Sunday, October 21, 2012

Fatin Liyana Cover Girl Majalah Dara Oktober 2012

Assalamualaikum


Tak lamo dulu, sey ado koba kek blog yang sey ado jadi covergirl untuk majalah kesayangan para gadis kek lua sano. Kok ekau lupo..ni sey nak tunjukkan bukti. Tokan sini untuk bukti. Yepp, alhamdulillah majalah DARA telah memilih Fatin Liyana untuk menjadi covergirl =) Hooray for honeykoyuki for this achievement! (Won't do this without you guys, thanks!)

Kiranya ini adalah kali ke 2 aku menjadi cover girl untuk majalah. Kali pertama, adalah untuk majalah online Eternity edisi June 2012 (ekau tokan sini yo). Dan kali kedua, adalah untuk majalah DARA edisi Oktober 2012. Alhamdulillah. Tipulah kalau aku kata tak happy kan. Tipu giler.

Alang-alang dah bukak cerita pasal ni, biarlah aku menyeluk perkasam sampai bolongeh longan sey. Lama tak bagi peribahasa, sekali bagi pehhhh mantop! Anyway, percaya tak korang, kalau aku cakap 7 tahun lepas aku sebenarnya pernah pergi try out untuk menjadi covergirl majalah DARA? Yup 7 years ago.

Sebenarnya dari kecik lagi, aku memang minat benda-benda glamorous ni. Rancangan macam MTV Sweet 16, MTV Cribs, American's Next Top Model dah macam makanan ruji aku dah (hoi poyo!). Bahahahaha tapi siryes, aku suka verangan yang one day I'm gonna be famous and fabulous. Siap paksa mak aku supaya the whole family pindah Hollywood sebab Iolls nak jadi retis. Whatever sungguh pemikiran teenangers.

So aku pon mengatur strategi. Langkah pertama adalah mencipta nama di Malaysia (kecik kecik dah bimbo). Aku pon buat checklist tentang bakat yang aku ada. Menyanyi - Suara mendatar. Fail. Berlakon - Ingatan tak kuat. Fail. Modelling - Tak cukup tinggi, kena pakai shekshi. Fail. Genius - Belajar macam nak mati untuk dapat result gempak, maka bukanlah born genius. Fail. So conclusion, tiada bakat/kelebihan at all. Sedih.

Sampailah pada satu hari, aku ternampak majalah DARA di pasaran. Cool gila orang bertudung pon boleh jadi model bisik hatiku. Bisik lah sangattt khen. Aku go through the magazine and ternampak application form untuk menjadi covergirl DARA. Guess what, aku taktau apesal aku macam determine gila yupp aku hantar gambar dan terpilih untuk test shoot. Masa tu aku 16 tahun (2005).

Tapi uolls janganlah ingat iolls dulu bergaya hebak whatsoever. Apa yang aku buat macam tak kena dengan perangai aku. Aku ni pendiam, pakai baju macam syok sendiri, dah la tak datang kokurikulum sebab nak tengok cerita cina tengah-tengahari, pastu tetiba pergi test shoot DARA. Hello, what was I thinking?

That day came, my mom accompanied me to KarangKraf, all the way from Melaka. Yelah masa tu aku sekolah dekat SBPI Selandar, Melaka. Pakai kemeja, seluar jeans bell bottom dengan tudung bawal. Konon dah paling cantik masa tu bahahahaha. Sampai-sampai office KarangKraf terus down sebab yang datang semua lawa-lawa, muka lawa, baju lawa, posture cantik, boleh pose dan yang penting semua dah habis sekolah. Aku? Pfffftttt. Cakap pon menggigil, disuruhnya pose tapi malu dan langsung takde personality yang menarik untuk diperbincangkan. Maka pulanglah aku dengan kehampaan. Lepas daripada hari tu, aku terus melupakan niat untuk menjadi famous and fabulous. Aku berpijak di bumi yang nyata dan rajin membuat latihan matematik tambahan untuk masa depan yang cerah.

5 tahun sudah berlalu, setelah mendapat masa depan yang cerah, (masa tu tengah buat medic 2nd year - 2010) aku dipanggil oleh majalah DARA. Well kali ini, aku dah jadi blogger. Tapi tak famous sangat la, bajet famous je lebih. Tapi dorang panggil bukan untuk jadi cover girl, tapi jadi model untuk ruangan make over. Sebagai seorang yang tamak dan tak sedar diri, aku still tak berpuas hati. Aku nak jadi covergirl =')

In 2 years duration, DARA memang ada call few times suruh jadi cover girl, tapi with one condition. Kena take off my braces. Kalau braces aku ni pakai buang macam pampers tu boleh lah iolls buang. Tak gitu? Ini sangatlah menyakitkan jiwa, sebab banyak kali kak Fiza (wartawan DARA) call and tanya 'Dah bukak braces? belom? ok kalau dah bagitau akak ye...' Sebab banyak kali sangat dapat call, aku pon akhirnya pasrah lantas berkata, 'Kalau saya dah bukak braces saya contact akak la ye..akak takyah call saya lagi..kesian akak'

Seriously, pada masa itu memang aku dah tak berminat nak jadi covergirl. Macam banyak sangat halangan. Dulu masa bebudak tak sesuai, bila dah sesuai tapi pakai braces pulak. So baik aku buat hal aku jela, tulis blog lagi bagus. Takde siapa kesah aku macam mana. Pakai braces ke, gigi gongak ke, perut belipat ke, tangan external rotated ke, janji blog aku best. (Best ke?) Daripada nak harapkan sesuatu yang tak pasti. Walahh ayat aku. Memang aku kuburkan impian aku untuk jadi cover girl since then.

Sampailah dalam bulan 8 (2012) haritu, kak Fiza call lagi :


Fiza : Fatin, kak Fiza ni, Fatin free tak? Nak panggil jadi cover girl ni!
Fatin : Tapi saya pakai braces lagi (direct gila jawapan)
Fiza : Takpe, editor kali ni tak kesah pakai braces ke tak =)
Fatin : Seriously? Nak!


So yeah. Pengakhiran yang sangat manis. Imagine, 7 tahun lepas aku menanam impian, 7 tahun kemudian barulah impian itu diperkenankan. Dalam tempoh 7 tahun tu, macam-macam aku lalui, tak fikir dah nak glamour whatsoever. I just go with the flow. Living life in my own way. Ada rezeki, bersyukur, tiada rezeki, redha. Dalam hidup ni kita kena banyak bersabar dan jangan terlalu pertikaikan kenapa things don't work accordingly. Nasib baik aku tak ikotkan sangat kehendak aku yang bimbo dulu. In the end, aku dah jadi seorang yang realistik, tak mahu berpindah ke hollywood dan telah decide untuk menjadi seorang doktor bukan seorang selebriti =)


 Blogger Fatin Liyana Tak Kejar Populariti ehemmm tak sure sangatlah pasal ni bahahaha


Nasib baik tak jadi covergirl masa umur 16 tahun dulu, kalau tak memang disaster. Walaupun pada umur 23 tahun baru dapat jadi covergirl, tapi at least at this stage, dah banyak kejayaan/kenangan manis yang aku dah kecapi =) Alhamdulillah Allah adalah perancang yang paling baik.


Terima kasih semua, kerana kerajinan anda membaca blog honeykoyuki, maka Fatin Liyana secara tak sengajanya telah mendapat nama muahhxx =) Terima kasih jugak dekat Kak Fiza kerana tak putus-putus call aku selama beberapa tahun. Sehingga hari ini, aku masih mendapat panggilan dari TV dan magazine namun aku terpaksa menjadi selektif untuk mengelakkan perkara seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita terpaksa melukakan hati orang lain untuk decide yang terbaik untuk diri sendiri.

Sebelum korang bertanya baik aku menjawab. Aku memakai tudung syria berlace dari Edast Boutique. Dan gambar ini adalah selingan, tiada kena mengena dengan majalah Dara. Aku upload sebab rasa macam comels ihikhik.

Take home message pada hari ini adalah, Allah maha mengetahui apa yang kita fikirkan/kita nak, jadi janganlah bersedih kalau kita tak dapatkannya sekarang. Allah akan makbulkan doa kita, bezanya pada masa sahaja =)

p/s : Sorry kalau entry aku ni kedengaran macam bagus dan belagak. Sungguh tak bermaksud begitu. Tapi itulah hakikat dan kebenaran yang berlaku dalam hidup aku ni. Aku cuma ingin berkongsi cerita tentang kehidupan, itupun jika ada yang berminat. Minta maaf ya kalau penulisan aku tidak menyenangkan =')


Thank you for reading this entry !

188 comments:

  1. good ka,selamat sukses ya. aku dari jakarta loh.. :D

    ReplyDelete
  2. terbaiklah fatin liyana..kagum melihat blogger berjaya mcm kamu...Tabik 100x

    ReplyDelete
  3. hehe, mcm tahu2 je nk tanya tudung tu dr mana :)

    ReplyDelete
  4. hehe :) tahniak kak atin, dah besar panjang dah sekarang !

    ReplyDelete
  5. wahh akk mmg sesuai jdi cover girl XD comelll bangettt !

    ReplyDelete
  6. rezeki masa dpan kita x tau kn.. :)

    ReplyDelete
  7. Akak ! Saya akan ingat pesanan akak. =)

    ReplyDelete
  8. Good Job Fatin... i pun teringin jadi covergirl... hehe... (^-^)

    ReplyDelete
  9. you're awesome && a very brave person. i'm so proud with u sis!

    ReplyDelete
  10. owhh akhirnya pelangi muncul jua selepas berhujan dan panas... ;)

    ReplyDelete
  11. I didn't know that someone like you were going through such hardship to be a covergirl *motivation busted nak jadi covergirl jugak :p*

    ReplyDelete
  12. setiap yg kita sabar, pasti ada hikmahnya. ^^

    ReplyDelete
  13. suka bca apa yang awak tlis..bagi lebih inspirasi dan semangat untuk saya wat yang terbaik dalam hidup..semoga semuanya berjaya selalu..salam ukhwah..:)

    ReplyDelete
  14. wahhhh... 7 tahun tuh !

    tahniah,,, impian anda dah diperkenankan..cewahhh =D

    ReplyDelete
  15. tetap kubaca satu persatu perkataan yang tertulis,, kak fatin ni bila nak letak butang google +,, friend connect tak leh guna dah,, ke saya sorang yang tak leh,, tak tau la tu,, sob3

    ReplyDelete
  16. suka baca apa yang awak tulis..selalunya akan bagi inspirasi dan semangat untuk wat yang lebih baik..simple dan senang diterima..semoga berjaya selalu..salam ukhwah..:)

    ReplyDelete
  17. Pertambahan usia dan masa akan membuatkan kita lebih matang kan..takpe la kan..even though it takes quite a long time to achieve your dream as a cover girl, finally,akak berjaya jugak..tahniah! :))

    I'll keep this entry as an inspiration..there's one thing that I wanted to achieve..tapi sampai skarag masih tak kesampaian..insyaallah saya akan terus berusaha,berdoa dan bersabar lagi..just like you! =))


    ReplyDelete
  18. kak fatin memang cool!seriously mmg inspiring ayat yg last2 tu :D semoga lebih berjaya double,triple plus-plusss pda msa akn dtg,oyeahhhh!

    ReplyDelete
  19. terima kasih kerana suka dengan penulisan iolls. tak sia-sia menaip macam menulis novel hehe

    ReplyDelete
  20. Senang baca entri2 kak fatin ni. :)
    dan Bestnya.., sebab dapat menggugah semangat untuk berkarya macam kak fatin.

    ReplyDelete
  21. first of all, tahniah fatin..
    akhirnya impian menjadi kenyataan.. lama tu 7 years.. tp worth it.. proud of u..

    Seronok baca entri smpai tgelak sensorang.. bole? wahhaa.. Semoga menjadi suksek n bertambahhhhh sukses ye.

    ReplyDelete
  22. Tahniah..kalau difikirkan,7 tahun memang suatu masa yang panjang tetapi pejam celik je waktu tu dah berada di hadapan kita.Tanpa sedar ia muncul bersama2 dengan kesibukan kita menghadapi rutin seharian.
    Apa2 hal pun tahniah sebab berjaya merealisasikan impian utk menjadi covergirl dan menjadi famous tanpa perlu berpindah ke Hollywood.. :-)

    ReplyDelete
  23. Penulisan FL memang cool..(",)..xpernah turun kan..bagus2..!!..kekal kaaaaannnn..walaupun skrg mmg dh berjaye..(",)..hehe..

    ReplyDelete
  24. terbaekk la fatin....
    betul tu, ketentuan tuhan adalah yg terbaek...

    ReplyDelete
  25. Assalam, tahniak Fatin.. lama tu 7 taun penantian sekarang baru dpt... inilah dia perancangan yag diatur utk fatin dari-Nya... hehehe.... ^_^

    ReplyDelete
  26. waaa you look stunning in the coverpage. nice! love the multi-coloured tudung... hmmmm

    ReplyDelete
  27. wahhh! u nampak lain la fatin.. teheee ^^

    pssttt,rasa rugi tak ambik gambar dgn u time event moslema tu :(

    ReplyDelete
  28. Go go fatinliyana.wish u good luck in whatever u do

    ReplyDelete
  29. Tahniah, akhirnya tercapai impian tu.
    teruskan berimpian dan semoga ia bawa fatin pergi lebih kjauh

    ReplyDelete
  30. best nyer. laki boleh jadi cover girl dara x.

    ReplyDelete
  31. Nice entry..mnjadi inspirasi org lain!

    ReplyDelete
  32. kes fatin jadi cover terus pi cari majalah dara. teruja nk tengok fatin. :)

    ReplyDelete
  33. You're one of a kind.
    Beauty with brain, and lucky! :)

    ReplyDelete
  34. terbaeklah k.fatin..sey raso sey pon samo lah perangai macam akk, suke benda2 glamour..tapi cuma satu yo, sey tak seberani akak.haha. Thanks 4 sharing, cerita akk ni memang bagi satu inspirasi lah utk sy. luv u kak, luv blog honeykoyuki jugak :))

    ReplyDelete
  35. adorable u fatin liyana..u are the choosen n lucky one.. teringin nak jd model mcm u FL!!! u inspired me.. ;-)

    ReplyDelete
  36. Ahh , kakak comel . 7 tahun tuuuu , masa yang cukup panjang . time tu saya hingus meleleh lagi . muahahahahh !


    http://budakpeliksstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  37. terbaek...

    satu penantian yang berbaloi.. :)
    btw u're gorgeous.. :)

    ReplyDelete
  38. ini adalah sebuah entri inspirasi. i love it !

    ReplyDelete
  39. Allah adalah planner terbaik...
    happy for u ^^ love your own tudung yg warna pink tu. mmg comel~

    ReplyDelete
  40. bimbo gitu..hehehe..
    vogue laaahh

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  41. yes =D Allah Perancang terbaik~

    *sgt suke =)

    ReplyDelete
  42. Hi atin,

    just wanna share.
    i feel touched with this entry,
    sb i selalu terpikir knp aku x dpt macam ne, knp aku tak jadi macam ne.
    I mean, i sll merungut, kurang bersyukur.. ad few ayat2 atin yg buat i tersentuh sgt. Dan i sedar yg, DIA x bg apa yg kita nak sb DIA nk bg apa yg kita perlu. thanks atin. :)

    ReplyDelete
  43. tanyakan majalah dara. nak pakai model lagi tak? saya boleh jugak jadi model bertudung.hahahaha :P

    ReplyDelete
  44. Alhamdulilah . Congratulations kak Fatin . I'm so proud of you . Well done ^^

    ReplyDelete
  45. Bilalah agak2nya kita boleh berganding bersama untuk jadi penghias muka depan majalah?

    ReplyDelete
  46. alhamdulillah, semoga korang yang baca entry ni, menjadi terus bersemangat dan tak putus asa =) yang baik ikot tau, yang tak baik jangan ikot XD

    ReplyDelete
  47. tu yg nerbesss tu bila jmpa ari tu hahahaha...siap dtg dgn pakej remang2 roma...

    sign sikit dr.fatin ;p

    Allah memang perancang yg terbaik..itu akak pegang smpai ari ni..

    ReplyDelete
  48. pindah hollywood???
    * itu bukan bimbo dah tu... hahahaha :D

    ReplyDelete
  49. haha..terhibur baca blog kak fatin ni...hihi...nway gudluck for evrything.. :p

    ReplyDelete
  50. gorgeous! :D sis la inspirasi sy dlm b'blogging. hihi

    ReplyDelete
  51. fatin aku rasa dah lama gak ko pakai braces. bila nk bukak? hee tak sabar nk tengok ko bukak braces mesti meletops. bukan dara je panggil ko nnti, tau2 majalah wanita pon nk panggil gituuu :p

    ReplyDelete
  52. Salam sis ..

    i'm sweet 16 and love daydreaming ..
    berangan nak jadi itu ini ..
    nak itu ini .. nak jadi glamor la .
    langsung tak realistik ..
    should I stop all of this ?
    and buat latihan addmath banyak2 ?

    ReplyDelete
  53. tahniah fatin..u deserve it...Allah mmg bg apa yg kita perlu bkn yg kite mau...Alhamdulilah, kamu mmg beruntung... :)

    ReplyDelete
  54. hohoi saya suka ayat fatin liyana. tbaek wok!

    ReplyDelete
  55. Seriously u tak belagak pun but it is good u shared it..i ketawa sorang2 baca ur blog nie..hehe..best..keep it up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. True .. I laughed too while reading this entryy

      Delete
  56. Tahniah dear....impian tercpai. Sujud syukur pada Yang Maha Esa!



    Semoga FL terus berjaya dunia dan akhirat hendakNya...AMin

    ReplyDelete
  57. Blog Fatin jujur. Suka baca blog awak (selama ni akak silent reader je...). Keep on writing ok...(^_^)

    ReplyDelete
  58. Hi budak yg suwitt.... ;D
    walaupun akak mak budak...bukan dara dah ekekeke :D kerana fatin....
    akak beli lah jugak nanti majalah dara ni ekekek ;p

    ReplyDelete
  59. u've always been my inspiration dik...congrats..lawa cover tu bermodelkan FL.

    ReplyDelete
  60. i love this entry..
    inspirational gitu..
    Allah knows the BEST for umatnya :)
    all the best fatin!

    ReplyDelete
  61. Impian jadi kenyataan..itu lah benda paling menyeronokkan! Asalkan berusaha, pasti berjaya..!

    ReplyDelete
  62. wah!!! glamour koo!!tahniah2x!!!hehe

    ReplyDelete
  63. biar impian setinggi langit...:-)

    ReplyDelete
  64. saat menunggu yang manis la kak fatin :), akhirnya impian dah jadi kenyataan ;) tahniah!!!

    ReplyDelete
  65. apsal aku macam nak menangis baca entri ko ni.. adakah aku dengki? tidak kot..aku tharu je baca kisah ko ni..hu hu hu

    ReplyDelete
  66. assalamualaikum fatin...cun n cute nyer suka tengok...:)

    ReplyDelete
  67. congrat fatin...i akan terus rajin membaca u pya blog...teruskan usaha anda..ayat mcm dlm buku rekod plak!..haha

    ReplyDelete
  68. Krrutt kruutt krrutt .
    Haha . Kenapa la lawa sangaat , rase nk pg meminang je . :P

    ReplyDelete
  69. adik ku syg FL... akk pun dulu berangan macam adik tau.... cuba baca citer ni.... hehehe.. tapi tu la..bagus berangan ni dik. insyaallah ada rezeki kita dapat punya... http://najahmadi.blogspot.com/2012/01/azam-2012apa-eh.html

    ReplyDelete
  70. kite pun dulu berangan mcm kamu jugak.. hehehe.. tp bukan rezeki kite nak ke arah itu.. ~hihihi~

    ReplyDelete
  71. akak ni mmg makhluk Allah yg unggul...
    hehe...akak cumell... :)
    sukses sokmo nyer...

    ReplyDelete
  72. Langkah pertama adalah mencipta nama di Malaysia (kecik kecik dah bimbo)...
    wakkakakaka.. serious lawak.
    seb baik , fatin sempat study dgn jaya nye ye...

    ReplyDelete
  73. hahhaa.. berjela2 entry ni. mengalahkan esei bm sampaikan sy nie pon berjela2 gelak.

    btw sis, congratz sbb dh brjaya capai impian nak jd covergirl. support sis! yeah.. :D

    ReplyDelete
  74. alarrr, nak sangat beli dara yg ada muka u nie..tp xsempat. bila pegi kedai dorang ckpa yg keluaran october da xdak. :(

    ReplyDelete
  75. seronok impian dr kecil jd kenyataan :D Alhamdulillah

    ReplyDelete
  76. congrate kak fatin !! akak cntik sgt2 n sy suke bace entry akak coz ayat-ayat entry akak smua best2 heee =)

    ReplyDelete
  77. Likeee.....
    mehehehehe

    ReplyDelete
  78. Ahhh saya ada beli ! And saya terkejut jugak ~ sbb saya selalu bca entry blog akak , lastly masuk jgak akak dlam majalah ! tahniah :)

    ReplyDelete
  79. tahniah kak fatin...
    walaupon lama menanti akhirnya dapat juga. :)
    btw, kak fatin tak nak letak ke entry pasal life kak fatin dgn org tersayang :) tingin nak baca.

    ReplyDelete
  80. impian jadi kenyataan. siapa tahu kan. we plan, Allah decide :)

    ReplyDelete
  81. u r so lucky...
    dh cntik, tnggi lak 2..
    kulit pn cntik...
    so mang lyak jd cover utk mne2 mjlah..=)..
    gud job..
    nnt jd doktor, pskit yg sakit tgk kamu pn blh kurg skitnya..=)

    ReplyDelete
  82. What an inspiring story. like kak FL :)

    ReplyDelete
  83. minat gk jd blogger lepas tau die blogger

    ReplyDelete
  84. Congratulation sister ! Glad to have a Malaysian like this,great day ahead :D

    ReplyDelete
  85. wah! congratulation fatin!!! akhirnya selama 7 thun fatin menunggu, dpt juga jadi covergirls DARA.com.. congrate syg!

    ReplyDelete
  86. wuuu what a story.
    dreams come true.
    tahniah kak!
    stay cute n gorgeous !

    ReplyDelete

  87. magazine tu sindir baik punya kat kau.
    takkan tak sedar?mesti kau terasa.

    MEMANG KEJAR POPULARITI! TAHNIAH! ANDA BERJAYA!
    SEMOGA MENDAPAT SUGARDADDY PULA LEPAS NI..
    SELAMAT MENGEJAR GLAMOR DAN PPOPULARITI!!!!!!

    ReplyDelete
  88. wah...best nye kak fatin liyana..:) ur are my idol. http://blogspot.sweetmisslavender.blogspot.com

    ReplyDelete
  89. sweeeeeeettttttttttttt ayam keyh patin! hahahaha

    ReplyDelete
  90. comel....congrats..agreed sgt pa yg FL gtaw...:)

    ReplyDelete
  91. TAHNIAH..KAK BUI SUKA SGT DGN KATA2 FATIN NI
    "Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita terpaksa melukakan hati orang lain untuk decide yang terbaik untuk diri sendiri"
    TERBAEKKK..^_^

    ReplyDelete
  92. chantek sangattt :)

    ReplyDelete
  93. omaigod pic plg last sekali u nmpk sgt cntik + elegan.

    ReplyDelete
  94. Tahniah Fatin, suka ayat yg last tu. Setakat apa yg Ida dah lalui, byk perkara yg nk Ida x dpt..tp takpe mungkin mcm apa yg Fatin cakap..mungkin belum masanya ALLAH kabulkan permintaan Ida. Tapi biasalah kehidupan tak semua yang nk itu kite dapat :)

    apa2 pun tahniah Fatin.

    ReplyDelete
  95. cantikkkknyeeee...suka tengok. Tadi pegi cari mag dara.com, tapi tak jumpa mag tu.. good luck FL!

    ReplyDelete
  96. finally dpt jgk jadi cover girl kan? so sweet lah kak fatin..sesuai jd model utk busana muslimah..cumel sgt ^^
    congratzz sis :)

    ReplyDelete
  97. You inspire Me! Hehehe...
    Mmg betul... perancangan Allah adalah yg terbaik buat kita!

    ReplyDelete
  98. berbagi kata kata motivas
    Apa yang anda lakukan hari ini, merupakan kunci kebaikan ataupun juga kehancuran hari esok anda. Lakukanlah yang terbaik untuk hari ini.

    salam kenal,sukses selalu dan saya tunggu kunjungan baliknya :D

    ReplyDelete
  99. Dh bli....cntik...suke jgk dgn deco bckground tu..cute sgttt..

    ReplyDelete
  100. baju untuk covergirl tu lawa lah =)

    agak mendiskriminasi jugak erk org majalah utk ambik covergirl majalah . haihh apa lah nasib org yg pakai braces mcm kita nie . wahh terus kita . tak leh blaa >__<

    ReplyDelete
  101. wah..thanks kak Fatin. terkedu atas nasihat tu. Yup..Allah tahu apa yg terbaik utk kita..walau utk menunggu sesebuah jawaban itu memakan masa. Yg pasti itu lebih baik. terima kasih :)

    ReplyDelete
  102. Tahniah Fatin. Yang cover 2nd ni makin nampak cun dan berseri.ehem2 :-)

    ReplyDelete
  103. jujur..selama ini saya suka membaca entri anda tetapi tidak berapa berkenan dengan cara anda yang kadang-kala saya rasa macam bangga diri tapi tak nak tunjuk sangat. tapi setelah saya membaca entri ini, saya mula jatuh cinta dengan personaliti anda. saya kagum dengan orang yang berani berterus terang atau dengan selamba cakap dia glamer berbanding orang yang cakap 'sape la saya ni..' pastu upload gambar gedik semacam, tulis entri macam anak jutawan. semoga berjaya saya ucapkan.

    ReplyDelete
  104. Lihat entry kat sini Lebih menarik berbanding redmummy.. bangga dapat follow blog ni tapi lebih bangga jika admin belog nie lak follow sya punyer.. LOL!

    ReplyDelete
  105. Tahniah fatin..akhirnya dapat juga apa yang diimpikan...alhamdullilah.

    boleh dijadikan contoh untk remaja2 yang lain.

    ReplyDelete
  106. tahniah...dapat jugak jadi cover girl....rezeki tu....

    ReplyDelete
  107. comei...cute...entry yang bersemangat for akak...

    ReplyDelete
  108. I'm not a hater,also not a perfect person,but i think being glamour through top magazine is not something we could proud of as muslimah...i'm sorry if i hurt u.

    ReplyDelete
  109. Hee , suka baca mcmna pun FL cerita . Fl jd diri sendiri bukan org lain . goodluck dear :')

    ReplyDelete
  110. Tahniah Fatin Liyana.. Lama tu menanti selama 6 tahun untuk jadi Cover Girl..

    Kata orang rezeki di tangan tuhan.. Kalau dah rezeki Fatin Liyana takkan kemana..

    Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..


    Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar

    ReplyDelete
  111. Wah! Cantik2!
    Tahniah kerana berjaya jadi covergirl ;)

    ReplyDelete
  112. wahhh mantap makin terkenal blog ni dengan orangnya sekali jadi famous.

    ReplyDelete
  113. saya teramat suka membaca belog honey ni... memang power & the best larh ayat nya..! TAHNIAH !

    ReplyDelete
  114. assalamualaikum, fatin..nice dress..teringin gak nk jdi model, walau sy xcukup tggi..hehehe...ada nmpk buku dara mse time nie hri tu tpi xbrkesemptn nk bli..huhuhu..btw, keep up....

    ReplyDelete
  115. sangat suke ngn your take home message :) sbb kene pade batang idung sndri...huhu

    ReplyDelete
  116. "Aku berpijak di bumi yang nyata dan rajin membuat latihan matematik tambahan untuk masa depan yang cerah."

    Hehe, ayat ni lawak sikit. =)

    ReplyDelete
  117. TAK KIRA!walaupon lambat bg respond kat entry kali nih nak bg respond jugak .... akak FL nak baca ke tak nak komen kita terpulang ..haahaahaa :)

    mak aiiiii!!memng gojes la akak nih ...bukan seng tuh nak jd COVER majalah tuh ...entry kali nih bikin perut gua hampir terburai gara2 ayt selmba lawak akak tuh ..."Aku berpijak di bumi yang nyata dan rajin membuat latihan matematik tambahan untuk masa depan yang cerah."haahaa......tapi,tak per kak ..last2 dapat jugak kan ?tahniah .... akak mmg selebriti pon ...SELEBRITI BLOGGER !
    walaupon akak cakap diri akak FAIL , FAIL ,FAIL ...but ,bg sy akak perfect dr semua segi dan wajar dijadikan cth dan imej yg baik lebih2 lagi buat remaja macam sy ...... apa2pon tahniah lahhhh!!proud of u!

    ReplyDelete
  118. Alhamdulillah..rezeki bertambah =)
    Keep it up FL ^_^"
    Lawak lak baca masa mula2 tu... gila minat jadik cover girl eh.. haha. tahniah la lastly dah belambak magazine tawar jd covergirl =)take care~

    Entri khas utk dia... heyyy !
    untuk dia... heyyy!
    dia.... -FATIN LIYANA-

    http://lensahatinata.blogspot.com/2012/10/untuk-dia-fatin-liyana.html

    ReplyDelete
  119. Nak jadi cover gak :D .. Hehe.. Comel akk ..

    ReplyDelete
  120. "Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita terpaksa melukakan hati orang lain untuk decide yang terbaik untuk diri sendiri."

    alamak suka gila lah ayat ni. kena gila dgn my situation. thank you atenn!

    ReplyDelete
  121. Assalamualaikum. aku suke baca entri kak fatin.

    ReplyDelete
  122. seriously,kalau i become you,i would definitely terkilan dgn sikap editor mjlh dara.com. bile fl dah popular,bru terhegeh2 nak fl jd covergirl utk majalah diorg. mse blum popular,byk cekadak pulak nak suruh tanggalkn braces bagai.

    ReplyDelete
  123. ape ade dgn glamour?glamour tk jamin masuk syurga kak.sy bukan ape.akak tk malu ke cerita kt 1 dunia perkara yg blh aibkan akak.sy baru je nk kagum dgn akak.tp ble akak cite mcm ni,sy terasa mcm akak mmg suka cari publisti.sorry to say kak.masih belum terlambat.love u.

    ReplyDelete
  124. Seperti biasa. Anggun! :)

    ReplyDelete
  125. keep blogging fatin. you inspired some people sometimes :)

    ReplyDelete
  126. sis bimbo, im proud of you, with the adorable life now! good luck for your future. siryessly, i adore you <3

    ReplyDelete
  127. Ade kesamaan... lepas lebih kurang 7 tshun baru terjadinya pekara yang diimpikan dulu tapi dah x pikir sekarang... papepon still hepi pasal impian dulu2 tercapai gak.

    ReplyDelete
  128. COLOURFUL NYA GMBR DIA.HEBAKK SUNGGUH XD

    ReplyDelete
  129. LEPAS NI ADA JADI COVER GIRL MANA2 LAGI TAK ? :D

    ReplyDelete
  130. Geli hati n ketawa terbahak2 tiap kali baca entry Liyana

    ReplyDelete
  131. wahhh semoga terus berjaya yer..hehe

    ReplyDelete
  132. Tahniah dear...
    FL sememangnya layak :D

    ReplyDelete
  133. fatin memang awesome

    ReplyDelete
  134. cari la kje laen weh...
    x yah la jd model ke,cver girl ke..
    tnam impian ko 2 utk bnd laen..
    byak lagi bnd manfaat yg ko bule wat..

    ReplyDelete
  135. comel la kak FL.

    jom langgan wifi maxis fibre. best nak online selalu. senang nak komen2x ;)
    http://bit.ly/TtaIfE

    ReplyDelete
  136. fatin, nak tau cane u bahagikan masa antara study n bt modelling ni...yela, medical student ni slalu bz kan?.

    ReplyDelete
  137. fatin...terima kasih byk2..ur words btol2 sdarkn blik sye..i'm a bit down lately because ape yg sye buat xmnjdi spti yg sye hrpknn..i'm a bit dissapointed with my life..but until i read ur entry..terima kasih..alhamdulillah..Allah adalah sebaik2 prancng kn.? mngkin msenyer blom tiba lg untuk sye..terima kasih byk2 fatin.. =)

    ReplyDelete
  138. ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ::::D

    ReplyDelete
  139. Lambat respond juga..hehe sy mmg suka majalah Dara ni..tiap edisi beli..lepas beli ari tu baru kenal Fatin Liyana..adoiii...sungguh la terlambat.belog pun bru sign up bbrpa bulan lepas.hahaa

    ReplyDelete
  140. Bukan rase comel tapi memng comel...kiut-miut... Bila pakai tudung gitu nampak sangat lembut dan ayu macam kek yang gebus okeh!

    ReplyDelete
  141. untunglah. tp akak mmg dah femes sekarang nih :)

    ReplyDelete
  142. Wahhh sangattt bestttnyaa!!!! Untung Fatinn....

    Ni ada entry giveaway..pada blogger-blogger, boleh check it outtt....

    ReplyDelete
  143. tahniah anda telah berjaya,,
    entry pon sedap dibaca,,
    klakar pon ada,,
    saya pula nk jdi cm awak,,hehe

    ReplyDelete
  144. wow ! kak, ni memang seriosuly amazing. macam dream come true kan :D who knows in the end, u have much more happier than u ever imagine. yeah-hi-5 ? :D

    ReplyDelete
  145. hai kak fatin liyana. ucapan Assalamualaikum diberi sebelum mmbuka bicara. :)
    nak tanya ni. ada acc twitter x ? nak follow nak follow.(@syaqs) >.<
    kalau ada masa balas la comment ni ye.

    ReplyDelete
  146. Tahniah dan semoga terus sukses ya :-)

    ReplyDelete
  147. comel je akak ni. But betulla kan apa yg akak cakap, a good life lesson to be shared. Thanks akak.


    Btw akak ckp gmbar tu mcm comel, tpi ade ke gmbar akak yg ta comels? Smue comels je. Hihiks

    ReplyDelete
  148. bertuah krn diberikan 'tarikan' untuk mendekatkan peminat ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  149. llah adalah perancang yang paling baik , I LIKE (Y)

    ReplyDelete
  150. semanngat tu yg kena ikut.tahniah fatin

    ReplyDelete
  151. wah.. congrate.. ni kenal blog akak pon dari newspaper(metro x silap)

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...