Friday, September 15, 2017

5 Tips Memandu Kereta di Jepun

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi dalam entry Hokkaido. Masa tengah serabut susun-susun itinerary, aku mendapati ada banyak tempat di Hokkaido yang not accessible by train or bus. Aku punyalah struggle study subway di Hokkaido, alih alih aku baru perasan yang sampai kiamat pon takkan sampai kalau takde subway kat kawasan tu ! FYI, Hokkaido ni macam New Zealand. Scenery yang lawa-lawa tu jauh dari bandar, semestinya kena drive untuk ke outskirt area. Barulah puas bila kita boleh pullover dan snap picture bebila masa kita nak kan?

Seperti semua sedia maklum, taxi amatlah mahal. Cubaan untuk mendownload apps UBER JAPAN pula gagal kerana ia tak pernah wujud. Sengal betul. Nak naik bas boleh, tapi down point dia adalah, aku illiterate di sana. Walaupun aku pelajar cemerlang SPM, tapi aku ibarat insan yang lemah di sana kerana taktau baca dan bercakap. Jadi option yang terbaik adalah dengan memandu kereta.




Antara tempat yang aku randomly drive and pull over sesuka hati untuk snap picture!



Mari sini aku kongsikan :

5 TIPS MEMANDU KERETA DI JEPUN !




Toyota compact car, tak tau model apa. Jimat minyak!


1. LESEN MEMANDU INTERNATIONAL
Ya Jepun nak kau punya International driving license ye. Lesen Malaysia kita yang biasa tu TAK VALID. Masa aku pergi Melbourne dulu, omputih tu nak lesen Malaysia je. Tapi Jepun nak jugak International driving license. Tapi jangan risau senang je nak buat lesen memandu antarabangsa ni. Ko pergi JPJ, bawak 1 gambar passport pastu bayar RM150. Siap immediately.




2. CAR RENTAL
Ko boleh try sewa kereta online di rentalcars.com (ini terbaik) atau boleh walk in di mana-mana car rental. Antara car rental yang famous di Sapporo itu hari adalah Toyota-Rent-a-car, Nissan-Rent-a-car & Times car rental. Aku sewa di Toyota-Rent-a-car, Odori Station. Office dia terletak di tingkat B2F dalam bangunan Odori Station tu. Memang senang nak cari sebab station pertukaran subway adalah di Odori Station. Cara nak sewa kereta pon senang je, walaupun staff tu tak reti cakap English. Aku guna bahasa chick-duck pon mampu untuk sewa kereta dengan jayanya ahaks! Nah korang boleh ikut formula sis :


  • Durasi : First korang bagitau duration nak sewa kereta. Nanti dia akan tunjuk jadual harga sewa kereta mengikut jam dan hari.
  • Jenis : Hybrid, compact, SUV? Bergantung berapa ramai penumpang korang
  • Insuran : Sila ambil insuran! Kemalangan tidak berbau...apatah lagi di negara orang. Kos untuk repair kereta di Japan adalah sangat mahal. Begitu juga dengan kos perubatan. Aku ambil DOUBLE PROTECTION insurans yang cover both pemandu & kereta.
  • Waktu & tempat pulangan : Decide pukul berapa nak ambil dan pukul berapa nak return kereta tu. Kerana korang di Jepun maka sila ikut janji Jepun ya. Akak haritu pulangkan kereta 1 jam awal okay demi menjaga nama baik Malaysia. (BACA : kontroversi tahi di shower). Kalau korang decide untuk pulangkan kereta di branch lain, akan ada charge tambahan yang dikenakan.


Yang belah kiri tu jadual harga sewa kereta. Belah kanan tu wallahualam hikhik.


Suasana memandu di Jepun. Semua orang sangat berhati-hati dan langsung tidak menggunakan hon. Senang je nak faham traffic dia sebab Jepun sama macam Malaysia, right hand drive. Cuma dekat downtown Sapporo tu serabut sikit sebab banyak kereta dan ada streetcar (tram). Orang kata ada speed limit kat sana, tapi sis tak nampak pula. So masa kat outskirt area tu, sis memandu ala-ala Need for Speed tau. 



3. GPS IN ENGLISH
Pastikan kereta yang disewa ada disertakan GPS dalam English. Aku kat sana memang 24jam pakai GPS. Langsung tak sesat wey! Bahagia je drive sambil sing along lagu Backstreetboys dengan hubby. Acah acah macam drive kat Seremban je *insert muka berlagak here*


Built in GPS. Akak sentiasa memilih toll-free route supaya takyah bayar tol hehe



4. ISI MINYAK KERETA
Rules dia adalah full to full. Kiranya korang akan receive kereta tu dalam keadaan minyak full dan bila return pon haruslah isi full. Kat sini stesen minyak dia amatlah meriah, dorang paparkan harga minyak per litre besar-besar dan siap berlawan-lawan harga. The moment ko masuk stesen minyak tu nanti akan ada staff yang berlari ke arah kereta kau pastu dia cakap ayat panjang gila......yang kau tak faham. Sila jangan cemas. Dorang tengah menyambut kedatangan korang dengan hati yang gumbira. Dorang memang kena catch customer, so bila ada customer tu memang korang akan dilayan macam raja. Apa yang kau perlu buat? Just cakap 'Mantang desu!'. Maksudnya sila isi full. Range harga fuel dalam 124 yen - 140 yen per litre depends kat stesen minyak. Jangan lupa cakap arigato ye!


Tu harga minyak 128yen per litre. Paling murah aku pernah nampak adalah 124yen per litre. 



5. PARKING
Antara perkara yang paling aku benci adalah parking di Jepun. Tak boleh parking merata-rata di tepi-tepi jalan ye. Kena parking dekat tempat parking berbayar sahaja. Mohon patuh sebab saman dorang tersangatlah mahal sekitar 50,000 yen (RM 2000). Itu hari aku ingat nak main parking je di tepi jalan sebab dah malam time tu, sekali nampak 2 lembaga merayau-rayau mencari mangsa. Cis, benci betul. Kalau kena saman kat sana, bukan boleh mintak kurang macam kat sini tau. Immediately kena pergi police station untuk settlekan saman.


Parking kat sini semua pakai machine. So memang wasalam la kalau nak tanya apa-apa. Tapi menggunakan asas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).. korang pon boleh agak nombor-nombor tu indicate apa. Yang biru tu dia cakap dari pukul 8 am - 8pm, setiap 30min =100 yen. 


Memang worth untuk sewa kereta especially kalau korang datang in a group. Melainkan korang nak jalan-jalan dekat area Odori & Susukino, better naik subway sebab tak perlu fikir pasal parking. Itu hari, harga total sewa kereta + double protection insurans selama 3 hari di Toyota Rent A Car adalah sebanyak 23 000 yen (RM 870). Aku tak compare harga di car rental yang lain sebab kami kesuntukan masa. Lagipun hubby sis yang bayar....ahaks!


Hubby tak sempat nak pergi JPJ untuk buat International Driving License, so sis sorang yang ada. Disebabkan insurance hanya cover pemandu yang ada license, maka sis volunteer untuk drive sepanjang di Jepun. Hubby jadi co-pilot and tolong tengokkan direction sebab keliru jugak bila ada banyak nau simpanggg. Tag team itu penting :)


Harap info diatas dapat membantu korang inshaallah! Kalau nak baca entry Jepun sis yang lain, boleh cari labels #hokkaido #japan #tips #travel dekat belah kanan ye. Take care!



Thank you for reading this entry !

24 comments:

  1. usefull tips....
    tak sabar nak baca full entry Hokkaido ..

    ReplyDelete
  2. Good info.. kot ade rezeki sampai jepun nanti berguna..

    ReplyDelete
  3. sarah happy baca entry ni bukan sebab seronok baca cerita kak fl pegi hokkaido je tapi sebab gumbira blog ni dah makin 'bising' hihi

    ReplyDelete
  4. Penulisan blog sis tak pernah menghampakan. Selalu terhibur saya membacanya! Hahah

    ReplyDelete
  5. kak fatin! taksangka akak dah ada anak dah. dulu sy folo blog ni since akak belajar lagi and rasa sekejap je kan..hehe.. keep blogging! *despite being busy as doctor,hehe

    ReplyDelete
  6. Hi sis..kebetulan nurin pun baru je blk hokkaido n tgh up entry hokkaido gak..including driving. U bwk kereta area sapporo jugak ke? Susah x parking? Coz by the time we reached sapporo, we returned our car n naik public transport. Jemput la baca my blog about home progress n mummy travels

    ReplyDelete
  7. tahniah sis.. janji ditepati! ;)

    ReplyDelete
  8. best nya... kena pergi jepun lagi ni..

    ReplyDelete
  9. hari tu tak pegi hokkaido pun.. tak sempat

    ReplyDelete
  10. baguslah u dah update blog FL.. i suka baca ur blog and other bloggers as well.. fraknly speaking i dont like stalk IG, i do not know much of ur life or writting in Instagram..

    ReplyDelete
  11. kat sna ada electric car tak?

    ReplyDelete
  12. Bestnya!

    ada KBAT juga noh melancong ke jepun.. :D hoho

    ReplyDelete
  13. mak aihh.. sama je belah kanan tp still kena amik lesen antarabangsa. mujur bayar je tak kena test jpj lagi. hihiks.


    tp jepun mmg ketat lah peraturannya kak paten. dgn displin lagi. phew saman je dah 2k

    ReplyDelete
  14. Info best. Haha uber kat jepun takde ek. Lol

    ReplyDelete
  15. Sangat membantu..Mana tau ada rezeki ke Jepun satu hari nanti kan:)

    ReplyDelete
  16. Sharing yang menarik Dr.FL :) Banyak pemandangan yang indah dan menarik di Jepun.

    ReplyDelete
  17. baru update.almost a year dok follow x update2.ha2.

    ReplyDelete
  18. Bestnya.. brp total blnja sana.. yg basic.. kreta.. hotel

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...