Pages

Friday, August 15, 2014

Aishah Radhiah Coklat Spa Cawangan Kota Damansara

Assalamualaikum

Lama sangat tak jumpa dengan kakak angkat aku, Kak Liza. Kebetulan spa yang kitorang selalu pergi tu, Aishah Radhiah Spa ada buka cawangan baru di Kota Damansara. Langkah kanan, kami pula dijemput untuk memanjakan diri di sana bersempena dengan opening spa. Dapat pula pakej ratu yang bernilai RM400 secara percuma (body massage, body scrub, sauna, aura flower bath, signature facial) hehe...bukan main berdesup tekan minyak dari Seremban ya.


Spa ni terletak di The Strands, Kota Damansara. Sederet dengan butik Najjah. Senang sangat nak cari. Kalau korang pernah makan restoran Ombak, ha atas tu je spa nya. Jangan risau, ada lif ya.


Aishah Radhiah Coklat Spa. Tingkat 3.


Sampai-sampai je rupanya Kak Liza dah tunggu di sofa sambil membalas whatsapp group tadarus. Comel sangat masyarakat Bukit Jelutong. 


Cantik interior spa ni. Eksklusif sangat! Yang penting fountain kena ada....bunyi air adalah sangat menenangkan :) Pada waktu yang sama dorang ada alunkan musik instrumental bali. Double ketenangan. Memang dibuai mimpi jela kejap lagi


Setelah pilih pakej, kami pon simpan beg dalam locker. Jaga barang-barang berharga ok. Jangan duk leka ber-spa, beg duit, handphone semua lesap. Bukanlah nak menuduh sesiapa, inshaallah pekerja spa ni semua amanah. But things happen right? Just make sure jangan cuai ok :)


So kami pon dibawa ke bilik massage kami..ada banyak bilik sini. Spa kat Damansara ni lagi besar compare to cawangan dorang kat Bangi, Shah Alam & Ampang. Ada bilik single, bilik couple dan bilik VIP.



Ingat nak ambik bilik VIP, sebab sauna + tub dalam bilik (macam dalam gambar). Tapi tengah renovate time tu so kami ambil bilik couple hehe. Lega dapat urut badan, memang berasa urutannya. Dalam masa sejam tu..entah berapa kali aku tertidur hehe


Lepas urut badan kena sauna pulak selama 20 minit. Temperature 38 degree celcius. Sauna bagus untuk detox. Tapi memang hazab duduk dalam sauna ni. Tapi yang bagusnya dia ada sediakan shower sekali..kot panas sangat, bukak la shower tu sekejap. Lepas sauna, kami kena balik kat bilik urut tadi untuk scrub pula. Semua daki haruslah hilang total kerana kuasa menyental tahap impak maksima hehe.


Kemudian kami disuruh berendam dalam tub selama 15 minit. Tub tu berisi buih-buih dengan bunga-bungaan. Namanya aura flower bath.


Sambil tu dihidangkan pula biskut dan teh herba ! Memang macam puteri habis...yela orang hantar makanan masa kau mandi..kau mampu? Setelah selesai semuanya, kulit terasa lembut sangat macam baby. Badan pon rasa fresh!


Last but not least, untuk yang terakhir kami buat signature facial. Setiap kali habis buat facial, aku mesti perasan yang aku ni natural beauty haha padahal jauh api dari panggang! Asal aku buat facial kat rumah perasaan tu tak datang pon? I nak feeling feeling jugak hmmph


Kak Liza and me post-spa =) Bonding session yang sangat menenangkan! Kitorang tak suka crowded place.. hehe jadi berjumpa di spa je. Lepas ni kena kerja sungguh-sungguh hehe. Poyo angat.


 Sekarang Aishah Radhiah Spa tengah buat promosi VOUCHER RM1000 dimana korang boleh choose either nak buat 10x Facial (worth RM120 setiap satu) atau 3x Pakej Ratu (worth RM400 setiap satu) di mana mana cawangan spa dorang : Bangi, Shah Alam, Ampang Point, Kota Damansara dan Seremban 2 (akan datang). Sesuai kalau nak dijadikan gift, korang bank in nanti spa akan post voucher!  Ok apa-apa just call dorang la ye untuk tanya lebih lanjut!


Aishah Radhiah Coklat Spa
(Facing Kota Damansara's Giant Entance)
No 27-3 Jalan PJU5/20E,
The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Contact : 03 6158 0000 


Dalam banyak-banyak cawangan, aku tak pernah pergi lagi yang dekat Ampang Point tu. Macam best, cuba korang try. Pastu bagitau aku eh? Alamat ambik kat website dorang tau :)

Thank you for reading this entry !

42 comments:

  1. banner dah baru, background pun dah baru..cantik!! hehehe

    ReplyDelete
  2. LAWANYA! EH BLOG KAK FL DAH LAIN LAH

    ReplyDelete
  3. haay kk fatin. :) i fans you fromo indonesia. salam kenal :D
    enak bisa spa :)

    ReplyDelete
  4. kak fatin makin comel.. :) wah header baru.. header lame tu lagi simple.. tapi dh hilang.. ape2 pon semua cantik2.. :)

    ReplyDelete
  5. The 1st.Welcome back LL.
    Niat itu yang DIA kira bukan sangkaan manusia.
    Keep on inspiring.
    -S

    ReplyDelete
  6. Singgah Sini..FL klu sudi,follow la blog kita yang x seberapa tuh..:)
    Wah!sebelum nie baca SPA nie yang kat Bangi tuh..memang ada pasang niat nak ke sana..cuma masa je tak ada lagi.. :) WAh!blog FL bertukar wajah!! =)

    ReplyDelete
  7. suka tgok pnampilan baru FL..
    lebih sopan n sejuk mata memandang :)

    orang suka..Allah pun suka :)

    ReplyDelete
  8. Bila baca entry nie rasa macam nak ke spa pulak sekarang :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum FL, fuyohhh. terkesima kejap. terasa cam nak g spa pula. badan da lenguh2 ni. hihiiii

    ReplyDelete
  10. tggu cawangan seremban2 lah
    dekat sikit ;)

    ReplyDelete
  11. bestnya join tadarus. teringin sangat nak join. tapi tak tahu mana nak pergi. :')

    ReplyDelete
  12. Buka blog ni terasa macam silap alamat. Otak still adjusting with new environment. Hehe. Btw ni lg comel.

    ReplyDelete
  13. Slalu baca blog kak FL pasal aishah radhiah spa ni. Baru2 ni tgok kat seremban 2 ni dh bukak, cawangan ke-5, depan jusco. Lum sempat try g wlaupn keje deret dye je. Hee. InsyAllah nk try sbb tgok review akak mcm bagus spa ni.

    ReplyDelete
  14. Kat seremban 2 dpn jusco baru bukak cawangan ke-5. Nk try nt! Kak fatin, g dkt ngan umah akak. Hehe

    ReplyDelete
  15. pernah kena urut kaki je,, bab sental badan,, mmg best rasa dia,, sy guna bunga tanjung je,, hee

    ReplyDelete
  16. Bestnyeee...Kak Muniy rase nak ikutt!

    ReplyDelete
  17. Cantik tempat2 ni..

    Mohon view blog saya ya, terima kasih =)

    http://kentakikaulaki.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. not bad... dah lama jugak ak pg spa gini

    ReplyDelete
  19. Alaa dah lama rasanya xpg spa. I need one!

    ReplyDelete
  20. salam kak fatin
    nak tnya akak pki tudung cloverush ka?
    klu ya akak pki saiz apa nmpk mcm tutup aurat ja
    do reply my comment sis
    by ina

    ReplyDelete
  21. salam FL. Owh dekat sangat SPA ni dekat tempat akk..akk di Pelangi Damansara. Harus singgah..thanks for info dear..:) wahhh nyaman sungguh suasana dlm spa tu..Good Info..^_^

    ReplyDelete
  22. weh..

    aku ingatkan coklat spa nie jual coklat dan boleh makan coklat banyak-banyak...melecet sugguh sangkaan ku...

    tgh kempunan coklat sejak Cadbury ada masalah...hmmm..

    hardee786

    ReplyDelete
  23. Bestnya dapat manjakan diri di tempat ekslusif macam ni... rasa macam tuan puteri sekejap...

    ReplyDelete
  24. Salam fatin,

    Seronok baca blog u..sempoi jer.hehe

    Nway i dh try spa nie..my friend recommend..best & staff dia pon friendly :)

    ReplyDelete
  25. ohh..dah siap dah cawangan kota damansara. bagus nih. hoho...

    ReplyDelete
  26. Dah pernah pergi kt shah alam lepas baca blog fl.amek pakej apa tah dh lupa.masa urut tu semua dia selak sekaligus.malu giler kot dh la ade org lain dtg guna sauna dlm bilik tu.staf dia krg sensitif dgn aurat la.better expose parts by parts masa nk urut,bukan buka semua sekaligus.maluuuu.haha btw xde welcome drink or gudbye drink or bath tub drink jgk.hehe i guessed utk blogger je kot.

    ReplyDelete
  27. Ada pakej ibu mengandung tak? In need of one now! Nak tunggu lepas beranak lambat lagi kot huhu

    ReplyDelete
  28. Blog FL nampak style. Comel macam FL gak.

    ReplyDelete
  29. wah bestnya berspa..kalo duit berlebih memang nak sgt ke spa tu..insha allah..;)

    ReplyDelete
  30. salam fatin yang memang dah lawo


    baca Fatin citer ber spa

    akak teringin nak ber spa

    sebab tak pernah

    hehehe


    Fatin dah memang cantik pun ber spa

    apa lagi akak yang belum cantik ni

    hehehe


    ReplyDelete
  31. dik fatin liyana..thank you for recommendation...I will definitely visit the blog...makin meletopslah ko adek oiii spa bagai :)

    ReplyDelete
  32. Waaa teringinnya nak ke SPA, kena wish list ni kat husband lps deliver nnti.. hihi tq FL comey ;)

    Singgahla ke blog sy yang tak seberapa ni cottageputeeeh.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  33. Last sekali pegi spa sebelum nikah. Itulah first time. Sampai skrg xpenah g spa..huhuhuhu.. Nak kena g gak ni, manja kan diri..

    Jom jalan2 umah kita kat
    http://mamaolin.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum Kak FL! Nak tanya ciket pasal tudung sarung tu kak FL beli dkt mana ya. Saya tgh cari tudung sarung mcm tu sbb inner bila pakai shawl atau terus pakai siap mcm kak FL pakai.harap dibalas komen ini. :) apa2 pun semoga dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!