Pages

Tuesday, May 7, 2013

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part I

Assalamualaikum

Hi seperti yang dijanjikan aku akan update tentang percutian backpack aku ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kebiruan air laut dia sama macam Maldives!! Walaupun aku tak pernah pergi Maldives tapi bila aku google, sama okay kebiruan air dorang. Tanjat boboi tau. Acane boleh sameee ni. Oleh sebab itu aku telah TERsetuju untuk ikut. Ter sangat, teehee..

So, pergilah aku ke Pulau Perhentian menaiki bas ekspress bersama 9 girlfriends. Sebenarnya aku ada rahsia nak bagitau hihi..malu iteww nak cakap. Sebenarnya itew tak pernah naik bas ekspress hikhik. Jadi memang jakun bila dapat naik bas ekspress, nak nak yang 2 tingkat. Siap book seat atas, belakang sekali, tepi tingkap. Syok bai! Walaupun gegaran berada di tahap 8 skala ritcher, namun kerusi dia empuk macam kerusi urut Ogawa. Kami bertolak pukul 10 malam dari Hentian Putra, KL dan tiba di stesen bas Kuala Besut pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Klasik sungguh pekan Kuala Besut !


Ececece backpacker bawak handbag. Pink lagi tau. Tak matching langsung hahaha. Sebenarnya beg pink tu waterproof...alah buat letak camera ngan nasi dagang. Laukku cukup masin hee


Dekat jeti Kuala Besut, ada kedai yang jual local dishes seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Lauk, Laksam. Sedap gile! SILA BELI SEBAB DEKAT PULAU TAKDA MAKANAN OK. APATAH LAGI ATM. Fuuhhh. Harga tiket boat yang kitorang bayar adalah rm70 seorang untuk dua hala (pergi dan balik). Dengar cerita boleh dapat harga rm50 sebenarnya. Perjalanan dalam 30 minit.


Biru tak? Kan dah kata macam Maldives!

Pulau Perhentian ada dua. Perhentian besar dan perhentian kecil. Kitorang pergi yang kecil sebab itu kawasan backpackers, so chaletnya lebih murah. Dari jeti kitorang naik boat ada bumbung macam kat atas ni. Lepas tu nak dekat-dekat sampai perhentian kecil, dia stop kan boat tu halfway. Kitorang macam

' Ey brader, asal stop tengah jalan ni. Adakah kitorang kena berene (ecewah kecek kelate gitu)'
' Boat kena stop kat sini, nanti taxi (bot kecil) datang amek korang '

Nak meng-OMG kan cerita, tetiba hujan. Wahhhh hujan bukan main-main uolls, hujan yang deras dentam dentum. Boat kitorang tu dah mula terumbang ambing. Pastu datang la bot kecil yang tidak berbumbung untuk pick up kitorang. Hello, hujan kot?? Takkan nak naik boat tak terbumbung ni?Habislah bagasi weolls basah!

Kalau aku ni seseorang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa besar pasti brader tu tunggu sehingga hujan berenti, namun apakan daya. Nak taknak kitorang pindah naik boat kecil tu dalam hujan. Tragis habis weyh, dok pindah beg dari bot besar ke bot kecil. DALAM HUJAN. Tiba-tiba aku touching teringatkan fisherman and his friends. Err? Lepas tu dalam hujan tu jugak si brader ni rammed kan bot kecik dia macam jantan gila untuk sampai ke darat. Habis pecik pecik air masin tau. TAPI, ia tak semudah yang disangka. Bila dah sampai perhentian kecil, brader tu stop atas air, bukan atas pasir.

' Ha, dah sampai. mu turun sini. Sorang rm5 '

Huwa...turun dari boat, air paras tulang keting...dahla memang basah kena hujan, bot pulak stop atas air..nasib baiklah aku bawak bagpack, senang nak pikul. Member aku bawak beg tarik yang ada roda tu. Hahahahaha memang lawak gila. Lepas tu, bila dah sampai darat, kitorang taktau mana chalet kitorang..berdirilah dalam hujan dengan bag basah masing-masing. Takleh jadi, kitorang pon mula mengorak langkah. Lari, berteduh, lari, berteduh. Macam bangang 10 orang ni berlari-lari anak dalam pasir jerlus :')


Kitorang check in di Rock Garden Chalet, Long Beach. Baik kitorang dah jumpa chalet, hujan pon berenti. Alhamdulillah. Tapi hazab kedua menanti.

' Bilik penuh, ada dua bilik je tinggal  '

Huwa lagi sekali. 10 orang cramp dalam 2 bilik. Bilik tu saiz dia muat untuk 2 orang je. Memang backpackers habis. Harga satu bilik adalah RM50 (kipas, seaview). Sebab duduk ber5 jadi sorang bayar rm10 jelah semalam. Wahahahaha murah gila !


Sebab congested sangat bilik tu, kitorang terus pergi mandi laut. LUAS. Baru puas hati aku!


 Lepas tu ternampak signboard ni. Kat sini tak banyak sangat aktiviti kecuali snorkeling, island hopping dan scuba diving. Yang bestnya, kita boleh snorkel dengan turtle dan jaws! Tapi yang paling best sekali  adalah harganya sangatlah murah. Kalau tak silap RM35 sorang (snorkeling di 4 tempat + free visit to fisherman village)

Kitorang tak bawak duit pon masa mandi laut tu sebab ingat nak mandi-mandi je. Sekali semua beriya-iya nak pergi snorkel lepas terpengaruh dengan ajakan si brader tu.

' Boleh tak kitorang snorkel dulu then bayar kemudian, please please...tak bawak duit ni please, petang nanti kitorang bayar '

Hahahah memang muka tak malu. Tapi brader tu leks je, dia bagi kot. So dapatlah kitorang snorkeling dengan turtle dan jaws. Penat gila aku berenang kejar turtle ! Turtle tu besar macam datuk Kame. Engkau tahu tak komik dragon ball, kan ada datuk Kame yang gatal tu. Aku rasa sama besar cengkerang datuk Kame dengan turtle tu. Tapi yang paling best snorkel dengan jaws. Takut gileeeeee weyh. Aku bayangkan  besar gile jaws tu rupanya kecik je hehe..baby jaws :)

Hi saya datuk Kame

Lepas tu dah exhausted, aku rasa adalah 3jam setengah kitorang snorkeling. Brader tu tak habis-habis, ha cantik sini, turunlah tengok. Naik boat turun boat aku pon dah pening. Bahu aku ni sakit gila, asyik disuruhnya aku berenang kejar ikan itulah inilah. Tensen tau hahaha. Dah la laparrrr... duit takde pulak tu..makanan pon takde. Dah sampai pit stop ke 4 untuk snorkel, kitorang taknak turun sebab penat. Brader tu dok presure-presure suruh turun hahaha memang lawak. Kitorang dok mengomel la cakap lapar tak boleh berenang la.

' Nak makan ke? Kita pergi ke fisherman village..ada jual makanan situ '
' Tapi takde duit..(buat muka kesian), boleh pinjam duit tak..'

Kau bayangkan, bongok gila. Dah la tak bayar duit snorkel, pastu pegi pinjam duit boatman tu sampai RM50 untuk beli makanan hahahahah. Lepas tu siap janji, kononnya beli makanan sekejap je.

'Kitorang pergi kejap je, brader tunggu kat bot. Japgi kitorang datang'


Jangan lupa makan di fisherman village ye..satu-satunya tempat yang ada jual makanan murah di perhentian kecil. Tapi not assesible by walking, kena naik boat.


Bajet 10minit sekali satu jam lepak kat fisherman village tu makan goreng pisang, kopok lekor, siap tapau beli nasi untuk makan malam kang. Yelah, dekat long beach area kitorang duduk tu mana ada jual makanan. Adalah kedai tapi limited dan mahal hihi. Yang kelakarnya, lepas dah beli beli nasi lauk tu, boleh pulak tak cukup duit...kitorang ada rm50 je tapi lepas dah kira-kira kena bayar rm53 kot..terpaksa tebalkan muka mintak diskaun dan mintak halal kopok lekor tu haha...

Apapon, kesian brader tu sebab sampai terbaring-baring tunggu kitorang. Bertuah betol bebudak ni. Brader tu pon satu, dia dok layankan je kitorang ni. Bila dah tamat semuanya, kitorang pon mengucapkan terima kasih kepada brader tu dan naik ke bilik untuk bersihkan diri. Lepas tu boleh pulak tertidur. Janji nak bayar duit petang kan. Petangla sangat. Esok pagi baru bayar hahahahha.

Konklusinya orang pulau memang baik....hehe... Nantikan sambungan part II ok!

Thanks for reading this entry!

186 comments:

  1. wah bestnya jalan2~cantik2 warna biru g tu ~~ skg jugak nk pergi heee

    ReplyDelete
  2. last time pergi fisherman village tu, dia charge mahal. maybe sbb dia tau org luar :P

    ReplyDelete
  3. last time pergi fisherman village tu, dia charge mahal. maybe sbb dia tau org luar :P

    ReplyDelete
  4. wow..Fatin dh mai Ganu....sempar rase sotong celup tepung x?

    ReplyDelete
  5. wowww....best x mai Ganu..kmpung saya..

    ReplyDelete
  6. Best nye akak dpt jenjalan dgn kwn2. Huhu ^.^

    ReplyDelete
  7. Npe mcm kne pkse pindah bot jer.hoi.xptt.sian korg...

    ReplyDelete
  8. Baca entry ni asyik gelak macam org kena sawan . Cramp abeh perut . Acano lah korang boleh survive pakai rm50 duit brader . HAHAHA ! Comei gila !

    ReplyDelete
  9. Baca entry ni buat penat gelak ja . Cramp abeh perut . Acano korg survive dkat pulau berbekalkan duit brader 50 hinggit tu . HAHAHA ! comei oi comei

    ReplyDelete
  10. hahahaahha memang backpackers habis !!!

    ReplyDelete
  11. terbaik..trip menarik..

    whereisaiman.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Ahahahahaha siot gila korg! Beriya aku gelak ni. Haha

    ReplyDelete
  13. hahaha kelakar gila cerita trip ni. mcam2 'azab' korang :D

    ReplyDelete
  14. atok kame pon sesat kat sini. cesss

    ReplyDelete
  15. asal macam murah sangat nie FL >___< rasa mcm nak pergi pulakkk =D

    ReplyDelete
  16. hahhaa..tengah imagine FL cakap kelantan :P

    ReplyDelete
  17. fl... pulau perhenian x comel mane pon..bakpe x g pulau redang je..lagi cun..kalau fl rase p.hentian tu cantik..p.redang 10x gande lg cantik..sumpah..fl x singgoh Dungun ke makan sata goreng..x pon wak alik hok frozen je..bleh bg mok ayoh rase etek..lain kali kalu nk mari jalan ganu..kabo lu sepatoh..bleh sy bwk gi jalan2...in Sha Allah..

    ReplyDelete
  18. cantik pulau perhentian...xpernah lg smpai kesana..:)

    ReplyDelete
  19. lucu giler bace entry. macam ragam hade. haha. but enjoy. :)

    ReplyDelete
  20. Biru gila air, cantik! Anis pun tak penah sampai sana.. Haha

    ReplyDelete
  21. cntiknyer...air dye kaler biru...cntik sgt!
    kte lum pernah smpi sne lg

    ReplyDelete
  22. Oh no... kak fatin dah pergi pulau perhentian. Kite yg orang jati tganu ni pun xpernah lagi pergi sana. huhu..

    ReplyDelete
  23. Waa, Kak Tin, dtg Pulai Perhentian tk ckp, Rumah sy ke jeti tu dlm 10 minit je :)

    ReplyDelete
  24. ruginya saya, duduk terengganu dah 20 tahun x pernah pergi..skrg duduk kat UNPAD pulak.enjoy kat bandung la kite~ huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari stesen bas ke jetty jauh tak???

      Delete
  25. trip yg bajet kann...tp mwnyeronokan

    ReplyDelete
  26. wah , menariknya ! cikmisi pom ad kat ganu , study sini .. tapi blom brkesempatan agi ke pulau perhentian.. gane neh, orang laen smpai dlu neh, *jelozz >_< hehe ~ :D

    ReplyDelete
  27. bestnyer fatin....terbaik la..nak itot..

    http://farahaanna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  28. kakten kenapa tak cakap awal2 , kite orang besut nih.wakaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stesen bas kuala besut ke jetty jauh dok???

      Delete
  29. mesti abg bot 2 ckp "banyak dugaan layan aweks 10 orang ni..." hehehehe..

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  30. hahahah...kerek betul FL & the gang

    ReplyDelete
  31. Hahahaha, serius kelakar punya trip. Tapi sangat menarik!

    ReplyDelete
  32. untung dapat brader baik camtu :)

    ReplyDelete
  33. Seronok baca entry ni...teringat masa trip pegi perhentian dulu...memang terbaik!!!

    ReplyDelete
  34. hahahaha.lawak gila fatin! thanks entri ni.kita tengah carik tempat utk jenjalan dgn gelpren gelpren.hahaha.diz entri sangat2 membantu.tak sabar nak tunggu part 2! hehe

    ReplyDelete
  35. hari tu saya pergi pulau besar.. tapi memang banyak la matsaleh sexy pakai bikini berjemur...kat pulau memang payah nak cari makanan...tapi best boleh snokeling, air pun bersih...

    ReplyDelete
  36. i was smiling reading this,, birunya laut,, if i were to go somewhere, i hope to meet nice people like the island people :D

    ReplyDelete
  37. Pulau Perhentian saya lum pergi lagi... Pulau-pulau lain Alhamdulillah, dah sampai.. btw, memang perhentian ni cantek sangat... such like Redang also

    ReplyDelete
  38. http://adrenalinegarden.blogspot.com/May 7, 2013 at 9:43 AM

    Best gler pg melancong ctu, btw nice entry, lawak gler! hehe

    ReplyDelete
  39. bestnye...btw, kaler air laut tu cantik giler kot.....:-D

    ReplyDelete
  40. FL,nnt pergi pulau mana2,bawa megi or roti byk2..foods kat situ mahal habiss..huhu

    ReplyDelete
  41. Gempak gillers lah korang! Best best best...

    http://nabiladevie.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. will be a part of honeymoon trip. hahaaa

    ReplyDelete
  43. hahaha.. kelakar betul cerita sis. walaupun ditimpa malang, masih lagi menyeronokkan kan?

    ReplyDelete
  44. Walaupun dulu setahun setengah duduk area sana tak pernah pulak akak gi Pulau Perhentian...ruginya...

    ReplyDelete
  45. bestnyaaa.Terengganu is one of the most interesting place to visit:-) lovely places everywhere...

    ReplyDelete
  46. dlm org sibuk2 berckp pasal PRU itu PRU ini,FL pulak dok cerita trip ke sana ke mari..
    Bagus2.. Wa caya la sama lu FL, ni yg tangkap cintan sama lu ni FL. Buahaha :)

    ReplyDelete
  47. woww bestnye travel dgn backpack! it's one of my dream tau! kene tunggu masa lapang baru dapat travel ala2 backpacker ni..

    ReplyDelete
  48. hahhaa~ dr awal entry smpai ke ayat yg terakhir, sy gelak jaa memanjang. sengal gila dr fatin ngan kengkawan. (sori ar ckp dr fatin sengal. hohho~) mmg bermuka tembok x ada thap ngan brader tu. hahhaa... lawak2. mcm mna laa dr fatin boleh trpikir idea nak pinjam duit brader tu? lepas ni, kalu sy p mna2, boleh praktik cara dr fatin. hehhee..

    ReplyDelete
  49. dik, akak gelak baca entry u.kelakar ;p
    akak tah penah sampai perhentian lg. uwaaaa must go there nanti huhu

    ReplyDelete
  50. u should go to pulau2 yg belah2 sabah...

    ReplyDelete
  51. giler sabor je la brader boat tu ekk..

    ReplyDelete
  52. http://ufolandingtotheearth.blogspot.com/May 7, 2013 at 11:21 AM

    wahhh i love to travel too but i dont know where to go. and your blog always solved my problems. indeed. thank you sist! :-)

    ReplyDelete
  53. seronok baca citer di pulau perhentian....nak pergi ler tengok air laut yang membiru ..........

    ReplyDelete
  54. hahaha..selamba katak je buat muka kesian pinjam duit org.. heheh brader tu bagi sbb die tau, korang x de tempat nak larik kalau nak ngelat bayar duit die... hahahha. baik brader tu n org jual kopok2 tu...murah rezki demo

    ReplyDelete
  55. dah dua kali kite g sni..hehe. snorkelling and mandi puas2..stay kat pulau besar..pastu g merayau kat pulau kecik yg mmg kecik tu..huhu..:)

    ReplyDelete
  56. best nyer . . selalu lepaking kt kuala besut jer . . nk ke pulau xda rezeki agy . .

    ReplyDelete
  57. wah, anna pon teringin sangat nak g sana tapi masih belum berkesempatan lagi..huwaaaaaa

    ReplyDelete
  58. wahhhhh .. mcm best jew .. shima baru blik dr tioman .. tioman pon best jgk .. tp mlm xd ape2 aktiviti .. bosan sikit .. insya'allah honeymoon nti nk g perhentian ..

    ReplyDelete
  59. best dan giler best g pulau perhentian...uwaaaaaaaa teringin sgt nak pi snokling bagai tapi x reti berenang,,guano tu?? cer kabo!

    ReplyDelete
  60. best dan giler baca stori fatin! rasa mcm nak berlari pi amik tiket bus pastu terus booking abg snokling tu..walaupun hakikatnya diri x reti berenang...uwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  61. Pegi time cuti sekolah eh? Hari tu saya pergi, water taxi RM2 je sorang... Duduk Long Beach tak singgah gerai Kak Rose? Burger paling sedap + murah kat Pulau Kecik tu. hoho

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum fatin. hahaha lawak gila korang. selamba je. mujur org pulau baik2. nak pergi sini gak nanti ;p

    ReplyDelete
  63. Suka sgt tengok FL mandi laut tuh, ombak rindu sangat...

    ReplyDelete
  64. Syoknyaaa . . rsa nk tnggal kt pulau je. hehe

    ReplyDelete
  65. hahaha lawak gile XD
    tak malu betul siap mintak diskaun hehe

    ReplyDelete
  66. Menarik betul entry ni...boleh jadikan panduan ;)

    ReplyDelete
  67. Haha best! mesti lagi best kalau dengar FL cerita live version punya, habis dengan gaya tangan dan tepuk tampar kot haha. Best la..sy mmg teringin nak pergi backpacking dengan kawan2 mcm ni ni. Pengalaman FL memang best, naik bot express, berhujan, jalan kaki gi pantai sbb taxi parking atas air..InsyaAllah lain kali nk try la pulau perhentian mcm best. sbb snorkelling murah. Btw xsabar nk baca part II ^_^

    p/s: kamera & nasi dagang letak satu compartment ke?

    ReplyDelete
  68. sy pun pernah pergi pulau perhentian... air dia mmg cantik giler la... tempat dia tenang...

    ReplyDelete
  69. FL memang tak ambik pakej kan..So, RM50(chalet)+RM70(boat)..makan sendiri..snorkling sendiri..lagi murah kot buat camni kan..nak pergi tapi survey..ada org ni ckp chalet ni mahal, mana ada murah..Nak call sape ek untuk booking? Direct terus..

    ReplyDelete
  70. hhhaa baik gler abg tuh,,ala nak ngorat kak fatin la tuh hehe btw memang tebal muka akk2 semua :) haha nnt nak buat cm tuh jugak la hehe

    ReplyDelete
  71. wah...dah smpai PP...xcually kedai yg fatin tapau nasik tuh,mmg blh dikatakan 2minggu skali akak akn pegi makan roti canai cicah sardin...terbaik wooo..best...laksam dia pun best...xcually sepatutnya fatin kena servey sebaik mungkin utk ke sana,mmg mahal nak mam*** tambang boat tuh..dgn nilai tuh,tambah ckit lagi,fatin dah blh di bwk round area pulau2 kat PP tuh..and ada jer chalet yg skali ngan restoran dan package2 lain...

    ReplyDelete
  72. hahaha,, melawak jekk... memang takleh belah,, kene tebalkan jek la muke tu kan?? hahaha, anyway,, nice trip... beselatuhh

    ReplyDelete
  73. seghomban most wanted yo..

    ReplyDelete
  74. I'm sure you had so much fun there. Btw, after this pergi Tasik Kenyir. Lagi challenging gileee woh! But no snorkeling-snorkeling lah :)

    ReplyDelete
  75. baru tau air dekat pulau perhentian tu biru mcm tu..:)

    ReplyDelete
  76. wahaha....kesian gile kot kat brader tuh...hihi

    ReplyDelete
  77. agaknye brader tu mmg tak kisah pun korang pinjam duit. 1) maybe sbb korang sume comel2..2) kalau korang tak bayar, nak lari mana je?? hahahaha. anyway, best gile experience ni!

    ReplyDelete
  78. kasi banyak lagi gambar pula ala maldives tuh hehe...nak tengok lagiiii

    ReplyDelete
  79. besnyerr dpt p pulau phentian..ok rasa mcm nak kna bincang ngn kengkawan nak p travel sana pulak =)

    ReplyDelete
  80. sebenarnya penduduk setempat naik bot rm10 jer.lain kali nak datang bagitau ekk.. buleh ejas murah2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk dtg...blh bg mudah x?
      Email I yer hanszzz_86@yahoo.com

      Delete
  81. salam fatin,

    awak ade contact no chalet tu terus x? saya ingt nak g jugak lah. rm50 murah sgt tu. tq fatin
    -nurul-

    ReplyDelete
  82. Hahah best ! lawak gila baca kekekkekeh :P

    ReplyDelete
  83. Mmg klakar uols & continuously challenged! Hebat... Tetiba terpengaruh jugsk nk g sana.... Hihih

    ReplyDelete
  84. best yer... huhu..teringin nak pegi!!!

    ReplyDelete
  85. FL, entri ni sangat lawak.d r td gelak tk henti2 kat office haaa. apa2 cntik nyaa pulau perhentiannnn mmg mcm maldives !!!!

    ReplyDelete
  86. pulau p'hentian mmg cntk tp klau kte ckp kte org luar dye akn caz kte mhal..
    nsib bek mse ue ateyn pegi ngn fmly yg mmg asal dri trengganu so diorang caz kteorg mura skit.. mura pown ta mura sgt sbb air milo ais 1 cwan diorang bley caz smpai rm5.. ppe pon pulau p'hentian mmg bez..

    ReplyDelete
  87. Itu kampung saya. Kuala Besut. Weehuuu. :D

    ReplyDelete
  88. hahhahaha..comel la fatin n the geng ! combi xpnh lg g pulau perhentian.nama je org ganu.hahah

    p/s brader tu tgk fatin comel kot sbb tu murah ati :P

    ReplyDelete
  89. salam..fl nape kna tukar boat pulak..sian ye.. ari2 kte g xde pon kena trun2 kt air..trun kt jeti dia siap..

    ReplyDelete
  90. Teringin nak ke sini, tak pernah jejak kaki lagi.. ;)

    Tp seyes tersenyum part kena pindah bot tak berbumbung dalam hujan..

    Lomantik maaa ;)

    ReplyDelete
  91. lorhh awat azab sgt nehh.. sy pergi dulu mabeles service dia...naik boat berbumbung tu, dia hantar sampai ke jeti..tp pegi Pulau besar .. duk cozy chalet.best!

    ReplyDelete
  92. baguslah kalau baca entry ni korang takleh berenti gelak haha. aku yang menaip ni pon tergelak-gelak bila teringat balik

    ReplyDelete
  93. Hi, fatin..
    Lain kali boleh cuba ke pulau redang.. Sangat cantik tau! Lebih bersih dan tersusun berbanding pulau perhentian. Boleh cuba kat redang lagoon chalet.
    Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  94. kak fatin cepatla nak part 2. x sbar2 dah ni. rindu giler ni..

    ReplyDelete
  95. kak fatin cpatla cepatla nak part 2... x sabar dah ni. rindu giler kat akak. akak terbaik...

    ReplyDelete
  96. Kak FL, datanglah Kelantan pulak.. Ada laa jugak a few nice places to visit.. Haha..

    ReplyDelete
  97. haha..kg sy tuu..;)

    ReplyDelete
  98. kuala besut kampung halamanku. hehee~
    memang klasik.
    btw, pulau perhentian memang cantik, kan.
    bila la ada peluang nak pegi sana. adehh~ -.-

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  99. Tol leh tehe ngok kepok lekor tu

    ReplyDelete
  100. WAhhhh.. Nak sangat pegi Perhentian tapi sekarang nih preggy plak.. TAk kira!! tak kira!! Nak pegi jugak next year :)

    ReplyDelete

  101. Wow bestnya dpat bercuti.. teringin nak pi pulau perhentian.

    ReplyDelete
  102. baca sampai rasa nak pegi jugak..best

    ReplyDelete
  103. fatin...fatin.... ni tengah tensen tensen ni tetibe terbaca (ceh terbace konon) entry pulau perhentian ni terus hilang tensen. entry ni paling kelakar kot. macam mane yang bawak beg roda tu hangkut beg dia sampai chalet? muahahahahha...

    ReplyDelete
  104. S
    U
    K
    A

    E
    N
    T
    R
    Y

    J
    A
    L
    A
    N
    2

    C
    A
    M
    N
    I
    .
    .
    SANGAT MENCABAR . VERY PERTUALANG LA MU NI FL hee ^^ lucu,sentiasa semangat!

    ReplyDelete
  105. Haha..plau perhentian dkt jah ngn umah ak....mang leh dpt tket murh ckit klu knl owgnye...huhu....(ade fl ksh ak taip ayt ni)..haha...mang plau 2 besh..lg besh klu dpt scuba...leh taw x yg fl p hong kong 2 gne gps free or paid..(sowei tertnya di tajuk yg ni)..klu free leh oyak dop gne hok mano so..(hope leh fhm cz dh blik dr plau prhentian)..:p

    ReplyDelete
  106. syoknyeee.. teringin gak nak pegi... :)

    ReplyDelete
  107. best giler tengok fatin g pulau perhentian dulu...teringat masa pergi Lata Tembakah kat terengganu dulu msa bujang2...hihi...fatin u should go there...best sgt!!!!

    www.butiksayangku.blogspot.com

    ReplyDelete
  108. Kt sni ade jual ubt nyamok tk????

    ReplyDelete
  109. wahhhhhh biru giler, ni rasa cam nak pi skrg ni, tp tgh final hehe :P

    ReplyDelete
  110. Kampung itewwww Kuala Besut..
    2 minggu lepas pegi p.phentian utk kali kedua, memang syiokkk! (^_^)v

    ReplyDelete
  111. pekan k.besut tu dekat umah itewwww!
    2 minggu lepas pegi p.perhentian utk kli kedua..memang syiokkkk!

    ReplyDelete
  112. tibe2 rasa nk mkn keropok lekor (:

    ReplyDelete
  113. Li yg org trg ni pon xpegi lgi pulu perhentian :P

    ReplyDelete
  114. fatin, nnt update trip ke india pulak ye...

    ReplyDelete
  115. dah lama x jejak pulau. rindu lak nak pegi pulau lg.

    http://www.uniquecloset.com.my/

    ReplyDelete
  116. Wawawww . Kalau tau fl mai besut . I siap tggu kat jeti . Jeti ke pulau ni almost half an hour dr rumah i . Btw what such a nice entry to share sis :))

    ReplyDelete
  117. best baca entry FL...rase mcm nk pergi Pulau Perhentian plak..x sabar nak tunggu Part II...:)

    ReplyDelete
  118. biaselah tu..kalau dekat ngan rumah, memang tak pergi hehe..

    lah ramai rupenya yang duduk besut, kalau tau i olls roger awl2, boleh naik boat harga murah sket hahaa

    ReplyDelete
  119. hahahahaha

    den ghaso nak pengsan ni Tin oiii..
    kelakar abeh la poie jalan kek sano, siap pinjam duit abg boat laie..

    muahahahaha

    tolobih bajet lak boli kopok leko terlobih tigo hengget...

    den ghaso nak honeymoon kat sini laaa... hehehehehehehe

    ReplyDelete
  120. lawa pantai.datuk kame pon hemsem jugak :)

    ReplyDelete
  121. FL, nnt part II selitkan lah sekali budget dan contact number sapa2 yg patut ya. Best gila baca entry ni. Nk pergi juga!

    ReplyDelete
  122. gegaran tahap 8 skala ritcher..hazab melanda...datuk kame..pinjam duit aduyaiiii ni yg buat tergelak sorang dlm ofis..nice post FL.. next part pleasee..:)

    ReplyDelete
  123. hi fatin..bestnye trip ke PP. nak tanya rock garden village sesuai tak kalau pasangan pergi honeymoon? huhu..nak pegi bulan depan tapi belum reserve bilik..

    ReplyDelete
  124. Salam pengenalan. Pulau perhentian sangat sangat cantik kan. Kita kongsi rasa yg sama. Singgah blog saya utk menikmati keindahan ciptaanNya.

    ReplyDelete
  125. Salam pengenalan. Pulau perhentianemang sangat sangat cantik. Kita kongsi rasa yg sama. Singgahsana blog saya utk menikmati keindahan ciptaanNya.

    ReplyDelete
  126. Wahh! Bestnyee! Going there this September! :D


    Well, waiting for Part II.

    ReplyDelete
  127. akk tahu tak ? sy bace entry ni tergelak sorg2 hah , dh lah sy tga keje ni ha , sume org pelik ja . sonok cara akk bercerita , gambar sikit tp padat :)

    ReplyDelete
  128. Birunya air laut die, mmg betul la cam maldive

    ReplyDelete
  129. Waaaa......seronoknya...cantek sangat2. Mau pergi bercuti kat sana jugaklah. *gediks*

    hehehe...

    serius laut dia cantek sangat2.^-^

    ReplyDelete
  130. memang sngt baik... hopely kita yg hadapi situasi mcm fatin tak gunakan brader tu ke arah yg tak elok... kesian plak nti...

    ReplyDelete
  131. Ada bnyk jugak lg kalau mau relax dan makan,,,,,,cuba zul ikan bakar kuala besut.....dah lebih 20thn operasi dan ada cakap ckap ikan balkarnye sedap,,,,,emmmmm......mungkin lebih kick drpd sekinchqn ikan bakar....air terjun ada gak.....bagi yg minat ukir ukir bule gi tengok org ukir kayu....dll lain kali.....

    ReplyDelete
  132. best nya fatin...tgh sebey nak g bercuti jugak nie..

    ReplyDelete
  133. Pulau perhentian terbaeekkk... tapi skrg laut agak bergelora..


    Nak khidmat nasihat atau mencari pakej yang sesuai. Hubungi kami di PerhentianRaisya.Com

    ReplyDelete
  134. mmg harga chalet tu 50 sebilik ke..

    ReplyDelete
  135. geli ketiak aku bace ayat die ni...itew

    ReplyDelete
  136. kalau mkn kat kampung memng murah... tapi kena la bertegur-tegur sapa..org sana ramah2

    ReplyDelete
  137. kak fatin, korang pi sana bukan through agent kan? cause bila google, tak dapat pun rate challet yg budget hbs centu. korang ambil bilik apa ye?

    ReplyDelete
  138. slm fatin nak tanya bagpack tu brape liter punya ye?

    ReplyDelete
  139. salam..saya nk ke pulau perhentian bulan 9 nie...boleh x saudari berikan saya info2 yg boleh saya ke sana...maksudnya, contact number org2 yg berkenaan ke...terima kasih

    ReplyDelete
  140. salam, saya mahu ke sana bulan 9 nanti..boleh x mintak tolong macam mane saya nk contact2 org yg berkenaan...

    ReplyDelete
  141. siot tol. saje wat aku teruja nk gi pulau gk. nice info. TQ

    ReplyDelete
  142. Nk pegi pulau perhentian or redang pakej jimat or full board boleh roger2 sy. 011 3936 0059. Harga start dr rm180. Ini serius. ^_^

    ReplyDelete
  143. fist nk komen tentang bwk beg tangan masa backpaking...lwk btul..lain kali bwk mangkuk tingkat skali..kedua pinjam duit brader tu..knp. brader tu baik sgt ngan korang..sbb korang ni smua awek cun..pastu havoc kut..cuba kalau smua balak..jgn harap....

    ReplyDelete
  144. Hahaha bestnyer...
    korg g bln brpe?
    best2

    ReplyDelete
  145. macam nk best je..mcm nk pergi j..haha

    ReplyDelete
  146. nak bertanye,, kenape penginapan yang di sediakan sekarang untuk bilik due orang tu, 120 dan bukan 50??

    ReplyDelete
  147. Memang bestt aa gi Pulau Perhentian ni.. Kalu pergi walk-in susah aa sikit.. Kalu nak gi contact aa no ni 0129485404 / 096975404.. nak info pun kami terangkan.. nak diskaun cakap jer cikgu suhaimi @ cikgu bakhtiar yang rekemenkan..



    Boleh juga cek sini PerhentianRaisya

    ReplyDelete
  148. Macam menarik je bila dengar cita macam ni..
    actually cara fatin cita tu yang buat menarik

    ReplyDelete
  149. Saya dari Brunei. Ada bus dari lcct atau klia menuju kuala besut juga?

    ReplyDelete
  150. Lawak sangat la the way u write. Very entertaining:) Nak tanya, plan nak pergi pulau perhentian dua orang. Nampak kat sign board picture kak untuk snorkelling ke apa-apa, minimum 4 org. Macam mana hah kalau 2 orang aje? Thanks!

    ReplyDelete
  151. macam best je dapat jalan2..by the way thanks on sharing..
    jemput singgah:http://sihatforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  152. whahahaha...tak leh tahan memang korang gambel(betul tak ejaan aku) gila ....selalunya memori cam ni la yang aku rasa korang tak leh lupa sampai tua ....hehehehhehe

    ReplyDelete
  153. whahaha memang gamble la korang ....selalunya memorie cam ni yang korang takan lupa sampai yua kankankan

    ReplyDelete
  154. wakakaka nk trkeluar usus baca entry ko! ur entries make my day. tq sooo much! now i hv something to realese my stress yg level 9999999 XD

    ReplyDelete
  155. hahah suka baca entry u beb, btw pergi sana memang tak buat booking er? senang tak nak w=cari chalet kalau walk in?

    ReplyDelete
  156. Lucunya lah... adoiyai.. tabah tul brader tu layan korang kan? Semoga murah rezeki la brader snorkeling tu.. Amin

    ReplyDelete
  157. bagi yg budget, next time kalau gi fisherman village, cuba try kat kedai makan MJ (mustafa janggut). situ harga standard. tapi biasa tengahari kedai tu penuh

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!