Friday, May 1, 2015

Meet & Greet Team DIAgnosis2 at PBAKL 2015

Assalamualaikum


Alhamdulillah, DIAgnosis2 menduduki carta teratas mingguan MPH. Tak sangka :')


Dulukan, masa memula AF ajak aku tulis buku, aku macam 

' Ehhh ada ke orang nak baca buku yang kita tulis ni...buat malu je kalau orang kata kita syok sendiri.... '

Tapi AF merupakan lelaki yang sangat optimist serta baik akhlaknya, beliau langsung tidak ambil pusing kata-kata aku yang begitu takutkan tohmahan masyarakat setempat. Biasalah, perempuan. Jiwa gentar lagi goyah. Ahaks.

' Kita tulis dengan niat mendidik masyarakat. Kita tulis dari hati. Inshaallah boleh pergi '

Itulah kata kata AF kurang lebih 9 bulan yang lepas. 
Harini, siapa sangka buku DIAgnosis2 sudah dicetak sebanyak 7 kali dan terjual sebanyak 30 000 naskah dalam tempoh 5 bulan di pasaran. Baru-baru ini pulak buku DIAgnosis telah memenangi Anugerah 'BEST MALAY NON FICTION BOOK 2014'. Inshaallah...DIAgnosis2 akan menang anugerah buku paling best di dunia bagi tahun 2015 pulak.....hahaha...optimist..optimist..


Beberapa kali DIAgnosis2 keluar dalam artikel akhbar tempatan. Lupa pulak paper apa..almaklumlah sejak kerja ni tak baca paper kan hee...apepon terimakasih wartawan sudi menemuramah team DIAgnosis2 ok!

Demi menghargai jasa baik para peminat DIAgnosis & DIAgnosis2, biasanya kami akan luangkan masa untuk sesi Meet & Greet with the fans. Setakat ini kami sudah hadiri 3 sesi Meet & Greet. Memang syok dapat jumpa fans and borak dengan dorang! Macam-macam jenis perangai pelik aku dah jumpa. Jenis yang balut buku DIAgnosis macam balut buku teks, jenis yang letak penanda untuk setiap cerita penulis, jenis yang highlight point-point penting macam dalam lecture notes. Giler weyh! Korang memang the bestlah!


So mana yang dah beli buku DIAgnosis2 dan teringin nak dapatkan tandangan penulis boleh datang ke PBAKL esok ok? Nanti kakpaten sign besar-besar kasi kengkawan korang jeles hehe

PBAKL 2015
JUMAAT
I MEI 2015
PUKUL 3PM
 DI DEWAN TUN RAZAK 4, BOOTH DEEN PRINTS 4069 & 4070.



Jangan lupa beli GEN-Q edisi Mei 2015 untuk membaca 3-muka cerita pasal kakpaten! Terima kasih tak terhingga kepada Nad yang sudi memuatkan kisah kakpaten dalam ruangan personaliti GEN Q kali ini. Esok korang pergi PBAKL, jangan lupa beli DIAgnosis2 dan majalah GEN-Q ok? Lepas beli datang jumpa kakpaten pukul 3pm kat booth deen prints. Kalau boleh bawak takoyaki sekali. thankyoukbai. LOL


Thank you for reading this entry !












26 comments:

  1. saya dah baca diagnosis2. rasa terkesan di hati dengan setiap pengajaran daripada cerita2 dalam buku tu.sedih pun hado tahap nangis tepi bucu katil huuu. btw, good night kak paten :)

    ReplyDelete
  2. ada yer esok...insyallah akan ke sana.see you there

    bw dr housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Sedang membaca DIAgnosis2. hehe

    ReplyDelete
  4. blogger otai mcm kak paten mmg patut pun tulis buku! saya dh beli diagnosis 2. tp masih belum mmbacanya.


    jap, diagnosis 2 tu prognosis ke? saya konfius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan2. Yg prognosis tu lain. Yg kak fatin punya tu diagnosis kuasa 2.

      Delete
  5. hopefully my kakak buy this book, boleh tumpang sekaki nanti =) cannot wait to balik kampung ! >__<

    ReplyDelete
  6. dah beli dan saya terkategori pembaca yg highlight isi isi pntg Diagnosis 2 mcm lectures note...haaahaahaa..tp tidak berksemptn lg nk amik sign ....hiihii.......Worth it...!

    ReplyDelete
  7. sy antara yg jenis yang letak penanda untuk setiap cerita penulis hehe.. seronok jumpa kakpaten waktu meet & greet kat rumoda hari tu :D btw, x sabar nk tggu buku nota hati fatin liyana release, all the best kakpaten :)

    ReplyDelete
  8. moden penulis melancongletsgo.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Tahniah Fatin, suka tengok kejayaan Fatin :D

    ReplyDelete
  10. ;) seronok baca anak Melayu yang Berjaya .

    ReplyDelete
  11. AAmiin , semoga sukses selalu dr Fatin.

    ReplyDelete
  12. belum bca lgi..nak beli! nak beli!

    ReplyDelete
  13. yup haha memang best kak fl, sentiasa beri motivasi n penyetapan dlm diri
    \(^.^)/ , adik sy ada curi-curi baca bila masa ntah.. *sy baca tak habis lagi time tu* dia dtg menangis2 haha. keep writing and will always support uollz hihi.

    ReplyDelete
  14. Tahniah diatas hari yg bahagia selamat pengantin baru semoga kekal till jannah. Salam buat dr fazal....

    ReplyDelete
  15. saya belum beli lagi buku tu.. nak kena g cari juga la. tp pesanan bawa takoyaki tu paling win.. haha. me too peminat tegar takoyaki :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  16. Keren ..

    Terima kasih ya atas informasinya ... :)

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...