Monday, November 13, 2017

Menu puree & bubur untuk baby 6 bulan dan keatas (Ajda's weaning journey)

Assalamualaikum


Harini ummi nak share pasal Ajda's weaning journey. Sorrylah eh, Ajda dah 1year 6 month barulah ummi dapat nak update pasal cerita dia weaning. Padahal dah 1 tahun berlalu hehe.

Ok jom flashback kepada zaman Ajda berumur 6 bulan. Masa tu, kami bertiga stay di Lido Residency Cheras. Ummi houseman di PPUKM dan abi baru pindah ke KKM Putrajaya dari HTAA Kuantan. Takde maid, semua housechores kami berdua buat sendiri. Ajda kami hantar ke rumah babysitter (thankyou mak Farah jagakan Ajda dgn begitu baik!) di Batu 10 Cheras. Bila ummi oncall, my sis in law akan datang teman husby jaga Ajda (thankyou cikna!). Masa tu condo kitorang mengadap KLCC tau. Balik rumah walaupun penat lotai tapi bila tengok muka Ajda, muka Abi, tengok KLCC (pehal tetiba) rasa macam bersemangat dan hilang rasa semua penat :')

Bila Ajda dah nak masuk 6 month, nak start weaning, ummi adalah insan yang paling excited gila dan gila. Ya memang gila, bukan typo.  Sebab setiap kali postcall, dengan mengantuknya, sanggup ummi meredah jem sebab nak merayau kat mall untuk cari cutlery & feeding set yang comel-comel untuk Ajda hehe. And....semua makanan Ajda adalah homemade, ummi masak sendiri tau. Ini namanya gigih hikhik.


Decided to settle down with NUBY. Masa ni ada sale 20% kat Parkson Nu Sentral. Itu pasal beli the whole Nuby feeding set :)


High chair abi belikan untuk Ajda dekat Aeon Maluri, brand Sweetcherry. Mulanya nak beli IKEA tapi yang ni lebih sturdy. Tak sangka design Sweetcherry comel & kualiti macam ni. Bagusnya high chair ni sebab table tu ada tray (Orange). Kalau kotor, boleh angkat and basuh the tray je.


MENU HOMEMADE PUREE

Masa Ajda 6 - 8 month, ummi start bagi homemade puree.

Antaranya adalah :
  • Puree labu (pumpkin)
  • Puree keledek (sweet potato)
  • Puree pisang (banana) 
  • Puree lobak (carrot)
  • Puree kurma (dates)

Cara-cara : 
  • Potong bahan bersaiz dadu, untuk kurma buang biji.
  • Steam bahan. 
  • Bila dah lembut, blend atau mash.
  • Add on a lil bit of water/ebm to get the consistency that you desire. 

Tips : 
Steam dalam periuk nasi je, cepat. Toksah kalut nak guna steamer bertingkat tu. 
Puree banana tak perlu steam, mash je.
Tambah ebm instead of water lebih bagus!
Tapis bahan blend, terutama sweet potato sebab banyak urat. Nanti baby tercekik hehe.


 Puree pumpkin. Tambah ebm sikit bagi cair. Ajda suka sangat!


Puree sweet potato. Ni pon sangat sedap sebab manis! Ummi mash guna Nuby's Steam & Mash set.


MENU BLENDED PORRIDGE

Masa Ajda 8 - 10 month, ummi start bagi homemade blended porridge.

Antaranya adalah :
  • Porridge + chicken + carrot + spring onion
  • Porridge + anchovies + celery + spinach
  • Porridge + dory fish/salmon + spinach + tomato
  • Porridge + anchovies + zucchini + pumpkin

Cara-cara : 
  • Masak bubur nasi
  • Masukkan semua bahan dalam bubur nasi
  • Bila dah masak, tutup api, tunggu sejuk dan blend
  • Tambah air jika bubur terlalu pekat
Tips :
Lebih jimat masa kalau masak bubur guna lebihan nasi daripada guna beras.
Style ummi adalah bubur nasi + 1 protein (ayam/ikan) + 2 sayuran. Guna je sayur apa-apa yang ada dalam fridge. 
Tambah olive oil untuk bagi anak gemuk sikit hihi.



Blended porridge ni memang sedap gilo. Nak nak masa ko baru lepas blend, semua ingredient mixed in together..memang wangi! Ni ummi blend untuk stock seminggu


FROZEN FOOD STOCK

Untuk mommy yang bekerja, adalah tidak bijak untuk memasak bubur nasi setiap pagi kerana ianya time consuming. Macam ummi dulu, pukul 6.30 pagi dah perlu ada di hospital. Jadi ummi perlu bertindak kreatif serta menjimatkan masa. 

Maka ummi telah buat frozen food stock untuk Ajda selama seminggu. Biasanya ummi akan buat 2 menu supaya Ajda tak boring makan benda yang sama untuk seminggu hehe. Memang menjimatkan masa!  Pagi-pagi ummi cuma perlu packkan Ajda 2 cube je from the freezer. One for breakfast & one for lunch. 


 Korang cuma perlu beli freezer food tray / mini freezer cubes je untuk frozenkan blended porridge/puree tadi. Macam dalam gambar ni adalah mini freezer cubes. Yang ni senang sebab individual portion. Just ambil je berapa cubes yang diperlukan untuk berapa kali makan. Ummi dulu suruh babysitter thaw kan dalam air panas, so by the time nak makan dah cair dah blended porridgenya :)


Nuby Freezer Tray. Yang ni leceh sikit sebab kena pop up 1 portion from the tray then kena masuk container lain untuk makan. Bila nak hantar ke babysitter tu memang renyah sebab ada banyak steps. Freezer tray ni sesuai kalau nak makan kat rumah je.


Sayang ummi bambam makan homemade food ummi prepare dulu. Bila kita prepare makanan untuk anak, sambil-sambil tu kita selawat, kita doa..agar anak jadi anak yang solehah, sihat dan pandai. Inshaallah!

Hope that helps!
Please share your child's weaning journey at the comment section :)


Thank you for reading this entry !

17 comments:

  1. Freezer food tray tu brand ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat brand. tapi harga macam rm16-rm 20. you can buy from the babystore

      Delete
  2. Terbaik.. boleh buat rujukan untuk aqiff nanti.. thankz fatin.. :)

    ReplyDelete
  3. Doc can u pls share the menu for 1y ++

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can try

      1. nasi with soup
      2. mac & cheese
      3. pasta bolognese
      4. mee goreng kicap
      5. nasi + lauk biasa
      6. pasta with soup

      you can buy baby pasta..its small compare to the usual one :)

      Delete
  4. Salam kak FL..

    Perkongsian entry yg menarik..☺ tapi saya ada sedikit kemusykilan nak tanya..saya pernah bertanya dengan nurse KK tentang menu apa yang perlu diberikan pada bayi seusia 6 bulan..mereka cakap perlu dimulakan dengan memberi bubur (kosong), puree boleh diberikan tapi selingan dengan bubur..sebab jika dimulakan dengan makanan yg berperasa mereka akan jadi memilih makanan..

    Soalan saya, apakah menu yg sebenar patut dimulakan kepada bayi? Bubur atau puree? Mohon pencerahan ya DR..☺ tq

    ReplyDelete
  5. Fatin, untuk permulaan nak intro makanan kepada baby 6mo, disarankan berapa kali feeding session? sekali sehari? or sekali siang, sekali petang? or 3x (sarapan, lunch, dinner?)

    ReplyDelete
  6. Wow .... blog ini memang SEO yang performance high> THanks for the info..
    I'm study this blog.

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...