Monday, March 28, 2016

Diagnosis Apokalips

Assalamualaikum


Esok bakal menjadi hari yang bermakna. Kerana apa? Kerana esok buku kakpaten yang kedua bakal dilancarkan *insert jeritan gadis bersuara nyaring here*. Ya betul. Seperti yang anda ketahui, kakpaten telah menulis dalam buku Diagnosis2. Disebabkan sambutan buku Diagnosis2 adalah amat menggalakkan, jadi kakpaten terdorong untuk kembali menulis dalam buku siri Diagnosis terbaru yang diberi nama....


 Diagnosis Apokalips !! 

Macam biasa kakpaten merupakan salah sorang co-writer, yelah belum layak nak buat buku solo lagi hewhew. Walaubagimanapun kali ni kakpaten sudah advanced juga ya. Selain menjadi penulis Diagnosis Apokalips, kakpaten turut mengambil kesempatan untuk menjadi cover girl. (Walaupun samar-samar kelihatan muka iolls disitu tapi usaha dalam penglibatan harus diberikan pujian hewhew) 

Buat yang dah terbiasa dengan buku Diagnosis & Diagnosis2, haruslah korang ketahui yang Diagnosis Apokalips adalah BUKAN sequel kepada siri Diagnosis. TETAPI buku ini adalah buku edisi istimewa misi banjir bagi mengumpul dana untuk bencana. Dana bencana ini akan disalurkan pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam seperti banjir, kemarau dan lain-lain.



Ini adalah nama-nama penulis yang terlibat dalam buku Diagnosis Apokalips. Kalau korang perasan, ada penambahan sebanyak 7 penulis baru dalam buku ini. Power-power ya semuanya. Mesti korang kenal Dr Khairul Hafidz pengasas Medtweet.my, Dr Lutfi pengasas Hospital Beyond Boundaries, Dr Dhesi yang pergi ke NASA kan? Nama-nama kat atas ni bukan calang-calang tau. Kebanyakan doktor-doktor di atas dah biasa menyertai misi kemanusiaan di seluruh dunia. Ada juga sebahagian yang terlibat di ground zero ketika peristiwa banjir di Kelantan beberapa tahun lepas. So kalau korang nak tau cerita sebenar di sebalik kejadian alam, kenalah baca buku ni!! 


Kakpaten belanja sikit sinopsis buku Diagnosis Apokalips. Kasi mood insaf sikit.



Ini cerita kakpaten! Memang tersangatlah 360 degree daripada penulisan dalam Diagnosis 2. Kali ini kakpaten ubah cara penulisan sikit untuk kasi mood romantik. Nervousnya nak tunggu feedback korang. Kalau best please komen bertubi-tubi dekat instagram kakpaten, kalau tak best diam-diam DM aku ok. *Jaga skit air muka penulis please* haha..



Siapa minat kartun ONE PINT NORMAL SALINE (OPNS)? Jyeah OPNS pon turut join team Diagnosis Apokalips dengan kartun lawak dia. So basicly, dalam Diagnosis Apokalips ni ada pelbagai rasa dan pelbagai mood yang dicampuradukkan. Kita disajikan dengan cerita-cerita dari pihak media tentang betapa teruknya banjir 2014, tapi belum ada kesempatan untuk mendengarkan cerita-cerita warga KKM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam peristiwa tersebut. Diagnosis Apokalips diterbitkan khas supaya masyarakat sedar dengan penglibatan 'Unsung Hero' yang telah bermati-matian berkorban tanpa mengharapkan sebarang pujian.


Inshaallah esok! Buku Diagnosis Apokalips kami akan dilancarkan oleh Dato Dr Asyraf Wajdi...terharu sangat sebab menteri yang kami sanjungi sudi hadir untuk merasmikan buku ini. Korang semua pon kakpaten jemput untuk hadir ya :)

Mulai esok buku Diagnosis Apokalips akan dijual di Putrajaya International Book Fair di PICC. Selepas tu inshallah korang boleh beli di semua cawangan MPH dan pembelian online pula di www.whitecoat.com.my akan menyusul. Buat yang tak dapat datang esok, Kakpaten paham sangat esok kan hari selasa. DONT WORRY KORANG BOLEH DATANG PICC HARI SABTU 2 APRIL 2016 UNTUK SESI BOOK SIGNING DIAGNOSIS APOKALIPS. Details will be provided soon yay!

P/S: Buku Diagnosis2 tercalon dalam Top 3 Buku Melayu Non Fiksyen Terbaik 2015. Esok pukul 2.50 ptg pemenang bakal diumumkan di PICC. Harap-harap murah rezeki :")
Eh. Jumpa esok ya?


Thank you for reading this entry !

37 comments:

  1. wuuu taksabar nak beli buku ni kak paten!!

    ReplyDelete
  2. Menarik dan tertarik untuk memiliki buku ni ☺

    ReplyDelete
  3. Wahh.. menarik... nak belilah nanti! hee :)

    ReplyDelete
  4. semoga menjadi tauladan dan iktibar kepada kita semua dengan musibah yang melanda .'one house for one book' must have this book lol

    ReplyDelete
  5. mesti menarik hasil penulisan gabungan doktor2 yg hebat

    ReplyDelete
  6. Go go go Ummi :)
    May Allah bless you all the way....
    Tahniah !

    ReplyDelete
  7. wah...tahniah!! ini siri yang ke-3 kan? alhamdulillah!

    ReplyDelete
  8. bertambah lagi koleksi diagnosis . dah ada dua2 yg lama tu . tak sabar nak beli yg nie .

    ReplyDelete
  9. Bergegas pergi cari lunch td kat PICC!! Doc..sy rsa sebak n nak nangis baca your writting..as if i'm in the situation..!! good job Doc..love your writting..de sambungan x your story tu..

    ReplyDelete
  10. Best. Seyes tak sabar nak baca :-)

    ReplyDelete
  11. Kawan dah belikan weeeee cant wait to read it!

    ReplyDelete
  12. Ada buku baru. Memang kena beli ni :)

    ReplyDelete
  13. Menarik. Nanti cuba usha kat kedai buku..

    ReplyDelete
  14. saya memang pembaca buku tegar...tak sabar nak baca buku ni nanti..

    ReplyDelete
  15. tahniah kak fatin. InsyaAllah nanti nak beli =)

    ReplyDelete
  16. YEAY!!! I CAN'T WAIT TO BUY THIS BOOK!

    ReplyDelete
  17. Buku yang menarik!
    Banyak pengajaran..

    cuma nak tanya, betul ke apa dialami oleh FL dala cerita tu?
    kalau betul, takziah..Allah akan gantikan dengan lebih baik Insyaallah..:) :)

    ReplyDelete
  18. Tahniahh!!
    Kena beli online ke buku ne?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum cik Fatin,
    Nak kongsi sikit..saya dah baca Diagnosis 2 dan sekarang tengah cari kat Brunei kalau Diagnosis Apokalips dah ada. Sejujurnya cerita diagnosis tu memang menyentap kat jiwa (sentap yet inspire me..hehe) namun alhamdulilah saya menjadikan hasil penulisan dan kata-kata motivasi dri Ig AFL tu sebagai semangat untuk terus berjuang sebagai seorang 'revert' dijln Allah. Teruskan berkarya Cik Fatin dan suami.. "You Never Knew Who will get Inspire by Your Writing"..

    All the way from Brunei..~~~xoxo

    ReplyDelete
  20. Macam menarik sangat buku ni. Tahniah atas kejayaan anda.Wish u all the best.

    ReplyDelete
  21. Benar-benar menarik perhatian buku ni :)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. Semakin jauh menapak kakpaten.. Teruskan usaha.. Chaiyokk

    ReplyDelete
  23. wah, doktor2 smua yg menulis..terbaik lah..

    ReplyDelete
  24. Sebelum ni Kalau ke kedai buku saya selalunya akan cari buku2 yang berkaitan dengan bidang saya iaitu perubatan Islam.

    Sebab saya merupakan seorang perawat Islam yang merawat masalah sihir sejak dari 2010 lagi.

    Tapi bila dah jadi pembaca blog Dr. Fatin ni kenalah bagi support kan. InshaaAllah selepas ni saya akan grab satu buku ni :)

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...