Sunday, December 5, 2010

My reading interest !

Assalamualaikum


Hari ini aku ingat nak bercerita ngan korang serba sedikit pasal aku. Actually hidup aku ni takdelah best sangat. Biase je sebenarnye. Ada masa best gila ada masa tak best langsung macam hareeemmm. Nak kata aku ni rajen berjalan sana sini tak jugak. Nak pergi tandas pon aku malas. Selagi boleh tahan aku tahan hahaha teruk seh perangai aku :')


Tapi kan yang aku dah kenal pasti kat diri aku ni, bila weekends, aku jarang nak keluar rumah. I mean keluar pergi malls ke jumpa jumpa kawan ke beli groceries ke kan. Aku kalau boleh settlekan bendealah tu on weekdays, aku akan cuba settlekan. So bila weekends aku buat apa? Aku sebenarnya suka membaca. Tapi bukan membaca buku medic la..haha..sedihlah. Asal la aku tidak dilahirkan untuk berkawan baik dengan buku medic. Bila pegang je mengantuk, bila mengantuk je pegang. And the list goes on...



how i wish you were my best friend sob sob - pic courtesy of google



Sejak aku sekolah rendah lagi, aku memang suka satu benda yang misteri. Macam hantu, UFO, pharoahs, cleopatra (misteri ke?) & macam macam lagi. Aku ni masa kecik-kecik power dow. Hantu sume aku tak takut. Masa sekolah rendah sampai la sekolah menengah, setiap kali beli vcd cetak rompak kat Family Store Taman Desa Rhu, mesti aku akan beli cerita hantu. Perkara ini amat menyedihkanlah bagi ahli keluarga aku sebab dorang sume tak layan cerita hantu. Ada sekali tu, mak aku bagi duet, suruh beli 3 vcd campur-campur - melayu, omputih & thailand. Lepas tu aku pon beli cerita hantu melayu, hantu omputih & hantu thailand. Sejak dari kejadian itu, mak aku tak pernah suruh aku beli vcd lagi :')




pakcik Pharoah tengah murka - pic courtesy of google



Tapi tu cerita dululah, sejak aku masuk sbp, aku jadi ketaq kot bila dengar cerita hantu. Aku yang dulunya gagah, kini telah goyang. wuwuwuwu camni a sbp...korang tau la kan kat sekolah asrama ni macam-macam hal. Cerita kecik tapi lepas dah sebar2, tokok tambah sket, mitos2 sket terus jadi boxoffice! Nak nak sekolah aku tu memang ceruk ya ulu ting ting. Isolated habis. Kalau korang rasa kawasan orang asli kat Teluk Intan tu dah rural habis, sekolah aku lagi lah berkali ganda rural (hyperbola sket la kan haha..) 


Masa matrix lak, sapa tak kenal dengan cerita hantu makcik karipap. Femes siak makcik ni. Yang power tu, die suke jual karipap kat tingkat 2 / 3 jer, yang penting bukan kat first floor la. Makcik ni saja je nak brag yang die boleh fly agaknye. (-_-) Niat tak baik seh makcik ini, tak padan dengan tua ish ish. Anyway itu adalah reason kukuh kenapa aku tak stay up tapi bertungkus-lumus pergi ke library pada petang hari lepas balik kelas untuk siapkan homework. Makcik ni ekceli bagi kebaikan gak kat aku hehe



mungkinkah ini karipap yang hantu makcik karipap buat?  -pic courtesy of google 



Tapi disebabkan aku kecut skang, aku tak suka dah amek tau pasal hantu-hantu lagi. Sekarang ni aku suka baca pasal illuminati. Sebab illuminati adalah secret organization yang bertindak sebagai gatekeeper for the arrival of dajjal. Cita-cita dorang ni tok laksanakan New World Order. Scary sebenarnya bende ni because at the end of it, you will find that reality is more mystery than fiction. Every weekends aku akan baca benda-benda ni, untuk memantapkan pemahaman aku, aku akan bukak youtube. Korang pernah tengok 'THE ARRIVALS' dekat youtube? Korang haruslah tengok sebab video ni sangat-sangat bagus untuk educate kita tentang dunia kita yang dicontrol oleh illuminati.


Aku akui, there's nothing much we can do after seeing that video kan. Pernah ada sorang ni kata 'Lepas dah tau benda illuminati ni semua, bukan kita boleh buat apa pon, stakat like kat fb & sebar2 kan jer'. Mungkin betol jugak apa yang brader ni cakap, tapi at least bagi aku, biar ilmu kita sikit, daripada takde ilmu langsung kan. As we all know, illuminati ni kan pandai propaganda. Dia akan pakai cara halus untuk control our mind. At least, kalau korang tau serba sedikit pasal dorang punya modus operandi, boleh la korang second thought kan?



Leaders of illuminati - pic courtesy of google



Aku ni pon tak berapa nak pandai pasal benda-benda ni, sebab aku hanyalah baca article, baca conspiracy theory tanpa berguru pada siapa-siapa. Ada guru ke yang mengajar sejarah illuminati ek? But yeah, aku baca just for my own knowledge, for my own interest. Aku pon masih dikuasai illuminati jugak sebab I'm still writing in this blog, still uploading pictures of myself & Im still listening to popular music. Tapi bagi akulah kan, kalau kita tak boleh nak ikut semua, kita ikut sikit2 but jangan tolak semua. Macam sunnah nabi Muhammad, kalau tak boleh nak ikut semua sunnah ajaran nabi Muhammad, ikut yang mana termampu, tapi janganlah korang tolak semua ketepi.


Aku ada baca satu benda yang interesting. It says that, bila masjid Al-Aq'sa roboh, Haikal Sulaiman akan didirikan. Nama english dia Temple of Solomon. Aku google untuk tengok architecture temple ni. Pehh siyes besar nak mamp. Reka bentuk macam zaman pharoah dulu2. Temple of Solomon ini adalah tempat  Al-Masih Dajjal akan memerintah. Lepas Temple of Solomon dibina, harta karun dorang yang terletak kat Vatican City akan diambil semula dan diletakkan dalam Temple Of Solomon. Message penting disini, bila temple of Solomon sudah selamat didirikan maksudnya, Dajjal akan turun ke dunia. Pabila Dajjal turun ke dunia, maka nabi Isa akan turun & Imam mahdi juga akan muncul. Dan akhirat akan menjelma. Nauzubillah. Tapi just want you to bear in mind that Haikal Sulaiman adalah pusat pemerintahan New World Order. Aku takut, in future, setelah Haikal Sulaiman didirikan, illuminati akan declare yang HS adalah the new 7 wonders of the world. Konon-konon macam tourist attractions la kan. With illuminati everything is possible !



sketch of Temple of Solomon - pic courtesy of google


Oh itu saja untuk kali ini. Mintak maaf kalau aku tersalah bagi info atau apa. My intention is just to share interest. Aku harap takda sapa butthurt :) Aku nak sambung tengok The Arrivals dekat youtube. Byee sume. Have a nice weekend!


Thank you for reading this entry !

72 comments:

Zetty Abdul Rashid said...

fatin kite orang teluk intan tapi bukan orang asli la.haha.

Zafirah Majdiah said...

great! jap g nk tgk kat yt..hehe..

adam si kotak kosong said...

hahaha antu makcik karipap ,, tak sngke femes

Shaofie said...

wahh!! bagus tuh fatin. when your birthday, nanti i can give you a novel as a present. novel ber'dvd' lagi. btw, have a pleasent weekend and belajar rajen-rajen.

~ i K i N ~ said...

cte hantu time mtrx gempak2.
alkisah jd mase ketakutan yg duk aras 2. haishh~

tp blok A4 ade hantu ke aten?

Aisyah AR said...

means da nk kiamat la time tu kan...hurm...scary...

jamilah.chantek said...

huh.aku berjaya habiskan bace wlpn berpinau tgk hurufs.. hehe

iluminati susah nak ungkapkan n masing2 punya pendapat masing.

aku harap, kita semua jauh dari dajjal. aku juga berharap. pertolongan Tuhan sentiasa bersama kita. insya Allah.

wawa zakaria said...

haha boleh tak kecoh gila kt KMNS dulu sal makcik karipap! huhhh!
but me rasa dkt all da mtrix hv da same story kn?
but the most fear thing during matrix bila kecoh sal pocong kt BLOK A!
atin x kena kacau ker? HEHE

mizzlullaby said...

antu karipap ?? mcm pna dgala kat 1 mtrx neh ~ akq matrx mne ek dlu ?

hanna iymeera :) said...

hanna pon suka bnda2 mcm tu and i've watched the arrivals. byk yg tak perasan bhawa kita sedang di conquer.

Ifah Ibrahim said...

takutnya..trus google temple of solomon..thnks sharing

momochan said...

makcik karipap tu mmg fames betul.dulu tak berani stay up lama2.takut makcik tu muncul.sudahla meja study betul2 depan tingkap.HAHA

wirdawahid said...

wah kak aten. like2x. sukalah bace bila kan terangkan sikit2x. rase cam interesting lak.

aZLiNa aZiZ said...

hantu makcik karipap? tengok karipap tu macam sedap je. eheh. *dasar makan tak penah kenyang. heheh.

Dulu, layan gak hantu2 ni tapi sekarang dah tak minat dah. Tapi yang tentang Haikal Sulaiman tu really2 interesting. Emmm, masa untuk ber-Google :p

amin said...

fuh...takut giler..but in the same time u gain my interest tu know it more..fuh thanks fatin liyana!

ayumohd said...

cerite konspirasi nih nk wat aku trgelak gak skali skle.. penah pki baju ade print segitiga..pas2 ade si polan pandang aku cm nk lempang aku smbil tgk baju aku..hehe..padahal baju aku, baju bundle n di beli mse iluminati nih x jadi bhan bualan lg ..nk je ckp..sye bukan agen rahsia..adess..paraniod betol..bikin aku seram dorg nih.hahahaha.=]

NUR HazieRAH said...

kite pon tgok gak sal iluminiti dlm youtube... kdg2 kite ni x prasan, kurg ilmu, makanye trikot2 pe yg dorg bwt....

bagos atin bwt entry niii, moga rmai yg amik tau pasal niii...

Amirrah Zawani said...

the arrivals mmg best utk ditengok!!

Aimi Bahari said...

i pon suke bace kisah2 pasal illuminati ni. sebab kebanyakan kat youtube la. yg artis2 mcm micheal jackson ngan lady gaga pon ade kena mengena. seram nyee bile tau bende2 ni. takot kalau2 secret agency ni betol2 ade dan akan menakluk dunia. kita hanya mampu tawakal kpd Allah dan berpegang kuat pd agama Nya.

HaFizaH aYu said...

kripap..kripap jual kripap femes kripap tu sbb hntu mkcik kripap....hehehe bape byk kripap daaa...

k h a y said...

pernah jmpe ke hantu makcik karipap tu? huhu

kat sekolah n matrik sgt femes kot burr

nurul huda said...

bagos kak fatin terang pasal the arrivals. skrg dunia dah nak akhr zaman. dulu sekolah sb[ mne? sains teluk intan perak? i'm also ex-sbp :D

EzzEddin said...

hantu makcik karipap memang famous sampai kat sane gak eh..
eheheh...tapi kalau dapat free pon sodap kan..nak2 macam dalam pic tu, fuhss

Ohh Byha said...

kak fattin .
byha pun ada juga tgk the arrival tu .
tapi smpai part 31 .
kaka dah tgk smpai part brp ?

siti fatimah said...

makcik hantu karipap ? gila la, 1st time dengar ;)

Fxysche Nas said...

sgt suke citer antu!
tp asyik tgk sambil tutup muke.je!
haha...

meerapieka said...

best post nih. skg pun ramai dah kecoh pasal iluminati nih. ramai jugak dah post kat fb. mse ajl yg lepas pon byk konsep pasal iluminati. mmg kita byk dah terjebak lahh. scary seyhh bnde2 cmni.

BLADE EDGE said...

salam...

simple but still a good info..

anyway, kalo fatin or anyone yg nk tau byk lg berkenaan hal seumpama ni, blh try tgk kat sini

khairunnisa ♥ said...

kenapa ye saya suka baca cerita Fatin Liyana?

^__^ sebab semua okay okay aje. ayat ayat susah jadi senang nak faham.

haha. teringat kisah makcik karipap tu ^__^

The Arrivals, best ♥

Take | care

Syafiqah Sabki said...

ahahhaa...citer makcik karipap kmns tak pernah luput..samelah sbb citer tuh tkut nak stay up tapi x rajin pi library petang2..ngeehee

deqsu said...

waa...cte hantu makcik karipap 2 mmg femes kt sume mtrik ek coz kt mtrk deqsu dlu pun cte 2 jgk..huahua??
cm lawak je kn ble d pk2 blk..
dlu fatin maktrik mne ek???

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

thanx 4 sharing:)

ayu sleeping in da house said...

em..pernah tengok jugak video akhir zaman..serious tekejot..bila taw dorang nak wat haikal sulaiman tuh..

anis said...

i pon kadang kadang bosan tengok balik the arrivals ni. kena repeat banyak kali supaya kita lebih paham. it is just complicated kan.

eliana_adnand said...

hnatu makcik karipap! jahat kan budak2 kat hostel dulu.. cite yg di jaja berkurun2.. wuwu..
pastu mula la takot nk g toilet, nk jln sorang2 mlm2..takot terserempak makcik jual karipap..huhu
i luv reading too..but lite reading laa..hehe

Anonymous said...

illuminati ni macam xde prove yg kukuh..i mean bukti bertulis..org sini claim org sana freemason org sana plak claim org situ..tetambah skrg gaga la bieber la marlyn manson lak gua jadi buntu nak dgr music mane satu nih kerana ura2nya sume benda sekeliling ni mind reading mind hypnotising..so at the end of the day..back to islam..we cant point our blaming finger to the west bulat2..sendiri patut kaji dan blaja islam utk foundation yg kukuh..so be it illuminati ke black metal ke..kita xkan terpengaruh kalau ade asas agama yg kukuh.
the end - peace out -

Indah Mulya said...

nice entry beb!

Anonymous said...

artis2 yg terlibat ngan illiminati, freemason, pernyembah setan termasuk madonna, britney, lady gaga n byk lg.. klu tgk dorg nyanyi sore x sedap tp lepas di gembar gembur dek media yg dikuasai illiminati @ freemason bla bla cmtu la jdnye.. utk sesatkan org..

n byk lg simbol2 sesat muncul dalam movie yg kite tgk dan dlm kehidupan seharian bertujuan membuat kite familiar with simbol setan dll.. dan kite pon kdg2 terikut.. padahal dlm hadith tulis.. barang siapa ikut sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut... wallahua'lam..

Myra said...

kdg2 bila kita terlampau taksub dengan propaganda illuminati ni..semua benda kita akan nampak sama macam mesej yg mereka cuba sampaikan...sbg contoh, kalau tengok bentuk segitiga..da cop as illuminati....bila tgk pompuan pakai baju merah dari kepala sampai kaki..kita da classified kan dia sbg lady in red....

kdg2 kita boleh baca saja mcm awak kata untuk tambah pengetahuan....tp untuk taksub...berhati2 la...peace!

hifazphat said...

hobi sy weekend adalah marathon filem hantu..xkisah la malay, korean, japanese, indon or thai.. ^_^

jom tengok shawls http://tuanbutik.blogspot.com/

Fatin Liyana said...

haha hantu mkck mmg femes kalo buat fanpages mesti rmai yg like teehee

kte sekolah sbpi selandar. mtrx negeri 9

adekah anda tau ufo & pharoah jg illuminati LOL!

Lilianna Mardiana said...

Hahaha sama la kita babe, penakut bukan main, orang tak menjerit lagi tengok cerita hantu, I dah terjerit-jerit dah, haha tapi betul, sangat berminat cerita-cerita misteri dan illuminati semua ni, seronok! :D

Cik Yana said...

Hantu makcik karipap KMNS kan?
Hahaha~
Mmg pemes gile cite tu,,
Awal2 masuk, time orentasi abg fasi da cite psl benda tu,,
hampeh tol,,
Tapi tak de r takot sgt sebab abg tu ckp die jual kt tingkap aras 2 atau 3 camtu, konon terapung smbil jual karipap,,
hahaha~
tak seram sbb duk aras bawah pastu katil sebelah pintu, tak de tingkap pun,,
hahaha~

sarasyeera said...

yess , penah tengok the arrivals . betula kite taa mmpu naa buad ape. tp kite bole berdoa kn sys ;) sbb Allah kate doa tuu senjata mukmin .

faradeeba said...

hohoho
kmns mmg famous amos dgn citer hantu makcik karipap.
eh mase kite matrik, cter pocong plak tau yg kecoh.
bnyk budak nmpak pocong kt aras diaowg tapi kite tk pnh pon nmpk.
huhuhu

eh eh, tbe2 eksaited cter hantu plak.
keh keh keh :P

annyss said...

it's a good thing when a big person like you share these kind of information. Kita manusia sentiasa leka. Sentiasa nak diingatkan. Thanks for sharing.. Yeah, I've seen the arrivals as well as the propaganda sejarah kelahiran manusia. :)takut!

hani said...

hi fatin. you should watch conspiracy theory too :) and tell us what you think.

Anonymous said...

hantu karipap! aha..sgt femes kot time kat matrik..almost sume matrik ade cite same..sbb tu aku sanggup tuka meja stdy ngn rumate,takmau duduk sblh tingkap..ngeh3..

mai amir said...

menarik..very informative!

Misz Izaty said...

btol la fatin..if kat sek msti mcm2 cite hantu kan..actually cite tu biasa2 je tp dh kna tokok tmbh so jd la cite seram...
1 more thing..thanks for d info...xtau pun psl benda ni..once fatin story dpt la tau skit2..

syamimi fatin said...

mkcik karipap nih femes kt semua mtrix la rasanya... ahaha... teringt kt mtrix

cik kia said...

kak aten,hantu makcik karipap tu kan.memang benar woh.matrik perak pernah jadi dulu.tapi budak first batch ah.memang serammmmmmm gile!

Anonymous said...

suke entry camni r....

Jαnnαhツ said...

hm, that's good sharing. saya pun suka tengok pasal the arival nie. bagus la kita sama2 beri kesedaran kat seme orang dalam blog ni. biar kita seme peka dengan current incidents in this world. syabas, fatin liyana, keep it up..

cik jue said...

tkt jgk antu makcik karipap ms kat matrix dulu. x percaya, tp ttp tkt nk stay up..hehe..
nice entry =))

lalink7 said...

fatin..

xelok tahan kencing..
nanti jadi batu karang camne? hehe

Wan Gerrard said...

nice entry, bagus2 membaca artikel cmni ^_^

deqsu said...

hehehe...btl2....nnt bleh la wt entry mak kripap 2 ek..heheh=p
o..mtrk n9...

anis syahirah said...

yup dear,
"tak dapat buat semua jgn tinggal semua"
:)

Anonymous said...

err, nak tanye..kt teluk intan ade ke kawasan orang asli?
jgn la ckp benda2 yg x wujud, nnti mempamerkan kebodohan diri sendiri.. kan2? chill babe! XD

miss_rasry said...

mmg x menahan crite mk cik kripap tu kt mtrik n9 an..tbe2 feymes trlebih plk mk cik tu..huhu..nk2 plk mmg duk tngkt 3..nk stay sorg2 smpai tgh mlm mmg la x brani..huhu...

Anonymous said...

"With illuminati everything is possible !"


salam fatin. ^_^


hee~ nk kne tegur nh.. dish dish (cam tamil sikit)


kita xleh ckp sbb 'seolah-olah' walaupn tiada niat yg hebat sgt mereka? :)

------------------------------

"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya

Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"



"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)


sibuk je kn sy nh.. kejap kat artikel tibe nyibuk sini.. (shuh shuh... :p)

salam fatin..


-

nurul huda said...

owwh. sbpi jgak. same lah. tp saya kt sbpi kuantan :D

~emi~ said...

macik karipap??mcm familiar je cter tu..hohooo...u matrix mane dulu???

miera said...

hahaha makcik karipap. dulu2 kat poli (cawangan dirahsiakan haha) pun ada gak cite camni. tp dia tuka sket. versi makcik nasik lemak. jual nasik lemak malam2 naik beskal. tp style sama jugak, jual kat tingkat 2/3 je. masing2 tkot nak study malam2, tkot makcik nih ketuk pintu nak jual nasik lemak. hekhek :D

Anonymous said...

salam.. walk in ke blog ni http://mistisfiles.blogspot.com sesuai utk org2 mlayu yg minat mysterious events.. cm ko ckp reality is more mystery than fiction!

CENGKERIK PINK said...

aten..akak pon beberape bulan lepas bpinau mate2 duk study pasal illuminati, conspiracy theories.. tapi skali terbukak pulak blog brader ni..

http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/teori-konspirasi-itu-bodoh.html

buat akak pikir 2x. bukan sume teori2 ni bole dipakai. keyword yang akak ingat smpai hari ni~ISLAM AGAMA YANG BUKAN ATAS DASAR TEORI..pepun terpulang cara kita nak menilai sesuatu info yg kite dapat tuh..

Anonymous said...

@cengkerik pink


salam awk. comel je nick tuh.. xpernah jmpe lagi warna pink tp kalu ade .. masyaAllah unik :D hee~ gurau je..


nmpk mcm seorang ske memendam perasaan kalu x ske pada seseorang.


tp...


ftn bnrkn sy berbcara. ? :P


kisah tetang perjalanan mencari kebenaran conspirasy ini dah lama cuma hendak menjadikan ia fakta agak ssh suatu ketika dahulu tetapi sejak awal 2000 hingga tahun lepas adalah satu fenomena dimana..


conspirasy bukan lagi conspirasy kerana bawak pekung didada 'mereka' telah terbuka.



mngkn sejak awal tahun ini tetibe...



ramai pulak orang mula tertarik n ingin berbincang ttg teori ini tetapi tidak punya Ilmu dan terjadi la fitnah.



+ lagi skrang ada yang 'taksud' / terlebih-lebih kerana tidak punya basic agama yang kuat jadi cerita dah jadi lain.. jadi muncul la org yang anti pulak..



ada pekara itu mmg betul dan ada yang dibuat2.. atau + lagi org yg suke buat andai sendiri pastu wat kesimpulan.



dizaman pemerintahan Islam (zaman abasiyah+Tukri Utsmaniah) mereka ini dikenali sebagai al-mansuniyah.



sesiapa yang benar-benar mengikuti sejarah kejatuhan Islam mmg akan jumpe musuh ini. cme bg Islam yang sejati mereka ini bukanlah pekara yang ditakuti tetapi kejatuhan kita adalah disebabkan..



kita sendiri..



bersmbung ya adik-adik class yang akan datang. n selamat beramal.. ^_^


ps. Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang pn pernah berceramah tetang 'freemason' .


-

cahaya memelihara said...

hye fatin...i like all ur entry n dis is 1st tyme i tggl komen..hehe.. hantu karipap mmg pemes hbs kat matrix dlu but boys slalu buat joke, xde ke mak cik nak dtg jual rokok..hehe..

soffya cik bulan said...

entry aten ni buat akan terambik tahu pasal illuminati niih.
tqvm sbb bukak pemahaman akak..:)
ye, mmbca tabiat yg baik, selain menabung, dan senyum :)

Anonymous said...

name pon theory... berfashion pon salah 1 cara dia nk lemah kan umat Islam esp wanita supaya ikut style depa n tanpa kita sedari kita dh bertabarruj... yg pntg, tutup aurat, jgn membazir n jgn beli branded stuff!! kan kan kan!! arrival je tak ckup.. tgk devine book, phase 3 n temple of solomon.. (byk lagi kalau nk di list kan..)

cik S said...

I suggest you read this relating to Dajjal. While there is no doubt that Qiyamat will happen,

let us remember the ONE and ONLY GOD: ALLAH.
Fear ALLAH, NOT dajjal

http://www.ummah.com/forum/showthread.php?110335-Dajjal-by-Ahmed-thomson

Its long but its worth reading ;)