Pages

Saturday, March 5, 2016

Jenis-jenis Cincin Kahwin

Disclaimer : Entry ini ditulis sebagai guideline kepada bakal pengantin yang tercari-cari tentang cincin kahwin mengikut adat Melayu. Aku dulu blur sangat masa nak kahwin, jadi aku taknak korang blur macam aku. Sila baca entry ini dan share jika anda rasakan ia berguna.


Assalamualaikum

Masa aku nak kahwin dulu kan, aku baru tau yang memilih cincin adalah satu perkara yang rumit lagi kompleks. Menurut ibu aku, cincin ni ada banyak jenis. Dan ia haruslah dibeli according to the occasion. Tidak boleh main hentam saja ye. Macam aku pulak, aku jenis tak kisah sangat. Asal dapat cincin aku dah happy #gengmudahterhibur

Basicly, perempuan akan dapat 3 jenis cincin daripada pihak lelaki.

Merisik
Bertunang
Nikah

Banyaknya! Leks k. Jari ada 10. Tiga cincin ini merangkumi hanya 30%. Boleh lagi kalau nak tambah cincin anniversary ihik.

Actualy there's no hard & fast rules in choosing your wedding ring. Tapi kalau pihak lelaki ada rezeki lebih sikit, bolehlah ikut adat agar saudara tidak dicemuh oleh kaum kerabat dan juga warga facebook.


Cincin Merisik
Cincin paling simple. Dipanggil cincin belah rotan. Tapi BUKAN diperbuat daripada rotan ye. Jangan jadi macam husband aku, siap runsing fikir mana nak cari cincin rotan di era permodenan ini. Biasanya orang suka beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih dah dapat. Jarang orang nak beli emas putih sebab cincin ni kosong. Nanti orang ingat ko bagi cincin silver pulak.

Nanti family pihak lelaki datang rumah bawak cincin belah rotan sebagai tanda nak 'merisik' bakal isteri.



Cincin Bertunang
Sesetengah orang tak nak bertunang, terus langsung nikah je. Terpulang. Kalau tak bertunang, uolls dapat 2 cincin je. Cincin bertunang ni biasanya lebih 'up' sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu (baca : diamond). Diamond tu biasanya kecik-kecik dan disusun sejajar. Ia dipanggil Eternity ring. Sebab ada diamond, so bolehlah pilih nak emas kuning ke emas putih bergantung kepada citarasa. Harga up sikit dari RM500 - RM1.5k (bergantung jenis emas, berat dan diamond)

Eternity ring. Ada banyak design lagi



Cincin Nikah
Cincin nikah mestilah kena paling glamorous diantara cincin merisik & bertunang. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu satu & besar. Ia dipanggil Solitaire ring. Kebanyakan cincin nikah ni diperbuat dari emas putih. Emas kuning ada jugak, tapi design agak kurang menarik. Solitaire ring ni dikira paling hebat sebab diamondnya yang besar. Sebiji diamond yang besar adalah lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan beberapa biji diamond yang kecik-kecik. Rekaan cincin nikah ni biasanya simple sebab main fokus dia adalah diamond.

Solitaire ring. Simple je.



Ha itulah jenis jenis cincin yang korang wajib tahu kalau nak berkahwin dengan gadis melayu. Tapi nak kata wajib pon tak jugak, ramai je gadis-gadis Melayu sekarang yang memahami dan tak suka membebankan pihak lelaki. Jadinya dia tak kisah pon ko belikan cincin apa, janji ikhlas nak mendirikan rumah tangga bersama. Lagipun ini cuma adat, tak perlu rasa terbeban kerana nak terlalu ikutkan adat. Yang penting ada persefahaman diantara kedua-dua pihak. Tak gitu? :)



Ha ibu aku jenis yang ikut adat. And husband aku pulak jenis tak kisah dan bersemangat. Gigih tau husband aku ikut peraturan sebab nak dapatkan aku punya pasal haha! 



Thank you for reading this entry !

47 comments:

  1. 3 jari sekali pakai. Ha hamek.. Hehe

    ReplyDelete
  2. biasanya klu cincin kawin dah mahal sebab cincin utk anniversary kat situ dah. haha

    ReplyDelete
  3. Betul tu..

    Klu tiap tahun dpt anniversary..sgtla best

    ReplyDelete
  4. ya Allah bestnyaaaaa.. sy plak.. dpt dua.. sbb nak jimat kos.. btul dah fatin ckp.. skrg pmpuan lebib mmhami.. tp kalau suami ada rezeki lbin x slh bg lebih.. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..jgn paksa suami..tgk kemampuan suami...ada yg suami kumpul duit ckit2 utk beli cincin..suami mana yg xnk bg cincin kt isteri tersayang kan...hehe

      Delete
  5. cincin anniversary pakai dekat jari tgn kiri pulak. hehe. jd 40%

    ReplyDelete
  6. lepas ni penuh semua jari tangan, letak kat kaki pulak .. hahaha eh ?

    ReplyDelete
  7. sy demand nk cincin bentuk sampan time tunang!
    hehehehehe
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. cantiknya cincin FL..untung da dpt 3..

    ReplyDelete
  9. Kadang bakal pengantin tak kisah...orang lain pulak terlebih kisah...eh..hihi...

    ReplyDelete
  10. So long already yeayy. :))

    ReplyDelete
  11. Haha....very nice entry! Sy waktu bertunang hari tu kan, encik tunang tanye nk cincin camne, sy jadi blurr!! Hehe....lepas tanya ibu, barulah tau nak yg mcm mana...hehe

    syafidamani.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Kelakar bab cincin rotan tu.. Hehehe

    https://diarimamagojes.wordpress.com/

    ReplyDelete
  13. okay tak blur dah haha. thank u sososo much <33333

    ReplyDelete
  14. Update2 lah selalu blog......Seronok baca...Sy tahu FL sibuk dgn kerja....Sy pun HO tapi kt GH penang....Best sgt baca blog nih

    ReplyDelete
  15. Cantiknyee cinci tu. Tapi Kalau saya x silap cincin ni elok pakai untuk jari manis dgn kelingking je (just sharing) Maybe awak tunjuk gambar tu untuk kasi contoh je kot. Hehe.

    ReplyDelete
  16. sedih cincin risik dan cincin tunang kami dah tak muat.. Jari gemok lepas kahwin..haha.. jari dah seluruh badan menggemok..

    Jom singgah blog kita tengok idea doorgift majlis bertunang / nikah / kahwin yang comel comel belaka =)

    http://cutecreativecreation.blogspot.my/

    ReplyDelete
  17. Baru tahu . Tapi , kebetulan beli step by step macam yg FL cerita nie . Btw , FL jaga diri & baby tu ya . . Semoga semuanya dipermudahkan .

    ReplyDelete
  18. yay akk da muncul yahoooo..thank you kak info..klaka..sy ske cincin akk yg jari manis..comel..tlg la update lg kak..kahkah

    ReplyDelete
  19. jari tuan badan pon cantik jugak!!!!

    ReplyDelete
  20. Cantik cincin nya FL. (^^,)~! aina dapat 2 cincin pun x terpakai. hihihi

    ReplyDelete
  21. Keluarga kami tak iukt sgt. Siap mak ckp, xpe just ckp syarat. lagilah suka husband. so dptlah sebentuk cicin dan seutas gelang.

    ReplyDelete
  22. family Eyda pun tak berapa ikut.. tapi family abang ipar, ikut..

    ReplyDelete
  23. Nice... Bestnya klau dapat bagi cincin kat orang yang kita sayang.
    By the way mintak sesiapa take a look my blog. Klau bagi komen pun ok gak....

    http://universalrestaurant77.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. Kali ni baca blog dr fatin sy hanya skrolll tanpa membaca... dah kurang menarik.. cer citer pasal life sekarang as wife n mom to be, lebih menarik rasanya... plissss!! we miss u!

    ReplyDelete
  25. Eheh, cincin merisik dah pakai kat jari kelingking :p

    ReplyDelete
  26. Saya? Jodoh xnmpak btg hidung lg tp gatal nk pkai cincin. Solution-nye, beli sendiri. Huhuuu. Anyway, tahniah FL :-)

    ReplyDelete
  27. tp saye 2 cincin 1 gelang. satu cincin merisik. 1 cincin tunang. 1 gelang nikah.

    ReplyDelete
  28. Gituu, hahahaha best betul baca entry ni..thanks kak!

    ReplyDelete
  29. Kenapa semua perempuan yg komen ni 😅

    ReplyDelete
  30. Bkn ke cincin nikah spatutnye di jari manis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nazlimited.. sebenarnya gamba tu utk tatapan bukan utk awak ikut sebijik mcam tu..

      Delete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!