Pages

Friday, September 13, 2013

My India Story : Part II Bangalore

Assalamualaikum

Yes, kita bersua kembali dalam episod pelencongan FL ke India. Kalau nak diikutkan, travelling schedule aku memang sangat tight kerana kesuntukan masa. Banyak tempat yang aku nak lawat dalam masa 7 hari. Kalau tolak departure and return tinggalah 5 hari. Padahal aku ada 5 negeri/bandar nak pergi. Kiranya, satu tempat satu hari. Kita mulakan dengan Bangalore ;)

Setelah touch down di Bangalore, Farina bawak aku makan malam di restoran Korea dan tidur (day 1). Keesokkan harinya (day 2) aku kena habiskan jalan-jalan di Bangalore sebab lusa (day 3) aku dah naik flight nak pergi Delhi. Target aku di Bangalore cumalah nak melawat sekitar bandar Bangalore, tengok hospital tempat Farina belajar, beli souvenirs (kau mampu baru sampai dah beli souvenirs? haha) dan makan nasi beriyani yang paling sedap.


Pagi-pagi lagi Farina dah kejut aku dan siapkan breakfast. Omomo comel sangat kan? Farina ni memang caring, dia jaga aku macam aku ni baby walaupun muka aku tak babyface hihi. Risau sangat aku takda energy sebab kami nak jalan sampai tengah malam. Housemate Farina pon teman aku breakfast sekali, siap buat Caesar salad. Sedap! Thank you Farina & Zi =)


Depan apartment Farina ni ada orang jual buah kelapa dan tembikai. Tembikai kat Bangalore ni lonjong, tak bulat macam kat Malaysia. I wonder what it tastes like? Anyway cuaca kat Bangalore ni nyaman, tak panas, walaupun ada matahari.  Macam kat Bandung.


Ini adalah auto. Kira macam teksi. Memang bersepah auto di dekat town. Auto ni pon ada meter macam taxi tau. Tapi kau tau jelah..driver auto ni memang pandai auta haha! 


Sebab tu kalau kau nak naik auto kau kena ada keberanian yang tiada tolok tandingan, kebolehan untuk meramal sesuatu yang tidak dijangka dan emosi yang stabil. Kalau tak kau memang boleh bergaduh bertumbuk dengan driver auto. Meh sini aku nak cerita. Farina ni memang power cakap bahasa Kannada (local language kat sini). Farina pon deal la dengan driver auto ni..

Driver : I muslim, I no cheat. I use meterrrr. See this meterrr? blablabla (cakap English campur Kannada)
Farina : Ok. Your meter no fast a sir? If fast i dont want. (steady Farina..janji pakcik tu paham haha)
Driver : No fast. Come, come.

Maksud Farina tu, ada banyak driver auto yang kaki kencing. Memang dorang guna meter, tapi meter tu bergerak laju gila macam air terjun yang mengalir deras ! So lepas diyakinkan oleh drive itu, kitorang pon naiklah. Sekali half way tru, meter dia yang nostalgic itu (seperti gambar di atas) bergerak laju, sepantas larian Usain Bolt. Berpinar mata aku tengok nombor tersebut. 

Apa lagi, berlakulah drama swata berkisar tentang pertengkaran antara Farina dan driver auto dalam bahasa Kannada. Mangai memang macam tengok drama tamil. Farina punya tangan dah diangkat ke langit sambil menunjuk-nunjuk gaya 'pirah'. I iz cuak. Kuat gile ok gado, macam gado dengan boyfriend gitu. Last-last, Farina kata 'Sir u stop here, stop! I said stop!' Akhirnya kami ditinggalkan ditepi jalan yang suram. hahahahha..memang aku tak boleh lupa scene tu Farina..gangster habis!


Tempat pertama yang ditujui, hospital tempat Farina belajar. Ini adalah private hospital, namanya  BANGALORE BAPTIST HOSPITAL. Ramai student Malaysia kat sini, so rilek je la aku seludup masuk hospital ni hehe.



Sampai-sampai je kawasan hospital, nampak banyak gila orang dok lepak di tepi kaki lima. ' Eh macam chow kit pula ' getus hati kecilku. 



Tetiba ternampak budak ni kencing tepi jalan dengan selamba. Bukanlah tepi jalan sangat, sebenarnya dihadapan main entrance hospital. Yang lagi selamba, tetiba aku dengan taktau malunya menangkap gambau budak ni sambil diperhatikan oleh macha macha di kaki lima tersebut..


Hospital ni kecil tapi lengkap, semua department ada. Instrument dia macam zaman 70-80 an gitu. Terasa macam hidup dalam sejarah (dah kenapa..) Kebanyakan pesakit di hospital ini beragama Kristian. Kiranya di India ni dorang banyak buat hospital according to religion. Contohnya di Baptist Hospital ni, pesakit beragama kristian akan dapat discount.



Tau ini apa? Ini adalah dewan bersalin. Setiap katil hanya dipisahkan oleh sehelai tirai. Maksudnya masa ibu X sakit meneran nak beranak, ibu Y dan Z boleh curi curi skodeng haha..kalau kat PPUKM, dewan bersalin kita ada bilik. Setiap patient satu bilik. Kalau ko menjerit sampai terkeluar anak tekak pon tak malu sangat :P



Aku ni saje jelah dok pegang perut ibu ni. Kesian kat dia, tengah contraction kan, jadi memang sangat sakit. Berpeluh-peluh tahan sakit. Sabarlah ye aci, kataku dalam English. Sekali aci ni cakap bahasa Kannada..panjang pula tu..ntah apa dia cakap, aku dok angguk-angguk je. Menitik-nitik air matanya. Makin banyak pulak dia cakap..alamak cemasnya aku..tak paham satu hapah pon..cecepat aku blah dan kata 'Goodluck..you can do it'.. aci balas 'Thank you very much doctor'. Mesti dia ingat aku specialist sebab aku tak pakai white coat..padahal aku immigrant wakakaka


Lepas dah melawat hospital dan bertegur sapa dengan kengkawan Farina, Farina bawak aku pergi kantin hospital. Nak bagi aku rasa 'chai'. Apa itu chai?


Chai ini macam teh tarik. Tapi menggunakan susu lembu asli. Pehh memang rasa lembu sikit hahaha. Tapi its a good experience! Kat sini, dorang hidang chai dalam cawan kecik.



Di luar kawasan hospital, nampak pakcik ni tengah bersantai di kaki lima. Dia bukan pengemis tapi dia kutip barang-barang terpakai. Kesian pakcik ni, lutut dia macam ada osteoarthritis. Dia jalan pon macam seksa, tu yang dia berehat tepi jalan. Kat sini banyak juga orang yang homeless ='(


Jangan le ko berani-berani beli makanan tepi jalan..itu namanya menempah maut. In terms of hygiene tu memang tersangatlah tidak diambil berat. Anyway, tau tak XEROX tu apa? Di sini, xerox tu refer to kedai photostat. Omey sangat guna nama brand.


Lepas dah melawat hospital, kami ke bandar. Banyak jugalah international outlets kat sini macam Levi's, Adidas, Nike, Converse etc. Aku tak teruja sangat sebab kat Malaysia kan banyak. Walaubagaimanapun aku terpaksa beli sepasang Converse sebab kasut yang aku pakai tapak dia lobos LOLOLOLOL



KFC pon ada..tapi aku tak singgah. Taktaulah menu diorang apa.


Farina bawak aku lunch di Matteo Coffea. Macam Starbucks Coffee sebab cafe dia cozy, coffee dia sedap dan banyak omputih lepak! Aku makan Bolognese, Farina makan cinnamon pastry. Memang sedap, harga pon affordable. Kedai ni halal, port student Malaysia lepak.


Jemputs uolls! I kena makan banyak sebab lepas ni nak shopping pula..nanti takde tenaga nak tawar menawar kekeke



Diluar Matteo Coffee ada sorang macha ni kerja dia adalah menulis nama diatas butiran beras. Kagum ok! Terus beli 3 sebagai souvenir untuk kawan baik sebab jakun =)



Lepas itu aktiviti membeli belah bermula. Kat sini ada banyak kedai kecil-kecil yang jual saree, baju tradisional, gelang perhiasan, ukiran kayu dan macam-macam lagi. Memang best sebab dapat tengok permandangan yang lain dari yang lain.


Yang ni aku tak pasti apa yang dia jual..bersepah habis kedai ko macha.. mesti korang tak mengamalkan prinsip 5S hahaha


Gelang yang super colourful !! Tak tahan mesti beli mesti beli :P Ada design yang simple sampailah yang ke sarat birat. Kalau pandai pilih ok je!


Saree !! Lawa nak mampos. Boleh buat baju kurung, baju kebaya, baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung pesak ahhh apa lagi cepat cakap.. Yang penting murah gila..kalau datang Bangalore tapi tak beli saree ko memang tak kenal erti kebahagiaan dunia. Aku takleh bagitau harga dia sebab student kat Bangalore ni banyak buat bisnes saree. Sorry I tak boleh caras bisnes orang lain hee


Aku ada le membeli sikit untuk ibu, kakena, diri sendiri. Suka sangat sebab warna dia menarik dan coraknya memang timbul. Saree pon ada banyak jenis, dari yang paling mahal sampai yang paling murah. Masalahnya, yang paling murah pon nampak mahal sebab lawa gila. Cane tu? 


Lepas tu beli Kurta pula, untuk ayah pakai bawak pegi mesjid. Kesian lahai macha ni. Dialah salesman dialah model hahaha. Kena buli salesman ni...kerja siapa ni?


Tau ni apa? Ce teka ce teka..


Kopiah ! Waaa comel sangat macam raga. Aku jumpa ni di surau hehe..orang lelaki akan pakai kopiah ini sewaktu solat..lepas solat dorang akan pulangkan balik.


Nampak kedai henna/inai tepi jalan..terus terpengaruh. Merengek-rengek mintak Farina tanyakan harga haha. Aku buat lepas maghrib sebab benda alah ni takleh kena air selama 30 mins to 1 hour..harga aku lupa tapi tak mahal la. Lepas buat terus nyesal sebab susah gila aku nak angkat barang..kena guna kekuatan satu tangan jee untuk hangkot segala saree..


Setelah settle membeli souvenir, aku pon suruh Farina bawak aku makan nasi beriyani yang paling sedap. Katanya dia hotel Empire. Mohhh, disini ada ayam golek, kebab etc..semua pon aku rasa macam nak makan. Tempting gila kot! Tapi aku terkilan sikit sebab tak sempat nak rasa ayam tu :(


Sementara tunggu nasi beriyani kambing, kitorang makan kebab dulu. Sedapp..aku ingat lagi...aku makan rakus gila, orang meja depan tu tengok je..hahaha terkejut dia..dengan sebelah tangan berinai, beg plastic bergondong-gondong. Ko tengok le gambar atas ni, tangan aku terlentok begitu bukanlah sebab aku mengada-ngada. Tapi terpaksa sebab aku nak anginkan inai tu supaya cepat kering. 


Ini dia nasi beriyani kambing. Nampak macam eh..apa benda ni macam tak lalu je. Sekali makan...menangis! Serius..ini adalah nasi beriyani paling sedap aku pernah makan sepanjang hidup! Rasa dia tak sama langsung dengan nasi beriyani kat Malaysia. Nasi lembut, moist. Kambing tu dimasak sekali dengan nasi tu..jadi nasi tu penuh dengan rasa! Dilawankan pula dengan yogurt (ntah apa nama) dengan kuah (dah lupa nama). Peh..aku bagi 7 bintang.


Ha kau...apa lagi yang mahu kubuktikan..hahahah mau tak terkejut orang meja depan tadi. One useful tip, kalau pergi india, never order a drink..buy mineral water (make sure it is sealed)..sebab most infection comes from the water.

Itulah cerita Bangaloreku =) Di Bangalore ni, aku just jalan-jalan nak tengok macam mana Farina hidup kat negara orang. Aku cuma nak observe kehidupan harian orang disini macam mana, apa dorang makan, pengangkutan yang ada dan budaya dorang disini =) Well itulah tujuan utama kita melancongkan. To experience the beauty of local culture and heritage.

Yang aku perasan, ada satu masjid di tengah town. Tapi perempuan tak boleh masuk, lelaki je. Kat sini ada satu false belief, sesetengah percaya yang perempuan tak payah solat, lelaki je perlu solat. Perempuan kerja dia cuma jaga anak, masak, basuh baju dan buat kerja rumah. So the locals macam pelik gila, bila student malaysia (perempuan) kata nak solat. Sebab dorang perasan yang student Malaysia mesti nak solat, opposite of the mosque, ada satu rumah kedai ni yang dijadikan surau untuk perempuan. Masa aku pergi surau tu, yang solat semua nampak macam wanita yang educated/kaya. False belief tu berlaku kat golongan miskin/kurang pendidikan. So, kita dah nampak pengajarannya disini. Betapa pentingnya kita untuk mencari ilmu =) (ada perdebatan tentang point ini, walllahualam)

To cut things short, balik je aku terus flat..tidur untuk beberapa jam dan bangun pukul 3 pagi, pack barang dan berangkat ke airport. Amazing race sangat..semput nyawa den. Sekarang pon tengah semput sebab type panjang nau hehe..I hope you enjoy reading my entry, next time kita sambung part III Delhi pula ok!

p/s : Baju from Arlene.my

 Thank you for reading this entry !

152 comments:

  1. waaa best jugak ea kat sana.

    sonok FL dapat jalan2 kat negara orang.

    TQ FL share ngan kita semua.

    Memang tak jemu baca. Satu patah ayat tak tinggal. Hehehe

    Nasi beriyani tu. a ahla. nampak cam biase je. Tapi sedap rupanya...

    den dah teringin lak ni ai. adeh.hahaha

    ReplyDelete
  2. bestnya FL melancong...sedapnya nasi berianai!lama dah xmakan.huhuks.

    ReplyDelete
  3. confident nk cakap dalam gmbr atas tuh saji..tp rupenye kopiah..

    ReplyDelete
  4. ohsem entry.baca n baca tau tau je dda abes..tak terasa panjangnya..

    ReplyDelete
  5. nice liyana..tp india bahye la tmptnye hehe..

    ReplyDelete
  6. ya Allah! hohemgeee bestnye travel kt sana! okay checklist nak pi india soon! sbb kencing merata la aku nk pi! haha kak aten. :D

    ReplyDelete
  7. wahahaha banyak nau makan.. bestnya.. menarik!!

    ReplyDelete
  8. keep scrolling until the end of the entry.. pnjg sebab pic xpe..kalau sebab text jenuh nak baca..haha..

    safe journey sis!! ;)

    ReplyDelete
  9. wahhh.. bestnya dia ke india.. suka teman tengok semua foto Fatin.. cumey2 jea.. lawooo!! kulit cantikk.. aishh.. mula dah.. komen panjang lebo plak kan.. okeh.. babai..

    ReplyDelete
  10. lawa gila saree ...adoi kalo la boleh angkut semua bawa balik ~ weee

    ReplyDelete
  11. dulu mase kecik suka pakai gelang yg kak fatin shopping tu hehe

    ReplyDelete
  12. Kopiah tu bagus buat camtu. So, xde lah kepam. Haha.

    ReplyDelete
  13. saree purole tu i ada. my boss belikan..
    :)

    ReplyDelete
  14. south memang famous dengan beriyani..next time try beriyani hydrabad ek? memang awesome :) and for you info, saree and punjabi suit memang cantik2 @ kannada, andra pradesh and north..i mean mostly. - malay married to bangalorean :)

    ReplyDelete
  15. sedapnya kari kambing...huhu.....tempat2 unik camnilah best nak tengok.. kopiah tu plastik ke?

    ReplyDelete
  16. as-salam
    FL, saya percaya kalau ke india memang kena ada ilmu berlengan (eh..i mean, ilmu bertekak)...hahaha thanks to your friend, Farina sebab hebat nk bergaduh mulut dengan macha auta tuh...hihihi

    ReplyDelete
  17. best sangat..rasa mcm kita plak yang gi,,ngeee

    ReplyDelete
  18. wow...baru tahu ada kopiah plastik kat dunia ni.. bguslah india..unik tempatnya....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum FL..

    Akak pun pernah ke bangalore.. mmg insaf bile tgk kehidupan mereka..

    Ni lah yg dikatakan jauh perjalanan, luas pengetahun..

    ReplyDelete
  20. wow, awesome story....
    ade rase lawak sedih klakar kagum bole bace entri nie....
    btw, gile kentang ko makan nasi byk 2....
    nasi 2 boleh mkn utk 4 org kot....
    hohohohohoo

    ReplyDelete
  21. Seronoknya Fatin! Tapi kenapa tak leh bagitahu harga kain saree tu, kan kitorang pembaca setia blog ni.

    Jemputlah baca blog saya, pengalaman saya yg berjinak-jinak nak ambik lesen air craft =)

    Gambar Saya Memandu Air Craft di Udara =)

    ReplyDelete
  22. Tempat kita belajar jugak hehe .. rase bangga sekejap :)

    ReplyDelete
  23. Akak,the way how you used to travel seorang (without family) macam cool gila kot . Ahaha .. Nak cuba la nanti ..ehehe

    ReplyDelete
  24. Akak,the way how you used to travel seorang (without family) macam cool gila kot . Ahaha .. Nak cuba la nanti ..ehehe

    ReplyDelete
  25. bestnya travel negara org ^^ hope FL cepat2 update part 3,tak sabar nak baca =)

    ReplyDelete
  26. wahh..best..liyana..nnti post la tngn berinai tu..nk tgok hasil dye :)

    ReplyDelete
  27. serious nak rasa nasi beriani tu!

    ReplyDelete
  28. suka baca! pengalaman x blh dibeli ooo..nt cte ag nah

    ReplyDelete
  29. thanks for sharing the experience :-)

    ReplyDelete
  30. seronok je kak fatin gi melancong kannn. menarik sbb kita kenal and tahu tempat org. nice entry kak.

    ReplyDelete
  31. bestnyer tgok sis travel n kongsi experience..bkn snang kte nk tgok org travel kt tmpt2 mcm ni..sbb mostly org suke ke europe je..jd sronok pulak bila baca n tau tntang tmpt dorg

    ReplyDelete
  32. tengs for the entry. rse mcm nak pi sane pulak. haha.

    nway kak, psl sari tu kan. kawan kite ade jual tau. serius cntek and kain dy soft. mmg msia xleh lawan lah kan. :)

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum FL, terharu hati saya baca entri ni. cepat update next please.. tak tahan rasa lawak some part. really lawak FL ni :)

    ReplyDelete
  34. Nice one.. penulisan yg santai. Rasa diri sendiri pulak yg pi.. :)

    ReplyDelete
  35. cepat update cik fatin. Tak sabar nak bace.. Love all ur entry

    ReplyDelete
  36. hahaha. budak kencing depan pintu masuk tu mmg xleh menahan.

    Cepatlah update lagi, nak tengok tangan!

    ReplyDelete
  37. owahh, best jugak entry kali ni ^^.
    tengss share for ur experience, selalu-2 yea , pergi melancong. nnty boleh buad rujukan dekat ur belog. hehe . :))

    ReplyDelete
  38. haahla, kopiah tu nampak macam raga.

    ReplyDelete
  39. Bestnya jalan2 india, lapar pulak tgk nasi beriani tu haha

    ReplyDelete
  40. FL,syok gila. macam dpt feel pulak merayau seharian pastu esok nak sambung lagi. seronokk!!

    ReplyDelete
  41. Aaa cantiknyee saree tu.
    serius lawa kalau buat baju kurung pahang.

    ReplyDelete
  42. hihi. x sabar nk tunggu part yg seterusnya.

    cpat2 la update kak FL! heee...

    ReplyDelete
  43. kak fatin klau nak prgi India you have to try nasi biryani dkat Hyderabad...the best dekat India.. ^^

    ReplyDelete
  44. i like reading your entry. bestnye dapat pergi melancong sorang2 kan :D

    ReplyDelete
  45. Abang yg jual saree tu hensem la!

    krik krik krik.. T_T

    ReplyDelete
  46. sangat best dan seronok baca!!! 7 bintang gak utk entry ni!!!

    ReplyDelete
  47. pergh!!
    bestnya! untung la.. hihihi~!

    ReplyDelete
  48. bestnya lah ada kawan merata-rata negara nie yerp. nak melawat tak yah fikir duit penginapan. tumpang je. serious best =)

    ReplyDelete
  49. aku x pernah bosan baca entry FL. keep it up, sis. :)

    ReplyDelete
  50. Seronok sangat~ Bangalore memang ramai student Malaysia. kawan2 pun byk kat sana.

    ReplyDelete
  51. Chai is original name from india...asal minuman tu drpd kerrala...tp di malaysia dipanggil sbg teh tarik...tulah chai yg FL sebut...sbnrnya di malaysia,kaum mamak,malbari,dan mamak pelekat sebut dia sbg chaiya..then,pkai susu tin je...apa motif nk pkai susu lembu...mana nk cri susu lembu fresh...kan susah...cuma rasa dia brbeza bila guna original susu lembu...lbh berkrim kan...

    ReplyDelete
  52. assalammualaikum fatin.. nak bagitau, yang pasal masjid tu sebenarnya dekat india kebanyakannya bermazhab hanafi.. dalam mazhab hanafi mereka tak benarkan perempuan solat di masjid berdasarkan satu hadis nabi,saidatina Aisyah berkata: “Kalaulah Rasulullah SAW melihat apa yang telah dilakukan oleh wanita sekarang (zaman beliau), nescaya baginda akan melarang mereka (ke masjid), sebagaimana telah dilarang perempuan Bani Israil.(Riwayat Imam Bukhari.).. mereka di india tak bagi perempuan datang masjid, sebab masjid tempat umum.. untuk elak fitnah.. bahkan ulama dekat india juga melarang wanita keluar rumah tempat umum(ramai orang),untuk elak fitnah.. klu fatin tgk pun dekat tempat2 umum kat india tu tak ramai perempuan muslim kan?? sebab ulama disana menjaga wanita..

    klu mcm kat mesia, mazhab syafie masih beri kelonggaran pada wanita sebab adanya hadis ini "Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik". Hadis sohih riwayat Abu Daud, Kitabus Solah,

    ini bukan kepercayaan atau false belief, tapi ini adalah langkah2 berjaga2 dari para ulama untuk menjaga kehormatan wanita muslim di zaman penuh fitnah ini.. wallahua'lam

    ReplyDelete
  53. dekat india dia memang tak sediakan ruang besar untuk wanita solat kat masjid, dia cuma sediakan untuk wanita musafir je mcm yg fatin pegi kat surau rumah kedai tu.. ini adalah untuk mengelak fitnah, bukan false belief yang fatin dakwa tu. harap fatin betulkan, atau delete je statement tu.. tak baik kita keluarkan statement yang kita buat assumption sendiri tanpa mengkaji kesahihannya..

    ReplyDelete
  54. hi semua glad that u guys enjoy reading it. sorry tak dapat reply sesatu, type entry pon dah berejam-rejam takkan nak spend another few hours replying the comments hehe. hope u find it useful!

    regarding dgn false belief tu, i dont make the point by myself..farina yang told me. its hard to believe but thats what she told me :) lepas tu ada segolongan yang pakai purdah tapi rambut belakang terkeluar..dia leraikan rmbut dia,,tunjuk kat orang. camne tu? itu pon farina cakap dorang ada false belief jugak. i saw them right in front of my eyes..sebab tu bila farina cakap they dont pray, i percaya sebab basic tutup aurat pon they got confused... what do you think? :)

    ReplyDelete
  55. omg almost everyday i dtg sini semata2 nk tggu trip to india partII..ok now dh puas hati!! hehe over nauuu kite :p

    ReplyDelete
  56. about solat tu, ada gak foreigners yang datang malaysia solat cincai, pakai long sleeved shirt lengan panjang body cutting, ngan jeans, nampak kaki. solat cenggitu je,, btw, it is so a very good entry. hoping to be like you one day,,, amiin ps- bag yang kakena design tu kan? hehe

    ReplyDelete
  57. kak fatin ,, bestnyaaa ! sumpah .. nak pergi sane . mmg tempat petama nak pegi situ la. after mekkah . tunggu entry seterusnya pasal india. tp seram pulak dengan cerita akak pasal auto tu ...

    ReplyDelete
  58. wah.. bestnya.. :) inai kat tangan tu. uiyoooo.. :) nak!!

    ReplyDelete
  59. Seronok baca experience Fatin gi India.. yg part guna perkataan 'xerox' tu kan dik... kat ofis akak pun panggil xerox if nak photostate doc.. masa awal2 keja mcm pelik gak apa xerox tu.. rupanya dorang refers to photostate hihi :)

    ReplyDelete
  60. bestnye selalu p negara orang. dapat banyak pengalaman. i wish i pun bleh jugak 1 ari nanti.

    ReplyDelete
  61. Wah nice entry..tp kn inai tu klu blh r jgn lbih dr bku lina n pergelangn tgn cz xblh..klu nak kpastian cr bku or google..mang ade dh prbincgn sal inai ni...tp ukirn tu chantek..nice..=)

    ReplyDelete
  62. seronok baca entry nie, cant wait for the next episode..

    ReplyDelete
  63. wehuuu tak sabau nak part III =D dah lama tunggu akak update, finally! \(n_n)/

    ReplyDelete
  64. yang pasal purdah tu adalah masalah individu itu sendiri.. dekat mana2 tempat pun, ramai yang tak nak tutup aurat dengan sempurna walaupun mereka dah tahu, kan.. tapi yang pasal masjid dekat india tu, apa yang ustaz saya bagitau begitulah..

    ada correction disitu, ulama disana bukan tak benarkan perempuan solat, sebab solat tu kan wajib.. mereka tak benarkan perempuan SOLAT DI MASJID.. ini hanyalah kerana untuk mengelakkan fitnah.. bukan false belief.. wallahua'lam

    ReplyDelete
  65. eh macam chow kit pula..getus hati kecil ku..mmg lawak lah ayat ni. hahahahhahahaha. tak sangka FL pandai buat lawak

    ReplyDelete
  66. more entry please :)

    ReplyDelete
  67. Anakanda Fatin
    Blog Fatin ni mama list.
    Nak kata bukan kat India je bersalin mcm tu, 17 tahun dulu mama bersalin di hospital B pAHAT, mcm tulah bersalin kat wad yg pakai lansir tarik2. sebenarnya mama dari wad kelas 1 tapi bila di tanya nurse kata di sana sunyi! elok pun sebab mama tak kata apa pun. Tapi mcm tulah.
    terukkan?

    ReplyDelete
  68. Rupa orang kat sana mcm sangat friendly. Hospital kat sana nampak mcm sangat terbuka, tapi xde satu pun gambar doktor encem. Yang duk melepak ramai2 tu pelawat yang tunggu saudara yang sakit ke?

    Respect kat dua doktor perempuan yang cute ni. Hebat semangat makan diaorang...

    ReplyDelete
  69. nasi beriyani tuuuu , nampak sedap sgt .

    ReplyDelete
  70. best sb dpt tahu kehidupan disana... dan cara utk mengatasi si auto tu...

    ReplyDelete
  71. wahhh... macam best je bangalore.... KFC dia tu halal kan?

    ReplyDelete
  72. aduh tak larat nak gelak baca entry ni. best nya dapat travel jauh2

    ReplyDelete
  73. Kalau kat sana ada Chai, kita kat Malaysia pun ada Chai jugak.. Machaiii!

    ReplyDelete
  74. Lawa ya corak inai dia buat tuh...
    Ingatkan ada lawatan kat hospital, nk buat research kt sana, rupanya jalan2 jer..

    Lawa tudung Syria u sis :)

    ReplyDelete
  75. seronoknya dapat pegi Bangalore. mesti FL cantik pakai saree tu kan? Don't forget tayang saree tu nanti ya!

    ReplyDelete
  76. Seronoknya,best gila lawak-lawak

    ReplyDelete
  77. your 5s comment buat saya tergelak. interesting rupanya kat india nih!

    ReplyDelete
  78. cepat sket ye update yang Delhi kekekeke x sabor ni :)

    ReplyDelete
  79. salah satu wish list nak pegi india.. nak tengok culture orang india.. teringinnnn... akak suka lah fatin nye travelog nie.. rare sangat.. keep it up :D

    ReplyDelete
  80. kesian tengok orang2 yang susah kan..
    so, bersyukurlah kita dimalaysia xde cmni :)
    x sabo tgu FL update next entri :)

    ReplyDelete
  81. kopiah dia tu plastik ye? hihi comel.. =p

    ReplyDelete
  82. rasa ni entry terbaik sepanjang zaman sebab best sangat!best best.sila update cecepat!!kekeke

    ReplyDelete
  83. nice experience !!
    seronok baca!
    keep on blogging sis

    ReplyDelete
  84. nice experience !!
    seronok baca!
    keep on blogging sis

    ReplyDelete
  85. lapar ... beriyani NZ please...

    ReplyDelete
  86. entry yang ditunggu-tunggu..nak lagi..nak lagi...sanggup hari2 jengah blog fatin tgk ade entry baru tak part india ni..hihi

    ReplyDelete
  87. kopiah tu kalo plastik mcm bley jatoh je time sujud..hehe

    ReplyDelete
  88. Oii cik paten... ko telah mengakibatkan aku ketawa bdekah2 di pg buta jumaat yg hening ini krn kisah kau gi tgkap gmbr bdk kencing tu sungguhla xptt. siyes muka bdk tu mcm nk bgtau "sy xbersalah doc, ini mmg culture sy" hua3..

    ReplyDelete
  89. MasyaAllah seronok bace ur experience ke INdia.. rasa terpanggil utk ke sane jgk tp kne bwk group la kot.. kalo g ngan hasben je cuak jgk rase wuwuwu.. btw, nak tnye soalan penting ni.. sepjg perjalanan yg 19 hours naik van tu, kalo rase nak terkucil or terber acane? toilet rnr deme ok tak? just curious :D tikiu.. cpt update more stories abt indai ya!

    -diha

    ReplyDelete
  90. Seronok baca entry pelancongan ni. Menarik juga rupanya kalau travel ke India. Nice entry, FL.

    ReplyDelete
  91. hi fatin, you always have a great trip and I love it


    http://jasminehilwa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  92. best la leh p travel sini sana...
    sudi2kanlah follow belog sy

    http://siputsedut05.blogspot.com/2013/09/review-buku-magis-ramlee-awang-murshid.html

    ReplyDelete
  93. Nice!!
    Penulisan yg sempoi..
    Orgnye pon sweet sgt..:)

    http://sayasukavitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  94. awk ke tempat belajar saya dulu..india memang mcm eww skit but it is nice place to go sbb macam2 ada..macam2 blh jumpa..
    love the food..love the places there..miss india so much!!!

    ReplyDelete
  95. Fatin omey..best baca cite fatin..bila nk update part 3 ni..lm dh tunggu ni..

    ReplyDelete
  96. Fatin omey..best baca cite fatin..bila nk update part 3 ni..lm dh tunggu ni..

    ReplyDelete
  97. Seronok baca post ni. buat rasa nak travel ke sana je.

    ReplyDelete
  98. sgt bess baca blog ni. Entertaining... bleh buat buku travel la. Confirm laris. Lagi2 citer pasal tmpt2 yg biasanya tourist guide x bawa.

    ReplyDelete
  99. I've always love travelling stories and you did a good one here :)

    ReplyDelete
  100. one thing i fall for you is..u r very independent..when dunia mcm boikot tak nak pi india sbb ada kes rogol sampai mati..tp tup..tup..FL ada kt sana..hehe..

    ReplyDelete
  101. one thing that make me fall for you..very independent gurl...even people mula kritik India psl kes rogol sampai mati..FL dtg sana dan show there still good people in India..

    ReplyDelete
  102. wah..bestnya..
    jauh perjalanan luas pemandangan..

    ReplyDelete
  103. nice review..
    next! :P

    ReplyDelete
  104. Sebelum ni ada plan nak pegi India jalan2.. tapi terbantut jap. Yang paling tak tahan soal hygiene ni. Seriously tak leh tolerate la. Tambah skang dah ada anak-anak .. kena betul2 cari tempat yang selesa dan bersih kalau tak, kang ada yg kena masuk wad.

    Btw. suka baca gak entry abt india ni.... one day maybe.. InsyaAllah. keep up the good work !

    ReplyDelete
  105. fatin bila nk update yg Delhi part 3 lak??xsabo nk baca..

    ReplyDelete
  106. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  107. woah..kopiah tu nampak mcm keras je?? :D

    ReplyDelete
  108. Woah..Mcm keras je kopiah tu??
    *nak satu. :D

    ReplyDelete
  109. siannya aci tu. sekali dia cakap kanada daa hahaha

    ReplyDelete
  110. Salam.fl,bkn kt india je bilik bsalin mcm tu.kt hspitl kangar pun mcm tu.1 bilik,6katil.guna langsir je.n lgsir di tutup bl chck o nk deliver.xde ward bsalin class 1,2,3 pun.br je bsalin thun ni.

    ReplyDelete
  111. Bestnyer...

    Urmm...ce bagi contact student mesia yang kat bangalore tu.. boleh lah nak mengirim saree or kurta..
    :-)

    ReplyDelete
  112. Fatin, dah tahun 2014 ni. Dah tengah tahun pun.
    Part III bila nak update? Huwaaaa..

    ReplyDelete
  113. Saya pun sama macam kak Mya tengah tertunggu-tunggu. Tak sabar nak baca kisah seterusnya :)

    ReplyDelete
  114. salam kak fatin
    kalau student minum byk coffee bagus x? akak minum coffee x masa belajar?

    ReplyDelete
  115. Melancong tengok negara orang tak semestinye kena negara lebih up rank dari Malaysia..
    Pergi ke negara yang ala-ala dunia ketiga memang memberi kesedaran tinggi.. Yang Malaysia tempat terbaik utk kita...
    So try bersyukur dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
  116. Kak fatin update lah Delhi part yang ke 3 pulak! Best! Suka baca blog kak fatin <3

    ReplyDelete
  117. Hye FL.. boleh bagi link sesiapa yang menjual saree dari Bangalore nie.. dulu i ade kain saree ni.. my sister-in-law bagi mase die pegi sane.. tapiiiiii dah terkoyak.. hehe. so i nak cari lagi.. inform kat i ye.. Thanks :)

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!