Thursday, August 14, 2014

Honeykoyuki versi terbaru

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian aku untuk re-vamp blog ni. Kehidupan aku selain busy, ia juga adalah membosankan. Semenjak meningkat dewasa, kalau berasa bosan mesti nak buat perkara berfaedah contohnya seperti memasak dan mengemas almari. Ehem. Ini adalah ciri-ciri isteri mithali. Oh no adakah ini seruan ilahi? Miahaha.


Ehem *membersihkan tekak / clear throat*. Setelah berjaya menghabiskan sekolah perubatan yang sangat sukar itu, aku telah dihadiahkan cuti selama 4 bulan. Terharu sangat sebab tidak pernah mendapat cuti sepanjang ni, selain setelah tamat SPM dulu. Janggal pon ada sebab tak perlu study sehingga lewat malam. Dapat tidur melebihi 5 jam. Dapat menikmati setiap suapan makanan. Haih  nikmat mana yang mahu kudustakan :') Walaupun cuti panjang tapi hari hari ada sahaja perkara yang hendak dilakukan! Kakpaten is a busy woman tau.


I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang. * Nangis *


Tapi alhamdulillah, sepanjang cuti ni, I have decided to turn back and look for the deen (agama). I have met countless of amazing people, who are willing to teach me from scratch. Giving me all sort advices on how to becoming a better person. And syukur, i am surrounded by positive friends. I feel calmer and couldn't be more grateful with what Allah has granted me :) Thus, I have decided to slowly leave 'the old me'. Please pray for my istiqamah ya? 


Back to the story, terimalah blog Honeykoyuki versi terbaru yang kelihatan sedikit matang dan informatif hehe. New banner, new layout, new template. Daripada 490 entries, aku telah tinggalkan hanya 180 entries. Mana-mana entries yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat, semua telah aku delete. Walaupun rasa sayang, tapi aku tahu Allah has a better plan for me. Dont be afraid to change. You may lose something good but you may gain something better.


Aku juga berharap aku dikurniakan idea untuk berkongsi cerita-cerita inspirasi dan pengalaman hidup yang menarik dengan korang semua. Dont worry, this time, less selfie hehe. In two weeks time aku akan melangkah dalam alam pekerjaan, siapa tahu ada cerita yang menarik nak dikongsi? Boleh aku share sini. Kalau tidak pon, korang kena tunggu DIAGNOSIS 2. Sebab aku akan menjadi salah seorang penulis buku tersebut :) 


Di akhir kata, dengan rasa rendah dirinya aku ingin memohon maaf diatas sebarang kekasaran bahasa, kepelikan perangai dan kejengkelan isi kandungan blog Honeykoyuki sepanjang aku menulis blog ini. I know I was so vain before :'(. Maafkan ya?  Inshaallah aku akan perbaiki diri dari masa ke semasa. Diharap korang masih menyokong kakpaten ya, walaupun kakpaten sudah menjadi matang dan lebih serius *kening rapat*. Jaga diri!



' Kerana kita hanya hamba kerdil yang sering terlupa dan berkali-kali melakukan dosa. Bangun, taubat dan mara kehadapan selagi punya masa ' - FL


Thank you for reading this entry !

109 comments:

Dr.Anwar Fazal said...

Honored to be given the chance to be the 1st to read your new entry in your old blog but this time with new interface & mission.Keep on inspiring people,LL.Niat itu yang harus selalu diperiksa.Semuanya kembali pada Dia.Jangan termakan degan kata-kata manusia kerana percayalah,dalam perjalanan menuju kejayaan dan redhaNya,lebih ramai yang mahu menjatuhkan daripada yang ‘menghulurkan tangan’.Selamat berjuang.’Selamat datang’ ;)
“Niat itu yang Dia kira,bukan sangkaan manusia” - S

Mila Hilas said...

yup, blog wajah baru ni lebih menunjukkan kematangan awak...

semoga awak trs success dlm hidup..doakan juga utk sy :-)

Anonymous said...

I've been reading ur blog since 2009.alhamdullilah ,bila tgk kak fl berubah ke arah yg lbih baik.rasa nk terikut pulak .

Eijati Ishak said...

(Y)

Cinta Zakirah said...

Alhamdulillah..semoga terus sukses Fatin Liyana..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum FL, alhamdullilah. jangan malu untuk berubah! Yeahhh!

Noura Qifays said...

wahh! honeykoyuki berwajah baru... comel! :)

syu hada said...

Tahniah kak paten..ni first time sy komen kat blog akak..tapi setiap entry akak saya baca..silent reader.Kak paten dapat jadikan inspiasi kepada kami yg masih mencari identiti diri..terus menulis ya kak.Suka dengan blog akak yg banyak ilmu..suka dengan charcter akak..bercita-cita tinggi dan ada misi visi hidup..harap lepasni dapat jmpa akak paten face to face..mengharap!!

Safraa Safwanah said...

Hehe... Bahasa pun da lain cket.. Moga istiqomah dlm usaha hijrah FL..

Khadeejah Hasmad said...

Woww!! Blog baru yang cantik.

Tapi masa silam, kita tak akan sampai ke tahap ini, ye kan? ;)

Keep on sharing :D

Alia Erfani said...

all the best ^_^

Anonymous said...

Ya Allah... akak sokok dik.. perkara yg baik.. Alhamdulillah.. hopefully honeykoyuki akan jadi medan dakwah... adik ramai follower gunakan ke arah kebaikan.. moga jadi manfaat buat fatin di akhirat nanti.. saat kita hidup ni masih diberI kesempatan untuk betulkan kesilapan.. betulkanlah.. kita tak mahu bila kita dah mati ad orang masih gunakan gambar yang tak menutp aurat dengan sempurna tu.. Alhamdulillah. . Proud of u dik.. semoga terus istiqamah..

Anonymous said...

Will still love to read the blog. In sha allah FL. May Allah ease ur istiqamah. :)

-silentreader-

Anonymous said...

go kakpaten. :D

yang baik Ishak said...

wajah baru yang menarik juga... nak tiru jugak lah.. hehehe

Nasri Nasir said...

Alhamdulillah. yes we will lose something good but gaining something better in future. that is the point. memang nampak perubahan ketara dalam blog kamu,being more matured. sesuai dengan peningkatan usia :) insya Allah saya doakan moga anda juga bakal menjadi penulis buku Diagnosis itu satu masa nanti. Nanti kamu dah jadi HO,banyakkan bersabar ye. dugaannya besar jugak. I have few friends who work as HO right now, very challenging. ok, good luck and all the best.

Cik Matahariku said...

Alhamdulillah FL:) rasa kagum dan cemburu dengan awak:) kagum kerana berani berubah untuk kehidupan disini dan disana dengan lebih baik dan cemburu kerana punya kekuatan untuk menyatakan dan bergerak ke arah perubahan itu.Semoga suksess dan istiqamah..:AMIN...

nayfatimah rasyid said...

semoga berjaya ;)

Akma Khaieri said...

Keep it up!! Go FL! Akma doakan fatin terus success with ur new blog n ur new life..

Si DauN CeRi said...

daawwwww... u always inspire people for some reason, tintin. i;m very proud of you.


<3

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

versi yang lebih baik alhamdulillah

;)

mummy_icha said...

walau apa pun, akak tetap suka baca tulisan Fatin. They used to be so entertaining & yang traveling part tu, very informative, except review part :) bcoz I dislike blog iklan, especially brgn yg iklan dah byk kat tv, magazine, Fb, please lah. But your life inspired me and perhaps many others too although maybe u thought they're nothing but shameful meaningless stories. It's good that u want to change to a better person. Akak doakan fatin istiqamah. Ameen..

Irfa said...

setiap hari kita kena usaha ke arah lebih baik..moga baik2 ye

Khairul Bariah said...

alhamdulillah...all the best for you. moga istiqomah :)

Anonymous said...

assalamualaikum kak paten. alhmadulillah. saya gembira dengan perubahan kak paten. kalau dulu, saya pernah rasa tak suka kat kak paten. huhu. minta maaf. tapi, betul la kata orang, orang kita tak suka dulu, mungkin jadi orang yang banyak beri inspirasi kat kita. alhamdulillah. ALLAH jadikan kak paten salah seorang yang beri insirasi kepada saya untuk berubah dan alhmadulillah, saya jumpa balik agama saya. inshaAllah. walau kak paten tak kenal saya, tapi saya kak paten, dunia akhirat, lillahitaala.

jazakillah khairan kathira kak fatin liyana. :)

Shiqin Sunshine said...

InsyAllah same2 kita istiqamah dalam berhijrah kpd yg lebih baik :)) doakan kami jugak ^^

Anonymous said...

I am also one of ur silent reader. I adore your slumbernesss yet still menjaga peribadi, your frankness om ur feelinhs and emotions. Keep that fatin even thou u r changing into a new leaf.

Coz i quite a few people who did change becoming a better muslim but on the other part of herself she becomes hipokrit. Nauzubillah.minzaalik. we r in the same age and field and u r one of my inspiration. Let us become a different doctor and lead the people towards a better place

Ameen


Doakan sy utk.istiqamah juga..istiqamah in everything..:)

Dr.AA

Qurratul Syuhada said...

Kak fatin n kak maria really inspiring me a lot. Thanks for sharing all those things. Keep it up kak fatin ! May Allah grant u one family the grace n blessings. And may we all be guided to the right path. Hlovate says : u'll never reach perfection cause there's always room for improvement. You get along the way to perfection, you'll learn to get better. And.. Changing for good ain't a crime. Go grab her books kak fatin. She inspires ppl. Serious kak fatin. Kak fatin beli tau. Hehe

Siti Rohayu Ayu said...

Alhamdulillah, semoga sentiasa istiqomah fatin :) semoga berjaya dunia akhirat. InsyaAllah :)

Ezzaty Adilla said...

Alhamdulillah... bila tgk kakpaten mcm ni, sya pon trut rsa nak follow ur step.. besar pengaruh positive akak.. tq..

Haslinda Hassan Ali said...

wah cantiknya

ainul afiqah said...

Assalamualaikum. MasyaAllah kak FL suka tgok perubahan kak Fl skrg . Alhamdulillah. Lagi suka sekarang. Apapun Kita doakan kak FL yg terbaik.. selalu mengikuti perkembangan kak FL . InshaAllah bertemu di syurga ~♡

anis_zafirah said...

Alhamdulillah...semoga sentiasa berjaya ya! sy mengagumi dr. FL yg sentiasa memberi inspirasi yg berguna kpd all the readers..doa sentiasa mengiringi kak Fatin...hrp dpt bertemu suatu hr nnt..In sya Allah..

zuhayra iftifal said...

Awesome!!!
berunah ke arah kebaikan itu yg terbaik.

Nor Suhada said...

seiring usia
perwatakan juga berubah
keep positive
keep smile
keep informative

salam ukhwah :-)

~ Cik Azz ~ said...

Alhamdulillah... Nak jadi baik tu memang susah, banyak sangat halangan.. Tapi dengan doa dan usaha, insyaAllah, kita boleh.. Even tak boleh jadi baik 100% sebab kita manusia yang serba serbi tak sempurna, sekurang-kurangnya kita mencuba untuk tidak menjadi 100% jahat..

*Kita doa sama-sama ya.. Moga Allah permudahkan urusan ke arah kebaikan ini.. Amiinn...

AtEn nAbilA said...

kakpaten follow adik blek :) pliss pliss , adik peminat kakpaten .
http://lindoconejo.blogspot.com/
mmuaahh sikit kat pipi akakpaten :* heee iloveyou kakak !

Ayu azmir said...

assalamualaikum... wajah baru...

Stefa IsLe said...

Subhanallah. Mashallah.. That's all I can say Doktor :) *touching

Hana Dalya said...

2-3 hari jgk mencari blog nih. igt da blocked terus huhuu
mari kita buka buku baru, buku lama tutup dan simpan ^^

Yaya Azura said...

semoga istiqamah..amin..nie dah masuk tahun ke5 akak baca blog FL..akak akan teruskan..

Anonymous said...

first time saye bace blog and terus kekal mlekat smpai skarang adlh paten punya blog. dari 1st entry dlu saye baca smpai la ni.. yes..mmg dlu2 paten byk merepek.hahaha.but u do cheer me up time bosan2 buat keje d opis..so keep up the good work as u do inspire us the reader with ur knowledge and good heart. selamat maju jaya.

Anonymous said...

Menangis baca. Walaupun tiada kaitan dengan FL.

timm bill said...

wah! versi baru..no worries kak FL..kami still xlupa nk bca every entry akak!

Anonymous said...

assalamualaikum Dr Fatin Liyana :)
saya silent reader blog awak dari dulu lagi.terima kasih sbb sudi share dan beri motivasi kpda org lain.awak ada satu kelebihan,iaitu ramai pembaca.sebarkan benda baik2,berderet pahala awak.untung awak, Fatin.sy tumpang gembira juga awak dah nak masuk ke alam pekerjaan.jadilah doktor yg berpaksikan agama dalam bertugas.semoga awak terus melangkah ke hadapan dan diberi kejayaan dunia akhirat.

p/s: saya suka gaya penceritaan awak yg santai dan bersahaja.bila baca pengalaman awak travel dan sebagainya,rasa seronok sgt.kalau boleh lepas ni,banyakkan cerita tentang kerja housemen ya^^
saya isteri kepada seorg doktor muda.demi memahami kerjaya suami, saya banyak membaca blog doktor.saya harap sangat Fatin sudi berkongsi pengalaman Fatin dalam bidang kedoktoran.ramai org luar seperti saya yg tidak tahu,namun teringin untuk mendalami serta memahami.saya juga dah beli buku Diagnosis. tak sabar nak baca Diagnosis 2. All the best Fatin! may Allah bless you in dunya and akhirah.amin =)
---Sakinah---

Siti Aisya Ibrahim said...

ya Allah excitednye bile blog ni bukak balik... pasni takdelah tido mimpi2 kak faten lgi... Tq kak faten, for opening it again to the world! :D

Norniwanie Nasarudin said...

Hai Kak FL, senior sekolah dulu..hehe..alhamdulillah..btw, cantik blog ni, nampak lebih matang..

Anonymous said...

Salam..hye fatin..I pon follow fatin start fatin kat indon lagi...1st time tgok pic fatin kt restoran pki tudung hitam if im nt mistaken.. mmg comel sgt...keep on inspiring people like me... istiqamah smoga kita sme2 brubah ke jalan yg diredhai Allah..

withlove,
Fara

Chqz said...

wishing you all the best dr! :)

Anonymous said...

You show to the people, your blog can be sucess to eventhough you dont have to show urself bu selfie/modelling. People read ur blog because of your writing, not because of the selfie picture that attract those who was not your mahram to see you.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...honestly, i'm a silent reader of Honeykoyuki and a follower of your insta :) ma'a taufiq wa najah ukht FL. moga istiqamah :)

Ain said...

Kita selalu lupa kesenangan pon salah satu ujian jugak. Harta, kepandaian, kecantikan dan lain lagi. Bila senang kita diuji dengan kesyukuran. Tahniah dan Alhamdulillah.

Sy silent reader je. First time terpanggil utk komen sebab kagum dan respek dgn perubahan FL. :)

Amirah Su'aidah said...

cantiknya blog.. baca entry ni tetiba ada satu perasaan lain di hati .

husna rosli said...

awsome! lebih ceria wajah baru belog kakpaten. hihi, btw goodluck !

Anonymous said...

Kakpaten i luv u even more laa camni.haha slamat kembali kepada fitrah n smoga terus istiqamah.<3

Anonymous said...

Kak Paten dah banyak berubah! Suker sangat2! Kiter tak der blog, tapi kan suka bc blog. Istiqamah tau kak!

Encik Hati said...

Alhamdulillah....yang baik itu datangnya dari Dia :)

Encik Hati said...

Alhamdulillah....yang baik itu datangnya dari Dia :)

Elya Roza said...

mmg dari zaman belom kawen ..sampai laa i dah kawen, pasti singgah blog fatin liyana ! Oh, blog dah cantik!!!!

Nisa Ahmad said...

Setiap orang melakukan kesilapa dan tidak ada seorang pun yang perfect, right? So, sama-samalah kita semua istiqomah ya. Btw, congrate sebab your blog dah bertukar wajah. Lebih simple dan matured. Keep up writing. And, bila dah terbit buku tu, jangan lupa mention at blog tau. I seorang yag bookworms and can't live without reading dalam sehari... ;)

Anonymous said...

First time komen sini sejak baca blog awak sejak 2009.biasela tu paten.Orang kata budak baru nak up kan..memang semua orang pun pernah melalui zaman tu kan.. xpela atleast awak dah ada kesedaran kan.goodluck masuk keje.jadi HO memang macam takde life.tapi takpe selagi niat ikhlas insyaAllah dipermudahkan..thanks

Tp awak yang dulu sgt lawak..i know u dh berubah tapi unsur lawak tu ok je kalau nk kekalkan.

Nadia Elena said...

Tahniah FL sebab dah matang!
Semoga istiqamah ye...

Teruskan dengan perkongsian yang memberikan faedah kepada masyarakat. Bak kata Dr. Anwar Fazal, keep on inspiring people. Teehee.. =)

eda said...

so santek la the new layout and theme ..
istiqamah ya !!! sama sama la kitaa ..

Anonymous said...

Assalammualaikum dik paten.


Akak suka baca blog ko dik. Even though u are a lot younger than me. dari pemerhatian org tua (sikit) ni, dik paten ada something utk inspired the younger generations. Tak perlu jadi blogger tegar, tapi pastikan your writings can always inspired people. A true writer kalau menulis akan sentiasa pastikan cerita dia ada take home message, walaupun diceritakan dgn sense of humor and not always bragging about what he/she owned. u have that niche dik paten. Haters mmg sentiasa ada -- ignore je. Pemuja tegar pun akan ada -- biasa la tu. hehe. akak ni kategori tengah2. haha. tapi tak sampai level haters la. oh, btw, kalau boleh share la sikit2 pasal info2 medical especially on babies or kids.

silent reader (yang tak tua sangat)

Nurul Nadiah said...

nice lorh... nampak calm je.. nak baca pun x semak kepala... hihi.. tp, akak x kata yg sebelum serabut.. tp, memang best la.. sokong kata diorang that it shows' kematangan awak.. (,")

Anonymous said...

Alhamdulilah :) saya doakan yang terbaik untuk saudari.Insya Allah.

Nur Najihah said...

Alhamdulillah. Happy for you. Moga istiqamah kakpaten! All the best!

aisyah mazalan said...

ALHAMDULILLAH.

seronok jugak tengok kakpaten dah berubah. biasalah. manusia takkan lari dari buat salah. apapun good luck :D

Asha Lya said...

tahiah fl dah brjaya habiskan study..pasni dah jdi doktor.blog pun dah matang hheee

muja said...

dah tahu dh blog ni kena private,, baru nak link kat ke blog ni,, then bukak blog ni,, suka sangat dan unprivate balik,, huhuu

CIK INA said...

Assalamualaikum..kak FL..hihi alhamdulillah, lepas ini akak bakal jadi doktor solehah lh eak! insyaAllah..^_^ gud luck kak

besteverlife said...

Kak FL,, I've read your wonderful blog since 2012... Xdela lame sgt,,tp rse mcm dh knl rpt la dgn akak.. Good job akak,, teruskan perjuangan... Keep on writing yaw ☺️ I love the new face of your blog.. Wish u all the best and slmt menjadi dc yg berjasa kpd agama & bangsa...

Bahrain said...

Hidup memang perlu diteruskan. :)

Anonymous said...

saya berharap mereka yg meluah rasa rindu utk baca blog cik, sampai termimpi2, mempunyai rasa yg sama dlm merindui iqra' kitabnya, Al Quran. Fatin, harap awk dpt gunakan kelebihan yg ALLAH beri ini utk memperingatkan anak2 muda akhir zaman agar tak lalai dg dunia internet sj hingga kitab Allah dilupakan. Ingatkan mereka dlm entry2 bermanfaat kamu akn dtng. Owh, kalau boleh kongsikan lah juga cerita2 tentang kedoktoran, spt blog dr.Harlina. Sangat informatif.

PeRdU cINta said...

Perubahan yang baik itu tanda aras siapa kita..apa yang kita perolehi daripada usia yang Allah pinjamkan..akak PC suka perubahan pada blog Cik Doktor ni..

Nnoh Nn said...

Tahniah -- Ceria sentiasa walau apa jua rintangan..

Yasmin Yusuf said...

tahniah kakpaten atas penghijrahan yang baru.saya start baca blog kakpaten sejak 2011 lagi and I won't miss up any of your entry.teruskan berblogging sebab kami sentiasa menanti hasil tulisan Dr Fatin.hee.xo

aswa leyla said...

gembira tgk penghijrahan kakpaten . sye ntah bile nak jadi macam kakpaten .

Azwar Syuhada said...

Azwar mula follow blog kak fatin masa baca entri "hala tuju selepas SPM". Kalau tak silaplah. Kerana entri tu memberi motivasi kepadaku. Hope kak Fatin tak delete entri tu. hahaha.. :) One day, kalau Azwar berjaya nak juga create entri seperti itu.. xD

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

1) Dr Anwal Fazal ada komen di sini..heheh..

2) semua org melalui stage remaja tu.sama mcm kite.

3) semoga kite sentiasa jadi lebih baik.InshaAllah.

Nurul Syafiqa said...

Cantik dan kemas sekali blognya kakpaten. Didoakan istiqomah. :)

Anonymous said...

akak nti bila dh jadi HO pls keep updating your blog, cerita pasal life as HO pulak, keep inspiring us okay. :)

Cik Puan Eka said...

hai FL. Samalah FL. Haritu saya pun private blog sekejap. daripada beribu entry, terus ditinggalkan hanya beberapa. Selebihnya simpan dalam draft.

Kadang2 terfikir, kita perlu berubah. Sesuai dengan kematangan kita. Macam saya, sejak jadi isteri. Banyak benda negatif yang saya buang dan banyak ambil yang positif.

Anonymous said...

have you got your HO posting?
which hospital?


hardee 786

HASRUL HASSAN said...

My 2cents dengan apa yang cik Fatin Liyana telah lakukan dengan blog dan isi kandungannya...

http://www.hasrulhassan.com/2014/08/fatin-liyana-private-padam-entri-blog.html

alin said...

bukak2 blog ni tetibe terdetik, betul ke ni blog FL?


okey, sekarang dah percaya. :)

permatabiru said...

good luck kakpatee hehe

Prince of Noob said...

Alhamdulillah... good for u girl. semoga terus berjaya dan sukses di dunia dan akhirat.

- Noob

ietams said...

good luck to u

Eellee Nana said...

Alhamdulillah. Didoakan fl terus berjaya dan iatiqomah :)

Amir Aiman Akashah said...

tang ayt yg ada 'seruan ilahi' tu tak boleh tahan.....insyallah, ada nnt rezeki kami yg btenggek kat sini utk makan bubur lambok FL...oppssssssss...salah2...bukan bubur tapi nasi minyak...hihihi...pe pun honeykoyuki versi terbaru ini tetap marbeles....enak berkrim disukai ramai.

kemah keming FL.

jAuh hAti said...

Semoga istiqomah! pray for you sista.

Anonymous said...

Sayangnya delete fatin, password kan je entry tu, nanti nadrah adik beradik serta sepupunya boleh baca zaman mamayana dia nak up

Salam dari akak yang suka citer doktor2 ni

Kita Bantai said...

Kini blog fatin boleh di dapati dalam google play store.... terbaik !!!

Teruskan menulis ya... makin ramai menanti posting tue....

Anonymous said...

Hehehe...dr.anwar tunang kak faten lah. Followers instagram semua dah tau.

Jannah said...

Keep it up kak! Support you alwayzzzzz!

Anonymous said...

Terbaik! :)

Anonymous said...

Berubah untk mnjd lebih baik itu bagus, tp kita tk akn jd yg skrg kalau tkde kita yg dulu, kan? Keep up the good work fl. Caiyokk! :b

Shaklee said...

Salam Fatin

tahniah blog wajah baru

akak suka dulu ada yang list tutorial tepi2 tu

akak teringat masa FAtin mula2 berblog

u are a young sweet and cheeky girl

sangat comel dan banyak idea

watching u grow in blog walau akak jarang komen

rasa terharu tengok Fatin hari ni

cantik dan berjaya


tahniah Fatin atas asset blog yang hebat dan originality yng luar biasa


will always be ur follower dear :)


kamil salleh said...

Berubsh ke srah kebaikan, itulah sebaik-baiknya. Blog dkrg nampak simple tapi menarik.

Adiba Hafiz said...

Tahniah fatin!..moga kite sama2 istiqomah ye..amiin

irulya said...

Alhamdulillah.
Perubahan ke arah kebaikan. Moga istiqamah.

Hidayah Suhailee said...

wow.. tahniah !! :) trully lama tak buka blog and lama x jalan2 blog akak.. woah.. versi yang ni pun nampak kemas ja.. n sgt matang gitu.. semoga Allah sentiasa permudahkan urusan FL.. :)

Anonymous said...

apapun fatin kena buat makan makan mihun gorengggggggg sebagai meraikan trensformasi iniiii

Siti Nurfarhanah Muhammad Rashid said...

nice :)

Hope mine also give inspiration as yours :)

silent reader said...

Betul juga utk bacaan ahli keluarga tersekat dr fatin liyana <3

silent reader said...

Saya kenali dr fatin liyana juga melalui blogwalking walaupun saya tiada blog. Saya boleh mendapat ilmu dan idea baru melalui pembacaan saya dari penulisan dr fl. Apa boleh saya kata kan, semoga dr fl dpt meneruskan usaha menulis blog (berkarya) ttg ape saja mengenai kehidupan dan pandangan dr fl yg mahu dikongsikan kpd pembaca. Saya berasa beruntung dpt mengenali dr fl walaupn takpernah berjumpa dan dr fl takkenali siapa saya. Semoga dr fl bersama keluarga tercinta dan org yg tersayang sentiasa diberkati di bawah payung rahmatNya.

Minat membaca :)

HASRUL HASSAN said...

Nice to know that everything going so good for you - Dr Fatin Liyana. Congratulation sebab sudah bertunang dengan Dr Anwar Fazal. Cantik gambar-gambar majlis pertunangan yang dikongsikan.

Hoping the best for both of you. May Allah S.W.T permudahkan segala urusan. In Sha Allah.

Sarah Adnan said...

I love you, FL.