Pages

Wednesday, May 22, 2013

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part II

Assalamualaikum

Ha kali ni aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Pulau Perhentian itu hari. Kiranya ni last entrylah ye, malas aku nak panjang-panjangkan cerita. Itu hari aku dah cerita pasal first day, so kali ini aku akan cerita tentang aktiviti kitorang masa 2nd and 3rd day.

Yang aku dok peratikan, kehidupan di pulau ni macam laid back gila. Takde orang rushing. Semuanya rilex.. Even aku duduk sana pon aku taktau nak buat apa. Yang ada cuma pasir dan laut. Asek dok tengok laut, berangan..pastu mengantuk. Dok ulang-ulang benda yang sama. Tapi lautnya memang cantik. Sangat mendamaikan hati ;)

Syok gila tenung laut ni sampai pedih-pedih mata iolls

Antara aktiviti yang kitorang buat adalah islang hopping. Bayar RM45 sorang, boatman akan bawak pergi 5/6 pulau aku pon dah lupa, pastu kat pulau tu boleh la snorkeling. Setiap pulau ada keunikan tersendiri. Ada batu karang warna biru, ada yang hijau. Setiap tempat lain-lain. Jadi wajib turun ke bawah laut walaupun hati kau sakit sebab penat! 


Syok gila, ko boleh bagi ikan makan roti secara up close and personal. Tapi geli sikitlah, sebab ikan-ikan sangat rakus. Bila ko pegang je roti, semua ikan tu macam tak tentu arah serbu ke arah ko. Sampai digigitnya tangan iolls ni. Rilex la bro, roti kosong je kot. Belum gwa kasi roti john lagi bahahha

Bila dalam air tu, aku rasa macam takutnya kalau mati. Sebab dalam air tu senyap sunyi..rasa macam dalam dunia yang lain. Terumbu karang tu rupa dia ada pelbagai. Scary la jugak. Ada yang bentuk dia   macam gua . Kalau tetiba ada pontianak dalam gua tu cemana aku nak lari. Pontianak boleh tahan lagi..kalau piranha atau jaws? Mampos tau aku kena heart attack bawah laut.

Walaubagaimanapun, memang cantik di bawah laut ni. Cantik yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Inilah ciptaan tuhan. Rahsia alam yang tiada siapa tahu. Cantik-cantik ikan yang aku jumpa. Best tau dapat berenang dengan ikan, rasa macam mermaid gitu hikhik


Ololo ada gaya macam Pandalela tak haha?

Nanti boatman ni akan bawak ke lighthouse, pastu dia suruh semua orang lompat. Nampak macam rendah..tapi sebenarnya tinggi!! Dia ada 3 level. Kitorang lompat yang second level tu. Masa kat bawah tu aku eksyen gila, bila dah sampai atas, terus pening-pening lalat. Cuaks wey nak lompat. Kalau swimming pool takpela. Ni laut kot! Tapi, aku ni kan suka extreme sport..so wajiblah tak melepaskan peluang ini :P


Inilah pemandangan bawah laut lepas aku terjunam masuk laut tu..macam bangkai Titanic kan? Tapi Titanic tak karam kat Pulau Perhentian la ngeng..


Ha nampak tak Kincir Angin di atas bukit itu? Kita akan pergi hiking ke sana. Bayar RM50 untuk 1 tourguide (share la reramai), dia akan lead korang ke atas sana. Tapi kalau dah biasa pergi, tak payah la pakai guide dah. Tak tinggi sangat pon bukitnya. Aku siap pakai skirt dengan slipa jepun lagi hahaha. Lebih kurang 30 minit hiking, korang akan sampai puncak. Apa yang ada kat sana?


Permandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik !!


Walaupun panas mengutub..tapi pemandangan diatas sana memang sangat sangat cantik. Tahukah anda ubat untuk ketenangan adalah membaca al-quran, berzikir, solat serta melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT? (tapi takyah yoga sangat kot kat tengah-tengah panas tu hahaha..)


Pergi makan seafood. Nak pergi tempat ni kena masuk hutan gelap gelita..bila dah sampai tanjat boboi sebab semuanya orang putih. Tak rasa macam kat ganu langsung. Sorry aku dah lupa la nama tempat ni.

Ada satu benda lawak kat sini. Kat sini bersepah jual arak kuning orang utan. Masa nampak signboard tulis Arak Orak Utan. Aku bajet macam kalau beli arak tu dapat mabok sekali dengan orang utan..kira macam somekind of tourist attraction a. Sebab aku tengok kat youtube anjing boleh mabuk ok kalau terminum arak. Lepas nampak botol arak tu, terus aku gelak-gelak. Please la buat nama lain.


Tau tak aku makan apa? Aku makan ikan shark ok. Tak mahal pon RM15 satu set untuk sorang makan. Tapi tak sedap, sebab macam keras isi dia. Tapi oklah, boleh buat modal berlagak dengan kengkawan hahaha.


Memang panas gila la kat sini. Setiap masa aku bawak sunblock, kejap-kejap pakai tu pon muka aku burn jugak. Dahla balik KL, esoknya tu ada photoshoot magazine. Sempoi!


Apapon I will miss this place. Tempat ni penuh ngan orang putih, orang melayu macam minoriti je. Syok hahahah. Lagi satu, kalau baju yang ko pakai tu bodo sangat, tak matching pon takpe. Takyah malu.. omputih lagi taktau malu, pakai bikini je...#aptb


Nah amek kau, sebelum balik wajib group photo atas jeti. Pergilah melancong ke serata MALAYSIA, tingkatkan industri pelancongan kita =) Tata!!

Thank you for reading this entry !

135 comments:

  1. sungguh indah ciptaan yang maha Esa..Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. gambaq yg lastu tu sempoi!hehhe

    ReplyDelete
  3. wahh jeles....pulau perhentian salah satu wishlist aku. nk pergi sangat2 dr dulu. hehe. gmba last plg cool sbb langit and awan cantik.

    ReplyDelete
  4. Kak FL..gambar dlm laut tu snap pakai camera ape??cantikk kot pulau tuu

    ReplyDelete
  5. hamek kaw..eksen lagi masa nk lompat..muahahha..cool la korang :)

    ReplyDelete
  6. Eda, ko takyah jeles sangat lah. Ko dah pegi istanbul ok. hahaha aku yang jeles!!

    gambar dalam laut snap guna camera kawan..sony dia punya. camera i xleh masuk laut hehe

    ReplyDelete
  7. just to share. maybe we should look into is it allowed to eat sharks. because from what i know shark find food using teeth/fangs. jerung cari makan guna taring. dan kalau saya xsilap, haiwan y cari makan dengan taring and kuku, xboleh mkn.
    just sharing.

    ReplyDelete
  8. ffuiyyooo...best oo jln2...snap lam laut tu part best skali...memang ase cm mermaid laa...hoho

    ReplyDelete
  9. oo yeke? tapi shark pulau perhentian is diffrent from shark yang tengah laut tu tau. shark perhentian ni vegan, makan rumpai laut. pastu smaller size. yang besaq2 tu xleh dok perhentian sebab depa kena hidup dalam suhu -6 degree. so maybe u refer to the big shark kot

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa!! baca n3 awk rasa nk ajak hubby g honeymoon skrg gak kt sana!! huhuuuu.. tq for the beautiful pic of perhentian!!! loveeeeeeeeeeee it!!

    ReplyDelete
  11. Fatin,nk tanya, if xpandai berenang leh tak g snorkeling eventhough ad life jacket? Mcm besh,tp I xpndi swimming..HuHuhu~~~

    ReplyDelete
  12. ala .. nk swim laut cm ne xreti swim pun. haha

    ReplyDelete
  13. tak pandai berenang pon boleh snorkeling..tapi penat sikit la haha..nak kejar penyu ngan ikan

    ReplyDelete
  14. cntiknya! smua gmbar smart2! huhhu. wlupun kg ganu xbksmptn lgi nk gi sini. pnh gi plau kapas je. tu pun bnyk omputih. hahhha

    ReplyDelete
  15. menten cun tak kira di dalam air, darat mahupun bukit..rock la fatin!

    ReplyDelete
  16. waaaa... bestnya... gambar yoga tu, duk nikmati suasana ke, jemuran. hahaha

    ReplyDelete
  17. harap2 1 hri nant blh pi sna...kak fatin share la gmbr msa pi hongkong dgn india

    ReplyDelete
  18. FL bole bg detail cost g sane x ?? it nk g honeymoon kt sane awl bln 7 nti .. plzzzzzz .. :D

    ReplyDelete
  19. satu soalan:
    macam mana sisa kumbahan orang2 kat pulau tu diuruskan?
    heheeee

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. amboi...

    hiking pakai skirt and sliper....

    ReplyDelete
  22. uyoo tin. syok gile kot. kite dah request dah kat bakal somi nak bawak gi sini. muahahahahahahaha

    asyik PD jer kan.. hahaha
    den nak meraso poie luo nogori gak.hahahaha

    ReplyDelete
  23. wahh , cantik sangat , serius , pulau di Terengganu memang cantik . Laut yang bewarna biru sekan mendamaikan ..Kagum dengan ciptaan Allah S.W.T

    ReplyDelete
  24. jap tin, kita ni rabun. rabun ayam ke rabun kambing ke entah.

    kalu snorkeling tu gamaknya boleh nampak tak ikan2 tu. hahahaha.

    nak pakai lenses tontu la tak buleh...

    ReplyDelete
  25. nice trip..blom pernah sampai ke pulau..memang sangat menakjubkan ler pemandangannya..

    gambor sume lawo..paling suka yang last tu..

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. tempat ni macam tak sesuai honeymoon. maybe boleh pergi perhentian besar?

    i dah include all the cost dalam dua entry ni, kindly sum it up yourself. tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basically way cheaper la kan kalau sebarang urusan yg melibatkan makanan and activities dibuat terus kat situ, kalau dibandingkan dgn amik package dgn agent or individual. Kan3?

      Delete
  28. bestttnya.. terasa nak pegi sekarang.. tp gambar last tu ohsemmmm giler!

    ReplyDelete
  29. tu bukan ikan shark tu ikan yu

    ReplyDelete
  30. bestnyaa!teringin nak pegi tapi tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  31. BESTNYA..KAK BUI MMG TERINGIN NAK G PULAU PERHENTIAN..INSHA ALLAH,SATU HARI NNT..^_^

    GMBR LAST TU MMG SEMPOIIII..HAHAHA

    ReplyDelete
  32. Fatin so comel, geram..ayt2 die bg org gelak je..nnt ade baby biar cm fatin,ayt sempoi,comel,sopan n paling penting tutup aurat..

    ReplyDelete
  33. tak dapat bayangkan kalau kak fatin kasi ikan tu makan roti john. hahahaa.

    ReplyDelete
  34. brape kos semua g sane? dari awal sampai balek?

    ReplyDelete
  35. hi fatin. i nak tanya soklan yg agak noob. err..ada pacat x time u pg hiking ke kincir angin tu? my trip to perhentian next week. tq

    ReplyDelete
  36. jemput mai Langkawi pulak. Pantai Cenang !^^

    ReplyDelete
  37. Tak pernah sampai Ganu lagi.. Teringin nak pergi tapi... huhuhu..

    Pulau Perhentian tu memang best, kan..

    ReplyDelete
  38. waah bestnye. saya org teganu tapi xpenah jejak pun pulau perhentian. hahah... noob gile. by the way, cantik gambar2... sempoooiii

    ReplyDelete
  39. kak faten tak ajak :* :P best jugakkan klo p masa budak2 tngh sekolah....xla bsesak :3

    ReplyDelete
  40. pergh cantiknya. SubhanAlllah

    ReplyDelete
  41. suka gambar kak paten bertapa. bhahaha

    ReplyDelete
  42. wow..biru betul air laut..xsabar nk tggu thn dpn, nak p jenjalan kat sini jgk lah..hihi

    ReplyDelete
  43. Gambo yang last tu ada yg terkena tendangan tak? Ngeee...

    ReplyDelete







  44. Bagussssssssnyaaaaaaa view laut tu!







    FL bertambah pahala nih! bikin orang y lihat makin gerah mengkagumi Allahhh!!!






    hehe sempoi~ Alhamdulillah!


    ReplyDelete
  45. tak pernah pergi lagi pulau ni. shame. haha. maybe next time; insyaAllah.

    ReplyDelete
  46. Pulau perhentian !! mishh woo ! last yer pergi sana..mmg ohsem ! tmpat mkan tu namanya long island..mmg rmai org putih dr melayu kan..da mcm kite plk pelncong luar..haha..

    ReplyDelete
  47. pose kakak tudung merun tu sempoi ah . you too . hehe ^_^ hari tu g ganu , duduk sana 3 mggu bcoz i have some research , tp xg pon pulau phntian ..rasa rugi lak .

    ReplyDelete
  48. Salam.fatin.. Blh x nk dpt no contact org yg uruskn trip korg dkt pulau ni

    ReplyDelete
  49. lamanya tunggu entry ni . bestnya ~

    ReplyDelete
  50. hahaha..comel je dak fatin nih..cepuk kang!

    ReplyDelete
  51. subhanallah.. indah betul ciptaan ALLAH.

    ReplyDelete
  52. As salam, its me again, the one y comment about kekhuatiran either jerung is eatable or not.
    I personally pn mmg masih kurang ilmu lagi dlm hukum2 ni, so maybe ape y fatin ckp tu mungkin ade btlny, which is vegan maybe should be ok. But for me, i dont rely on "should", meaning ada was2 kat ctu, boleh ke...xboleh ke. Jadi bak kate ulama cerdik pandai, kalau dlm was2 atau xpasti, kita amik jalan selamat. Contoh sbb sy xyakin samaada boleh atau tidak nk mkn, atas kekurangan ilmu, sy amik jalan selamat which is xmkn.

    Sbb kadang2 kita akan terkeliru bab2 hukum sbb kurang sumber dan kita sendiri kurang semangat nk cari. Contoh Pork sume tahu xblh mkn, btl. Klu dihurai secara scientific antara sbb xblh mkn sbb dgg die byk kuman and cacing where even if u masak mcm mn sekali pn xkn hilang. Jadi if someday in the future ade org blh cipta a certain special subtances that can remove all the bad things in the pork, does mean that it could be eaten?? answer is no coz dh termaktub xblh.

    So berbalik kepada isu y kita discuss skrg, kalau fatin btl2 pasti, 110% blh, its ok. Tapi kalau fatin sendiri xpasti, just cadangan sy y xseberapa ni, kalau blh jgn state kat post. Bkn ape fatin, fatin ramai followers. I pesonally like follow your blog, blh realese tensen gak bile geram wat project. But because ramai org follow, fatin kena realise that you have a great power of influence. Dh recap ckp spidermen, "With great power, comes great responsibility'. Mahu atau tidak, fatin ade share of responsibility of what people do after they read your blog. Bukan ape just incase klu mmg xblh mkn shark tu, tapi your followers kate, eh xpe la sbb fatin liyana mkn, jd mst blh pny. So klu diorg wat dosa, fatin pn ade share gak tau dlm tu.

    Maaf sekali lagi, i dont mean to judge, really2 hope that i didn't offend you in any way. Its just that, i mmg suke follow your blog,and as individual, i also admire you in a certain ways. But macam y i ckp td, if klu xpasti, i cadangkan u xpost. But klu u btl2 pasti, 150% sure, then i cannot say anything bout that. Again, ini hanyalah cadangan dari sy y kurang ilmu, klu ade baik, blh ikut. klu xbaik maaf ye.

    PS: you dont need to approve this comment. Its just like my medium to communicate to you.
    Keep up the good work in blogging. Always looking forward to read your next post.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu Saya, hidupan laut semua boleh dimakan :)

      Delete
  53. akak pakai camera apa ni.cantik gilerrrrrzzz.

    ReplyDelete
  54. gambar last sekali tu, fatin ganas giler haha

    ReplyDelete
  55. Macam mana ye FL dapat amik suma gamba kt dlm laut & gambar2 kt atas tu? Mcm ada paparazi yg tolong amik kan jer..hihi

    ReplyDelete
  56. nak tanya, camne kak FL amek gmba bwh laut tu? pakai hp biasa gak ekk?

    ReplyDelete
  57. Huhuhuhu,saya orang terengganu pun belum berkesempatan pergi pulau ini...jealoussss

    ReplyDelete
  58. love the last picture tersangat much many more!!! :D

    ReplyDelete
  59. alaaaa ... bestnyer , huhuh

    ReplyDelete
  60. seriusly tak pernah sampai lagi ganu...nak kena jejalan n buat travelog ni..

    ReplyDelete
  61. Roti john pun bolehhh hahahah tergelak-gelak je baca :p

    ReplyDelete
  62. Pernah plan nk g pulau2 cam pangkor or redang tp xterpk nk g perhentian..so pasni akan dipertimbangkan..huahaha

    ReplyDelete
  63. bestttnyaaaaa nnt nk try gi sini wahahaha

    ReplyDelete
  64. Comel je gambar yang akhir tu, macam kungfu bagai cara dah hihi :)

    ReplyDelete
  65. Yes2... FL da buat post bru.. hehe

    ReplyDelete
  66. Kenapa cantik sangat pemandangan tu? WaAAH. rasa macam nak pergi jer!

    ReplyDelete
  67. akak fatin.. nak tanya, akak rabun jugak kan? masa snorkling tu akak pakai contact lens eh? is it ok?

    ReplyDelete
  68. Bestnya akak fatin gi pulau phentian nih. Dh lama merancang nak pegi tp xboleh sebab life sbg student kan. No money heheh. Btw suka sgt post2 dri kak fatin. Boleh dikatakan kak fatin ni ispirasi sy laa dlm belajar, fashion and semua2 laa. :) Dh xboleh nk baca entry akak pasni sbab dh g matrik. Wish me luck kak fatin! :D

    ReplyDelete
  69. Kak fatin, boleh bg tips cara2 belajar kat matrik tak wpun xde kaitan dgn entry ni, hhehe

    ReplyDelete
  70. Makasih atas perkongsian informasi berguna, kalo ada rejeki nak gi jugak pulau ni.

    ReplyDelete
  71. To miss Anon, maybe this article would help you clarify the issue :

    http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-%E2%80%93-2477-halalkah-ikan-jerung-dimakan

    keep on rockin' fatin!

    ReplyDelete
  72. Ok,so leh g lah eventhough xpndi swimming.. hehehe

    Fatin mst superb in swimming kan?
    Btw, hope u success in life and hereafter. In Sha Allah

    ReplyDelete
  73. dah lain pulau perhentian.. kena repeat nie..

    ReplyDelete
  74. Salam,

    FL...

    GUD PICTURE TAKEN...
    BLH AR ANGPA MASUK CONTEST NE...
    UNTUNG2 MENANG BEB...
    ADIAH BAGI I...
    hehehehehe....

    http://travel.nationalgeographic.com/travel/traveler-magazine/photo-contest/2013/rules/

    ReplyDelete
  75. marilah cuti2 msia!seronok tengok dalam msia pun ada tempat cantik macam ni.

    ReplyDelete
  76. Mcm syok, tp mcm kurang aktiviti kat situ ek?
    never been to Perhentian, teringin tp would consider dgn pulau2 lain
    hehe

    ReplyDelete
  77. bestnye dpt lepak2 rilex otak tmpt2 camni...dh lama xkuar bcuti!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  78. Do you hate the dirty shop for food?
    If yes can you pls like us and share you EXP on here!!
    https://www.facebook.com/stupidoldtownwhitecoffee

    ReplyDelete
  79. salam sis...sis pg perhentian besar or kecik?dye ade dua kan..pg yg mne satu ye..

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum FL, nice gila trip korang! hehehehe bestnya kalau dapat pergi trip dengan kengkawan. i missed my friends ;p

    ReplyDelete
  81. salam, hye honey :)...first time sy jalan sini...google2 pasal pulau perhentian..ok x sna untuk pegi famly day?

    ReplyDelete
  82. suke sluar kembang tu ^.^ hehehehe..sooo cute

    ReplyDelete
  83. fatin beli syria byk2 kat mana ?

    ReplyDelete
  84. sonoknya pegi pulau. Nanti nak pegi jugakla.
    Dah tau dah isi ikan jaws memang liat sikit. Kalau buat ikan masin pun agak liat jugak banding ikan lain ;)

    ReplyDelete
  85. Fatin if im not mistaken you rabun kan? Did you wear contacts bila you did all the underwater activities?

    ReplyDelete
  86. cantik eh gambar gambar ni? hehe tq!

    masa sy snorkeling mmg bare eyes, tak pakai apa apa. tapi underwater u can still see eveything. macam magic kan? reminder, jgn pkai lens underwater nanti hypertonic..haha

    ReplyDelete
  87. salam
    akak pernah pergi pulau redang
    sama la penuh orang putih dan banyak arak
    sejujurnya memang kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah
    tetapi sedih sebab maksiat sangat mudah diakses oleh orang2 kampung
    arak merata2... serius sedih

    ReplyDelete
  88. Hari tu sempat pegi sane untuk 3 hari..sgt superb la die punyer view dlm air..subhanallah sangat cantik ciptaanNya..first time buat snorkeling, rase x confident pun ade tapi ble bagi ikan mkn roti tu ase dihargai dgn hidupan laut..ahaha suke tgk kak FL pegi sane..:)

    ReplyDelete
  89. ada ikan lumba-lumba ke sini? haha. Lawa laut dia..

    ReplyDelete
  90. wah...bestnye nak kak fatin belanje !! haha

    ReplyDelete
  91. akak pakai kamera apa ? lawa kot gambar :D

    ReplyDelete
  92. hello, u look like the girl i saw when i was in S.Recipe, Mid Valley last month (rasa2nya bulan lepas kot). she was with a friend. pelanduk 2 serupa mungkin.

    ReplyDelete
  93. As salam kak FL..thanks for sharing kat pulau nie..macam best je..even saya study kat ganu nie belum sempat nak gi pun kat pulau-pulau menarik kat sini..insyaallah next sem bercadang nak gi kot...btw..gambar-gambar kak FL semua cantik-cantik belake...

    ReplyDelete
  94. pulau redang & pulau lang tengah pun superb..rindu pulak nak ke sana

    ReplyDelete
  95. Miss old time bercuti kat pulau..hehe..btw u look so adorable..:-)

    ReplyDelete
  96. sungguh menarik.... nk g jgak la....

    ReplyDelete
  97. Salam.. Fatin lawa.. hiih.. saya suke fatin dan Ranking saya adalah yg ke 9 drpd 10.. hihi.. just 4 u.. think and thinking

    ReplyDelete
  98. bagus-bagus insyaallah nanti next trip nak pie sana lah....

    ReplyDelete
  99. cantik gambar last..terang tengok langit n laut :)

    ReplyDelete
  100. hmm skrg senang sgt nk kne sunburn. cam ne kak fatin hilangkan sunburn erh ?

    ReplyDelete
  101. Awesomeee ! saya tak pernah pegi sana lagi :(

    ReplyDelete
  102. Owwsemmm ahhhh...teringin nak pergi tapi tak sanggup nak tinggal anak (4 tahun) ni. Macam tak sesuai jer nak bawak dia...hu hu tak dapat pergi dapat tengok si liyana yang comel ni pun takpelah..bleh gak senyum... >_<

    ReplyDelete
  103. yes! itulah yg lyla akan lakukan.. melancong ke serata negara kita.. hohoho... :')

    btw, im ur junior at medic UKM.. hehe

    ReplyDelete
  104. FL, bape bajet nak g sini? Seriously, nak pegi ni. Hehehe

    ReplyDelete
  105. subhanallah..cantikk

    tapi kalau nak tgk coral yang lebih cantik dan terpelihara pergi pulau tioman :))

    ReplyDelete
  106. Cantik giler view dari atas kincir angin tu..

    ReplyDelete
  107. Salam Fatin,slm perkenalan...sronok tgk Fatin n kengkwn went to holiday, enjoynyer korg erk...cntiknyer pulau ni, tringin nk g lahhh

    ReplyDelete
  108. salam...FL nk tnya betul ke bas dari jeti besut hanya ada 2 waktu je? pukul 8 pagi dan 8.30 malam??

    ReplyDelete
  109. salam FL nk tanya betul ke waktu bas dari jeti besut ke KL hanya ada 2 waktu pejalanan??

    ReplyDelete
  110. salam...FL nk tnya betul ke bas dari jeti besut hanya ada 2 waktu je? pukul 8 pagi dan 8.30 malam??

    ReplyDelete
  111. bukan ker arak urang utan tu jadi bahan perap..?

    ReplyDelete
  112. best giler kak fatin.. resort mana yang akak stay??

    #follow lha blog saya http://lavessaheart.blogspot.com/

    ReplyDelete
  113. yup, Perhentian Island memang cantik..fatin, you stay resort mana kat PI? PIR ke?

    ReplyDelete
  114. hiii kakak, iam enry from indonesia, setelah googling tentang pulau redang di terengganu dapat lah saya blog kakak ne,saya dah beli tiket from pekanbaru to LCCT, then LCCT to Terengganu by Airasia. saya mau tanya apakah trip kakak ini ke pulau perhentian sama dengan pulau redang yang akan saya kunjungi nanti. saya masih banyak butuh informasi how to get there (Redang island). boleh saya contact kaka tak, maybe by email or any messanger? tx a lot ya kakak buat informasinya

    Regard
    Enry mazni

    ReplyDelete
  115. Assalamualaikum, nk tnye brape total budget fatin spend kat Pulau Perhentian ni, cause I'm gonna go there to do my research, so agak2 klau nk buat smua aktiviti2 yg ada kat stu brape blanjenye ye?

    ReplyDelete
  116. Subhanallah. Cantiknya ciptaanNya. Best giler tengok tempat ni. Serius terpukau hihi...cantik sangat. Hope dapat pegi jalan2 kt Pulau Perhentian gak. Salam perkenalan

    ReplyDelete
  117. sis pakai agent or travel sendiri??? seronoknyaaaaaaaaaaaaa!!! & btw berapa full budget kat sana ek?

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!