Tuesday, September 12, 2017

Melancong Ke Hokkaido Jepun!

Assalamualaikum

Atas desakan masyarakat, aku berasa ada baiknya jikalau aku kembali menulis dalam blog ini. Apa khabar semua? Siapa ingat lagi blog ni? Siapa ingat memang power, jenuh sis mencuba log in dari tadi sebab dah terlupa password.

Seperti yang korang sedia maklum, aku baru balik dari Hokkaido, Japan. Kiranya Hokkaido merupakan second trip aku ke Japan. Pertama kali aku kesana adalah 8 tahun lepas, dimana aku telah pergi ke Tokyo sebagai exchange student. Syok wei ada mak angkat, tunjuk je kau nak apa semua mak angkat aku belikan. Tapi trip kali ni lagi best, sebab aku dah ada hubby. Tak payah tunjuk pon, just berfikir dalam hati je, semua laki aku belikan hikhik. (sehati sejiwa okay, guna 6th sense jewww)


Kenapa Hokkaido?
Husband aku tanya, kenapa kita pergi Hokkaido? Bukan Osaka? Bukan Kyoto?
Jawapan dia simple je, sebab aku curious. Kenapa aku curious? Haaa ni nak cerita ni. Masa aku kecik-kecik dulu, aku langgan komik Doraemon dengan syarikat Tora Aman tau. Setiap hari sebelum tidur mesti aku akan baca komik. Kisah dia sekarang ni adalah, korang perasan tak yang Shizuka ada makcik di Hokkaido. Setiap kali musim winter atau musim summer, Shizuka akan pergi bercuti di Hokkaido. Sama jugak dengan si Suneo tu. Setiap kali musim cuti sekolah, kalau dia tak ikut bapak dia pergi ke stesen TV, mesti dia pergi ke Hokkaido. So aku curious, apa yang ada di Hokkaido ni sampai watak watak dalam komik Doraemon asek pergi ke Hokkaido tatkala cuti umum.
Maka itulah sebabnya kita pergi ke Hokkaido sayang. 

Mari ke Hokkaido !

Hanya Nobita yang tak pernah pergi Hokkaido. Sis tumpang sedih.



Hokkaido Ada Apa?

Jepun terbahagi kepada 4 pulau asas. Pulau Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan merupakan pulau yang paling laid-back antara semua. Tak seperti di Honshu (Tokyo),  Hokkaido ni kurang sibuk, kurang sesak dan mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi yang sangat cantik. Orang kata..mothernature at its best! Banyak national park, onsen, gunung-ganang menghijau, tanaman yang subur dan bunga-bunga yang mewarnai bumi. Dengar macam cliche kan? Yes. Aku pon mula mula macam malas je nak pergi Hokkaido ni. Tapi bila aku dah sampai sana, serius macam taknak balikkkkkkkk. Aku jarang kalau melancong taknak balik. Faham tak aku sangat butthurt dengan makhluk jenis melancong luar negara pastu kutuk negara sendiri. Sepatutnya kita pergi ke luar negara tu untuk menambahkan rasa syukur dan bawak balik idea baru serta penambaikan ke negara kita. Bukannya jadi modal untuk ko kutuk negara sendiri. Haih #sisemo.


Hokkaido ada... Shakotanmisaki. Memula sis macam tanjat gitew sebab terasa macam kat UK.


Hokkaido ada... Kamuimisaki. Nampak tak sis yang seakan-akan batuan di lautan gelora jiwa hubby sis.


Hokkaido ada... Shimamu Beach. Ombak dia dasyat. Jikalau ada orang mandi kat sini, peratusan untuk mengalami intracranial bleed amatlah tinggi kerana dilambung ombak ganas.



Hokkaido ada.... Stonehenge. Mohon terkejut kerana Stonehenge terletak dalam kawasan kubur!


 Hokkaido ada.... Hokkaido Jingu. The famous shrine! Segan sis, semua orang pergi semayang sis posing pulok.



Hokkaido ada.....Furano. Sis rasa mesti hubby gembira bila sis benarkan dia masuk gambar. Walaupun sis tangkap gambar pakai Iphone hubby sis, tapi sis dah lantik diri sendiri sebagai Pengerusi kelab fotografi. Jadi kuasa untuk menentukan hala tuju gambar-gambar tersebut jatuh dibawah kekuasaan sis.


Melancong Tak Bawa Anak
Trip kali ni memang aku plan untuk pergi dengan hubby je. Tinggal Ajda kat rumah. Reason being? Sebab anak aku baru 1 tahun 5 bulan dan dia sangat sensitive dengan weather changes. Untuk pengetahuan semua, TIADA ubåt selsema / batuk untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Disebabkan Hokkaido merupakan pulau yang paling utara (bersebelahan dengan Russia), maka suhu adalah sangat sejuk. Masa winter boleh reach negative degree dan summer pula tak berapa nak panas macam di selatan. Ajda yang sangat sensitive dengan cuaca sejuk, boleh kena hyperactive airway disease. Once dah ada wheezing & rhonchi bagai, thats it la kena rush pergi ED untuk ambil neb. ED kat Malaysia aku relax je, tapi kalau ED kat Japan acane nak bagi history taking? Lepas tu darab 4 untuk kos perubatan. Oh jangan lupa kita foreigner so maximum charge. So conclusionnya, tunggu Ajda umur 2 tahun baru ummi bawak jalan okay!

Ummi sayang Ajda to the moon and back walaupun ummi tak bawak Ajda pergi Jepun tau. Cuma ummi harap by the time anak ummi 2 tahun, at least Ajda dah ada fringe.


Perbetulkan Niat Melancong
Life as a doctor, memang tiring. Tambahan pula, kitorang takde maid and my parents are both working. So everything under the sun its either his responsibility or mine. Kitorang kawin masa aku tengah housemanship (amazing). Pregnant and gave birth masa aku tengah housemanship (double amazing). Seriously I tell you, everyday is like a race. Berlari-lari settlekan kerja dan settlekan family. Alhamdulillah sekarang aku dah jadi MO, life is sweet. Barulah ada masa sikit nak fikirkan pasal pergi bercuti. Tujuan kami pergi travel pon adalah untuk mengembalikan momen-momen  manis ketika bercinta dulu. Relationship can be pretty mundane kalau kita just pergi balik kerja, buat house chores and the list repeats. I cant remember when was the last time we hold hands, walking in the park, talking about flowers. Jadi memang niatnya pergi melancong ni, boleh mengenal pasangan dengan lebih dekat, memahami dan menerima kekurangan masing-masing selain merapatkan hubungan suami isteri. Kalau ada rezeki lebih dan kesempatan, silakan korang pergi melancong dengan pasangan masing-masing. Bukan destinasi yang menjadi ukuran, tetapi momen bahagia yang dicipta bersama pasangan!

Lepas kahwin weoll bz sangat tak sempat nak honeymoon bebetul. Dulu pernah babymoon sekali ke Bali & Lombok, masa tu pregnant 5 month. Tak valid sebab tengah pregnant. Honeymoon = 2 person. Babymoon = Pregnant. Pregnant = 3 person. Honeymoon NOT EQUAL to babymoon. Hubby selalu kata Im a complicated person. Oh please Im just trying to explain things accordingly :P


So kalini aku akan bahagikan entry melancong ke Hokkaido ni kepada beberapa pecahan untuk future reference. Korang boleh klik link kat bawah bila aku dah siap semua entry. Mohon jangan tanya bila nak siap semua entry. Kemungkinan besar lepas Ajda darjah satu haha.


**Guide to Hokkaido Japan**

Itinerary Melancong ke Hokkaido
10 Tips Melancong ke Jepun
5 Tips Makan di Jepun
5 Tips Memandu kereta di Jepun
Guide to Sapporo
Guide to Shakotan
Guide to Furana & Biei


Mohon excited dan doakan sis istiqamah!


Thank you for reading this entry !

41 comments:

  1. Rindunya coretan fl 😘

    ReplyDelete
  2. Wow. Siap da ada plan nak buat entry. Mohon updaye entry sebelum ajda paling cpt sblm tadika. Plzzz. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Wow.. Bertemu kita kembali dlm blog.. Hahaha x sabar nak baca next entry.. Go go go Ummi Ajda

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat dah kembali ke tanah air...dah tak lama Ajda nak 2 tahun Dr Atin...mesti lebih meriah bila Ajda join ummi abi pergi melancong.

    ReplyDelete
  5. Yeah, doktor fatin dah kembali berblog ...

    ReplyDelete
  6. Finally!!! Moga next entry sebelum ajda tadika. Heheh

    ReplyDelete
  7. wow. bestnya dapat baca entry dr.fl balik. dh lama tunggu tk update2. hehe.

    ReplyDelete
  8. wow. bestnya dapat baca entry dr.fl balik. dh lama tunggu tak ada yg baru.hehe

    ReplyDelete
  9. akhirnya ada cerita baru.seronoknye g jepun.x sabar tunggu next entry.

    ReplyDelete
  10. Rinduuuuuuuuu. Finally keluar story. Best pula tu. Ya Marriage is hard because life is hard. Relationships are hard. Parenting is hard. Work is hard and people are complicated. Travel ni terapi yang bagus.

    ReplyDelete
  11. Lama sis tak update blog . Akhirnyaa ada juga .. best hokaido .. view pun menarik

    ReplyDelete
  12. Finally ummi hapdate jugak blog ni .hope ummi dapat buat kan next2 entry sebelum ajda dapat adik .hehe .doa kak paten and family berbahagia selalu :)

    ReplyDelete
  13. It's been a while lol. Post sekali sebulan FL haha.

    ReplyDelete
  14. We want more! Bestnya blog dah update & keseronokan baca entry tu ibarat kita sekali terperfi Hokkaido. Thank you berkorban masa utk keseronokan kami pembaca. Love you kak FL.

    ReplyDelete
  15. Yeayyy! Finally sis update juga blog...hihi...jangan saja lepas Adja UPSR baru siap entries ya...haha

    ReplyDelete
  16. haaa akhirnya ada update.
    clap clap clap.

    rindu nak baca celoteh awak.
    akak doakan awak berjaya update sehingga ke akhirnya.
    chaiyookk

    ReplyDelete
  17. assalam ...

    finally AF update blog..
    alhamdulilah.
    selalu akk review blog awak...
    last month akk jumpa awk kat Foodtruck Seremban
    nak tegur malu , AJDA comel sgt.

    ReplyDelete
  18. sis iolss is like excited u know.. hopefully u can write as much as u can.. rindu oo tulisan doktor Fatin ni!

    ReplyDelete
  19. omg kak fl!!!!!!!! i miss reading your blog :')))))))))))))

    ReplyDelete
  20. Awwwww. It had been soo long waiting for a new entry. Can't wait for the next !

    ReplyDelete
  21. bestnya.... tak sabar nak tunggu next entry..

    ReplyDelete
  22. Aaaaaaaa rindunyaaaa! I have been followed this blog since zaman sekolah, now dah besar gedabak dahhh rindu gilaaaaa your blog! I pray hard supaya you istiqamah hahaha can't wait to read your new entry nantii hehehe!

    ReplyDelete
  23. suka suka suka.............moga istiqamah

    ReplyDelete
  24. bestnya dapat pegi jepun.tq for d itinerary.
    https://ummiqadeer.com

    ReplyDelete
  25. Rindunya tunggu sis fatin update blog..semoga istiqamah menulis..

    ReplyDelete
  26. Comelnyaa ajda. welcome back sis. n moga istiqamah :)

    ReplyDelete
  27. Tengah plan nak travel ke jepun n nak cari info tempat2 best disana.. Tq untuk info ni..yg kt pulau tu nampak mcm best sgt. cantik

    ReplyDelete
  28. Seronoknya ada masa ME time dengan hubby. Esok bila ajda dah growing up boleh tumpang sekaki pergi melancong

    ReplyDelete
  29. I'm waiting for your Hokkaido itinerary sebab plan nak pergi next year. :)

    ReplyDelete
  30. MashaAllah cantiknya view sana. Masuk wishlist untuk travel. Seronok kan dapat travel around the world. Impian sangat.. ahaks

    ReplyDelete
  31. WAHH... TERINGIN NAK SAMPAI HOKAIDO

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...