Wednesday, November 14, 2012

Cerita Cuti Aku

Assalamualaikum


' Tin nanti kau tolong basuh baju bilik ibu dengan bilik Asfiq '

' Ok.. '


Itulah pesanan hikmat ibu kepada aku sebelum beliau berangkat ke tempat kerja. Ringkas tapi padat.

Cuti kan, ini la kerja aku. Biasalah ghumah takde orang gaji. Hari ini memang aku plan nak keluar kejap, nak renew driving license dengan pergi pejabat pos. Lepas aku siap-siap semua, aku ajak Asfiq teman. Budak ni memang clingy gila dengan aku bila aku balik cuti. Anak last kan, memang manja. Habis duit kakak kau dilaburkan untuk permainan-permainan durjana made in china zzzzz.


' Asfiq jom ikot kakak pegi pejabat pos '

' Taknakkkkk, kawan adik nak datang (cousin actually) '


Belagak kau ye..cousin nak datang aku dilupakan.


Sebelum keluar rumah, aku mesin baju dulu. By the time aku balik, baju dah siap basuh. Boleh terus jemur. Lepas dah settle, maka pergilah aku ke pejabat pos sendirian, buat apa yang patut. Ingat nak pergi JPJ kat Senawang tu untuk renew license. Tapi aku sekalikan je buat dekat pejabat pos. Senang. Untuk pengetahuan uolls dan abang-abang polis sekalian, license iolls mati bulan 7 haritu. Kiralah dah berapa bulan aku drive secara harom di atas jalan raya bahahahaha

Setelah selesai, aku ternampak kopitiam.

' Best jugak kalau pekena nasi lemak rendang dan nescafe ice ' bisik hatiku


Terus aku duduk dan capai sokkabau Metro di atas meja. Setelah makanan sampai, cepat-cepat aku keluarkan BB dan tangkap gambar hidangan yang sungguh menyelerakan di depan mata. Aku jadikan default picture untuk BBM dan up status ' Bonding time with food & newspaper '. tettt typical..... eh apesal aku cerita benda takde motif ni. Panjang pulak tu sampai satu perenggan

Kemudian aku teringat yang kucing aku dah lama tak pergi Vet. Memandangan aku tengah cuti ni, baik aku bawak dorang pergi. Boleh la amik vaccination ataupon suntik vitamin. Lelaju aku call Asfiq, padahal bil tepon tak bayar ni..lagi 2 hari nak kena barred =')


' Hello adik, Faris ngan Fahim (cousin) dah datang? '

' Dahhhhh, adik tengah main ni ( sambil mendengus ) '

' Ok, adik ajak Faris ngan Fahim, pergi ambik Simba, Reva & Dune. Tunggu dekat luar sekarang jugak, kita nak pergi vet, lagi 5 minit akak sampai. Semua orang kena ikot. Faham?


Hahahaha aku memang hati kering sikit. Tak kiralah budak kecik ke apa. Tak pepasal cousin aku yang takde kena mengena tu kena ikot pergi Vet. Hahaha ampun mak tehh!!  Dah la dorang baru sampai ghumah aku hehe. By the time aku sampai ghumah, masing-masing dah tercongok sambil pegang kucing sorang satu. Good boy!

Maka bermulalah drama swasta ye puan-puan. Bagai nak tercabut nyawa aku bawak kereta, dengan kucing melalak tak boleh duduk diam, budak-budak ni lagi berjoget-joget dalam kereta. Aku memang sengaja tak bawak carrier sebab Simba & Reva ni memang well behave. Tapi ape bendentah yang terjadi kat dorang, habis dipanjatnya dashboard, bergayot dekat head rest duhhhh

Aku suruh bebudak ni pegang kucing tu, dah tu dorang memain sergah-sergah kucing tu. Habis si Simba dah meragam, dia boleh pulak pusing keliling dalam kereta, panjat aku yang tengah driving ni!! Lepas tu si Dune, sebab takut sangat dia duduk bawah..... dekat pedal break. Dune ni kecik lagi, dalam 3 bulan umur dia, habis tu aku nak brake pon serba salah. Takut terpijak kepala si Dune kang brain injury pulak. Si Reva pulak dok cakar-cakar seat kereta aku...bila nak pegang je dia mengamok, kejap lari kedepan, kejap lari kebelakang. Memang hazab....


 Belum apa - apa lagi si Reva dengan Simba ni dah memanjat...nak reverse pon susah 

 Si Reva dah melalak terus turun dan lari ke depan.. masa ni Simba rilek lagi... 

Simba dah start buat perangai.. nak duduk dekat riba.. bila aku alihkan..dia cakar..susah betol nak drive. Gambar ni aku amek masa dekat traffic light..kereta sebelah pon pening tengok keadaan kereta aku yang hiruk pikuk


Si Reva pulak datang depan...dia naik atas dashboard..lepas tu tergolek dog..aku suruh Asfiq duduk depan dan jaga si makcik ni

Simba buat hal lagi...panjat head rest..pastu dia gelongsor kat belakang aku..terus landing kat situ macam takde apa..sakit pinggang ioll drive sambil duduk tegak..macam pakai korset pulok kekeke

Itulah cousin iolls Faris hihi.. Tu ha si Dune yang duduk dekat brake pedal.. Reva then Simba yang nakal. Si Reva ni je betina.

 Pandai anak haku...behave je lepas kena injection yeee


Drama swasta tamat bila si Simba, Reva dengan Dune ni kena injection. Lepas kena injection, terus passive. Sakit agaknya. Kesian anak-anak aku... perjalanan pulang ke rumah amat smooth and silky sebab dorang tido je. Lepas tu aku teringat, kat rumah takde lauk. Apa aku nak bagi yakanakbudu ni makan, moh la kita ke KFC drive tru. Hihi

Sesampai rumah, aku nak masak nasi. Biar kekanak tu kenyang sikit makan ayam KFC dengan nasi. Lupa pulak nak tengok kat dapur sebelum keluar tadi. Sebab biasanya mak aku akan masak nasi before dia pergi kerja. Sekali terserempak ayah aku dekat dapur


' Adik ayah dah masak nasi '

' Oh yeke, ha bagus bagus adik terlupa nak masak tadi '

' Lepas tu ayah ada masak sup daging, tapi sup tu kosong je.. boleh tak adik buatkan rencah dia? Ayah tak tau nak buat cemane '

' Ha boleh boleh, dah lembut ke daging tu? '

' Dah lembut sebab ayah masak pakai pressure cooker tadi selama 40 minit '


Amboi ayah aku, dalam tak pandai nak buat rencah sup, pandai pulak masak daging pakai pressure cooker kekekeke

Aku pon campak-campak bahan nak buat rencah dalam sup daging tersebut. Siap. Potong sayur khailan dan hiris bawang putih, baling dalam kuali. Dapat lauk sayur satu. Goreng telo dadar. Jadilah kan ayam KFC, sup daging, sayur khailan dengan telur dadar buat lauk tengahari hihi. Lepas kasi yakanakbudu dengan ayah makan, aku kemas dapo dan jemur baju.

Jemur baju lepas tu hujan...........

Baguslah...

BAGUS


Thank you for reading this entry !

129 comments:

  1. cuaca sekrang memang asyik hujan je :D haha..

    ReplyDelete
  2. hihihi.. bleh bayang camne kecohnya kucen2 dalam keto tu...

    pling x best bsuh bju semangat2 skali ujan.perghhhh

    ReplyDelete
  3. Hahaha seronok baca citer u,kelakar sekali yg bab kucing2 comel tu...:-)

    ReplyDelete
  4. Btul sibok cik Fatin kita nie..

    ReplyDelete
  5. Sibuk betul cik Fatin kita nie..

    ReplyDelete
  6. bestla cuti,fara nk exam waarrgggghhhh

    ReplyDelete
  7. hahahaha!!lawaklah kucing sys nih,,hihi,,macam2 ragam,,

    ReplyDelete
  8. hahahaha..mau seksa nak control kucing sekalian tamo dok diam..seb bek la tuannya baek..lau dak kena cepuk gamaknye..

    ReplyDelete
  9. mmg haru nile ade adik yang x berape kecik.....

    ReplyDelete
  10. baik baik mandu ada baby atas riba..bahaya

    ReplyDelete
  11. alahai nak 1 kucng bole? hehe

    ReplyDelete
  12. hahahaha... rajin betol kak patin ni :D

    ReplyDelete
  13. kucing ni memang comel..kadang tak sampai hati nak marah hihi...tapi kekadang tu melampau lak pulak kan...kalau dah belakang kite die jadikan gelongsor..haaaa itu mmg nak kono tuu

    ReplyDelete
  14. yeaahhhhh terbaik kucing !!

    ReplyDelete
  15. so cute.....Sye dlu pun mcm tuh....bunyi dia mengiau smpai kete sblh pun tgk....I miss Gepa badly....hehehe...bLE bwk blik ank kucing (mak dia dh mti) gilir2 dgn mak bg dia susu:)

    ReplyDelete
  16. lesen mati bulan 7 ea...sama la...nasib baik x kantoi

    ReplyDelete
  17. haha walaupun kelam kabut tp bila ingtkan balik satu story yg kelakar,,;)

    ReplyDelete
  18. hahaha . comeyy sangat kucing tuww :')

    ReplyDelete
  19. jyeah, pencinta kucing ghupenya FL ni <3

    ReplyDelete
  20. yakanakbudu..hahaha. comel. terasa muda kembalik baca entri2 kamoo.. :)

    ReplyDelete
  21. ahahahah..bgslah FL ni..kucen mmg pndai bt mke smpai nk mrh pon xjd! aiyaaa...
    slmt thun baru FL ^^

    ReplyDelete
  22. Kucing dan cakaran memg tkleh pisah..tgn klu takde parut tu maknanya bukan peminat sejati kucg la kan..:)

    ReplyDelete
  23. hahahahaha..tang awak mentioned pasal korset tu ,saya dah ketawa terkekek2..hahaha.. macam mana lah awak boleh bawak semua kucing tu tanpa kurung dorang??? memang lagi buas daripada budak2 tau dorang ni..hehehe

    ReplyDelete
  24. sekarang kat seremban hujan je manjang. baru jemur baju x sempat kering dah hujan. last2 hantar dobi untuk keringkan~ fedap. -.-'

    ReplyDelete
  25. lawak gile kak fatin ceghite. saya boleh bayangkan, hehe

    part last tu kecewa gile kot. xD

    ReplyDelete
  26. .. iyakanakbudu wa i ya kanastain.. kan?

    ReplyDelete
  27. slmt bercuti =)
    sama..sini kl pun asek hujan..aseklah rasa nk tido je cuti2 gini~

    ReplyDelete
  28. Tergelak je baca nih..part pakai korset tu paling lucu..saya pun suka kucing..kat umah ntah ada 5 6 kucing skrg..bila dh jauh gini,duduk hostel lagi..rindu lak dgn dorang...

    ReplyDelete
  29. Salam Fatin.. Nak tumpang tanya sikit boleh? Biasa Fatin bawak2 kucing2 ni gi vet bape kos kena ekk? Tak pernah bawak pet gi vet.. Tapi kucing MM skang demam selsema tak baik2.. Nak bawak gi vet tp takut mahal.. Huhu.. Fatin tolong email kos dia boleh ? Tolong ye.. Terima kasih..

    Email : rosmizaali@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Assalam, comelnya kucing... minat gak ngan kucing nie... hehehe

    ReplyDelete
  31. Assalam, Salam Maal Hijrah 1434 Fatin Liyana!

    ReplyDelete
  32. pernah sekali bawa my cat sekali dalam kereta masa nk ambik adik kat sekolah.. masyaAllah, kita yg drive ni jugak lah port sedap dia nk duduk. Nak condemn tuan dia paha byk lemak lah tu. haha

    ReplyDelete
  33. haha...hyperaktif kucing2 kak FL ea. comel2 ;D tp nsb bek kucing2 tu x mmbuang dlm kereta. kekeke ;p

    ReplyDelete
  34. dah lama tunggu kak fatin update entry baru... hehehe ;)

    ReplyDelete
  35. dulu pernah bwk kucing pegi vet..tpi alih2 dia mati sebab ubat.. so skrnk bela kucing dah tamau dh bawak pegi jmpa vet..

    ReplyDelete
  36. alahai , kenapa comel sangat kucing kucing akak ni ? gerammmm !!

    ReplyDelete
  37. rasa menyesal lak tak de kucing,, adess,,,

    ReplyDelete
  38. cumil nyer kucing FL..
    haha..hamboi kucing tu xdpt drive..duduk ats driver pon jadila..^o^

    ReplyDelete
  39. Sis can ask you about Says.com .Please explain for me. I hope so .

    ReplyDelete
  40. alolo..comelnya kucing2 akak..
    rindu lak kat kucing kita.. :)

    ReplyDelete
  41. alolo..comelnya kucing2 akak..
    rindu lak kat kucing kita.. :)

    ReplyDelete
  42. alolo..comelnya kucing2 akak..
    rindu lak kat kucing kita.. :)

    ReplyDelete
  43. Kucing memang camtu kalau ramai ramai. Tu yang kena bawak carrier kalau lebih seekor. Tapi lepas kena inject terus pasif ibarat baby kena BCG. Haha

    ReplyDelete
  44. haha..kelakar la ekau ni kak tin, haha. Tergolak-golak den baco haa

    ReplyDelete
  45. asal kelakar sgt. haha.oh why you sgt kurus kak fatin? :O

    ReplyDelete
  46. KUS SEMANGAT..X SANGGUP KAK BUI NAK BYGKAN KALAU ADO 3 EKO KUCING DLM KETA..HUHUHU..

    ReplyDelete
  47. mcm mkin kurus je kak fatin ni..hehe

    cuti2 ni mkn byk2 sket=p

    kucing sgt22222222222 lah comei!!!>.grm2 je rase..hehehe

    =)=)

    n ending entry yg kelakar..

    hehehe

    nmpknye kene bsuh bju blikla kan=p

    ReplyDelete
  48. cop cop. knape ayah kak fatin panggil adik kat kak fatin?

    ReplyDelete
  49. hehehe lawak2 ..
    macam2 ragam .. :)

    ReplyDelete
  50. seriously lawak!!
    golek2 sy bce cte akak!!
    hahahaha!!
    terbaekk!!

    ReplyDelete
  51. saya pergi vet goverment, hihi ( plz do not waste money if you can save ). afterall saya puas hati sangat dengan perkhidmatan dorang, dah la xbanyak org. murah pulak tu. 3 kucing bagi injeection antifungal,antitics and vitamin total sume rm20 :)

    ayah pgl saya adik...sbbb dah terbiasa. abang, adik, han and asfiq. han ngan asfiq je panggil guna nama hihi...tapi kekadang ayah pgl asfiq adik, so keliru jugak haha

    ReplyDelete
  52. kucing kita mati sebab fungus berkuat kuasa serta mata. lambat perasan

    ReplyDelete
  53. pergh.. macam baca hikayat. hahaha..
    seronoknyer... :)

    ReplyDelete
  54. hahahaa..panggilan adik tu mesti kekal sampai FL jadi isteri orang..percayalah :p

    ReplyDelete
  55. haha, lawak lah tgk gelagat kucing II kak fatin masa dlm kereta tu. hihi

    ReplyDelete
  56. haha, lawak lah tgk gelagat kucing II kak fatin masa dlm kereta tu. hihi

    ReplyDelete
  57. Banyak nyer kucing ! loike...^^ Hehehe..




    p/s : Salam Maal Hijrah Sis.....=)

    ReplyDelete
  58. hahhaa..lawak2. seronok bca entry nie. mcm syok jaa life kak liyana nie. ngan 3 ekor kucing. ngan siblings yg sumanya laki. best2.. hee~

    ReplyDelete
  59. lawak la... yg kucing gelongsor tu... comell gile....

    ReplyDelete
  60. assalamualaikum fatin...comel2 kucing2 tu semua...memang haru biru kalau dah jadi mcm ni...:)

    ReplyDelete
  61. anyway, veterinar lelaki tu hensem kan? selalu gak usha2 masa dapatkan vaksin untuk kucing sy..haha =)

    ReplyDelete
  62. sooo cute lah kucing awok, sis fatin! saya pun ada bela kucing jugak. eeee, memang tak menang tangan nak jaga dorang :')

    ReplyDelete
  63. tergelak Ain baca pasal kucing2 tu dalam kereta..nakal sungguh kucing2 tu..hehehe :D

    ReplyDelete
  64. kuceng2 tu berdisco dalam keta haha

    ReplyDelete
  65. hahahhahaha
    fatin,punya la panjang cter but at last nk gtaw sal bju bru jemur tp hujan....
    :)

    ReplyDelete
  66. haha. wowww hebattt :D kucing akk tu comell sangat . then tengah hari tadi pun saya makan berlaukkan sayur khailan . perghh sedap .eh lapar pulak . hmmm .. *best baca entry akk :DDDDD

    ReplyDelete
  67. comeynya kucing2 hang fatin. siap panjat2 lagi

    ReplyDelete
  68. mmg pikuk hiruk kereta tu nmpk...

    kucing2 tu mmg comel... geram plak nk picit2..

    terbaiklah sb basuh baju buat kali kedua... fresh water turun terus dr langit...

    ReplyDelete
  69. Hahaha... nakal beno kucing tu.. pelik2 ja poto dorg kt dlm kereta :p

    ReplyDelete
  70. ayoyo....sy sgt2 la takut kucing yg hyperactive nihhhh..hahaha..nk mkn pn xlalu taw klu tgh mkn ada kucing..hekhek..by the way pinggang kak fatin sgt cantik!!nk pgg mcm 2 jgk bole...hukhuk..;)

    ReplyDelete
  71. Seronok jugak drama swasta nie..haha.. Lame tunggu entry baru..

    ReplyDelete
  72. simba tu comel sgt.ssh nk dapat kucing bulu putih skrg ni.fatin,jom bw blog sy if free ye.thanks

    http://solehahshamsuddin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  73. bestnya entri ni... anna suka sangat... harap2 blog anna akan jg femes mcm akak... kalo sudi singgah la blog anna y baru nak bermula ni..
    http://http://annamariana1989.blogspot.com/

    ReplyDelete
  74. Comel gilos kucing tu landing belakang waktu drive, hahah

    ReplyDelete
  75. hehehe...great story utk hari cuti
    terhibur =)

    ReplyDelete
  76. HAHAHA :D hyper betul kucing2 tu, nasib baik tak eksiden kak patin, bahaya woo!

    ReplyDelete
  77. Comeynya kucing tu. Dedulu akak bela dua ekor kucing, bila balik kmapung cam tulah kehulu-kehilir dalam kereta. Sekor landing dashboard depan sekor dashboard belakang. Bayangkan dari Kajang nak sampai Perlis. Lama2 tak larat nak jaga coz dok umah flat terhad sangat ruang. Ada rezeki pindah landed property nanti mungkin cari pengganti gak nih...

    ReplyDelete
  78. Kak Fatin ada time cuti yang best! Seronok..haha~

    Kucing memang comel tapi saya paling takut kucing ..! Auch!

    ReplyDelete
  79. hadoii.. jenuh nak mikir yakanakbudu tuh..
    rasa mcm selalu lak baca yakanakbudu wa iya kanastainnnn.... hehehhe

    ReplyDelete
  80. Al Quds Liberation FrontNovember 17, 2012 at 1:13 AM

    I don't know if you can fight, but I know you can pray.
    Tell yourself and to your regular readers to pray for the safety and victory of Muslims right now in Gaza as well as for God to keep safe Al Aqsa. Amin.

    ReplyDelete
  81. Sangat menarik aktiviti harian tu yer... =)

    ReplyDelete
  82. Fuh ... memang bijak berceritalah .. :) menarik...leh buat buku ni Fatin ...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  83. kucing2 akak comel.. sy pon ada dua ekor kucing parsi kat umah,, nama "tweet n wink".. gila aktif.. hehehe.. mak selalu gak bwk pg VET..

    akak cantik,, SEMOGA BERJAYA :) n terus kekal CANTIK di mata ALLAH :)

    ReplyDelete
  84. Wahh...nakal giler kucing-kucing tu..
    Leh pening kepala dibuatnya...:D

    ReplyDelete
  85. nakal kucing dia ...
    haahaa ...silap2 bole accident tuh ....

    ReplyDelete
  86. haha.. comel giler kucing awak.. :)

    ReplyDelete
  87. oh...fatin bg makan ape ek kucing tu?? sbb bulu die cantik

    ReplyDelete
  88. iyyaa kanakbudu wa iyyaa kanas ta'in.

    hanya kpdmu kami menyembah dan hanya kpdmu kami memohon pertolongan

    ReplyDelete
  89. Pertama kali follow blog orang yang glamour. salam perkenalan kepada semua pembaca termasuk tuan blog.

    ReplyDelete
  90. salam* nasib baik takde polis nak tahan kat sini. comel kucing kak FL :)

    ReplyDelete
  91. hahaha...funny lah fatin nie,sweet sgt..

    ReplyDelete
  92. hahahaaa...funny lah U fatin...sweet sgt..

    ReplyDelete
  93. haha once again< i love ur writing! pndai bcerita n xboring! gelak gelak bca entry ni!! hhaha

    ReplyDelete
  94. penat aku baca cter ni.opss..bace jugak aku!haha

    ReplyDelete
  95. kenapa kanak2 tu digelar yakanakbudu? lawak la..!

    ReplyDelete
  96. comel jew kucing-kucing kak fatin ni ;) hehe ! nak pinjam satu bole?

    ReplyDelete
  97. comel kucing tapi takde kesabaran nak membela :P

    ReplyDelete
  98. cik fatin,nak tanya ckit..yakanakbudu tu merujuk kpd ape???sbb klo di tgk2 n dibaca2 blik da cm ayat dalm surah al-fatihah.mgkin cik fatin x perasan kot..just nk tau je=)

    ReplyDelete
  99. Hai Fatin. Sy Dr Ummi, a qualified vet and now i'm doin housecall cat treatment service as part time. so kalu next time tak ada masa atau susah nak g klinik, just call me and rawatan buleh buat kat rumah. check dis out:

    http://goldenaurum.wordpress.com/
    0146259128

    ReplyDelete
  100. Cutenye kucing..bam2x gitu..

    ReplyDelete
  101. samba nampak cute lah....
    nk boleh x
    hehe
    gurau je...tapi mmg cute

    ReplyDelete
  102. tak sengaja nak ketawa..tp mmg lawak giler entry nih..
    jangan mare..

    ReplyDelete
  103. kucing2 tu nakal juga dalam keta eh :P hahaha. cuteeee ! suka gilerr ngan kucinggg..

    ReplyDelete
  104. singgah blogwalking kat sini...

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...