Pages

Tuesday, March 26, 2013

Resepi Mudah Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum

Adik aku yang paling kecik iaitu Asfiq, adalah seorang yang sweet tooth. Dia gemarkan makanan yang manis. Berbeza dengan aku, aku lagi suka makan nasi. Telor goreng letak kicap bubuh cili api sikit pon dah buat ayaq lioq aku meleleh. Tetapi, once in a while, ada la jugak aku buatkan Asfiq chocolate cake ke dadih ke. Ikut kerajinan iolls hihi. Kalau malas aku dah sampai, jangankan buat dadih (resipi paling senang), bangun tido pon aku tak mahu. Tak mahu. Tak mahu!

Asfiq request nak makan Caramel Pudding sebab dia terpengaruh tengok Nobita makan ketika minum petang bersama Doraemon. Aku suka juga makan caramel pudding tapi tak suka yang ada telur. Kenapa? Kan aku dah cakap, telur kena goreng letak kicap bubuh cili api, jangan masukkan dalam pudding. Jadi terima kasih rakan blogger CikEpal diatas resipi ini.


 : Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air



: Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik (Aku telah mengabaikan step ni thus pudding aku tak berapa nak cantik hehe)
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!


Caramel pudding, sungguh enak dimakan ketika sejuk =) Dengan resipi ini, aku dapat lebih kurang 2 bekas (saiz more or less like this) pudding. Please try sebab senang gila pastu murah hehe. Hakak-hakak boleh le bawak ke opis dan makan reramai dengan collegue. Adik-adik pon boleh buat, pastu upload kat instagram, pastilah ramai yang like dan secara tak langsung saham adik meningkat. Alamak, jangan. Riak kekekeke.


Thank you for reading this entry !

78 comments:

  1. dah buat guna resepi cik epal jgk.. sedap kott... :)

    ReplyDelete
  2. nampak menggiurkan sangat!thx!

    ReplyDelete
  3. AKAN DIPRAKTIKKAN NANTI,HEEEEEEE

    ReplyDelete
  4. Tanpa telur mesti sedap... =) tiba-tiba rasa nak cuba pulak resepi ni...

    ReplyDelete
  5. woww..lapar pulak jadinya di office pagi2 ni..aigoo -_-"

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. comelnya adik awak. bestlah awak pandai buat dessert. nanti saya nak try ek :)

    ReplyDelete
  7. elok sangatlah tanpa telur sebab saya tak boleh makan telur. kalau tambah ice cream tu bertambah masyuk

    ReplyDelete
  8. UNTUNGLAH ASFIQ DPT KAKAK RAJIN XD

    ReplyDelete
  9. yup...ni lah resipi sama kolin buat hahah..mudah dan senang..paling penting sedap!

    ReplyDelete
  10. nak amik resepi ni boleyyy..sedappp tgok

    ReplyDelete
  11. wahhh!! super senang n sedap! harus cuba. :D

    ReplyDelete
  12. wahh. boleh try buat nie. nampak macam best ja. :D

    ReplyDelete
  13. Amboi Cik Fatin makin kerap buat entry masak je ni... nak kahwin ek? ek? *_^

    Bekerja di syarikat GLC bantu perkuat ekonomi orang Melayu 

    ReplyDelete
  14. Waaaahhh! Nk try buat la.. Hehe

    ReplyDelete
  15. erm..bleh try ni..sllnya mmg campur ngan 5 ~ 6 biji telur...kali ni nk cuba resepi ni lak utk hidang kat en.abang! thanks fatin & cik epal =)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. hari tu pernah cuba buat puding karamel . tapi tak sempat makan , bau telur tu pun dah buat tekak kembang . ada resepi puding karamel tanpa telur ni , boleh la cuba lepas ni . thanks kak fatin :)

    * btw , hai semua . sy baru buat blog ni , kalau sudi , singgah la ye . jangan lupa follow ^_^ thanks

    ReplyDelete
  17. hari tu pernah try buat , tapi tak sempat nak mkan , tekak dah kembang dengan bau telur yg sangat2 lah kuat . nty nak cuba resepi ni , thanks kak fatin :)

    * hai semua , sy baru buat blog ni . jemput singgah ya nty . jgn lupa follow ^_^ thanks

    ReplyDelete
  18. hari tu pernah try buat , tapi tak sempat nak mkan , tekak dah kembang dengan bau telur yg sangat2 lah kuat . nty nak cuba resepi ni , thanks kak fatin :)

    * hai semua , sy baru buat blog ni . jemput singgah ya nty . jgn lupa follow ^_^ thanks

    ReplyDelete
  19. wow..simple nye!!thanks fatin..nk try la lepas nih =)

    ReplyDelete
  20. Wau tanpa telur..ni resepi yang saya suka bangat.. thanks

    ReplyDelete
  21. Awesome recipe! Nanti nak cuba jugak :D

    ReplyDelete
  22. nampak sangat sedap.
    i'll try this at home...
    tapi kena tunggu time rajin laaaa. :D

    ReplyDelete
  23. bile nk update pasal pegi indiaa?

    ReplyDelete
  24. Wah!! Saya patut try nie. Mudah !!

    http://missdaisukiaki.blogspot.com/

    ReplyDelete
  25. salam FL,

    sedap ke? puding karemal x dak teloq?
    rase mcm agr2 karemal ke? hee

    ReplyDelete
  26. walahhh... nyummmy ! nak try buat lah nnti... :D

    ReplyDelete
  27. Tengah pantang baru lepas bedah, tak boleh makan telur.Haritu nak buat puding karamel tapi ada telur, tak boleh buat.


    Sekarang dah ada, yey!
    Thanks kak fatin!

    ReplyDelete
  28. Ok la, nnt nak try. selalu mesti guna telur. kita try pulak yg xde telur. :)

    ReplyDelete
  29. sesenang mana pun,, ku tetap tak suke masak walaupun ku suke makan,, sob3 :'(

    ReplyDelete
  30. skrg nie, inna terasa nak makan puding karamel pula..huhu!

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. mmm macam sedap dan senang je resepi ni.Nak cuba lah.Terima kasih Fatin dan CikEpal utk resepi ni...

    ReplyDelete
  33. akhirnya tercipta jugak entry si fl nie. lama sangat menunggu..miss you tau tak. grr

    ReplyDelete
  34. ada resepi yang tak letak telur rupanya. boleh buat ni since dlm rumah ni ramai yang tak boleh makan telur.

    ReplyDelete
  35. wahh gmbr sgt memikat jiwa raga. seyes terliur. perlu try ni! hehe

    ReplyDelete
  36. nyummm..nmpak mnyelerakan.Wajib try bila ghajinnn...hehhehe..

    ReplyDelete
  37. bolehla cuba resepi ni nanti,nampak sedap,tq fatin! =)

    ReplyDelete
  38. mungkin yang buat puding ni org perempuan

    ReplyDelete
  39. sama resipi nye ngan blogger cik epal..haha.niee mesti google niee.hikss ;)

    ReplyDelete
  40. salam singgah... cari resepi tersinggah kesini.. terima kasih berkongsi...

    ReplyDelete
  41. Kak Fatin! Air liur saya membanjiri keyboard lappy saya kerana puding caramel ini. Mesti try buat!

    ReplyDelete
  42. perghhh terliurnya tengok gmbr pun! ehehehehehe. ayat yang last tu sentap siket =P

    ReplyDelete
  43. wahh.....nnt nk try buat kat umah,,,,mesti sedap kan

    ReplyDelete
  44. Baru je lpas buat tapi x jadi bhagian gula tu..melekat-lekat lpas tu keras tiba2..x sempat nk ratakan..mcm mana ye?

    ReplyDelete
  45. Pak long sya blh bt jga.hihi....

    ReplyDelete
  46. Bila nk update g afrika?

    ReplyDelete
  47. dah try buat dik.. tapi tak jadi pulak (-_-')
    puding nyer tak keras pun walaupun dah letak semalaman dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
  48. err..kalo ltk kt luar, xpyah ltk kt peti ais bole ke? biar dye sejuk sndiri.. sbb i dok kt ostel so..miskin ckit..peti ais xdk..huahua

    ReplyDelete
  49. kalo xpyh ltk dlm peti ais bole ke? biar dye sejuk sndiri..sbb i dok kt ostel so miskin ckit arr..xdk peti ais disediakan..huahua

    ReplyDelete
  50. i dah try best tp i tambah jagung dalam tin sbb xnak bg rase susu sgt......seriously sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. u tambah half tin jagung ke satu tin tu terus yee ? thnx ..

      Delete
  51. dah 3-4 kali cuba tapi puding tak keras :((((

    ReplyDelete
  52. Pernah buat, mula-mula memang tak jadi la. Haha..

    tapi lepas 2,3 kali try, memang puas hati gak la.

    ReplyDelete
  53. Untung ada kakak baik mcm...cam sedap ngan cepat...nak try buat..thanks for sharing

    ReplyDelete
  54. Sedapnya... Bila tengok resepi ni macam mudah je nak buat. Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  55. Dh cuba ikut resepi ni tp tk menjadi....lembik.

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!