Assalamualaikum =)
Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.
Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."
Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"
Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.
Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.
Pstttt : Such an eye opener kann =') Tersedar I dari tamparan realiti, terus share kat blog ha. Walaweyyyy, mood verangan automatically off.
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"
Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.
Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.
Pstttt : Such an eye opener kann =') Tersedar I dari tamparan realiti, terus share kat blog ha. Walaweyyyy, mood verangan automatically off.
Thank you for reading this entry !
peringatan yang sangat tepat. banyak yang kita tengok sekarang ni lebih kurang taksub kongsi luar dalam perkahwinan. memang best tapi ada benda yang tak perlu dikongsikan
ReplyDeletePerkahwinan sesuatu yang indah jika niat kita betul.
ReplyDeleteKena faham sungguh kenapa berkahwin. Paling penting carilah pasangan yang benar2 boleh mendidik ...
fatin liyana terbaik!
ReplyDeletekau kah kawen ker??? hehe
ReplyDeletewalaupun sweet berkahwin pada usia muda.. tetapi pikirla..bnyak tanggungjwab yang akan menanti pada masa akn datang... fikir semasak-masaknya..^_^
ReplyDeleteSo true this post. Byk org muda nikah skrg suka penunjuk. Baru kawen sebulan atau seminggu dh cite mcm expert nk tunjuk pandai mcm veteren. Lps tu nk show off lovey dovey. Menyampah aku. Bila tergaduh trus bercerai. Mcm artis. Kawen cerai perkara biasa. Kalau x cerai x rock kot. Rosak institusi kekeluargaan.
ReplyDeleteDaebakkk akak :) betul2 off kan mood berangan :') may Allah bless
ReplyDeletesalam ramadhan, betul tu. sekarang ramai sangat yg nk kawin awal. byk betol post kat fb. tp duit mana nk cari kalau belajar pun tak habis lagi. cakap memang la senang...
ReplyDeletehappy la..ape la.. tu baru 2-3 minggu. tak masuk bulan & tahun lg. :)
=)
ReplyDeleteSetuju sangat ! sangat terkesan di hati..tq dear~Nice entry !!
ReplyDeletep/s: first time comment kat blog fatin..i loved reading all ur entries :) Salam Ramadhan Kareem ~
Assalam, inilah remaja sekarang nak sangat kawin awal tanpa berfikir tentang tanggungjawab yang bakal mereka pikul... Aku sokong dengan pendapat Madam Fauziah tu... tak salah juga kalau kitanak kawin awal janji kita tahu tugas kita dan amanah yg bakal kita pikul...
ReplyDeletelepas baca ni ase seram sejuk pula nak kawen..adeh ='=
ReplyDeletesedapnya dapat cakap dengan fatin liyana ni. awk ni mcm celebrity la. terpengsan saya kejap awk reply saya kat facebook.
ReplyDeleteperingatan yg baik. SUch a meaningful writing. TAKE NOTE :)
ReplyDeleteso true indeed :')
ReplyDeleteNi saya nasihat sikit adik2 yg muda mudi yg baru kawen muda atau yg plan nak kawen.
ReplyDeleteSaya ni veteren dah kawen. Kalau laki tua, pompuan muda. Mmg byk songeh. Kena byk sabar. Sbb pompuan ni suka minta cerai. Tapi kuasa cerai di tgn lelaki so kena bersabar.
Yg pompuan zaman skrg ni pula kawen awal2 duk menunjuk kat facebook la kat blogspot la. Ntah apa2 ntah. Blogger terkenal pun ada menunjuk gak. Tak payah la kluar nama. You alls tahu la sape2 dia semuanya yg suka tunjuk tu.
Cthnya lain la pulak, bila kena propose pun nk sebar2 kat youtube la. Ni pun blogger jgk. Semuanya nk tunjuk cinta-cinta mereka di khayalak ramai. Kalau tunjuk cinta kepada Allah takpe la jgk. Memalukan umat Muhammad je.
So aku nk cite sikit, kawen ni tak bole buat main2. Kena serious. Pompuan mmg adat dia la liar2 sikit mudah merajuk. So laki kena kuat kena jd king kong. Tapi jgn la jd dinosaur pulak smpi pengsan pukul anak org yg dh jd milik kita.
nice one :)
ReplyDeleteAku setuju. Tapi apa-apa pun, sebelum kawin fikir panjang dan berdoa dengan Allah sama ada keputusan kita buat tu betul atau tak. Minta putunjuk. Ni kalau nak kawin, nakkkkk jeeee.. Adoi
ReplyDeleteouch...touch!!!
ReplyDeleteTapi I tak kahwin lagi...
I will do this!!!
Kalau sudi kunjung2 la my blog too cik FL(^_^)
baru tersedar dari verangan..thanks for sharing this entry :)
ReplyDeletesaya setuju,, :)
ReplyDeleteentry menarik..better belajar la dulu sampai habis...bila da kerja, dah betul2 mampu, kalau umur panjang lagi + dah ada jodoh, sila la kahwin..jangan nak ikut nafsu sgt..ye dakk kak FL?? :)
ReplyDeletethanks sebab sharing kak fatin :)
ReplyDeleteaku baru nk kawin awal. Eh? :p
ReplyDeletesebenarnya yg tunjuk2 sweet tu sebenarnya mmg sweet pon. tak dapat disangkal lagi..hihi. tp ada pros and cons jugak maybe kawin awal boleh kurangkan maksiat tapi orang lupa tanggungjawab yg bakal di galas. dah mampu ke belum. banyak lagi benda kena fikir. aku yg umur dah 23 ni pon macam tak ready je nak kawin..
ko bila pulak fatin? tunggu dapat title Dr ke baru sambung balik verangan tu? hehe
btl tue....saya ada sorang kawan yang mcm neh. semua kwn2 rapat dia dh kawin, dia pon nk kawin jgk, baru kapel seminggu dah ajak lelaki itu kawin..then lelaki itu mcm tak serius je..mcm main-main dgn dia, dh cuba utk nasihat tapi dia tetap xnk dgr..kena bg dia baca entry neh... :)
ReplyDeleteklo dia xsedar jgk xtaw laa...
hehehehe ;)
ReplyDeleteperkahwinan sesuatu yg amat mencabar..bercinta dan berkahwin sesuatu yg amat berbeza.. ingat ALLAh itu tpt rujukan...INSYALLAH..
ReplyDeletemaybe diorang org luar tahu tntg kebahagiaan yg diorang lalui.
ReplyDeletetp bg gg biar larh rahsia sndri. insyallah sama2 kita ingat mengingati.
tersedar jugak..=)...
ReplyDeleteX salah nak kawen awl. Sy pun kawen awl. Ada masam dan manis dalam kehidupan umah tangga. Yg penting nawaitu... X perlu nak bermanja sgt dan nk dipertonton kat fb. Ramai yg membaca akn menyampah dan akn mendoakan keburukan umah tangga kita. So, no need nak share yg dlm kain kat smua. Hakikatnye, hanya kita yg rasa apa ada dlm hidup pasangan kita...
ReplyDeletetak paham,
ReplyDeleteso apa yg dah berlaku?
ok dah kawin n diorang dok
ber'i luv u'
'i miss u'
'i want u'
'malam ni on?'
so apa yang diorang wat salah?
aper moral citer ni fatin?
Where is the 'Problem-cause-action-target'?
problem : Cerai...
cause : Tak terang...
action : jangan love-love dlm FB...
???
tapi tak per.. mari kita ke blog orang lain plak kot disana ada penyelesaian :D
atin, mohon share yer?
ReplyDeletetQ~
perkahwinan ni perlu persediaan mental dan fizikal... kena mantapkan dr segi fizikal dan rohani... yg penting agama kena dalami dr pelbagai sudut...
ReplyDeleteSetuju! Entry terbaik.
ReplyDeleteThank you for sharing. Rasa macam kena tampar kejap.
ReplyDeleteNi sbb penangan cerita Vanilla Coklat la ni.. Kawin tu sweet
ReplyDelete:)
ReplyDeleteerm ,.. hello fatin liyana , can i share your blogs content ?, i will credit you at the end of the post :D
ReplyDeleteJust wanna share my experience.
ReplyDeleteI have been married for a year (at the young age), with my family member's candidate. Alhamdulillah..We managed to get through all the obstacles. Still in getting to know each other phase.
Pengajaran kat sini, betul cakap (Anon, 4 Aug) memang tak salah kahwin awal, apa pun berbalek kepada niat. yes. it does true after all. Biarlah kerana Allah SWT Taala.
Tapi harus ingat buat yang dah kawen/belum kahwin/akan berkahwin, tanggungjawab yang dipikul memang berat. sebab itu, kena banyak bersabar. BANYAK-BANYAK BERSABAR. insyaAllah, Dia akan permudahkan segala urusan.
jangan ikut emosi. memang darah muda cepat baran. kalau ada masalah, selesaikanlah dengan cara yang baik,berbincang, jangan mudah nak sebut perkataan c***i. memang isteri boleh tuntut c***i, kecuali bila ada alasan yang sangat kuat dan yang di benarkan hukum agama.
my humble advise,haramkanlah perkataan c***i ini dari lidah anda. sesungguhnya,
“Istri-istri yang minta khulu’ (gugatan cerai dari pihak istri) dan mencabut diri (dari pernikahan) mereka itu wanita-wanita munafik.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi)
"Siapapun yang meminta cerai kepada suaminya tanpa suatu sebab,maka haram baginya bau surga"(hadis riwayat ash-Habus sunan dan Tirmidzi)
p/s: agree that, somehow, we should not need to be so transparent telling every single thing we do in facebook.
=)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau nak kahwin tu,kenalah sediadari segala-galanya.. jangan sebab nak enjoy je
ReplyDeletesetuju.peringatan yang bagus untuk semua ;D
ReplyDeletebese lah time bercinta kentut pun wangi..
ReplyDeleteamek pengajaran dr kisah ni..
ku batalkan segalnye sebab entry ni,, hehe
ReplyDeleteBaru baca semalam kat fb! memandangkan raya ni berdondang sayang kawan2 & ada jugak junior2 yg nak mendirikan masjid.. maka, entry ini sangat sesuei dibaca oleh kita2 yang belum tiba masanya :)
ReplyDeleteFatin & Liyana(my name)...
sabar, sabar, sabar :P
:)
ReplyDeletemula2 baca 'wooooo' jugak sebab ingatkan fatin add iium on9 page. hahaha.....scroll down...oke.. kuciwa sikit....ngee~ *turunkan sepanduk 'welcome cik patin dalam iium on9!!'*
ReplyDeletebasically, memang peringatan yang sangat baik. dah share n paksa oghang lain share da pun kat fb. he he he
saya sebagai kaum adam pun turut menyokong 100%.. jgn fikir syok sekrg...fikir syok kemudian jugak
ReplyDeletewell said FL.kitorang tak jeles,kitorang just annoying je tengok post post awak yang konon awak tu lah pasangan romantik didunia.orang lain pun kahwin jugak derr.tak de lah kecoh mana.haih,tarik nafas panjang.semput tengok gambar konon sweet dunia akhirat.
ReplyDeletePeringatan yg bagus utk sume..=)
ReplyDeletebila ckp psl perkahwinan, semua org terpikir yg indah2 je. padahal apabila b'kahwin, tnggungjawab semakin berat & mcm2 dugaan akn b'laku. tak salah nk kawin muda tp apepun semuanya b'gantung kpd niat. btw, love this entry kak FL :)
ReplyDeletesy mmg suka berangan nak kawen cpt.tp cerita ni xbuat pun sy off mode. sbb apa sbnrnya yg berlaku, tau2 nak cerai. mcm, erk..apa kena sbrnye ni. cuma pendapat sy, xsalah sgt kalau kita nk kawen awal, asalkan kita dh prepare nak hndle all matters involve in family, family kita & family dia. then, kalau ye nak kawen, bwk2 lah kenal dlu org yg kita nk bersama tu btl2. famili dia, kawan2 dia. kalau confirm sume dh ok then, nikahlah. cuma kuatkan lah semangat kot2 baru tau mak mertua mulut pedas, jgn la amik hati sgt.kalau ditegur dek famili dia, bwk2 kan berfikir pasal apa ditegur. walau apa pun, bg sy la..sy mmg xmau duk serumah, even dgn famili sy/famili dia. asing. tp bila dah asing, xbermakna kita buat dek je apa yg jadi kt rmh org tua kita tu. & beringat, ble dh tggal dgn stranger (laki kita/ bini kita), mmg la xkenal perangai dia btl2.time dating, mna la nk perasan perangai xsemenggah dia tu. apa pun tjadi, jgn cpt melatah. lupakan keburukan dia, ingat yg baik2 shj.dia ada peel yg kita xsuka, jadi ingt dia suka sume peel kita?mestilah takkkk..so give & take..bykkan bersabar. agk2 geram, balik lah rmh mak jap.papepun, takyah criter sgt problem kt org tua. diam2 suda.tp kalau dh besar kudisnye, bwk brbincang dgn hati & akal.
ReplyDelete:')
ReplyDeleteha finally! ni asek2 'oh betapa indahnya bercinta selepas nikah' ya memangla betul, tapi bukan suma lucky enough to find their soulmate baik2. crita2 nikah muda, bcinta slepas kahwin, makin menjadi2 aku tengok
ReplyDeletesuka dgn komen kak mardhia :)
ReplyDeletesomehow I realize, nasib kita takdir kita tak sama dengan orang lain. jd jangan terlalu mengejar apa yang orang lain ada. thanks for sharing Fatin :)
ReplyDeletethx 4 da info,kak fatin..
ReplyDeletekahwin muda?
org muda ni mmg x sabar betul.
life it not a fairy tale
marriage it not the end of story
but it is the beginning of de new chapter of life.
ms bcinta,kte cume nampak sume kbaikan org y kte syg.
we act to look good in front everybody,we hide our weakness..
tp lpas kawin,semua keburukan kte terbongkar...
y ptg dlm perkahwinan ialah terima seadanya diri pasangan masing2 smada baik atau buruk.
we r human,not an angel
we r not perfect
we always make mistake
xkan la gaduh sket dah nak cerai
bertolak ansur n saling bermaafan
n y plg penting jgn cari kesalahan masing2..
kpd y blum kahwin,sblum kahwin
trimelah psngn anda seadanya...
aku belum bersedia nak kawen..
ReplyDeletejgn paksa aku~
i re-post entry ini di blog.
ReplyDeletesemua org ada pendapat masing2..semuanya berbalik pada niat..klau dh bersedia,tak salah..tp saya hairan knapa org lebih ambik berat akn kesalahan married couples yg suka tunjuk loving2 diaorg kt fb daripada kesalahan couple2 yg blm berkahwin tp loving2 mcm tk ingat dunia..itu bkn lg memalukan Islam ke?
ReplyDeleteMadam aku ni mase kat uia..orang kedah..aku panggil dia ustazah.baik gila kot dan very motherly.. kadang2 time kelas tu jadi sesi tazkirah..huuu rindu
ReplyDeleteMinta share,,good advice good entry
ReplyDeletekawen bkn utk suka2 tp utk penuhi t'jawab :)
ReplyDeletethank you for sharing! and congrat for your effortless entry... hahahah...
ReplyDeletemohon share yer...such an eye opener..
ReplyDeletesetuju dengan artikel tu
ReplyDeletetakde ape yang di takutkan dengan sebuah perkawinan. sy sendiri kawen di usia 22 tahun, time tu masih beljar di taun akhir, and getting pregnat mas tengah buat thesis. Alhamdulillah sangat bahagia. apa yang penting, diri kita mesti di kembalikan kepada Allah. istikharah setiap hari, bukan sebelum kawen je kena istikharah, lepas kawen pun sama. nak mengandung pun kena istikharah jugak. saya selalu serahkan diri sy, suami, anak sy 100% di bawah lindungan Allah. jadi walaupun banyak ujian, kita akansentiasa tenag sebab kita dah begitu yakin dengan Allah.
ReplyDeleteteruskan lah berangan..jangan takut =)
Yup..especially for girl..jangan terlalu terbuka untuk share segala benda dalam facebook/blog..sebab kita tak tahu siapa yg baca blog kita..takut2 timbul fitnah..
ReplyDeleteso, benda2 yg personal tu tak payah la nak share sangat kat public
Jangan bercinta kalau hanya suka2. Ni muda2 gatal nak bercouple lepas tu bila suruh kahwin tak nak. Buat dosa laju je, tapi bila suruh buat masjid, banyak betul alasan. Kahwin bila dah bersedia. Aku kahwin masa belajar tak ada masalah pun. Suami pun sama batch dengan aku. Memang kahwin banyak dugaan, tapi kena banyak bertoleransi la. At least kalau aku mengandung pun anak aku itu sah. Budak2 zaman sekarang bercinta sakan sampai mengandung anak luar nikah lepas tu menyusahkan orang. Lagi satu bukan kemesraan je yang perlu ditapis di internet, apa2 gambar pun perlu ditapis. Kalau bergaya sakan tu tak payah la nak tunjuk kat semua orang k. Tunjuk kat suami cukuplah. Make up tebal kadang2 bukannya cantik sangat pun, lagi nampak mcm hantu ada la. Jaga diri masing2, dunia skrg makin tenat dgn masalah sosial orang muda.
ReplyDeleteMenitis air mata bila membacanya..
ReplyDeleteemm..
====================================
RAHSIA MURAH REZEKI!
thanks for sharing kak fatin...
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=3352146315799&set=a.1369404028481.52137.1033128226&type=1&theater
ReplyDeleteapa apa pun cuba click link dia atas dan baca.
sebelum kahwin malah selepas kahwin kita memang tak digalakkan untuk berkongsi hal peribadi suami isteri dengan orang lain.
rahsia peribadi tetap rahsia.
tak semua benda kita perlu cerita dalam facebook ataupun blog.
berkaitan peribadi lebih baik simpan sendiri.
:)~
kembali pada Allah dalam wktu kita perlu hadapi hakikat sbenar kehidupan . hdp bukan prjudiaan , tp prjalanan yg jauh n pjg :)
ReplyDeletemohon share ye sis :)
ReplyDeleteSaya kahwin muda. Baru habis matrik dan baru masuk uni dah kawin. Alhamdulillah dah dekat 15 tahun. Saya setuju sangat "jangan share gambar kt fb atau blog". Honestly saya sangat bahagia, tapi saya tak share kan gambar kerana terdengar-dengar ada yang cemburu :P
ReplyDeleteBersederhanalah. Kawal rasa marah. Dan kawal rasa gembira. Kawal emosi.
Bgi piya..atas diri kita..kenapa nak salahkan org lain y dok showoff life lepa...
ReplyDeleteB4 kawen mak ayah akan pesan n tanya kn..dh pikiaq abeh2 ka nak kawen?...
Kalau dh dri bcinta bf tu kaki pukul,kaki perempuan,kaki minum,kerja lompat-lompat..kerja xketahuan hala..duit pun still harap mak ayah dia bgi...jgn la gatal kawen sbb nak ikut org...
Allah bgi otak dan akal...lgi pun zaman sekarang byk contoh perkahwinan y gagal...so ambk iktibar..
Mmg perkahwinan bkn try n error..bla dh kawen,kita xleh patah balik...
Kita kena blajar terima perangai suami/isteri y mmg akan buat kita rsa xselesa...
Mak ayah kita pun mula2 kawen pakat rasa annoying dgn perangai masing2..hahaha...
So jgn la salahkan org lain dok showoff life lepa..lepa xbermaksud pun nk hasut or nk suruh org ikut lepa..hahaha..
Pilihan atas tgn kita.kdg allah nk uji..
Tp piya b4 kawen,piya pgang 1prinsip..nak cari suami,cari lelaki yang dia xpernah abai tanggungjawab dekat mak ayah dia..insyallah..lelaki tu akan dpt jga kita sebaiknya. :)..
Jgn takut or rasa sayang nk tinggal bf yang mcm taik...sebab kita xrugi sekelumit pun.
Perempuan sekarang nie takut nk let go bf y sah2 prangai macm taik...nk juga kawen gn bf perangai taik tu..dh kawen bru nk menyesal.
Time tu nasi pun dh jdi bubur.
Hahaha..pjg leh buat entry..sorry..
a'ah skunk mmg patern org kawin awal. ad possiblity org bleh terikut ikut.. erk erk erk sprti sy.. =)
ReplyDeleteentah apa2 punya blog
ReplyDeleteWow.. Never thought Madam's view will go this far. Igtkn akan bermain sekitar budak2 UIA shj.. Mse first bce, rse mcm Alhamdulillah.. Ade juga yg berani menyedarkan.. Kiranya ramai la juga yg ter'sentap' sbb post madam boleh smpai ke sini.. Bagi saya, kita buat biasa je sudahlah.. X perlu nk sentap sgt sbb mmg dlm semua perkara dlm hidup ni, ade both good & bad side of it. Klu selama ni M'sian Muslim dpt berfikiran waras, tentu madam tidak akan pernah post sebegini.Maaf, mungkin kurg berlapik cara sy ckp, tp mmg M'sian Muslim suka sgt ambil apa2 one sidedly. Mcm contoh, kahwin. Suka sgt nk kawin, nk cepat kahwin la konon elak maksiat, padahal x tahu apa tu kahwin yg sebenarnye. Klu guna bahasa inggeris sng sket.. Semua M'sian Muslim kene tahu beza, apa itu 'Wedding' and apa itu 'Marriage'.. Sekian, maaf sekiranya agak terkasar.
ReplyDeletebila perkahwinan hanya memikirkan keseronokan sementara tanpa mengambil kira implikasi lain, beginilah jadinya.
ReplyDeletekadang2 terpikir nak kahwin awal, nak sedia hujah kat mak ayah supaya mereka bg sy kawen awal. tapi bila pikir balik, kawen itu bukan utk suka2. bukan utk menghalalkan yg haram semata-mata. besar tanggungjawab yang perlu dipikul.
p/s : sape penah tgk citer Dalil Cinta? hehe
serious, remaja sekarang ingat kawen tu tak perlu galas tanggungjawab.. tsk tsk tsk
ReplyDelete*eye wide opens*
Saya kawen muda gak. Jodoh dr family .
ReplyDeleteDah lah bukan senegara... Awal2 rumah tangga mmg la banyak diuji..sbb masing2 dlm penyesuaian diri,n pengenalan
tup....tup..EH!
Alhamdullilah genap 2 tahun...dah kawen
Kesimpulan nya di sini korg...
Istri pemeran utama: kena banyak bersabar n jangan terlalu mengikut perasaan dalam berkata2
Lebih kan diri untuk mengalah n berdiam sampai tenang...kalau merajuk PON manje2 skjap2 cukup.
InsyaAllah...Tuhan di pihak kita (para istri y berniat baik pd suaminya)
-Kawen awal OK n bagus gila ,menghindar zina y parah akhir zaman nih.
Tp ingat.
Yang utama ialah...
Suami atau istri mesti ada y agama, fardhu Ain n kekuatan cinta pd Allah
Allah segala nya ....PAda Dia penentu kebahagiaan... Bkn harta! atau cinta sekarat manusia huhu
:))
Sekian .hee Wassalamualaikum.. Maaf ya FL terbebel pulakk.kt sini..:D
be calm in whatever u do so u will satisfied with what u hv done:)
ReplyDeletedarah muda mmg mcm tu...diulit perasaan yg molek mulus, trs cair (alam bercinta). bila kena ujian sikit (bila da bernikah) mula la hilang semua perasaan cinta syg..duhai adik2 d sini.. byk kanlah ilmu dulu sblm melangkah ke gerbang perkahwinan..
ReplyDeleteartikel yg menarik & saya sgt setuju. mohon share ye dik..;)
ReplyDeletesy bru je meluah perasaan dlm twitter ttg org yg kwin muda, tp nk menunjuk sgt dlm fb. cuci tandas pun update status. memasak utk suami pun update status. menyapu smpah kemas rmh pun update status. mcm terlampau menunjuk.
ReplyDeletesometime show how happy we are pun impact tak baik jugak kan... so bersederhanalah dalam segala hal... kecuali ibadat kepadanya...sentiasa di perbanyakkan...
ReplyDeleteakak mohon share ni di facebook akak ye fatin... tq...
ReplyDelete-kak ina-
Akak setuju dengan entry FL ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, akak baru kawin di usia agak lewat juga *zaman skang ni*
Akak masa nak kawin, berhabis fikir. Sebabnya bila dah kawin, tanggungjawab akan jadi besar dan komitmen plak semakin banyak nak digalas.
Kesabaran dalam perkahwinan juga perlu ada. Ye, sabar adalah kunci diatas segala2nya. Dulu before kawin, pasangan kita mmg lain. Once dah kawin. Masa tu kita akan kenal siapa dia yang sbenarnya.
Satu lagi isu 'menunjukkan kemesraan di alam maya'. Akak kdg2 nmpak juga pic2 honeymoon, kissing2,pelok2..dan ade juga yang obses meletakkan pic bersolat bersama pasangan..bukan jeles dik. Tp, kalau boleh. Elak2 kan, akak pon amik semua2 komen di atas ni sebagai iktibar dan peringatan buat akak jugak. Ada je yang tua2 pon post pic2 mesra2 mcmtu...takleh nak buat ape la.
:-)
kita masih tak tahu apa yang akan berlaku kan? kalau semua luar dalam kita dah share di alam maya. andaikan jodoh tidak panjang? siapa yang akan menanggung aib itu?
diri kita juga nanti. Wallahualam.
p/s - sharing is caring.
Sedih akak baca post fatin....kebanyakkan budak-budak muda zaman skrg ni hanya pikirkan keseronokkan sahaja tetapi tidak mengambil kira tanggungjawab. Bila kawen kita ada tanggungjawab...kita sebagai isteri kena banyak bersabar...alhamdulillah akak dah 7 tahun berkawen, berkawen di usia 23 tahun..mmg akak akui banyak cabaran...apa yg akak nk tekankan disini bersabar...sebb di awal perkahwinan kita banyak ujian yg kita kena tempuhi...dari segi memahami perangai pasangan kita..dulu ms bercinta dia baik je..biasalah bercinta kan...bila kita tidur sebantal baru tahu keburukannya..apa yg penting terimalah seadanya...terima pasangan kita sebb kita pun bukan sempurna dan sentiasa berdoa...dalam perkahwinan banyak cabaran yg ditempuhi..peringkat awal, peringkat pertengahan, peringkat akhir...
ReplyDeleteBila ada ujian dan cabaran itu adalah kemanisan sebuah perhubungan...dari situlah kita dapat memahami pasangan kita. Kita sebagai isteri memang kena banyak bersabar dan bila asben marah jangan melawan ya...so kepada adik-adik yang bakal nak berkawen akak nasihatkan, penuhi ilmu agama dalam dirimu dik, banyak membaca tip-tip memikat hati suami...insyallah kita akan jadi yg terbaik...
setuju..yang penting xperlu lah tergugat kalau tgk mmbe dah kahwin.. akan smpi jodoh kite 1 day..no need to rush..semuanya telah tertulis.. kahwin bukan main2 wooo...boleh jer nk berangan tetapi kena fikir tggjwb after kahwin totally different!
ReplyDeletethanks for sharing this atin yana..:)
so true..
ReplyDeletebagus fatin ceritakan ttg ini kepada public. ada di antara mrk hanya maukan yg manis2 je.. so lebih baik berwaspada drpd terjadi perkara yg buruk.
ReplyDeleteSyabas kak ucapkan kpd fatin dan kwn2 fatin yg post kan ttg ini semua. Sebagai kak yg sudah berumah tangga, pasang surut asam garam & sebagainya mmg ada kita sendiri perlu bersabar dan jgnlah terlalu sgt sensitif dgn pasangan kita. Jika mahukan idup berpjgan kita sendiri perlu lihat kesilapan diri kita sendiri. Sentiasa beramal kebaikan & juga beribadah byk2.
post yg sgt trbaik... satu pringatan tuk dri kak fatin n jgak tuk org lain. good job sis fatin :)
ReplyDeletePeringatan yang telah menyedarkan pemuda2 tentang tanggungjawab mereka yang sebenar. TQ for sharing. =)
ReplyDeletesalam, korang2... ni pendapat aku pulak.
ReplyDeleteIslam galakkan kahwin awal. jangan salahkan artikel bercinta selepas kahwin, nikah muda, kahwin masa belajar. artikel tu semua betul. baca dengan niat cara nak elak maksiat.
point nya dekat sini, lbelum kahwin ke, lepas kahwin ke, jangan menunjuk yg betapa korang bahagia, post gambar peluk2. boleh buat orang jeles dan hentak2 kaki2 nak jugak macam tu. haihh. itu problemnya. boleh pengaruh org yang tak matured buat keputusan.
tp pada yang dah berfikir baik buruknya masa depan dengan pasangan, truskan lah kahwin awl, xde salhnya. dapat pahala lagi dari berpegang2 sebelum kahwin.
aku sendiri boikot blog or facebook diorg yang dah kahwin tapi terlalu menunjuk sebab aku rasa jeles. boleh pengaruh aku fikir nak kahwin memanjang padahal fizikalnya aku belum sedia.
doakan lah sweet mereka berpanjangan. tak suka jgn tgok/baca. yg dah taw org xsuka jgnlah buat. blogger terutamanya. aku sendiri tutup blog aku sebab ada isu org jeles aku tulis aku bahagia. fikir perasaan org. ada limitnya. aku taknak org benci aku sebab aku bahagia.cool je. yg penting kita tahu kita dan pasangan saling cinta. xyh nak gtaw satu dunia.
sekian harap maklum
bila dah bernikah memang saat2 yang paling manis.. tapi kena ingat tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami dah semakin berat dan besar..
ReplyDeletekena bersedia la dengan baik buruk alam perkahwinan dimana memang akan ada la saat2 kita akan menangis..
yabedabedu! akhirnya ada orang yg post pasal menda macam nie. tu lah kan.
ReplyDeletejangan kata orang lain, saya sendiri pun rasa seronok tgok orang post pasal kawen. mcm best je bleh kawin ni ek? hm, tapi kadang2 content yang diorang post tu bleh buat orang cemburu.
padahal kawen ni bukan main2. benda serius kalau bleh nak bawak sampai mati. yes, nk kawen pun kena cari yg the best. doa banyak2 lagi2 bulan barakah nie.
salam ramadhan kepada semua..
love diz n3..very good n good remind 4 all of us..anyway..1st time drop my comment here:).thumbs up fl!
ReplyDelete1st time komen kat sini..selalu jadi pemerhati je..tengok entry ni tiba2 tergerak hati nak komen...
ReplyDeletekahwin awal tidak salah..malahan elok sebab dapat hindar zina terutamanya. kalau tak kawin, ke hulu ke hilir tup2, perut dah buncit,pastu tak tahu mane nak sorok anak,pastu gugurkan atau lepas beranak pi buang dalam sungai atau baling kat tong sampah..
apa yg saya nampak,point utama dkt sini adalah,pasal pasangan2 yg suka menunjuk2 yg diorg je la pasangan paling romantik abad ini..abg post kat wall ayg,ayg post kat wall abg. awal2 rasa mcm sweet la..lama2 org menyampah jgk tgk..nak2 yg tak habis2 menunjuk2 pegi post bnyk2 album..bersanding la,outdoor potoshoot la,bertandang pulak la.. letak sikit sudah la supaya org cam itu suami/isteri kita..xperlu la sampai org dah loya + mual.lagipun, pengantin perlu jaga2 tabarruj serta aurat semua tu..
lepas kawen pak,gmba cium2 la,gmba bilik tdo lah hape la..cite dalam kain sume nak kasi orang tahu..
elakkan lah ye adik2 kakak2 yg dah kawen serta berkira2 nak kawin tu..letih kami nak hide korang punye post kat fesbuk sbb mula2 jeles membuak2 tp lama2 tak tahu rasa ape..
betulkan niat kita dulu..
peringatan utk diri sndiri :')
ReplyDeletesangat bagus peringatan ni..bcoz sy pun dlm dilema..samada nak kahwin skrg or bersabar menunggu masa yg sesuai untk sy mendirikan rumah tangga..tapi bile baca entry ni menyedarkan saya .alhamadulillah..
ReplyDeletenice lesson..
ReplyDeletetp itu la yg banyak berlaku zaman skrg niee...
perkataan KAHWIN tu memang mudah di sebut tapi tanggungjawap lepas BERKAHWIN tu amat besarrrrr.. Harap harap adik adik di luar sana fikirlah dulu sebelum pasang niat untuk berkahwin .
ReplyDeleteBtw.. selamat berpuasa Fatin ;)
my former lecturer! so proud of her =)
ReplyDeletehey fatin i dah follow u. =)
do welcome to our blogshop too =)
http://liahijabista.blogspot.com/
thanks for sharing...=)))
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesaya pn dh brkhwin, tp x pnh sesekali sy post apa yang saya buat dgn suami @ ayat2 cinta.. Bagi saya, itu P&C saya dan suami, saya x suka kongsi dgn org lain.. Suami adlah hak saya bukan umum..hehe
Saya setuju dengan post ni. Gambar2 yang agak kelampauan tu, lebih baik disimpan.. Ayat-ayat cinta hanya pendengaran suami shja, bukan untuk semua..
Jika, orang tak suka dengan apa yang kita post di fb kelak akan jadi bahana..
Jadikan cerita rumahtangga tu, suatu moment yang indah anda dan suami bkn perkongsian pada semua..
Sekian..huhuhihi
SEKADAR PERKONGSIAN :
ReplyDeleteSatu hari ketika saya menonton Al Hijrah, ada satu slot dokumentari pendek tentang mengapa gejala sosial berlaku di kalangan muda mudi Arab.
Seorang Ustaz menyatakan bahawa penyelesaian nya adalah dengan pernikahan di usia muda.
Namun , AWAS ! kata ustaz tersebut, setelah di beri bernikah, pasangan muda itu masih perlu dibimbing dan di ajar menjadi matang. Bukan di biarkan mencorak kehidupan sendiri. Kerana semestinya mereka itu masih mentah.
HARAPAN : DR Fatin Liyana boleh buat satu post berkenaan nikah muda ni. Dari sudut yang pelbagai terutama secara akademia.
nikah ni amat dituntut dalam islam..mmg la sweet sgt2 tapi kene diingat, ia dtg dgn tanggungjawab..saya baru je kawen dlm 2 bulan..sedang belajar lagi menstabilkan kehidupan, kewangan, famili..byk bnda perlu diambil kire..yg manis2 tu mungkin 10%..selebihnya kene berdikari sndiri..jgn ingat dh kawen ok..sudah..aja rasa kawen tyme study ni xperlu la..fokuskan pada pelajaran anda.hbes studi nak kawen terus pon xpe..sy kawen bukanla pd usia sgt2 muda..25 tahun n bekerja..terasa lelahnya..dlm hati berkata..
ReplyDelete' owhh..naseb baik xgatal2 nak kawen tyme study..sure xsempat nak buka buku pon..'..sekadar perkongsian..:D
alah , susah-2 sangat . kite kwin je la fatin . saye jage awak elok-2 , mcm saye jage mak saye . =P
ReplyDeleteJkjk
salam kak fatin, thanks bg peringatan. tersedar sikit.hehe mohon share ye utk tatapan umum :)
ReplyDeletebetol lah,perkahwinan bukan perkara yang boleh dijadikan bahan testing,tapi ikatan yang suci untuk mendapaqt keredhaan Allah.
ReplyDeletenak tanya ni, orang pompuan, umur berapa dikira kahwin muda..22,23 dikira muda ke?..
ReplyDeleteBagus FL sharekan post nie...byk pengajaran yg diperolehi...berkahwin juga seperti mendirikan sebuah masjid..jika x di fahami betul2 apa maksud perkahwinan 2....mmg sesetengah menganggapnya hanya utk keseronokan....sama2 lah kita amik iktibar dari kisah inie...
ReplyDeleteFeel free to visit my blog..www.irdakhalib.com
paling penting masing2 kena tahu peranan masing dalam rumah tangga, org xboleh nak merasa meluat jika mereka nak show off kasih sayang mereka pada khalayak ramai..lagipun benda bukan nya haram dah halal pun..kalau hati tak busuk insyallah sebesar kuman pun kita takkan menyampah dgn aksi mereka suami isteri..biarkan mereka..kerana mereka jugak yg menangung padah (sekadar perkongsian) kerana xsemua org sama macam kita..
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeletemitak izin copypaste d'blog :)
sangat betul tulisan ini..dah share juga..
ReplyDeleteapapun..dlm kehidupan ini...apa2 jua...ada yang best dan x best...
sabar dan iman itu benteng utk terus meneruskan kehidupan
Assalamualaikum. Just nak share pengalaman. sy n husband memang xberapa gemar lovey dovey di laman sosial jika posts kita itu settingnya 'public'. apa yang kami buat, kami set up satu secret group di fb, ahlinya hanya kami berdua untuk kami share links dan apa sahaja yang menarik minat hati kami. dan kelebihannya kami bebas komen atau berchatting tanpa risaukan org luar nampak sbb hanya kami ahli group berkenaan, tiada orang luar boleh lihat post dan komen kami. ini sahaja cara terbaik sbb saya rasa kita semua dah terbiasa dengan sharing maklumat di laman sosial, xbest lah tunggu balik rumah baru nak cerita bila mengadap muka masing2 kan. so sekadar points to ponder.
ReplyDeletesangat berguna untuk d'jadikan panduan..mohon share :)
ReplyDeletesepatutnya kita support nikah awal. at least if dorang berlovey dovey di laman sosial,semuenya dah halal. xberdose. patutnya tegurlan org2,kapel2 yg x kawen lagi tu asyik berlovey dovey yg sah2 haram dan berdose.yg dah ade ikatan sah tu kte doakan jelah mereka supaya kekal bahagia. ape yg penting doa dr org lain, bukannye cemburu tgk org yg dah nikah berlovey dovey di laman sosial. mereka dh halal untuk post gmbar honeymoon dan sebagainya dan mungken niat mereka untuk menggalakkan kawen awal. untuk menunjukkan manesnye bernikah daripada berkapel yg haram tu. semue patut sedar akan BESARNYE DOSA BUAT MAKSIAT berbanding MEMIKIRKAN AKIBAT BURUK BERKAHWIN AWAL.buat ape kite nk pikir buruk such as"nikah awl,byk tggjawab..nikah awal,nnt cerai berai".patutnya kte pikir, bgslah die nikah awal. dah x bdose nk buat ape2 ngn pasangan. nk dibandingkan dgn DOSE dan FIKIR NEGATIF pasal kawen, baeklah kite pikir dose tu yg besar, kte nk menghadap Allah jgk nnti.nak jawab depan Dia. yg negatif2 tu buanglah. dah kawen,cukup ilmu agama itu penting. ilmu agama,iman je yg boleh bahagiakan rumahtangge. instead of yang nikah awal di usia mude,lengkapkan ilmu dengan ilmu agama yg cukup.bukan maen nikah sbb nk ikut nafsu jek. NIKAH KERANA ALLAH.elak maksiat,senang buat pahale dan yg penting dpt elak fitnah. kalo smue org asyik pikir nikah awal,nikah mude tu asyik bcerai berai, yg masih mude,yg masih berkapel memang sah2 xnak kawen.soo,teroskan je ngn kapel ,soo x pikir kawen,soo,terus je buat maksiat bepegang tgn,msej2,bepeluk2 tanpe ikatan,soo.soo nnt mulelah ade ank luar nikah,soo nnt byklah gejale sosial. soo,kat sini smue perlu fleksibel kpd keadaan. jgn disebabkan bebrape kes org nikah mude bcerai berai jgn plak kte nk pikir negatif pasal nikah mude,nikah awal.padahal berjuta2 lagi org yg nikah awl dan masih bahagie tanpe krisis keluarge sebab ape? sebab ape? SEBAB CUKUPNYE ILMU AGAMA MEREKA UNTUK MENERUSKAN BAHAGIA MEREKA SMPAI KE SYURGE. jadi,marilah kte melengkapkan dan menguatkan ilmu agama yg ade dlm AlQuran tu bagi membahagiakan kita di dunia dan akhirat. peringatan dan nasihat untuk diri sendiri dan juga orang lain.wallahualam~
ReplyDeleteperingatan yg berguna..
ReplyDeleteGain Me Some Followers!! Arghh!!! [tutup muka]
ReplyDeletetenkiu patin share benda ni. since ramai jugak orang muda mudi baca blog you, it's an eye opener for them.
ReplyDeleteentry yg berguna..perkahwinan bkan sesuatu yg mudah..
ReplyDeleteentry yg btoi2 membantu.. kahwin ni bukan mudah..
ReplyDeletedunia ni mmg penuh cabaran dan sume org mmg xde nasib yg sama.ape salahnya kalau org tu nak lovey dovey kat fb?before kawen mmg la kene fikir masak2.salah diri sendiri la yang buat keputusan melulu.kite xley nak halang bende2 mcm ni.mcm kat tv penuh dgn budaya2 luar.tp ape yg kite boleh buat is sendiri fikir yang mane baik buruk.kite xboleh nak hentikan tv dari menanyang bende2 yang kite xsuke.same la mcm kite xboleh nak hentikan org lain lovey dovey kat fb.sume org ade akal masing2.xpayah nak salahkan org lain kalau diri sendiri yg terpengaruh.bukan nak membangkang ke ape tp sekadar logik.
ReplyDeleteawesome. thanks atin!
ReplyDeletesebenarnya, apa yang ramai tak sedar ialah, perkahwinan ni sebenarnya lebih banyak yang pahit daripada yang manis.. terpulang kepada kita samada mampu atau tidak untuk mengharungi kehidupan bersama yang tercinta sehingga ke akhir nyawa. tapi ramainya terputus di tengah jalan disebabkan tiada lagi persefahaman. Apa lagi bila waktu awal bercinta, kita bagi sepenuh hati dan perasaan. sebab tu Islam menyuruh kita besederhana dalam segala segi. Juga termasuk di dalam percintaan. Hangatnya cinta ni hanya sementara. tiada yang kekal selain dariNya. jika dah awal2 dah tekan minyak sepenuh kelajuan, apa lagi yang tinggal di hujung2 satu hari nanti? bercinta biarlah bersederhana. ingat, tiada cinta seagung cinta Dia yang kekal selamanya. bukan cinta sesama manusia.. ini yang saya belajar daripada pengalaman2 sebelum ni...
ReplyDeleteThanks Kak Patin *nama manja . Kak Patin ain amek ye nak share dekat fb :)
ReplyDeleteyeahhh..benar3..hehe
ReplyDeletetak salah share keromantikan.tp jgnlah sampai hasben kat sebelah cakap i love u pun pakai fesbuk.tu dah jatuh hukum menunjuk namanya!=)
ReplyDeletesebuah tamparan yang hebat !
ReplyDeleteTidak perlu ikut orang lain, ikutlah kata hati sendiri dan jadilah diri sendiri. Be positive, always!
ReplyDelete-iAwani-
fatin...akk nk tumpang share yek...
ReplyDeletehttp://wandah-nurcahaya.blogspot.com/
ReplyDeletehai fatin saya dah agak lama juga tak menjengok2 dan intai2 blog ni .tup2 dah buka lagi 1 blog. yg lamatu dah tak on ke....rasa macam lain sangat2 bila buka blog yg ini....
hai fatin lama tak intai2 kat blog .
ReplyDeletetup2 dahbuka lagi 1 rasa macam lain sangat2 yg lama tu dah tak bergerak lagi ke napa buka yg baru saya rasa yg lama lebih cull dan cantiklaa..
sedih baca.. ;-( thanx for sharing! mmg off mood berangan.
ReplyDeleteTakut plk nk berkawin nie :(
ReplyDeleteJangan takut nak kawin tapi fikirlah beribu kali kerana itulah masa depan kita.
ReplyDeleteya.. x perlu orang dah berpunya kita pon perlu berpunya jugak.. ;)
ReplyDeletetak penah terpikir pasal ni..thanks fatin sb share info ni.. :)
ReplyDeletenk mntk copy ea
ReplyDeletebest ke kawen mude
ReplyDeleteada betulnya juga post ni. tapi bukan semua yang berkahwin awal atau muda mengalami nasib yang buruk seperti ini.
ReplyDeletebest kahwin sebab dapat banyak pahala kehidupan lepas kahwin..sebaiknye sebelum kahwin cek dulu apa niat kita untuk berkahwin adakah semata2 kerana nafsu atau tuntutan agama..dan sebaiknya buat lah istiqarah sebelum mengambil keputusan kerana allah tau apa yag terbaik dan apa yg akan terjadi lepas kahwin..mungkin ble bercinta kita kenal pasangan sekadar didepan mata tapi hakikat nye allah lah yg maha mengetahui.. tidak salah berkahwin muda..setiap yang mendiri kan rumah tangga pasti ada asam garam nye..lengkapkan diri dengan ilmu agama di dada sebelum bermimpi utk menjadi pasangan..wallahualam
ReplyDeleteTumpang komen sekaki..
ReplyDeleteBukan yg kawen muda je suka tayang aksi lovey dovey laki bini..yg perasan muda pun berlambak2222..siap tayang gmbr tgh kissing lagi..astaghfirullah..islam melarang menunjukkan kemesraan yg melampau di khalayak walaupun telah halal..berpeluk2 di khalayak pun islam larang. Ini kan pulak bercumbu2an..adoii xdak otak ka apa..nk tunjuk romantik sgt, terus tayang video XXX la oiii kasi semua org tgk terus wakakaka
Kisah yang sangat menyentuh jiwa, namun penceraian bukan satu dosa, berkahwin dengan baik, bercerai juga sepatutnya dengan baik... nafkah anak janganlah berlebih2an dalam tuntutan bagi isteri yang mendapat hak penjagaan, begitu juga suami, janganlah tak bayar pula.... postlah lagi cerita2 cam ni... syok juga kami dok melayan....
ReplyDeleteSy kawen muda..i was 19 when i got married..5 tahun lepas..tp time tu FB tak wujud lg..yg ada friendster..so tak terjadi aksi tayang menayang pics or video kawen..cukup sekadar upload pic sekeping dua untuk kwn2 yg tak dpt dtg knduri..
ReplyDeleteAssalamualaikum :) Saya singgah nak beri pendapat pula . Aah saya masih mentah . Muda lagi , tapi dah nak nikah pun . InsyaAllah dengan izin Allah bulan hadapan . Hmm , kalau dalam islam . tak salah pun kahwin awal . Malah digalakkan . Yang nak kahwin muda ni boleh , cuma ada baiknya kalau kedua pasangan sudah cukup ilmu di dada dan tahu tanggungjawab masing masing . Dah yang penting , masing masing tahu berfikir secara baik dan tidak berfikiran pendek . Jangan hanya kerana beberapa orang yang telah tersungkur , ada pihak yang menyalahkan 'kahwin awal' tidak baik ataupun dicegah . Sedangkan Aisyah R.A pun kahwin awal . Mungkin juga ada pihak yang akan mengatakan Aisyah berbeza kerana dia kahwin dengan Rasulullah . Tapi ,berbalik pada islam dan as sunnah .. Kahwin awal itu digalakkan :) Allahualam . Beritahu je .
ReplyDeletebtw , yang sentuh bab blogger / vlogger yang papar soal kahwin and keseronokan perkahwinan mereka tu .. Tak payahlah sentuh agaknya . Tak baik . Biarlah mereka dengan kebahagiaan mereka . APa kata kita doakan hidup mereka . Bukankah lebih baik ? Anonymous , tak baik tahu cakap macam tu :)
Yang baik datang dari Allah , yang tak baik juga datang dari Allah tapi disandarkan kepada saya :) Kesilapan diri sendiri .
Assalamualaikum ^^
sebelum berkahwin pasangan tersebut perlu mendalami ilmu agama dan paling penting belajar erti sabar,bila sudah berkahwin kita akan hidup dgn 2 keluarga yang berlainan cara hidup.apapun kita perlu terima pasangan kita dan keluarganya seadanya.Setiap pasangan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan segala kelemahan serta kekurangan kita perlu terima kerana itu adalah pilihan kita dan hidup kita.Sebab itu sebelum berkahwin kenali pasangan dan keluarganya dahulu.Kadang2 belum berkahwin semua manis bila dah kawin semua yang buruk baru tahu.Belajar redha dan takdir,jika tak mampu..lepaskan
ReplyDeleteSalam, for me..kes cerai b'laku bknye ble kte kwin awl..kwin lmbt pn cerai ade jgk..so,depends on indivdual tu sndri..bdw,knp kte nk halang org da kwin dr tunjuk kbhgian mereka kn..it can motivate org len utk berusaha utk cpai kebhgian tu sndri..dr kte halang org yg da kwin, better kte halang psgn yg "haram" dr tunjuk status,gmbr mereka di fb..knp perlu nk halang yg "halal"?? itu pndpt sy shj..indvdu itu sendiri yg perlu diubah..bkn org len..berubah perlu b'mula dari diri sendri..bukan org len..:) salam
ReplyDeletenice entry..such an eye opener..FL best :)
ReplyDeletemohon share yek..
ReplyDeletekahwin bukannya seronok..tapi tanggungjawab, ibadat dan fitrah kita sbg manusia.
So true this post
ReplyDeleteOkay i know the story..Sebenarnya cerita dia lagi sadis..si bekas suami sebenarnya nafsu songsang..tidur dengan lelaki lain masa lepas nikah,tapi still tak sentuh si isteri..tak faham macam mana boleh dia khianat perempuan tu..so basically,sebelum kahwin,siasat habis habis pasangan kita..kepercayaan kekadang tak jamin bahagia
ReplyDeleteKakak cantik. Mohon dihalalkan untuk meng'share' :)
ReplyDeleteya. .sangat setuju dgn post FL ni..sentuh psl blogger2 yg dok tayang kawen awal ni sweet laa apa la, myampah aku..die cerita pasal prkhwinan die sume sampai ke pregnant pun nak cerita . .bila org kutk kritik pandai pulak melenting..zaman skrg ni penuh dgn dunia fitnah. .fitnah xkn terjadi kalau diri sndri x cuba tutup kelamahn dri tu.xyah la dok tayang masak apa untuk laki hari ni, tgk lauk pun macam budak x pandai masak lagi..buat apa utk laki laa hri ni..post gambar pakai telekung konon nya u imam i, i makmum u . .alahai..sudah2la..bosan sgt..motif apa cerita semua benda tu klu bkn nak bg org cemburu atau rasa bngga dgn klbihan yg ada ? jagala maruah keluarga espcialy prmpuan..tu prmpuan byk msuk neraka..renung2kan lah diri
ReplyDeletemohon share boleh?
ReplyDeletenk share..tq..
ReplyDelete