Hi dan assalamualaikum.
Kebanyakan baby dan toddler ada kulit yang delicate & sensitif. Samalah macam anak-anak I. Especially Nolan, kulit dia memang tersangatlah sensitif. Salah sabun sikit, kering. Salah sabun sikit, naik ruam. Dermatology problem ni nampak simple, tapi boleh bikin headache sebab anak akan tergaru-garu sepanjang masa. Kadang-kadang sampai tak tidur malam jadinya sebab duk tolong dia menggaru *cry*
Harini I nak review tentang produk rangkaian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash. Sebelum tu, I akan bagi general info dulu pada mommies ya :)
Basic Info
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash direka khas menggunakan formula hypoallergenic yang jarang menyebabkan allergic reaction. Ia bebas sabun (soap-free), tidak memedihkan mata (tear-free) serta langsung tidak mengandungi paraben (0% paraben). Ia melembutkan dan melembabkan kulit kerana 1/3 komposisinya mengandungi moisturizer beserta aloe vera & almond oil. Pakar dermatologists & paediatricians di German memberi rekomendasi yang baik tentang produk ini
Price Info
Less than RM 40 (230ml)
My Verdict
Sesuai dengan nama produk ini, I setuju yang ia memang membersihkan dan melembabkan kulit halus mereka. Kulit Nolan jenis yang agak kering manakala kulit Ajda agak normal. Lepas mandikan dorang dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, kulit dorang langsung tak kering okay. In fact kulit Ajda & Nolan lembut je seolah-olah macam pakai moisturizer pulak. So I memang tak pakai kan body lotion dah pada Ajda hihi. For Nolan, I still pakaikan dia body lotion/oil after bath sebab kulit dia cepat kering kan. But I am grateful enough, this product doesn’t cause irritation to his skin.
On my side, I suka sangat bau dia. Anak-anak I lepas mandi memang wangiii sangat. Tak berentilah I dok kiss kiss dorang hehe. Almond oil tu memberi soothing effect kat kulit mereka dan kat I yang baunya. Plus point, disebabkan produk ni tidak memedihkan mata, I boleh jimat masa mandikan Ajda & Nolan serentak dalam bath tub :)
Read More Info
Where To Get
No comments:
Post a Comment
Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!