Pages

Saturday, June 20, 2015

8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang #AFLWedding

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan kurniaan ilahi saya telah bergelar seorang isteri pada 13 Jun lepas. Majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang walaupun saya hanya cuti sehari sebelum majlis. Kami tidak assign wedding planner kerana kami percaya kami mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan seni (haha!). Lagipun sejak kami berkenalan, impian saya dan suami adalah untuk menghoskan majlis kami dalam keadaan serba sederhana, tidak terlalu terikat dengan adat namun sedap mata memandang mengikut citarasa kami.

Saya sangat teruja untuk berkongsi kisah tentang majlis kami (dah kenapa tone seperti rancangan Nona). Tiada niat untuk riak atau berbangga diri, jauh sekali untuk bermegah-megah kerana majlis kami cuma kenduri makan yang biasa anda hadiri, cuma bezanya...we set our own rules! Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal pengantin ya :)

Mari saya kongsikan 8 perkara yang anda perlu tahu tentang #AFLWedding


1. HANYA SATU MAJLIS RESEPSI
Rumah saya di Seremban, suami pula di Ukay Perdana. Dekat. Jadi kami telah mencapai kata sepakat untuk membuat hanya SATU majlis resepsi di Putrajaya. Tengah-tengah kan, barulah adil dan saksama hehe. Bayangkan penjimatan kami kerana semua perbelanjaan dibahagi sama rata. Yang paling best, kami hanya perlu hire photographer, videographer, pelamin, makeup, baju 1x. Saya dan suami bersyukur kerana ibu bapa kami tidak mempunyai sebarang bantahan, malah gembira sebab takpayah penat dua kali. Janji ada toleransi antara dua pihak.


2. EMBLEM YANG SAMA
Emblem AFL ini telah direka oleh sahabat saya Faiz Lee. Thanks bro! Kami telah menggunakan emblem ini untuk kad kahwin, buku yassin, botol madu, photobox dan juga banner! Sebenarnya kami plan nak buat untuk kad kahwin je, tapi sebab malas nak fikir design untuk doorgift (buku yassin, madu & photobox) so kami pakai emblem yang sama. Tiba-tiba nampak cantik pula bila seragam. Inilah yang kami maksudkan dengan kebolehan memanipulasikan seni ahaks!




3. MEMERIAHKAN TETAMU DENGAN MAKANAN
Majlis resepsi kami adalah jenis touch&go. Bukan yang seated tu. Sebabnya jemputan kami agak ramai (sebab satu majlis kan), tak sesuai nak buat jenis yang seated tu. Lagipun kami nak tetamu berasa selesa mingle around and top up makanan berkodi-kodi hehe. Bab-bab makan ibu saya memang expert. Ibu saya kata biar baju & pelamin biasa-biasa sahaja janji perut tetamu kenyang luarbiasa haha! Selain daripada menu makanan kenduri ada juga tambahan lauk seperti paru goreng bercili, sambal acar buah, pecel, rojak buah, serawa durian, tapai, 6 jenis kuih-muih melayu, 6 jenis cakes dan teh tarik. Perlu diingatkan yang datang menyumbang kebiasaannya adalah kawan ibu bapa kita, jadi kita membalas dengan menghidangkan mereka dengan makanan yang enak-enak.



4. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BACAAN AL-QURAN
Sebenarnya ibu kepada suami saya ada menyatakan hasrat untuk mendengar alunan bacaan Al-Quran anaknya ketika majlis resepsi kami. Saya juga teruja kerana tidak pernah mendengar suami saya membaca Al-quran secara live. Jadi kami bersetuju untuk membuka majlis dengan alunan ayat Al-quran (Selepas berarak, pengantin perempuan duduk dipelamin, pengantin lelaki duduk berhampiran dengan meja kecil dan mengaji). Suami saya kata, dia berharap trend ini dapat diteruskan di majlis-majlis perkahwinan instead of berkaraoke. (atau mungkin dah ada? kami je yang tak tau? hehe)




5. TIADA DULANG GIRLS (KETIKA MAJLIS NIKAH)
Sejujurnya rumah saya agak sempit. Agak tak praktikal untuk dulang girls beratur membawa dulang dalam keadaan yang sempit-sempit. Kami juga rasa kami dapat kurangkan kos sebab tak perlu belikan kain yang sedondon untuk dulang girls (16 dulang x 4 meter : 64 meter!) Lagipun ini semua norm. Apa salahnya kalau kita break the norm. Jadi apa yang saya lakukan untuk majlis pernikahan saya adalah, sebelum rombongan pengantin lelaki datang, semua dulang hantaran (pengantin lelaki dan perempuan) telah disusun rapi di stage hantaran. Maksudnya rombongan pengantin lelaki hanya perlu datang tanpa perlu berheboh-heboh dalam kereta sebab dulang hantaran terbalik!





6. TIDAK MEMAKAI INAI
Sejak kecil saya memang bangsa yang tak gemarkan inai. Kebetulan suami pun begitu. So takpayahla pakai senang cerita. Lagipun inai ni semua adat je. Takperlu nak diikutkan sangat (Ye saya memang degil ahaks!) Jimat kos lagi yay!




7. TIDAK MEMAKAI BULU MATA PALSU / CUKUR KENING
Alhamdulillah, sekarang saya tengok memang kebanyakan pengantin tidak cukur kening lagi macam zaman dulu-dulu. Tapi yang memakai bulu mata palsu masih banyak. Masih ingat suami berpesan pada saya 3 perkara sebelum kami bernikah

  • Jurumekap / MUA mesti PEREMPUAN (supaya aurat terpelihara)
  • Tidak mencukur kening (hukum : haram)
  • Tidak memakai bulu mata palsu (hukum : haram)

Saya seboleh-boleh mahu menjaga amanah suami. Nak berdakwah berjihad tu memang takla...jadi perkara kecik-kecik macam ni saya jaga. Nak buat pengakuan sikit, masa mula-mula suami kata macam tu saya terus terdetik dalam hati

' Ala...mesti makeup I tak glowing sebab takda bulu mate lentik macam Che ta...'

ada hati tu nak jadi Che ta :')

Tapi alhamdulillah it turned out very well. Makeup saya hasil sentuhan @_ewar by aimie rifdi @dinieawalluddinofficial by dinieawalluddin sangat stunning dan tidak tebal langsung. Saya tertarik dengan prinsip kak Aimie Rifdi iaitu makeup is meant to enhance beauty. Suami pon happy sebab muka saya masih 'kekal' cuma ditambah sedikit warna untuk menaikkan seri hehe. Nak wudhu pon senang, cuma pakai wet tissue untuk cuci makeup.






8. WEDDING DRESS TIDAK KETAT & MELERET
Bab-bab ni sukar sikit untuk dijaga kerana kita perempuan suka rasa yang definisi baju pengantin yang cantik adalah labuh meleret (untuk memberi kesan dramatic) & body hugging. Tapi saya bersyukur kerana menjumpai designer muslimah wedding dress @ejashahril yang sangatlah berprinsip! Ingat lagi masa pertemuan kami yang pertama, kakeja terus terang menyatakan pada saya & suami.

' Dress yang kakeja buat WAJIB tidak ketat, tidak meleret dan tudung kena tutup dada. Kalau fatin tak bersetuju, maafkan kakeja, fatin kena cari orang lain.'

Ha sampai harini ayat kakeja tu terngiang-ngiang dalam kepala saya. Kami cukup mengagumi Ejashahril kerana berpegang teguh pada prinsip islamic. Susah nak jumpa designer berjiwa muslimah macam ni! Kebetulan saya ada terjumpa satu website ni, baguih gila. Cuba korang baca SINI untuk mengetahui pantang-larang semasa kahwin.



Saya dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat karib kami (Najahtul, Wady, Dimas, Sakinah, Kaklong, Anty Lid), sahabat handai dialam maya mahupun didunia sebenar, colleague, boss, para tetamu serta semua pihak yang sudi menjayakan majlis kami.


Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dikurniakan ketenangan sepanjang persediaan majlis, ketika berlangsungnya majlis dan selepas majlis. Suami, ibu bapa, ibu bapa mertua serta rakan baik pula sentiasa ada apabila diperlukan. Diharapkan penulisan saya dapat memberi inspirasi kepada pasangan mempelai yang bakal membina masjid dan melengkapkan agama. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang 'ganjil'. Remember Islam turun pada waktu ganjil dan akan berakhir pada waktu ganjil juga. Saya dan suami ni orang biasa-biasa je tapi sebab suami jenis yang tegas bab-bab agama jadi saya sebagai isteri kena ikut hehe. Niat dihati untuk menyebarkan positiviti, maka jauhi negativiti!

Sehingga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang :) Nanti saya nak tulis tentang persediaan majlis pula supaya senang korang nak buat rujukan. Tapi kena tunggu gambar daripada official photographer MaroonProduction Stay tune! Salam Ramadhan semuaaaaa~~~


Credit to Creativo for the pictures. Follow our instagram @dr.afl for more pictures.
Thank you for reading this entry !

144 comments:

  1. Baju persalinan tu nampak stunning.. semoga berbahagia hingga ke jannah AFL dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah

    ReplyDelete
  2. Barakallah Dr AFL. perkahwinan nampak simple, tapi meriah. Alhamdullilah dengan perkongsian yang sangat bermkna buat pembaca semua..:) Moga berbahgia hingga ke syurga. Amin

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan selamat pengantin baru.. =)

    ReplyDelete
  4. In Sha Allah nt bila sy kahwin, sy nk buat simple macm akk.. Sy suke sgt akk dr dlu. Akk idola sy 😊

    ReplyDelete
  5. Wahhh... tahniah.. kak fl.. thnkss ats sharingnya.. saya doakan smga rumahtangga kak fl kekal hingga ke jannah amin..

    ReplyDelete
  6. Tahniah kakpaten may Allah bless you both :')

    -sarah-
    http://messarah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Wedding camnilah best Fatin, simple and tak perlu ikut adat. Bab Kak Eja Tu memang Dari dulu Ida kagum dgn prinsip dia. Susah nak jumpa designer yg mcm Tu :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah Fatin & pasangan. Semoga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke syurga. Amin.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..sangat sopan dan tenang puan fatin.:).semoga Allah memberkati kalian..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...tahniah fatin dan suami..selamat menjalani hidup suami isteri..

    Salam ramadhan!! :-D

    ReplyDelete
  11. dan saya pun sangat suka dengan prinsip kak paten,alhamdulillah. Selamat Pengantin Baru Kak Paten dan Suami :D

    ReplyDelete
  12. tak sabar nak tunggu next entry..kot2 boleh follow..
    yang designer baju tu, sgt kagum!
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. tahniah sis. semoga rumah tngga diberkati dua akhirat. blh x share barang hantaran. just 4 idea untuk bakal pengantin.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Kak paten and dafl..saya pun impikan yg sederhana he

    Selamat menunaikan ibadah puasa =)

    ReplyDelete
  15. Congrates dr afl.. really adore both of you..

    ReplyDelete
  16. thniah kak fatin..kak fatin..nak tny ni..klau bju sewa kn labuh utk org yg pendek..mcm mne tu ye?tlong jwab pliss😢

    ReplyDelete
  17. Barakallah....may allah bless your marriage

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tahniah dr #AFL.smg rmh tangga yang baru dibina kekal bahagia hingga ke syurga.. i like yg no 8 tu..bkn senang nk cari designer cam kak eja zaman skrg..Kak eja ni mmg baik samalah dgn adik bradik dia jgk..kbtln adik dia satu universiti dgn sy dlu dan naqibah sy, Kak Ayuni..Untung jmp org baik2, InsyaAllah diri jadi baik berkat berkawan dan kenal dgn org yg bersangka baik dan mmg baik2..hihi..thumbs up!

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..bila kita menjaga agama..agama itu sendiri akan mendidik kita..lagha itu acapkali kita lakukan..sedar atau tanpa sedar..kembali pada Allah dengar kadar segera..insya Allah..Allah bantu kita..tahniah adik paten dan suami..

    ReplyDelete
  20. Touch n go? Means?

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah... Tahniah DR AFL.. sy pon bru melangsungkan walimatulurus 2weeks sebelum fatin. Majlis kita lebih kurang sama.. tiada malam berinai, tiada majlis persandingan waima wang hantaran juga xde :)

    saya dan suami cuma buat benda yang wajib. akad nikah dan juga penyeri majlis dengan bacaan tadarus alquran oleh kedua mempelai dan persembahan marhaban n ya hanana dr adik2 lelaki (tu pun dorg request sbb slalu buat persembahan kt sekolah..hahah)

    alhamdullilah.. majlis berjalan penuh ketenangan.

    semoga cara yg kita bawa ni boleh jd ikutan n tren utk bakal mempelai yg lain..

    sy doakan AFL terus bahagia dan dpt membentuk keluarga mawaddah sakinah wa rahmah. Amin...
    :)

    ReplyDelete
  22. Tahniah kak FL , gembira tengok . huhuh makin berseri2 auchh

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah congratz kak FL n husband. Semoga terus brbahagia hingga ke syurga.. Adore u n ur husband for having such mindset.

    ReplyDelete
  24. Tahniah kak FL , gembira tengok . huhuh makin berseri2 auchh

    ReplyDelete
  25. Walaupun diistilahkan "Ganjil" tidak nampak keganjilan itu sehingga diberitahu. Dan masih dapat grand. Maka tahniah. Hope you will be the trend setter for this good practice.

    Tahniah atas perkahwinan yang mulia ini. Semoga kekal ke Jannah.

    ReplyDelete
  26. Tahniah Fatin dan suami.. semoga bahagia hingga ke jannah! :)

    ReplyDelete
  27. Kak saya nak tanya, kalau ikut adat tu berdosa ya? Anyway barakallah!

    -Fatin Suhana Mendoza-

    ReplyDelete
  28. congrats FL! may Allah bless ur marriage! Senang kn buat 1 majlis! hehe sy pon 1 majlis je kt ptrjaya. penat hari tu je. balik terus rest. jimat pun jimat :D

    ReplyDelete
  29. Mohon bagi tips untuk barang hantaran! :)

    ReplyDelete
  30. Salam..nak tanya..berinai bagi pengantin perempuan bukan sunnah nabi ya? Maaf bertanya..kurang ariff..wallahualam

    ReplyDelete
  31. Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
    2009/88/3 Muzakarah Sosial/Syariah
    142379 reads ShareThis

    KeputusanEnglish Version

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
    Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
    Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
    Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    INI SAYA JUMPA KAT WEBSITE. HEHE SAYA PON ADA TERBACA JUGA NABI GALAKKAN WANITA MEMAKAI INAI UNTUK MEMBEZA TANGAN LELAKI DAN WANITA. MAAF SAYA PON KURANG ARIF. SAYA MEMILIH UNTUK TIDAK MEMAKAI SBB SAYA YANG TAK SUKA INAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrates ur wedding,baru pertama kali sy nmpk pengantin x cukur kening dan pakai bulu mata palsu..(in shaa Allah ada jodoh sy nak mcm tu jgk hihi) tp sy nak tanya satu soalan,klu pakai cnct lens hukum dia apa ya? Sbb sy ada baca klu guna cnct lens yg ada berwarna ia termasuk dlm merubah ciptaan Allah...maaf sy hanya bertanya :)

      Delete
  32. tahniah dan selamat pengantin baru buat FL dan suami.. sgt2 simple dan menepati syarak :) serius tetap stunning !

    ReplyDelete
  33. Dr. Fatin, your writing seems more even matured than before(may be it was affected by the title, 'Puan' rather than 'Cik'). I love them. Btw, congratulations on your marriage last week!

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah.. semua nya dipermudahkan. Tahniah FL.

    ReplyDelete
  35. Tahniah AFL..Selamat melangkah ke alam rumah tangga :). Moga bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  36. Inai merupakan perhiasan jari2 wanita khusus utk yg dah berkahwin (utk suami die tgk je bkn org luar kerana ia dikira perhiasan)
    klu single pakai inai x bleh, wajib tutup tgn dgn sarung tgn bila kuar if inai tu baru pakai terang bercorak x hilang
    HARAM LELAKI PAKAI INAI.

    So klu bende ni buat kita ragu2 (kan kawin kan tetamu lelaki perempuan datang) adelah lebih afdhal x payah pakai.

    p/s: alamak FL dah x guna aku kau ke, "saya" pulak skrng.. rasa mcm baca buku teks plak haha. Moga bahagia till jannah ya kakpaten XD


    ReplyDelete
  37. So inspired.. Thanks FL! Thats why I adore u since my study at ukm few years ago :)

    ReplyDelete
  38. Selamat atas pernikahannya Dr AFL. The walimah looks so beautiful dan khidmad. Regards from Indonesia xx

    ReplyDelete
  39. Tahniah kak patin and suami. Really adore both of you.���� Teruskan menulis ye kak patin ��. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    ReplyDelete
  40. Tahniah kak fatin and husband..nak tnya.camne pulak photographer lelaki ye?kne titik berat kan ke x?

    ReplyDelete
  41. tiru konsep boley?tp sy nak pakai inai..heheheh

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah... Semoga perkahwinan you berkekalan hingga ke Jannah. I really admire the concept. I pon teringin sangat nak tengok bakal suami baca Al-Quran waktu resepsi. It's a very good trend.

    ReplyDelete
  43. Tahniah Fatin Liyana! Semoga bahagia ye... bagus suami awak & kedua ibu bapa & mertua awak! Dan mekap awak nampak cantik sangat! Ikhlas drpd saya. =)

    ReplyDelete
  44. Suka point memeriahkan tetamu dengan makanan. Ni tak, ada yg pelamin meja makan semua gah. Sekali doorgift dpt sepeket kecik halwa kundur semata2. Ok la kan makanan. Tp xsmua org suka.anyway, tu hak masing2. Tahniah fatin. smoga hdup lbh bahagia dan diberkati. Jeles...

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum sister Fatin,
    When you are a considered a "public figure"/celebrity, pasti ramai orang memerhati, pasti ramai yang criticize...why this, why that. I can just imagine strangers saying bad things about the two of you when they don't even know who you are, what hardships that you both had to go through to be together. Anyway, apologies for not being able to attend your wedding. I heard it was beautiful & reading this post made my heart smiled.

    There is nothing more beautiful than a servant who is trying her best to please Allah SWT esp during her wedding day. Besides, if being beautiful in the sight of the Creator means being 'ugly' in the sight of His creations, then it's totally worth it. May Allah SWT bless you both with happiness, peace, contentment and purity of the hearts in this life and the hereafter. Aameen.

    *sorry, tertulis karangan pulak :)

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum. Terbaik. Semoga menjadi contoh dan ikutan buat bakal pengantin. Kalau bersanding di pelamin dpt di elakkan untuk tatapan umum lagi terbaik. Congrats. Semoga bahagia menjadi pasangan suami isteri dunia akhirat. Amin

    ReplyDelete
  47. tahniah dr fatin liyana... semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  48. Tahniah FL! Seronok sangat tengok live update kat instagram. Dah la tengah minggu exam, jadi, ada masa, memang bukak instagram dan update dengan gambar yang lawa-lawa.

    Moga kekal hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
  49. Simple makeup but you rock it girlsss...meletop lawanya..congrats for ur marriage fatin

    ReplyDelete
  50. Pelamin pulakk hukum apaa? Berarakk?? Duduk lg tinggi dr tetamu? Just asking no hidden meaning as my mom x bg buat semua tu masa my wed.

    ReplyDelete
  51. rasa macam lain pulak baca entry fl sebab dah ber'saya' skrg ni . hehe ..

    ReplyDelete
  52. alhamdulillah!
    barakallahu lakuma fatin dan psgn. so inpired with ur wedding. luckily uve got parents who able to tolerate with ur plan.

    nak tnye, what if, ur parents doesnt agree with ur plan to make it simple. coz theyve got their own wedding plan - eg : nak malam berinai, dream dress for their daughter, n etc
    when we give our suggestions, they 'trase hati and merajuk. =_=

    ReplyDelete
  53. Kak fatin nak tanya, apa surah yang dibaca before sanding tu? Thank u sow much for the entry :)

    ReplyDelete
  54. Boleh share tak dekat mana ambik catering? Nampak macam banyak lauk. Tengah cari catering sesuai untuk kahwin januari ni

    ReplyDelete
  55. Catering saya tu marzita caterer.

    Anyway, saya bukan nak jadi/kata saya adalah contoh majlis perkahwinan paling islamik atau paling sempurna. Jauh sekali. Saya cuma berkongsi point2 yg saya rasa boleh dijadikan inspirasi. Takde sape pon yg sempurna. Kalau dah namanya manusia, buat simple ke buat gah ke org tetap akan mengata. Tapi buat apa nak please hati manusia, nak nak org yang lgsung tiada kena mengena dgn life saya. Asalkan suami dan family happy, im more than happy.

    Negative comment will be deleted. Jangan cemarkan positiviti di sini. You are not needed here. You can say whatever you wanna say about me, but please get a place for yourself. Bersihkan hati then baru baca honeykoyuki haha! Salam

    ReplyDelete
  56. hihi entri yg ditunggu2... semoga hubungan yang terbina diberkahi oleh Allah SWT dan semoga kak Fatin dan juga pasangan bahagia hingga hujung usia :)

    ReplyDelete
  57. tahniah fatin & suami.. semoga bahagia & kekal until Jannah :)

    ReplyDelete
  58. Akak, i really look up to you. Even akak mcm public figure tapi tak grand2. Simple yet islamik. Blh jadi wedding contoh. May Allah bless ur marriage with happiness and barakah! :)

    ReplyDelete
  59. Fatin,Akak suka cara anda n suami.bagus cara komunikasi anda berdua.minta fatin atau sekarang 'afl 'beri inspirasi utk para student yg nak ambil medic samada dari asasi ,matrikulasi etc.bole tak afl beri inspirasi dari sudut ssorang yg Dari back ground yg xsempurna yg mana berlwnan dgn back ground spt anda berdua.(ini bukan provokasi ye afl..).ini penting supaya menaikkn semangat ramai student yg nak ambik medic.panduan study style asasi,matrik etc.pls anda berdua mmg contoh yg baik
    Akak doakn Dr afl bhgia till jannah n terus beri motivasi untuk org yg mmerlukn

    ReplyDelete
  60. tq kak patin! memang ya bgi inspirasi utk saya, sebab say pun insyaallah sedang menuju ke arah utk buat preparation hr majlis knduri nanti.hehe :) tapi kan akk, hurmm bnyk dh info2 sy dgr psal duit hantran. ermm apa pendapt akk pula ya.. utk akk ni hr tu mcm mne? bukan apa masih ada ramai lg kt luar sana, yg mcm stress sebb psl duit hntaran. tq kak patin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kita plak yg reply. X payah pening2 pasal duit hantaran. Itu adat je, yg penting mas kahwin, walau senaskah al quran pun blh dikira mas kahwin. Untuk memudahkan pernikahan biar bakal suami bagi yang dia mampu sebagai hantaran. Kalau kita tetapkan 8k, 10k, 20 k n lbh lg, tp dia tak mampu, hanya membuatkan proses pernikahan lebih lambat dan tertekan, sedangkan nikah ini mudah shj. Lebih elok cpt bernikah untuk menghalalkan pergaulan dari melambatkan pwrnikahan hanya kerana untuk kumpul wang hantaran.

      Delete
  61. congratz, semoga bahagia selalu :)
    majlis indah sangat

    ReplyDelete
  62. 8 perkara itulah yang sepatutnya yang dilakukan.... tahniah!
    teringat masa saya kawen 14 tahun lampau... makanan yang dihidangkan sampai sekarang orang teringat2... sedap katanya... yaa itu yang sepatutnya... NP

    ReplyDelete
  63. Subhanallah cantiknya kak fatin. semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warohmah.

    ReplyDelete
  64. Wow. Mekap mmg simple and cantik. Terbukti tanpa bulu mata palsu maseh boleh nampak cantik. Dan baju yg tak ketat. Hehe. Tahniah ye. Semoga berbahagia dan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  65. Baarokallahulakuma..semoga berbahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  66. Here's another reference boleh jadi panduan sebelum menikah. Mungkin both Dr Afl terlepas pandang tentang mencium dahi isteri selepas akad dan larangan berpeluk dan mengambil gambar yg agak intim semasa majlis resepsi. Wallahua'lam. Moga bakal pengantin boleh ambil berat lagi perkara sebegini yg sering dilepas pandang oleh orang lain.
    http://www.zzqah.com/2011/12/panduan-bagi-sesiapa-yang-nak-berkahwin.html

    ReplyDelete
  67. congrats dear fL ! Really inspired me , one fine day .. :)) happy till jannah you with ur husband. in sha Allah amin :))

    ReplyDelete
  68. Kak fatin.. Ape maksud touch n go tuu? Sbb sy pun plan nak combined reseption.

    ReplyDelete
  69. Awal2 post ok.. Lama2 rs sense of houlier than thou dlm post ni. Moga2 kak paten kekal sempoi wlupun mndalami agama dgn suami :)

    ReplyDelete
  70. next time please share time management between majlis dgn time solat, dgn photoshoot etc..
    pretty please :)

    ReplyDelete
  71. Alhamdulillah... tahniah Dr. FL & suami... semoga berbahagia & sentiasa murah rezeki..aamin~

    Btw, selamat menyambut Ramadhan... :)

    ReplyDelete
  72. Love ur post bermanfaat thx a lot :)

    ReplyDelete
  73. Alhamdulillah....tahniah for both of you. :) semoga kekal ke akhir hayat dan seterusnya diterima disisi Allah

    ReplyDelete
  74. Alhamdulillah. Harap2 dapat jadi guide untuk majlis perkahwinan Zati bulan Ogos nanti. Amin...

    ReplyDelete
  75. Awesome entry..thanks sbb tulis entry yg bagus and interesing to be read.. paling tertarik dgn no.8 berkenaan baju x ketat..good job Kak FL & suami.. tahniah sekali lagi..selamat pengantin baru.. salam ramadhan..

    ReplyDelete
  76. Congratulations for both of you :)

    ReplyDelete
  77. barakallah fl dan af. waa nama overlap aFl. comeyl. semoga berbahagia hendaknya.

    ReplyDelete
  78. TAhniah FL &husband.Cantik sgt 1000000X :)

    ReplyDelete
  79. Fatin Dan Suami,

    Alhamdulillah. tahniah.selamat melayari bahtera rumah tangga.semoga Allah memberkati hubungan kalian..amin.

    ReplyDelete
  80. tahniah dr. afl :)

    ReplyDelete
  81. Kalau pakai contact lens color haram x..just asking..tq

    ReplyDelete
  82. tahniah AFL.. semoga berbahagia hingga ke Jannah.. sepupu pun buka butik pengantin, mereka hanya make up pengantin yang bertudung sahaja..

    ReplyDelete
  83. tapi time u pergi India u pakai jugak kan inai kat tangan tu..huhu yang corak2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coz masa FL pergi India tak jumpa lg AF. Dah jumpa AF semuanya flip flop 360. Tudung start labuh, pkai stokin, kurang selfie, dah tak pakai seluar ketat or baju warna warni. Itulah perubahan.

      Delete
  84. Tahniah AFL..moga bahagia hingga Jannah...

    ReplyDelete
  85. Alhamdulillah.. Tahniah kerana berjaya pertahankan hukum.. Antara nak dengan tak nak je kan.. Sederhana itu indah... Semoga berbahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  86. Alhamdulillah.. Tahniah ye fatin.. finaly sy jumpa jugak wedding yg cukup sederhana tp hebat dmata saya.. thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  87. Alhamdulillah dan tahniah #AFL . Semoga perkahwinan anda berpanjangan dan dalam redha Allah sentiasa . Amin Ya Rabbal Alamin ~

    ReplyDelete
  88. Alhamdulillah, bila banyak contoh-contoh majlis perkahwinan berlandaskan syarak ni (inshaa Allah), akan dapat menarik lebih ramai pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan untuk mengikuti cara begini.

    Sekurang-kurangnya akan ada saham akhirat kita di situ InshaaAllah. Apa pun, tahniah diucapkan. Semoag diberikan reseki zuriat yang soleh/solehah mudah-mudahan.

    ReplyDelete
  89. Tahniah FL dan suami.Moga berbahagia selalu.Aamiin!

    ReplyDelete
  90. Tahniah fatin..sederhana macam kenduri kat kampung-kampung..takde dulang girls, takde seated concept..good!suke sangat

    ReplyDelete
  91. Alhamdullillah! Tahniah, Kak FL & husband! :D

    ReplyDelete
  92. Tahniah Dr. Af and Dr FL. Cantik and sweet jer.

    Cuma agak ralat bila nampak gambar you all masa kawin ari tu yang peluk and dukung2 tu.

    Ntah, rasa mcm tak manis di kongsi.

    Yang lain2 tu mmg rasa perfect dah. Memang patut jadi weeding contoh.

    Sory :(

    BTW, selamat berpuasa. Apa menu pertama untuk husband. hehe

    ReplyDelete
  93. Tahniah FL selamat melayari bahtera perkahwinan..mak-mak sgt ayat

    ReplyDelete
  94. alhamdulillah.. pasangan muda kan mesti la eksited.. maafkan la dia sebab kongsi gambar peluk2 tu..hihi..

    FL, thanks share. i luv you. semoga semua ini akan di jadikan contoh oleh future brides diluar sana... :)

    ReplyDelete
  95. "janji perut tetamu kenyang luarbiasa haha!"

    I think there is an Indian DNA in your mother!

    சந்தோஷமான திருமண வாழ்க்கை

    hardee786

    ReplyDelete
  96. tahniah fatin, cantik sangat and so sweet warna-warna pilihan ....
    tentu lepas ni ramai yg nak tiru fatin ....tak perlu pakai inai segala tuh ... pakai makeup tebal-tebal semua tuh ........teringat my cousin kawin barang hantaran pun tak ada...inai jari pun sama tak ada, pelamin pun tak ada ....

    ReplyDelete
  97. Share barang hantaran pls supaya sy tak boros untuk majlis nov ini :(

    ReplyDelete
  98. sgt sgt memberikan inspirasi kpda kami.thanks kak fatin..insyaallah,yg ganjil itu psti akn ada yg mnegikutinya...akak cantik sgt..smga bahagia until jannah brsama fmly trcinta

    ReplyDelete
  99. Ahmad Farid Dato DahriJune 25, 2015 at 1:21 PM

    tahniah buat dabeldoktots afl ... selamat pengantin baru semoga berbahgia hingga jannahNya insya Allah aamiin =)

    ReplyDelete
  100. Tahniah kak..kenapa akk cute sgt nihh..
    tahniah both of u..mmg comel mmg padan mmg mata sme mmg senyum sme mmg ssuai trsgt lah..lembut wajah akk brdua..tenang je..sweet sgt..

    ReplyDelete
  101. Alhamdulillah. Bagus post camni supaya lebih ramai follow majlis yang mengikut agama daripada adat.
    Cuma nak tanya, pakai contact lens berwarna tak salah ke?
    Adakah lain hukum nya dengan memakai bulu mata palsu?
    Sebab sifatnya menukar warna mata asal.
    Sekadar bertanya sebab nampak dalam gambar macam FL pakai.
    So memang nak tau. Boleh ke?

    ReplyDelete
  102. what a beautiful groom and bride both of you are!!! May this marriage will always be blessed!!

    ReplyDelete
  103. tahniah fatin dan suami sebab pentingkan ibadah dari ADAT!..

    saya dulu kawin pun tak pakai inai.. and make up pun simple jer...

    Hantaran langsung tak ada.. sebab tu semua adat

    ReplyDelete
  104. Tahniah fatin liyana n husband, first time terasa nak drop komen.
    saya suka dengan 8 benda di atas, sbb sama macam wedding sy, cuma wedding sy kecil-kecilan sahaja, saya suka part baju , makanan utk tetamu biar gah, n bulu mata.
    insyALLAH bila majlis kita diserikan dengan keberkatan, bila dah masuk alam rumah tangga akan lbh bahagia,malah dgn keberkatan itu insyaALLAH kita dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah, insyaALLAH..
    insyaALLAH saya doakan yang terbaik untuk fatin n husband.

    ReplyDelete
  105. Tahniah AFL dan semoga kekal higga akhir hayat :)

    ReplyDelete
  106. alhamdulillah..barakallah utk kalian..
    Paling yg saya suka u break the norm zaman skrg iaitu..tiada bridesmaid sedondon yg ramai.. yg kita tahu dah jd trending.. and serius sy tak menggemarinye.. seakan meniru gaya perkahwinan barat dan membazir..
    Alhamdulillah..fatin public figure and fatin tunjukkan apa yg x perlu ada pun dlm sesuatu majlis kahwin..

    ReplyDelete
  107. Tahniah! barakallah, moga berbahagia hingga ke Jannah!

    ReplyDelete
  108. tahniah.smoga berbahagia hinggA ke syurga. satu nk tanya.apakah hukum memakai contact lens berwarna?

    ReplyDelete
  109. Tahniah! Cantik sangat n so sweet :)

    ReplyDelete
  110. Alhamdulillah, suka tengok Majlis Perkahwinan Kalian

    Selamat PEngantin BAru :D

    ReplyDelete
  111. semoga bahagia hingga jannah
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  112. how nice your wedding day. boleh dijadikan guideline.. berhajat nak kahwin jugak within a few month.. hehe..

    ReplyDelete
  113. how nice your wedding day. boleh dijadikan guideline.. berhajat nak kahwin jugak within a few month.. hehe..

    ReplyDelete
  114. Congrats akak! Salute sebab akak senang je nak terima utk buat majlis simple. And suka part hidang makanan tip top and pelami semua simple. Your writing pun now agak matang. Hehe. Good one. Saya pun harap dapat jadi pengantin tak banyak songeh macam akak.hi.

    ReplyDelete
  115. nice story, tahniah dik =)
    smg gadis2 dekat luar sana mencontohi cara fatin dalam menjaga maruah dan diri sbg seorang muslimah dalam konteks persiapan perkahwinan dan majlis.

    ReplyDelete
  116. Alhamdulillah..suka akak tgok gambar2 wedding Liyana..sama la kita..tak cukur kening ...make up pun ppuan tp sygnya masa tu akk masih lagi free hair..huhu

    ReplyDelete
  117. entry dh berzaman baru nk baca mlm ni..Hehe. Alhamdulillah reception nampak grand tapi masih pegang hukum hakam Islam. your dress memang amazingly awesome la... So nanti bila saya bertemu jodoh, in sha allah bolehla hire designer yg sama :-)

    ReplyDelete
  118. Maaf. Mohon pencerahan pada yang arif, kalau contact lens berwarna apa hukumnya?

    ReplyDelete
  119. Tahniah AFL, semoga kekal hingga kejannah. Saya dulu pun mekap kawin takde bulu mata palsu n tak cukur kening. Baju pun buat sendiri demi nak longgar n selesa..hehe sama kita sep sikit

    ReplyDelete
  120. your wedding was so cool!! and thank you very much for this tips. it is so helpful. btw, semoga berbahagia kak Fatin :)

    ReplyDelete
  121. Salam kak FL, boleh tanya hows the flow of your wedding reception? Really need your advice on this since my wedding is next year and i would like to do a simple wedding like yours too.

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!