Aku dah duduk Bandung selama 3 tahun. Pelbagai onak duri dan rintangan telah kulalui. Masa sebelum AirAsia buat flight 3x sehari, Bandung ni tak berapa nak famous pon. Sekarang ni, famous dia bukan main, kalah fanpage [I love Fatin Liyana's honeykoyuki.blogspot.com] haha! Ok tak tak gurau jer :p Sekarang ni MAS pon ada buat direct flight to Bandung. Tak lama lagi Bandung akan jadi pusat perdagangan yang termasyhur di Asia Tenggara...Asia Pasific...Asia Bagus...Asia Cafe... Malaysia Truly Asia ......
Orang kalau datang Bandung ni biasanya nak shopping. I tell you what, kalau korang rasa Bandung ni murah, sebenarnya dulu lagi murah. Lately ni sebab diorang dah makin famous, maka diorang besar kepala naikkan harga. Dulu aku kalau shopping memang macam beruk dapat susu, eh beruk suka minum susu ke bukan air kelapa? Ke dia amek buah kelapa tapi tak minum? Confused (-_-'). Tapi untuk korang yang datang sekali sekala dan datang bawak duit berjuta-juta, murahlah kot hihi
Here is the list of places that you should go shopping in Bandung :
1. Pasar Baru
Pasar Baru adalah heaven kepada semua perempuan tetapi TIDAK kepada lelaki. Why?? Sebab barang-barang yang dijual semuanya adalah barang perempuan! Lelaki boleh ikut takdehal, tapi make sure lelaki tu jenis yang penyabar, mendengar kata & hobinya ialah mengangkat barang-barang. Korang boleh jumpa telekung sulam, kebaya sulam, kain ela, kain lace, kain chiffon & segala jenis kain disini. Dan siryes aku cakap, semuanya sangat sangat sangat cantik & murah! Sebab dia local product maka harga yang dijual sangatlah murah sehingga korang akan ternganga seluas yang mungkin.
Ramai artis Malaysia datang sini untuk buat beli kain & buat baju. Ramai jugak bride-to-be yang datang untuk beli kain buat baju nikah. Sesetengah kedai kain kat Pasar Baru ni pon amek tempahan dan dorang gerenti boleh siap dalam masa 1-2 hari. Yang penting siapin uangnya donk. Pasar Baru ni 6 tingkat dan sangat sesak. Kalau boleh datanglah seawal jam 10 pagi sebab dia bukak pukul 10pagi dan tutup pukul 5petang.
Dibahagian luar, ada banyak jual kerepek-kerepek tempatan. Kerepek kat sini dipanggil cemilan. Dan cemilan keluaran Bandung yang paling femes sekali adalah pisang keju. Sedap tau. Susah nak cari ni, biasa ada kat Bandung jer. So belilah sepeket dua dan bagi kat kawan-kawan kat opis tu.
Berdasarkan pengamatan aku, rata-rata perempuan akan pergi ke Pasar Baru selama 2 hari untuk cukupkan nafsu shopping mereka. Oh ya, berwaspada dengan beg tangan anda sebab kat sini banyak pick pocket. Kalau boleh jangan bukak purse depan orang ramai, gulung-gulungkan duit dan simpan dalam pocket. Dan jangan lupa, pakai slipar jepun je, kalau nak kaki ang meletop cuba la pakai heels.
Ini adalah Pasar Baru yang sentiasa sesak - Google Image
2. Factory Outlet (FO)
Factory outlet ini adalah outlet yang menjual baju-baju branded & tak branded. Diorang panggil 'sisa ekspor' kat sini. Kalau korang lucky, korang dapat la beli baju Armani dengan harga Kiki Lala. Sisa ekspor ni barang ori tapi kena reject before dieksport, so dorang tolak dekat FO dan jual dengan harga murah. Tapi berhati-hati jugak, kadang-kadang diorang campur-campur dengan yang tiruan punya.
Baju kat FO ni ada class la. Quality pon baik. Harga pon kadang-kadang 'baik'. Orang lelaki boleh la shopping kemeja, tshirt, jeans, kasut, dan pelbagai accessories unik-unik. Metrosexual suka kot? Untuk orang perempuan pulak, korang boleh shopping baby T, blouses dan macam-macam lagi. Antara brand yang common adalah Armani Exchange, Guess, Zara, Ed Hardy, CK & MNG. Hari tu aku pon nampak Rozita CheWan beli baby T hehe. Baju budak-budak yang branded pon banyak. Barulah setanding anak korang dengan anak David Beckham kan.
FO ni macam boutique sebuah-sebuah. Aku syorkan korang pegi FO dekat Jalan Dago Atas. Contohnya macam Grande, Blossom, Episode, Runaway, Gossip, The Uptown etc. Lagi satu FO dekat Jalan Riau, contohnya macam Sahara, Secret, Branded Club, Cascade, Heritage, Unusual etc. Selain itu, boleh juga singgah di Rumah Mode yang terletak di Jalan Setiabudi.
Ini adalah The Secret yang terletak di Jalan Riau. - Google image
Rumah Mode yang terletak di Jalan Setiabudi - Google image
3. KARTIKA SARI
Korang wajib beli Brownies kalau datang ke Bandung. Ini dah jadi macam kewajipan semua tourist. Ada beberapa brand macam Amanda dan Kartika Sari. Tapi aku lagi suka Kartika Sari. Korang boleh datang ke main branch Kartika Sari di Jalan Dago. Besaq gila bangunan tu padahal jual brownies ja. Dan bangunan tu sentiasa ramai orang. Anyway, ada brownies bakar ada brownies kukus. Flavour pon macam-macam. Aku suka yang brownies kukus! Bila aku nak balik mesia jer mesti ramai dok kirim beli brownies ni. Mintak bukan sikit, 4-5 jugak. Memang aku tak belilah kan. Leceh nak bawak sebab box dia panjang.
Kartika Sari yang terletak di Jalan Dago.
4. Bandung Indah Plaza ( tepi-tepi jalan)
Blackberry dan Indonesia dah macam isi dan kuku. Semua nak pakai BB. Sampai ada BlackBerry Lounge untuk entertain customer diorang. Anyway, kalau korang berminat nak beli cover BB, boleh la pegi ke Bandung Indah Plaza (BIP). Tapi tak payah masuk dalam BIP tu, betul-betul tepi jalan je korang akan nampak orang jual cover HP macam kat Petaling Street tu. Ingat. Yang jual-jual cover ni hanya ada pada waktu maghrib sampai malam. Siang takde, mungkin siang-siang dia pergi jual bakso, malam baru jual cover BB kot haha! Aku pasti korang akan rambang mata nak pilih. Harga sebijik dalam rp30,000 -rp35,000. Selalunya dia akan bukak harga tinggi, tapi takpe korang tawar je mintak harga yang aku cakap tadi, malas aku nak type balik sebab banyak nau nombor.
Ini BIP. Tepi-tepi jalan itu anda akan jumpa cover BB yang sangat unik & menarik.
Aku rasa sampai sini dulu kot. Lama betul aku type entry ni, masalahnya apesal aku gigih sangat haha? Takpe yang penting kalau korang datang sini, korang ada lah sikit knowledge and guidance kan? Takdelah totally lost. Lagipun insyaallah kalau aku dapat bantu korang, aku pon dapat pahala hihi. Nanti aku sambung lagi pasal benda lain yang korang patut tau bila travel ke Bandung okay? Sekarang aku nak makan dah kebuloq dah ni. Chow!





154 comments:
bestnyerrrr pegi bandung.
wuuuuuuuuuuuuuuuuu................
teringin nak datang sana ;)
Nice guide from FL...
Pasni sng la nk g bandung klu da de guide cm nie kan...
huhuhu...
Thanks FL...
nanti nak pegi bandung, kite rujuk entri ni balik..hehehe.. thank u for the gud info FL.. :)
Penin kepala pergi pasar baru.
Semua penjual suruh singgah.
Gilalah...
Naik tepu dah telinga mendengar
"singgah mas...boleh lihat2 mas...".
tapi tu lah.
kaki shopping sukalah.
masa flight touch jerk runaway airport bandung.
nyonya tua kat seat depan dah menjerit dah
"Shop-shop till drop !!! ".
ceh,baru menang loteri kot dia tu ??.
for me,bandung memberi banyak subjek utk dirakamkan.
this year,me pergi lagi....hohoohoh
bandung mmg syurga.
dah pegggiiiiiii...................... memang macam nak gila belanjer... x cukup cukup duit bawak. rasa dah berjuta dah bawak tapi apesal la x cukup jugak.. Dasar pompuan kuat shopping kan? hahahaha....
tapi kartika sari tu siyes la tade org bwk and xtau pun psl tmpt tu.. sedih kejap!
ngee~
cite laa lgi pasal bandung,
secara ringkas pon x pe, sbb nye next week nk travel ke sne. hmm, nak jugak tau info skit2. boleh kan boleh kan?
dh rse excitd giler nak pi sna...malangnya aten dh xde kt sna lau x leh ternak lemak sma2
bile la agak2 dpt ke sinun..
Tq very much for da guidance fl.sbb sy memang plan pi bandung nnti..;D tak sabar la..;D..
Fatin..gambar baju2 murah kat sana...hei! bila lah saya dpt bandung ni.
Nice! thanx FL!!!
mmg ade niat nak g sane neh...ohoo~
UPDATE byk2 cket pasal endon keyh! mwahhhhhhhh! ~,^
thanks fatin, memang i ada angan-angan nak pergi bandung tau! n_n
pilihlah lelaki yang mencintai diri awak, bukan kerana dia pilih awak sebab awak cantik
thanks fatin, memang i ada angan-angan nak pergi bandung tau! n_n
pilihlah lelaki yang mencintai diri awak, bukan kerana dia pilih awak sebab awak cantik
good info. 3 tahun dok bandung, mesti best kan..bleh buat panduan ni. :) citer bebanyak pasal bandung pun best gak. :) ada sambunga ?
Jom baca ni: Pemandu wanita membahayakan?
wahh..niq pon nk p bandung gak...tp awal thun depan..smbung degree kat sane...
btul tu..citer la lg pasal bandung. mmg teringin nk pegi..mungkin bln Jun. nak cari kain nak buat baju kahwin :)
sesame :)
nanti dtg sini bwk duet byk2. spare duet msia sekali ok hehe
bestnyer..rasa nk pegi....sker baca Fatin Liyana nyer blog.....adoreable.....^_^
NANTI YAN DTG SANA BELI SIS FL LAH.BOLEH ? HAHA :D
NANTI YAN DTG SANA BELI SIS FL LAH.BOLEH ? HAHA :D
nk komen jgk..1st time komen cni..hehe
sy pn dh pegi bandung..best gle shopping..beribu2 abes duit..huh
tp mmg rmai org r..sesak gle..
best3,,!! :D
Boleh la wat gi Honeymoon. Muahahaha~ tahun entah bile :P
Entry terkini: Happy Birthday Superman!!! :)
ni yg buat rasa meluap-luap nak pergi bandung nehhh!!
whoa! tq FL for the tips!! da la nak g bandung cuti ni..oh yeahhh~ =D
wahh kak FL ,
nmpak gayanya akk kena laa cr husband yg bole bwk gi shopping punye . haha
bestnyee belajar kt tmpt org kan ,
bljr kenal org .
akk belajar kt bandung under biasiswa ke ap ?
waaaaaaa!!! nape br wat n3 ni??
tcari2 b4 ni ape yg blh d kirim kt my mum ms die g bandung..huhu..
skang ni die dh blk pn n i xde kirim ape pn kt die..sedey..(T_T)
harus pegi sndri after dis..
anyway,thx FL 4 dis n3..
4 ur info ni 1st time i komen..hihi..
-teem-
arghhhh~ baca entri kak FL, terus berkobar² mau pegi bandung. huhuhu~ dulu pernah plan mau study di bandung tau. tapi atok larang. sobs~ x(
kalau x, mesti dapat peluang shopping dengan kak FL. hehehe~ x)
wow.... ak nak g gak ahh.. bile ntah... mybe nty kowt, beli baju kawen. hahaha
saya dah pernah pg semua tempat tuh. and this may, kali ketiga family pg bandung lg ;) mmg best shopping kat sana :D
bandung best terutama tok soping sopingan..!! ^^
memang best shopping Bandung! nak pegi lagik. suka Pasar Baru tu 2 hari pon x cukup. huhu.
Kalau Jakarta, Fatin suggest mana pulak? Tanah Abang? lagi?
u cam tau2 jek kan i really need da tips tau..coz bln may nie nak gi jakarta & bandung..and if x,i mmg nk PM u nk tnye..thanx..btw,cmner if i nk PM u tnye details lg?PM me plz kt fb i,ZaTy Youp..or drop by kt blog i,zatypunyeblog.blogspot.com(bkn nk promote tau,ikhlas nk tau nie ^_^)..thanx again!! =)
Best dkat sana, tapi ramai gilerrr prg jual2 tuu. Buatkan kite rimasss. Tp murah2 kain nyaaa kan :D
sy akan ke bandung bulan 10 nie... tak sabar dah.... :)
bestnya tuk kaki shoppg,,tapi takut gak,,sane ade gempa bumi ker?
haaaa...ai nak pegi bandung bulan neh..thanx for the info! :)
pas balik dr bandung ase nk pegi lagik!...sgt2 sukakn factory outlets kat sana..!!..thanks FL tuk entry kenangan ne... :)
brownies kukus cheese sangat sedap!!!!
tempat2 yg FL bagitahu tu i dah pergi..memang best! rasa nak pergi lg tapi perlu ada ongkos yg terlebih!heheheh
wow!sounds fun..mugkin akan pergi dgn family somedays..=))
tringin jgk nak gi bandung.. tp sometimes rase takut ngan diskriminasi rakyat dieorng..
TQ for sharing fatin!
just wonder, agak-agaknya berapa RM yang perlu dibawa untuk shopping di Bandung? I mean bukan lah shopping gila-gila sangat. Just shopping untuk kepuasan diri je. RM 1000 cukup tak??
Next entry boleh tak bagi guide untuk duduk di hotel mana? Nak kena amek supir or tak??
sorry la banyak pulak permintaan. Hehe.
Ada plan nak pergi Bandung tapi takleh nak budget duit la. Takut tak cukup jer....
kerjasama anda diucapkan berbanyak terima kasih.
Reply yer!
TQVM
LV, Chanel, Tag Heuer, Chopard, Bulgari?? Tak guna pakai jenama mahal tapi sebut pun tak betul.
wooowwwww!!!! sgt besh teringin nak pergi!=_=
bestnye.. aritu ad perancangn nk g tp smpt lg. inshaAllah.. soon..huhu. ;)
dah pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......paling giller bershopping kat pasar baru...rambang mater ;p
bila lah nak pegi sana nihh.. hoho papepun entry ni sgt berguna weh. thnks sbb share =D
info yg bernass...untukkk sapa2 nk g Bandung... hehehe
bestnya... tp klu masyuuukk best la. hehehe...
mmg sgt best bandung..sangat heaven tok shopping..hari tu pergi,perghhh rambang mata siottt..sume bnda nak bli..hehe~
bali pliz bali plizz
heheh.. Bulan 12 yuyu ke Bandung ^^ heheh.. dah plan dah ^^
t jmpe la kt sane
no 1 smpai 3 dh pegi....
GILE TERBAEEEEEEK..!!!
the superb + best for me was the rumah mode :)
SUGGESTION :
FL, msok kn lg tmpat shopping yg byk cartoon character tepi jln tu..
if im not mistaken, jalan chiamplas or jalan chipadujut..something like that kot..
paris van java pon best :)
btw, buat la jgk guide restoran yg best kt sne such as kt kampung daun ke..
anyhow, entry yg best sgt =D
great! sambung lagi sambung lagi... i need more information..hehe. awal bulan 6 thn ni pegi bandung. InsyaAllah. i suggest u write more bout tmpt2 view yg cantik, tmpt bersejarah, tmpt utk brekfes lunch dinner, accommodation.. hehe.
thanks so much for ur info. akan bergune 1 ari nnt. ;)
bawak kak atin jelah sng2.hehe
nk b'cuti..huuu T__T''
me bandung
maybe bulan 11 atau 12 fly to bandung.. hehe.. x sabaq nak tgk bandung
owh BANDUNG sangat la BOMBASTIC..last pegi 3thn lpas...mmg da planning ngan my mom, if 1 day, i got to married, nk shopping baju bride kat situ..haha kuat angan2 padahal ms 2 baru umo 18 kot..=p
@cujen Rm1000 tu dah lebih pada cukup dah kalau nk shopping biasa2. Estimation RM1000 tu u boleh dapat around 20-30pcs of garments.
I miss Bandung! Seriously jatuh cinta kat Bandung. Rasa nk duduk sana terus. Bila la nk pegi lagi ni. Fatin, u x rindu ke nnt nk tinggalkan Bandung? Anyway your guide mmg mantop. Masa I g dulu sorg2 je research, dekat sebulan research. Just nk mintak u share la tempat makan yg best? Especially local food. Sempat ke Papadayan and murtabak San Frasisco dkt Jalan Setiabudi je aritu. Sorry la TERpanjang pulak comment. Was ur silent reader. So bila dah comment tu mmg la panjang kan :DD Have a magical day Fatin! :) Hugs.
waaahhhh besstnyeee !!! ^^
fatin, i ada buat tour guide and pakej murah pegi bandung khas blogger tau, last time i ada hantar customer, adoooii harga barang2 kat pasar baru mahal giler! cam nak mengamok ngan tokey kedai tue, diorang dah tahu dah ramai foreigner datang nak shopping kat sana...
fyi, harga kat pasar baru lebih kurang jer ngan barang2 kat Bandung Trade Center, kat BTC lagi fashion dia cantik2, quality bole tahan la... even me yang orang Bandung asli pon diorang xnak bagi harga murah coz me datang ngan orang2 malaysia, huaaa nak menangess...
k
wohoo.....best...mcm air bandung jer rase...phewww
ntah bila-bila la aku boleh lepas g bandung.
thanx 4 d tourist guide dear
i booked a ticket 2 bandung this nov
travel solo..so it will be really helpful if u could make more entries like this
perhaps where to eat n other local attractions?
oh n d price dat we could get...
Salam FAtin.
Heh .. saya belum pernah sampai tapi mak saya dah .. :)
menarik sekali yer.
ENtri khas buat pengguna blogspot:
http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/04/blog-anda-dengan-5-jenis-paparan-mesti.html
heheheh saya juga ada rumah di bandung kalo temen2 malaysia dateng ke jakarta pasti saya ajak ke bandung.ayo dong sekali2 kita ketemuan..nanti fatin saya ajak keliling2 jakarta ada tempat di jakarta cheaper than pasar baru..ke kemang ( tempat anak2 gaul jakarta), tanah abang... girls must be scream klo diajak ke tanah abang.
hehe. guide to vietnam tade ke? next month nk ke sane hehe
nak pergi jugak!
btw, kak fatin liyana sangat comel lah! ;D
best nye kat Bandung..
macam-macam ada..=)
last year dah pergi bandung ! memang heaven !!!
pasni fatin bg la guidance utk ke tempat2 yg cntik cam kat tangkuban parahu, kawah putih ke..
aaahhhh nak ke bandung lg !
wah,,thankss for da info FL :) buleh print nih nnti nak g bndung,,jadi ala2 booklet ;p
thank u FL for this entry!!
next week hari jumaat Insyaallah akan bertolak ke bandung selama 5 hari. kebetulan terbaca post you, and thank you so much for that info.
tq FL....i br nk g Bandung July ni...so, info ni byk mbantu!
syok nye bandung post fatin liyana..
tp dh terlepas la..trip opis g bandung dh semggu lepas...terlepas nak beli BB COVER...
lelawa eh..pink shoking pun sure ade kan...
kan BEST..KLU FATIN LIYANA SUDI BELIKAN N POST....
KAK SHA MAHU AJER KIRIM.... M2U ...
HIHI...TULISAN BESAR...harap ade harapan fatin nak belikan dr sana.
tx for the info..:D
TQ FL. Serius tengah cari info psl bandung. Nak gi sana July, tapi excited dah dari tahun lepas. hahaha
Nway, kalau ada masa, cerita la pulak pasal tempat2 best nak pergi other than nak menyopping. Sebab nak pergi dengan kiddos yang tak kenal duit. melalak pulak klu asik kuar masuk kedai jek.
fatin..thanks for da info..cite la lagi k tempat2 yg menarik patut dilawati di bandung..lagi la excited nak pie sane nie..huhu..
kena p jugak BANDUNG ni.
nice tips FL!
mmg bercadang nk ke bandung end of this year. ade tk review tempat mcm Yogya/Jogja ke? kalaun ada mintk di share plisss.
tq.
FL ...... fon BB kat bandung bape harge ehh?????
fatin, takde kenal mane2 tourist guide yg boleh dipercayai ke??? bagi2 la no.contact... hehehe
waaa...rasa mcm nk pergi jep sane..huhuhuhu..
i wrote about u..sudilah baca :)
http://jaa64.blogspot.com/2011/04/kejelesan-terhadap-nia-menaip-dan-yuyu.html
berharap satu hari nanti dapat travel pergi ke bandung. ^^
nak pegi sana jugak^^ nnt FL tolong jd guide tour ktrg ae. hehe
ada tgk member beli cover bb yg cun tu..sangat jeles..sbb popmyberry mahal & design xberapa nak cantik sgt..
nak ikotttt!!!
*sambil hentak2 kaki
wat bisnes brownies mesti untung. hehhehehe.
ermm x sabo betul nak pi bandung lah hujung tahun nie.
should print this entry if i wanna go to bandung aite? hehe thanks!
thanks for tips!! time g bandung dulu, x sempat shopping sakan :(
wahhhh...saya dah terbau-bau aura nk shopping kat Pasar Baru...perempuan kan, shopingholic maaa..haha~
Btw, FL comel dehhh~
tq tq info ttg bandung nih ;) baru rancang dgn kawan nak g tahun depan ;)
nice guide FL. tq! :)
wah teringin nak pergi ;-)
http://claraemilycancer.blogspot.com
amboi-amboi , sakan benor-lahh kak fatin liyana shopping yea . haha .
thanks darl for info~~=]
waaahhh...best nyer...teringinn nak pergi...
Dulu aku kalau shopping memang macam beruk dapat susu, eh beruk suka minum susu ke bukan air kelapa? Ke dia amek buah kelapa tapi tak minum? Confused (-_-'). (HAHA, bila kau last kene pukol??! cute ok ! HAHA)
thanks for that info.
ni tips yg bagus, i nk g bandung end of this year, hopefully everythng is ok.
rumah mode best!!!!
ais krim durian best
meh la join contest LUMAYAN !
peewit ! hee . click click click !! smoa org boleh menang ! ekek :) http://blurrr4evablurr.blogspot.com/
nanti cik Fatin jadi tour guide aku n wife deh....he he he he
FL my mom really need ur favor! do hit me. this is my bb pin. i really2 need ur help. tq 229DA5E5.
Bila ntah nak dpt g bandung tu? err nanti FL jadi tour guide nadiah okay ! hehe thank you for your info :)
dekat rumah mode tu mmg murah2.mak sy belikan sy baju guess pehh ori tuu hahaha
gOod..nnt nk pg bndung..nk tny dak fatin lag lbih details sal tmpt ni eh...
bandung sangat besttt
kartika sari memang favourite saya..lebih2 lagi kalau beli brownies bakar..yum2!
teringin Opah nak pegi bandung!!
Habis dip nak jejak sane la..
murah tiket kan? hihihih//
snoknyerrrr..sopingg. :P
awesome places. hope i can go there one day. InsyaAllah.
=)
PrettySugar - Cakes.Cupcakes.Cookies
mmg best la!! aritu suh adik g rembat baju The Beatles byk2 kat F.O Bandung... bila la i nak pegi nih!!!
sedang mengira2 bape juta nak bawak g Bandung next month ni...adushhhh!!!!
oh...kalau lah fatin post masa bulan 2..mesti sy da g dgn ilmu penuh di dada.anyway, entry yg best! ;D
Pasar Baru memang sesak gila, kan? Tapi, seronok! Rumah Mode pun. Ohhhh~ Kartika Sari!!!!! I loveeeeeeeeeeeeeeee gila! Sedapppp! Yummayh! :DDD
Teringinnya nak p shoping kat Bandung..tp tak tau ler bila berkesempatan...huhuu
bile laa nk smp bandung nih..huhuuu~~
Nak pergi bandung !Uwaaaaaaaaaaaa
fatin.
tengs for the info.
sy ke sane next wed.
hapy sbb ade org share sl bandung
adi didiii
nice blog fatin
i have been there . best gilerr , hihi .
LG pernah pergi bandung tahun ne. Memang teruja gile bile sampai kat pasar baru. Meriah sangat tak terkata. Pastu terlopong tengok harga semua murah murah. Memang tade tempat laen dah kot semurah harga kat bandung. Bayangkan kaen sulam sulam utk akad nikah and kawen segala bagai tu harga boley dapat dlm RM40 harga kite, padahal kat mesia rm100++. OMG! murah sesangat.
Masa LG pegi FO, penat kaki sebab sume kedai gatai sangat nak masuk. Tu pom ade jugak masok kejap kejap sbb kejar timing kui 9 kedai nak tutup. so terpaksa la cepat cepat masuk kua dari kedai kat situ. Barang sume branded. Rasa macam nak pejam mata je ambil sume baju baju budak yang comey gile. Tapi apakan daya masa tu pergi bukan niat nak shopping, sbb first time pegi kan.
Next time nak pegi lagi! xpuas hati sebab xbawak duet 1 guni! hahaha
FL pls suggest hotel2 bajet.planning to go there next year with my bff.
Salam Fatin... nanti blh buat enrtry pasal jakarta plk boleh?? bln Jun ni saya nk pergi bandung & Jakarta.. Thanks.. sungguh bagus your info kalo ada lagi blh terang pasal bandung selain tmpt shopping blh gak terang pusat peranginan d sana.. saya akan print entry ni sbg rujukan d bandung nanti ngheee.... tenkiuuuuuuuuuuuu.............
dah boleh bahan rujukan dah nie... Yeay...
hi,tq 4 this information..i akn ke bandung bln 7 ni..so,sdikit sbyk i taw psl bandung..tq dear
please advise trip ke bandungb with kids slalu g shopping aje ..zoo ok x? shopping complex kat ne yg best?
Salam FL,
ni 1st time bace ur blog..btw..nk dtg bndung on 15 april ni..nk tnye..dorg kt sane..prefer rupiah ke ringgit?takot xckup tuka duet rupiah..klu dorg trime ringgit..senang sket..xpyh tuka rupiah byk2..hehe..thanks..1 lg..hrge telekung kt sane bpe Rm eh bese?sori byk lak tnye...hihi
Dear Cute Little Sista,
I'm one of your silent reader and luv to read your blog about your daily life in bandung.Need your suggestion for hotel in bandung.Range price dlm rm80 - rm130 yg dekat dgn FO.I'm been trying to search for your email but can't.Maybe you boleh suggest and email to me at ladyhannah183@gmail.com Thank you ;)
xoxo,
Kak Hana
salam ...sy akan ke bandung pada 23-26 july 2011.sy seorang saja .hotel dah booked online..mintak jasa baik saudari beri info ringkas tentang pengangkutan awam sesampai di airport juga sepanjang di bandung.
katanya ada angkutan bagaimana caranya.just email me Leecdali@gmail.com.
hai sis FL. akhirnye bergune jugak entry ni. mak sedare el nak gi bandung next week, so dah tau nak tempah ape ;)
ive been to bandung like 3times...shopping was never in the main list..terima kasih share..brings back good memories of that place..
cheers
BOLEH TAK BUAT ENTRY PASAI BANDUNG NI LAGI??? STATE HARGA YG PTT DAN TAK PTT. CMNE NAK BEZA BRG TIRUAN ATAU TAK. BB MURAH SGT KE AWAKKKK.....TIRUAN KE? TAKUT KENA TIPU :((( TOLONG EH? -SUARA KECIL,TOLONG DENGAR ORANG BESAR. HEH
BOLEH TAK BUAT ENTRY PASAI BANDUNG NI LAGI??? STATE HARGA YG PTT DAN TAK PTT. CMNE NAK BEZA BRG TIRUAN ATAU TAK. BB MURAH SGT KE AWAKKKK.....TIRUAN KE? TAKUT KENA TIPU :((( TOLONG EH? -SUARA KECIL,TOLONG DENGAR ORANG BESAR. HEH
thanks for the info fatin. next year february, satu keluarga, anak dan wife akan pergi ke Bandung. Memang pergi nak puaskan nafsu isteri yang suka bershopping. Dah nasib kerja doktor kat Mesia ni sibuk gila, saya saja beli tiket bercuti ke Bandung untuk relasekan tension dia n enjoy our moment together. Nak upah fatin jadi tourist guide boleh? hehe
salam... kteowg ada plan nk p bandung hjung thun nie.. kteowg p'lukan tourism yg bleh kami contact untk book hotel di sana. thanks :)
salam...saya di bandung sekarang..magangnya di unikom..dekat tak dgn FL?Jom jumpa ! kita soping di psr bru @ gedung sate..hehehe
kalau mau keliling bandung nyaman, aman, dan murah, call me ya di
(if you want to go around Bandung which safe, comfort, and cheaper, call me at +62-87722458077)
boleh tanya-tanya dulu (don't hesitate to ask me :)
tq for info
sya first time p bndung, igt nk p redah j, xkai travel agent... nk p 4 hr3 mlm.. shopping semata2, nak bt bju kawen...bleh x share info , transport, tmpt p nginapan, tmpt shoping yg murah... harap sgt boleh bantu... emailkn kat sya, amy d synergy.advertising@yahoo.com
Kebetulan nk pg bandung nxmonth insyaallah
tq fatin huhuhu
rase rugi haritu pegi tp tak jalan2 sangat...:( nak pegi lagiiiii...bestnya..
hai fatinliyana,
very informtve entry, thanks sgttt
few places added on my list!
Tq u for sharing, kami baru seminggu blk mkn angin ke jogja n solo, travel sendiri panduan guna lonely planet, booking hotel tru agoda.jimat. Next plan nak ke bandung shopping, info di blog ni sgt berguna
mmg best..pasar baru..factory outlefs..transtudio..thn ni aje g 2 kali..bukan main lg membntu pembangunan bandung...thanx fl
Great post . . .
need some help in Bandung? let me know. i'm an Indonesian, 4th year college student currently living in Bandung.
You don't need to pay or something, i'll help as best as i can. Just hoping to make friends, and help me when i'm in your country :) (i've been to KL once :)) here's my email if you're interested: leon.aulia@gmail.com
Paling best pekerja pasaraya kat Bandung time hujan lebat mereka sedia menunggu untuk menghantar pelanggan hingga ke pintu pasaraya..."kat Malaysia tak ada service sebegitu rupa" .....
mmg best giler shopping kat bandung ni...insyallah klu ada rezeki nk pergi lg...
teringin nk mkn kek kartika sari yg cheese tu la plk bila baca post pasal kek2 kat kartika sari ni....huhuhu
Post a Comment