Tuesday, April 3, 2012

Trip To Korea : Departure & Arrival

Assalamualaikum

Aku sebenarnya buntu. Tak tau macam mana nak cerita kat angpa semua pengalaman aku travel ke Korea itu hari. Tak tau macam mana nak divide entry ni. Tak tau nak pilih gambar yang mana satu. Tensen pulak rasanya bila nak update blog. Tapi dek kerana pujuk rayu angpa semua kat aku (hikhik) lembut hati I tau nak update.

Tapi awas! Takyah nak awas sangat pon takpe kot cik Fatin (haha).. Mungkin entry selepas - selepas ini aku akan asek gebang pasal travelogue aku ke Korea. Aku pergi 11 hari kot. Jangan harap a nak buat 1-2 entry jer. Memang tak a kan. Memang tak ah. Memang tak. Hmmmp. 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Hi kengkawan !! Wah gitu konon-konon yang tadi tu pendahuluan la kann. Anyway aku telah terbang ke Korea Selatan pada 19 Mac 2012 dengan menaiki pesawat AirAsiaX. Disebabkan aku beli tiket beberapa hari sebelum departure, so harga return tiket aku adalah RM1913. Flight aku pukul 2.15 petang dan dijadualkan untuk tiba pada pukul 8.45 malam. Trip aku ini adalah selama 11 hari. Aku akan pulang pada 29 Mac 2012.

Macam biasa, aku kan jenis adventurous jadi aku telah melakukan semua benda last minit. Perasaan tergesa-gesa dan berpeluh-peluh takut terlupa bawak barang itu sungguh intense. Rasa berdebar-debar itu seperti memasuki Amazing Race! Sehari sebelum departure, barulah terhegeh-hegeh mencari warm clothing kerana cuaca Korea pada waktu itu adalah -1 sehingga 15 darjah celcius. Sibuk juga mentawaf Jusco untuk membeli barangan buatan Malaysia sebagai buah tangan untuk rakan yang berada di Korea. Adat menumpang rumah orang..haruslah orang berbudi kita berbahasa. Wah wah blog honeykoyuki mengajar nilai-nilai murni gituu.


Belah kiri yang berbentuk empat segi adalah pocket warmer. Nama melayunya adalah pemanas poket.
Bagus sungguh benda ini, dikala sejuk, bila memegangnya terasa selesa! Sarung tangan dan stokin tebal jangan dilupai. Aku beli barang-barang yang sungguh comel ini di Daiso IOI Mall. Setiap satunya berharga RM5. So cheap liao~



Beg polkadot berenda (euw what a name!) berisi ubat-ubatan seperti panadol, loratadine (ubat selesema yang tidak mengantuk), koyok dan tiger balm (untuk sakit otot kerana panjang nau langkah). Polkadot bergetah rambut love love pula sebenarnya adalah passport holder yang berisi passport, boarding pass, scheduler & pen. Beg bunga-bunga mengandungi barangan kosmetik seperti moisturizer, lipbalm dan pewangi.



Aktiviti di dalam flight cumalah tidur, bermain game, tidur, bermain game dan makan. Serta ke tandas. Aktiviti ini diulangi dan dilakukan secara berterusan selama 6 jam.



Menikmati hidangan Malaysia buat kali terakhirnya sobs. 



Nasihat : Jangan memakai contact lens ketika menaiki kapal terbang kerana mata akan menjadi kering dan akan menyebabkan ketidakselesaan. Pakai moisturizer serta lipbalm secukupnya untuk mengelakkan kulit menjadi kering serta merekah. Pakai pakaian yang selesa seperti cotton kerana 90% aktiviti yang dilakukan ketika menaiki kapal terbang adalah tidur.


90% ya kawan-kawan. 90%.


 Subahanallah ! Cantik sungguh ciptaan Allah. Ini merupakan sunset!


Alhamdulillah, sampai sudah ke bumi Korea setelah 6 jam perjalanan. Kami mendarat di Lapangan Terbang Incheon lebih kurang pada pukul 9 malam. Ada orang tu pakai tshirt cotton jeww pastuu kesejukan yang amat. Beg aku yang besaq gila warna hitam tu. (Siap tulih nama daddy I tak menahan) Beza gila dengan beg member aku. Nampak sangat la kan..


Aku suka masuk toilet kat airport. Saje je nak judge a book by its cover. Kalau toilet kat airport tu kotor, satu negara tu aku cop pengotor haha! Oh ya, toilet kat airport Incheon ni comel, ada plastic cover yang sangat berguna untuk mengelak kegelian. Malah apabila sudah selesai menyahtinja, boleh tekan button "START" dan plastic akan digantikan dengan yang baru secara automatic!


Aku dan Mardhiah disambut oleh rakan highschool kami, Zatul Amrah yang sedang mengambil jurusan electronic engineering di Inha University. Lupa pula nak cakap yang aku datang ke Korea bersama dengan Mar! Kami merupakan ex pelajar sekolah SBPI Selandar dan sekarang sedang menuntut di HUKM dalam bidang yang sama. Cuma Mar ini di tahun 4, aku pula di tahun 3. Kami naik taxi untuk pulang ke rumah Amrah yang terletak kira kira 40minit perjalanan. Tambang adalah 40,000 won / RM120.


 Rumah yang sangat comel and very the Korea !


Tempat tidur aku adalah warna hijau di atas lantai. Lantai ini mempunyai heater, maka cuaca yang sejuk pon rasa rilek je. Ah sungguh selesa ! Saya suka rumah Amrah & Miza =)


Sementara Amrah mengambil kami di airport, housematenya Miza telah memasak mihun yang sedap untuk kami. Bestnyee! Mar telah membawa KFC dan sambal ikan bilis, aku pula membawa serunding daging & rendang daging. Lama sangat tak rasa makan atas surat khabar macam ni. Dulu kat bandung selalu buat masak-masak gini and makan beramai-ramai. Bila makan ramai-ramai macam ni, telur dadar pon rasa macam pizza extra cheese.


Ok nak cerita departure & arrival pon dah ambil masa yang lama. Oh tuhanku, istiqmahkanlah aku dalam menulis blog ini. Amin! Tunggu tau entry seterusnya =)


Thank you for reading this entry !

238 comments:

  1. wahh best ah...dah baca yang barubaru baca yang ini..

    tandas dia tandas dia
    magic...

    kalau la buat kat malaysia ni..best...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    canggih toilet tu. comel rumah kawan u tu

    ReplyDelete
  3. ohh . dulu sekolah dekat sbpi selandar rupanya ~ ~

    ReplyDelete
  4. oppss. sorry tadi bagi salah link. Fatin this is the link to your little present that i made.

    http://eejoosays.blogspot.com/2012/05/dear-fatin-liyana.html

    Kalau dh tgk, tlg bgtau ye. Hakhak.

    ReplyDelete
  5. hi fatin, nak tny..tu seat u pilih yg biasa kah or yg mahal tu? i means seat dalam flight airasia x tu

    ReplyDelete
  6. bestnyer dpt gi korea

    ReplyDelete
  7. salam..hai..selamat berkenalan..sy akan pergi ke korea awal bulan 9 ni selama 11 hari..so sy nak tanya kamu pergi KOREA dlm 11 hari itu agak2 bapa budget RM yang perlu disediakan?

    ReplyDelete
  8. jom cuti2 ke korea!:)
    http://malaysiantourguidekorea.blogspot.kr/

    ReplyDelete
  9. bestnye pergi korea?macam nk pergi la pulak







    ReplyDelete
  10. Untung lah haish dapat pogi sana :'P haha!

    ReplyDelete
  11. salam fatin...
    saya pun akan ke korea mungkin bulan 6 ni... fren fatin still study kat korea ke...

    diaorg ada buat part time tak jadi tourist guide tak???



    ReplyDelete
  12. wahh..bestnye dapat g korea. dah lame nak byk my kids maen salji kat sane tapi bajet tak cukup lagi. hehe..
    kalau i g sane bule tumpang uma member Fatin tak?haha(tak tau malu punya budak..)

    ReplyDelete
  13. akak found ur blog when googling about korea. yup, have promised my daughter for korea trip in march next yr. It's her dream come true to visit korea. K pop fan tahap giler2. anyway, love reading your experience in korea and beautiful pictures. tak sabar dah nak fly....

    ReplyDelete
  14. Seronoknya kak!! (Teringin sangat nak gi Korea)

    ReplyDelete
  15. best nyer dpt pegi korea...for kpoppers like me, korea is the dream country to be travelled..tp xtaw la bile ade chance nk pegi sane..

    ReplyDelete
  16. wow thats alot of comment in this entry Fatin Liyana.Anyway,im a new blogger this year of 2013,im new in this blogging world im 21 yer old and i want to be friend with all blogger,can you be my follower in my blog please,and i promise you a lot of amazing stories.

    ReplyDelete
  17. wow thats alot of comment in this entry Fatin Liyana.Anyway,im a new blogger this year of 2013,im new in this blogging world im 21 yer old and i want to be friend with all blogger,can you be my follower in my blog please,and i promise you a lot of amazing stories.

    ReplyDelete
  18. saya blogger baru,saya nak minta tunjukajar dari blogger yang dah lama kat dunia blog ni,so please teach me about blog i like to blogging to reveals my secret lifes

    ReplyDelete
  19. w0w..sedap laa kak boley gi korea..boley jumpa big bang.. ^_^

    ReplyDelete
  20. Waw! Sis, barang-barang dari korea nya cantik-cantik amat yah... :D salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
  21. Lame dah teringin nk g korea.. tak taw lah ble bleh p hmmm.. :) ~

    ReplyDelete
  22. Sis , sy bru bca sis pnya entry nie . . sngt best sis dpt g korea . .btw , antra korea ngn negara kita , mata wang dorg kew lgi tinggi dri kita ???

    ReplyDelete
  23. Buat ape ye di korea sane ????

    ReplyDelete
  24. korea memang best !! saye dah pegi march 2013 lalu.. mmg gempak laa.. siap dapat jumpa org korea muka ala-ala lee seung gi.. haha.. keseluruhannya, korea memang terbaik!! negara yg sgt bersih, dan maju..

    http://missnakalbelog.blogspot.com/2013/05/ceritaku-di-korea-part-2-day-1-and-2.html

    ReplyDelete
  25. Aishhh Chincha~jellous tahap gaban..kak saya ambik gambaq2 kakak update kat blog saya yah~ i'm your fans~wihiee

    ReplyDelete
  26. best nyer dpt g korea! jeles la dgn akak.

    ReplyDelete
  27. CANTIK NYE!!!PEGI TK AJK KMI PUN NK P KOREA GAK

    ReplyDelete
  28. Salam...fatin liyana, nak nya ada x tau pakej ke korea maybe melalui student saner ker

    ReplyDelete
  29. Salam...akak nak tnya ader tak tau pakej2 maybe student2.kita kat sana buat trip ke.korea

    ReplyDelete
  30. Salam...fatin liyana, nak nya ada x tau pakej ke korea maybe melalui student saner ker

    ReplyDelete
  31. Tak sangka ada juga orang yg sama perangai dgn saya,suka masuk toilet dkt airport overseas :P

    ReplyDelete
  32. Korean I'm coming hahahahhaaa,,,

    ReplyDelete
  33. Salam akak ni akan ke korea dgn 2 org ank pada 5 hingga 9 mac... ble cdngkn tak budget htl dn tmpt2 menarik....tq

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...