Saturday, April 7, 2012

Trip To Korea : Namsan Park & N Seoul Tower

Assalamualaikum

Siryes aku rasa otak aku mengalami kelembapan yang maha agung sepanjang aku berada di sana. Kalau kat mesia konon pandailah amek medic. Kat Korea hampeh, aku bukan sahaja tak tau baca, malah tak tau bercakap dan mengira! Boleh tak kau bayangkan tahap kebebalan aku?

Tapi untuk mengelakkan dibelenggu perasaan lemah otak itu, aku selalu berdamping dengan Mar. Sebab Mar ni big fan of Kpop segala. Jadi dia boleh cakap hangul sesikit and kalau dia takleh cakap pon, at least dia paham orang korea tu cakap apa. *Mata bersinar* Maka berbekalkan semangat yang waja kami berdua telah travel secara random di bumi Korea!

Destinasi pertama : Namsan Park! Di Namsam Park ni ada NSeoul Tower, Teddy Bear Museum & Love Padlocks. 

Berbekalkan direction yang diberikan oleh rakan kitorang yang tinggal di Korea, kitorang berdua naik bas 511 dari INHA dan turun di JUAN STATION. Perjalanan lebih kurang 15minit. Dari Juan kami naik subway LINE 1 menuju ke SEOUL STATION. Lepas tu tukar LINE 4 dan menuju ke MYEONG-DONG. 1 jam setengah baru sampai. Phew!


 Macam good-good je skodeng makcik..padahal tak paham English an? eeee jahatnyewww kak fatin


Kalau nak travel di Korea, dinasihatkan untuk beli kad T-Money. T-Money ni konsep dia macam kad touch N go tapi kita gunakan untuk naik public transport seperti bas & subway. Yelah kau dah la tak paham orang cakap apa lepas tu poyo nak bayar tambang pakai cash pulak. T-Money ni boleh beli di convenient store macam GS 25 atau maybe di tempat-tempat yang ada lambang T-money. Kat station pon boleh kot. Aku punya, member aku kasi. Aku topup 30,000 won / RM90 boleh tahan untuk 8hari. Kalau dah habis and nak topup kat mana-mana station pon ada, nanti ko nampak Reload machine dia macam ATM machine. Dont worry machine tu ada English option.

Ha nak dijadikan cerita, aku ngan Mar ni terkinja-kinjalah naik subway sebab first time kan. Masa subway tu sampai, kitorang cecepat masuk kedalam pastu ternampak tempat duduk kat hujung skali. Cantek ah ada 2 tempat kosong! Sebelah tu ade pakcik tua. kitorang pon duduk sebelah dia. Aku lemparkanlah senyuman yang paling manis. Hormat orang tua you know. Tiba-tiba pakcik tu jeling pastu dia bangun terus. Ceh sombong orang tua ni, tak tau ke aku ni femes kat mesia, bentak hati kecilku. Ko pehal tin...

Depan kitorang pon berderet orang tua yang duduk. Malas aku nak senyum. aku tengok diorang, diorang pon tengok aku. Blank expression. Jual mahal ye kau pakcik. Skali Mar menjerit, ALAMAK TIN KITA DUDUK DEKAT SEAT ORANG TUA & IBU MENGANDUNG! PATUTLA!! Cecepat kitorang bangun dan berdiri menyorokkan muka daripada pakcik-pakcik tadi. Padahal dah 30 minit jugak lah duduk. Atuks Y U NO tell us?! =')


Dah sampai Myeong-Dong so kitorang cari kelibat Seoul Tower dan berjalan kaki untuk menuju ke arah itu. Nasib baik tak sesat masa naik subway tu. Pening kepala aku sebab banyak sangat Line & Exit.


Tu dia Seoul Tower dah jumpa! Kitorang takde map. Jumpa mana-mana manusia, terus tanya. Seoul Tawa? Where? Tawa where where? Sorry for the limited vocab dangg!


Penat, sejuk semua rasa. Ha nak naik ke atas Namsan Park ni, boleh la naik cable car. Harga 8000won/RM24 for round trip. Tak salah akulah..lupa! Tapi kalau nak feeling feeling batu caves gitu, boleh la jalan kaki.


 Ha hamek kau. Sebahagian daripada Seoul. Kalau sesat mampos tak jumpa carik.


Namsan Park yang sangat cantik. Masa ni Spring tapi so sad masih terlalu awal untuk cherry blossom berbunga. Tapi weather sangat la sejuk. Aku rasa ada 1-3 degree kot. Kaki tangan aku semua tak rasa wuwuwuw.


 Itulah Seoul Tower hikhik.

Sebab tangan semua dah tak rasa, jadi terpaksa beli hot coffee from the vending machine untuk menghangatkan suasana.

  Coffee price range from 400-900won / RM1.60-2.70.


 So beautiful

Anyonyonyo Mar dengan permandangan ni sama cantik. Wahh kena puji mar lebih sikit sebab semua gambar tangkap pakai camera dia hikhik.


 APELAK TUNJUK BUSTOP?! Belakon ko kan...


Love Padlocks! Biasanya couple datang sini dan isytihar percintaan mereka disini..foine foine..


Dorang akan beli padlocks yang cecomel kat kedai souvenir pastu tulis la janji-janji manis eh atas padlock tu, lepas dorang dah lock padlock tu kat pokok krismas tu, dorang akan buang kunci padlock. Konon macam cinta tersemat rapi sampai bila-bila gitu. AWW SHO SHWEET.... *Foreveralone dont come to this place please*


Tak cukup dengan padlock.. boleh jugak tulis atas tiles kecik-kecik ni pastu lekat kat dinding kedai ni. Pandai ko meniaga ye boss.


Tengah sibuk-sibuk jelly tetiba dah malam. CANTIKNYEEEE SEOUL !


Tetibe lagi, nampak macam orang kacak dan cantik berkumpul setempat. Pastu peminat bercamera berkumpul on one side. Pastu banyak cameraman. Apakah ini?


 Rupanya ada shooting !

Kitorang ni mula la dok menyibok nak usha siapa yang tengah berlakon. Kot dapat Big Bang ke tak ke ko pengsan? Hengat senang nak jumpa Kpop artist kat sini. Artist kat sini ibarat dewa tahu. Boleh histeria, melutut, menyembah ke lantai kalau fans dorang jumpa artist Kpop ni. Gila punye fan! 

Usha punya usha, rasanya kitorang tak kenal pelakon tu kot. Pastu Mar cakap, eh director dia ni bukan ke yang tolong tangkapkan gambar kita tadi? Aku macam aah la. Eh tapi dia orang Indonesia lah takkan dia direct cerita korea kot? Pastu kitorang saje je berdiri dekat-dekat dengan dia. Masa tu dia tengah duduk dekat monitor. Aku ni sebagai anak Malaysia yang pernah kuliah di Indonesia selama 3 tahun memulakan konversasi secara konfidennya :

FL : Pak, bapak ni director ya? Dari Indonesia?
D   : Iya dongggg..kalian dari mana?
FL : Oh iya? Aku dari Malaysia pak tapi dulu kuliahnya di Bandung di Unpad. Aku udah betah bangat sama Indonesia. Bapak dari Jakarta? Lagi bikin apa? Sinetron? Bagusss ni pakkk blablabla (pujian)
D  :Iya kalian cuma berdua aja? Liburan ya iseng iseng bangat..Nihhh aku lagi bikin sinetron kolebrasi antara Indonesia sama Korea ni. 


Ha kau, terus aku member dengan director tu kahkah. Tak sia sia aku blaja kat indon dulu, dapat gak aku amek kesempatan berkawan baik dengan dia. Masalahnya anak bos pon ada kat situ, namanya Sally. Dengan lajunya aku berbaik-baik dengan dia dengan harapan dapat tangkap gambar dengan pelakon pelakon korea tersebut! Ingat senang ke nak kacau orang tengah shooting. Pastu aku keluarkan perkataan hikmat aku :


FL : Bapak.. iya bapak ni kan directornya, kalau kita tu mau foto bareng sama aktor sama aktressnya bisa ga =) ?
D  : Iyaaa tentu sajaa, aku ni kan directornya ha ha ha ! (laughing like a boss)


Revalina S Temat. Bawang putih tu hee..lawa gila ingat Korean rupanya Indonesian!


Sebab dah berkawan baik dengan director & Sally (anak bos, mak dia punya production company) maka kami dapat berbual-bual dan berpelok dengan Revalina =) Sangat baik dan peramah!


Tim Hwang Young Min. Penyanyi ballad & pelakon korea.

 Takyah beratur terus dapat tangkap gambar sebab kawan dengan anak bos hee...Makasih ya Sally!

Tak sangka betullah. Sebab sibuk dengan dorang ni, akibatnya terlupa nak masuk Teddy Bear Museum. Gila lah aku macam tak percaya apa yang dah berlaku kat kitorang. Tak semena-mena pergi berkawan dengan director, jumpa artist bagai. Padahal niat asal cuma nak tengok Seoul Tower je. Alhamdullilah, Allah jadikan percutian kali ni menarik dan penuh dengan pengalaman yang manis =)

Thank you for reading this entry !

243 comments:

  1. untunglaaa dpt g korea..sy dh lme tringin nk g sana..

    ReplyDelete
  2. u dont have to mention it twice..

    ReplyDelete
  3. WAH BESTNYA... NI BULEH AJAK MAI PERLIS PULAK LEPAS NI

    ReplyDelete
  4. like the last words " Alhamdullilah, Allah jadikan percutian kali ni menarik dan penuh dengan pengalaman yang manis =) - it happened to me last september too :)

    ReplyDelete
  5. Hai Fatin :)
    I bosan this morning so I decided nak bagi a present for you. I hope you like it. Please at least take a look at it, can?

    http://eejooslash.blogspot.com/2012/05/twenty-one.html

    *your blog memang ohsem \(^-^\)

    ReplyDelete
  6. jelesnye kak Fatin T_T dAh lah chomeLL :D

    ReplyDelete
  7. ape yg mampu sya cAkap SAYA JELES!!kat awak kakak chomELL :D

    ReplyDelete
  8. klakarlah time tersalah seat tu,,btw sis sgt chomell :D

    ReplyDelete
  9. wahh kak Fatin dpat tangkap gmbar dengan Tim tuhh....argh feymes kot dia ni :) hehe..anyway,entry ni best:)

    ReplyDelete
  10. wahhh kak FL ke korea. saya pernah sampai ke namsam tower tuh, love padlocks tuh! malam tu kami sampai lepak2 dok sana siap2 nyanyi2 lagu ungu "percaya padaku" permintaan dari tour guide kami budak Msia. sangat best dan seronok di sana! jeles! kak FL dapat pegi kafe2 tu..kami xsempat :)

    ReplyDelete
  11. fatin, kat mana awak beli baju sejuk kaler putih tu? bulan depan saya nak fly ke korea. nak baju mcm awak tu!

    ReplyDelete
  12. First time here. :)

    Omg, this is torture. Like seriously. I hate travelling tapi after baca post you ni, fatin, terus I nak ke Korea tau! Haha. That Seoul Tower ada dalam Running Man! Haha. :)
    Oh, and dulu mcm ada mentality yang duit sana mahal melampau, tapi rupanya tak punnn! Thanks to you. :)Deobokki tu mcm sedapp.

    Btw, you are a medical student? Sama lah then. How old are you btw? Meh lah datang Egypt, for the next vacation! :D

    ReplyDelete
  13. start arini kene menabung larh, x tahan amik tau citer org jew.. huhuhuhu! ^^

    ReplyDelete
  14. kak fatin! suara Tim tu sedap!!

    ReplyDelete
  15. wahh.! kak fatin pon minat big bang ker...??..wow...sya pon minat gile big bang...!.kalo jmpa mesti menjerit dlu .haha..:)

    ReplyDelete
  16. Tengkiu daun keladi..sepa2 nak melancong ke korea or beijing dgn harga murah tgk2 la ya
    Www.muslimtravelbug.com

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Fatin :)
    Kak Fatin guna Camera ape ek ?

    ReplyDelete
  18. Salam kak Fatin :)
    Kak Fatin guna Camera ape ek ?

    ReplyDelete
  19. fatin,
    leh tak nak tahu tempat2 yang fatin g makan kat sane?sebab plan nk g tahun depan. Amanda baru dalam blogger. Minta tunjuk ajar yer. :)

    ReplyDelete
  20. OMG!!! jumpa Tim plak? itu lah dah nama rezeki sorg2 kn.. aarrghh.... can't wait to go to korea Nov nih. spa nak ikut? hehehe..

    ReplyDelete
  21. Perrghh ! Untung aaa !!! Nak gakk pi sana :PPP

    ReplyDelete
  22. waaaa!!!!!!!!!!!!bestnye..nak pi jugak..hrm lambat lagi nak pergi.i'm not a legal adult yet

    ReplyDelete
  23. Hewhew.. untung giler kak FL :)
    Seris lyy , i'm gonna be jelly . Kahkahkah xD

    ReplyDelete
  24. nak tnya skit...brape budget kak fatin g korea ni??nak thu sngat...plesss

    ReplyDelete
  25. hai fatin... nk mntk u pny full itinerary kt korea leh x... sbb nk gune ble nk g sne mac nnt.. pape nnt email kn kt shuqqranrazali@yahoo.com.my

    tq very3 much

    ReplyDelete
  26. salam kak fatin boleh tak recommend kedai yg jual trench coat yg mcm akk pkai masa kt korea ni? saya akan bertolak 12 march ni

    ReplyDelete
  27. Fatin, camne ni. dah jatuh cinta ngn fatin dan kesengalannya kekeke. best 8 juta kali.
    untung betul dpt jumpa si tim tu. dan2 shooting kan. rezeki Allah bagi. ^^

    ReplyDelete
  28. Bestnya dapat jumpa Tim. he.he.

    ReplyDelete
  29. omo omo..today,cite yg akak tgok shooting kat korea uh sdg ditygkan di TV9..tjuk dia..saranghae.. kot2 lah ad trmsuk muka akak kan time shoot..hahha.. don"t forget 5.30p.m-6.30p.m monday-thursday

    ReplyDelete
  30. Dah ada kat tv9 cerita ni. Tajuk Saranghae..

    ReplyDelete
  31. jom tgk sinetron Saranghae tv9!=))

    ReplyDelete
  32. hai fatin,,jln2 bca blog awk..tau x cite yg revalina s temat blakon tu,yg fatin terserempak dgn diorg kt korea tu,,skrg tayang kat tv9 pkul 5.40pm smpai 6.40pm =D xsangka lama giler bru tayang kt malaysia..rsanya bru episod 3-4 dh kot... =D

    ReplyDelete
  33. drama indonesia yang Tim and revalina lakonkan ni dah ada disiarkan di tv9 jam 5:30 petang.. jom tengokk kak fatin!!! huhu he's so handsome! his english quite good! ^^

    ReplyDelete
  34. Bestnyaaa. untung akak fatin. jealous, Hehehe

    ReplyDelete
  35. Entri ni membuatkan aku berazam untuk travel ke korea.

    Winter Sonata here i come..

    Visit My Blog

    ReplyDelete
  36. macam mane dengan simcard hp ye.. sy x nak guna roaming.. sbb masa sy pergi hong kong dulu, sy beli simcard pakai buang utk semiggu beli di kedai dlm airport hongkong. kalu korea mcm mane ye..? thanks

    ReplyDelete
  37. Hahaha.
    Rezeki jumpa retis.
    Kecik molek je FL tue disisi retis.

    ReplyDelete
  38. Did you know that that you can make cash by locking selected pages of your blog / website?
    Simply join AdscendMedia and use their Content Locking tool.

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...