Wednesday, June 15, 2016

Statement terbakar

Assalamualaikum


Salam Ramadhan yall!


Masa aku pregnant aku ada banyak kerisauan. Takut tak dapat jadi ibu yang baik. Takut cuai. Takut takda kesabaran yang tinggi. Takut takda kecekalan nak berjaga malam (padahal dah biasa oncall) hehe.


Aku ni tak expect pon nak pregnant sebenarnya. Baru je kahwin like 2 bulan, tiba tiba pregnant. Yang tak boleh blah tu, kitorang PJJ hehe. Dengan career aku yang memerlukan daya konsentrasi serta tenaga fizikal yang tiada tolok bandingan, rasa macam impossible je nak pregnant masa tengah jadi houseman ni.


Impossible impossible pon, berjaya jugak kuharungi alhamdulilah. Berbalik kepada kerisauan tadi, walaupun aku fikir macam macam tapi aku ada good family support. I know my mom and my husband will be there for me. And I know myself well. Aku ni jenis main harung je kalau benda dah depan mata. Malas nak fikir. Just get things done.


Sebelum Ajda lahir, aku ada baca buku macam mana nak handle newborn. Kalau menangis nak buat apa, macam mana nak mandikan baby, kalau baby selsema nak buat apa etc. Taknaklah dependent kat mak aku 100%. Ajda is my daughter, I should be responsible for her health.


So bila Ajda lahir, the test begins. Bila dia menangis, aku cek pampers, feed her, or sapu minyak telon dekat perut dia. Kalau tak jalan jugak, aku pasang surah Al-Baqarah. Just in case ada lak syaitonnirojim yang dok terperanjatkan anak aku kan hepp. And the cycle repeats. Tengok aku macam relax je jaga anak, mak aku pon relax jugak. Lagipun she's a working mom. Dia pon bz dan tau penat jugak. My mom just tolong masakkan lauk pantang for me and tunggukan Ajda masa I tengah berurut. The rest I buat sendiri. Pulak my husband only come back during weekend, jadi memang I jaga Ajda 24hours by myself. Tapi kalau my husband is around, memang best sebab I akan take turn dengan dia untuk jaga Ajda.


Selain daripada ilmu yang I dapat from the books, I pon ada consult my mom jugak. Sebab books cant beat experience you see. So I dapat knowledge parallel from both book and my mom. My mom pulak jenis percaya kat I sebab I doktor. Whatttt... Padahal kat medical school takde belajar pon macam mana nak mandikan baby, macam mana nak jaga anak semua.


Teringat satu hari ni, according to my mom Ajda dah ready nak mandi dalam tub. Sebelum tu I lap je dengan wet sponge. So my mom cakap


' Ha harini Atin boleh start mandikan Ajda dalam tub '


What the. I iz cemas. You see newborn kan fragile, badan dorang lembik-lembik lagi. Nak nak Ajda yang premature ni. Nak mandikan dalam tub, nak pegang macam mana, I have no idea. Menambahkan lagi pressure, mak aku melaungkan statement terbakar ini


' Ko kan doktor, macam macam procedure ko dah buat, takkan takut nak mandikan baby?'


Weyh aku pantang dicabar. Terus aku bukak buku serta youtube untuk melihat demonstrasi cara-cara memandikan baby haha. Kesianlah anak, jadi bahan experiment ummi . Aku ok je buat-buat benda gini first time janji takde sape membebel. Aku tak suka orang komen apa aku buat. Bagusnya mak aku jenis tak komen banyak, janji you get things done. Dia just tanya, dah mandikan Ajda? Dah? Ha bagus cucu tokibu dah wangi.


Sama jugak masa Ajda selsema, hidung dia macam tersumbat. Aku tanya mak aku nak buat apa. Sebelum mak aku bagi tips nak buat apa, dia bagi dulu statement terbakar


' Ko kan doktor, takkan tak tau nak buat apa '


Haha my mom knows me well. Aku ni jenis yang baru nak bergerak bila kena cabar. Kalau tak aku chill relax tak kuasa nak buat apa-apa. Sebab tu mak aku selalu bagi statement terbakar LOL. Aku ingat lagi mak aku cakap


 ' Ibu tolong-tolong ko masak lauk pantang, carikan bidan urut, tolong tunggukan Ajda kejap-kejap boleh la. Kita kena jaga anak kita sendiri.. Jangan mengharapkan orang lain jaga anak kita. Nanti dah habis pantang, dah nak start kerja, terkial-kial tak pandai nak urus anak dan rumantangga. Kita kena rasa sendiri susah payah membesarkan anak, supaya kita hargai ibu yang membesarkan kita '


Terima kasih ibu diatas segala tunjuk ajar dan kasih sayang ibu terhadap atin :')


Tok ibu bising takut Ajda kena gigit nyamuk. Cepat cepat abi pergi beli hehe. Ajda dah ada kelambu yay! Takut lettew tok ibu bagi statement terbakar lagi.


Thank you for reading this entry !

42 comments:

Anonymous said...

hahaha comel je ibu kakpaten. statement terbako.kita tak merasa lagi pengalaman macam kakpaten.hehe selamat berpantang dr cantik.tak bosan baca.πŸ™ŠπŸ™ˆ hug &kissssss for ajda😍😘😘

La Dolce Azila said...

Haha. Kita sama atin.. bby baru sebulan.. pantang sekejap je kat rumah mertua. Lepas tu pantang sendiri kat rumah.. nak tak nak semua kena buat sendiri.. anak kita kannn.. hehe

Anonymous said...

Sama la mcm sy berpantang jgk. Semuanya sy bt sndri wp sblm bersalin berangan kena lyn cm tuan puteri gunung ledang. Tp semua tu angan2 sj. Hakikatnya sy handle sndri sb my Mom pn bkerja. Dia hya tolg msk lauk pntang n tolg mandikn klu bby awl bangun. Klu lmbt tpksa sy mandikan sndri tp hnya guna kapas huhuhuhuhu. Tp semua itu indah sbb pngalaman jaga anak sndri. Bila dh start bkerja tpksa jgk la hntr tmpt pengasuh😟😟😟

Anonymous said...

Haha comel je kn tok ibu.. Kak paten update lah slalu blog ni suka bca.. Mmg realiti hidup.. Suka kak paten share mcm2.. Slmt mnjd ibu.. InsyaAllah smga d permudahkan. Just enjoy ur time..

Anonymous said...

Alhamdulillah..congrats on your newborn
Best dpt experience jaga anak sendiri
Kalau dpt mak/mak mertua yg nk buat semua stress juga
Anyway setiap org ada ujian masing2..
Congrats again FL!

berrypastel beads said...

Hahahahahaa... sama la statement mak kita.. msa dlm pantang lagi dh ckp nnti jaga anak sendiri tau.. x yah nak anta2 kampung.. ada masalah handle sendiri.. anak ko kan jaga la sendiri... huhu..sejak pada tu hati kental semua buat sendiri.. anak demam,selsema, batuk semua handle sendiri.. siap google cari petua org dulu2.. ok kipidap ye dr.fatin.. xtau tanya yg pakar...

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum Ajda,,
dalam ketegasan ibu ada banyak yang tersirat untuk kita anak..mungkin ianya tidak berguna sekarang tapi ianya pasti sangat bermakna satu masa kelak..

icha zaini Fidelis said...

Best baca pengalaman.selamat menempuh alam keibuan fatin liyana :)

Nurfaezah Abdullah said...

semoga Ajda membesar dengan sihat dan menjadi anak yang pintar dan solehah Aamiin.. kak fatin pernah dtg ke Brunei ke? sy blogger Brunei.

nayfatimah rasyid said...

senyum jew baca entry nie ;)

babYpose said...

Nak mandikan dalam tub tu memang suspense kan. Salam Ramadan

ayunie ramli said...

aa betol, mcm mek pny kes, mak mertua over protecting. semua bnda dia buat. kita jd xpndai nk handle sndiri. naseb baik berkeras jugak untuk handle sndiri. dlm confinement 40days tu mmg xmnjaga sgt la baby.

Anonymous said...

Dulu selalu ingat doktor2 ni mesti dah pakar jaga anak dan tahu nak buat apa bila anak tak sihat tapi doktor pun sama je macam ibu2 yg lain, hehe. Tegas gila mak kakpaten. Selalunya nenek2 ni dapat cucu sampaikan semua benda dia nak buat.

Insan Mulia said...

Salam..
salam kenal dari saya jiwa tani

Anonymous said...

Comel je ibu kak fatin. Tpi kan to be honest klau mama kite cakap camtu kite trus down tau. Cmme nk get rid all of the situation kak fatin ? Tak tacing tacing. Hahahaa

nursarah puteri said...

I pun plan nak pantang 3 weeks je kat umah mak then nak balik umah sendiri sambung pantang dengan husband.

Aisha Purba said...

Assalamualaikum baby Ajda & Ummi..
Sblmnya salam kenal dr sy kak Fatin. Sy dh lama follow Dr. Anwar & kk fatin sbb tahu kk fatin study di Bandung ������.

Gak nyangka Berjodoh dan tiap hari sy stalk akun ig kakak *Sorry kak Fatin

Doa terbaik buat kak Fatin dan keluarga.
Semoga menjadi keluarga SaMaRa & dikarunia putra putri yg soleh solehah..

P/s: Kak Fatin kalau mau liburan ke Indonesia lg, coba Pulau Sumatera deh *kode :P

BarakAllahu Fikum.

I <3 u kak Fatin and of course ( Baby Ajda) :*

Nurzakiah Hanum said...

senyum x perlu kata apa2

Syazwani Mazlan said...

hehehe, klakar je baca.. selamat berpantang dr... :)

Anonymous said...

Salam atin emlscs sbb apa hr tu?

muja said...

memula aku.. pastu i.. hehe.. cute laa.. semua benda cute.. tak sabar lak rasa nak dapat baby sendiri.. tak lama lagi insya Allah..

yang baik said...

Statement mak-mak memang macam tu... suka bagi terbakor. Tunggulahlah giliran Ajda pula dapat statement yang sama ... heheheh

Ciare Baha said...

TAHNIAHHH. Berpantang sendiri memang mencabar for the 1st time (sendiri; means ada orang yg boleh tgk kejap2, but not 24 hours). Tapi betul lah, banyak mengajar kita macam2. Nanti akan rasa lebih bersedia dan tak kalut sangat. Lex lekkk je gitewww ;)

LanaBusyBee said...

hahaha statement terbakaq tu memang boleh terbakar hahahaha

Jom try foundation yang angat best untuk raya nanti http://beautydaisy.blogspot.my/2016/06/geeboo-hd-full-cover-foundation-yang.html

Carl Dani said...

Samalah dengan mak kita sis, give me five...bila dah biasa kena dah lali dah tak adanya nak sentap-sentap bagai..hahahah..selamat berpuasa sis and family!.

Azwar Syuhada said...

Statement ko kan doktor?" memang menguji tahap terbakar. Apa-apapun chaiyok!

ell@ said...

Hahaha...lawak la patin ni...sabo jela..

LdyNisa said...

hahaha lebih kurang sama dengan my mom.

nazsluvs said...

Bestnya, dh lama x baca blog fl ni.dulu pengikut setia zaman gunting inner, pastu kawin fatin dh slow.hari ni akak dh 5bln preggy, mencari ilmu.thanxs 4 ur tips.love, k.naz

bella hamzah said...

Comelnya tempat tido ajda hehe semoga menjadi anak yg solehah. :)

Azura Aziz said...

betul2. suka dgn statement fatin. bila kita dah ada anak, kita jaga anak sendiri br tau susah-payah mnjadi seorang ibu..

Puan Wawa said...

haha.. memang terbakar betul kalau macam tu..
Good luck fatin, semoga menjadi ibu yang terbaik buat Ajda..")

Herniezieana said...

Bestnya Dr. FL. Inspirasi sangat.
Selamat Berpantang, semoga Ajda membesar dengan sihat dan kelak jadi insan solehah.

Hugs & Kisses From Sabah!

Mommy Muhaimin said...

First time mandikan baby dengan saya saya sendiri yang kebasahan. Hahah. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

Syafiqa Jenn said...

Betul cakap tokibu. I observe many parents terlalu mengharapkan mak dan ayah jagakan cucu. Tak baik. Sepatutnya dah tua tua ni lah masa untuk diorang berehat. :) Dah penat jaga kite, nak jaga cucu pulak. Kesian.

MasReena said...

teringat fatin citer yg mak buat statement terbakar suruh blaja masak.. lol.. btw, tahniah dik & rumah cantik sgt :)

Rusydi Anuar said...

Semoga menjadi ibu mithali :) dan Ajda menjadi anak yang solehah. Amin.

Anonymous said...

hahaha..samalah macam ibu kita fatin..selalu bagi statement terbakar..tapi yelah,..ibukan..tu tanda dia prihatin..wala kadang2 telinga pun hampir terbakar dengar statemant mcm tu..hikhik..

Pakar Video said...

Wah 2 bulan khawin dah dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah rezeki.

DNIBaby'sCUTE said...

Assalamualaikum..
Me also lahirkan baby premature 32 weeks. masa keluar NICU berat around 2kg. Memang first week tu tak mandikan die cuma lap dengan air suam ajer... Tapi bila second week kena jugak mandikan die. i memang tak pandai. tapi jenis suka berdikari and my mom dan tak ade. jage diri sendiri jer dalam pantang tak de orang lain tolong masak dan sebagainya. Terpaksa jugak beranikan diri mandikan baby.. Experiance ni bukan semua orang dapat.. So hargainya..

http://mummyumardian.blogspot.my/

Shahrina Shaharin said...

Comel plak tok ibu. Statement terbakor tu.. So sweet of her ;)

sheAYANG said...

Hebat ummi ajda. Bagi statement terbakar terus jadi keje. Hehehe.
Mana2 mak pun akan train anak dia berdikari. Soon ummi ajda plak buat gitu.
Selamat membesarkan amanah Allah Fatin n suami.