Thursday, August 21, 2014

Ubat

Assalamualaikum


Di suatu pagi yang hening, sedang aku mengemas katilku yang tahap empuknya bukan main luar biasa, terdengar pula suara hamba Allah bersin sahut menyahut. Kalau diamati betul-betul, ada juga dalam 6 harkat panjangnya setiap kali bersinan itu.


' Haih, cuaca sekarang tak menentu. Jangkitan viruslah tu....' 


Getus hati kecilku sambil aku menegangkan cadar warna putih yang aku beli dekat IKEA tidak lama dulu. Aku tak suka cadar warna lain, serabut. Putih itu suci dan murni. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, aku menarik comforter tersebut supaya simetri. Kadang-kadang nak baran pon ada bila comforter ni tak sama panjang. Dugaan kecil-kecilan kata orang. Aku harus tenang dan sabar.


' Hacccccummm, stroot !! '


Makin lama bunyi bersin itu makin mendekatiku. Aku dengan hal cadar ni masih tak selesai-selesai. Pintu bilikku dikuak oleh satu lembaga. Lembaga displin hal ehwal rumah. Hanya ada satu sahaja ahli dalam lembaga tersebut. Iaitu. Ibu.


' Selsema teruk ni bonda, minum air kosong banyak-banyak dan makan ubat. Mari anakanda suapkan ubat..'


Dengan ayu aku menyapa ibu. Sambil ku urut-urut bahunya. Kalau aku jadi ibu, pasti aku menangis terharu kerana telah berjaya mendidik anak yang sungguh molek perangainya. Masalahnya semua itu tidak benar. Aku bertanya dalam nada monotonous kerana masih baran dengan cadar yang tidak simetri tadi.


' Taknaklah makan ubat, ibu nak pergi kerja, nanti mengantuk, langsung tak boleh function !! '


Nampak tak? Itulah silapnya masyarakat kita sekarang kerana tidak husnuzon terhadap ubat-ubatan. Ketahuilah bahawa ubat selesama ada dua jenis ya. Satu yang mengantuk dan satu yang tidak mengantuk. Jikalau kau orang pergi ke klinik, selamba saja mintak doktor


'Saya mahu ubat yang tidak mengantuk ya doctor sebab saya mahu bergiat cergas dalam aktiviti harian'


Nahh pasti dikasinya kau Loratadine, sejenis ubat selsema yang tidak akan menyebabkan mengantuk langsung. Gerenti.


......... Maka ibu telah pergi bekerja dengan harapan baru.

Thank you for reading this entry !

78 comments:

  1. Some1 is brushing up her writing skills😉
    Keep on writing,LL.
    Btw,your "traditional remedies + anti-histamine" advice always stucked in my mind since 2011 😉 Keep it up!

    ReplyDelete
  2. setuju...bg sy..sy akan tnye doc nama ubat n kesan..so, senang in future nnt..kite tau ubat ni utk ape..

    *trs rasa rugi dulu blaja2 rajin jd doc :P

    ReplyDelete
  3. anwar fazal : trying to regain back my skill for the sake of diagnosis 2. thanks S, u're the coolest evah!

    balqis : wah bagusnya sbb rajin bertanya ehehe

    ReplyDelete
  4. mlm2 ble saya seleseme saya suka ambil piriton.lebih nyenyak tidur saya.sekian.hahahhah

    ReplyDelete
  5. ika klau selsema @ demam jrang mkn ubat, dh trbiasa bila skit tak mkn ubat. melainkan pening @ skit kpala kena mkn jga panadol sbab tak than..hihi nak tnya kak ftin, panadol ni baik tak klau kita amalkan slalu ? maksudnya bila skit ja kita mkn panadol..:) ada ksan negatif tak ke depannya..

    ReplyDelete
  6. Loratadine and desloratadine, new generation of antihistamines.

    Saya suka cerita yang apply ilmu medik ni, sebab melalui cerita-cerita, mudah untuk saya lebih ingat segala mak nenek ilmu medik ni.

    Tenkiuu duktur! ^^

    ReplyDelete
  7. wow.. penggayaan bahasa meletup..hihi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum FL, lama tak baca novel. penghayatan itu ada ~~~

    ReplyDelete
  9. Fatin: harus..sbb dulu ms pregnant..alahan teruk..tu yg nama2 ubat2.heheh..
    tambah ilmu baru :)

    ReplyDelete
  10. bagus gaya bahasanya
    buat akak sengeh sorang2 dpn pc
    hihi

    ReplyDelete
  11. Wahh!!! Kak atin dh bersedia utk diagnosis 2 nmpknyaa 😜

    ReplyDelete
  12. hu..xsuka mkn ubat..selalu tdoq ja klau sakit..hehe..

    ReplyDelete
  13. akak meningkatkan minat saya untuk belajar medik! banyakkan lagi entri camni eh :-)

    ReplyDelete
  14. Ayat itu ayat...hahaha... entry gaya baru yeee...

    ReplyDelete
  15. persepsi orang kita terhadap ubat mesti 'mengantuk' atau 'telan dan lena'. ilmu baru pulak kali ni.. hihi. macehhh kak.

    ReplyDelete
  16. Running nose amik actifed trus bru effective,bhehehe.

    ReplyDelete
  17. Kalau nak up skit clarinase..ubt pakar gituww....hihi..huu mengimbau kenangan sebagai trainee ass pharmacist di Hkl dulu hehehe >_<

    ReplyDelete
  18. laura namanya..kompom senang ingat :D

    ReplyDelete
  19. Keep up the good work, adik FL.
    (from Chronic MO)..
    nGeeee :p

    ReplyDelete
  20. FL, thanks for the info utk ubat yg "tidak mngntuk" tu, hehehe. Yela skrg kerap sakit dgn cuaca tak menentu.

    ReplyDelete
  21. mcm lain skit teknik penceritaan kali ni.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum FL,nak tanya, betul ke kalau amalkan mkn ubat evening primrose oil tu, in long term boleh kena breast cancer?

    ReplyDelete
  23. simple je post die tapi sangat meninggalkan kesan.

    saya ni pun dah bersin selesema dah masuk sminggu masih xelok walau da mkn antibiotik huhu

    ReplyDelete
  24. hehehe nice.. kelakar tapi ada ilmu sy boleh blaja. hehe mekaseh dr FL

    ReplyDelete
  25. Betul. Ada ubat yang bagi mengantuk dan ada yang tak. Macam ubat batuk, dan ubat demam. Masa beli kat farmasi hari tu pharmacist tu tanya, nak yg bagi mengantuk atau tak?. Lupa nk ucap terima kasih pada beliau kerana memperkenalkan perkara berkenaan.

    ReplyDelete
  26. Baru tahu. Ilmu yang berguna. Thanks kak Fatin!

    ReplyDelete
  27. tapi saya lebih suka gaya bahasa yang lama!!

    ReplyDelete
  28. Akak nak share ni sikit - http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/08/dear-young-doctors.html.
    Semoga Dr. FL always success.

    ReplyDelete
  29. salam kak aten. bez jgk entry gini. sy jnis payah igt ubat ubat ni.huhu. kalo buat entry gini senang mlekat.hehe. thanz kak aten. nnti buat byk byk lg taw entry gini.hehe
    *mggu dpn start praktikal..huhu. nursing je.. :')

    ReplyDelete
  30. Apa yang ada dalam ubat tu yang buatkan kita mengantuk..

    ReplyDelete
  31. doc, harap2 lepas ni boleh blog mcm ni lagi sambil masukkan info medic sikit2 & hopefully it'll be a benefit utk masyarakat awam + student,esp medical ones. at least we can gain something kan (; looking forward to read ur experience as HO & DIagnosis2! salam.

    ReplyDelete
  32. Nasib baik mak saya nurse.
    Kalau balik U, mesti ada bekal 2 ubat selsema. Mengantuk & tak mengantuk.
    Kalau tiba-tiba je selsema, sebelum pergi kelas boleh la telan ubat yg tak mengantuk tu. Malam sebelum tidur baru telan yg mengantuk tu. Hehee

    ReplyDelete
  33. Ilmu baru..serius,, baru tahu..sebab biasanya bila selesema atau batuk..jumpa doktor..sebelum balik..doktor mesti pesan..lepas makan ubat jangan memandu..

    ReplyDelete
  34. Saya suka lagi ubat tradisional. Ubat doktor ni kurang sikit. Selalu lari kalau mak suruh makan.

    ReplyDelete
  35. asslam,, kak fel saya nie pljr form.3. pt3 (the new exam after PMR)is one month ahead.. i really adore u.. i want to be a doc like u.. saya suka cara kak fel berfesyen.. tmbh lg sekrang lg comel. :) kak sy ada masalah sket,, heheh saya nak jadi doc tp sy ni orang yang pemalas thp gaban nak mampos.. haha.. tp saya sngt minat dlm dunia doctor2 nie.. best gile..back to my pob, what shud i do?? :)hope u can give some advice though u not a counsellor...

    ReplyDelete
  36. suka cara penulisan fatin..... :)

    ReplyDelete
  37. Bagilah ubat apa Pon cik doktor. Asalkan bukan ubat air ataupon ubat tekak yg kena hisap tu. X sedaaaaap haha. Sebbaik skit skali skala ja

    ReplyDelete
  38. sungguh puitis cara penyampaianmu fatin.. ekeke.. ooo baru ku tahu ade ubat selesama x ngantok.. pasni bleh mintak la.. hehe thanks doc :)

    ReplyDelete
  39. haha, betul tu.. macam ada bakat je, satu je perkara yang terlintas , fl mesti suka baca novel once upon a time . hehe . short entry but beneficial. loratadine !!! vs cimetidine!!

    ReplyDelete
  40. saya selalu jarang sakit. tapi sekali terkena memang kalau boleh nak mintak je dekat doc ubat yang paling maha hebat untuk elakkan terus sakit. nak baik cepat. tak suka sakit...

    ReplyDelete
  41. Best la bila baca blog FL ni. Kelakar giler... heee...
    Free2 tu jom singgah kedai Kak Muniy. segarkan mata dgn handbag yang gojes2 okey..

    klik jea
    www.kedai-indah.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. dulu memang tak berapa suka makan ubat.

    sekarang ni..kena gak paksa makan.

    waa..

    ReplyDelete
  43. ya betoi tu.baru ja selsema hari tu.mkn ubt lps tu terbaring ats katil konon2 nak tido sbb rehat..tgh x sht la kononnya tapi heran awat tak ngantok2.rupanya ubt selsema tu tak menyebabkan ngantok pun..hahaha..tq lah doctor tu bg can si pghidap selsema blh beraktiviti dgn bebeas walaupun mkn ubt -,-'

    ReplyDelete
  44. Fatin ce bg opinion pasal pemakanan collagen, ubat putih,gemuk & mcm2 lgi yg dah jadi trend dimalaysia.x bahaya ke?

    ReplyDelete
  45. Kak fl bla nak update yg hari rya punya.nak thu jugk kish raya kak atin thun ni.sya tengk bju raya kak fl sngt cntk dkt insta.sya dh angkp akk sbgai idola sya:):)

    ReplyDelete
  46. Doktor Fatin, terubat jiwa saya

    ReplyDelete
  47. salam..wah..lain benar rasanya..feeling tyme baca pon lain dah..huhuu..mula2 ingat salah masok blog tapi nama n pict 'yup! sama orangnya'..btw keep it up! always support ur blog (^_^)v

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum..hai.. sy wakil daripada GPMS untuk majlis anugerah srikandi ...boleh tak cik email kan biodata cik dekat email ni hawa.gpms@gmail.com sebab kami perlukan biodata cik untuk diletakkan di dalam buku program..:)
    #asap #tq

    ReplyDelete
  49. Betul. Ada ubat selsema yang tak mengantuk.

    ReplyDelete
  50. kalau saya,, saya suka makan ubat batuk Hercoff. herba. alhamdulillah. makan dua sudu je dengan izin Allah batuk hilang, heee

    ReplyDelete
  51. Huhu..lama betul tak singgah sini..ni pun sebab artikel Denaihati tu..memang perubahan yang ketara ni..hehe..salam kenal yer Dr..hehe

    ReplyDelete
  52. First time berkunjung di blog DR...
    hebatnya gaya bahasanya like like..
    Salam kenal dari saya
    Calrasepatrick

    ReplyDelete
  53. Bahaha you're so funny.. love reading your posts so muchh. Saya nak jadi doctor jugakk inshaAllah

    Come, visit me here guys!! : rebellikeapeanut.blogspot.com

    ReplyDelete
  54. Saya pun dulu selalu mintak ubat tak mengantuk kalo selsema..tp sekarang makan vita c saje..sbb selsema selalu disebabkan kurg vita c

    ReplyDelete
  55. Fain liyana asri.. ermm.. long time not see... ☺☺☺

    ReplyDelete
  56. Salam... fatin. Sekarang ini ramai yang batuk, deman, selsema. Cuaca tak menentu, sekejap hujan sekejsp panas. Apapun suruh bonda u tu makan ubat, kslau teruk susah nanti. Dikau jugak yang susah...

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum ...Fatin. Moga your mother cepat2 sembuh. Jangan abaikan makan ubat tu. Fatinkan seorang doktor.

    ReplyDelete
  58. seksanya kalau batuk.tak sanggup rasanya.makan ubat batuk pun berhari2 baru bolrh baik.huhu..

    ReplyDelete
  59. hahaha..this one is very helpful la yana..serius saya tak tahu ada ubat selsema yang tak mengantuk..nice entry for information dari doctor kita ni..keep it up miss doc! ^_^

    ReplyDelete
  60. Sudah sekian lama demam..batuk..selsema..tak hinggap .. Alhamdulillah sejak consume natural supp ni Kalau tak penuh peti ice dengan ubat-ubatan .. Now peti ice clean & clear dari ubat..
    Nwy nice sharing doc! Ayat penceritaan tu best (y)
    syirashahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  61. Hahahaha. Comel je. Kalau malam ambil lah Clarityne

    ReplyDelete
  62. ayat dah macam ayat novel dah, oh baru tahu ubat selesema ada dua jenis, new info :)

    ReplyDelete
  63. Sometimes, not all of medicine could be treat us.. I am one of patient who is taking steroid in long time.. For earlier, memang oral steroid could make me strong. But for another side, the medicine already gave me SLE symptons.. But i didn't know if it can be SLE because i am autoimmune illness(MS) patient... Any advice kak fatin?? 😊 interferon?? Effect??

    ReplyDelete
  64. hahaha tak tahan part 'hacccuummm, sroott' tu.. dapat aku bayangkan apa yang di'sroot'tu. :p btw thanks ya Dr. Fatin atas infonya. very helpful ;)

    ReplyDelete
  65. saya pon selalu selseme.
    kena la pasni cari ubat tu. xlarat dah kan kalau selseme ni isk2

    ReplyDelete
  66. saya pon selalu selseme.
    kena la pasni cari ubat tu. xlarat dah kan kalau selseme ni isk2

    ReplyDelete
  67. selsema memang boleh merosakkan 'angin' sepanjang hari ..huhu..pesan pada bunda..amalkan vitamin c setiap hari untuk kuatkan perisai tubuh :)

    ReplyDelete
  68. ingtkan baca novel tadi..hehehe btw klau selsema boleh consume natural supliment, it really work its..just sharing dpd pnglmn sndiri ;)

    ReplyDelete
  69. Dulu memang selalu sgt telan ubat selsema... maklumlah resdung. Tak boleh habuk skit. Now alhamdulillah...ikhtiar dgn supplement. Mencegah lebih baik dari mengubati kan...

    ReplyDelete
  70. Salunya doctor akan tanyakan. Nak yg mengantuk ke tak

    ReplyDelete
  71. Kenapa takda doktor yg mensuggestkan ubat nama Larotodine ni, aduhai, kenal FL baru tau

    ReplyDelete
  72. your writing is very the COmelz like the writer oso...
    Keep the good work...

    ReplyDelete
  73. klau batuk sama jgk ke?

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...