Monday, January 27, 2014

Aishah Radhiah Beauty & Spa, Cawangan Shah Alam

Assalamualaikum

Hai uolls! Korang merindui blog ini tak? Ada baiknya jikalau korang berkata ya untuk mengelakkan hakak paten frust hahaha. Oklah meh sini nak cerita. Aku kan ada akak angkat, namanya Kak Liza.  Kak Liza ni duduk Bukit Jelutong. Kira jauhla dari aku, sebab aku dekat Cheras. Bila jumpa, selalunya Kak Liza yang datang Cheras. Kekadang nak ajak dia pergi memana pon serba salah sebab jauhkan.

Nak dijadikan cerita, kebetulan Aishah Radhiah Beauty & Spa dah buka cawangan ke-2 di Shah Alam.  Shah Alam dekat gila kot dengan Bukit Jelutong. Aku pon memang dah lama berniat nak ajak Kak Liza pegi urut badan. So memang cantik sangatlah tu =)  

Kalau korang masih ingat, aku pernah pergi Aishah Radhiah Beauty & Spa ni tahun lepas. Tapi aku pergi yang cawangan pertama punya, terletak di Bangi, Seksyen 8. Syok gila kot! Boleh baca entry aku yang lepas DI SINI.


Aishah Radhiah Beauty & Spa ini terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Betul-betul sebelah Plaza Masalam. Memang senang sangat nak cari. Landmark dia, dekat-dekat dengan Mcdonald dengan kedai lampu Trust. Kedai dia di dekat tingkat 3. Tapi jangan risau. Ada lift hehe.



Kami disambut dengan deruan air fountain yang menenangkan. Ditambah pula dengan alunan muzik bali...haih belum apa apa lagi iolls dah mengantuk..



Suka interior spa ni, cantik kan ! Kami dijemput untuk duduk dan pilih perkhidmatan/pakej yang disediakan di spa ini. Staff dia sangatlah ramah dan helpful. Dia explain satu satu apa jenis perkhidmatan yang disediakan disini =)



Ni perkhidmatan yang disediakan secara ala-carte. Ada facial, ada body treatment. Kalau nak pakej pon dorang ada jugak. Ada Pakej Bidadari, Permaisuri dan Ratu. Korang boleh baca website dorang untuk tahu lebih lanjut. Harga memang ekonomi dan berbaloi dengan servis yang disediakan!


Dulu dah try Pakej Bidadari (full body treatment). Kali ni kami nak try signature facial, traditional massage dan body scrub (ala-carte). Asalnya kalau buat Pakej Ratu lebih jimat (full body treatment + facial), tapi kami nak beronggeng ke tempat lain pula lepas ni...so terpaksalah ambil yang ala carte jee sobs.


 Macam biasa, kena pakai kain sarung ni :)


Kami ambil double room supaya bolehla mencece bagai nak rak sambil badan kami dibelai ecece. Poyo sangat padahal halfway tru, masing-masing sudah tertidur dengan lena ya! Semasa sesi  treatment berlangsung, dorang akan tutup lampu dan hanya bukak lampu ala ala lilin yang sangat malap...so tertidur itu adalah perkara biasa =)

Masseuse tu punya urutan memang berasa, sampai aku kena suruh dia kurangkan sebab kuat nau haha..Tapi memang sedap, dapat pula otot aku ni memang tengah sengal..lega sangat! Patotlah datin datin suka pergi spa ye?


Selingan. Ni sauna room, aku saje je tangkap gambar..setiap kali masuk dalam ni, aku teringat kat neraka haha..

Lepas badan kami diurut, kami buat scrub. Habis massuse tu lumur badan kami dengan chocolate scrub. Kemain teliti dia menyental ya..segan pulak iols! Dan haruslah semua daki daki terkeluar. Kulit jadi halus gila ya lepas scrub..boleh lawan kulit Nadrah. Dah kenapa nak lawan dengan baby hahaha... Lepas itu kami mandi di bathroom yang disediakan =)


Otw nak pergi bathroom tu, nampak bathtub ni. Wahhh cantik sangat! Boleh feeling-feeling puteri raja sambil mengkocak-kocak air. Kalau you all ambik perkhidmatan milkbath atau pakej, dapatlah you all berendam dalam bathtub yang dipenuhi dengan susu panas!


 Boleh juga mencece sambil berendam ok!


Lepas dah feeling fresh, kami dibawa ke facial room. Ada 3 bed disini, so at one time, boleh buat 3 orang sekali. Masa dia buat facial itu, lampu akan ditutup juga, cuma ditinggalkan lampu kat machine facial itu je. So pokoknya korang memang akan tertidur most of the time haha..

Aku suka sangatlah dengan perkhidmatan facial dia. Kulit aku ni a bit sensitive dan nipis. So bila process steam & extraction tu selalunya menyakitkan. I just hate that part. But surprisingly, beautician tu buat tak sakit langsung! Dia siap noticed yang aku ada sensitive skin dan dia bagi reassurerance untuk buat gently. Kulit muka memang jadi glowing ek lepas buat facial? Aku perasankan, white head takde pastu kulit macam gebu sikit.. Tapi maintenance kena buat 2 weekly kalau nak maintain cantik hahaha..nangis

Lepas dah tamat semuanya, kami dihidangkan dengan air halia panas. Walaupun aku tak pernah suka halia tapi sedap pulak aku minum time tu..maybe sebab ada muzik bali kot, rasa macam matching gitu hahaha.

Amboi kak Liza, pinkish sangat muka uolls lepas buat facial. Kami memang puas hati dengan perkhidmatan spa ni. Urutan memang berasa, scrub dibuat dengan teliti dan facial pon dibuat dengan sangat gentle & passionate. 

Masseuse/beautician aku tu namanya Ain. Memang bagus budaknya. Sopan, rajin buka mulut dan buat kerja bersungguh-sungguh. Salah satu sebab aku nak datang lagi adalah disebabkan dia =) Dia bertugas di cawangan Bangi, tapi kebetulan on that day dia ada di Shah Alam pula.


Yang pakai shawl tulah Ain. Nampak je kecik, tapi teknik urut dia memang first class. Kawan sebelah dia tu yang urut kak Liza. So aku tak berapa tau sangat hehe. Owner Spa ni seorang perempuan melayu, pekerjanya semua perempuan melayu juga =)


Kalau korang berminat nak pergi juga, ini aku sediakan contact details :


Aishah Radhiah Beauty & Spa
Alamat 1 : No 31-D, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, Shah Alam
(03-58806925)
Alamat II : No 1-11, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi
(03-89221598)
Opening hour :  Isnin - Ahad, 10 am - 6 pm

*Kalau takut penuh, boleh call for appoinment*

Thank you for reading this entry !

48 comments:

  1. Assalamualaikum FL, massage untuk ibu mengandung ada tak? hehe teringin nak berurut. skrg dah kerap back pain, heee. thanks buat review ni, boleh datang. dokat dengan rumah je hihi (",)

    ReplyDelete
  2. wah best giloss...cntik gila spa dia..

    ReplyDelete
  3. Haritu saya pergi seksyen 8 shah alam.. saya nampak banner ni.. great.tq kak fatin

    ReplyDelete
  4. semalam baru je pergi buluh spa :-)

    ReplyDelete
  5. yeay..dekat sgt dgn rumah..boleh pegi..tq FL :)

    ReplyDelete
  6. untuk perempuan je? laki tak ada..haha

    ReplyDelete
  7. wah, pergi spa..apasal gmbr kak fatin takde pun..hehe

    ReplyDelete
  8. mcm best je...mcm berminat je...
    die xnk wat kat Ipoh ke?? Buka cawangan kat sini...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. ada buat bekam x mcm diana rafar punyer tu?

    ReplyDelete
  10. nice to kwing u fatin. come visit my blog http://inavitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Nice. Boleh try nanti. Lama dah tak pergi spa-spa ni semua...

    ReplyDelete
  12. weyh.

    tahun ni pergi India ke tak?

    ReplyDelete
  13. kalau buat facial best gak ni ..

    ReplyDelete
  14. saya dah pergi yg area Bangi..service dia mmg best..harga pun oke

    ReplyDelete
  15. nk pergilah hbiskan duit hehe..tq bg idea haha..

    ReplyDelete
  16. Sya pregnant 2bln..skrg tgh mandi susu kat spa nie. Best sgt. Tq dear. Kl pregnant blh ambk pakej cuma yg sauna dan masaage dia tukar jd facial n foot msg

    ReplyDelete
  17. Tak myempat ag nk pi spa cwgan bang, nih dh bukak kt shah alam..alhamdllah mkin maju biz ank melayu nih.. lau spa cmni de kat prmaisuri tu mau tiap2 mggu pi..penah try spa area tsik pmsri tp xbest sgt..yg best sumer jauh2 sedey ar cmnih

    ReplyDelete
  18. mesti ramai orang perempuan suka tempat ni.

    ReplyDelete
  19. FL, jom shopping sini plak :

    http://szarkraf.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. kalau ada rezeki,, mmg gi la spa ni,, sobss,, jelez overdose :'(

    ReplyDelete
  21. best juga sekali-sekala berspa kan.hehe

    ReplyDelete
  22. Wah , dekat sangat dengan rumah . Kena bagi tau kaum hawa ni . heheheh . especially mama ^^

    ReplyDelete
  23. Wah! macam best jea kan? rase nak pergi terus. Jom! fatin jengok2 kedai indah untuk koleksi bag terkini.

    ReplyDelete
  24. Salam fatin..bila nk blog india part 111? Lama da kot tnggu :(

    ReplyDelete
  25. Salam fatin..bila nk blog india part 111? Lama da kot tnggu :(

    ReplyDelete
  26. Ofcoss la rindu dgn n3 br kak paten..yuhu bestnye dkt sgt dgn tmpt keje iols yg dkt bangi tu..bleh la g situ carik dik ain hehehe


    Multivitamin Terbaik

    ReplyDelete
  27. Bila membaca entry ni, baru teringat dah lama tak ke spa. Good sharing

    ReplyDelete
  28. ok jeles, sangat best nant leh pegi

    ReplyDelete
  29. As salam..

    Wah.. seronoknya ber'spa'.. sangat santek interior designnya. mendamaikan sungguh! sgt sesuai utk rest.. kalau berkesempatan nak pegi jugak.. ;)

    http://qaseh-delima.blogspot.com

    ReplyDelete
  30. Hi FL, smlm i rase mcm i selisih gan u kat HUKM. Tghr kat are Kecemasan, u otw nk p lunch kot huhuhu. Nk tgr tp tkt slh org, btl ke u tu ea huhu

    ReplyDelete
  31. Boleh promote kat awek ni.. Tq sis.

    ReplyDelete
  32. cam tertarik jer... dah lama dok cari tempat cam ni area sini, allhamdulillah jupo doh :)

    ReplyDelete
  33. cam menarik jer... dah lama dok cari spa are ni... tq fatin :)

    ReplyDelete
  34. Tiba-tiba teringin untuk memanjakan diri dengan spa.. mmg bertimbun la daki kena sental.. seumur hidup tak pernah berspa.. hahaha.. >.<

    Jom menang DKNY Fragrance

    ReplyDelete
  35. Bestnya buat facial treatment..i pun dh lma xbuat..cnfirm trtido nti...

    http://www.ibuzara-corner.blogspot.com/

    ReplyDelete
  36. Haish... terus rasa mcm nk gi spa... hehee

    ReplyDelete
  37. Salam. Tq for sharing this useful info. Memang tengah cari spa untuk relaxkan diri. Kalau sudi singgah my blog Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Kosong?

    ReplyDelete
  38. i memang nak g spa. birthday reward. kat bangi ada banyak spa so baca entry u ni terus book spa aisyah radhiah..

    great sharing liyana

    visit me back
    www.momsmilkyway.com

    ReplyDelete
  39. Hi Fatin!

    Tq for the review.. Best review ni, mmg teruja nak pergi ni ☺️☺️

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...