Thursday, March 24, 2016

Pregnancy Diary : Nuts & Chocolate

Assalamualaikum

Dear afljunior,

Hi anak ummi. Sepanjang mengandungkan sayang,  ummi ada simpan pistachios nuts dalam bilik ummi. Ummi simpan dalam tupperware. Just in case ummi lapar in between meal time, ummi ada sesuatu untuk dimakan. Tapi ummi selalu lupa nak makan sebab ummi malas nak kopek.

Pada suatu hari, abi tengah chillin' dengan ummi dalam bilik. Abi ternampak pistachio tu, maka abi pon makan. Dengan tekun abi kopek nuts tersebut, sekali sekala abi suap ummi. Ummi memang gembira part tu. Tapi part yang ummi tak gembira, abi kopek nuts sampai kulit die sepah-sepah atas katil. Ummi dah pesan supaya kulit pistachio tersebut haruslah berada pada lingkungan radius penutup tupperware sahaja, namun abi sepertinya gagal mencapai ekspektasi ummi. Ummi kecewa.

Jadi pada malam ini, ummi telah bertekad untuk kopek semua pistachio nuts dan masukkan kedalam tupperware. Ummi sayangkan afljunior dan abi. Ummi juga sayangkan katil ummi. Jadi ummi fikir, takpelah biarlah ummi beralah daripada ummi marah-marah. Ummi tak mahu kekecewaan yang sama berulang lagi.


Satu tupperware pistachios ummi kopek. Sampai sakit jari dan kuku ummi tau. Tapi takpe, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ummi suka makan nuts waktu pregnant ni sebab nuts akan membantu tumbesaran otak/brain development sayang. Ummi nak sayang jadi anak yang pandai tau :)


Tok Ibu ada belikan sayang chocholate M&M. Ummi baca, pregnant mother yang makan chocolate akan melahirkan baby yang lively & happy. Ini kerana chocolate mengandungi phenyletylamine :). Inshaallah amin amin!


Ni stok yang ummi simpan dalam bilik. Abi kalau balik mesti dia happy sebab dapat pau pistachios & m&m's ummi.


Takpe, atuk ada belikan lagi sebungkus pistachios dari Mekah. Next time ummi mintak abi kopek pulak. Abi, I know you are reading this, thanks.


Ummi and abi can't wait to see you sayang. Membesar dengan sihat ya anak ummi!
Toodles!


Thank you for reading this entry !

35 comments:

Nurul Syafiqa said...

Nak anak happy and lively, makan coklat time pregnant. Noted! :)

Assalamualaikum, afljunior ;)

ameera farhana said...

Kelakar dan comel sggh cerita ummi mlm ni haha ��

Wan Shakila said...

lovely. moga Allah permudahkan semuanya :)

Kim Chaa said...

Tetibe rasa macam ada dalam perut umi sambil umi usap usap perut layan makan kacang.. Asyiknyaaa .^.~

ARAYANA said...

Sweetnyaa kak tin!����

babYpose said...

Alhamdulillah, ummi berilmu dan rajin menimba ilmu untung afjunior, aunty tak perasan semua ni, cuma ambik juga yang disebut ummi, inshaAllah.

nayfatimah rasyid said...

this story so sweet

aswaleyla said...

so sweet kak paten...

Farah Yusuf said...

noted kak tin! akan makan kacang and coklat bila pregnant. thank you for the info :)

Anonymous said...

kehadapan Dr.Fatin,

sudilah kiranya Dr, share sekali supplement yg diambil through out the journey.
saya makan supplement ikut yg Dr. bagi je.
Nak makan lelain, takut.
Before this Dr. bg obimin n folic acid. But in a different appointment, Dr. bg iron tablet 200mg, B complex, n folic acid. Konfius pulak nak makan. Obimin tak habis lagi. Dr. ckp pilih nak makan mana. kalau makan obimin, boleh skip sume yg satu-satu tu.

tapi pilihan/ combo supplement terbaik yg sebenarnya macam mana? if you could share yours. i know diff people, diff body, diff condition, diff needs.
tapi mungkin boleh mendapat sedikit pencerahan/ enlightenment.

jazakallah.

Dzurliza said...

Thank you Fatin for sharing. Lepas ni boleh cari pistachios and coklat for my third baby. Baru masuk 4 months pregnancy. :-)

Junn Ha Raa said...

tau juga pasal makan kacang nie bagus untuk perkebangan baby , yg makancoklat tu tak berapa nak tahu . tq Fl !

Muja.. said...


masih belum terlampau untuk saya follow cara fl... syukur baru balik Langkawi, stok cokelat banyak lagi... gembira nyaaa...

cthasnahiznahaknah said...

knape comel sgt kak paten...
smoga d'permudahkan..
ummi abi to be..
;)

Anonymous said...

Kita pangil kacang tu as kacang cerdik!!! Inshaallah afljuniour jadi bijak dan cerdik:)

Ha said...

"..kulit pistachio tersebut haruslah berada pada lingkungan radius penutup tupperware sahaja, namun abi sepertinya gagal mencapai ekspektasi ummi."

".. Ummi juga sayangkan katil ummi. .."

Hahahah.. I found this phrase funny. Baiklah. Adakah aku sejenis manusia #mudahterhibur ??

Anyway, barakallahu fik.. Semoga semuanya dipermudahkan.

Anonymous said...

Kenapa sejak akhir2 nih FL rajin & ada masa update blog? FL dah habis housmanship ker tunggu posting?

Hunny Kitty said...

dap dap nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr

timm bill said...

alolo, tomeinya..hahaha!

Superbb 98 said...

So cute dr fl dan dr af

Cik Azz said...

Sedapnya kacang tu.

Tak sabar jugak nak tunggu baby afljunior ni. Hehe.

erny firdaus said...

so sweeetttt....

Anonymous said...

oke noted. rupanya kacang & coklat adalah sesuatu yang baik untuk kandungan. tq Dr Fatin. nice info

siti raihana said...

semoga anak kak fatin liyana cerdik soleh & solehah,,amin

Anonymous said...

Assalamualaikum kak FL, this is my first comment in ur blog! Sebelum ni jd silent reader je. first of all congrats for ur pregnancy :) I always admire you since i was in secondary school and until now I always admire you. I always read ur blog back then and wanted to be like you. Your post/entry influenced me to be a doctor like you :) and Alhamdulillah i managed to get into the health world but not as a medic student but as a dental student. Thanks for giving us the positive vibes kak Fatin! Sy doakan kak Fatin n ur baby sihat walafiat in sha Allah^^

and sy nk tgk lg kak Fatin ambik gambar letak peace kat mata hehehe:)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Sweet sangat ummi ni. hehehe.. Betul tu kacang sgt bagus utk perkembangan otak baby. Yg pasal coklat ni aina bru tau. Tq share FL =)

Anonymous said...

Thank you for the info Doc. Skrg sy tahu kenapa anak sy suka sgt senyum. Dia start senyum dari smggu lahir sampai sekarang. Adik ada tnya petua. Saya blurr sebab sy kurang happy masa pregnant sbb pjj dengan husband. Tapi saya mmg ada mkn choc n mcm2 kacang n makan je semua yg boleh makan. Rupanya choc yg sy mkn dgn byk masa pregnant yg bntu... heee

Cik Puan Eka said...

Hehehe rindunyaaa nak preggy baby kick kick hihi.

muja said...

haish abi ni.. kan umi dah cakap.. kih3
bukan setakat abi ngan umi je yang tak sabar, acik ja pun tak sabar nak tengok baby. :D

Nadiah said...

Sebaya la baby kita nanti... Akak baru 4weeks...

me said...

Salam dear
I came across this fb account by the name of Tengku Mastura Mazdiera
The profile phot i believe is you. At first i thot she use the photo as gambar hiasan theb i clixk on the photo and check the comment. I think you should check the fb.

nadhie wueen said...

sweetnyaalah ... :) hee

Ardilla Noorezan said...

Awww :)
Tak sabar nak tunggu kelahiran afljunior! Hehe

Dzu Amri said...

Tahniah kakpaten..

Penapis Air Coway said...

Xsabar nak tgg afljunior nie lahir.