Sesiapa yang baru berjinak dengan blog Honeykoyuki ini, rajin-rajinlah baca entry-entry aku yang terdahulu! Sebabnya aku ni suka mengimbau kenangan yang lepas.. Hidup dalam fantasia bulan madu katanya kekeke


With Revalina S Temat ;) Cantik sangat Reva ni.. kulit halus mulus, wangi serta friendly. Mana ada artis sanggup berborak sambil peluk-peluk dengan rakyat marhaen ketika shooting? Haha! Sebab terlalu inspired dengan Revalina yang friendly dan humble ini, balik dari Korea, terus aku namakan kucing aku Reva. Amek ko!


7.9.4.2. Biasalah kumpulan Kpop kan memang suka nama pepelik. Tak pernah dengar pon group ni kekeke. Baru lagi kot ek... Ce tengok yang hujung sekali belah kanan tu (pakai blazer putih). Nama dia EungJoo. Dia ni tinggi nak mamp...


 Kan dah kata...tinggi dia 189cm ok! Berani ko punya bedak melebihi aku EungJoo.....


With Tim Hwang, hero of the sinetron. Saje je nak lentok lelebih you ni..bagitau daddy I kang (padahal kat ghumah panggil ayah) wakaka

Check out my previous Korean trip HERE to find out  how I met them :)

Thank you for reading this entry !

Friday, September 13, 2013

My India Story : Part II Bangalore

Assalamualaikum

Yes, kita bersua kembali dalam episod pelencongan FL ke India. Kalau nak diikutkan, travelling schedule aku memang sangat tight kerana kesuntukan masa. Banyak tempat yang aku nak lawat dalam masa 7 hari. Kalau tolak departure and return tinggalah 5 hari. Padahal aku ada 5 negeri/bandar nak pergi. Kiranya, satu tempat satu hari. Kita mulakan dengan Bangalore ;)

Setelah touch down di Bangalore, Farina bawak aku makan malam di restoran Korea dan tidur (day 1). Keesokkan harinya (day 2) aku kena habiskan jalan-jalan di Bangalore sebab lusa (day 3) aku dah naik flight nak pergi Delhi. Target aku di Bangalore cumalah nak melawat sekitar bandar Bangalore, tengok hospital tempat Farina belajar, beli souvenirs (kau mampu baru sampai dah beli souvenirs? haha) dan makan nasi beriyani yang paling sedap.


Pagi-pagi lagi Farina dah kejut aku dan siapkan breakfast. Omomo comel sangat kan? Farina ni memang caring, dia jaga aku macam aku ni baby walaupun muka aku tak babyface hihi. Risau sangat aku takda energy sebab kami nak jalan sampai tengah malam. Housemate Farina pon teman aku breakfast sekali, siap buat Caesar salad. Sedap! Thank you Farina & Zi =)


Depan apartment Farina ni ada orang jual buah kelapa dan tembikai. Tembikai kat Bangalore ni lonjong, tak bulat macam kat Malaysia. I wonder what it tastes like? Anyway cuaca kat Bangalore ni nyaman, tak panas, walaupun ada matahari.  Macam kat Bandung.


Ini adalah auto. Kira macam teksi. Memang bersepah auto di dekat town. Auto ni pon ada meter macam taxi tau. Tapi kau tau jelah..driver auto ni memang pandai auta haha! 


Sebab tu kalau kau nak naik auto kau kena ada keberanian yang tiada tolok tandingan, kebolehan untuk meramal sesuatu yang tidak dijangka dan emosi yang stabil. Kalau tak kau memang boleh bergaduh bertumbuk dengan driver auto. Meh sini aku nak cerita. Farina ni memang power cakap bahasa Kannada (local language kat sini). Farina pon deal la dengan driver auto ni..

Driver : I muslim, I no cheat. I use meterrrr. See this meterrr? blablabla (cakap English campur Kannada)
Farina : Ok. Your meter no fast a sir? If fast i dont want. (steady Farina..janji pakcik tu paham haha)
Driver : No fast. Come, come.

Maksud Farina tu, ada banyak driver auto yang kaki kencing. Memang dorang guna meter, tapi meter tu bergerak laju gila macam air terjun yang mengalir deras ! So lepas diyakinkan oleh drive itu, kitorang pon naiklah. Sekali half way tru, meter dia yang nostalgic itu (seperti gambar di atas) bergerak laju, sepantas larian Usain Bolt. Berpinar mata aku tengok nombor tersebut. 

Apa lagi, berlakulah drama swata berkisar tentang pertengkaran antara Farina dan driver auto dalam bahasa Kannada. Mangai memang macam tengok drama tamil. Farina punya tangan dah diangkat ke langit sambil menunjuk-nunjuk gaya 'pirah'. I iz cuak. Kuat gile ok gado, macam gado dengan boyfriend gitu. Last-last, Farina kata 'Sir u stop here, stop! I said stop!' Akhirnya kami ditinggalkan ditepi jalan yang suram. hahahahha..memang aku tak boleh lupa scene tu Farina..gangster habis!


Tempat pertama yang ditujui, hospital tempat Farina belajar. Ini adalah private hospital, namanya  BANGALORE BAPTIST HOSPITAL. Ramai student Malaysia kat sini, so rilek je la aku seludup masuk hospital ni hehe.



Sampai-sampai je kawasan hospital, nampak banyak gila orang dok lepak di tepi kaki lima. ' Eh macam chow kit pula ' getus hati kecilku. 



Tetiba ternampak budak ni kencing tepi jalan dengan selamba. Bukanlah tepi jalan sangat, sebenarnya dihadapan main entrance hospital. Yang lagi selamba, tetiba aku dengan taktau malunya menangkap gambau budak ni sambil diperhatikan oleh macha macha di kaki lima tersebut..


Hospital ni kecil tapi lengkap, semua department ada. Instrument dia macam zaman 70-80 an gitu. Terasa macam hidup dalam sejarah (dah kenapa..) Kebanyakan pesakit di hospital ini beragama Kristian. Kiranya di India ni dorang banyak buat hospital according to religion. Contohnya di Baptist Hospital ni, pesakit beragama kristian akan dapat discount.



Tau ini apa? Ini adalah dewan bersalin. Setiap katil hanya dipisahkan oleh sehelai tirai. Maksudnya masa ibu X sakit meneran nak beranak, ibu Y dan Z boleh curi curi skodeng haha..kalau kat PPUKM, dewan bersalin kita ada bilik. Setiap patient satu bilik. Kalau ko menjerit sampai terkeluar anak tekak pon tak malu sangat :P



Aku ni saje jelah dok pegang perut ibu ni. Kesian kat dia, tengah contraction kan, jadi memang sangat sakit. Berpeluh-peluh tahan sakit. Sabarlah ye aci, kataku dalam English. Sekali aci ni cakap bahasa Kannada..panjang pula tu..ntah apa dia cakap, aku dok angguk-angguk je. Menitik-nitik air matanya. Makin banyak pulak dia cakap..alamak cemasnya aku..tak paham satu hapah pon..cecepat aku blah dan kata 'Goodluck..you can do it'.. aci balas 'Thank you very much doctor'. Mesti dia ingat aku specialist sebab aku tak pakai white coat..padahal aku immigrant wakakaka


Lepas dah melawat hospital dan bertegur sapa dengan kengkawan Farina, Farina bawak aku pergi kantin hospital. Nak bagi aku rasa 'chai'. Apa itu chai?


Chai ini macam teh tarik. Tapi menggunakan susu lembu asli. Pehh memang rasa lembu sikit hahaha. Tapi its a good experience! Kat sini, dorang hidang chai dalam cawan kecik.



Di luar kawasan hospital, nampak pakcik ni tengah bersantai di kaki lima. Dia bukan pengemis tapi dia kutip barang-barang terpakai. Kesian pakcik ni, lutut dia macam ada osteoarthritis. Dia jalan pon macam seksa, tu yang dia berehat tepi jalan. Kat sini banyak juga orang yang homeless ='(


Jangan le ko berani-berani beli makanan tepi jalan..itu namanya menempah maut. In terms of hygiene tu memang tersangatlah tidak diambil berat. Anyway, tau tak XEROX tu apa? Di sini, xerox tu refer to kedai photostat. Omey sangat guna nama brand.


Lepas dah melawat hospital, kami ke bandar. Banyak jugalah international outlets kat sini macam Levi's, Adidas, Nike, Converse etc. Aku tak teruja sangat sebab kat Malaysia kan banyak. Walaubagaimanapun aku terpaksa beli sepasang Converse sebab kasut yang aku pakai tapak dia lobos LOLOLOLOL



KFC pon ada..tapi aku tak singgah. Taktaulah menu diorang apa.


Farina bawak aku lunch di Matteo Coffea. Macam Starbucks Coffee sebab cafe dia cozy, coffee dia sedap dan banyak omputih lepak! Aku makan Bolognese, Farina makan cinnamon pastry. Memang sedap, harga pon affordable. Kedai ni halal, port student Malaysia lepak.


Jemputs uolls! I kena makan banyak sebab lepas ni nak shopping pula..nanti takde tenaga nak tawar menawar kekeke



Diluar Matteo Coffee ada sorang macha ni kerja dia adalah menulis nama diatas butiran beras. Kagum ok! Terus beli 3 sebagai souvenir untuk kawan baik sebab jakun =)



Lepas itu aktiviti membeli belah bermula. Kat sini ada banyak kedai kecil-kecil yang jual saree, baju tradisional, gelang perhiasan, ukiran kayu dan macam-macam lagi. Memang best sebab dapat tengok permandangan yang lain dari yang lain.


Yang ni aku tak pasti apa yang dia jual..bersepah habis kedai ko macha.. mesti korang tak mengamalkan prinsip 5S hahaha


Gelang yang super colourful !! Tak tahan mesti beli mesti beli :P Ada design yang simple sampailah yang ke sarat birat. Kalau pandai pilih ok je!


Saree !! Lawa nak mampos. Boleh buat baju kurung, baju kebaya, baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung pesak ahhh apa lagi cepat cakap.. Yang penting murah gila..kalau datang Bangalore tapi tak beli saree ko memang tak kenal erti kebahagiaan dunia. Aku takleh bagitau harga dia sebab student kat Bangalore ni banyak buat bisnes saree. Sorry I tak boleh caras bisnes orang lain hee


Aku ada le membeli sikit untuk ibu, kakena, diri sendiri. Suka sangat sebab warna dia menarik dan coraknya memang timbul. Saree pon ada banyak jenis, dari yang paling mahal sampai yang paling murah. Masalahnya, yang paling murah pon nampak mahal sebab lawa gila. Cane tu? 


Lepas tu beli Kurta pula, untuk ayah pakai bawak pegi mesjid. Kesian lahai macha ni. Dialah salesman dialah model hahaha. Kena buli salesman ni...kerja siapa ni?


Tau ni apa? Ce teka ce teka..


Kopiah ! Waaa comel sangat macam raga. Aku jumpa ni di surau hehe..orang lelaki akan pakai kopiah ini sewaktu solat..lepas solat dorang akan pulangkan balik.


Nampak kedai henna/inai tepi jalan..terus terpengaruh. Merengek-rengek mintak Farina tanyakan harga haha. Aku buat lepas maghrib sebab benda alah ni takleh kena air selama 30 mins to 1 hour..harga aku lupa tapi tak mahal la. Lepas buat terus nyesal sebab susah gila aku nak angkat barang..kena guna kekuatan satu tangan jee untuk hangkot segala saree..


Setelah settle membeli souvenir, aku pon suruh Farina bawak aku makan nasi beriyani yang paling sedap. Katanya dia hotel Empire. Mohhh, disini ada ayam golek, kebab etc..semua pon aku rasa macam nak makan. Tempting gila kot! Tapi aku terkilan sikit sebab tak sempat nak rasa ayam tu :(


Sementara tunggu nasi beriyani kambing, kitorang makan kebab dulu. Sedapp..aku ingat lagi...aku makan rakus gila, orang meja depan tu tengok je..hahaha terkejut dia..dengan sebelah tangan berinai, beg plastic bergondong-gondong. Ko tengok le gambar atas ni, tangan aku terlentok begitu bukanlah sebab aku mengada-ngada. Tapi terpaksa sebab aku nak anginkan inai tu supaya cepat kering. 


Ini dia nasi beriyani kambing. Nampak macam eh..apa benda ni macam tak lalu je. Sekali makan...menangis! Serius..ini adalah nasi beriyani paling sedap aku pernah makan sepanjang hidup! Rasa dia tak sama langsung dengan nasi beriyani kat Malaysia. Nasi lembut, moist. Kambing tu dimasak sekali dengan nasi tu..jadi nasi tu penuh dengan rasa! Dilawankan pula dengan yogurt (ntah apa nama) dengan kuah (dah lupa nama). Peh..aku bagi 7 bintang.


Ha kau...apa lagi yang mahu kubuktikan..hahahah mau tak terkejut orang meja depan tadi. One useful tip, kalau pergi india, never order a drink..buy mineral water (make sure it is sealed)..sebab most infection comes from the water.

Itulah cerita Bangaloreku =) Di Bangalore ni, aku just jalan-jalan nak tengok macam mana Farina hidup kat negara orang. Aku cuma nak observe kehidupan harian orang disini macam mana, apa dorang makan, pengangkutan yang ada dan budaya dorang disini =) Well itulah tujuan utama kita melancongkan. To experience the beauty of local culture and heritage.

Yang aku perasan, ada satu masjid di tengah town. Tapi perempuan tak boleh masuk, lelaki je. Kat sini ada satu false belief, sesetengah percaya yang perempuan tak payah solat, lelaki je perlu solat. Perempuan kerja dia cuma jaga anak, masak, basuh baju dan buat kerja rumah. So the locals macam pelik gila, bila student malaysia (perempuan) kata nak solat. Sebab dorang perasan yang student Malaysia mesti nak solat, opposite of the mosque, ada satu rumah kedai ni yang dijadikan surau untuk perempuan. Masa aku pergi surau tu, yang solat semua nampak macam wanita yang educated/kaya. False belief tu berlaku kat golongan miskin/kurang pendidikan. So, kita dah nampak pengajarannya disini. Betapa pentingnya kita untuk mencari ilmu =) (ada perdebatan tentang point ini, walllahualam)

To cut things short, balik je aku terus flat..tidur untuk beberapa jam dan bangun pukul 3 pagi, pack barang dan berangkat ke airport. Amazing race sangat..semput nyawa den. Sekarang pon tengah semput sebab type panjang nau hehe..I hope you enjoy reading my entry, next time kita sambung part III Delhi pula ok!

p/s : Baju from Arlene.my

 Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...