Monday, May 11, 2015

Girl talk

Assalamualaikum


Ha bila tengok countdown rasa macam tak percaya nak jadi isteri orang dah. Alhamdulillah, takde bridezilla moment hehe. Rasa macam bertenang je buat preparation untuk wedding. Ikut kemampuan masing-masing kata orang. Tak payah serabutkan kepala nak macam tu macam ni, taknak sama dengan orang la, nak yang latest la apa la. Benda senang jangan kasi susah. Tengok cantik and harga ok, terus close deal. Aku memang tak kuasa nak survey-survey lagi :)

Ala, benda benda macam ni pusing-pusing pon kesitu jugak. Bila tengok banyak banyak pilihan memang le kemamau kepala ni nak pilih. Rilek je dan pilih je la mana yang mampu. Confirm cantik punya on the wedding day. Takyah pikir orang cakap apa. Kita yang nak kahwin, so pedulikan cakap-cakap juri awam yang tidak berbayar ni haha!

Alhamdulillah Allah mudahkan, untuk preparation wedding ni, aku dan tunang yang uruskan semuanya. Dari kad kahwin, door gift, baju, pelamin hingga ke hiasan meja semua kitorang urus sendiri. Aku cuma mintak tolong Najah carikan dulang hantaran dan ibu carikan caterer sebab parents lebih tau siapa masak sedap siapa masak tak sedap :) Thank you ibu & my bff!


Sekarang bila ada cuti, aku akan jalan-jalan beli barang-barang nak hias bilik pengantin. Tak mampu le nak upah interior designer. So lantiklah diri sendiri lol. Hias la bagi cantik sikit, jangankan tidak.


Tengok bunga ni cantik, beli jela. Nama bunga ni pon aku taktau. Nanti spray febreeze sikit bagi mewangi...selamanya woo oo haha. Konsep bilik pengantin adalah mainredahjanjicantikpadamataaku.


Mengikut tradisi family aku, hadiah kahwin adalah berupa set bilik tidur. Almari dan end table aku dah beli, tinggal cari katil je. Haritu dah round-round tapi tak jumpa yang berkenan. Ada la satu tilam LADY AMERICANA ni yang aku berkenan. Lembut gila nak mamp. Bila tanya harga boleh putus urat kepala ko tau. RM 12 000. TIGA KOSONG OK. Nangis. 


So nanti kena survey lagi lah hehe. Kena cari yang kurang kosong. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan-kawan. Amin! 


p/s : SHEEJAB nak buat pre-order Premium Jubaa sebab banyak sangat permintaan. Nanti kita bagi info tau :)

36 comments:

Afidah Azmi said...

dah nak kawin doktor kita ni...tak sabar nak tunggu doktor kawin ni..hehehe

miss eimanhikmah said...

x sabar nk tgk deco bilik kawen

Lenny Boniface Jubilee said...

Tahniah nak kahwin dah.. moga semua berjalan lancar

Cik Azz said...

Alhamdulillah..
Moga Allah permudahkan segala urusan hingga selesai...

Betul la tu.. Buat apa yang kita rasa sedap mata memandang.. Yang nak hadap hari2 tu kita dan pasangan.. Biar cantik di mata pasangan kita dan kaum keluarga terdekat, itu dah memadai dah rasanya.. Jika semua benda nak ikut cakap orang, memang pitams la jawabnya.. hehh..

Apapun, tahniah untuk FL dan AF.. Moga bahagia dan mewangi selamanya.. hehe..

Innanie Ariffin said...

Jangan lupa hantar kad jemputan kat kita... ehh kalau nak kita jadi emcee majlis kahwin pun boleh :) hehehehe

Nadia Elena said...

Semoga dipermudahkan segala urusan ye FL & AF.. =)

Fatin Liyana said...

moga semua berjalan dengan lancar ye kak Fatin ! :D

yangbaik said...

Ooo... dah nak kahwin dah doktor cantik nie..

Yaya MiaCara said...

Wahhh nak kawen dah kak fatin :)

Fatimah said...

Tahniah kak paten da nak kawin!!

FadMN said...

vono pun ok.hehehhehe.

FAD

Arianna Rose said...

kak paten, jangan lupa jemput! nak dtg kenduri kawen akak jugakkk :)

Mint My said...

Kak Fatin, tu bunga Hydrangea sp. hehehe

Anonymous said...

assalamualaikum kak fatin liyana
tak nak buat meet and greets fans kat brunei

sahirah pausi said...

kak paten kawin nnti ajak tau :)

Anonymous said...

Nanti please update every details pleaseee gambar setiap sudut semuaaa pleaseee ��

umi yusuf said...

Wahhh...bestnyer..semoga semua berjalan lancar kak fatin

Anonymous said...

nak datang gak kenduri kawen fatin..

Anonymous said...

Congrats kak FL

Anonymous said...

Hello!! Bruneian fans here!

Ming2 mimi said...

Wahhhh!!! Akak dctr dh nak kahwinlh.. thniah kak paten.. teringin sgt nak jmpa kak paten tapi jauh saya kt sabah huhuhu... 😉😉😉😉

Ming2 mimi said...

X sabar nk tgok kak paten kahwin..

Cekelatmanih (Bufy Achik) said...

Waahhh.. Exciteddd nyaaaaa.. Tahniah paten! Inspired in everything :')

Tazzabar nak tengok majlisss nanti >_<

amiza natrah said...

congrates fl

Amirah Faisal said...

salam alaik kak paten.. congrats !! smoga Allah lncarkan smuanya ya kak. ameen. saya doakan smoga Allah merahmati akk n psgn nnt di dunia dan akhirat. smoga Allah redha. doakan saya jgk Dr Fatin, smoga Allah rezkikan saya utk jdi seorang Dr one day. :-)

HaFizaH aYu said...

Tak lama dah nk kawen yer atin..tahniah taw

Khajirah Yazid said...

Kita doakan Fatin n AF kekal jodoh berpanjangan. tak sangka sungguh Fatin dah nak kahwin. happy for you.

Anonymous said...

......

zati rahim said...

wahh nak kawin dah kak FL kita ni, ecehh sejak bila akk ada adk mcm kita ye dak,, akk invite la blogger2 dtg wedding akk,, kita tanya baby (atinaris)cousin kak najah dia suruh kita ckp dkt akk. kita kawan dgn dia satu Universiti. excitd nak jumpa kak FL bila baby dok kata muka kita sama :)

anys nadhilah said...

congrats n great tips !

noraini said...

FL, bestnya dah buat preparation nak kawen. semoga diberkati.

kita pon nak kawen gak. doakan kita ya.

apdm1 said...

ok jugak tu kalau buat sendiri.

boleh jimat banyak tu daripada upah orang.

pengalaman dulu, memang jimat beratus gak la bila buat sendiri.

smk shahbandaraya said...

cantiknya A & F tuh .. ;)

Anonymous said...

Apa instagram kak FL

Cik Hanamo said...

Sama laaa.mukaaaa hihi

norsalihah shaleh said...

tak sabar nk tengok full photo majlis kawen nnt.. harga tilam tu bukan setakat menanges, pengsan terus..huhuhu

zinziemeewah