Monday, December 15, 2014

Aktiviti dapur

Assalamualaikum


Ok I have a confession to make. Masa kakpaten kecik kan, tahap pemalas aku ni sudah mencapai takat boiling point para ibu-ibuan. Level pemalas aku ni bukan calang-calang takat malas angkat baju di ampaian mahupun membasuh pinggan di dapur selepas makan. Hardcore dia bila remote control jauh sejengkal pon aku boleh melaung panggil dak han yang tengah main game dalam bilik suruh ambikkan.
Seniority wins :')

Rutin biasa mak aku adalah beliau akan turun ke dapur lepas balik kerja pukul 5 petang. Mak aku memang power memasak. Traits belah mak aku memang semua power masak. Masak apa je, sedap. Masak apa je, jadi. Jadi level cerewet mak aku ni boleh menguji keimanan juga.


Hey apesal kacang panjang ko tak serong 45 darjah? Adjust balik kasi semua sama!


Ha itu baru mukadimah


Disebabkan budak kecik tak boleh stress-stress kerana ia akan mempengaruhi perkembangan otak, maka aku selalu mengelak untuk masuk dapur. Bila balik sekolah je aku akan buat homework kaw-kaw, dalam pukul 4 macam tu aku akan tidur petang sampai 6 lebih. Nanti aku bangun-bangun je makanan dah siap. Berkat perkembangan otak.


Tapi mak aku dah naik jelak dengan taktik aku. Beliau dengan selambanya memetirkan suaranya di telingaku agar aku bingkas bangun dan menemaninya di dapur. Pressure betul duduk kat dapur tu. Rasa macam tengah ujian memandu (on the road) dengan JPJ. Tunggu time je nak fail. By the way, aku pass JPJ one shot je ok kekeke


Haih tapi itulah, semakin aku dewasa, semakin aku suka memasak. Masa aku duduk kat bandung dulu, masa tu peak aku suka memasak. Bila habis kelas je, mesti pergi shopping groceries kat Griya naik scooter Mio aku hehe. Stress gila kalau beli telur naik motor, kemain jantung laju sebab takut telur pecah. Macam-macam resipi aku try masa duduk Bandung dulu tau. Sebulan dua boleh la kau tahan makan ayam penyet, lepas tu kau rasa macam nak penyetkan je muka brader yang jual ayam penyet tu. Itu pasal aku rajin memasak.


La ni, dapur kat rumah tu adalah territory aku. Asal bosan tak tau nak buat apa, ada la aku kelentung kelentang sensorang kat dapur. Aku suka masak sensorang sambil berangan. Kang aku berangan la nak set pinggan Corelle bunga plum, kuali shogun hehehe. Alahai aku bukan masak susah-susah pon. Apa yang ada je kat dapur tu. Kot aku tengok ada nasi lebih semalam, aku buat le nasi goreng kekampungan. Kot ada mihun ngan ayam sesikit, aku buatlah meehun sup tak cukup bahan haha. Kalau aku rajin aku pergilah start enjin kejap untuk melengkapkan bahan-bahan masakan. Mak aku pantang betul kalau masak tak cukup bahan.


Eh lama pulak aku bercerita pasal masak ni. Bagi aku la kan, bukan susah pon nak masak. Bergantung kau rajin malas je. Sekarang ni lagilah, resipi bersepah-sepah. Ko google je, keluar. Kakpaten pon ada share resipi kat blog ini hiks. Dulu mak kakpaten selalu pesan,


Ko taknak belajar masak sekarang, ikut sukahati ko nak. Nanti ko dah kahwin, ko jangan call ibu nangis-nangis tanya aku apesal nasi ko jelantah.


Epic kan mak aku? Wahahaaha


Stress asyik kerja, baik aku balik rumah gulung popia. Syok! Aku suka buat popia sayur. Buat banyak-banyak pastu simpan dalam freezer, petang-petang goreng le. Cicah dengan sos Mae Pranom yang manis tahap diabetic ketoacidosis tu. Biasanya aku cairkan sos tu dengan air panas dulu..


Ini nasi lemak ayam dan burung puyuh beserta laksa Sarawak. Masak beramai-ramai dekat kampung itu hari. Kan aku kata family belah mak aku memang power memasak. Dapnyeee


Masa pergi Melbourne itu hari, hari-hari aku, Fadz dan Najahtul memasak. Jimat sangat. Syok betul share-share dapur dengan omputih. Omputih tu masak spagetti la, baked bean la, omellete with cheese bagai. Eh aku orang asia haruslah makan nasi seperiuk belanga!


Meh akak ajar cara nak masak Kari ayam seindah cinta di Cappadocia. Bukan susah pon. Bukak tin, campak suma dalam kuali hahaha. Hentakkan cili api, campak lagi. Omputih sebelah siap jeling-jeling, haa jakun letewww hiks.


Sebelum mulakan roadtrip, makan dulu. Bahagia weolls dapat nasi di Aussie. Sejuk gila masa tu, yelah winter kan, berasap-asap mulut. Dapat pulak nasi dengan kari ayam... sampai euphoria kak Najahtol uolls!


Lepas dah siap masak dan mengemas, jangan lupa pakai cecantik balik! Jadi perempuan ni kena tiptop. Penampilan nak kena jaga, perut suami pon juga :P




Thank you for reading this entry !

103 comments:

  1. hahaha.....tang ayat paling last tak boleh tahan.

    ReplyDelete
  2. hari² tibai sos mae pranom....mau Hba1c mencanak naik nya

    ReplyDelete
  3. omputih tu bukan nak jeling-jeling tu, nak ngorat kak patin lettew.

    ReplyDelete
  4. wuhuuuuu...do u know how desperate i am waiting for ur new entry to up......kak FL!pin lah travelog khas g aussie..pleaseeeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  5. kat oversea, kalau dapat makan nasik panas dengan kari, memang meletops nikmatnya Ya Allah haha

    by the way,sos mae pranom memang terbaek!

    eh, terer kak paten masak popia. ahkak pun lom pandai lagi buat popia (ker malas, haha)

    ReplyDelete
  6. bestnyer entry santai tapi menghiburkan ;)

    ReplyDelete
  7. dapur yg kat melbourne tu cam menarik je? kat mana tu eh? sesiapa boleh masak sana ke canne? kena bayar ke?

    ReplyDelete
  8. Ayat last tu namee bau nasi minyak dah fatin. Pak roslan udah nyampaikan pesan pak asri Ahahaa

    ReplyDelete
  9. Haah betoll... Rajin ngn tak je...masak boleh tahan lagi...bab nak basuh tu lahaiii... Sedih mak.. Dah masak pastu basuh.. #calonmak2 sangat uu =p

    ReplyDelete
  10. Orang pompuan belajar pandai-pandai pun wajib kena pergi ke dapur.. Sebab suami lebih suka makan makanan isteri berbanding makan dekat luar... ;)

    ReplyDelete
  11. sedapnya tengok burung puyuh tu..terus rasa nak masak nasik lemak hujung minggu ni.heeee :D

    ReplyDelete
  12. makin expertla ni memasak ni. Apa2x pun boleh masak. terbaik!

    ReplyDelete
  13. Nasik lemak tu dapnya fatin.dah ada talent dah tu nak kawin tu.jangan lupa jemput eh :)

    ReplyDelete
  14. sama la...bila dah besor berkahwin ni baru la terhegeh2 google recipe...hahaha...

    ReplyDelete
  15. dapur tu sharing2 utk msak eh? hihi..

    ReplyDelete
  16. Dah boleh kawen ni. Kenalkan calon suami cepat...hehe

    ReplyDelete
  17. hahaha kak fatin sama la kita.stress gila duduk dapur ada je tak kena sikit2 fail.tapi lelama haa boleh la (either makin terer or mak dah malas bebel or telinga dah pekak hahaha)

    ReplyDelete
  18. Kalau bab hidangan, family kak fatin mmg jagakan? Sy tengok hidangan nasi lemak tu, dengan telur tersusun, ayam dengan burung puyuh pum tersusun. kemas sangat!

    Popia tu pun tersusun ala-ala restoran. Setengah orang mereka x susun lawa2 pun sbb yg nak makan tu diorang jugak. Bkn org ternama.

    ReplyDelete
  19. weyh...popia tu mcm sedap je!


    hardee786

    ReplyDelete
  20. fuhh. lama gila tunggu kak FL buat entry baru. haha. finally.

    best la tengok kongsi-kongsi dapur gitu.

    ReplyDelete
  21. Fatin.. Ni kat Maze kan? Pernah duk situ. Sukaaaa sangat dgn dapur die.

    ReplyDelete
  22. bagus la kak patin ni susun ayat.gelak aku!

    ReplyDelete

  23. waaa...untunglah bakal suami kak fatin. hehee :P

    ReplyDelete
  24. menjadi satu kemestian untuk masak memasak bile travel.. jimaat duuiiitt..

    btw, jemput visit my blog k,
    http://www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. kakpaten santek sangat sebab tu omputeh jeling2... hahah

    ReplyDelete
  26. Haha. "Jakun le tew" . Kelakar lahh kak FL ni : )

    ReplyDelete
  27. lorhhh pendeknya cerita...nak lagi nak lagi...nak baca lagi...

    ReplyDelete
  28. macam tak lama je kannnnnnnnnn...auwwwwww

    ReplyDelete
  29. Adek.. Thank you so much.. Keep on inspire ppl..

    ReplyDelete
  30. nak lagi senang,

    fikir je kawen utk melengkapi..

    kita tak pandai masak, pasangan mesti pandai masak heheehh

    ReplyDelete
  31. kahkah. main campak2.. terbaek woookk.

    ReplyDelete
  32. akak buku diagnosis tu dah tak jual ke? kalau ada jual lgi mcm mana nk beli eh?

    ReplyDelete
  33. clue lettew! hahaha kena prepare popia spesel..

    ReplyDelete
  34. Tak puas baca.. nak lagiiii entry lain pleaseeeeeeeee hewhew~

    ReplyDelete
  35. LAma benar menantti posting dari kau dik...Penyakit malas tahan langit ke 8 ni dah ada kat anak dara aku dah..adoihhh..stress aku nak nyuruh...ni mesti pangai abah dia nih...eh???huhu

    ReplyDelete
  36. this is a nice entry, bahasa yg biasa dan menghiburkan... best nya belajar kat Bandung... sure sekarang ni pandai cakap ala ala artis sana kan?

    zaman sekarang masak lagi segera... semua main campak jer... nasi goreng segera lebih sedap dari nasi goreng cara lama... cuba masak sekali dah tu dengar apa diorang cakap... hehehe

    ReplyDelete
  37. beza giler penampilan sebelum ,semasa dan selepas memasak...awesome !! ^_^

    ReplyDelete
  38. assalam. mama memang mengikuti tulisan fatin. klu mama cdg kat fatin utk satu slot racangan tv fatin terima tak? tapi bayarannya ciput.mm.. inbox kat fb mama.tkasih.

    ReplyDelete
  39. Kakpaten bila nak update pasal your graduation day? Dah lama tunggu entry tu up huuu

    ReplyDelete
  40. Salam kenal...Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)

    ReplyDelete
  41. ayat mak kakpaten tu deep giler. menusuk ke dalam kalbu hiks

    ReplyDelete
  42. jelesnya la.. nak gak melancong.. best hoiii

    ReplyDelete
  43. Dah lah Comey dan pandai Masak lagi :D

    ReplyDelete
  44. betul tu kakpaten...perut suami la keutamaan kita para isteri ni...^_^

    ReplyDelete
  45. at last, ada jugak entry fatin. hope next entry berkaitan dengan last paragrahp tu. kehkeh

    ReplyDelete
  46. Tergelak baca part

    "Hey apesal kacang panjang ko tak serong 45 darjah? Adjust balik kasi semua sama!"

    Hahaha!

    ReplyDelete
  47. hahahaha tetiba ada perkataan suami kat situ .

    ReplyDelete
  48. cantiknyaaa kakpatennn. imissyou tahuu instagram dah takde T______________T

    ReplyDelete
  49. eeee kak paten ni kenapeeee comel sgttt.

    HAHAHAH. tang kacang panjang tu betul. stress mak enon!

    ReplyDelete
  50. I'm impressed with your writing. Nampaknya ramai yang kelakar dengan ayat pilihan masing2. Anis pula kelakar dengan ayat nak penyet muka brader tu, n seniority win, n lain2 !

    ReplyDelete
  51. Congratulations afl! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  52. Ayat last xmnahan hehe..tahniah atin,mkn ns mnyak nati jgn lupa jemput taw hehe

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum akak fatin. Kenapa deactived insta? How are you now? I really miss stalking your pict on insta!! :')))

    ReplyDelete
  54. beauty with brain,, pandai masak lagi..entry mesti sentiasa best!! :)

    ReplyDelete
  55. Fuhhh pandai masak popiah tu memang tempting jeeeeee. jom singgah blog kita, nengok kita masak kita sembang kita borak sesambil senyum bersama di blog saya http://mummyfiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  56. Salam dr kak paten. Congrat for ur engangemnt with dr AF. Semoga berkekalan hingga syurga ALLAH. Dr kak paten, nnti bila free buatla entry pasal kak paten dgn dr AF. mesti sweet . 😄😻

    ReplyDelete
  57. Tahniah kak Fl dah selamat jadi tunangan orang ;)

    ReplyDelete
  58. hai kak paten congratulation k...
    salam perkenalan nanti singgah blog kiter k

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum FL, hahaha terbaik! suka statement last tu. kuikuiii ;p

    ReplyDelete
  60. tahniah Dr FL & Dr AF diatas pertunangan kalian.Di doakan dipermudahkan segala urusan kalian.:)

    ReplyDelete
  61. ingatkan dah kawin..coz,tgk byk gmbar lam fesbuk.. :)

    ReplyDelete
  62. Samala perangai mak kita.. sb tu sy ambl kputusan layan tv..heheheh.. sb nya kalau mask dapur ada je xkena.. tp bla dh besar2 dok sndri bru tahu azab tak tahu mask..huhu.. perut lapar so mulalah meraban masak apa yg ada, sedap xsedap blakang kira yg penting prut kenyang..heheeh. so skrg dh mula insaf, wlpn tahap kesedapan baru mningkat 2/10 tp alhamdulillah rajin jga masak.. :-)

    salam perkenalan dr saya di blog Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum Fatin Liyana,

    Omputih tu jeling-jeling sebab bau kari yang menusuk hidung.. hehehehe

    Apa pun entri yang menarik, I follow sebab best!

    ReplyDelete
  64. Salam. Hee dapur kat hotel backpacker kah?

    ReplyDelete
  65. kak paten lepas ni share ah bebanyak resepi kat sini, pengaruh kak paten ni kuat sgt dgn diri saya. mana tau lepas ni saya jadi rajin memasak. berkat share reseii kakpaten =P

    ReplyDelete
  66. Fatin Liyana tunang ke kahwin? Sebab nampak macam majlis kahwin jer. Siap ada photoshoot bagai upload kat insta.

    ReplyDelete
  67. salam.
    i like ur blog. more post please! ;)

    ReplyDelete
  68. yehh,, main masak masak.. =P
    huhu,, jemput singgah blog..
    http://aizfaizi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  69. dapur tu boleh share? knp ek ? macam best je :D

    ReplyDelete
  70. akak fatin..kenapa makin kurus nii...plisshhh...nak tengok mcm dulu..muka tembam.. ;p

    ReplyDelete
  71. congrats kak paten dgn AF.. aritu tunang kn.

    ReplyDelete
  72. Lucu pulak baca kali nie enry.
    Ayat last tue menampak kan bunga-bunga dah kan.

    ReplyDelete
  73. Sedapnya nasi lemak, siap ada burung puyuh lagi..

    ReplyDelete
  74. memang epic ayat mak FL tue.

    ReplyDelete
  75. kak paten,,, nk gmba tunang aritu :)

    ReplyDelete
  76. kak patengggg,, kite sakit perut ape ubat die?? ;-)

    ReplyDelete
  77. sedap dan menarik tengok lauk bersusun cantik atas meja tuh.. bagus laa dari tak suka ke dapur, sekarang dah jatuh cinta nak ke dapur..

    ReplyDelete
  78. bestnya kalau dapat masak sedap..semua orang akan suka!

    ReplyDelete
  79. nmpak sdap je akak masak..btw,congrats kak..jodoh akak da smpai..alhamdulillah..update la blog slalu ea..<3

    ReplyDelete
  80. First time sampai kat blog ni, rasa macam nak tidor kat sini je baca cerita U. Hi hi .. salam sejahtera.

    ReplyDelete
  81. balik ni terus rasa nak buat popia sardinplak.. hehe..

    ReplyDelete
  82. Saya suka dengan wanita yang boleh memasak, ia ciri paling bagus untuk menjadi seorang ibu. Kerana air tangan ibulah yang akan bantu didikan anak-anak dengan kasih sayang.

    Bila nak kawin? :P

    ReplyDelete
  83. Salam Fatin

    Bawak kari ayam n sardin tu dari malaysia eh? Kiranya lepas imigresen la? Tgh plan trip jugak ni. If ade tips boleh share?

    Btw, congratulations on ur engagement! Same cantik same padan gitu! :)

    ReplyDelete
  84. Gtu....masak kari ayam di perantauan memang epik. haha~

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...