Showing posts with label AFL. Show all posts
Showing posts with label AFL. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Idea doorgift kahwin

Assalamualaikum

Masa korang nak kahwin dulu serabut tak nak cari doorgift? Aku siap duduk tepi penjuru selama beberapa jam untuk brainstorm. Bukan main berusaha keras memikirkan apakah doorgift yang cost effective namun cantik lagi memberi manfaat kepada tuan rumah dan tetamu.

Bukan apa. Sebab aku ni bangsa bila pergi wedding orang, selain daripada makanan yang sedap aku akan sangat gembira kalau dapat doorgift yang unik & best. Jadi kalau boleh aku pon naklah memberi perasaan gembira yang sama kepada tetamu wedding aku :)

Jadi untuk wedding kami itu hari, aku dan husband yang decide untuk bagi apa sebagai doorgift kami. Alhamdulilah dapat pulak both parents yang sangat sempoi, jadi diorang bagi kami kebebasan maksima untuk memilih sendiri. Boleh la bagi doorgift ala-ala hipster sket hahaha

Ada setengah orang suka bagi barang perhiasan, ada jugak yang suka bagi barang makanan. Semua ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Aku taktaulah korang jenis macam mana, tapi aku jenis suka bagi doorgift yang ada sentimental value. Amboi macam terer ja sentimental value bagai haha! Tapi nak yang ada sentimental value pon agak-agak jugaklah..Janganlah mahal benau..biarlah value buy..kalau tak.. boleh ada sentimen mental otak aku ceni hahahaha

Bagi aku apa yang aku & husband sediakan untuk para guest kami pada majlis resepsi haritu adalah yang terbaik dan yang termampu seadanya. Yelah kang bagi aku best tapi bagi korang cam errr cenikah yang dinamakan sentimental value? krik krik krik......kan I dah termalu malu alah haha...


Tema kami pada majlis resepsi itu hari adalah PASTEL MINT GREEN. Jadi aku cadangkan pada husband semua doorgift bertemakan warna ini serta menggunakan emblem AFL. Husband angguk-angguk tanda setuju...Mau tak angguk, nak kahwin ke taknak ni sayang? ahahhaa


Kami bagi madu/honey jar (bukan honeymadu pengacara itu ya hikhik) sebab ianya makanan sunah nabi. Jangan lupa selawat sebelum makan ya. Cover cloth tu kami ambil 2 pattern. Satu yang plain, satu lagi stripe. Biar ada variety orang kata. Lepas tu kami pilih jar berbentuk apple 70ml. Saiz sedang-sedang, tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Last sekali letak tag emblem AFL yang berwarna pastel mint green. 

Aku tempah honey jar ini dari NERA2NERA



Honey jar tadi kami padankan dengan sebuah buku yassin yang didatangkan dalam kotak khas. Still menggunakan emblem AFL serta warna pastel mint green yang sama. Harapnya bila orang baca surah yassin ni, adalah pahala sikit buat kami :) 

Aku tempah buku yassin yang cantik ini dari YASSIN CUSTOM MADE



Memahami jiwa remaja, kami pon ada sediakan unlimited photobox jugak. So guest bolehlah tangkap gambar banyak-banyak dan print untuk dijadikan kenangan. Memang ramai giler orang beratur nak tangkap gambar dekat photobox ni itu hari. Lagi panjang line photobox ni dari line nak tangkap gambar dengan pengantin :") ahahaha takpe janji korang happy

Photobox ini dari PHOTO.BOX
Background from ENRICHWEDDING



Last but not least, untuk tetamu VIP dan ahli keluarga yang banyak membantu, kami ada bagi tambahan satu lagi doorgift iaitu sejadah mini. Kecik je sejadah ni, tapi sangatlah mudah kalau dibawa travel. Harapannya pon sama... agar dapatlah pahala buat kami setiapkali orang sujud mengadap tuhan. Tapi takde warna pastel mint green, ada warna maroon. Cantik jugakkan?

Aku tempah sejadah mini ini dari CASACLO



So inilah dia kononnya doorgift sentimental value kakpaten dan abang anwar hehe.. honey jar / buku yasin / photobox prints / sejadah mini. Semoga korang yang dapat tu simpan elok-elok ya. Setiap kali baca yassin jangan lupa doakan kitorang k. Kemain besar nama weolls dekat buku yasin tu...kalau tak nampak jugak..memang kena pakai contact lens warna purple ni wahaha

Emblem AFL pulak kami upah Faiz Lee untuk buat. Faiz yang design emblem, kad kahwin, bunting dan poster. Standarizedkan semua.

Itulah idea doorgift kami. Buat pasangan yang baru nak bernikah tu, mana tau boleh dapat sedikit idea dari kami hehe. Anyway, sebab kami buat satu majlis, jadi harga kesemua doorgift ini dibahagi dua. Ekonomis kan hikhik. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kata orang. Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat, senang bekerjasama dengan company yang aku nyatakan diatas. Takde tipu-tipu. Macam mana kita mintak, macam itu yang diorang kasi. Alhamdulillah :)


Thank you for reading this entry !


Monday, August 31, 2015

Sayunya PJJ


Assalamualaikum


Kerjaya sebagai seorang doktor ni memang banyak benda kena bekorban. Kadang-kadang, bila suami nak balik Kuantan, hanya dapat say bye-bye through phone je. Tak dapat nak siapkan baju suami, apatah lagi nak menghantar suami sampai ke gate. Disebabkan hal-hal begini, suami pon alhamdulillah pandai dah kemas baju sendiri, packing his own toiletries. Syukur juga ibu mertua aku seorang housewife jadi memang banyak membantu uruskan baju-baju husband.

These past few days memang sangat-sangat membahagiakan. Aku dah habis posting ke 3 dan cuti  diluluskan untuk beberapa hari. Jadi dapatlah teman suami dan menjadi isteri sepenuh masa hihi. Merasalah makan bersuap dan tidur berteman untuk beberapa hari cewah! Korang yang ada husband disisi tu hargailah the times you two had together :) Nanti bila korang PJJ ha baru tau rasa azab dia camne. Aku ni pon alhamdulillah manageble sebab bz kerja, jadi tak terfikir sangat. Baru nak rindu, patient dah melaung. Baru nak call, patient dah berak darah. Ha cane tu hehe..

Bila suami nak balik Kuantan tadi, dapatlah lipatkan baju-baju dia, gosokkan baju kerja. Benda-benda lain husband packing sendiri since he get used to it already. Pastu suami memang suka makan mee kari nyonya. Tergerak hati nak bekalkan dia mee kari nyonya. Kesian suami kena drive dari KL-Kuantan... bukan dekat perjalanan. Nanti sampai Kuantan, apalah suami aku nak makan..yela dah malam kan.

Jadi sementara suami tengah packing, aku pun turunlah ke dapur untuk masak makanan kegemaran suami. Mencari pahala selagi boleh sementara suami ada disisi. Lagipun bukan susah pon buat mee kari ni :) Simple-simple je janji dibuat dengan ikhlas...


Mee kari nyonya. Takde kerang jadi guna ayam dan tao pok. Hidang the condiment guna casserolle je :)


Mee kari nyonya kegemaran my husband. Serve panas-panas, taburkan bawang goreng, daun bawang pastu perah limau nipis. Kalau rajin buatlah cili jeruk, aku tak sempat buat cili jeruk tadi jadi hiris cili merah je. Panas campur pedas memang berair hidung bila makan. Tapi bertambah-tambah you :)


The view that I treasured so much.. Hidang dan tunggu husband makan sebelum berangkat ke Kuantan. Bila husband makan, he likes me to accompany him. Nanti diusap-usap tangan dan diucapkan terimakasih sebab masakkan dia makanan yang enak. Sayu dan sebak terasa :')


Sebelum berangkat, suami tanya kalau boleh bekalkan dia sikit untuk dimakan bila sampai ke Kuantan nanti. Padahal memang kita dah niatkan nak bekalkan dia. Kenapa tanya centu, saje la tu nak buat kita touching... Jumpa tupperware ikea dalam cabinet ibu mertua aku ni, teruslah aku tapaukan. Kuah letak asing dalam plastic. Jadi bila nak makan, tinggal curahkan je. Tak kuasa nak pakai tupperware banyak-banyak, kang tumpah dalam kereta lagi satu hal hehe.


Itulah cerita sayu seorang isteri yang tinggal berjauhan dengan suami. Sudahlah jauh, sibuk pulak tu. Bila teringat hanya mampu berdoa agar Allah menjaganya untukku. Kadang-kadang sedih juga bila patient mengadu sakit, bukan main bersungguh kita jaga dia. Tapi bila husband atau parents sakit, kita  tak dapat jaga mereka tapi hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga Allah menggantikan keperitan hati ini dengan saham akhirat inshaallah..amin :')


Thank you for reading this entry !

Thursday, August 20, 2015

Teknik pencatuan di pasar malam

Assalamualaikum


Lepas balik kerja, selalunya aku akan keluar. Keluar beli makanan sambil melihat dunia luar. Semakin gila bebanan kerja pada hari tersebut, semakin jauh jarak aku memandu. Hari ni bebanan kerja okey-okey saja. Manageble. So aku decide untuk beli makanan dekat tempat dekat-dekat.

Rasa macam ada pasar malam dekat area bandar Tun Razak malam ni. Tapi last time aku pergi adalah 8 bulan yang lepas. Jadi dah terlupa bagaimana kegiatan penduduk kat Cheras ni.

Nak tanya kawan....malu. (Berbuih kot member aku terangkan pasal jadual pasar malam ni)



Jadi aku google jer

' Pasar malam bandar tun razak hari apa '

Comel tak keyword aku ?

' Thursday and Saturday '

Baik!



Aku ada satu habit. kalau pergi pasar malam aku akan bawak duit RM50. Tapi aku pecahkan duit RM50 tu kepada RM10-RM10. Pastu aku akan amek sekeping RM10 dan letak dalam poket. Lagi 4 helai RM10 tu aku simpan dalam purse.

So aku akan beli makanan guna duit yang dalam poket je. Agak-agak macam tak cukup nanti aku amek lagi sehelai RM10 dan tambahkan dalam poket. Aku hanya akan belanja duit yang dalam poket jeeee. Nanti di penghujung penjelajahan, aku akan cek poket untuk tengok baki tinggal berapa.

' 50 sen '

Maksudnya tadi aku belanja RM9.50 je hikhik (ketawa gembira sebab dapat mengawal nafsu)

To be honest, aku adalah perempuan jenis mak mak yang suka tengok makanan dekat pasar malam. Semua makanan aku nak beli. Benda yang aku tak pernah makan pon itu jam lah aku nak try. Kalau ajak aku makan gourmet, aku lek lek je. Tapi kalau bawak aku pergi pasar malam, aku menggelupur :') Jadi untuk mengelakkan aku membazir tak tentu hala, aku telah mencipta teknik pencatuan tersebut.


Setakat ni teknik ni berkesan lagi. Bila tengok duit tinggal RM 3, rasa macam sayang pulak nak tambah duit baru untuk beli nasi kerabu. Oklah nasi kerabu can wait. Lagipun macam tak larat je nak makan semua makanan memalam ni (tiba-tiba jadi rasional sebab taknak tambah duit punya pasal)
Lepas berjaya berjimat dekat pasar malam aku mesti rasa macam yes yes pemenang dan bangga dengan diri sendiri. Pastu aku mesti nak berlagak dengan husband aku.


Sayang tadi I pergi pasar malam I beli kopok lekor RM2 + apam balik kecit RM2 + air kelapa RM2 + laksa RM3.50. Semuanya RM 9.50. I rasa I macam power sangat sebab dapat kawal perbelanjaan *nada eksyen*


Ok powernya you . . . . . . . . . . . (suami tak tau nak bagi respon camna)


Hati perempuan memang sukar difahami. Selalu berperang dengan emosi sendiri. Pergi pasar malam pon kena ada teknik dan strategi pencatuan. Padahal takda siapa kisah :P


Thank you for reading this entry !

Monday, July 27, 2015

Ada apa dengan 365

Assalamualaikum

My husband is a type of husband who remembers. He remembers almost everything! Important dates, clothes that I wear, places that we go etc

Me on the other hand, is totally the opposite. Thats why aku suka tulis blog aku dapat mengabadikan kenangan best yang terjadi dalam kehidupan aku ni. So bila boring-boring aku akan baca balik blog aku and mesmerized dengan kejadian indah yang pernah aku lalui hehe.

My husband pulak jenis yang suka menulis. (Bukan menulis blog macam aku ye) He loves conventional writing. Which is the reason why he always bring pen everywhere he goes! Nanti bila kitorang berbual-bual, once in a blue moon aku macam tercakap something meaningful (nampak sangat selama ni suka mengarut cakap benda tak penting lol) then dia cepat-cepat jot down on a piece of paper. Pastu dia excited sangat sebab dapat quote my words. He really appreciate the beauty of language. 

Just recently my husband handed over a piece of book to me. Macam tak familiar je bila tengok the book cover. At first I thought itu buku Diagnosis special edition. Sebab cover buku tu warna putih. Bila belek-belek then baru perasan the author of the book is my husband. The only author pulak tu.

 " Its for your birthday gift... I dedicate this book to you..my first solo book.. I hope you will always stay by my side and support me in every way "

:')


My husband's first solo book entitled : 365

My favorite color has always been white. Hence the book cover. Thats very thoughtful of him!


When I flip through the pages, I feel belonged. Setiap helaian muka surat membuatkan diri rasa kerdil dan insaf. Mengingatkan diri kepada pencipta yang satu. Menyedarkan diri bahawa putaran alam ini diatur dan dikuasai hanya oleh Dia.


Buku ini buat jiwa kosong yang dahagakan pengisian. 365 muka surat yang sarat dengan ingatan bersifat ketuhanan.


Im a proud wife :) 


Setiap hari aku akan randomly bukak satu page dalam 365 ini. Selalunya, nasihat yang terkandung dalam page tu terkena tepat pada jiwa. Walaupun kami duduk berjauhan, tapi somehow I feel connected. Through his writing, seolah-olah macam husband sedang bercakap dengan aku, menasihati aku dan menenangkan aku melalui kata-katanya dalam buku ini.


This is a very good book. Im not saying this because Im his wife. I've read it and I know you will love this book too :)


Get your 365 now at www.whitecoat.com.my
(Only available online at the moment)
Price : rm30

Saturday, June 20, 2015

8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang #AFLWedding

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan kurniaan ilahi saya telah bergelar seorang isteri pada 13 Jun lepas. Majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang walaupun saya hanya cuti sehari sebelum majlis. Kami tidak assign wedding planner kerana kami percaya kami mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan seni (haha!). Lagipun sejak kami berkenalan, impian saya dan suami adalah untuk menghoskan majlis kami dalam keadaan serba sederhana, tidak terlalu terikat dengan adat namun sedap mata memandang mengikut citarasa kami.

Saya sangat teruja untuk berkongsi kisah tentang majlis kami (dah kenapa tone seperti rancangan Nona). Tiada niat untuk riak atau berbangga diri, jauh sekali untuk bermegah-megah kerana majlis kami cuma kenduri makan yang biasa anda hadiri, cuma bezanya...we set our own rules! Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal pengantin ya :)

Mari saya kongsikan 8 perkara yang anda perlu tahu tentang #AFLWedding


1. HANYA SATU MAJLIS RESEPSI
Rumah saya di Seremban, suami pula di Ukay Perdana. Dekat. Jadi kami telah mencapai kata sepakat untuk membuat hanya SATU majlis resepsi di Putrajaya. Tengah-tengah kan, barulah adil dan saksama hehe. Bayangkan penjimatan kami kerana semua perbelanjaan dibahagi sama rata. Yang paling best, kami hanya perlu hire photographer, videographer, pelamin, makeup, baju 1x. Saya dan suami bersyukur kerana ibu bapa kami tidak mempunyai sebarang bantahan, malah gembira sebab takpayah penat dua kali. Janji ada toleransi antara dua pihak.


2. EMBLEM YANG SAMA
Emblem AFL ini telah direka oleh sahabat saya Faiz Lee. Thanks bro! Kami telah menggunakan emblem ini untuk kad kahwin, buku yassin, botol madu, photobox dan juga banner! Sebenarnya kami plan nak buat untuk kad kahwin je, tapi sebab malas nak fikir design untuk doorgift (buku yassin, madu & photobox) so kami pakai emblem yang sama. Tiba-tiba nampak cantik pula bila seragam. Inilah yang kami maksudkan dengan kebolehan memanipulasikan seni ahaks!




3. MEMERIAHKAN TETAMU DENGAN MAKANAN
Majlis resepsi kami adalah jenis touch&go. Bukan yang seated tu. Sebabnya jemputan kami agak ramai (sebab satu majlis kan), tak sesuai nak buat jenis yang seated tu. Lagipun kami nak tetamu berasa selesa mingle around and top up makanan berkodi-kodi hehe. Bab-bab makan ibu saya memang expert. Ibu saya kata biar baju & pelamin biasa-biasa sahaja janji perut tetamu kenyang luarbiasa haha! Selain daripada menu makanan kenduri ada juga tambahan lauk seperti paru goreng bercili, sambal acar buah, pecel, rojak buah, serawa durian, tapai, 6 jenis kuih-muih melayu, 6 jenis cakes dan teh tarik. Perlu diingatkan yang datang menyumbang kebiasaannya adalah kawan ibu bapa kita, jadi kita membalas dengan menghidangkan mereka dengan makanan yang enak-enak.



4. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BACAAN AL-QURAN
Sebenarnya ibu kepada suami saya ada menyatakan hasrat untuk mendengar alunan bacaan Al-Quran anaknya ketika majlis resepsi kami. Saya juga teruja kerana tidak pernah mendengar suami saya membaca Al-quran secara live. Jadi kami bersetuju untuk membuka majlis dengan alunan ayat Al-quran (Selepas berarak, pengantin perempuan duduk dipelamin, pengantin lelaki duduk berhampiran dengan meja kecil dan mengaji). Suami saya kata, dia berharap trend ini dapat diteruskan di majlis-majlis perkahwinan instead of berkaraoke. (atau mungkin dah ada? kami je yang tak tau? hehe)




5. TIADA DULANG GIRLS (KETIKA MAJLIS NIKAH)
Sejujurnya rumah saya agak sempit. Agak tak praktikal untuk dulang girls beratur membawa dulang dalam keadaan yang sempit-sempit. Kami juga rasa kami dapat kurangkan kos sebab tak perlu belikan kain yang sedondon untuk dulang girls (16 dulang x 4 meter : 64 meter!) Lagipun ini semua norm. Apa salahnya kalau kita break the norm. Jadi apa yang saya lakukan untuk majlis pernikahan saya adalah, sebelum rombongan pengantin lelaki datang, semua dulang hantaran (pengantin lelaki dan perempuan) telah disusun rapi di stage hantaran. Maksudnya rombongan pengantin lelaki hanya perlu datang tanpa perlu berheboh-heboh dalam kereta sebab dulang hantaran terbalik!





6. TIDAK MEMAKAI INAI
Sejak kecil saya memang bangsa yang tak gemarkan inai. Kebetulan suami pun begitu. So takpayahla pakai senang cerita. Lagipun inai ni semua adat je. Takperlu nak diikutkan sangat (Ye saya memang degil ahaks!) Jimat kos lagi yay!




7. TIDAK MEMAKAI BULU MATA PALSU / CUKUR KENING
Alhamdulillah, sekarang saya tengok memang kebanyakan pengantin tidak cukur kening lagi macam zaman dulu-dulu. Tapi yang memakai bulu mata palsu masih banyak. Masih ingat suami berpesan pada saya 3 perkara sebelum kami bernikah

  • Jurumekap / MUA mesti PEREMPUAN (supaya aurat terpelihara)
  • Tidak mencukur kening (hukum : haram)
  • Tidak memakai bulu mata palsu (hukum : haram)

Saya seboleh-boleh mahu menjaga amanah suami. Nak berdakwah berjihad tu memang takla...jadi perkara kecik-kecik macam ni saya jaga. Nak buat pengakuan sikit, masa mula-mula suami kata macam tu saya terus terdetik dalam hati

' Ala...mesti makeup I tak glowing sebab takda bulu mate lentik macam Che ta...'

ada hati tu nak jadi Che ta :')

Tapi alhamdulillah it turned out very well. Makeup saya hasil sentuhan @_ewar by aimie rifdi & @dinieawalluddinofficial by dinieawalluddin sangat stunning dan tidak tebal langsung. Saya tertarik dengan prinsip kak Aimie Rifdi iaitu makeup is meant to enhance beauty. Suami pon happy sebab muka saya masih 'kekal' cuma ditambah sedikit warna untuk menaikkan seri hehe. Nak wudhu pon senang, cuma pakai wet tissue untuk cuci makeup.






8. WEDDING DRESS TIDAK KETAT & MELERET
Bab-bab ni sukar sikit untuk dijaga kerana kita perempuan suka rasa yang definisi baju pengantin yang cantik adalah labuh meleret (untuk memberi kesan dramatic) & body hugging. Tapi saya bersyukur kerana menjumpai designer muslimah wedding dress @ejashahril yang sangatlah berprinsip! Ingat lagi masa pertemuan kami yang pertama, kakeja terus terang menyatakan pada saya & suami.

' Dress yang kakeja buat WAJIB tidak ketat, tidak meleret dan tudung kena tutup dada. Kalau fatin tak bersetuju, maafkan kakeja, fatin kena cari orang lain.'

Ha sampai harini ayat kakeja tu terngiang-ngiang dalam kepala saya. Kami cukup mengagumi Ejashahril kerana berpegang teguh pada prinsip islamic. Susah nak jumpa designer berjiwa muslimah macam ni! Kebetulan saya ada terjumpa satu website ni, baguih gila. Cuba korang baca SINI untuk mengetahui pantang-larang semasa kahwin.



Saya dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat karib kami (Najahtul, Wady, Dimas, Sakinah, Kaklong, Anty Lid), sahabat handai dialam maya mahupun didunia sebenar, colleague, boss, para tetamu serta semua pihak yang sudi menjayakan majlis kami.


Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dikurniakan ketenangan sepanjang persediaan majlis, ketika berlangsungnya majlis dan selepas majlis. Suami, ibu bapa, ibu bapa mertua serta rakan baik pula sentiasa ada apabila diperlukan. Diharapkan penulisan saya dapat memberi inspirasi kepada pasangan mempelai yang bakal membina masjid dan melengkapkan agama. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang 'ganjil'. Remember Islam turun pada waktu ganjil dan akan berakhir pada waktu ganjil juga. Saya dan suami ni orang biasa-biasa je tapi sebab suami jenis yang tegas bab-bab agama jadi saya sebagai isteri kena ikut hehe. Niat dihati untuk menyebarkan positiviti, maka jauhi negativiti!

Sehingga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang :) Nanti saya nak tulis tentang persediaan majlis pula supaya senang korang nak buat rujukan. Tapi kena tunggu gambar daripada official photographer MaroonProduction Stay tune! Salam Ramadhan semuaaaaa~~~


Credit to Creativo for the pictures. Follow our instagram @dr.afl for more pictures.
Thank you for reading this entry !

Thursday, June 4, 2015

A short story

Assalamualaikum

Hi my name is Fatin Liyana. Im going to tell you a short story about myself.


This is me when I was 3. I am the only daughter among my siblings. I was born in Kuala Lumpur in 1989. Mickey mouse was like the biggest thing ever back in the 90s, hence..the hat. I was raised in a very academic-oriented family as my mother used to be a teacher back in the old days. My childhood days wasn't that interesting though. My life revolved around revision books & story books. I used to read alot when I was little. We even had a small library at home!

During my school years, I never joined any tuition class because I have my wonderful mother and my father to teach me. Dad was an engineer. He is very good with calculations. On the other hand, mom is even good in everything. She was my private teacher/tuition teacher. We used to burn the midnight oil everytime I had an exam!


Needless to say, because of my strict childhood brought up, I managed to get into a medical school and secure myself with a scholarship. Im truly glad that I don't have to burden my parents with my university fee & pocket money. As years go by, I then finally graduated from the medical school. That was the happiest moment in my life. For once, Ive never seen my parents smiling all proud all the way through the ceremony.


After I graduated, a guy came to meet my dad and expressed his purest intention to marry me. I have a special bond with my dad. I am my mother's best friend but I'm my dad's girlfriend. Dad always has this soft spot towards me. He treats me like his little girl. It was a long discussion when my dad finally willing to open up. My father and I, we never discuss anything like this. It was hard at first for us. Then...for all we know..

I am engaged to the guy of my dream. I dont know how it happens, but it happens too fast. My parents are still adapting to the situation, so as me. I guess this is call the next chapter in life :) Everyday my love towards my parents grows fonder. A good companion will bring you closer to your family, I guess I've found the right one :)


In few days time, I'll become a wife. Am I ready? Of course. (I think so lol) You will never know until you get into the picture. I want to be the best wife to my husband & the best daughter to my parents. I'm glad our relationship is a smooth sailing as we gain blessing from both parents. I always believe that blessing is the key to happiness...

I want to experience again the happiest moment in my life. But this time, I want to share it with my other half... :')

Pray for me!

p/s : Finally, we have decided to sign up an Instagram account! Do follow dr.afl for more #afljourney


Thank you for reading this entry !

Monday, May 11, 2015

Girl talk

Assalamualaikum


Ha bila tengok countdown rasa macam tak percaya nak jadi isteri orang dah. Alhamdulillah, takde bridezilla moment hehe. Rasa macam bertenang je buat preparation untuk wedding. Ikut kemampuan masing-masing kata orang. Tak payah serabutkan kepala nak macam tu macam ni, taknak sama dengan orang la, nak yang latest la apa la. Benda senang jangan kasi susah. Tengok cantik and harga ok, terus close deal. Aku memang tak kuasa nak survey-survey lagi :)

Ala, benda benda macam ni pusing-pusing pon kesitu jugak. Bila tengok banyak banyak pilihan memang le kemamau kepala ni nak pilih. Rilek je dan pilih je la mana yang mampu. Confirm cantik punya on the wedding day. Takyah pikir orang cakap apa. Kita yang nak kahwin, so pedulikan cakap-cakap juri awam yang tidak berbayar ni haha!

Alhamdulillah Allah mudahkan, untuk preparation wedding ni, aku dan tunang yang uruskan semuanya. Dari kad kahwin, door gift, baju, pelamin hingga ke hiasan meja semua kitorang urus sendiri. Aku cuma mintak tolong Najah carikan dulang hantaran dan ibu carikan caterer sebab parents lebih tau siapa masak sedap siapa masak tak sedap :) Thank you ibu & my bff!


Sekarang bila ada cuti, aku akan jalan-jalan beli barang-barang nak hias bilik pengantin. Tak mampu le nak upah interior designer. So lantiklah diri sendiri lol. Hias la bagi cantik sikit, jangankan tidak.


Tengok bunga ni cantik, beli jela. Nama bunga ni pon aku taktau. Nanti spray febreeze sikit bagi mewangi...selamanya woo oo haha. Konsep bilik pengantin adalah mainredahjanjicantikpadamataaku.


Mengikut tradisi family aku, hadiah kahwin adalah berupa set bilik tidur. Almari dan end table aku dah beli, tinggal cari katil je. Haritu dah round-round tapi tak jumpa yang berkenan. Ada la satu tilam LADY AMERICANA ni yang aku berkenan. Lembut gila nak mamp. Bila tanya harga boleh putus urat kepala ko tau. RM 12 000. TIGA KOSONG OK. Nangis. 


So nanti kena survey lagi lah hehe. Kena cari yang kurang kosong. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan-kawan. Amin! 


p/s : SHEEJAB nak buat pre-order Premium Jubaa sebab banyak sangat permintaan. Nanti kita bagi info tau :)

Monday, January 12, 2015

Majlis Pertunangan Fatin Liyana

Assalamualaikum


Ehem. Sebenarnya berkali-kali aku berfikir, sama ada mahu update pasal pertunangan aku ke tak. Sebabnya bertunang je pon, bukan nikah. Lagipun untuk majlis pertunangan ini lebih baik kalau tak digembar-gemburkan. Tapi yang tak syoknya bila blogger lain kumpulkan gambar pertunangan aku (melalui instagram kawan-kawan, saudara-mara aku) dan update kat blog diorang. Haaa baru ingat nak buat surprise... kengkonon sweet ngat orang tak tau wolls dah bertunang tup tup dah kawin. Spoil la..tak dapat a nak jadi calon wedding of the year ceniii...kekeke


Anyway..alang-alang tu biar aku update terus je dalam blog ni. Lagipun dah lama sangat tak update blog. Sakit mata aku bila bukak blog honeykoyuki. Balik-balik entry ituuuu je. Sebelum tu aku nak mintak maaf ya kalau entry ini menyebabkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Aku takde niat nak berbangga diri ke atau nak kepoh ke apa. Cuma nak abadikan kenangan indah dalam blog ini :) Lagipun takda apa pun yang nak dibanggakan, semua orang pon bertunang jugak sebelum kahwin kan. So aku harap masing-masing dapat membaca entry ini dengan hati yang gembira! Sebab aku rasa sangat gembira bila tengok balik gambar-gambar ni :)


Jom layan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan iolls !


Kalau nak ikotkan Islam, kitorang dah bertunang lama dah (AF came to meet my parents and they have agreed on that). Kalau ikotkan adat pula, kena la buat majlis pertunangankan sebagai tanda persetujuan. Tapi sebagai houseman yang dedikasi, aku terpaksa tangguhkan majlis pertunangan sampai aku habis kerja di posting Medical yang super duper busy itu. Alhamdulillah, kebetulan tarikh majlis pertunangan kitorang jatuh pada cuti end of posting aku hehe.



Senang je nak organize majlis pertunangan rupanya. Beribu kali ganda lagi susah aku organize Farewell Dinner Medic UKM. Kena ada surat jemputan, surat mintak dana bagai. Hah yang ni aku mintak mak aku call caterer and order lauk yang disukai. Package termasuk makanan, kerusi + meja dan khemah. Tema pulak aku pilih warna putih. Settle :) Takyah serabutkan kepala!


Lauk yang dihidangkan hari tu semuanya adalah lauk kegemaran aku. Aku kan suka makan lauk-lauk kampung. So menu yang dihidangkan adalah daging salai masak lemak cili api, ayam goreng berempah, kari kambing, sambal sotong, udang goreng lepas, ulam-ulaman, telur asin dan sambal belacan. Memang niat kami untuk menjamu tetamu makan tengahari. Selain itu, ada kambing golek jugak. Seronok tengok tetamu makan bertambah-tambah :)


Dessert table. Kalau namanya kampung.com mesti nak kuih-kuih kampung juga ya. Jemputlah makan tepung gomak, talam ubi, karipap, kuih bom, pulut panggang dan kek gula hangus. Iolls tak reti makan marshmellow..selalu makan sebab nak nampak cute je...hahahha. Terima kasih kekna, anty lydd, kaklong, anty nisa sebab sumbangkan kuih keria, muffin, cream puff dan kek gula hangus. Aku cadangkan korang buatlah dessert table begini sebab jiran dan saudara mara suka bawak kuih-muih. Alang-alang tu boleh jamu tetamu sekali :)


My cute little cousins tengah practice main piano. Sebabnya kakpatin suruh dorang main piano masa iolls berarak menuju ke mini pelamin hehe...Bagi can la kakpatin fefeling princess satu hari. Hari-hari kerja jadi kuli je kekeke.


Doorgift. Tetamu dewasa dapat bottle, tetamu kanak-kanak dapat sweets. Bebudak tak reti makan kacang, bazir je bagi haha.



Hee tantek tak? Dulang hantaran ni kakpatin gubah sendiri tau! Senang sangat, setengah hari je aku buat. Balik kerja terus gubah, malam dah siap. Penjimatan sehingga 80% uolls. Sirih junjung takde sebab aku tak reti nak gubah ahahha. Lantak situ, aku beli biskut Marc & Spencer sebagai ganti. 

' Hey apebenda kau bagi hantaran biskut ' laung si ibu

' Pedulik janji bukan biskut Hup Seng' laung si anak kembali 



Orang sebelah dah sampai. Masa ni aku kat dalam bilik tengah main whatsapp dengan Najahtul. Kejap-kejap Najahtul hantar laporan dekat aku. Dr Mafeitz pulak hantar laporan dekat AF. Lepas tu dua-dua panic haha.



Spokesperson side aku adalah abang aku dan spokesperson side AF adalah Syamsul. 
Lantas, abang aku membuka bicara

' Lu sapa mau pinang adik guwa? '

Haha tidaklah. Ini adalah majlis pertunangan yang penuh dengan peradaban dan nilai-nilai murni tahu?




Alhamdulilah, sebak hati ini masa ibu Zarina sarungkan cincin kat jari aku. Lepas sarung cincin, terus kiss kiss and ibu Zarina bagi nasihat supaya jadi isteri yang baik kepada AF. Baik ibu :')


Ini namanya pegangan tangan simpulan kasih keabadian cinta tiada penghujung diantara ibu dan anak. Tak sia-sia aku pakai lotion banyak-banyak itu hari hikhik.



 Lord of the ring :)



Happy faces yang turut sama menjayakan majlis!


Gambar atas : Inshaallah kalau ada umur yang panjang, bertambah bilangan gegirl dalam family iolls :) Bersama ibu, Aainaa (AF's sister) dan Helwa (AF's sil)

Gambar bawah : Bersama family lakayena yang peliks


Thank you girlfriends sebab datang jauh-jauh :) Inshaallah majlis korang iolls datang !



Guest makan bertambah-tambah. Ibu & ayah happy sangat. Iolls je tak sempat makan sebab bz bergambar mengalahkan retis :")


Orang kuat majlis. Terima kasih ibu ayah sebab kasi adik bertunang dengan AF hikhik. Special thanks to my bestfriend Najahtul Iylia sebab datang merewang, tolong aku dari sekecik-kecik ke sebesar-besar benda. I did my own makeup...eyeshadow tersenget sebelah, Najahtul la yang tolong padamkan haha! Kata baru belajar makeup lepas tengok tutorial kat youtube, of course la haru biru makeup aku! Thanks to my SIL lakayena sebab pakaikan kita dress ni :)


 Haram meminang tunangan orang ya, cewah kau dah kenapa 



Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat je. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. Cuma... bila dalam gambar dia nampak macam gah gila. Iolls pon tanjat. Padahal bajet semua minimal. Ha trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer :) Terimakasih photographer Ib Ghani & team sebab power dan berjaya memberi ilusi gah kepada majlis iolls. Kami sangat berpuas hati dengan hasil dorang. Boleh try usha kalau tak percaya.

Facebook : Peekturesbyibghani
Instagram : @peekturesbyibghani
Hp : 019-3375791 & 017-2655242




Buat bakal isteriku,

Terima kasih kerana sentiasa memahami & menempatkan ibuku no 1. Hanya dengan itu, dengan segala kudrat yang aku ada selagi bernyawa, inshaallah aku akan menjagamu dengan agama 

- AF


p/s : Sorry terjiwang pule :'). Doakan kakpatin ye! Kakpatin akan berusaha untuk update blog dengan lebih kerap pasni hee. Teruskan memberi sokongan kepada honeykoyuki ya!


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...