Thursday, June 23, 2011

Kanak-kanak noob.

Assalamualaikum


Definisi solat dari segi syara' adalah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Sila ingat defisi ini kerana ia berkait rapat dengan cerita yang aku akan sampaikan kejap lagi. Hari ini aku nak bercerita tentang satu cerita benar yang terjadi kepada aku. Cerita ini berkaitan dengan solat. 

Perkara ini terjadi ketika aku darjah 6. Semasa ditahap umur sebegini, UPSR adalah peperiksaan paling penting untuk gradekan anak orang itu pandai atau tidak. Kalau mendapat 5A pastilah emak-emak akan menjaja cerita kepada jiran tetangga yang lain. Dan pastilah jiran-jiran akan menganggap anda 'super genius' kalau mendapat 5A dan 'tak berapa nak pandai' kalau mendapat 1A. Walhal mungkin anda yang mendapat 5A ketika UPSR tu hanya mendapat 5A daripada total 8 subjek PMR. Nostalgia sungguh ibu ibu tahun 90-an hehe.

Jadi untuk mendapatkan result yang memuaskan, pihak sekolah aku telah mewajibkan kelas tambahan bagi subject Sains, Math dan English untuk budak darjah 6. Kiranya, sehari-hari aku akan pulang ke rumah dalam jam 4.30 kerana menghadiri kelas penambah bilangan A ini. Jadi haruslah solat Zuhur ditunaikan di surau sekolah kan.

Kerana aku dikira senior waktu itu (darjah 6 kira paling otai la) dan ditambah pula aku adalah seorang pengawas maka saf aku (saf perempuan) adalah yang dipaling depan sekali. Diiringi dengan beberapa teman sedarjat. Special bukan? Sudahlah saf paling depan. Bila habis solat pula, adik-adik akan cium tangan engkau. Rasailah betapa hebatnya darjah 6 ketika itu.

Hendak dijadikan cerita, pada satu hari ini, aku sedang solat berjemaah macam biasa. Masa itu rasanya rakaat ke 3 mungkin. Aku tak berapa nak ingat. Macam biasalah, kalau duduk di saf paling depan sekali, pastilah langsir yang memisahkan tempat solat lelaki dan perempuan tu dibuai indah oleh angin dari kipas yang berputar. Kiranya langsir tu macam bergerak-gerak. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Tapi entah kenapa pada hari tu, langsir itu bagaikan dipukul ombak. Bukan berbuai-buai tau. Dia macam melambung-lambung ganas gila macam tengah riot. At times, dia naik sangat tinggi ke belakang dan then ke depan semula.

I dont know how but masa aku sujud tu, aku boleh rasa yang langsir tu melibas2 belakang aku. Bila aku bangun dari sujud tiba-tiba aku nampak lelaki. Ehhhhh langsir gila tu telah bikin aku malu. Engkau paham tak langsir tu berada di belakang aku! Bukan di hadapanku. Akibat angin kipas yang melampau-lampau, aku termasuk dalam langsir yang memisahkan laki dan perempuan and now aku berada kat area lelaki. Sensorang.

Dalam keadaan panik tu aku cepat-cepat keluarkan diri aku dari langsir tu dan terlepas cakap satu perkataan. Aku rasa suara aku slow je, macam berbisik. Tapi benda tu spontaneous keluar dari mulut aku tanpa disengajakan. Macam OMK. Opocot Mak Kau. It happens in a split second kan? Macam tulah. Tapi aku bukan cakap OMK. Engkau tahu apa yang aku tercakap? 


'Ohh shitt'


Aku rasa orang sebelah aku terdengar ungkapan itu, tapi mungkin sebab aku pakai baju biru maka dia mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja sewaktu kami bersalam-salaman. Yang gamblenya, aku teruskan rakaat ke 4 and pretend as if nothing happen. Padahal aku dah cakap shit kot. Tentunya batal solatku. Haha! Kids please dont try this at home.


p/s: Sewaktu tu aku merupakan big fan of Arnold Schwarzenegger. Banyak line dia dalam movie yang dia lakonkan, dia mencarut. Masa tu aku ingat kalau marah haruslah cakap shit barulah omputih. Maafkan kanak-kanak noob bajet american ini.


He's the culprit. Yeah. He taught me the evil deed.

Thank you for reading this entry !

206 comments:

  1. hahahaa

    bukan setakat bercakap dalam solat,mencarut plak tuh!

    hahaha..
    siyes klakar betul dengan budak baju biru yang noob tuh...
    keh3 . JK ^^

    ReplyDelete
  2. mmg agak shit..bile bgn sujud, tgk2 ade kt dunie len ea..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha

    terhibur akak petang ni dik... eeekekeke

    ReplyDelete
  4. LMAO!!! Well said in the simplest manner!! Kelakar giler, can imagine the situation myself. Couldn't stop laughing for a while after reading it...HA HA HA

    ReplyDelete
  5. However, all of the digital products including Samsung Galaxy
    Tab as well, which use memory card to store your data or
    files, such as videos, images or audio files, so human operation would make data
    lost on Galaxy Tab accidently. 3 inches screen, there is 285 pixel in one inch, it is also called ppi.
    Like the Apple i - Pad Keyboard Dock listed
    above, the Logitech Android Keyboard has many tablet-friendly features.



    Here is my webpage: samsung galaxy tab 2

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...