Monday, April 22, 2013

Tips Travel Ke Hong Kong

Assalamualaikum

Aku baru balik dari Hong Kong baru-baru ini. Trip kalini aku pergi dengan family, yela asek keluar dengan  kengkawan je kan hiukhiukhiuhk. Untuk trip HK ini, aku adalah kapten. Akulah yang susun iterinary, book flight, hotel dan segala toknenek ticket yang ada. Oleh itu aku sangat faham dengan selok belok HK ini. Wah wah ada berbaur takbur disitu. Ehem beginilah, sebelum pergi HK aku telah membaca pelbagai blog yang menulis tentang HK. Banyak input yang aku dapat. Info-info yang diberikan amatlah berguna untuk backpackers seperti aku ini. Terima kasih bloggers. Dulu, kini dan selamanya.

Oleh itu, aku telah decide untuk membuat entri ini. Dalam entri ini, aku ada sediakan sedikit tips yang mana aku rasa amat berguna untuk first timer yang berhajat untuk travel ke HK. Walaupun tidak banyak, tapi aku harap sedikit sebanyak dapatlah tolong korang supaya tak lost di kota HK yang penuh sibuk itu. Silakan share bersama rakan-rakan anda yang mahu pergi HK =)


Weolls pergi berempat je. Adik, abang dan kakak ada urusan lain hehe. 
My MNG Boston bag is from Moddy


1. OCTOPUS CARD
Octopus card adalah sama macam Touch & Go card. Digunakan untuk menaiki MTR & bas. Kalau anda tak ada Octopus card ni, susah hendak menaiki transport awam kerana untuk menaiki bas contohnya, harus menyediakan wang kecil secukupnya.

Dimana boleh beli? : 
Apabila sudah touch down di arrival hall Hongkong International Airport (Level 5), cari kaunter Airport Express. Atau tanya sahaja 'Where can I get an Octopus Card?' pada mana-mana officer.

Harga :
HKD 150 for adult & HKD 70 for child, HKD 50 digunakan sebagai deposit, makanya anda ada balance sebanyak HKD 100 (for adult). Jika anda datang berempat, maka setiap seorang harus ada 1 card. Jika sudah habis, boleh topup dimana-mana information counter di MTR station atau convenience store seperti 7-Eleven. Tiada extra charge dikenakan. Card ini boleh refund. Baki dan deposit akan dipulangkan. Tapi charge HKD 9 dikenakan untuk setiap card.


2. SIM CARD
Di Hong Kong, mereka ada menyediakan simcard untuk travellers. Simcard ini menawarkan 7 hari unlimited internet dan prepaid sebanyak HKD 10. Aku sarankan korang beli simcard ini. Siryes sepanjang aku berada di Hong kong, memang dependent habis dekat internet untuk googlemaps dan sebagainya.

Dimana boleh beli ? :
Apabila sudah touch down di arrival hall HongKong International Airport (Level 5), naik lift ke Departure Hall (Level 7). Cari kedai 1010. Katakan kepada orang kedai 'I want to buy the traveller's sim card' 

Harga :
HKD 88 untuk satu simcard. HKD 78 akan ditolak directly untuk bayaran internet. Balance prepaid HKD10.

Cari kedai 1010 ni tau, dekat level 7 =)

3. MAKANAN
Makanan halal ada dijual di Hong Kong. Airport (Popeye), Disneyland (Tahitian Terrace), NgongPing 360 (Ebeneezer's Kebab), Wan Chai(Islamic Canteen), Tsim Sha Tsui (Chungking Mansion) dan Citygate Outlet (FoodRepublic) Kiranya di tempat tourist attraction memang ada menyediakan makanan halal. Harga dalam HKD 70 - HKD 90 untuk satu meal. Memang agak mahal especially kalau family ko ramai, semua pon nak matekedarah kan. Paham sangat.

Cadangan :
Breakfast dan dinner dalam bilik hotel sudahlah. Lunch je di restaurant sebab on the go kan. Sila bawak bekal dari Malaysia. Roti Gardenia bawaklah 4-5 buku, tuna bertin-tin, butter & jam kecik-kecik. Gula-gula, chewing gum dan chocolate sila bawak jugak untuk alas perut.  Mak aku siap masak sambal ikan bilis, ayam goreng, nugget dan nasi putih. Kenyang kitorang makan hihihihi. Comel angat mak itew.

Makan di Ebeneezer's Kebab. Total untuk 4 meal ini lebih kurang HKD 300 = RM117. Sebab tu iolls kata makan sekali je sehari di restaurant =')


4. MINUMAN
Ha air kat HongKong mahal gile. Sebotol mineral water tu ada yang jual HKD 20, ada yang jual HKD 10. Tapi paling murah aku pernah jumpa adalah di ChungKing Mansion. Cuma HKD 2 sebotol. Yay! Kalau makan kat restaurant halal tu, takyah la order air. Buat habis duit je. Diorang tak marah pon kalau korang bawak air sendiri =)

Cadangan :
Bawak botol minuman yang kosong. Nanti dah touch down kat airport HK, boleh refill botol dengan air yang disediakan di Airport. Ala yang air dalam cooler tu..freee je. Lepas tu bawak la kettle & minuman 3 in 1 (Milo, kopi etc). Pagi-pagi boleh breakfast dalam bilik hotel. Kekadang hotel ada sediakan kettle dalam bilik, so takyah bawak dah =) Kalau dah start journey tu, bawak air berbotol-botol masuk dalam beg ok.

Kalau tak, ko kena beli ni. Sebotol mineral HKD 18 = RM 7. Ko mampu?? mihihi


5. SOLAT
Waktu solat HK berbeza sikit dengan Malaysia. Yelah siang dorang awal. 630 pagi dah terang benderang. Klik sini untuk waktu solat di Hong Kong. Qiblat HK pula adalah 285 degree. 

Cadangan :
Download compass aplication dalam smartphone anda untuk mencari arah kiblat. Bawa telekung mini atau pakai pakaian yang menutup aurat/boleh dibuat solat walaupun anda tiada telekung. Hint : Pakaian labuh, longgar dan pakai stoking. Jangan expect anda solat di hotel/masjid, ini bukan negara Islam. Solatlah di mana-mana sahaja yang bersih.

Ya dimana-mana sahaja asalkan bersih.

 Ingat, qiblat HK adalah 285 degree. Ikut jarum kelabu tu tunjuk mana, itulah qiblat anda =)


6. MTR
Sistem MTR HK adalah sangat efisyen. Sama macam Japan, Korea & Singapore. Dijamin takkan sesat. Tapi uolls kena ada basic jugak. So before pergi HK, buat homework dulu tempat-tempat yang korang akan lawati. Jot down the MTR station's name and the exit. Contoh kalau nak pergi ChungKing Mansion, kena turun di Tsim Sha Tsui station and keluar exit C1. Kalau salah exit atau salah MTR memang meraban le ko.

Cadangan : Apabila sampai di MTR station, cari information kaunter, mintak Map MTR. Mesti kena ada map ni. A night before nak pergi tempat yang ditujui, kena study dulu route dia supaya tak emo tak tentu pasal.


7. ASSISTANT YANG HEBAT DAN MENYENANGKAN KERJA
Tentulah Samsung Galaxy S3 Mini saya. Boleh jadi compass, boleh jadi backup camera, klik sini untuk tengok qualiti gambar S3 mini dalam entri lepas. Yang paling penting, s3 Mini bertindak sebagai navigator untuk kami sekeluarga =)

Bila berada dalam MTR yang padat dengan manusia, memang jarang sekali aku dapat seat. Out of 10, 2 kali je aku dapat seat. Apa nak buat, kenalah berdiri. Bila berdiri, satu tangan kenalah hold on pada tiang supaya tak jatuh dek kerana prinsip inersia. Maka, susah nak mengemudi touch screen phone. Tapi nasib baik S3 Mini ada S Voice. Dengan S voice, aku tak payah nak touch phone untuk open application. All i need to do is, just say it! Contoh macam nak bukak map, takpayah dah nak touch touch. Just cakap dekat S3 mini, open Map. Terus dia open. Senang gila =)


Ha inilah S Voice.  Bila kita cakap, ada suara akan reply. Lepas tu these boxes akan popup. Comel sangat bercakap dengan phone sendiri. Feeling-feeling Batman & Alfred sangat =)


Dan yang bagusnya, kita boleh printscreen. Ko ingat laptop je boleh printscreen hehe? Contoh macam aku tengah bukak googlemaps untuk dapatkan direction ke Oi Kwan Road. Dalam MTR kan sesak, kekadang secara tak sengaja akan ter'touch' the screen..pastu tak pepasal terkeluar dari application tu. Bikin panas jela. Luckily, this phone boleh printscreen. Just tekan button 'Off & Home' serentak. Automatically akan printscreen. Memang menyenangkan kerja aku hihi.

More info click www.samsung.com/my/s3mini


Thank you for reading this entry !

50 comments:

darina sekeri said...

tq patinnn... nk g hujung bln ni....

Anonymous said...

woww...info yg sgt berguna...

Hasha Hashim said...

thanks 4 ur guide fatin :)

Hasha Hashim said...

Thanks for ur guide fatin :)

iffah imani said...

good info...

nisa said...

input berguna fatin..nak g hujung tahun ni..thanks!

aiman mania said...

mungkin info nih berguna suatu hari nnti .....walamakkk!tak der ke nampak kelibat jackie chan?
huuhuuhuuhuuh......betul2...hongkong bukan negara islam..sembhyg je kat mana2 aslkn bersih ^^
nak tau jugak 1HK bersamaan degn berapa RM ?? saya belajar je ekonomi , tapi , ta ingt..tambhn lagi , masa form 6 je amik ekonomi ...f4 n f5 sains stream ..sebb tuh la lupa.....waiting for ur travelog entry at HK ^^

Syafiq Nor said...

ni terasa nk pegi nihh..mahal sgt lorrrhh..huhu

idot said...

salam.. fatin..
boleh x fatin buat entry tuk budget p HK. akk ni tgh kira budget tuk p HK. boleh kan?

RadhiahIlyas ッ said...

huhuuhhu. bestnye gi hong kong :) s3 mini tbaik la!

anip said...

menarik jugak hk ni..baru tahu susah nak jumpa tempat utk bersolat

Anonymous said...

Bukan boleh swipe je guna tgn dah screen capture. Entala tapi Rasanya ye.

Tsaqib Al-Hasawi said...

Dashat! Complete!

Lavender said...

info yang berguna.. product utk muka ni actually bergantung pada jenis muka. Ade orang sesuai pakai produk A, ade orang sesuai pakai produk B, ade orang sesuai pakai produk C, sebab kulit muka masing-masing tak sama.

Macam saya, saya pakai produk dermalogica.

Lavender said...

i dah pi Hongkong last year. i travel from Ho Chi Minh City naik train ke Hanoi, then naik train ke Nanning-Guangzhou-Hongkong.. I travel secara backpacker..
semuanya i share kat www.lavenderbackpacker.blogspot.com

Sundra Praveen said...

Kak FL, how about the hotel?

Nurul Firzanah said...

KAYYYY! SAYA SANGAT MINAT KAK PATENGG DAN INSYAALLAH, SAYA PERGI NANTI >///<

nurdani said...

info yang sangat berguna. paling best S3 mini tu la.hehe

Cik JariManis said...

bestnya fatin... jeles tgok..hehe! :)

TeTerBanG said...

yeah... a lot of good tips. love it! so, lepas ni, x dak msalah kalu nak travel hong kong :D

nasir din said...

tambahan info..bleh plan ni..gud share

EiNeZz said...

kalau nak printscreen cara mudah, swipe ur hand from right to left. tak perlu tekan ape2 button. :)

pait said...

Thumbs up :)

Anonymous said...

FL, boleh tk bgtau skit budget lebih kurg dlm berapa ye?

^c-da^ said...

FL, boleh tk bgtau berapa ye budget yg diperlukan utk ke sana?thanks

Miss Lavender said...

macam mna dengan line internet pulak kt phone?

Anonymous said...

salam fatin, nak tanya..maner awk beli baju yg pakai ngan dress hijau nih, nice laa.nak carik jugak laa, ada link x...:)

Anonymous said...

Erm sme jela kite bru blik hk..kalo dpt jmpa paten kt sna kn best...tp kesian..xjmpa!

Alia Erfani said...

wow. bestnya! :D

Anonymous said...

senang je nk travel hk ni. map train dia kacang je. cuba pergi paris. kompem pening tgk map train dia

http://pu3mcphee.blogspot.com/ said...

Tq fatin... good information!

Harith Iskandar said...

trsentuh bab solat tu.selalu kite lupa bab yg penting ni sbb asyik sgt jln2.kkdang kite datas utk lihat & hayati & syukuri apa yg diberi.sbgai peringatan bila smpai masanya nikmat tu ditarik balik.smua org kn merasainya...insyaallah

life must go on said...

thanks fatin...hehe...

oli-go said...

info yg sgt3 menarik..teringin nak jumpa fatin depan2..pernah tgk dlm tv dgn paper je..

dede yendi said...

Aku Dari indonesia Senang bisa Baca Blog mu Salem

Anonymous said...

Bercadang nak pg HK dlm masa terdekat ni....Sambal bilis, roti gerdenia boleh bawak masuk ke?? letak kat mana kat checked-in luggage?

Anonymous said...

a great info fatin! credit to you. keep beauty! :)

risya said...

Thx fatin for the info... Sgt2 membantu! Saya akan ke HK 25nov-2dec bwk anak2... Hotel/apartment x booking lg... Ada sapa2 yg pegi sama date? Boleh jgak sharing preparation...

Cik Muda said...

okeh... entry FL jadi panduan la untuk travel bln nov ni.. thanks FL.

Ajoy Ahb said...

Hong kong kena visa tak

Ajoy Ahb said...

Salam..hong kong kena visa tak..

Ajoy Ahb said...

T q..coming next trip celebbrate anniversary..

Nurul Bee said...

FL.... good info for me tq dear

ajay said...

Thx so much for the useful tips , just arrived at hong kong on wednesday.. last night went to disneyland, its great. Living in hong kong is tiring, but thx for the tips , it was really really useful. ;)

John iskandar said...

ebeneezer kebab the best. nasi bryiani dye pun the best. but so sad dye punya branch xde dkat malaysia. dang

Anonymous said...

sis, good info! sy nk ke hk this tue..thanks 4 sharing..May Allah reward u :)

wajah malam said...

tq sis 4 da good info... kmi akn g esok.... ke hk... =)

adan said...

Ok thanks dah dapat gambaran disana insya Allah may ni ke sana... Cuma kalau boleh tandakan restaurant halal kat map lagi membantu. Tq for the tips...

mamamia said...

best pegi Hong Kong.. ujung bulan ni pegi lagi..second time cz xpuas jenjalan kat Disneyland.. kos tak banyak kalau kte bwa bekal pegi memana..kat blog saya ade share jugak total expenses secara kasar.. :o)

seri pelangi said...

Thanks untuk info yg berguna :-)