Monday, January 12, 2015

Majlis Pertunangan Fatin Liyana

Assalamualaikum


Ehem. Sebenarnya berkali-kali aku berfikir, sama ada mahu update pasal pertunangan aku ke tak. Sebabnya bertunang je pon, bukan nikah. Lagipun untuk majlis pertunangan ini lebih baik kalau tak digembar-gemburkan. Tapi yang tak syoknya bila blogger lain kumpulkan gambar pertunangan aku (melalui instagram kawan-kawan, saudara-mara aku) dan update kat blog diorang. Haaa baru ingat nak buat surprise... kengkonon sweet ngat orang tak tau wolls dah bertunang tup tup dah kawin. Spoil la..tak dapat a nak jadi calon wedding of the year ceniii...kekeke


Anyway..alang-alang tu biar aku update terus je dalam blog ni. Lagipun dah lama sangat tak update blog. Sakit mata aku bila bukak blog honeykoyuki. Balik-balik entry ituuuu je. Sebelum tu aku nak mintak maaf ya kalau entry ini menyebabkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Aku takde niat nak berbangga diri ke atau nak kepoh ke apa. Cuma nak abadikan kenangan indah dalam blog ini :) Lagipun takda apa pun yang nak dibanggakan, semua orang pon bertunang jugak sebelum kahwin kan. So aku harap masing-masing dapat membaca entry ini dengan hati yang gembira! Sebab aku rasa sangat gembira bila tengok balik gambar-gambar ni :)


Jom layan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan iolls !


Kalau nak ikotkan Islam, kitorang dah bertunang lama dah (AF came to meet my parents and they have agreed on that). Kalau ikotkan adat pula, kena la buat majlis pertunangankan sebagai tanda persetujuan. Tapi sebagai houseman yang dedikasi, aku terpaksa tangguhkan majlis pertunangan sampai aku habis kerja di posting Medical yang super duper busy itu. Alhamdulillah, kebetulan tarikh majlis pertunangan kitorang jatuh pada cuti end of posting aku hehe.



Senang je nak organize majlis pertunangan rupanya. Beribu kali ganda lagi susah aku organize Farewell Dinner Medic UKM. Kena ada surat jemputan, surat mintak dana bagai. Hah yang ni aku mintak mak aku call caterer and order lauk yang disukai. Package termasuk makanan, kerusi + meja dan khemah. Tema pulak aku pilih warna putih. Settle :) Takyah serabutkan kepala!


Lauk yang dihidangkan hari tu semuanya adalah lauk kegemaran aku. Aku kan suka makan lauk-lauk kampung. So menu yang dihidangkan adalah daging salai masak lemak cili api, ayam goreng berempah, kari kambing, sambal sotong, udang goreng lepas, ulam-ulaman, telur asin dan sambal belacan. Memang niat kami untuk menjamu tetamu makan tengahari. Selain itu, ada kambing golek jugak. Seronok tengok tetamu makan bertambah-tambah :)


Dessert table. Kalau namanya kampung.com mesti nak kuih-kuih kampung juga ya. Jemputlah makan tepung gomak, talam ubi, karipap, kuih bom, pulut panggang dan kek gula hangus. Iolls tak reti makan marshmellow..selalu makan sebab nak nampak cute je...hahahha. Terima kasih kekna, anty lydd, kaklong, anty nisa sebab sumbangkan kuih keria, muffin, cream puff dan kek gula hangus. Aku cadangkan korang buatlah dessert table begini sebab jiran dan saudara mara suka bawak kuih-muih. Alang-alang tu boleh jamu tetamu sekali :)


My cute little cousins tengah practice main piano. Sebabnya kakpatin suruh dorang main piano masa iolls berarak menuju ke mini pelamin hehe...Bagi can la kakpatin fefeling princess satu hari. Hari-hari kerja jadi kuli je kekeke.


Doorgift. Tetamu dewasa dapat bottle, tetamu kanak-kanak dapat sweets. Bebudak tak reti makan kacang, bazir je bagi haha.



Hee tantek tak? Dulang hantaran ni kakpatin gubah sendiri tau! Senang sangat, setengah hari je aku buat. Balik kerja terus gubah, malam dah siap. Penjimatan sehingga 80% uolls. Sirih junjung takde sebab aku tak reti nak gubah ahahha. Lantak situ, aku beli biskut Marc & Spencer sebagai ganti. 

' Hey apebenda kau bagi hantaran biskut ' laung si ibu

' Pedulik janji bukan biskut Hup Seng' laung si anak kembali 



Orang sebelah dah sampai. Masa ni aku kat dalam bilik tengah main whatsapp dengan Najahtul. Kejap-kejap Najahtul hantar laporan dekat aku. Dr Mafeitz pulak hantar laporan dekat AF. Lepas tu dua-dua panic haha.



Spokesperson side aku adalah abang aku dan spokesperson side AF adalah Syamsul. 
Lantas, abang aku membuka bicara

' Lu sapa mau pinang adik guwa? '

Haha tidaklah. Ini adalah majlis pertunangan yang penuh dengan peradaban dan nilai-nilai murni tahu?




Alhamdulilah, sebak hati ini masa ibu Zarina sarungkan cincin kat jari aku. Lepas sarung cincin, terus kiss kiss and ibu Zarina bagi nasihat supaya jadi isteri yang baik kepada AF. Baik ibu :')


Ini namanya pegangan tangan simpulan kasih keabadian cinta tiada penghujung diantara ibu dan anak. Tak sia-sia aku pakai lotion banyak-banyak itu hari hikhik.



 Lord of the ring :)



Happy faces yang turut sama menjayakan majlis!


Gambar atas : Inshaallah kalau ada umur yang panjang, bertambah bilangan gegirl dalam family iolls :) Bersama ibu, Aainaa (AF's sister) dan Helwa (AF's sil)

Gambar bawah : Bersama family lakayena yang peliks


Thank you girlfriends sebab datang jauh-jauh :) Inshaallah majlis korang iolls datang !



Guest makan bertambah-tambah. Ibu & ayah happy sangat. Iolls je tak sempat makan sebab bz bergambar mengalahkan retis :")


Orang kuat majlis. Terima kasih ibu ayah sebab kasi adik bertunang dengan AF hikhik. Special thanks to my bestfriend Najahtul Iylia sebab datang merewang, tolong aku dari sekecik-kecik ke sebesar-besar benda. I did my own makeup...eyeshadow tersenget sebelah, Najahtul la yang tolong padamkan haha! Kata baru belajar makeup lepas tengok tutorial kat youtube, of course la haru biru makeup aku! Thanks to my SIL lakayena sebab pakaikan kita dress ni :)


 Haram meminang tunangan orang ya, cewah kau dah kenapa 



Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat je. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. Cuma... bila dalam gambar dia nampak macam gah gila. Iolls pon tanjat. Padahal bajet semua minimal. Ha trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer :) Terimakasih photographer Ib Ghani & team sebab power dan berjaya memberi ilusi gah kepada majlis iolls. Kami sangat berpuas hati dengan hasil dorang. Boleh try usha kalau tak percaya.

Facebook : Peekturesbyibghani
Instagram : @peekturesbyibghani
Hp : 019-3375791 & 017-2655242




Buat bakal isteriku,

Terima kasih kerana sentiasa memahami & menempatkan ibuku no 1. Hanya dengan itu, dengan segala kudrat yang aku ada selagi bernyawa, inshaallah aku akan menjagamu dengan agama 

- AF


p/s : Sorry terjiwang pule :'). Doakan kakpatin ye! Kakpatin akan berusaha untuk update blog dengan lebih kerap pasni hee. Teruskan memberi sokongan kepada honeykoyuki ya!


Thank you for reading this entry !

282 comments:

  1. Fatin Liyana Yang cantik.. err.. syamsul pun ada? Bakal suami ada tali persaudraaan ke dengan kuarga Yusof Haslam? ke memang ank yusof haslam?

    ReplyDelete
  2. congrats...semoga kekal tinll jannah..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Idola.

    Gambar family lakayena yang peliks tu byk lucu. Ketawa I x henti2...

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak fatin.tumpang happy for u..

    ReplyDelete
  5. Pertunangan perlu dirahsiakan,
    Perkahwinan perlu dihebohkan.

    hardee786

    ReplyDelete
  6. Tahniah..agree about the photo trick yg buatkan gambar nampak wow...sblm ni x prnah kenal spa AF ni...huhu...
    Teringin nak tahu detik perkenalan akak FL ngn AF...harap dpt share..

    ReplyDelete
  7. SubhanAllah..cantik nyer kak patin..hehe tahniah ye..moga dpmudahkan segala nti ^_^

    ReplyDelete
  8. Congrats on ur engagement...gorgeous as always dear..moga cepat kawen fatin liyana

    ReplyDelete
  9. Wowww... pertunangan yg agak besar2an juga ni... sebenarnya saya lebih setuju pertunangan dihebahkan dari disimpan supaya tiada lagi yg datang menganggu (tapi entah kenapa yer... selalunya tunangan orang lah selalu diganggu hahahaha) begitu juga majlis perkahwinan... simple ke mewah ke kena dihebahkan...

    cantiknya gambar2 dalam blog ni... dua jempol

    ReplyDelete
  10. congratulation FL...
    alo omei omei nye dia..
    baju sama padan ngn orang nya.. tantek angat.. rajin meh singgah blog ye..

    ReplyDelete
  11. Aslmkm..

    Hi fatin=) nak tanya u beli glass bottle for door gift tu kat mana ya?

    ReplyDelete
  12. dah terlewat ke nak wish.. tahniahh.. suweet sangat :P

    ReplyDelete
  13. semoga Allah rahmati adik fatin dan keluarga

    ReplyDelete
  14. Congrats kak paten. May Allah easier everything.

    ReplyDelete
  15. Tahniah Fatin...pasangan yg sepadan:-)
    I pembaca senyap blog u selama ini.

    ReplyDelete
  16. FL, baju tempah kat mane, share la..plissssss

    ReplyDelete
  17. Tahniah Fatin. Kenal fatin dr adik ipar (coursemate fatin) ;-)

    ReplyDelete
  18. Salam Fatin. Found your blog. Anyway congrats on your engagement. Just wanna ask few questions :) 1) Mana Fatin beli bakul hantaran? 2) Babysbreath artificial or fresh flowers? Hope you can reply me Fatin. Thanks in advance! :) -Eqah-

    ReplyDelete
  19. Salam Fatin. Just found your blog. Anyway congrats on your engagement! Just wanna ask few questions :) 1) Mana Fatin beli bakul hantaran? 2) Babysbreath artificial or fresh flowers? Hope to get reply from you. Thanks in advance! :) -Eqah-

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Selamat melangkah ke alam yg baru adik fatin. May Allah bless you ^_^

    ReplyDelete
  21. congrats kak FL.. hehe.. such an inspiration to me la kak patin ni..

    ReplyDelete
  22. congratulations ^_^
    happy times ahead :)

    ReplyDelete
  23. congrats sis fatin:)
    sangat comel..semoga dipermudahkan urusan pernikahan kelak

    ReplyDelete
  24. Tahniah Fatin Liyana...Semoga urusan nikah dan kahwin berjalan dgn lancar dan dalam rahmah Allah SWT...ameen

    ReplyDelete
  25. Kak Fatin, I adore you since your age 19 sampai sekarang 25 eh? But yet still cecomel cam korea cemtu hmm tips awet muda pulak lepasni k hehehe congrats!

    ReplyDelete
  26. fatin, kat kepala awak tuh nampak macam bunny lah! Next time pakai crown, or simple little flower, bunga besar-besar macam tu kat kepala awak buat awak nampak macam bunny. Komen sikit jer.

    ReplyDelete
  27. wah. tahniah kak.. meriahnya majlis.. yaya doakan kak paten bahagia.. in sha Allah.. uhuuuu..

    ReplyDelete
  28. awww so sweet..congrats FL! u look so pretty and look natural...jaga AF leklok!

    ReplyDelete
  29. Cincin tu sgt cantik & unik..tahniah fatin. Semoga majlis nikah nanti berjalan lancar..

    http://mamaolin.blogspot.com

    ReplyDelete
  30. this guy make my heart broken.

    ReplyDelete
  31. sepadan
    sama cantik sama padan
    moga kekal till jannah ;)

    ReplyDelete
  32. Baraka Allahu lakuma

    ReplyDelete
  33. taHNIAH FL...semoga pertunangan berakhir di jinjang pelamin..in shaa allah.

    ReplyDelete
  34. Congrates Fatin...sweet sangat dress tersebut. Like it! =)

    ReplyDelete
  35. nmpak macam gorgeous pulak majlis kak patin although kecil kecilan ..

    ReplyDelete
  36. awww..so sweet...tahniah2...kitty pon xketinggalan nak amek gambar denagn tunangan orang ;)


    Risiko Anemia Kepada Ibu Hamil

    ReplyDelete
  37. Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair...tahniah fatin....

    ReplyDelete
  38. Tahniah! :-)

    Semoga dipermudahkan urusannya.

    ReplyDelete
  39. Tahniah Fatin.... gah majlis pertunangan dia... semoga dipermudahkan ke fasa seterusnya.....

    ReplyDelete
  40. Congratulations AF & FL...my fav couple! You both are really inspiring. Can't wait for ur comeback on IG.

    ReplyDelete
  41. Congratulations to AF & FL...my favourite two. You both are really inspiring. Can't wait to see ur comeback on IG as husband & wife 😃

    ReplyDelete
  42. Tahniah fatin! Semoga berbahagia hendaknya.. Amin3..

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum. Tahniah Kak Fatin Liyana ! Kak Fatin sentiasa nampak cantik + comel. Tak sabar nak tengok wedding Kak Fatin pulak. Selamat bertunang ;)

    ReplyDelete
  44. Barakallah ..saya doakan kakpaten bahagia sampai jannah.. Daripada belajar kat bandung saaammpaaaiii lah la ni kita baca blog kakpaten. Tahniah..

    ReplyDelete
  45. tahniah Dr Fatinnnn

    ReplyDelete
  46. Salam. congratz on your E-day, paten :)

    ReplyDelete
  47. subhanAllah! tahniah kak paten..mula2 tau tu cam tak caye je..biaq betuii.. lama xbukak blog..skali bukak terus terjah blog akak..sopp! memang terbaek! suke suke suke..
    xsabar nak tunggu "next entry" yang 1 lagi tu nanti..wish ols da best wokeh! sayang ketat2 (^__^)

    ReplyDelete
  48. Congratulation Fatin Liyana!!!

    ReplyDelete
  49. Tahniah diucapkan dan semoga kebahagiaan berkekalan sehingga ke Jannah :)

    ReplyDelete
  50. tahniah.

    akhirnya bertunang sudah.

    moga kahwin cepat-cepat ye. :)

    ReplyDelete
  51. tahniah.

    akhirnya bertunang sudah.

    moga kahwin cepat-cepat ye. :)

    ReplyDelete
  52. wahh alhamdulillah. dah macam kahwin hehe. tahniahh kak paten! :)

    ReplyDelete
  53. Comelnya FL..suka sangat dengan baju tunang tu.

    Entri terbaru: Resepi Korean Penkek (Pojeon)

    ReplyDelete
  54. Tahniah cik Fatin :) gambar2 yang cantik dan sungguh bermakna ... ramai la jejaka Malaya yang sedang ronggeng frustrasi ni .. hehe ... tahniah AF :)

    ReplyDelete
  55. Wah, tampak seru sangat. Akan lebih menarik jika ada dokumentasi via video pendek coz ini bisa terkait dgn adat budaya pertunangan di Malaysia. Btw, congratz Sis. Salam persahabatan dari sesama Blogger Borneo :-)

    ReplyDelete
  56. tahniah fatin, semoga kekal hingga jannah :)

    ReplyDelete
  57. Alhamdulillah..tahniah ye sis..harap elum terlambat untuk mengucapkan tahniah..semoga cinta ini membawa ke syurga..insyaAllah..amiin.

    Jemput lawat blog saya ye sis..saya budak baru belajar.
    http://akmalrusyd.blogspot.com

    ReplyDelete
  58. Tahniah kak fatin, kak fatin comel sangat,suka dengan baju tunang kak fatin. :)

    ReplyDelete
  59. kak patinnn. kenapalah kita yang macam ternangis ni bila baca post ni. congrats sangat. omg! i am very happy!! happy for you kak patin *love love love*

    ReplyDelete
  60. hye b2b... jom tengok instagram saya @gobokchermincreations...

    saya ada buat perkhidmatan buat baju, tudung, veil dan solekan... cubalah tengok,mana tau kalau berkenan kan...

    ReplyDelete
  61. congrats kakpatin, u look so beautiful,, enjoy reading ur blog.

    ReplyDelete
  62. akak congrate :* please invite me to ur weeding pleashpleash ahahha tak malu kan dek non,, aduyaii tapi saya ni memang peminta number1 akk, since bby(fatinmaaris) cousin kak datin najjah bgtaw yg muka kita mcm kembau terus search and we have a lot of chemistry kalau jumpa begabung kepala mst meletup hehheh..

    ReplyDelete
  63. comey..comey..tahniah fatin. semoga ikatan uolls berpanjang.

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum sis. actually really love ur hantaran design yg guna bakul. looks simple but elegance. so would like to know where did u buy that gorgeous bakul? sbb nak bt design mcm tu untuk majlis bertunang nnt, in syaa Allah. sbb u kata sehari pun sempat siap.. haha.. could u please give me the contact no/the place/n the cost for the bekas hantaran.. hehe

    atau pun klu ada sesapa yang tau mana nk cari bakul tu please roger me asap.. i dah cari kat SEMUA HOUSE tp xda. huhu..

    btw, mahal x? hahaha..

    really hope to get ur feedback sis.. pleaseeeee..
    email: madihah13@gmail.com

    tq dear!

    ReplyDelete
  65. Salam and hi fatin :)

    Do you mind telling me where you bought the basket you used for the hantaran? Been searching for that but i found none. I would be forever thankful if you could share with me :) Thank you fatin and may you have a blessed marriage ahead.

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...