Tuesday, August 19, 2014

Drop & Shop at FL Carboot Sale for GAZA

Assalamualaikum


Sebenarnya dari dulu lagi memang aku pernah menanam impian untuk organize satu 'social work'. Jujurnya aku memang cepat terpengaruh dengan orang putih. Tengok Angelina Jolie buat social work di Africa, Vietnam dan sebagainya buat aku terus inspired. Aku memang gelojoh sikit bab-bab begini. Terus bukak aircond, baring atas katil dan berangan. Aku memang macam ni. Kalau nak berangan kena bukak aircond. Kalau bukak kipas, otak aku tak jalan. Kurang aktif kata orang. Walaupun kipasnya full speed. Tapi apapon, once a dreamer always a dreamer. Planning lebat. Tapi planning je la. Buatnya tidak. Sampai kesudah.


Kebetulan tengah cuti sementara tunggu panggilan kerja. Nak dijadikan cerita, ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang berjihad untuk mempertahankan bumi Palestin. Dunia ini memang ganjil. Bayi, kanak-kanak dan kaum wanita dijadikan sasaran bedilan peluru. Ambulans, hospital, sekolah, rumah perlindungan United Nation dibom sesuka hati. Tapi dunia boleh hidup seperti biasa. Tiada langsung rasa simpati dan empati. Ini bukan soal agama lagi, ini soal kemanusiaan. Jikalau nyawa manusia tiada berharga lagi, aku tak tahu apa lagi yang tinggal di muka bumi ini. Cuma yang aku nampak, Malaysia berusaha keras untuk menghantar bantuan dari segi makanan, ubat-ubatan, tenaga dan juga menyuarakan kelantangan betapa kita mengutuk serangan Israel. Syabas. Walaupun negara kita kecil dan tidak mempunyai bala tentera yang kuat..namun kita masih terus menunjukkan solidariti terhadap Palestin. Allah rahmatilah pemimpin kami, rakyat kami dan tanah tumpah darah kami ini...


Sebagai umat Islam aku juga rasa terpanggil untuk membantu. Walaupun aku cumalah graduan lepasan universiti yang mengganggur sementara menunggu panggilan kerja, tapi aku tau, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Walaupun kecil. One small step for a man, a giant leap for mankind.  Pandai omputih yang buat perumpamaan ini. Selain doa dan boikot, derma adalah salah satu tindakan yang bijak. Mengharapkan duit aku sendiri, berapa sen sangatlah yang dapat aku dermakan. Lainlah kalau aku dah kerja, ada gaji sendiri. Jadi aku terfikir untuk melibatkan orang awam dalam social work aku kali ini.


'I ada banyak baju terpakai yang masih cantik, nak dermakan tapi tak tau nak derma pada siapa, boleh tolong?'


Aku menerima komen ini di Instagram aku pada suatu pagi. Entah bagaimana aku mendapat satu idea bernas (alhamdulillah) untuk merealisasikan social work aku. Aku terfikir untuk menjadi orang tengah, mengumpulkan semua pakaian terpakai hasil sumbangan orang ramai, menjualnya kembali pada harga yang murah dan menyumbangkan kesemua keuntungan kepada Gaza. Dengan cara ini, lebih ramai pihak mempunyai 'saham' secara tak langsung. Yang menderma, yang menjual dan yang membeli. Semua ada 'saham' akhirat mereka sendiri. Aku terus menjadi berkobar-kobar. Dengan pantas aku menghubungi bekas housemateku ketika menuntut di PPUKM dulu, Fadzreen. Kenapa Fadzreen? Kerana Fadz adalah seorang gadis yang tidak pernah lokek tenaga dan ilmu untuk membantu rakan-rakannya. Aku tau, Fadz akan tolong aku. Dan tepat sekali jangkaan aku, Fadz bersetuju untuk membantu aku.


Kami berbincang dalam whatsapp. Dua-dua adalah noob tegar. Kelam kabut. Kami cuma buat sekadar yang kami mampu. Hasil gabungan idea 2 gadis picisan akhirnya terhasil idea SHOP & DROP @ FL CARBOOT SALE. Kami bersetuju untuk mendermakan 100% keuntungan kepada NGO Aqsa Syarif dan Aman Palestin kerana mereka sungguh agresif mengumpul dana ketika serangan Gaza. Kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk project social work sulung kami ini. Kalau dapat RM500 pon dah syukur sangat. Nilai tu nombor dua, yang penting usaha. Sungguh berwawasan gitu ihiks.


Project pertama FL & Fadz...diberi nama Drop & Shop @ FL Carboot Sale. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh datang ke carbootsale kami untuk 'drop' kan pakaian terpakai mereka. Seterusnya kami akan menjualnya pada harga yang amat murah supaya orang ramai boleh 'shop' dengan jiwa euphoria. Hasil jualan akan didermakan kepada Gaza. Simple.


Sedar bahawa kami jenis yang kelam kabut, kami telah meminta bantuan 7 rakan batchmates di PPUKM & Unpad untuk membantu kami pada hari jualan. Sungguh kami tak sangka, terlalu ramai yang 'drop' sehingga kami tak menang tangan untuk segregate the clothes. You go Malaysians! Semoga Allah memberkati.


Banyak shawl yang masih baru, dalam plastik pon ada.. hasil sumbangan orang ramai. Kami jual pada harga 3 for RM10, 5 for RM10, 10 for RM10. Yang kami bagi percuma pon ada. Tempat yang kami buat carbootsale ini rata-rata penduduknya terdiri daripada golongan sosioekonomi rendah dan pendatang asing. Sungguh aku tak pernah tengok kegembiraan yang amat pada wajah mereka kerana dapat membeli pakaian cantik pada harga cuma RM3. 


Nanti makcik nak pakai baju ni untuk raya, cantik! .... kata seorang makcik tua kepada aku. Makcik itu membeli sehelai baju kurung berwarna biru tua pada harga RM 5. Terkuis kuis mencari duit dalam dompet. Sebak aku masa terima wang tu dari makcik. Haihh.... apapon please enjoy the pictures.


 Meriah. Banyak sangat baju. Kami takde hanger, takde display bar. Mampu longgok je.


Rakan kami yang sangat baik hati, tak pernah berkira tenaga malah berterima kasih kepada kami sebab dapat be part of the team. Terharu.


Walaupun panas, walaupun puasa tapi tetap tersenyum melayan pelanggan.


Segan kami, wakil dari Aqsa Syarif, Irfan dan Zul turun padang untuk melawat tapak jualan kami dan merakamkan video untuk simpanan pihak Aqsa. Kami ingat kecil-kecilan je...tak sangka wakil Aqsa nak turun. Cemas pon ada hehe..


Tak lupa juga, wakil Aman Palestin, Syamimi yang turut memberi kami sepenuh sokongan dengan membuka booth Aman Palestin di tapak kami.


Orang ramai boleh membeli sambil menderma merchandise Aman Palestin dan mendaftar sebagai sukarelawan Aman Palestin pada hari tersebut. Terharu sebab Aman Palestin hantar wakil dorang. Thanks mimi !!

Syukur alhamdulillah, sambutan memang diluar jangkauan...aku dengan fadz terkejut campur terharu. Mulanya nak tutup booth jam 2 petang, akhirnya dianjakkan sampai waktu berbuka. Aku rasa macam dekat perang dah....haus, panas dan penat hanya Allah yang tau. Walaubagaimanapun ada sebahagian pakaian yang tidak terjual, kami hantar ke ibu pejabat ISLAMIC RELIEF di Bandar Baru Bangi. Terpulanglah kepada mereka untuk menderma terus kepada Palestin atau jual di charity shop mereka. Yang penting amanah kalian yang menderma, sudah kami salurkan pada pihak yang tertentu. Inshaallah semoga dapatlah Allah gandakan pahala buat kita nanti :)


Terima kasih yang tidak terhingga Dr ( Farah liana, Intan Sabrina, Fadzreen Faezah, Syazana Ali, Akmal Shafi, Emalina, Aimi Syairah, Fatimah ), Syamimi dari Aman Palestin, Zul & Irfan dari Aqsa Syarif dan kalian yang turut sama bersusah payah menderma pakaian dan bershopping di booth kami. Kami hanya bertindak sebagai orang tengah, tanpa 'source' daripada kalian semua...tiadalah saham 'akhirat' kita bersama..terima kasih, sungguh terima kasih..Kerana kalian juga, kami dapat mengumpulkan dana sebanyak RM 4200 hasil daripada jualan pakaian dan juga derma orang awam. Alhamdulillah kami sudah bahagikan sama rata kepada pihak Aqsa Syarif dan Aman Palestin.


Ini video Aqsa Syarif yang dirakam secara spontan ketika hari jualan. Maafkan kami yang noob ini sebab cakap tergagap-gagap. Aku kan keyboard warrior. Ha..suruh cakap depan kamera baru tau cemas. Boleh lihat video disini.


Sekali lagi aku ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat. I love you all Malaysians !! (over tau) Aku menyeru mana-mana pihak untuk come out dengan idea bernas untuk membantu Palestin. Kami tak kreatif, cuma tau jual baju terpakai. Yelah medical student kan skema hehe. Im sure korang mesti lagi gempak! Semoga kita sama-sama ambil peduli dengan saudara kita di Palestin :) Ingat 3 perkara ini. Doa, derma & boikot. Allah mengambil kira usaha kita walaupun kecil. Seperti kisah burung ababil dan tentera bergajah dalam surah Al-Fil. Take care!


Thank you for reading this entry !

64 comments:

  1. Inshaa Allah Allah yang menilainya kak Fatin. Harapnya banyak lagi orang yang sedar dan sekiranya mampu itu, dapat buat usaha macam ni. May Allah bless you all!

    ReplyDelete
  2. wah,, hebatla korang,, tahniah,, moga mendapat ganjaran berganda di akhirat insya Allah, :D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... hasrat FL sudah tercapai. Semoga usaha itu berterusan dan mendapat keberkatan dariNya.
    Support FL eh... #SupportGAZA

    ReplyDelete
  4. waaa kenapa tak tahu fatil buat carboot sale?huhuhu. next time buat lagi yek!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....tahniah FL...usaha yang murni...

    ReplyDelete
  6. Nanti buat lagi yerkkk! Haritu tak sempat pergi..Btw, tahniah FL dan rakan2! Satu usaha yang memberasangkan dan harus dibanggakan.. Keep it up B-)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum wbt....

    ala... FL... ngape tak ajak...
    me one of volunteer for Aman Palestin too...

    ReplyDelete
  8. FL... 1 sept... ,ercy malaysia ada buat kayuhan kemanusiaan gaza di putrajaya...

    Jomlah join.
    blh jadi urusetia or peserta...

    jom lah...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah... ;) semoga bantuan dpt mrngnkan beban penduduk di gaza

    ReplyDelete
  10. comel dah blog awak yang baru nie...

    ReplyDelete
  11. Dr.anwar tak dok ker kak? Huihuihui... sweet lah korang kat insta. Tiba2 rasa nak ada boyfren, nak jadi pasangan seweeet macam korang. Komen semua seweeet2. Suker2. hummmrhhh...angan jap buka kipas.

    ReplyDelete
  12. this is so overwhelming Alhamdulillah...hmmm sadly baru bace ni kalau awal sket mgkin bole pergi menyinggah dekat sgt ngan umah..pape pun #prayforgaza :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah FL akhirnya dpt organise program amal jariah sebegini (Y)

    ReplyDelete
  14. ALhamdulillah....
    seronoknya kalau dapat join skali...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Akak baca pun terharu dengan kemuliaan hati anda semua. Syabas! Ini barulah Muslimah sejati!

    ReplyDelete
  16. Tahniah...FL and D'Gangs

    Idea yang menarik .. saya pun berminat untuk menyumbangkan pakaian.

    ReplyDelete
  17. wahh hebat betul anak2 muda ni...congrats Dr.Fatin Liyana and team :)

    ReplyDelete
  18. aminn .. semoga saudara kita dilindungi oleh-Nya dan usaha FL ini akan berterusan ;)

    ReplyDelete
  19. Sokong idea ni . Memberi inspirasi kepada golongan remaja terutamanya saya . hehe . ;) Well done kak FL !

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah..
    tahniah FL.. insyaAllah.. moga2 akan ada ramai lg yg akan buat spt ini bg meringankan beban penduduk gaza.. :)

    ReplyDelete
  21. wah! i'Allah wlaupun usaha kita kecil, tetp brmkna utk mereka yg mmerlukan :)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum FL, alhamdullilah. teruja sheila baca ni. syukur, besar pahala yang menderma, membeli dan kalian jadi orang tengah. semoga dipermudahkan urusan saudara seIslam kita di Gaza sana..

    ReplyDelete
  23. Bro..

    any of those Dr's keen on O&G?

    hardee786

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah. bagusnya! kalau boleh nak join jd volunteer jugak

    ReplyDelete
  25. Salam kenal kak FL. Wah,teruja sy tgok FL buat carboot sale utk bantu saudara kita di Gaza. Semoga Allah berkati usaha murni FL. Keep it up ♥

    ReplyDelete
  26. kakak, moga kakak istiqamah :)

    ReplyDelete
  27. kakak, moga kakak istiqamah :)

    ReplyDelete
  28. Great effort Kak FL!!! Terima kasih atas inisiatif akak dan geng2. Beri kesedaran serta cetusan idea pada rakyat Malaysia yg lain. :):):):):):):):):):)

    ReplyDelete
  29. Congrats!! Semoga diberkati :)

    ReplyDelete
  30. tahniah FL..Moga Allah s.w.t membalas setiap kebaikan FL

    ReplyDelete
  31. Subhanallah kak fatin!!...tahniah..sy kagum dgn semangat kak fatin utk idea dn juga hasil yg diperolehi..sy yakin Allah mmberkati kak fatin dan smua yg trlibat..keep it up!..tahniah kak fatinnn....:)

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum...FL,

    tahniah ... moga usaha murni ini menjadi ikutan dan pemangkin untuk turut sama dalam usaha murni untuk Gaza..

    mselim3

    ReplyDelete
  33. Akak tengok video through facebook masa bulan puasa... so proud of u gen Y

    ReplyDelete
  34. ngeeee kakak FL comel dgn gagap2 gitu. BTW dengar je tinggal 180 post terus baca kesemua. Throwback kekdahnya :)

    ReplyDelete
  35. What a amazing girl u r. congrat. :)

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah... sama2 kita membantu palestin..

    ReplyDelete
  37. 안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  38. Salam kak FL, suka bual kerja amal mcm ni. nice new blog.. keep it up! studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  39. Akak. Buatlah area KL pulak. Asyik jauh je. Haih~

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  40. kak paten comel ^_^
    sme2 doa untuk rakyat palestin

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah.
    Akak pun pernah menyimpan impian yang sama - doing social work..
    tapi tak pernah kesampaian lagi. Tambahan pula dah kerja kalau nak piker sendiri memang tak terpikir.

    ReplyDelete
  42. Carboot memang best!
    Sama-sama bantu Palestin.

    ReplyDelete
  43. yg bertudung hijau dua dari kanan tu dah berpunya atau belom?

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Kak FL. Kite pun teringin nak join buat kerja2 amal mcm ni di bawah Aqsa Sharif and Aman Palestin tp kite tak tahu source nak ke situ. Kalau boleh dpt join aktiviti2 diorang. Kalau Kak FL dpt bantu beri maklumat pasal tu lagi best.

    Semoga Allah merahmati penduduk islam di Gaza dan Palestin juga di Syria. Amin ya rabbal Alamin

    ReplyDelete
  45. laaa,
    terlepas
    ada lagi ni bendera palestin nk jual
    RM10/pc
    jahit tau ..bukan print
    siap ada tali boleh trus ikat kat kayu..
    kalau nk t boleh la inform sbb sy buat utk persatuan ritu ada lbih :)

    ReplyDelete
  46. wahh macam best jer ruginyer tak duduk di kawasan sana tu huhuu..all the best

    ReplyDelete
  47. Hebatlah group korang berkerjasama beramal ke arah kebajikan membantu mangsa2 kekejaman Israel, rejim zionis. Tahniah you all....!

    ReplyDelete
  48. GOOD JOB dear !!!

    ReplyDelete
  49. betul tu akak doc..sekecil-kecil bantuan yang mampu kita lakukan disana ialah boikot barangan Israel..jangan boikot bermusim je, ^
    apa-apa pon, nice video la akak! ^_^

    ReplyDelete
  50. Wah..terbaik la.. sis. Dalam kesibukan tugas sempat juga membuat amal jariah untuk Palestine..Ohsem dan teruskan

    ReplyDelete
  51. awesome ^_^ cenggini lah anak melayu !

    ReplyDelete
  52. bangga dengan usaha sis...Tahniah...Sis serba boleh...love u..love from Sabah...#mamasyuhadahmall

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum, salam perkenalan, semoga bahagia selalu selamat hari raya aidil adha, serta teruskan usaha membantu saudara seislam kita yang sentiasa diuji Allah S.W.T. semoga usaha ini diterima Allah hendaknya. Wasslam.

    ReplyDelete
  54. Wah dalam kesibukan pun FL sempat juga join car booth ni kan. Tahniah!

    ReplyDelete
  55. amboi semua nak kawin 4

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...