Monday, May 11, 2015

Girl talk

Assalamualaikum


Ha bila tengok countdown rasa macam tak percaya nak jadi isteri orang dah. Alhamdulillah, takde bridezilla moment hehe. Rasa macam bertenang je buat preparation untuk wedding. Ikut kemampuan masing-masing kata orang. Tak payah serabutkan kepala nak macam tu macam ni, taknak sama dengan orang la, nak yang latest la apa la. Benda senang jangan kasi susah. Tengok cantik and harga ok, terus close deal. Aku memang tak kuasa nak survey-survey lagi :)

Ala, benda benda macam ni pusing-pusing pon kesitu jugak. Bila tengok banyak banyak pilihan memang le kemamau kepala ni nak pilih. Rilek je dan pilih je la mana yang mampu. Confirm cantik punya on the wedding day. Takyah pikir orang cakap apa. Kita yang nak kahwin, so pedulikan cakap-cakap juri awam yang tidak berbayar ni haha!

Alhamdulillah Allah mudahkan, untuk preparation wedding ni, aku dan tunang yang uruskan semuanya. Dari kad kahwin, door gift, baju, pelamin hingga ke hiasan meja semua kitorang urus sendiri. Aku cuma mintak tolong Najah carikan dulang hantaran dan ibu carikan caterer sebab parents lebih tau siapa masak sedap siapa masak tak sedap :) Thank you ibu & my bff!


Sekarang bila ada cuti, aku akan jalan-jalan beli barang-barang nak hias bilik pengantin. Tak mampu le nak upah interior designer. So lantiklah diri sendiri lol. Hias la bagi cantik sikit, jangankan tidak.


Tengok bunga ni cantik, beli jela. Nama bunga ni pon aku taktau. Nanti spray febreeze sikit bagi mewangi...selamanya woo oo haha. Konsep bilik pengantin adalah mainredahjanjicantikpadamataaku.


Mengikut tradisi family aku, hadiah kahwin adalah berupa set bilik tidur. Almari dan end table aku dah beli, tinggal cari katil je. Haritu dah round-round tapi tak jumpa yang berkenan. Ada la satu tilam LADY AMERICANA ni yang aku berkenan. Lembut gila nak mamp. Bila tanya harga boleh putus urat kepala ko tau. RM 12 000. TIGA KOSONG OK. Nangis. 


So nanti kena survey lagi lah hehe. Kena cari yang kurang kosong. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan-kawan. Amin! 


p/s : SHEEJAB nak buat pre-order Premium Jubaa sebab banyak sangat permintaan. Nanti kita bagi info tau :)

35 comments:

  1. dah nak kawin doktor kita ni...tak sabar nak tunggu doktor kawin ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah nak kahwin dah.. moga semua berjalan lancar

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Moga Allah permudahkan segala urusan hingga selesai...

    Betul la tu.. Buat apa yang kita rasa sedap mata memandang.. Yang nak hadap hari2 tu kita dan pasangan.. Biar cantik di mata pasangan kita dan kaum keluarga terdekat, itu dah memadai dah rasanya.. Jika semua benda nak ikut cakap orang, memang pitams la jawabnya.. hehh..

    Apapun, tahniah untuk FL dan AF.. Moga bahagia dan mewangi selamanya.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa hantar kad jemputan kat kita... ehh kalau nak kita jadi emcee majlis kahwin pun boleh :) hehehehe

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan ye FL & AF.. =)

    ReplyDelete
  6. moga semua berjalan dengan lancar ye kak Fatin ! :D

    ReplyDelete
  7. Ooo... dah nak kahwin dah doktor cantik nie..

    ReplyDelete
  8. Wahhh nak kawen dah kak fatin :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah kak paten da nak kawin!!

    ReplyDelete
  10. kak paten, jangan lupa jemput! nak dtg kenduri kawen akak jugakkk :)

    ReplyDelete
  11. Kak Fatin, tu bunga Hydrangea sp. hehehe

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak fatin liyana
    tak nak buat meet and greets fans kat brunei

    ReplyDelete
  13. kak paten kawin nnti ajak tau :)

    ReplyDelete
  14. Nanti please update every details pleaseee gambar setiap sudut semuaaa pleaseee ��

    ReplyDelete
  15. Wahhh...bestnyer..semoga semua berjalan lancar kak fatin

    ReplyDelete
  16. nak datang gak kenduri kawen fatin..

    ReplyDelete
  17. Congrats kak FL

    ReplyDelete
  18. Hello!! Bruneian fans here!

    ReplyDelete
  19. Wahhhh!!! Akak dctr dh nak kahwinlh.. thniah kak paten.. teringin sgt nak jmpa kak paten tapi jauh saya kt sabah huhuhu... 😉😉😉😉

    ReplyDelete
  20. X sabar nk tgok kak paten kahwin..

    ReplyDelete
  21. Waahhh.. Exciteddd nyaaaaa.. Tahniah paten! Inspired in everything :')

    Tazzabar nak tengok majlisss nanti >_<

    ReplyDelete
  22. salam alaik kak paten.. congrats !! smoga Allah lncarkan smuanya ya kak. ameen. saya doakan smoga Allah merahmati akk n psgn nnt di dunia dan akhirat. smoga Allah redha. doakan saya jgk Dr Fatin, smoga Allah rezkikan saya utk jdi seorang Dr one day. :-)

    ReplyDelete
  23. Tak lama dah nk kawen yer atin..tahniah taw

    ReplyDelete
  24. Kita doakan Fatin n AF kekal jodoh berpanjangan. tak sangka sungguh Fatin dah nak kahwin. happy for you.

    ReplyDelete
  25. wahh nak kawin dah kak FL kita ni, ecehh sejak bila akk ada adk mcm kita ye dak,, akk invite la blogger2 dtg wedding akk,, kita tanya baby (atinaris)cousin kak najah dia suruh kita ckp dkt akk. kita kawan dgn dia satu Universiti. excitd nak jumpa kak FL bila baby dok kata muka kita sama :)

    ReplyDelete
  26. FL, bestnya dah buat preparation nak kawen. semoga diberkati.

    kita pon nak kawen gak. doakan kita ya.

    ReplyDelete
  27. ok jugak tu kalau buat sendiri.

    boleh jimat banyak tu daripada upah orang.

    pengalaman dulu, memang jimat beratus gak la bila buat sendiri.

    ReplyDelete
  28. Apa instagram kak FL

    ReplyDelete
  29. tak sabar nk tengok full photo majlis kawen nnt.. harga tilam tu bukan setakat menanges, pengsan terus..huhuhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...