Saturday, March 17, 2012

World Blogger & Social Media Awards 2012

Assalamualaikum =)

Dulu masa mula-mula aku tulis blog dulu, tak pernah pon terfikir yang blog aku akan jadi hit macam hari ni. Kalau aku taulah blog aku akan jadi hit kan mesti aku tak tulis bodo-bodo macam entry lama-lama dulu tu. Mesti aku tulis benda baik-baik je supaya korang ingat aku ni perfect sebagai seorang manusia kahkah. 

Tapi bagi aku semua ni rezeki dari Allah. Siapa sangka tulis blog pasal personal pon boleh ada peminat. Tapi aku positive. Tak kira blogging genre apa, asalkan kita tulis dari hati dan niat kita baik, insyaallah everything will turn out well =) Seperti yang korang semua sedia maklum, aku telah dicalonkan dalam kategori BEST CELEBRITY BLOG dalam World Blogger & Social Media Awards 2012. Alhamdulilah, aku telah memenangi kategori tersebut despite pesaing yang mempunyai nama-nama besar dalam industri blogging. Ok ayat bajet retis baru menang ABPBH. 

Jadi berikut merupakan gambars yang telah dicapture sepanjang majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn PWTC, 16 Mac 2012.


Over tau sampai-sampai je terus tangkap gambar dengan trophy. Aku telah mengenakan busana ever stunning yang diimport dari Dubai oleh Jubahsouq.com. TQ para engineers aka the owners!



Bersama Bihah. She sewed her own dress for the event ! Ahmazhing. My nice-looking lace shawl is from tudungpeople.com. TQ Fazrena =)



Wah wah ada harapan boleh jadi Datin in future ni, gaya pegang gelas dah ada. Apeke bodonye caption aku ni.Anyway, my mom spotted in green songket =) My fabulous clutch is from Magnosite. TQ Aida!
TQ also to alshawls.



Finally got into the hall !


Tak lalu sangat nak makan sebab seronok sangat tunggu nama dipanggil =) Tak lalu konon......



I was called up to the stage. Dr Rais Yatim cakap "Tahniah honeykoyuki..I follow blog you tau..dont forget to follow me back hiks"ok I made em up haha !


My super heavy trophy ! Last sekali aku terima trophy adalah masa SPM 2006 for Best Student kehkeh



With all the winners !


Jojo Struys with her Best Music Blog trophy. Jojo ni sangat friendly & cute, she even asked me 'Are you an actress, can we exchange card? Do you have twitter? I like your dress! Lets take pictures with my blackberry' Awww silly you Jojo, I'm flattered already.


 With Mr. Shahabudeen Jalil, winner for Best Business Blog & Bihah, winner for Best Shopping Blog


I met Adza Irdawati who won for Worst Blog of The Year. Tau tak siapa beliau ni? Beliau adalah script writer dan merupakan auntie kepada eliajejariruncing hee. Ya ampun, she's so nice, friendly and she made my day with all her jokes! Dr Rais Yatim kata, siapa yang menang kategori ini adalah manusia yang cerdik! I bet she is.


 With my beautiful Jojo ( I love her already!) & Maisarah, winner for Best Gadget Blog.


With Ariff Shah, winner for Upcoming Blogger of the Year. Lagi dua orang gadis itu adalah Yaya & Nani, penambah ceria aku. Event ni macam grand gila, semua orang pakai suit. Pastu semua macam otai-otai, nasib baik jumpa rakan sebaya iaitu Yaya & Nani.


 With my beautiful mommy =) Tq mommy for your 46, XX karyotype.

You guys rock! This award is for you guys, not me because you made me win the award. Thank you so much for this opportunity. Ok nak menatap trophy sampai rabun. (Memang dah rabun kot)

Thank you for reading this entry !

Saturday, March 3, 2012

Hatiku tersentuh ..

Assalamualaikum


" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 


- Heba El-Haddad


Thank you for reading this entry !

Friday, February 17, 2012

Tips Terbaru Untuk Makan Secara Sihat

Assalamualaikum

Masa aku kecik-kecik dulu, aku hanya tau ada 2 jenis pyramid di dunia ini. Satu yang berada di Egypt. Dan lagi satu adalah pyramid makanan. Aku suka betul kalau cikgu ajar pasal pyramid makanan, kadang-kadang depa bawak model pyramid dimana ada roti tiruan, ayam tiruan dan sebagainya. Kalau dah nama perempuan tu perempuan jugaklah kan. Sawan aku bila dapat main dengan pyramid makanan tu, bajet macam main masak-masak gitu.

Tapi masalah bagi pyramid makanan ni, aku tak paham apa yang disampaikan. Oklah fair enough carbohydrate bawah sekali, lepas tu sayur and the list goes on. Tetapi bila depa habaq "Makan 4-8 hidangan setiap hari". Hidangan pa dia?? Besaq mana hidangan tu? "Makan secukupnya". Istilah makan secukupnya mungkin berbeza bagi aku dan Adele. Ecece mentang-mentang baru menang Grammy Award ritu terus tau mention nama #Adele. The point is, I got confused man!

Y U NO STATE CLEARLY HOW MUCH SHOULD I EAT?!

Disebabkan kekeliruan yang timbul, depa revised balik pyramid diatas dan buat lagi satu pyramid pada tahun 2007. Namun mereka masih berada ditakuk yang lama sebab orang masih tak paham. Soalnya kalo ga ngerti kan, terus gimana donk mau praktiknya? Mikirin permasalahan ini bisa menjadikan kalian bingung total. Mangkanya, telah dibikin satu pyramid makanan yang bentuknya kayak pinggan. Loh, kenapa sih pinggan yang dipilih? Kenapa ga bentuknya tapak suleiman ato strawberry? Lebih imutkan? Dan ada sesiapa boleh explain apesal aku semangat sangat guna basa Indoneshia? What kind of sorcery is this?!

Pada bulan June 2011, Amarika telah revised kembali pyramid makanan pada 2007 dan mengubahnya kepada bentuk pinggan. Ia dinamakan myplate. Bagi aku, myplate ni lebih senang difahami dan lebih senang kita praktikkan. Pihak Amarika sangat risau dengan kadar obesity yang berkadar langsung dengan permodenan dunia maka mereka mahu educate umat manusia supaya kembali ke pangkal jalan.


Ciptaan terbaru Amarika Syarikat hasil daripada ilham First Lady Michelle Obama.

Kalau benda-benda baik gini, walaupun daripada Amarikalaknatullah, namun disebabkan ia adalah benda yang baik dan positive, maka kita disarankan agar mengikut. We are what we eat. Sesiapa yang ada kesedaran untuk makan secara sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya, maka anda boleh try portion yang disuggestkan oleh myplate ni. Berikut adalah sedikit tips daripada aku.


Cara-cara untuk mengaplikasikan myplate dalam kehidupan seharian.
  • Sediakan otak yang mempunyai kebolehan berimiginasi dan satu pinggan makan yang kosong. 
  • Tenung pinggan dan buat garisan imiginasi seperti yang tertera pada gambar di atas.
  • Berbekalkan nafsu makan yang minima, ambil lauk mengikut sukatan yang disarankan.
  • Ingat sayur dan buah-buahan haruslah mewakili separuh daripada pinggan. Disebabkan perkara ini sukar dilakukan makanya aku letak ia sebagai point no 4, bukan sambungan daripada point no 3. Ya know, to stress out how important it is.
  • Ingatlah sabda Rasulullah SAW "Berhenti sebelum kamu kenyang"

Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk kali ini. I hope it benefits you guys. Mutiara kata daripada kak Fatin korang pada hari ini adalah :


'Being healthy is cool, Eating salad is not bimbo'

Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...