Thursday, April 12, 2012

Trip To Korea : Hello Kitty Cafe & Coffee Prince Cafe

Assalamualaikum

Aku ni sebagai peminat Hello Kitty yang tegar pastilah tidak akan melepaskan peluang untuk ke Hello Kitty Cafe yang terletak di Hongdae. Walaupun sudah tahu bahawa seluruh kedai pastilah akan didekorasi dengan muka kucing tanpa mulut ini, tetapi hikhik iteww nak pewwgi juwgak !

Tetapi ada cerita sedih yang aku nak habaq mai. Sebagai masyarakat yang tinggal di cuaca khatulistiwa, kita amatlah tidak biasa untuk check weather forecast setiap hari. Berbeza dengan masyarakat Korea, mereka akan check weather forecast setiap hari. Jikalau mendung/hujan, mereka akan bawa payung. Lelaki perempuan semua sama. Takde istilah 'Tak jantanlah der kalau lu bawak payung ahaks!'

Masa sampai kat station subway, kami nampak semua orang bawak payung. Kecoh seh orang Korea ni, cuaca mendung je kot. Danggg! Amek kau cakap besaq, teros ujan tak berhenti sampai ke malam. Pelik sungguh cuaca kat Korea ni, hujan dia renyai-renyai je. Tapi duration dia ang toksah cerita. Sama macam naik flight ke Paris. Tambah transit time di Singapore selama 7 jam.

Lokasi kali ini terletak di Hongdae. Dari Juan ke Seoul Station naik Line 1. Di Seoul Station tukar Line 2 untuk ke Hongik Univ. Station. Hongdae ini adalah singkatan kepada Hongik Univ. Jangan jadi noob kata 'Takdeponnn Hongdae dalam map?! Aku dah cari banyak kali weyh...' Eh aku la tu hehehe.


Dalam hujan, tanpa sekaki payung dan hanya beralaskan mafla di atas kepala, kami berjalan kaki mencari Hello Kitty Cafe. Sesat berkali kali. Tanya direction kat orang Korea, berpeluh nak paham apo dio mengarut. Kok mengarut tapi bagi direction yang boto takpo. Akhirnya, Mar ternampak Hello Kitty Cafe bersebelahan dengan Watson.


Sebab orang Korea suka sangat makan waffle maka cafe ini pon menyediakan waffles & cakes =) Tapi semua bentuk Hello Kitty lah. Bagi aku harga dia tak mahal, sama je macam cafe-cafe lain di Seoul. Boleh lah try kalau anda datang ke Seoul!


Sebelum order, kena cop tempat dulu. Nasib baik waktu kitorang datang, tak ramai orang. Biasanya, memang kena beratur. Over tau.


 Ha amek kau. Biar berpinar bijik mata kau nak cop tempat.


 Caramel Latte 4200won / RM12.60 & Cafe Latte 3800won / RM11.40 C-O-M-E-L-S!!


 Caramel Waffle 3000won / RM 9.00 & Choco Banana Waffle 3500won / RM10.50 C-O-M-E-L-S-G-T !


Bagi aku lah, waffle dia ok-ok je. Takde le sedap sangat. See, walaupun aku big fan Hello Kitty namun aku masih boleh untuk kritik tauu. Nampak sangat tak bias, adil lagi saksama !


Boleh menangis sewaktu menyahtinja dek kerana terharu dengan kecomelan toilet ini.


 Gembira sebenarnya tetapi muka seperti mempunyai aura pembunuh?! Bagaimana pula?


 Tidur pula...

Adakah Hello Kitty Cafe mempunyai saka?! Kenapa tiba tiba aura pembunuh serta nafsu mengantuk datang ketika kami singgah disini? Itu yang kita tidak tahu...


Tahukah anda kedai kopi di dalam cerita Coffee Prince sebenarnya wujud di alam nyata? Walaupun aku pernah tengok 1st episode sahaja, tetapi tetap bersemangat mahu melawat cafe tersebut!


Itu dia. Ia terletak di Hongdae juga. Jikalau ke Hello Kitty Cafe kami sesat, maka ke Coffee Prince Cafe kami lagi la berkali kali kali ganda sesat. Sampai dah nak giveup berjalan dalam hujan sambil kesejukan wuwu.


Dengar cerita harganya agak mahal. Lebih kurang 7000won / RM21.00 untuk secawan kopi. Sebab tu kau tak dapat duit aku boo. (Padan muka kau, aku tangkap gambar kat luar jeeeee)


Thank you for reading this entry !

237 comments:

  1. The place is soo nice! cantik nya korea... never have time to explore there...

    ReplyDelete
  2. woi!!!!! kau pegi tak ajak aku!!!!!!
    hua hua huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

    ala best gila!!!!!!
    kn bagus kalau kt malaysia pun ada cafe hello kitty..................
    :(

    untunglah...hihihihi...bestlah........................................ !

    ReplyDelete
  3. nice korean.. haha.. asian mmg great.

    ReplyDelete
  4. Waaaaaa.. You went to Korea. Hiks, so envy :') I love the picture. dear.

    ReplyDelete
  5. Halal ke? Takde alcohol dalam minuman dengan cocoa syrup tu confirm takde wine ke?

    ReplyDelete
  6. Bestnyer.. comel gila Hello Kitty tu.. sampaikan kat toilet pun penuh ngan pink..

    ReplyDelete
  7. halal ke sume mknn n minuman tu kak fatin?

    ReplyDelete
  8. indahh banget lokasi_nya nihh ....indah juga untuk di lihat..salam kenal aja kaka...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum


    comelnya kedai ni. i minat hello kitty. nasib jauh ja. kalau dekat malaysia teringin jugak nak p kedai yang comel macam ni

    ReplyDelete
  10. comel gila kopi tu . mesti nak minum pon rasa sayang kan =)

    best nya jenjalan ke korea >__<

    ReplyDelete
  11. Salam cik fatin. Nak tnya skit bleh,fatin beli jaket merah tu kat mana eh? Saya tgh survey2 nak cari jaket2 style camtu..if u dun mind,maybe you can share with ur readers and followers?

    ReplyDelete
  12. ya allah, beruntungnya kak fatin dpt pergi ke korea. seronok sgt tgk kak fatin dpt pergi sana. saya pun harap dpt pergi sana satu hari nanti, insyaallah :')

    ReplyDelete
  13. wahhh...bestnye...terfeeling macam saya je yang pergi sna...nice trip ;)

    ReplyDelete
  14. Wahhhh..sangattt² teruja...terfeeling macam saya je yang pegi sana..btw nice trip ;)

    ReplyDelete
  15. wow ! amazing ! wlopun just tgok dr gmbr je Hello Kitty Cafe tu,ase cm dpt ase sndri nikmat sronoknye n merasa lihat cantiknya kafe tu..minum air tu sume..ase nk pegi plak tgok mata sndri..ase smngt nk pegi korea lpas abes study smkin berkobar2 ! :))

    ReplyDelete
  16. alaaaa kenape tak pegi minum kat coffee prince cafe..? hot chocolate die sgt sedap & lagi bbaloi drpd yg kat hello kitty tauuu... :)

    ReplyDelete
  17. Hi Fatin, saya akan ke Korea next month ...brapa ye bajet comey lotei ( cam awak , heheh ) ..dalam 4 ribu malaysia ok tak ?

    ReplyDelete
  18. Aduhai.memang berpinar jugak lah mata ni tengok semua hello kitty.dah la kaler pinkkkk!aiyooooo teruja:))

    ReplyDelete
  19. comel helo kitty...kalo leh...nk g sana ngan kak fatiN....plis...

    ReplyDelete
  20. wa.... best nyer.. geli hati dgn ayat FL pasal kafe coffe prince tuh... hahahahaaa!!!

    ReplyDelete
  21. salam...
    wow...bestnyer dapat g korea.
    saya harap nnt saya past dapt g korea.

    ReplyDelete
  22. asal lah mahal sangat .... :(

    ReplyDelete
  23. bestnyew korea~... sesat berhari hari pon xpa, hahaha!! janji korea.

    ReplyDelete
  24. best sangat2...bila la aku nak p korea lak ni..hehehe

    ReplyDelete
  25. Tengkiu daun keladi..sepa2 nak melancong ke korea or beijing dgn harga murah tgk2 la ya
    Www.muslimtravelbug.com

    ReplyDelete
  26. cutenya! hhhhaaaa... nak gi Korea! MY FV place.. :(

    ReplyDelete
  27. wahhh ! bestnyaaa klau dapat pegii :pp haha . Tapi sebelum pi kena belajar ckp korea terlebih dahulu kot , kang kena serang nty tk tau nk ckp apa daa . kehkeh :3

    ReplyDelete
  28. OMG, haha tau post ni post lama tapi bila jejak balik baru perasan Kak Fatin punya coat same ngan kite punyee haha :D

    ReplyDelete
  29. Awesom!! saya ambil gambar yg hello kitty tu k. :) hehehe!

    ReplyDelete
  30. seriusly fatin buat sy teruja nk gi sini. arrr i love korea. i hope can go there one day. Pray for me please! :) heee

    ReplyDelete
  31. hi....the hello kitty is in seoul town?

    thanks

    carrie~

    ReplyDelete
  32. Di sebabkan saya ni peminat tegar Hello Kitty, I feel like wanna go KOREA one day! Comel angat!

    ReplyDelete
  33. wow bestnye kak fl ! kite jjealous laaa ssb kite pun minat hello kitty jugak. Doakan kite dapat pegi sana jugak tau ! tapikan, café hello kitty diorg ni halal ke kak ? :/

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...