Wednesday, January 8, 2020

CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW

Hi dan assalamualaikum.

Kebanyakan baby dan toddler ada kulit yang delicate & sensitif. Samalah macam anak-anak I. Especially Nolan, kulit dia memang tersangatlah sensitif. Salah sabun sikit, kering. Salah sabun sikit, naik ruam. Dermatology problem ni nampak simple, tapi boleh bikin headache sebab anak akan tergaru-garu sepanjang masa. Kadang-kadang sampai tak tidur malam jadinya sebab duk tolong dia menggaru *cry*

Harini I nak review tentang produk rangkaian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash. Sebelum tu, I akan bagi general info dulu pada mommies ya :)



Basic Info 
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash direka khas menggunakan formula hypoallergenic yang jarang menyebabkan allergic reaction. Ia bebas sabun (soap-free), tidak memedihkan mata (tear-free) serta langsung tidak mengandungi paraben (0% paraben). Ia melembutkan dan melembabkan kulit kerana 1/3 komposisinya mengandungi moisturizer beserta aloe vera & almond oil. Pakar dermatologists & paediatricians di German memberi rekomendasi yang baik tentang produk ini


Price Info
Less than RM 40 (230ml)


My Verdict 
Sesuai dengan nama produk ini, I setuju yang ia memang membersihkan dan melembabkan kulit halus mereka. Kulit Nolan jenis yang agak kering manakala kulit Ajda agak normal. Lepas mandikan dorang dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, kulit dorang langsung tak kering okay. In fact kulit Ajda & Nolan lembut je seolah-olah macam pakai moisturizer pulak. So I memang tak pakai kan body lotion dah pada Ajda hihi. For Nolan, I still pakaikan dia body lotion/oil after bath sebab kulit dia cepat kering kan. But I am grateful enough, this product doesn’t cause irritation to his skin.  



On my side, I suka sangat bau dia. Anak-anak I lepas mandi memang wangiii sangat. Tak berentilah I dok kiss kiss dorang hehe. Almond oil tu memberi soothing effect kat kulit mereka dan kat I yang baunya. Plus point, disebabkan produk ni tidak memedihkan mata, I boleh jimat masa mandikan Ajda & Nolan serentak dalam bath tub :)

Cetaphil Baby is definitely a reliable product for baby & toddler’s delicate skin. Survey Home Testers Club Malaysia didapati 10/10 mums agree that Cetaphil Baby Moisturising Bath& Wash gently cleanses and moisturises baby’s delicate skin. You can consider buying this brand from local pharmacies or e-commerce stores if you’re in the midst of looking for the right baby bath & wash


Read More Info

Where To Get

Thank you for reading this entry !

Tuesday, January 15, 2019

Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)

#Pantang with Dr FL

Hi mommies. Korang dah baca pasal Susu Badan Terlalu Banyak semalam di SINI. Harini aku nak cerita pulak cara untuk mengatasinya.

Okay sebelum tu aku nak buat disclaimer. Oversupply of breastmilk yang aku alami tiada kena mengena dengan pumping ya. Maksudnya disini, aku langsung tak buat pumping untuk kumpul stok EBM. Oversupply does happen due to surge of the prolactin hormone. Awal-awal postpartum, body kita masih tengah adapt dengan konsep ‘Demand & Supply’. Dicampur pula dengan hormone prolactin yang gigih menghasilkan susu..hence oversupply boleh berlaku 😊




Ni breastfeeding caddy aku. Aku akan bawa everywhere in the house. Kalau tengok TV, caddy ni pon pi tengok tv sekali. Kalau aku tengah guna PC, caddy ni pon join guna PC sekali. Hatta bila tidur malam sekalipun, caddy ni akan tidur sebelah aku πŸ‘­


Dalam caddy ni ada:
·      Milk collector shells
·      Silicone milk collector
·      Breastmilk storage bag
·      Breastmilk storage bottle
·      Milk bottle *Please use with caution as it may lead to nipple confusion*
·      Breast pads
·      Nipple ointment
·      Wet Tissue
·      Napkin
·      Breast pump

Setiap kali nak BF Nolan, BF caddy ni kena get ready by my side. Sebabnya…once Nolan DF, side yang tak DF tu akan melimpah ruah. So biasanya aku akan alas dengan napkin dan tadah susu dengan menggunakan Silicone Milk Collector. Bayangkan, setiap kali DF, aku boleh collect almost 3oz one side! Benda ni berguna sangat-sangat untuk mengelakkan susu badan terbuang begitu sahaja.


CARA ATASI SUSU BADAN TERLALU BANYAK / OVERSUPPLY OF BREAST MILK


EXPRESS SEBELUM DIRECT FEED
Oversupply akan menyebabkan breast terlalu engorge dan akan menyebabkan proses ‘Let-down’ susu menjadi sakit dan traumatik. Bayi susah gilerrr nak latching, ibu pon berganda stressnya sebab anak akan berkungfu bertarung dengan breast. Tak cerita lagi masa tu susu on the other side dah start menitik-nitik habis lencun satu baju 😱

What you can do is, either Teknik perahan tangan (Marmet) or use a breatpump before you DF your baby. Tapi ingat, aim kita adalah untuk relief the pressure sahaja. By means, bila perah susu tu jangan sampai breast jadi kosong ye. Cukup sekadar sampai breast jadi lembut, sesuai dan selesa untuk bayi latching. Kalau mommies overdo…nanti lagi haru sebab susu akan berlipat kali ganda banyaknya.


BREASTFEEDING DALAM KEADAAN BERSANDAR
Posisi yang paling selamat untuk bayi adalah bila ibu BF dalam keadaan bersandar (pastikan ibu selesa, rapatkan belakang badan pada bantal/kerusi). Bila flow susu terlalu laju, bayi boleh menghentikan DF dengan mengangkat kepalanya sendiri untuk mengelakkan choking. Contoh posisi seperti dalam gambar.




BREASTFEED BAYI SEBELUM BAYI LAPAR
Biasanya aku akan prepare dulu everything, dah marmet and all. Mommies yang oversupply sentiasa kena bersedia ok! Kemudian barulah aku akan kejutkan Nolan untuk BF. Remember to BF your baby on demand, ideally every 1 to 3 hours, but not more than that. Kalau tak, anak melaung kelaparan…mak pon melaung sekali sebab stress hahaha. Been there, done thatπŸ˜‚


BLOCK FEED
Block feed ni adalah teknik BF menggunakan satu side sahaja dalam tempoh masa tertentu. Contohnya, aku hanya bagi Nolan DF breast kanan sahaja untuk tempoh masa 4 jam. Berapa kali dia mintak dalam tempoh 4 jam itu, aku still akan kasi breast kanan sahaja.

Breast kiri pulak akan jadi full dan engorged sehingga ia akan menghantar signal ‘FIL’ (Feedback Inhibitor of Lactation) yang akan menghentikan pembuatan susu. Aku akan express sedikit breast kiri tu kalau terlalu engorged untuk mengelakkan komplikasi seperti Mastitis. Selepas tamat tempoh 4 jam tu, mommies boleh tukar untuk BF on the other side. I tried in 24hours and it works for me. Kalau tak jadi, mommies boleh panjangkan tempoh blockfeed kepada 6 jam..8 jam etc.


Mommies jangan rasa stress sangat ok. You're not alone. If you read on the comment section, everybody has their own ups & down on breastfeeding. Just dont keep it to yourself 😘😘😘😘 Kalau mommies ada tips lain boleh share di comment section jyeah? 

Share if you find this post helpfulπŸ’‹
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
Thank you for reading this entry !

Monday, January 14, 2019

Susu Badan Terlalu Banyak (Oversupply of breast milk)


#Pantang with Dr FL

Biasanya mommies kerap mengeluh pasal susu badan sikit. Jarang kita dengar mommies mengeluh pasal susu badan terlalu banyak. Dengar macam kufur nikmat pulak kan? Yela..susu badan banyak pon nak komplennn. Ekeleh nak show off susu badan dia banyak lettew. #donekecam #kenothusnuzon

Well it happens sis. Too much of a good thing can be bad for you :’). At least, take it from me. For both Ajda & Nolan, I had bad experience on oversupply of breastmilk

Seriously, it’s a wetttttt milky business. Renyah dia ya Allah…leaking everywhere. Pakai breast pad pon tak dapek nak nolong. Sampaikan breast pad tu jadi gemok macam waffle in few hours je. I’ve tried milk collector shells. It helps. Tapi when I stay indoor jelah. Bila pi jalan…sekejap ja shells tu penuh dahtu susu melimpah ruah kena baju semua. Sampaikan aku jadi seriau nak breastfeed in public.

Yang paling tak tahan adalah the ultimate complication : breast engorgement. Sakit dia boleh menitik ayak mata. Sampaikan tidur malam pon tak nenyak huhu. Itu baru my side of the story. Kalaulah baby boleh bercakap mesti lagi panjang karangan aku ni.

Im sure some of the mothers ada pengalaman yang sama..Cuma tak share je in socmedia. Memandangkan isu oversupply ni adalah sesuatu yang boleh menyebabkan ibu berpantang jadi stress & break down, aku decided untuk menulis pasal isu ni.


KESAN KEPADA BAYI BILA SUSU BADAN TERLALU BANYAK / OVERSUPPLY

KERAP MENYUSU TAPI TAK PUAS
Susu badan terbahagi kepada 2 : Foremilk & Hindmilk. Foremilk adalah susu ‘awal’ yang rendah lemak manakala hindmilk adalah susu ‘akhir’ yang tinggi lemak. Bila susu badan mommies banyak sangat, bayi akan minum lebih banyak Foremilk. Belum sempat dia nak minum Hindmilk, bayi akan kenyang so dia akan stop breastfeeding. Susu Foremilk ni sangat cair, walaupun bayi stop breastfeeding bukan bermakna dia dah kenyang. Tapi sebab perut dia penuh dengan air. Oleh itu, dia akan menyusu dengan lebih kerap sebab tak puas.

KUAT MENANGIS
Oversupply akan menyebabkan flow susu badan terlalu laju. Bila terlalu laju, bayi akan banyak telan angin. Akibatnya perut dia akan kembung dan masuk angin. Maka melalaklah dia tanpa henti sehingga menyebabkan si ibu bingung dan stress 😒

RISIKO TERSEDAK
Tanda flow susu badan terlalu laju adalah bila bayi tu mencungap bila dia nak start breastfeeding. Ataupun kejap-kejap dia letgo of the breast macam tak keruan gitu. Oh ya satu lagi, dia akan ludahkan balik susu tu. Bahaya sebenarnya bila bayi ada tanda-tanda macam ni. 

POOR LATCHING
Wrong attachment. Bila oversupply, breast akan engorge gila-gila. So, babies will have difficulties in latching. Bila salah latching, that’s it, korang akan dapat sore nipple/cracked nipple. Selain daripada breast engorgement, sore nipple adalah perkara aku paling benci. Sakit 😒

NAJIS WARNA HIJAU
Aku akan kecewa kalau poo Nolan warna hijau. Kenapa? Sebab bila poo dia warna hijau dan cair, maksudnya dia banyak minum Foremilk instead of Hindmilk. Aim kita adalah poo warna kuning ya tuan-tuan dan puan-puan. Debaran terasa setiap kali nak tukar pampers Nolan.


There you go. Tak sangka kan? Susu banyak pon boleh membawa masalah kepada baby. Masa pantangkan Ajda, aku tak tau sangat pasal oversupply of breastmilk ni. Masa tu houseman lagi, tak sempat nak join kursus pasal breastfeeding. Sekarang aku incharge klinik ibu & anak, siap dah pergi kursus penyusuan 20jam tau 😎 So dah confident sikit bila handle kes-kes macam ni.

Walaupun begitu, aku still experiencing occasional breast engorgement & sore nipple. Kepada mommies yang mempunyai masalah yang sama, I feel you. Mohon bersabar inshallah ada ganjaran pahala yang menanti. Korang nak aku share cara nak atasi oversupply of breast milk? Mohon share or komen tanda setuju πŸ‘‰πŸ‘ˆ
Eh jap, baby Nolan says hi to antys yang tengah baca blog ummi πŸ‘Ά


Thank you for reading this entry !

Monday, September 24, 2018

Resepi Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah

Assalamualaikum

Hi uolls. Ummi jaraaaaang sangat masak daging sebab kandungannya yang tinggi dengan saturated fats. Tapi itu hari masa raya Aidiladha, ibu mertua kirimkan setual daging korban. Maka jomlah kita buat daging masak hitam :)

DMH (daging masak hitam) ni memang sedap kalau dimakan centu je dengan nasi panas. Memang bertambah-tambah nasi chuollss ihiks! Bagi yang tak pernah rasa DMH ni...rasanya macam sambal daging + masam-masam + manis-manis lemak. Memang sedap sangat esp kalau pedas. Resepinya pulak memang senang sangat. Ummi kalau masak selalu agak-agak je bahannya, sejenis tak reti nak measure hihi. Itu hari ummi punya daging tu lebih kurang 500g, bawang merah saiz medium 4 biji, bawang putih dalam 4 ulas, halia dalam 2 inci & cili blend dalam 4 sudu makan.

Resepi Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah


Bahan-Bahan

Daging
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili blend
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Ketumbar
Air asam jawa
Kicap Manis Habhal Cap Kipas Udang * mesti guna ni !!!!! baru lemak manis sis *

Cara-cara

Daging

  • Basuh & bersihkan daging
  • Potong kiub kecil
  • Rebus didalam kuali (Letak air ngam-ngam paras daging, takyah banyak sangat) - Tutup api bila semua air dah tersejat. Step ni penting untuk melembutkan daging yer sis. So bila DMH kita masak nanti, daging lembut & empuk 😚


Bahan tumis

  • Gunakan kuali yang mengandungi daging kita rebus tadi, takyah keluarkan daging tu..terus je tambah minyak yang agak banyak untuk goreng daging tersebut. Goreng sekejap je daging tu..jangan kering-kering nau. 
  • Pastu terus masukkan bahan blend (bawang merah, putih & halia), serbuk sekawan (serbuk jintan manis, jintan putih & ketumbar) dan cili blend. Kalau korang sejenis lidah besi suka makan pedas, tambah le lagi cili blend.  
  • Tumis sampai cili & the geng garing serta terbit minyak. 
  • Tuangkan kicap manis agak-agak sampai kejadiannya menjadi warna hitam yang disukai. 
  • Pastu masukkan air asam jawa. 
  • Biarkan sebati dalam kuali sampai kuah jadi likat. 
  • Adjust garam & gula. Kalau pakai kicap manis cap kipas udang tu memang kick..takyah adjust gula dah, just adjust amount of kicap je :)

Cantik kejadian DMH sis hihi..Lawankan dengan nasi panas baru lepas ceduk dari periuk πŸ˜‰


Jangan lupa kasi seimbang pinggan tu dengan sayur bayam masak bening. BTW, ummi makan nasi 3x tambah πŸ˜† Habislah misi bising nanti berat naik banyak.

Selamat mencuba!



Thank you for reading this entry !

Monday, November 13, 2017

Menu puree & bubur untuk baby 6 bulan dan keatas (Ajda's weaning journey)

Assalamualaikum


Harini ummi nak share pasal Ajda's weaning journey. Sorrylah eh, Ajda dah 1year 6 month barulah ummi dapat nak update pasal cerita dia weaning. Padahal dah 1 tahun berlalu hehe.

Ok jom flashback kepada zaman Ajda berumur 6 bulan. Masa tu, kami bertiga stay di Lido Residency Cheras. Ummi houseman di PPUKM dan abi baru pindah ke KKM Putrajaya dari HTAA Kuantan. Takde maid, semua housechores kami berdua buat sendiri. Ajda kami hantar ke rumah babysitter (thankyou mak Farah jagakan Ajda dgn begitu baik!) di Batu 10 Cheras. Bila ummi oncall, my sis in law akan datang teman husby jaga Ajda (thankyou cikna!). Masa tu condo kitorang mengadap KLCC tau. Balik rumah walaupun penat lotai tapi bila tengok muka Ajda, muka Abi, tengok KLCC (pehal tetiba) rasa macam bersemangat dan hilang rasa semua penat :')

Bila Ajda dah nak masuk 6 month, nak start weaning, ummi adalah insan yang paling excited gila dan gila. Ya memang gila, bukan typo.  Sebab setiap kali postcall, dengan mengantuknya, sanggup ummi meredah jem sebab nak merayau kat mall untuk cari cutlery & feeding set yang comel-comel untuk Ajda hehe. And....semua makanan Ajda adalah homemade, ummi masak sendiri tau. Ini namanya gigih hikhik.


Decided to settle down with NUBY. Masa ni ada sale 20% kat Parkson Nu Sentral. Itu pasal beli the whole Nuby feeding set :)


High chair abi belikan untuk Ajda dekat Aeon Maluri, brand Sweetcherry. Mulanya nak beli IKEA tapi yang ni lebih sturdy. Tak sangka design Sweetcherry comel & kualiti macam ni. Bagusnya high chair ni sebab table tu ada tray (Orange). Kalau kotor, boleh angkat and basuh the tray je.


MENU HOMEMADE PUREE

Masa Ajda 6 - 8 month, ummi start bagi homemade puree.

Antaranya adalah :
  • Puree labu (pumpkin)
  • Puree keledek (sweet potato)
  • Puree pisang (banana) 
  • Puree lobak (carrot)
  • Puree kurma (dates)

Cara-cara : 
  • Potong bahan bersaiz dadu, untuk kurma buang biji.
  • Steam bahan. 
  • Bila dah lembut, blend atau mash.
  • Add on a lil bit of water/ebm to get the consistency that you desire. 

Tips : 
Steam dalam periuk nasi je, cepat. Toksah kalut nak guna steamer bertingkat tu. 
Puree banana tak perlu steam, mash je.
Tambah ebm instead of water lebih bagus!
Tapis bahan blend, terutama sweet potato sebab banyak urat. Nanti baby tercekik hehe.


 Puree pumpkin. Tambah ebm sikit bagi cair. Ajda suka sangat!


Puree sweet potato. Ni pon sangat sedap sebab manis! Ummi mash guna Nuby's Steam & Mash set.


MENU BLENDED PORRIDGE

Masa Ajda 8 - 10 month, ummi start bagi homemade blended porridge.

Antaranya adalah :
  • Porridge + chicken + carrot + spring onion
  • Porridge + anchovies + celery + spinach
  • Porridge + dory fish/salmon + spinach + tomato
  • Porridge + anchovies + zucchini + pumpkin

Cara-cara : 
  • Masak bubur nasi
  • Masukkan semua bahan dalam bubur nasi
  • Bila dah masak, tutup api, tunggu sejuk dan blend
  • Tambah air jika bubur terlalu pekat
Tips :
Lebih jimat masa kalau masak bubur guna lebihan nasi daripada guna beras.
Style ummi adalah bubur nasi + 1 protein (ayam/ikan) + 2 sayuran. Guna je sayur apa-apa yang ada dalam fridge. 
Tambah olive oil untuk bagi anak gemuk sikit hihi.



Blended porridge ni memang sedap gilo. Nak nak masa ko baru lepas blend, semua ingredient mixed in together..memang wangi! Ni ummi blend untuk stock seminggu


FROZEN FOOD STOCK

Untuk mommy yang bekerja, adalah tidak bijak untuk memasak bubur nasi setiap pagi kerana ianya time consuming. Macam ummi dulu, pukul 6.30 pagi dah perlu ada di hospital. Jadi ummi perlu bertindak kreatif serta menjimatkan masa. 

Maka ummi telah buat frozen food stock untuk Ajda selama seminggu. Biasanya ummi akan buat 2 menu supaya Ajda tak boring makan benda yang sama untuk seminggu hehe. Memang menjimatkan masa!  Pagi-pagi ummi cuma perlu packkan Ajda 2 cube je from the freezer. One for breakfast & one for lunch. 


 Korang cuma perlu beli freezer food tray / mini freezer cubes je untuk frozenkan blended porridge/puree tadi. Macam dalam gambar ni adalah mini freezer cubes. Yang ni senang sebab individual portion. Just ambil je berapa cubes yang diperlukan untuk berapa kali makan. Ummi dulu suruh babysitter thaw kan dalam air panas, so by the time nak makan dah cair dah blended porridgenya :)


Nuby Freezer Tray. Yang ni leceh sikit sebab kena pop up 1 portion from the tray then kena masuk container lain untuk makan. Bila nak hantar ke babysitter tu memang renyah sebab ada banyak steps. Freezer tray ni sesuai kalau nak makan kat rumah je.


Sayang ummi bambam makan homemade food ummi prepare dulu. Bila kita prepare makanan untuk anak, sambil-sambil tu kita selawat, kita doa..agar anak jadi anak yang solehah, sihat dan pandai. Inshaallah!

Hope that helps!
Please share your child's weaning journey at the comment section :)


Thank you for reading this entry !

Friday, November 10, 2017

Panduan Makanan Baby 6 bulan dan keatas (Weaning)

Assalamualaikum


Ummi nak share tentang menu makan Ajda. Ajda sekarang berumur 1 year 6 month old. Ajda ni takdelah kuat makan mana, tapi alhamdulillah bukan picky eater.

Ummi start bagi Ajda makan when she was 6 month old. Start dengan homemade puree, kemudian by 8 months dah start makan blended porridge with chicken/meat/fish & vege. Bila gigi Ajda dah banyak, around 10 months macam tu, ummi bagi Ajda makan soft-solid macam babypasta. Bila Ajda dah 1 year old, ummi memang kasi family meal. Apa ummi makan, suap Ajda sekali hihi.

Jangan lupa 3-days-rule ya mommy to rule out any allergy. Maksudnya, setiap kali kita introduce new food, mommy bagi food itu sahaja tanpa campur bahan lain selama tiga hari. Contohnya, kita bagi chicken porridge. Jangan campur anchovies or meat sekali..kalau anak develop allergy..mommy tak tau who's the culprit. Allergy reaction yang mungkin terjadi adalah seperti naik ruam-ruam gatal, muntah atau cirit birit secara tiba tiba, atau mungkin sesak nafas. Kalau lepas makan tu, dalam masa 30 min - 1 hour terjadinya symptom macam diatas..maksudnya allergic lettew.


Ini antara contoh food yang mommy boleh introduce dekat anak. Sebab ni US punya jadi depa start bagi makan since 4 month old. Mengikut Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, kita kena start bagi makan at 6 month old ye. Kalau ada sayur atau buah dalam gambar ni yang susah nak cari kat grocery store (baca : blueberry, apricot) tak perlu gigih mencari ye. Sila bertenang dan cari sayuran serta buah-buahan khatulistiwa.



Ummi nak share some Weaning tips πŸ˜†πŸ˜†


1. Homemade food is always the best
Less salt, sugar and preservatives
2. Tambah garam & gula hanya apabila anak mencapai umur 1 tahun dan keatas
Tambah sedikit sahaja sebagai perasa. Kalau letak banyak nanti anak dah besar kuat masin!
3. Perkenalkan sayuran sebanyak mungkin
Baby ada taste bud memory. Bila dah terbiasa makan sayur sejak kecil, nanti dah besar dia takde masalah nak makan sayur. Ajda sejak baby dah makan tomato dan timun. Sekarang ni pantang ummi makan nasi lemak..dia mintak timun.
4. Ajar anak duduk di high chair ketika makan
Displinkan anak tentang table manners. Jadi anak akan faham bahawa setiap kali meal time dia perlu duduk di high chair dan makan
5. Makan bersama family
Bila anak tengok seluruh ahli keluarga makan sekali, dia akan excited untuk makan.
6. Sulamkan dengan air kosong
Always, always sediakan sippy cup ketika anak makan sebab kadang kadang diorang ni kunyah laju-laju lepas tu high risk untuk aspiration!
7. Ajar anak makan family meal ketika dia mencapai umur 1 tahun
Senang untuk parents. Bila bawak anak jalan jalan dah tak perlu sediakan bekal lagi sebab anak akan makan apa yang kita makan.



Ajda masa 6 month old. Makan blended plain porridge :) Bulatnya anak ummiiii


 Ajda 1 year 5 month old. Makan Hor Fun dekat Old Town dengan Mamaja!

Ajda 1 year 6 month old. Makan bolognese pasta dekat San Fransisco Coffee.

Throwback homemade food masa Ajda below 1 year old. Ni blended porridge + chicken + spring onion. Ummi buat stock for 1 week and frozenkan!


Dont make it hard and burdening for you mommy. Bagi je anak makan apa yang uolls biasa makan dekat rumah. Janji bernutrisi dan sihat. Tak perlu nak beli sayur-sayur import, organic oats, gluten-free flour kalau anak uolls takde sebarang allergy. Nanti anak dah besar, dia makan kat kantin sekolah, mana ada sayur-sayur import tu bagaiii. Just be realistic!

Nak ummi share menu homemade food Ajda masa dia less than 1 year old? Walaupun aku houseman dan takde maid time tu, tapi still mampu bekalkan Ajda dengan homemade food bila hantar ke babysitter setiap hari. Yang penting time management hihi!



Thank you for reading this entry!


Wednesday, November 8, 2017

Ajda's mini garden

Assalamualaikum

Ummi adalah sejenis ummi yang sangat suka memasak dan mengemas. Tapi paling tak suka gardening. Bukan tak suka, tapi lebih kepada sakit hati bila apa aku tanam semuanya matiii.

Dulu masa medical student, ummi pernah tanam pokok cili. Reason being sebab bila nak makan maggi, ummi boleh terus petik cili dari pokok. Krik krik krik. Punyalah lama aku tunggu ko nak keluar pucuk, kesudahnya tanah pokok cili tu kering kontang ye tidak berpenghuni.

Tapi sebagai ummi, kita mestilah instill good values in our children kan. So ummi yang sekarang bukanlah ummi yang dulu. Ummi dah google dah cara nak tanam pokok yang betul. Jadi ummi decided untuk buat Ajda's Mini Garden. Tujuan ummi buat gardening ni supaya bila Ajda besar nanti, Ajda akan sayang mother nature dan ada rasa tanggungjawab untuk menjaga bumi dan alam sekitar. First step always start at home. Jadi kita tanam sayur-sayuran dulu.


WEEK 0 : Ni Kailan seeds..yay nanti boleh harvest buat kailan ikan masin hihi


WEEK 2 : Kailan ni dah macam rumpai laut dah ummi tengok. Cepat betul dia tumbuh. Kena transfer pergi pot yang lebih besar nampaknya.


Sebab percubaan menanam Kailan berjaya..(walaupun tak dapat hasil..baru dapat pucuk hihi tapi consider berjaya lettew) ummi ajak Ajda tanam pelbagai lagi sayuran macam Pai Sai, Pak Choi dengan terung.

WEEK 2 : Suburkan Pak Choy Ajda hehe..tak sia-sia ummi belajo kat youtube


Tiap petang after fetch Ajda from her school, ummi akan bawak Ajda pergi ke mini garden ummi to water the plants. Memang ada belikan special mini watering can for her. Tapi kena bersabar sket sebab habis banjir lemas pokok aku Ajda siram haha.. Fine motor tengah developing...of course :)

Yang tak boleh belah itu hari Ajda ambil hand shovel pastu dia keruk the soil... pucuk terung ummi mati terbelah dua. Sekian laporan dari Ajda's mini garden.

Ps : Nanti kalau membuahkan hasil..ummi update lagi sayur Ajda ni ye!

Thank you for reading this entry !

Friday, September 15, 2017

5 Tips Memandu Kereta di Jepun

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi dalam entry Hokkaido. Masa tengah serabut susun-susun itinerary, aku mendapati ada banyak tempat di Hokkaido yang not accessible by train or bus. Aku punyalah struggle study subway di Hokkaido, alih alih aku baru perasan yang sampai kiamat pon takkan sampai kalau takde subway kat kawasan tu ! FYI, Hokkaido ni macam New Zealand. Scenery yang lawa-lawa tu jauh dari bandar, semestinya kena drive untuk ke outskirt area. Barulah puas bila kita boleh pullover dan snap picture bebila masa kita nak kan?

Seperti semua sedia maklum, taxi amatlah mahal. Cubaan untuk mendownload apps UBER JAPAN pula gagal kerana ia tak pernah wujud. Sengal betul. Nak naik bas boleh, tapi down point dia adalah, aku illiterate di sana. Walaupun aku pelajar cemerlang SPM, tapi aku ibarat insan yang lemah di sana kerana taktau baca dan bercakap. Jadi option yang terbaik adalah dengan memandu kereta.




Antara tempat yang aku randomly drive and pull over sesuka hati untuk snap picture!



Mari sini aku kongsikan :

5 TIPS MEMANDU KERETA DI JEPUN !




Toyota compact car, tak tau model apa. Jimat minyak!


1. LESEN MEMANDU INTERNATIONAL
Ya Jepun nak kau punya International driving license ye. Lesen Malaysia kita yang biasa tu TAK VALID. Masa aku pergi Melbourne dulu, omputih tu nak lesen Malaysia je. Tapi Jepun nak jugak International driving license. Tapi jangan risau senang je nak buat lesen memandu antarabangsa ni. Ko pergi JPJ, bawak 1 gambar passport pastu bayar RM150. Siap immediately.




2. CAR RENTAL
Ko boleh try sewa kereta online di rentalcars.com (ini terbaik) atau boleh walk in di mana-mana car rental. Antara car rental yang famous di Sapporo itu hari adalah Toyota-Rent-a-car, Nissan-Rent-a-car & Times car rental. Aku sewa di Toyota-Rent-a-car, Odori Station. Office dia terletak di tingkat B2F dalam bangunan Odori Station tu. Memang senang nak cari sebab station pertukaran subway adalah di Odori Station. Cara nak sewa kereta pon senang je, walaupun staff tu tak reti cakap English. Aku guna bahasa chick-duck pon mampu untuk sewa kereta dengan jayanya ahaks! Nah korang boleh ikut formula sis :


  • Durasi : First korang bagitau duration nak sewa kereta. Nanti dia akan tunjuk jadual harga sewa kereta mengikut jam dan hari.
  • Jenis : Hybrid, compact, SUV? Bergantung berapa ramai penumpang korang
  • Insuran : Sila ambil insuran! Kemalangan tidak berbau...apatah lagi di negara orang. Kos untuk repair kereta di Japan adalah sangat mahal. Begitu juga dengan kos perubatan. Aku ambil DOUBLE PROTECTION insurans yang cover both pemandu & kereta.
  • Waktu & tempat pulangan : Decide pukul berapa nak ambil dan pukul berapa nak return kereta tu. Kerana korang di Jepun maka sila ikut janji Jepun ya. Akak haritu pulangkan kereta 1 jam awal okay demi menjaga nama baik Malaysia. (BACA : kontroversi tahi di shower). Kalau korang decide untuk pulangkan kereta di branch lain, akan ada charge tambahan yang dikenakan.


Yang belah kiri tu jadual harga sewa kereta. Belah kanan tu wallahualam hikhik.


Suasana memandu di Jepun. Semua orang sangat berhati-hati dan langsung tidak menggunakan hon. Senang je nak faham traffic dia sebab Jepun sama macam Malaysia, right hand drive. Cuma dekat downtown Sapporo tu serabut sikit sebab banyak kereta dan ada streetcar (tram). Orang kata ada speed limit kat sana, tapi sis tak nampak pula. So masa kat outskirt area tu, sis memandu ala-ala Need for Speed tau. 



3. GPS IN ENGLISH
Pastikan kereta yang disewa ada disertakan GPS dalam English. Aku kat sana memang 24jam pakai GPS. Langsung tak sesat wey! Bahagia je drive sambil sing along lagu Backstreetboys dengan hubby. Acah acah macam drive kat Seremban je *insert muka berlagak here*


Built in GPS. Akak sentiasa memilih toll-free route supaya takyah bayar tol hehe



4. ISI MINYAK KERETA
Rules dia adalah full to full. Kiranya korang akan receive kereta tu dalam keadaan minyak full dan bila return pon haruslah isi full. Kat sini stesen minyak dia amatlah meriah, dorang paparkan harga minyak per litre besar-besar dan siap berlawan-lawan harga. The moment ko masuk stesen minyak tu nanti akan ada staff yang berlari ke arah kereta kau pastu dia cakap ayat panjang gila......yang kau tak faham. Sila jangan cemas. Dorang tengah menyambut kedatangan korang dengan hati yang gumbira. Dorang memang kena catch customer, so bila ada customer tu memang korang akan dilayan macam raja. Apa yang kau perlu buat? Just cakap 'Mantang desu!'. Maksudnya sila isi full. Range harga fuel dalam 124 yen - 140 yen per litre depends kat stesen minyak. Jangan lupa cakap arigato ye!


Tu harga minyak 128yen per litre. Paling murah aku pernah nampak adalah 124yen per litre. 



5. PARKING
Antara perkara yang paling aku benci adalah parking di Jepun. Tak boleh parking merata-rata di tepi-tepi jalan ye. Kena parking dekat tempat parking berbayar sahaja. Mohon patuh sebab saman dorang tersangatlah mahal sekitar 50,000 yen (RM 2000). Itu hari aku ingat nak main parking je di tepi jalan sebab dah malam time tu, sekali nampak 2 lembaga merayau-rayau mencari mangsa. Cis, benci betul. Kalau kena saman kat sana, bukan boleh mintak kurang macam kat sini tau. Immediately kena pergi police station untuk settlekan saman.


Parking kat sini semua pakai machine. So memang wasalam la kalau nak tanya apa-apa. Tapi menggunakan asas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).. korang pon boleh agak nombor-nombor tu indicate apa. Yang biru tu dia cakap dari pukul 8 am - 8pm, setiap 30min =100 yen. 


Memang worth untuk sewa kereta especially kalau korang datang in a group. Melainkan korang nak jalan-jalan dekat area Odori & Susukino, better naik subway sebab tak perlu fikir pasal parking. Itu hari, harga total sewa kereta + double protection insurans selama 3 hari di Toyota Rent A Car adalah sebanyak 23 000 yen (RM 870). Aku tak compare harga di car rental yang lain sebab kami kesuntukan masa. Lagipun hubby sis yang bayar....ahaks!


Hubby tak sempat nak pergi JPJ untuk buat International Driving License, so sis sorang yang ada. Disebabkan insurance hanya cover pemandu yang ada license, maka sis volunteer untuk drive sepanjang di Jepun. Hubby jadi co-pilot and tolong tengokkan direction sebab keliru jugak bila ada banyak nau simpanggg. Tag team itu penting :)


Harap info diatas dapat membantu korang inshaallah! Kalau nak baca entry Jepun sis yang lain, boleh cari labels #hokkaido #japan #tips #travel dekat belah kanan ye. Take care!



Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...