Wednesday, March 23, 2011

My Dream Guy.

Assalamualaikum =)


Kadang-kadang ramai orang suka bertanya soalan-soalan am seperti 'Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?' Jawapan yang diberikan selalunya cliche ataupun bergantung kepada siapa idola anda time tu. Contoh jawapan cliche adalah seperti ini. Lelaki idaman saya mestilah beriman, encem & kaya. Beriman mesti disebut dulu sebelum ciri-ciri yang lain-lain supaya kelihatan islamik dan tidak nampak terlalu mementingkan harta. LOL! Jawapan mengikut idola pula adalah seperti ini. Saya harap lelaki idaman saya bermuka sweet ala-ala Korea, tinggi, berkulit putih, berambut pacak dan pandai menari mengikut rentak lagu SuJu Sorry,sorry. Obviously girlfriend you are talking about Choi Si-Won of SuJu!

In case kalau korang pernah bertanya, Dear FL, can you describe your dream guy?

Yeah sure, hari ni aku akan describe more or less about my dream guy. Kalau korang terasa macam sungguh unrealistic ini pompuan punya demand, just chill la. Dah kata pon dream guy. Of course la in my dream je kan hahaha. Aku bebas menggunakan kuasa imiginasi aku tanpa batasan. Ok takdelah tanpa batasan. Still berlandaskan syariat islam (jawapan selamat) haha! Nak cari yang boto-boto punyo kek dunio yang fana ni bolum tontu laei dapek. Takpolah, dalam mimpi pon bulih yo...

letscekidautyaw! ( tak ikut susunan tau )


1# A Man in suit
Blazer pengawas aku tak mahu. I want a good-looking guy with a hot smoking body in a fine, expensive suit! Eh apesal aku rasa macam aku tengah cakap pasal Beckham? Bias betul aku ni. Well aku sangat suka tengok lelaki in suit. Serious rasa macam segak giler, rasa macam nak pergi dekat and whisper OMAIGOD YOU LOOK SO HAWT WOULD YOU DANCE WITH ME BUT I DONT KNOW TANGO, LETS JUST DO THE GHETTO STYLE OR ZAPIN =') Tapi most of the time, a suited guy looks good only if he's tall & has a toned body.



2# A Man who goes jogging
Kalau lelaki tu bangun awal pagi untuk pergi jogging, dari situ pon korang boleh tau yang dia seorang yang berprinsip & berdisplin. Ok mungkinlah dia bukan ketua pengawas masa sekolah dulu tapi ada je librarian ataupun KRS yang berdisplin ok apa aku cakap ni asal aku kaitkan organisasi sekolah dengan dream guy aku? Duh. Tapi betul la, lelaki yang pergi jogging buat aku rasa hormat kat dia. Lagipun, aku sangat suka lelaki yang jaga kesihatan. Oh comelnya pergi dating kat watson sama-sama sebab nak cari multivitamin!



3# A Man who does the groceries.
Ini adalah ciri-ciri yang impress me the most! Like seriously, aku sangat sangat sangat sangat in love dengan lelaki yang tak kisah buat kerja perempuan. I mean macam pergi beli groceries sama-sama, dia yang tolak trolley, dia yang pilih toilet paper, dia yang amek telur berapa bijik, dia yang timbang cili padi berapa gram....owww sweetnya!

Nak nak dia buat suprise prepare dinner ke, tolong potong bawang ke. Memang you got a yes la from me. Sebab aku tengok, kebanyakan orang putih je ada ciri-ciri ni sebab diorang rasa lelaki dengan perempuan tu equal. Kalau kat komuniti kita ni ada jugak lelaki macam ni, bukan takde, tapi kuranglah sebab culture kita tak macam tu. Culture kita kan lebih kepada menghormati/menyanjungi suami. Kalau boleh suami tu tak payah buat apa-apa. That's why dari pergi pasar, ke tesco, memasak di dapur, jaga anak semua kita bagi kat perempuan. Padahal wife pon pergi keje. Sama je. Lagipun kalau suami tu lebih-lebih menolong isteri nanti orang dok mengumpat cakap yang dia tu asek dengar cakap bini. Typical meleis -___-



4# A Man who cleanses his face.
Aku suka tengok lelaki yang ada kulit yang bersih. Tak perlulah glowing, putih melepak, takde scar langsung itu dah melampau. Aku sebagai perempuan pulak yang malu bila jalan sebelah kau. Aku just suka je lelaki yang cuci muka bersih-bersih, tak kasi ada jerawat hehe. Bukan senang nak cari lelaki macam ni sebab kebanyakkannya ego takmo cuci muka.

Ok ni satu lagi pahaman pelik puak lelaki. No offence kay, aku just curious ja. Sesetengah lelaki, diorang rasa perbuatan mencuci muka dengan pencuci muka adalah soo gay. Kerana mereka rasa mereka adalah lelaki sejati yang kental, maka perbuatan mencuci muka dianggap mencalar maruah seorang lelaki.

Well tak kisah la, kalau muka encik licin macam tauhu jepun walaupun tidak menggunakan pencuci muka. Ni kadang-kadang lepas bersukan, muka ada acne, tapi masih berkeras takmo pakai. Like why so serious? Siapa yang menyebarkan pahaman sesat ni, ayahpin ke? geramnya aku.

Skin is the largest single organ which cover your head & your body. Kalau korang mandi pakai sabun sebab nak bersihkan badan, kenapa ada exception kat muka pulak? Kenapa tak boleh pakai pencuci muka untuk bersihkan muka? Muka pon kulit jugak. Kenapa korang diskriminasi dekat muka kenapa kenapa? Be fair. Kalau takmo pakai pencuci muka then tak payah pakai sabun jugak bila mandi.




5# A Man who holds his child
Needless to say, a man looks like a true hero to me if he holds the baby on one side and hold his wife's hand on the other side. Aku rasa la kan, lelaki nampak lagi 'lelaki' kalau dia buat benda-benda macam ni sebab it shows us his soft-spot. Which I find it very lovely indeed =')




6# A Man who can lead the prayer.
Ni aku bukan nak tunjuk islamik tapi siryeslah aku mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam kepada aku dan anak-anak bila kitorang semayang berjemaah nanti. Baca yassin sama-sama setiap malam jumaat. Tolong ingatkan aku supaya jangan lewat-lewatkan solat (sila nyanyi lagu Ana Raffali). Siryes rasa macam confident jer boleh masuk syurga kalau ini macam teehee. Lagipun korang tak rasa awkward ke kalau the head of the family himself can't lead the prayer?



Well thats all from me. No offence okay lelaki-lelaki out there :) Jangan nak butthurt laju-laju sangat. I was just being random. Tak ada istilah betul atau salah dalam memberi pendapat masing-masing. Beauty is in the eye of the beholder. Apa yang aku nampak cantik mungkin kau tengok tak cantik. Jadi belajarlah terima pendapat orang lain. Jangan rage bila orang tu tak sama pendapat dengan kita. Chill man, chill hehe. Padahal korang chill je, aku yang gelabah lebih. Oklah bye.


Thank you for reading this entry !

Wednesday, February 9, 2011

Budaya makan yang tak sudah-sudah.

Hi assalamualaikum semua =)

Hari ni aku rasa terpanggil nak bercakap pasal budaya makan orang kita. Lately, aku tengok Mesia dah nak jadi macam Amerika dah. Makan tahap melampau. FYI, percentage of obesity people in USA is increasing each year, and nampaknya mesia pon tak mahu kalah dengan USA. Budaya makan la ni dah berubah, dah tak macam dulu lagi. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, kalau nak makan fast food, mesti kena tunggu gaji mak ayah masuk dulu. Kiranya makan fast food hanya sekali atau dua dalam sebulan. Tak pon, kalau ada special occasion macam birthday ke dapat jadi ketua darjah ke, barulah mak ayah treat pergi pizza hut takpon mcdonalds & kfc. Nak makan kek? Haruslah tunggu birthday adik beradik ataupun hari guru baru dapat merasa makan kek. So as a whole, makanan selain nasi boleh dikatakan amat mewah bagi kanak-kanak 80-an seperti aku.


Sekarang? Ikut cakap IniAnwarHadi pon, hari tu dah makan TGI Jumaat, Resipi Rahsia dan hari ni nak p makan Market Ikan Manhattan lah pulak. Selang 2 hari pergi makan tempat mahal. Stakat McD & kepsi hari-hari boleh pergi makan. Nasi? Boleh kira ngan jari seminggu bapa kali makan nasi. Ada yang konon diet, I dont take rice. Tapi pergi makan kat tempat gini. (-___-) C'mon people just admit it haha! Rakyat Mesia dah kaya sekarang. Makanan bukan lagi satu keperluan tapi satu kemewahan. Kalau orang dulu-dulu mati sebab tak cukup makan. Tapi orang sekarang mati sebab terlebih makan. *ouuchh!*



Ini akibat kalau anda makan secara tak sihat. Oh tambah lagi satu, diabetes. Jangan kata overweight je tak sihat. Orang yang kurus pon belum tentu sihat. Kurus mungkin sebab genetic, tapi fat deposition kat blood vessel bagaimana pula? Ada je orang kurus kena stroke, ada je orang kurus kena heart attack. So, janganlah confident sangat yang anda sihat kalau anda tak exercise, makan sedulang tapi masih kurus. *Oh snap!*



Cuba tanya diri sendiri, apa yang aku makan untuk satu hari ni. Bape batang rokok yang aku sedut? Ada tak aku pergi exercise dalam seminggu ni? Am I leading a healthy lifestyle? *facepalm*


Jika jawapannya, pagi tadi aku makan nasi lemak ayam rendang dengan teh tarik extra large, tengahari aku makan kepsi dinner plate dan cheezy wedges kesukaanku, petang aku beli goreng pisang 2 hengget dan malam aku diet sikit, aku hanya makan 2 ketol cake secret recipe. Rokok aku tak isap sebab aku pompuan tapi anggap yang jawab soklan ni lelaki so lebih kurang 5 batang okok aku sedut rini. Exercise, ada jugak 4 bulan yang lepas aku panjat Broga tu pon sebab aku nak pegi shoot talent, kalau tak memang dah setahun aku tak jog, tapi lek la der, hari-hari aku pegi kelas jalan kaki what kira macam exercise la tu kan tapi aku pelik a berat aku makin bertambah dulu masa first year aku 50 jer skang aku dah 75kg. =')


Remember people, you are what you eat. Dont eat more than you should. It brings harm to you and your body. Cuba tahan nafsu, manage sikit diet korang tu. Kalau diri sendiri pon susah nak manage, macam mana nak manage orang lain? Kalau dulu umur 60 baru kena diabetes, hypertension, stroke. Sekarang umur 20-an dah kene diabetes. Umur 40 dah boleh kena stroke. Bagi aku, benda ni tak berbaloilah. Hanya kerana diri sendiri fail untuk manage diet, tak pepasal kita mati awal. Yup betol, ajal di tangan Tuhan. Tapi kita harus berusaha untuk tidak ke arah itu.



Ni aku nak habaq mai kat angpa ni. In healthy people, kita harus amek cholesterol less than 300mg perday. Sebiji telur ayam pon dah 200mg angpa tau. Kira tak dalam cake yang angpa dok kunyah tu ada 5 bijik teloq? Tak kira lagi puding caramel yang ada 9bijik teloq tu. Oh lupa, dalam ayam, daging suma ada cholesterol jugak. Ang kiralah sendiri betapa banyaknya cholesterol ang consume each day. Cholesterol banyak-banyak akan deposit dalam blood vessel lantas membentuk plaque dan menyebabkan hardening of blood vessel (artherosclerosis). Bila plaque tu tercabut dari blood vessel disebabkan high pressure dalam blood vessel, maka plaque tersebut akan circulate dalam BV yang sempit tu dan akan menyebabkan occlusion. Bila occlude kat brain, ang kena stroke. Bila occlude kat heart, ang kena heart attack. *Omjayy scarynye!*


Sekarang ni aku hari-hari breakfast makan quaker oats sebab dia boleh turunkan cholesterol dalam darah. Aku ada baca, start umur 20an, kita dah patut check lipid level dalam darah. Terkejut jugak aku, aku hengat orang tua start 40an je yang kena check lipid profile. Selain tu aku p jogging jugak dalam 2-3 kali seminggu sebab exercises boleh tinggikan HDL level & rendahkan LDL level. Dalam bahasa layman, HDL ni boleh kira macam 'good cholesterol' while LDL ni macam 'bad cholesterol'. Orang dok kalut cakap ngan aku, eh kau ni dah kurus, buat apa pegi jogging lagi? Salah salah. Aku p jogging bukan sebab aku nak kurus tapi sebab aku nak sihat. Memang sekarang tak nampak kesan dia, tapi aku percaya, in long term, it will bring goodness to me & my body.

So peduli apa orang kata, mulai hari ni angpa suma kena makan secara sihat & rajin-rajin pegi exercise na! Kalau kita tak jaga badan kita, sapa lagi betui dak? =) Marilah kita sama-sama menjadi health concious!


p/s: kurangkan/stop merokok sebab rokok boleh contribute to atherosclerosis.
update : kawan2 jangan salah faham. berat saya bukan 75kg tapi 46kg hehe. itu sekadar contoh!
Thank you for reading this entry !

Tuesday, January 11, 2011

Tips : Perkara Yang Korang Patut Amik Tahu Kalau Nak Pakai Braces :)

Assalamualaikum


Setiap hari bila aku bukak formspring jer mesti nampak soklan pasal braces. Semua soalan lebih kurang sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene.


Ahh persyaiton kan semua tu. Janji hari ni aku nak share pengalaman aku dengan korang tentang liku-liku kehidupan seorang gadis bergigi besi ;) Aku taknak cerita pasal scientific fact. Yang tu korang boleh google sendiri. Aku nak cite pengalaman. Pengalaman tak boleh dijual beli lu tau tak. Pengalaman pon tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Eceh asal macam pernah dengar je ayat tu. Tampar nak? Ah sembang lebat tak guna, jom baca pengalaman aku yang precious ni. (geli? aku pon!)



  
Fatin Liyana! Sudah memakai braces selama 1 tahun setengah namun gembira & berhati girang. Pakai braces sebab ada gigi taring yang tak align (gambar kanan 2008). Sekarang sudah align (gambar kiri 2010). Warna braces (elastic band) kegemaran adalah pink/baby blue. Terasa macam baby-baby gituu ahaks!

SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bro!



MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab aku buat kat indon. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku buat braces kat mesia, ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Sekarang follow up aku every fortnight. Memang terasa mengalir a duit tu nak nak hospital tempat aku buat tu jauh. Duit minyak, tol semua tu kena amek kira. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Sebelum buat presentation siap buat disclaimer kat rakan sekelas, bagitau yang gigi aku gongak, kalau nak gelakkan silalah -__-. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 

- - - - - - - - - - - - - - - -

Ini saja pengalaman yang aku boleh share for the time being. Hari jumaat ni aku nak pegi follow up. Macam biasa I am terribly indecisive in choosing the color of my elastic band. Lepas tu mintak tolong doctor pilihkan haha. 'Doc kalo pake pink, sama warna apa ajah ya yang cocok?' Kikiki favourite dialog aku. Aku baru perasaan, setiap kali tuka warna, mesti warna pink kekal. Be it pink-blue/ pink-green /pink-red. Boleh tahan gurlish jugak aku ni ek? HaHa!

Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak ;) Sorry kalao terover, sejak kawan dengan cikepal asek terover jer. Hahaha takdelah men2 jerrr. Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulcer pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!


Latest : Elastic band warna Pink/Orange. Click for a larger resolution. Uaii gigi datin ko kemain putih lagi, boleh masuk iklan Darlie hehe.


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...