Showing posts with label aflwedding. Show all posts
Showing posts with label aflwedding. Show all posts

Saturday, March 5, 2016

Jenis-jenis Cincin Kahwin

Disclaimer : Entry ini ditulis sebagai guideline kepada bakal pengantin yang tercari-cari tentang cincin kahwin mengikut adat Melayu. Aku dulu blur sangat masa nak kahwin, jadi aku taknak korang blur macam aku. Sila baca entry ini dan share jika anda rasakan ia berguna.


Assalamualaikum

Masa aku nak kahwin dulu kan, aku baru tau yang memilih cincin adalah satu perkara yang rumit lagi kompleks. Menurut ibu aku, cincin ni ada banyak jenis. Dan ia haruslah dibeli according to the occasion. Tidak boleh main hentam saja ye. Macam aku pulak, aku jenis tak kisah sangat. Asal dapat cincin aku dah happy #gengmudahterhibur

Basicly, perempuan akan dapat 3 jenis cincin daripada pihak lelaki.

Merisik
Bertunang
Nikah

Banyaknya! Leks k. Jari ada 10. Tiga cincin ini merangkumi hanya 30%. Boleh lagi kalau nak tambah cincin anniversary ihik.

Actualy there's no hard & fast rules in choosing your wedding ring. Tapi kalau pihak lelaki ada rezeki lebih sikit, bolehlah ikut adat agar saudara tidak dicemuh oleh kaum kerabat dan juga warga facebook.


Cincin Merisik
Cincin paling simple. Dipanggil cincin belah rotan. Tapi BUKAN diperbuat daripada rotan ye. Jangan jadi macam husband aku, siap runsing fikir mana nak cari cincin rotan di era permodenan ini. Biasanya orang suka beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih dah dapat. Jarang orang nak beli emas putih sebab cincin ni kosong. Nanti orang ingat ko bagi cincin silver pulak.

Nanti family pihak lelaki datang rumah bawak cincin belah rotan sebagai tanda nak 'merisik' bakal isteri.



Cincin Bertunang
Sesetengah orang tak nak bertunang, terus langsung nikah je. Terpulang. Kalau tak bertunang, uolls dapat 2 cincin je. Cincin bertunang ni biasanya lebih 'up' sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu (baca : diamond). Diamond tu biasanya kecik-kecik dan disusun sejajar. Ia dipanggil Eternity ring. Sebab ada diamond, so bolehlah pilih nak emas kuning ke emas putih bergantung kepada citarasa. Harga up sikit dari RM500 - RM1.5k (bergantung jenis emas, berat dan diamond)

Eternity ring. Ada banyak design lagi



Cincin Nikah
Cincin nikah mestilah kena paling glamorous diantara cincin merisik & bertunang. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu satu & besar. Ia dipanggil Solitaire ring. Kebanyakan cincin nikah ni diperbuat dari emas putih. Emas kuning ada jugak, tapi design agak kurang menarik. Solitaire ring ni dikira paling hebat sebab diamondnya yang besar. Sebiji diamond yang besar adalah lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan beberapa biji diamond yang kecik-kecik. Rekaan cincin nikah ni biasanya simple sebab main fokus dia adalah diamond.

Solitaire ring. Simple je.



Ha itulah jenis jenis cincin yang korang wajib tahu kalau nak berkahwin dengan gadis melayu. Tapi nak kata wajib pon tak jugak, ramai je gadis-gadis Melayu sekarang yang memahami dan tak suka membebankan pihak lelaki. Jadinya dia tak kisah pon ko belikan cincin apa, janji ikhlas nak mendirikan rumah tangga bersama. Lagipun ini cuma adat, tak perlu rasa terbeban kerana nak terlalu ikutkan adat. Yang penting ada persefahaman diantara kedua-dua pihak. Tak gitu? :)



Ha ibu aku jenis yang ikut adat. And husband aku pulak jenis tak kisah dan bersemangat. Gigih tau husband aku ikut peraturan sebab nak dapatkan aku punya pasal haha! 



Thank you for reading this entry !

Thursday, September 17, 2015

Idea doorgift kahwin

Assalamualaikum

Masa korang nak kahwin dulu serabut tak nak cari doorgift? Aku siap duduk tepi penjuru selama beberapa jam untuk brainstorm. Bukan main berusaha keras memikirkan apakah doorgift yang cost effective namun cantik lagi memberi manfaat kepada tuan rumah dan tetamu.

Bukan apa. Sebab aku ni bangsa bila pergi wedding orang, selain daripada makanan yang sedap aku akan sangat gembira kalau dapat doorgift yang unik & best. Jadi kalau boleh aku pon naklah memberi perasaan gembira yang sama kepada tetamu wedding aku :)

Jadi untuk wedding kami itu hari, aku dan husband yang decide untuk bagi apa sebagai doorgift kami. Alhamdulilah dapat pulak both parents yang sangat sempoi, jadi diorang bagi kami kebebasan maksima untuk memilih sendiri. Boleh la bagi doorgift ala-ala hipster sket hahaha

Ada setengah orang suka bagi barang perhiasan, ada jugak yang suka bagi barang makanan. Semua ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Aku taktaulah korang jenis macam mana, tapi aku jenis suka bagi doorgift yang ada sentimental value. Amboi macam terer ja sentimental value bagai haha! Tapi nak yang ada sentimental value pon agak-agak jugaklah..Janganlah mahal benau..biarlah value buy..kalau tak.. boleh ada sentimen mental otak aku ceni hahahaha

Bagi aku apa yang aku & husband sediakan untuk para guest kami pada majlis resepsi haritu adalah yang terbaik dan yang termampu seadanya. Yelah kang bagi aku best tapi bagi korang cam errr cenikah yang dinamakan sentimental value? krik krik krik......kan I dah termalu malu alah haha...


Tema kami pada majlis resepsi itu hari adalah PASTEL MINT GREEN. Jadi aku cadangkan pada husband semua doorgift bertemakan warna ini serta menggunakan emblem AFL. Husband angguk-angguk tanda setuju...Mau tak angguk, nak kahwin ke taknak ni sayang? ahahhaa


Kami bagi madu/honey jar (bukan honeymadu pengacara itu ya hikhik) sebab ianya makanan sunah nabi. Jangan lupa selawat sebelum makan ya. Cover cloth tu kami ambil 2 pattern. Satu yang plain, satu lagi stripe. Biar ada variety orang kata. Lepas tu kami pilih jar berbentuk apple 70ml. Saiz sedang-sedang, tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Last sekali letak tag emblem AFL yang berwarna pastel mint green. 

Aku tempah honey jar ini dari NERA2NERA



Honey jar tadi kami padankan dengan sebuah buku yassin yang didatangkan dalam kotak khas. Still menggunakan emblem AFL serta warna pastel mint green yang sama. Harapnya bila orang baca surah yassin ni, adalah pahala sikit buat kami :) 

Aku tempah buku yassin yang cantik ini dari YASSIN CUSTOM MADE



Memahami jiwa remaja, kami pon ada sediakan unlimited photobox jugak. So guest bolehlah tangkap gambar banyak-banyak dan print untuk dijadikan kenangan. Memang ramai giler orang beratur nak tangkap gambar dekat photobox ni itu hari. Lagi panjang line photobox ni dari line nak tangkap gambar dengan pengantin :") ahahaha takpe janji korang happy

Photobox ini dari PHOTO.BOX
Background from ENRICHWEDDING



Last but not least, untuk tetamu VIP dan ahli keluarga yang banyak membantu, kami ada bagi tambahan satu lagi doorgift iaitu sejadah mini. Kecik je sejadah ni, tapi sangatlah mudah kalau dibawa travel. Harapannya pon sama... agar dapatlah pahala buat kami setiapkali orang sujud mengadap tuhan. Tapi takde warna pastel mint green, ada warna maroon. Cantik jugakkan?

Aku tempah sejadah mini ini dari CASACLO



So inilah dia kononnya doorgift sentimental value kakpaten dan abang anwar hehe.. honey jar / buku yasin / photobox prints / sejadah mini. Semoga korang yang dapat tu simpan elok-elok ya. Setiap kali baca yassin jangan lupa doakan kitorang k. Kemain besar nama weolls dekat buku yasin tu...kalau tak nampak jugak..memang kena pakai contact lens warna purple ni wahaha

Emblem AFL pulak kami upah Faiz Lee untuk buat. Faiz yang design emblem, kad kahwin, bunting dan poster. Standarizedkan semua.

Itulah idea doorgift kami. Buat pasangan yang baru nak bernikah tu, mana tau boleh dapat sedikit idea dari kami hehe. Anyway, sebab kami buat satu majlis, jadi harga kesemua doorgift ini dibahagi dua. Ekonomis kan hikhik. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kata orang. Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat, senang bekerjasama dengan company yang aku nyatakan diatas. Takde tipu-tipu. Macam mana kita mintak, macam itu yang diorang kasi. Alhamdulillah :)


Thank you for reading this entry !


Saturday, June 20, 2015

8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang #AFLWedding

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan kurniaan ilahi saya telah bergelar seorang isteri pada 13 Jun lepas. Majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang walaupun saya hanya cuti sehari sebelum majlis. Kami tidak assign wedding planner kerana kami percaya kami mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan seni (haha!). Lagipun sejak kami berkenalan, impian saya dan suami adalah untuk menghoskan majlis kami dalam keadaan serba sederhana, tidak terlalu terikat dengan adat namun sedap mata memandang mengikut citarasa kami.

Saya sangat teruja untuk berkongsi kisah tentang majlis kami (dah kenapa tone seperti rancangan Nona). Tiada niat untuk riak atau berbangga diri, jauh sekali untuk bermegah-megah kerana majlis kami cuma kenduri makan yang biasa anda hadiri, cuma bezanya...we set our own rules! Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal pengantin ya :)

Mari saya kongsikan 8 perkara yang anda perlu tahu tentang #AFLWedding


1. HANYA SATU MAJLIS RESEPSI
Rumah saya di Seremban, suami pula di Ukay Perdana. Dekat. Jadi kami telah mencapai kata sepakat untuk membuat hanya SATU majlis resepsi di Putrajaya. Tengah-tengah kan, barulah adil dan saksama hehe. Bayangkan penjimatan kami kerana semua perbelanjaan dibahagi sama rata. Yang paling best, kami hanya perlu hire photographer, videographer, pelamin, makeup, baju 1x. Saya dan suami bersyukur kerana ibu bapa kami tidak mempunyai sebarang bantahan, malah gembira sebab takpayah penat dua kali. Janji ada toleransi antara dua pihak.


2. EMBLEM YANG SAMA
Emblem AFL ini telah direka oleh sahabat saya Faiz Lee. Thanks bro! Kami telah menggunakan emblem ini untuk kad kahwin, buku yassin, botol madu, photobox dan juga banner! Sebenarnya kami plan nak buat untuk kad kahwin je, tapi sebab malas nak fikir design untuk doorgift (buku yassin, madu & photobox) so kami pakai emblem yang sama. Tiba-tiba nampak cantik pula bila seragam. Inilah yang kami maksudkan dengan kebolehan memanipulasikan seni ahaks!




3. MEMERIAHKAN TETAMU DENGAN MAKANAN
Majlis resepsi kami adalah jenis touch&go. Bukan yang seated tu. Sebabnya jemputan kami agak ramai (sebab satu majlis kan), tak sesuai nak buat jenis yang seated tu. Lagipun kami nak tetamu berasa selesa mingle around and top up makanan berkodi-kodi hehe. Bab-bab makan ibu saya memang expert. Ibu saya kata biar baju & pelamin biasa-biasa sahaja janji perut tetamu kenyang luarbiasa haha! Selain daripada menu makanan kenduri ada juga tambahan lauk seperti paru goreng bercili, sambal acar buah, pecel, rojak buah, serawa durian, tapai, 6 jenis kuih-muih melayu, 6 jenis cakes dan teh tarik. Perlu diingatkan yang datang menyumbang kebiasaannya adalah kawan ibu bapa kita, jadi kita membalas dengan menghidangkan mereka dengan makanan yang enak-enak.



4. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BACAAN AL-QURAN
Sebenarnya ibu kepada suami saya ada menyatakan hasrat untuk mendengar alunan bacaan Al-Quran anaknya ketika majlis resepsi kami. Saya juga teruja kerana tidak pernah mendengar suami saya membaca Al-quran secara live. Jadi kami bersetuju untuk membuka majlis dengan alunan ayat Al-quran (Selepas berarak, pengantin perempuan duduk dipelamin, pengantin lelaki duduk berhampiran dengan meja kecil dan mengaji). Suami saya kata, dia berharap trend ini dapat diteruskan di majlis-majlis perkahwinan instead of berkaraoke. (atau mungkin dah ada? kami je yang tak tau? hehe)




5. TIADA DULANG GIRLS (KETIKA MAJLIS NIKAH)
Sejujurnya rumah saya agak sempit. Agak tak praktikal untuk dulang girls beratur membawa dulang dalam keadaan yang sempit-sempit. Kami juga rasa kami dapat kurangkan kos sebab tak perlu belikan kain yang sedondon untuk dulang girls (16 dulang x 4 meter : 64 meter!) Lagipun ini semua norm. Apa salahnya kalau kita break the norm. Jadi apa yang saya lakukan untuk majlis pernikahan saya adalah, sebelum rombongan pengantin lelaki datang, semua dulang hantaran (pengantin lelaki dan perempuan) telah disusun rapi di stage hantaran. Maksudnya rombongan pengantin lelaki hanya perlu datang tanpa perlu berheboh-heboh dalam kereta sebab dulang hantaran terbalik!





6. TIDAK MEMAKAI INAI
Sejak kecil saya memang bangsa yang tak gemarkan inai. Kebetulan suami pun begitu. So takpayahla pakai senang cerita. Lagipun inai ni semua adat je. Takperlu nak diikutkan sangat (Ye saya memang degil ahaks!) Jimat kos lagi yay!




7. TIDAK MEMAKAI BULU MATA PALSU / CUKUR KENING
Alhamdulillah, sekarang saya tengok memang kebanyakan pengantin tidak cukur kening lagi macam zaman dulu-dulu. Tapi yang memakai bulu mata palsu masih banyak. Masih ingat suami berpesan pada saya 3 perkara sebelum kami bernikah

  • Jurumekap / MUA mesti PEREMPUAN (supaya aurat terpelihara)
  • Tidak mencukur kening (hukum : haram)
  • Tidak memakai bulu mata palsu (hukum : haram)

Saya seboleh-boleh mahu menjaga amanah suami. Nak berdakwah berjihad tu memang takla...jadi perkara kecik-kecik macam ni saya jaga. Nak buat pengakuan sikit, masa mula-mula suami kata macam tu saya terus terdetik dalam hati

' Ala...mesti makeup I tak glowing sebab takda bulu mate lentik macam Che ta...'

ada hati tu nak jadi Che ta :')

Tapi alhamdulillah it turned out very well. Makeup saya hasil sentuhan @_ewar by aimie rifdi @dinieawalluddinofficial by dinieawalluddin sangat stunning dan tidak tebal langsung. Saya tertarik dengan prinsip kak Aimie Rifdi iaitu makeup is meant to enhance beauty. Suami pon happy sebab muka saya masih 'kekal' cuma ditambah sedikit warna untuk menaikkan seri hehe. Nak wudhu pon senang, cuma pakai wet tissue untuk cuci makeup.






8. WEDDING DRESS TIDAK KETAT & MELERET
Bab-bab ni sukar sikit untuk dijaga kerana kita perempuan suka rasa yang definisi baju pengantin yang cantik adalah labuh meleret (untuk memberi kesan dramatic) & body hugging. Tapi saya bersyukur kerana menjumpai designer muslimah wedding dress @ejashahril yang sangatlah berprinsip! Ingat lagi masa pertemuan kami yang pertama, kakeja terus terang menyatakan pada saya & suami.

' Dress yang kakeja buat WAJIB tidak ketat, tidak meleret dan tudung kena tutup dada. Kalau fatin tak bersetuju, maafkan kakeja, fatin kena cari orang lain.'

Ha sampai harini ayat kakeja tu terngiang-ngiang dalam kepala saya. Kami cukup mengagumi Ejashahril kerana berpegang teguh pada prinsip islamic. Susah nak jumpa designer berjiwa muslimah macam ni! Kebetulan saya ada terjumpa satu website ni, baguih gila. Cuba korang baca SINI untuk mengetahui pantang-larang semasa kahwin.



Saya dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat karib kami (Najahtul, Wady, Dimas, Sakinah, Kaklong, Anty Lid), sahabat handai dialam maya mahupun didunia sebenar, colleague, boss, para tetamu serta semua pihak yang sudi menjayakan majlis kami.


Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dikurniakan ketenangan sepanjang persediaan majlis, ketika berlangsungnya majlis dan selepas majlis. Suami, ibu bapa, ibu bapa mertua serta rakan baik pula sentiasa ada apabila diperlukan. Diharapkan penulisan saya dapat memberi inspirasi kepada pasangan mempelai yang bakal membina masjid dan melengkapkan agama. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang 'ganjil'. Remember Islam turun pada waktu ganjil dan akan berakhir pada waktu ganjil juga. Saya dan suami ni orang biasa-biasa je tapi sebab suami jenis yang tegas bab-bab agama jadi saya sebagai isteri kena ikut hehe. Niat dihati untuk menyebarkan positiviti, maka jauhi negativiti!

Sehingga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang :) Nanti saya nak tulis tentang persediaan majlis pula supaya senang korang nak buat rujukan. Tapi kena tunggu gambar daripada official photographer MaroonProduction Stay tune! Salam Ramadhan semuaaaaa~~~


Credit to Creativo for the pictures. Follow our instagram @dr.afl for more pictures.
Thank you for reading this entry !

Monday, January 12, 2015

Majlis Pertunangan Fatin Liyana

Assalamualaikum


Ehem. Sebenarnya berkali-kali aku berfikir, sama ada mahu update pasal pertunangan aku ke tak. Sebabnya bertunang je pon, bukan nikah. Lagipun untuk majlis pertunangan ini lebih baik kalau tak digembar-gemburkan. Tapi yang tak syoknya bila blogger lain kumpulkan gambar pertunangan aku (melalui instagram kawan-kawan, saudara-mara aku) dan update kat blog diorang. Haaa baru ingat nak buat surprise... kengkonon sweet ngat orang tak tau wolls dah bertunang tup tup dah kawin. Spoil la..tak dapat a nak jadi calon wedding of the year ceniii...kekeke


Anyway..alang-alang tu biar aku update terus je dalam blog ni. Lagipun dah lama sangat tak update blog. Sakit mata aku bila bukak blog honeykoyuki. Balik-balik entry ituuuu je. Sebelum tu aku nak mintak maaf ya kalau entry ini menyebabkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Aku takde niat nak berbangga diri ke atau nak kepoh ke apa. Cuma nak abadikan kenangan indah dalam blog ini :) Lagipun takda apa pun yang nak dibanggakan, semua orang pon bertunang jugak sebelum kahwin kan. So aku harap masing-masing dapat membaca entry ini dengan hati yang gembira! Sebab aku rasa sangat gembira bila tengok balik gambar-gambar ni :)


Jom layan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan iolls !


Kalau nak ikotkan Islam, kitorang dah bertunang lama dah (AF came to meet my parents and they have agreed on that). Kalau ikotkan adat pula, kena la buat majlis pertunangankan sebagai tanda persetujuan. Tapi sebagai houseman yang dedikasi, aku terpaksa tangguhkan majlis pertunangan sampai aku habis kerja di posting Medical yang super duper busy itu. Alhamdulillah, kebetulan tarikh majlis pertunangan kitorang jatuh pada cuti end of posting aku hehe.



Senang je nak organize majlis pertunangan rupanya. Beribu kali ganda lagi susah aku organize Farewell Dinner Medic UKM. Kena ada surat jemputan, surat mintak dana bagai. Hah yang ni aku mintak mak aku call caterer and order lauk yang disukai. Package termasuk makanan, kerusi + meja dan khemah. Tema pulak aku pilih warna putih. Settle :) Takyah serabutkan kepala!


Lauk yang dihidangkan hari tu semuanya adalah lauk kegemaran aku. Aku kan suka makan lauk-lauk kampung. So menu yang dihidangkan adalah daging salai masak lemak cili api, ayam goreng berempah, kari kambing, sambal sotong, udang goreng lepas, ulam-ulaman, telur asin dan sambal belacan. Memang niat kami untuk menjamu tetamu makan tengahari. Selain itu, ada kambing golek jugak. Seronok tengok tetamu makan bertambah-tambah :)


Dessert table. Kalau namanya kampung.com mesti nak kuih-kuih kampung juga ya. Jemputlah makan tepung gomak, talam ubi, karipap, kuih bom, pulut panggang dan kek gula hangus. Iolls tak reti makan marshmellow..selalu makan sebab nak nampak cute je...hahahha. Terima kasih kekna, anty lydd, kaklong, anty nisa sebab sumbangkan kuih keria, muffin, cream puff dan kek gula hangus. Aku cadangkan korang buatlah dessert table begini sebab jiran dan saudara mara suka bawak kuih-muih. Alang-alang tu boleh jamu tetamu sekali :)


My cute little cousins tengah practice main piano. Sebabnya kakpatin suruh dorang main piano masa iolls berarak menuju ke mini pelamin hehe...Bagi can la kakpatin fefeling princess satu hari. Hari-hari kerja jadi kuli je kekeke.


Doorgift. Tetamu dewasa dapat bottle, tetamu kanak-kanak dapat sweets. Bebudak tak reti makan kacang, bazir je bagi haha.



Hee tantek tak? Dulang hantaran ni kakpatin gubah sendiri tau! Senang sangat, setengah hari je aku buat. Balik kerja terus gubah, malam dah siap. Penjimatan sehingga 80% uolls. Sirih junjung takde sebab aku tak reti nak gubah ahahha. Lantak situ, aku beli biskut Marc & Spencer sebagai ganti. 

' Hey apebenda kau bagi hantaran biskut ' laung si ibu

' Pedulik janji bukan biskut Hup Seng' laung si anak kembali 



Orang sebelah dah sampai. Masa ni aku kat dalam bilik tengah main whatsapp dengan Najahtul. Kejap-kejap Najahtul hantar laporan dekat aku. Dr Mafeitz pulak hantar laporan dekat AF. Lepas tu dua-dua panic haha.



Spokesperson side aku adalah abang aku dan spokesperson side AF adalah Syamsul. 
Lantas, abang aku membuka bicara

' Lu sapa mau pinang adik guwa? '

Haha tidaklah. Ini adalah majlis pertunangan yang penuh dengan peradaban dan nilai-nilai murni tahu?




Alhamdulilah, sebak hati ini masa ibu Zarina sarungkan cincin kat jari aku. Lepas sarung cincin, terus kiss kiss and ibu Zarina bagi nasihat supaya jadi isteri yang baik kepada AF. Baik ibu :')


Ini namanya pegangan tangan simpulan kasih keabadian cinta tiada penghujung diantara ibu dan anak. Tak sia-sia aku pakai lotion banyak-banyak itu hari hikhik.



 Lord of the ring :)



Happy faces yang turut sama menjayakan majlis!


Gambar atas : Inshaallah kalau ada umur yang panjang, bertambah bilangan gegirl dalam family iolls :) Bersama ibu, Aainaa (AF's sister) dan Helwa (AF's sil)

Gambar bawah : Bersama family lakayena yang peliks


Thank you girlfriends sebab datang jauh-jauh :) Inshaallah majlis korang iolls datang !



Guest makan bertambah-tambah. Ibu & ayah happy sangat. Iolls je tak sempat makan sebab bz bergambar mengalahkan retis :")


Orang kuat majlis. Terima kasih ibu ayah sebab kasi adik bertunang dengan AF hikhik. Special thanks to my bestfriend Najahtul Iylia sebab datang merewang, tolong aku dari sekecik-kecik ke sebesar-besar benda. I did my own makeup...eyeshadow tersenget sebelah, Najahtul la yang tolong padamkan haha! Kata baru belajar makeup lepas tengok tutorial kat youtube, of course la haru biru makeup aku! Thanks to my SIL lakayena sebab pakaikan kita dress ni :)


 Haram meminang tunangan orang ya, cewah kau dah kenapa 



Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat je. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. Cuma... bila dalam gambar dia nampak macam gah gila. Iolls pon tanjat. Padahal bajet semua minimal. Ha trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer :) Terimakasih photographer Ib Ghani & team sebab power dan berjaya memberi ilusi gah kepada majlis iolls. Kami sangat berpuas hati dengan hasil dorang. Boleh try usha kalau tak percaya.

Facebook : Peekturesbyibghani
Instagram : @peekturesbyibghani
Hp : 019-3375791 & 017-2655242




Buat bakal isteriku,

Terima kasih kerana sentiasa memahami & menempatkan ibuku no 1. Hanya dengan itu, dengan segala kudrat yang aku ada selagi bernyawa, inshaallah aku akan menjagamu dengan agama 

- AF


p/s : Sorry terjiwang pule :'). Doakan kakpatin ye! Kakpatin akan berusaha untuk update blog dengan lebih kerap pasni hee. Teruskan memberi sokongan kepada honeykoyuki ya!


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...