Thursday, August 5, 2010

Tips : Nak jadi kurus ? Meh sni


Hi assalamualaikum.

Lama tak buat entry kan. Ha jadi sebab malam ni rasa macam malas nak belajar, dah alang-alang buang masa tu biar lah buang masa habis-habisan ye tak. Hahahaha pandai kau kan. Padahal suruh belaja habis-habisan taknak pulak kau kan -_____- Ok entry kali ni aku nak bagi tips la kat angpa suma camna nak jadi kuruih. Sebabnya aku tau dah, la ni pompuan suma dok obses nak kuruih suma kan, membe ajak lunch kat cafeteria makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api angpa bukan main lagi dok main wayang kata dah kenyang la, dah makan la padahal angpa nak dietkan? Tuptup tengah malam satgi penuh mulut angpa dok kunyah biskut dan coki-coki. Lagu mana aih nak kuruih kalau camtu. Ang tau dak cara ang diet tu salah? takpa takpa binta toro sama feylo, hepi meri sety, feti bom bom! <--sapa tgk cita BULI mesti dia tau hikhik.



Jangan tunggu lagi. Dia boleh selesaikan masalah anda ! Memperkenalkan~~~~~~


Fatin Liyana ! Bukan doctor bukan nutritionist. Tapi dah berjaya menurunkan berat badan dari 51kg kepada 42kg dalam masa 6 bulan. Apa tak cukup kagum lagi? Selera makan besar tapi pinggang masih 24'. Kagum tak? Tiada crash diet, tiada berlapar & tiada emosi kerana tak dapat makan makanan sedap2. Ingin tahu caranya? Sila scroll down !


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?


2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.



4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.



5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.

Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.



PENGALAMAN FATIN LIYANA SENDIRI (EWWWW)

Berdasarkan pengalaman akulah, memang betol. Aku ilang 9kg dlu masa lepas SPM. masa tu aku keja dengan mak aku kat company dia. Keja dari 8pagi sampai 5 ptg. Memang sah sah tak pergi jogging la kan. Tapi aku telah kurangkan berat badan secara tak sengaja. Yang pasti, aku banyak berjalan dulu. Sebabnya keja aku ni macam bos kecik, kejap2 pegi bank setlekan payment itu ini, pergi office supplier amek sample, pergi beli makanan tok mak aku. Walaupon naik kereta tapi disebabkan selalu takda parking and takut keta kena clamp, aku jalan memang laju & banyak. Kadang-kadang aku sering tertanya-tanya adakah aku sedang bermarathon?

Anyway, aku makan macam biasa, keje penat makan mesti mewah maaa. Takde diet. Tapi aku tak sentuh junk food langsung. Umah aku takda junkfood sebab adik bradik suma laki depa tak makan junk food. Beza la masa sekolah dlu, sikit2 biskut. sikit2 biskut. Hampeh masa sekolah dlu walaupun aku training basketball tiap-tiap hari tapi berat aku tetap bertambah jugak. Ni suma gara-gara crash diet ngan junk food. siot ja kan. Tapi takpa, amek pengajaran. Dalam buku cakap, weight reduction yang betol-betol berkesan adelah sebanyak 0.5kg seminggu. Yang tu memang dia kurang takkan naik lagi. Buku understanding nutrition lah cakap, kalau salah ang p maki author dia k.

Dulu berat aku turun dalam masa 6 bulan. Kiranya bukan lah drastik. Dia turun sikit-sikit. Masa tu ramai makcik makcik dok tego aku, 'eh atin dah kurus sekarang macam tyra banks ape rahsie?' ok part tyra banks tu tipu makcik tak kenal tyra okayh -____-. Masa tu tak belaja medic lagi, aku pon tak paham napa aku punya berat turun kan. Masa tu aku ingat kalau diet gile-gile dan bersukan je boleh kurus teeeheee. Last skali berat aku stop kat 42kg. Memang kurus sebabnya aku ni tinggi 161cm. Masa tu suma orang risau pasai pa aku kurus sangat ibarat haiwan yang terpelihara daripada kepupusan. Pastu aku pon naikkan berat jadi 44kg. Dan constant smpai la ni. dah 3 thn ek. Tapi baru-baru ni aku sedang menaikkan sikit lagi untuk mendapatkan bentuk badan yang sexayyy. kiki jadi berat aku skang in between 45-46kg lah.




ok tu jelah yang dapat aku simpulkan kali ni. kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh la, any doctors wannabe yang ada futher info regarding this, bole la same-same kte share-share kan ilmu ye. Aku ni belaja je medic tapi banyak je tak tau hehe. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang di belajar. Kalau tak bersetuju jangan kutuk, sebaiknya gunakan ayat-ayat yang berhemah untuk membidas point-point aku ye hehe. harap korang gembire dengan entry ni setelah sekian lama aku tak update. chalo bete.

Thank you for reading this entry !

279 comments:

  1. akak.. boleh tak tulis pasal cara nak belajar...

    ReplyDelete
  2. thanks fatin, ur entry sgt2 berguna utk sya. sya nak kurus lah, target berat nak dapat 40-45kg .. sbb pakwe I dari France nak dtg msia..hahaa ( perasan kejap ;P )

    ReplyDelete
  3. Cara tbaik nk diet bsenam jgn sekali2 ambil ubat diet kerna ia akam bt kita gemuk bila kita tggl....aku dlm masa 3bulan 20kg hilang hny dgn bsenam....tips perlu ada target..cth,,jdkn minggu ni nk trn 3kg..so pstkn trn..kalau just trn 2kg maka minggu depan hrs tmbh...

    ReplyDelete
  4. atin..cmne plak nk kecik kan peha yg besar ? taw x ?

    ReplyDelete
  5. Tips yang sangat bagus Fatin Liyana. InsyaAllah, Izzati akan praktikkan. Suka sangat dengan entri nie.. ! Seriussssss bestt !! :D

    ReplyDelete
  6. hehe..perempuan vs berat badan..

    ReplyDelete
  7. La ye ke?, x yah exercise secara drastik?, hangpa ingat kene, punyalah letih bagai nak mati, tuhan je tau. Jalan je eh?, ok hangpa try ye!. Biskut lagi tinggi?, no wonder lah berat asik naik blk, kurang hajaq!. Thanx for the tips.

    ReplyDelete
  8. sexy nyo. kurus pahala puasa aku.

    ReplyDelete
  9. wow bestla bce entri nie....sangat berguna..than q kak fatin

    ReplyDelete
  10. thanks for the tips. akak pernah wat yoyo diet tu. mmg cpt turun. dan cpt naik.hahaha.

    ReplyDelete
  11. Yeay~ sgt suka this entry. Setahun naik 10 kg lepas dah keje. Xke naya. Semua baju dah tak muat. Tp ni yg nak get motivated ni.

    Thanks for the info.

    ReplyDelete
  12. kak fatin. na tanya soalan. harap kak fatin bole jawab. macam mana kalau bdn kita tuh mmg dah rangka besar. kita jaga makan semua. tapi takda apa pun beza. its like macam dah kita mcm dah tak bole kurus lagi daa. macam mana ek?

    ReplyDelete
  13. waa...memang entri ni boleh bantu kita la dan bagi kesedaran jugak..

    ReplyDelete
  14. btol3!!sgt sokong entry ni..saje nk kongsi pengalaman...

    dl time form 1-3 berat dlm 45kg+..lg2 makin naik berat bdn time duk asrama...makan xbhenti...bukan ape..kalo duk kat luar 2 asek nk beli makanan je keje..konon2 home sick + stress = jom makan!!

    *btw diet i tiap2 ari time 2: pagi mkn nasi berlauk/roti canai/mee. lunch makan nasi lg. petang2 kdg2 goreng pisang/keropok/ape2 yg nampak di mata terus beli..mlm nasi lg...n air = air kosong je..air manis once in a while (dlm 1bln leh kira ngan jari brapa kali minum air manis..bila kita di ajar dr kecik minum air kosong je dgn snirinya tgk air kaler len je mmg xde keinginan la...kalo minum pon time p lawat umah org..xkan diorg nk hidang air kosong kot kn? ;))

    then time form 4-5 pindah sekolah yg dekat ngan rumah..kalo nk jln kaki 2 fast walk leh smpai 5-10min kalo slow walk dlm 15min...pg2 still macam biasa ayah antar tp abes kelas balik jalan kaki la..tiap2 ari macam 2 n makan still sama..no diet..tp berat turun 40-42kg (mostly 40 n naik 42 after SPM)..

    so nak kata teori jalan 2 mmg btol la agaknya..sb time blaja kat kolej dl pon kene jalan jauh n makan still banyak xpenah nk tau kalori brapa byk n xpenah terpikir nak exercise pon..tp jalan 2 pon actually da kira exercise yg bgs..tp skang jalan kaki da makin brkurang..so berat pon mmg ada naik la..but thankfully my weight never seem 2 reach >45kg..alhamdulillah..

    kwn2 aku sume pelik..aku ni makan banyak tp badan xnaik2..nak kata exercise pon tadak..aku pun heran jugak tp dlm hati syukur aje laa.. ;)
    cuma skang aku pun risau gak ngan cholesterol aku ni..yelaa...makan banyak tp x penah exercise..pulse rate 90+ kdg2 100+..mak oih jantungku sgt la hardwork..so mmg btolla saranan utk check lipid profile kta time muda2 ni lg..

    mak oih mcm blog sniri pulak komen pjg2 ni..sori ye fatin..tp hati tgh membuak2 nk setuju ngan entry fatin ni..hehehhehhe...

    btw my last tip..tgh2 mlm 2 kalo lapar 2 kalo bley tahan mkn..p minum air kosong n tido..2 ape yg aku buat la..aku xtau nape aku asek pk kalo makan mlm2 byk acid produce n bgn pg akan terasa sakit perut lapar yg amat sgt berbanding kalo xmakan tgh malam..n breakfast pg aku adalah mknn berat .."sumtimes" i skip lunch n my dinner is double (p/s: yg ni tlg jgn tiru!!)
    enjoy ur meals! ;)

    p/s: skali lg sori sb komen pjg2 ni.. *piece ;)*

    ReplyDelete
  15. memang btol fakta FL tu..saya dulu pernah gemok sampai org panggil saya doraemon, pas masuk kampus..uruskan hal exemption subject..kena naik turun naik turun bangunan, jalan jauh2..sebab fakulti xdok lif langsung. n lepas 2 bulan, bila balik rumah sbb cuti sem, sume org terkejut ceq dah kurus. dok pikiaq ceq ni stress ka hapa..padahai, ceq makan sama ja..lagi bertambah banyak sbb penat. tp sbb duk jalan tiap2 ari kot dpt kuruih lagu tu. bila baca entry ni, ceq konpem dah. memang aktiviti berjalan laju ni dpt kurangkan berat badan. bukan setakat perut je. peha n pinggul pun leh kecik. X caye, cubalah ! ^_~v

    ReplyDelete
  16. thank you sis. nak start practise la kalo cenggini. berat badna asyik naik je cuti-cuti neh. :)

    ReplyDelete
  17. kalo jage diet, bersenam mmg badan akan kurus.......tp cube jage diet, bersenam dan workout kt gim......kompom kurus plus muscle......lg best

    ReplyDelete
  18. akk,pun skrg ni mmg tertekan gak lah,dah la malas nak bersenam,yg akak gemar buat,asik duduk menghadap laptop hampir setiap har,hu3 btw akak mmg pernah 5 hari thn x makan nasi,tp bila sedara mara akak dtg..akak melantak nasi byk2 bdn akak..x nak ckp lah mcm mak org beranak 10 pun ada gak,sedihnya...huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. tips2 yg diberi sgt membantu...
    skrg tgh berusaha tuk kurangkan berat bdn...
    area waist ke bwh tersangatlah besar...
    lg merisaukan bila dh abis spm ..just doing nothing kat umh..
    menambahkan lemak kat bdn..haishh

    ReplyDelete
  20. nice lahh!
    nak try laa pasni..
    heheh

    ReplyDelete
  21. Terima kasih buat tips-nya, semoga sy bisa mengikutinya....

    ReplyDelete
  22. hei Fatin Liyana ang tau x ????
    milo tu pon ade lemak..rmai oang skit psl milo tau..

    ReplyDelete
  23. Salam,

    FL, copy paste and disseminate ya...
    ne lah tip paling logik akal yang saya pernah terbaca...

    jazakillah....

    ReplyDelete
  24. best-best..baru baca entry ni..haha..btw, hrap-hrap brjaya tips ni utk my body

    ReplyDelete
  25. TERIMA KASIH UNTUK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN. SANGAT BERGUNA

    ReplyDelete
  26. waaa , kalau macamtu , nak try lah , hikhok thanks kak fatin liyana xD

    ReplyDelete
  27. siap mengintai di sebalik pintu...melihat siapa gerangan yang lalu...bersenam sampai naik jemu tapi badang perkasa tak kurus-kurus jua...hua..hua..

    ReplyDelete
  28. senaman kuak lentang atas tilam tapi tak berkesan bagi menguruskan badang..akhirnya hanya memerhati dan menyimpan angan-angan Minah Jenon bila boleh kulus mulus..

    ReplyDelete
  29. dear kak atin boleh ker gadis seberat 85 kg kuruih mendadak ekeke kureng yakin le

    ReplyDelete
  30. habistu orang duk asrama . nak makan apa kalau bukan biskut ?

    ReplyDelete
  31. Hahaha. apa kak atin tulis semua betul. Jadi dekat diri itew. kekadang lepas dah melantak banyak banyak banyak baru myesal pdahal kenyang tak ingat dunia dh! btw skrg nie susah nak jog. keja pagi balik petang. petang nk jog pun skrg musim hujan. sedih gila! dkt ofis duduk je memanjang sbb keja itew duduk je haha. tak banyak berjalan. sejak2 keja sini berat badan mmg naik mendadak. stress gila kalau pikiaq. nak makan ubat pelansing kena pikiaq 10x jugak lr. so kekdang rasa mcm redha je lr gemuk pun. kekadang plak semangat gila nak diet. tapi diet tak penah menjadi sampai org sekeliling dh jemu dgornye. kikiki.

    ReplyDelete
  32. Aku baru 1/2minggu diet....dah kurang 1kg!!!Woohooo. ^^

    ReplyDelete
  33. tengkiu untuentry kali ni... memang best baq hang..huhu

    ReplyDelete
  34. gud info..ramai orang yg salah anggap ingatkan kalau nak kurus jangan makan..tapi sebenarnya teknik yg betul kurangkan kuantiti makanan dan makan makanan yg lebih berkhasiat..pastu jangan lupe excercise..kalau x nanti jadi kurus dan menggeleber..hehe

    http://vitaminhalal.com

    ReplyDelete
  35. Syabas..keep it up. :) Gemuk is not an option.

    ReplyDelete
  36. kalo dah kawin wat projekla, senang kuruih hahak

    ReplyDelete
  37. hyee FL . baru terbaca pasal neh . how come boleh tak perasan this entry . btw , is it true biskut tuh junk food ? what kind of biskut ? hmm

    ReplyDelete
  38. wah..1st time bce blog awk yana..mmg bst info yg dlm ni..kak pon dok diet tp smpai skrg xtrun2 lg..penin pkr..dlu time kolej pi jln kaki..bila dah kje skrg berat nek mendadak..lg2 dkt bwah..hu2..

    ade2 ape info x utk kogngsi?kne jln kaki laju mcm yana asenye ni..;-)

    ReplyDelete
  39. hahaha... thanks for da info.. aku pon nk bg kuruih gk.. hang orang kedah ka? hehe

    ReplyDelete
  40. ermm i dh try byk kali perghhhtua2 yang terdahulu....tapi tk menjadi sangat lah....masih ada gumpalan lelemak yg tertinggal....hope tips baik dari u ni boleh lagi membantu ika ek

    ReplyDelete
  41. hye k.fatin... kite sama tinggi... sye 162cm

    ReplyDelete
  42. Wahaha..entry yg best...betull..berta boleh hilang bila kita selalu jalan...hahahaa...healthy diet gitu.. Makan nasi is better than makan roti...

    ReplyDelete
  43. Setuju.

    2 perkara yang perlu diberi perhatian untuk kurus.

    1. kawal pemakanan harian kita.
    2. senaman yang sesuai dan mencukupi.

    Masalahnya, ramai yang main langgar aje.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum cik fatin..since you kata do not escape breakfast. macam mana pula kalau food intake once per day? is it still good or bad food intake behaviour? Saya memang berhajat nak turun kan berat badan saya (now 72 kg) sebab nak cukupkan syarat nak involve dalam parachute sport dan after this nak join reserve army.

    ReplyDelete
  45. Nice post. Let me share 1 video menarik berkaitan dengan topik diet ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di Amerika. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu

    ReplyDelete
  46. tips yang bagus. kena dengar ni..bakal doktor yang cakappp..

    ReplyDelete
  47. reading it on 27 august 2013 ! thanks for the info . i try them soon . :)

    ReplyDelete
  48. betol laa...bile jalan laju2 bley turunkan berat...,sy ms blajar dulu, p kelas jalan kaki sebb xde transport,.kolej lak atas bukit...sy lak nurse...dok dalam wad mesti berjalan jew kejanya...buat keja non stop dr masuk shf samapi balik...sy x sedar berat sy turun hmpir 6 kg dlam 2 bulan sehingga kan ade kawan menegur...sy lak jenis x mkn mlm..juz mkn pg, tengahahri n ptg...mlm kalau lapar, sy juz minu milo je sebb sy x minum susu...hi5....

    ReplyDelete
  49. okay. berjalan tapi lebih dari sejam. wow macam susah. sebab lama tu. hahahaha. tapi akan cuba. thanks a lot. i weigh 66 kg and my height is 168 cm. BMI still okay tp sedang menuju kegemukan lolsss.. so kene bertindak!

    ReplyDelete
  50. Tips yang sgt bgs...suka entri nih...fatin buat la entri mcm nih lagi....tajuk lain plak...

    ReplyDelete
  51. Thanks for the tips yer doctor jelita ;)

    Tips yang simple dan berkesan!

    ReplyDelete
  52. Kurus2 pun Kolestrol kena jaga. Kena turunkan Kolestrol, makan kena berkhasiat.

    ReplyDelete
  53. luar biasa artikelnya,, sangat bagus dan sangat bermanfaat terimakasih banyak.

    ReplyDelete
  54. omg thank u so much kak fatin liyanaaaaaaaaaaa u saved my life11!!! <3

    ReplyDelete
  55. Betul...tips awesome
    Zaman kolej berjalan kaki tak henggat...zaman keja di sote jenuh menapak....zaman kejer opis dok depan pc badan bagai di pam pam..nak plak dah beranak...bila pindah n kena berjalan lrt bagai semput dek non

    Gosh mak dah tua...huhuhu.

    Nak baca sesuatu yg menarik mengenai topic sama...jemput melawat

    Www.mamasyafi.wordpress.com

    ReplyDelete
  56. Kak fatin boleh tak amalkan diet atkins?
    Klau turun 2 kilo dlm masa tiga hari? Tapi makan cam biasa just kurangkan pengambilan glucose dgn carb

    ReplyDelete
  57. salam,
    saya gi swim.. best!
    jaga pemakanan juga..

    http://vitamomma.com/set-kurus-shaklee-murahjimat-selamat-dan-berkesan-terbaik/

    ReplyDelete
  58. maaf menyelit.. haha. thankx utk tips, tp kalau puasa pun ok jugak . dpt diet , n dpt pahala . kn ? hihi

    ReplyDelete
  59. Superb lah Fatin, kalau jaga makan dan tambah aktiviti fizikal memang cepat berkesan.

    Kena tahu 2 perkara ajer. Tak payah ambik ubat kurus pun :

    a) Tahu kira kalori badan kita
    b) Berapa kalori yang perlu diambil dalam sehari.

    Voila. Settel. Insyaallah berjaya.

    ReplyDelete
  60. Betullah, saya zaman study dulu macam tu jugak. jalan kaki je ke bilik kuliah.. tapi, sekarang.. huhuu..

    Sebab tu sekarang, saya ubah cara nak kuruskan badan. Saya suka amalkan cara kurus dengan menggunakan tiga langkah penting, iaitu bakar lemak, buangkan toksin dan bina otot untuk mempastikan metabolisme tubuh menjadi tinggi agar penurunan lebih berkesan. :)

    ReplyDelete
  61. tinggi anne 157..berat plak 52..perlu diet ke???tapi,semua org kata anne gemuk..rasa down sangat tau,kak..

    ReplyDelete
  62. Menarik tips ni! seiring dengan amalan saya setiap hari. sekarang saya cuba sambil minum Callysta Bali Coffee secara semulajadi dan insyaallah saya akan cuba sekali dengan tips ni sekali

    ReplyDelete
  63. hurmmmm...ok gak cara ni...lg satu buat zumba pon ok...ari tu ada try zumba dlm sminggu n wait i get???? i lost about 4 kg...huhuhu hepi sngt tp sbb da x buat...pmalas btol la da naik blik bdan ni,,,insyaallah usha blik dgn zumba...huhu

    btw t singgh la blog saya n komn n folo n ape la yg patut kat lensamerah.blogspot.com.... =D

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum..

    Terima kasih atas info yang sangat berguna yang dikongsikan..

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum..

    Terima kasih atas info yang sangat berguna yang dikongsikan..

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum..

    Terima kasih atas pengalaman yang dikongsikan bersama pembaca yang lain..

    ReplyDelete
  67. saya suka sangat tips dalam blog ni, sangat best dan mudah

    ReplyDelete
  68. Hi. sis. cantik blog sis. penulisan sis pun bagus2. jemput ke blog saya sis untuk info2 kekal cantik dan slim.- boleh ubah ikut blog tu. pastikan relevan

    >>>Kurus sihat Semula Jadi!- leh ubah <<<

    ReplyDelete
  69. Saya sering diejek tentang berat badan saya maklumlah bru form 1 tapi berat dah mencecah 57-60 kg ...sedih rasenye..diet asyik x jadi ...semua kawan² slim² blake ...nk bljr pun susah kalau asyik kena maki je....saya tinggal di asrama ....saya dah buntu ...kak fatin liyana bleh tolong saya

    ReplyDelete
  70. Betul lah tuu...takyah nak diet ketat sngat bukan dapat apa pun..anyway this a good tips

    ReplyDelete
  71. Thanks for sharing ya sis... Love You la.. :)

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...