Tuesday, May 31, 2011

Perempuan nafsu 9 & akal 1.

Assalamualaikum


Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu & 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. Yeah you heard me, perempuan ada 9 nafsu & 1 akal.(Ada orang kata hadis ni tak sahih, but lets just pretend like its true) Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam pathetic gila orang perempuan. Kasihan, perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jer. Tengok perempuan tu suci dan lemah lembut..but eventually dia ada 9 nafsu. Haha! 


But things don't work that way buddy. Bila cakap pasal nafsu, it can be broad. It can be anything that require lust. Nafsu makan, nafsu shopping, nafsu berak dan pelbagai lagi. Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang maha pelbagai, maka orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami. Adalah lebih senang untuk faham salasilah puak Yahudi Ashkenazi daripada kami. Wuwuwuwuw.


Perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap. Tak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari ni dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima bulat-bulat. Kalau tak boleh terima, kitorang akan marah. Haha! Cool bukan? Tak dengar cakap je marah. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (Thanks for the uncontrollable scientific-proven hormone!)


Lepas tu, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. I mean like real cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim Harem pants. Maka bergegaslah mereka ke Times Square ini jam jugak untuk mencari Harem pants (TS murah sikit hihi). Lepas tu Harem pants dah tenggelam, keluar pulak Tapered pants. Ah kene pegi balik TS untuk beli Tapered pants! Ga keren lho kalo ga ikut peredaran fashion! And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju ikut fashion, kadang-kadang ada certain baju tu dia pernah pakai sekali dua jer. Yelah musim dah habis, takkan nak pakai baju tu lagi kot. Nanti orang kata ''You're so 2007 duhhh~'


Bila tengok orang dok pakai clog, beriya kita cari clog yang sale sekitar mall di KL. Bila tengok orang pakai makeup, kita pon nak jugak walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je make up tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak jugak jadi Hana Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang pakai vintage dress, kita pon beriyalah bersengkang mata cari online shop yang ada jual baju vintage. These are the commonest examples that I could think of. I know well cuz i'm a woman too. Aku pon tak lepas juga dari penangan 9 nafsu ni. Siryes penat emosi & jasmani sebab tak pernah puas dengan apa yang kita ada. 


Benda ni buatkan aku terfikir. APA YANG AKU KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa & tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tak pernah puas pon. Makin aku berkorban, makin aku terkorban. Eh apa aku cakap ni? Hahahaha but yeah i hope you got my idea. Kau takkan pernah puas kalau kau keep on comparing yourself with others. Orang ada kita pon nak ada jugak. Orang takda, kita nak ada jugak. Abih bila masa je yang kita takda ni? Eh apa yang ada apa yang takde ni. Aku ni suka melalut sampai dah terlupa apa aku nak cakap sebenarnya. Cis.


Semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. Walaupun orang pakai shawl fancy2, aku tetap dengan syria murahanku =') Yeah, mula-mula rasa macam segan giler aku sorang je yang pakai jeans & syria, semua orang pakai maxi skirts & shawl HT like sangat cantik kottttttt. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem kahkah. (Tampar mahu ga?)


Macam makeup pulak, dulu aku pon sibuk jugak nak pakai makeup bila gather dengan kawan-kawan, konon-konon taknak rasa macam being left out la kan. Semua orang pakai makeup takkan kau sorang je datang dengan muka plain? Nanti nampak macam you are not belong to that group. (That's what I used to think before). So aku ni kaknam sibuk nak pakai eyeshadow & mascara bagai, lepas tu bila nak solat dah susah. Kena pakai remover and all. Buang masa je. Lepas tu kena pakai balik makeup. Benda 10minit dah jadi 30minit. Tak cerita lagi part lilit shawl bagai =')


Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things. Dulu aku okay je, but now aku rasa rimas & menyusahkan. Well benda ni depends kat individu sebenarnya. Kalau semua orang fikir macam aku, then takdelah fashionista didunia ni betul? Haha. Bosan lah pulak dunia ni nanti. But apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, kalau kau rasa benda tu macam tak bagi benefit kat kau, then don't do it. Kalau kau rasa kau buat semua benda ni sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan. Korang macam bersaing-saing  sapa pakai baju lagi cantik and stuff bila meet up walaupun secara amnya korang adalah goodfriends. Jangan cakap tak, at least korang mesti terdetik sedikit jealousy. Perempuan kan memang suka envy. Thats the fact.


So the best way is, kurangkan stalk fashionista. Jangan salah faham, aku suka tengok fashionista jugak, but sometimes you just gotta do it. Bila korang tak stalk, korang tak tau fashion terbaru, lepas tu korang pon tak beli haha! Anyway diorang kan fashionista, dah bidang dia disitu, of course la dia kena pakai latest fashion hee. Yang kita orang biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam diorang. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple is more kan? Tapi kalau nak jugak, terserah kamu deh sebab minat orang kan lain-lain.


Lepas tu kenalah kuatkan iman dan tinggikan paras konfiden dengan berbisik dihati ayat sebegini 'AKU CANTIK WALAUPUN TAK PAKAI MAKEUP AKU CANTIK WALAUPUN AKU PAKAI BLOUSE DENGAN CROCS JE' Korang kena ada konfiden, tapi janganlah terlebih sehingga menjadi riak pulak sampai bila jumpa fashionista kau pegi cakap ' Hello aku cantik je walaupun tak pakai baju macam kau'. Itu dah melampau. Memang aku pergi simbah acid kat muka kau haha! Anyway, bila kau ada konfiden kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' lepas tu mesti kau tak terpengaruh dengan orang lain. Cool kan macam tu. Hati kau tenang, duit kau pon selamat dan yang penting, kau tengah belajar menahan nafsu haloba. Its a good thing right =)


p/s : Berfashionlah ikut kemampuan kamu. Tak salah kalau sekali sekala nak bershopping, nak pakai makeup cantik-cantik, tapi jangan sampai overboard. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Aku pon pernah buat silap dan Im learning from my mistakes =') Kita kan manusia. Biasalah kan. Marilah girlfriends kita belaja untuk terima diri sendiri dengan seadanya!

Thank you for reading this entry !

287 comments:

  1. dear, tumpang share kt FB...thanks

    ReplyDelete
  2. betul!!! jadi diri sendiri lagi best...huhuhu chill! :)

    ReplyDelete
  3. wait,if you are confident with who you are then why do I see in your previous posts that you tend to wear colored contact lenses??ironic since you don't seem to like your own eye color.hahaha

    ReplyDelete
  4. Aten, I really do appreciate with your assignment. It's a real fact of life. "Be as originally like what you are, and not like others" Aten, you look prettier without make-up. B'cos you are originally cute, gorgeous, intelligent, and ..... Masya Allah. Jkta/

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt


    very nice entry.
    cukup sekadar menutup aurat dan jangan terlalu tabarruj.
    glad to read this entry.
    you've become a role model and a good model should always lead by example.

    so how's hukm? hope you don't have any problems there and enjoy with your clinical phase. ;)
    take care.

    ReplyDelete
  6. relax..
    usia akan menjadikan kita lebih baik dalam berfikir.. masa ni mungkin berbelanja dengan mudah.. tp dalam satu dua tahun lagi.. bila suia menghampiri kerjaya.. pada waktu itu, kita akan menjadi bijak.. berbelanja dan berfesyen mungkin...

    relax k? lumrah wanita la tu.. tak salah kan?? tp laki skrg pun suka juga berbelanja.. biarpun nafsu satu.... hahaha

    ReplyDelete
  7. ahaa, "I am pretty just the way I am" like that very much! Haha :)

    ReplyDelete
  8. nice post future doc!!!
    keep it up..
    kalau dah cantik pakai ape pun cantik :)

    ReplyDelete
  9. padan betul Fatin ni dgn aku,sesuai sgt2

    ReplyDelete
  10. salam.

    hadis tu tak palsu, tapi maksud yang paling rapat dan sesuai dengan konteks sebenarnya ialah;

    perempuan 9 emosi 1 logik,
    lelaki 9 logik, 1 emosi.

    bukan nafsu dan akal. :)

    -zz

    ReplyDelete
  11. do check dis fake acct..https://www.facebook.com/Cybersecure.my#!/cyber999

    ReplyDelete
  12. Crying when reading this post ='/ touchy. seriously, no one will ever be satisfied with who they are..

    ReplyDelete
  13. SETUJU SANGAT KAN :)
    WEEL,KITA PON KEKADANG CMTU JUGAK. BILA PIKIR BALIK. ALLAH,DUNIAWI JE SUME NIH :)

    ReplyDelete
  14. http://www.youtube.com/watch?v=Jkjk7J9PCSg

    ReplyDelete
  15. kita pempuan nih mmg jenis banyak nafsu.
    nak-nak nafsu bershopping.
    makan jangan cita kalau jenis montel macam akak..

    ReplyDelete
  16. serius betol...nafsu perempuan ialah terpengarauh la antaranya..macam ape ntah la bile sifat terpengaruh ni berleluasa dlm hati..bile tgk org cantik pkai fashion gini, nak ikut..bile org suke domo kun, nak jgk ikut kumpul brg domo kun..pelik la dgn diri. =.+

    ReplyDelete
  17. tediaaa fatin ! tak kembong perut ke oder air byak byak ! HAHAHA !
    aku oder jugak air sampai dua, tapi satu air manis. and satu lagi air kosong je. haha. tapi betul lah kan?
    orang tamak selalu untung kutt !! kahkah .. :P

    ReplyDelete
  18. well said FL :) setuju sangat ;D

    ReplyDelete
  19. i love being a perempuan! yihuuuuu!

    ReplyDelete
  20. wahhh this entry is what i am looking for rite noww :) thanks!

    ReplyDelete
  21. The hadith didn't meant nafsu as keinginan nor akal as intelectual minded but it speaks about heart and logic thinking. guys are more logic, while women are created to have a heart on everything.

    Sebab tu susah nak jumpa guru tadika lelaki, mau dia nak sepuk je budak menangis...

    ReplyDelete
  22. yup! betul tu kak fatin..kdg-kdg fiera pun terpengaruh dengan fashion2x ni..tapi bile fikirkan balik memang menyusahkan...=)

    ReplyDelete
  23. ingat kan saya sorang je pikir macam ni,kita sependapat :)

    ReplyDelete
  24. cik fatin. sy suke entry ni! ekceli sy dl pon mcm 2. org pkai ni, kite pon nk pkai. org bt cmni, kite pon nk bt cm2. skank ni bile dh besa pjg,dh bley pk baek brk. i just love being myself. xnk dah telampau2 terikut ngn persekitaran. just be the way u are with the right way :)

    ReplyDelete
  25. wahh.. biasanya baca jer.. x pernah nak komen..

    u'r ritew.. tpi org sekeliling pun kena main kan peranan penting untuk menjadikan kita konfiden..

    u'r so lucky.. and semoga Allah menjauhkan kamu dari perkara2 yang akan menjahati dan menzalimi kamu...

    ReplyDelete
  26. X payah ikut fesyen pun ok, asalkan kita tidak menyemakkan pandangan org lain pada kita cukuplah... dan sangat betul kalo konfident tue yg akan menampakkan seseorg perempuan tue lawa di mata sesiapa pun, percayalahhh this d fact :)

    ReplyDelete
  27. hye Fatin Liyana, we met at Parkson Sunway Pyramid... remeber? plisssss.. remember... heheheh... i yg keje customer service kat sana tu... hehehehe.. nice to meet u...


    ^__^


    jemput dtg sini ye FL..

    entry terbaru, siapa rasa dia Malaysian..bacelah..renung jap..
    http://holylightfarhaniza.blogspot.com/2011/06/malaysian-jangan-letak-kepale-otak.html

    ReplyDelete
  28. good entry!

    jom tgok ni! :)

    http://handmadecraftcollection.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. yeay3....sangat sukee bace entri ini!!!!membantu saya dong...hooray2~~~

    ReplyDelete
  30. Haha,mmg pompan nie ssh skit nk puas,bgs cdgn tu..yg ckp aku mcm nie pn dh cantik...=)

    ReplyDelete
  31. Haha,mmg pompan nie ssh skit nk puas,bgs cdgn tu..yg ckp aku mcm nie pn dh cantik...=)

    ReplyDelete
  32. it's not what you wear it, it's how and the way you wear it.

    ReplyDelete
  33. pes time aida baca entry sampai habis :'( memang suka baca entry about girls. makes me think about my self and fix my mistake :')

    ReplyDelete
  34. setuju3!!
    sgt memberi pengajaran^^

    ReplyDelete
  35. Kajian psikologi bahawa lelaki diam sambil berfikir dan perempuan bercakap sambil berfikir.

    Sebenarnya manusia tidak akan puas untuk kejar sesuatu,seandai ia ada 1 gunung emas ia akan mahu 2 gunung emas pula.seandai ia ada selautan mutiara,maka ia mahukan segala didaratan juga.Sesuatu perkara yang dibuat rasa puas bila adanya SYUKUR dan REDHA dalam diri.

    Tutorial Blogspot


    .

    ReplyDelete
  36. This entry best gila ^^
    But it's tiring to read, panjang gila -,-" Letak pic banyak sikit, Fatin kan cantik ! ;P

    ReplyDelete
  37. Orang kate, memang la laki nafsu 1 akal 9, n pompuan nafsu 9 akal 1.. tapi si lelaki nafsu yang satu tu pon tak boleh kawal.. kahkah!

    ReplyDelete
  38. bertambah tambah matang sekarang...^_^

    ReplyDelete
  39. love ur perspective towards fashion right now fatin! :)

    ReplyDelete
  40. kalau ler tak ada lelaki dalam dunia. tak ada perempuan akan sibuk2 melawa. kahkah

    ReplyDelete
  41. finally...

    baguslah entry ni adik bagi kesedaran sikit kat muda-mudi yang sanggup bergolok gadai sebab nak ikut fesyen..

    ReplyDelete
  42. aku pun macam ni. tak bleh nampak apa fashionista pakai. huhuuh nasip FL tulis entry ni kalau tak. tak hengat sampai ke bila. thanks FL.

    ReplyDelete
  43. you are fucking correct !
    thumbs up!

    ReplyDelete
  44. sgt tersentuh dengan isu kali ni.mmg btol2 ad kaitan dgn i.Dulu every time nk pegi kelas mesti amik masa more than 1/2 an hour la gk nk bersiap bagai.make up sume ko..sumenye semata2 nk puaskn hati org lain.kwn2 slalu puji cantik n kadang2 gaya i dyeorg ikut.so,konon2 utk maintain reputasi sentiasa la kena cantik..btol u ckp fatin,kdg2 rse menyusahkn diri,penat.n fyi,now i da xmakeup n just wearing spec je.lantak la pe org nk kata :)

    ReplyDelete
  45. very2 god entry aten!!

    less is more ,indeed!!

    ReplyDelete
  46. akhirnya awak sedar jugak..baguslah sebelum terlambat..jadilah diri kita sendiri..byk lagi benda berfaedah yg kita leh dapat

    ReplyDelete
  47. salam!suke bace blog ni....huhu...cume nk gtau kalu x silap saye la...kate2 wanita da 9 nafsu satu akal dan lelaki ada 9 akal satu nafsu bukan hadis..tp kata2 rabiatul adawiyah-ahli sufi..ce try goggle pasal dia.her story is AMAZING..anyway keep up the good work!

    ReplyDelete
  48. akak memang hebat ahh ! that the fact yg kite as pompuan mmg tak bole lari :) suke sangat bace blog akk rase mcam berilmu siket HAHA ^^

    ReplyDelete
  49. hujah yang bernas-bernas je belaka :p..eeii suke laahh dgn kak fatin comey ni.beauty with brain:)

    ReplyDelete
  50. well written girl :) keep it up!

    p/s : follow me back TQ

    ^_______________________^

    ReplyDelete
  51. well... the picture already said it..satu pingan penuh + 2 jumbo glass wit big straw,,2 kali slurpp je...clearr =P

    ReplyDelete
  52. And this entry pun, i couldnt agree more. Beautifully written.
    Seriously apa kak fatin tulis rasa mcm, "OMG thats so me too". haha.

    Thankyou. May Allah bless youu
    :)

    @intan.nur.hadilah

    ReplyDelete
  53. Thats why saya x suka mekap sangat..lagi satu tang nak solat tu betul ..penat woi kalau dah mekap ngan foudation, bedak , kang nak pakai balik..satu lagi keje.pasal tu kita kene simple as what we are..benda ni dh lama patut difikirkan wahai kaum ppuan..
    So fatin this was a good explanation..why must we do it..why we must don't do it..

    ReplyDelete
  54. muka akak ni ala-ala muka Tiz Zaqyah lah. cantikk.

    ReplyDelete
  55. Aku suka part Blackberry kat gambar tu je..ahahahahahaah

    ReplyDelete
  56. hai fl,

    ini first time i read your blog. thank you sbb you brought this matter up. i dah lama fikir cmni juga and i dah byk berhabis duit utk baju, bags and shoes. sedangkan i plg comfortable dgn my simple shirt,jeans and flip flop. dah terlalu byk pembaziran just utk ikut trend. same goes to smartphones! thanks sbb remind us about this thing. very well written!

    ReplyDelete
  57. You bukan fashionista ke dek, coz i tried to follow ya sence of fashion ni, semua blog baju yg you promo i pon g survey, nak dress up like fatin liyana kononnye ni... Teeheee...

    ReplyDelete
  58. yup rite....tp nafsu lelaki yg stu tuh menguasai 9 akal lelaki dan 1 akal prempuan menguasai 9 nafsu prempuan... i think god already create us fair enough... :)

    ReplyDelete
  59. yes.kita sama kak fatin :)
    but saya suka pake shawl pashmina.lewl..who cares..

    ReplyDelete
  60. nice entry , thumbs up fatin liyana ,

    ReplyDelete
  61. Memang betul orang perempuan ni buat lelaki pening kepala, dan bila dieorang cakap lain hari ni..esok dieorang cakap lain. Tapi perempuan ni special sket, walaupun dieorang macam tu. Lelaki yang sayang tetap ikutkan aje...kalau lelaki yang peel macam tu memang kene tampo aje..kah kah.

    ReplyDelete
  62. Ohow, entry akak bagi semangat kat saya. Thanks ! ^-~

    ReplyDelete
  63. good things to review.nice words fatin.

    ReplyDelete
  64. Setuju 110percent...permpuan dikurniakan 1 akal,
    tetapi dgn 1 akal dia blh menyelesaikan 10 mslh
    dgn satu masa. Sbb 1 akal yg dikurniakn kepda kaum
    perempuan itu bercabang2 byknyer..tetapi dibandingkan
    dgn lelaki yg dikurniakan 9 akal,
    namun mereka masih dikuasai oleh 1 nafsu yg merajai 9 akal itu. Dan
    walaupun perempuan dikurniakn 9 nafsu
    namun perempuan msh mampu mengkontrolkan 9 nafsu itu
    dengan 1 akal ituuuuuuu....dats
    my opinion n my pengalaman sebenarnye....
    Sorry guys, saye tidak maksudkan semua,
    tapi majoritiiii...ahaks..

    ReplyDelete
  65. hehe...xde hadis pasal perempuan 9 nafsu 1 akal.org melayu sebut2 je...tp ade btlnye

    ReplyDelete
  66. hehe....xde hadis pn sbnarny.org melayu je sebut2.but ade btlny pn.gurl byk nafsu guys byk akal,.akal menipu smue ade...hehe

    ReplyDelete
  67. hehe....xde hadis pn sbnarny.org melayu je sebut2.but ade btlny pn.gurl byk nafsu guys byk akal,.akal menipu smue ade...hehe

    ReplyDelete
  68. lELAKI PERLU MEMBIMBING PEREMPUAN...ITU TUGAS LELAKI...JGN PERDAYA DIA KE JALAN YG SALAH.....ITU JALAN SINGKAT KE NERAKA....SAMA2LA KITA SALING MEMPERBAIKI DAN MUHASABAH DIRI.....PEACE.

    ReplyDelete
  69. Mcm tu wanita.benda yg terang dan nyata dinafikan demi keadilan katanya.Berfikiran naif tanpa memandang ke hadapan.Bila ada pangkat dan harta sanggup mengenepikan lumrah hidup demi mencari kebahagiaan.Yg menjadi mangsa adalah lelaki.Segala pengorbanan selama ini dianggap tiada nilai baginya.Umpama perumpamanaan melayu, gajah di depan mata xnampak tetapi kuman diseberang boleh nampak.

    ReplyDelete
  70. wow.. you just made my day.. continue writing please.. :)

    ReplyDelete
  71. sebenarnya ini bukanlah hadis ttp sekadar kata2 tokoh tertentu. Ada yg kata ia adlh kata2 Rabiatul Adawiyah.

    Mungkin dlm keadaan terntentu nafsu lelaki itu 9 dan akalnya 1

    ReplyDelete
  72. thats why perempuan dipanggil kaum hawa... 'hawa'nafsu.. ngih2..

    ReplyDelete

Do you like my entry? Comment if you have any idea to share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...