Tuesday, April 5, 2011

Have you tried Korean Food?

Assalamualaikum

Kau tengok cerita Korea? Aku tak tengok. Tapi kalau aku TERsinggah bilik Farah selalu la jugak TERtengok beberapa scene. Yang aku perasan, orang Korea ni bila makan dorang macam semangat gila kan? Macam sedap sangat je apa yang dimakan tu. Kadang-kadang teringin juga nak rasa makanan Korea. Tak tahulah teringin sebab terpedaya tengok dorang makan ke apa....

Sebut pasal makanan Korea, yang aku tau 2 je. Kimchi & Bibimbap. Macam nama haiwan peliharaan pun ada jugak...... Ala ibarat orang putih yang hanya tau Roti Canai & Nasi Lemak bila sebut pasal Malaysia betul tak betul tak ?? Err...anyway pada hari Jumaat lepas, aku telah mengajak housemates untuk jalan-jalan di Bandung sebab dah lama sangat kitorang tak keluar bertiga!



Tujuan asal sebenanrnya nak service BB aku yang dah helpless & survey harga camera kat electronic centre. Alang-alang tu moh la pegi makan makanan Korea. Aku siap dah google map sehari sebelum.....yelah kang sesat leceh la, Bandung ni macet terussss!


Kami telah pergi ke Korean House Restaurant. Tak jauh dari PVJ. Aku ingat restoran ni macam modern2 ala-ala Sushi King ke...tapi tidak sebenarnya. Dia sebuah bangunan yang kelihatan macam traditional Korean castle. Macam dalam series Princess Hours. Yo yo je aku, padahal tak pernah tengok pon haha!

Masa nak order tu jakun la jugak, sebabnya aku tak tau macam mana nak pronounce exactly the Korean words. Lepas tu over-excited, biasalah first time orang melayu makan makanan Korea. Masa aku tengok menu dia tu, aku tak tau nak pilih apa. Sebab semua macam tak sedap LOL. Kalau Japanese food tu at least nampak tempting bagi aku, tapi Korean food macam tak.



1# Complimentary dishes  | 2# Ema's Dolsot Kimchibap 
3# Korean Fried Chicken  | 4# Farah's Sundubu Cige   


 
 5# My Dolsot Bibimbap !

Akhirnya aku pilih Bibimbap! Hari tu kecoh nak makan sangat kan hehe. Tapi macam tak kenyang jadi aku & Ema share beli Korean Fried Chicken. Ok yang ini serious sedap. Aku rasa kalau aku makan Bibimbap begitu sahaja mau aku muntah sebab tak sedap kot? Rasa Bibimbap ni macam plain sangat. 

Ema pulak makan kimchibab. Kimchi pon aku tak boleh terima sebab dia sangat masam dan pedas. Sikit lagi je kena gastritis. Over haha. Farah makan Sundubu Cige. Ia adalah sup tofu, telur dan daging pedas. Aku sangat suka sundubu cige! Tapi dia kena makan dengan nasi, kalau hirup macam tu je, akan rasa masam-masam kimchi, which I don't like.



Sila bayangkan kelajuan tangan Ema


Kata tak sedap tak sedap pon habis jugak hehe


Ramai orang Korea makan disini. I mean REAL Korean. Businessman, family & friends. Tengok diorang makan sedap je.... asal aku makan biasa je wuwuwu


Kitorang duduk sini lama betul, dari petang sampai malam. Sebab makanan tu portion dia besar-besar, so kena makan perlahan-lahan. Oh ya yang aku minum tu adalah sejenis tea. Tapi rasa dia macam terbakar & garing. Entahla aku tak tau macam mana nak explain tapi rasa dia pelik.


Tunaikan solat anda di mana jua anda berada.... Solat sebelah meja makan haha!


Korean food is definitely not my taste tapi at least da pernah try kan? Aku rasa korang better pergi try sendiri kot sebab lain orang lain rasa. Mana tau orang lain kata sedap je ke kan. Oh ya lepas tu kitorang pergi PVJ dan pergi tangkap gambar dekat Jonas Studio. Best giler! Kitorang buat picture block sebagai kenangan. Nanti dah balik Malaysia, tak tau jadi housemates lagi ke tak sobs



Me, Farah & Ema. Kami adalah kombinasi housemates berperangai pelik tapi comels!



1# Red Bean | 2# Ema's Innocence juice, Farah's Mochacino Frappe & My Vanilla Oreo Blended | 3# Kung Pao Chicken + White Rice


Lepas tangkap gambar dekat Jonas, kitorang jalan-jalan tapi sebab semua pemalas taknak jalan so singgah dekat Red Bean untuk minum-minum. Eceh, padahal baru je kot lepas makan Korean food? Lepas tu boleh pulak aku lapar lagi jadi aku pon order KungPao Chicken and nasi =p Lama jugak lepak sini sampai mengantuk-mengantuk ... tapi aku dah warned dah jangan sesiapa pon tido dalam kete, semua kene teman aku berborak sambil driving.


 
 This is my boring face.


p/s : Aku lupa bawak purse. Upgrade BB pon Farah yang bayar. Makan semua Ema & Farah bayarkan dulu haha. Careless gila, tak pernah aku tertinggal purse selama aku hidup ni..nasib baik housemates aku jenis yang tak berkira dan baik hati =)

update : Sebelum makan di restoran Korea ini, saya dah tanya pada pekerjanya, dia kata Halal. Yang bekerja juga orang Islam. Kalau orang tu menipu, dialah yang tanggung dosa kami =)

Thank you for reading this entry !

130 comments:

Dawa said...

sincerely, ximpress sgt psl korean food dlm entry ni. tp impress psl solat di dalam dining room tu. alhamdulillah..

misslysaemilia said...

acely u r natural beauty dear. :)

Ikemal said...

nmpk sssssdapp..

Entry Terbaru

Cerita Si Penunggu yang boleh dikatakan agak kacak
Contest Dari Epilogue Seorang Loser: Mudah dan menangi header design

farahin :) said...

i love korea a lot.
n i would like to try their food too ;)

*kak atin tak leh careless2 dah tau, dr mana blh careless kan? :)

ani said...

Hi fatin, rajin2 update ye, suka baca blog fatin,

pernha gak dulu makan korean food kat Kompleks antarbangsa, Kl, sedap gak tp pedas2 makanan dia...

Marya Hana . said...

maybe x kena dengan citarasa u..
i rase best je makanan korea, cepat kenyang.. :)

Afini said...

fine, sedap !

norhatizah mohamed said...

wah. slame ni sy tau sushi je . haha

norhatizah mohamed said...

wah. slame ni sy tau sushi je . haha

Syuhada Elmi. said...

Sedapnyaaaa *.*

Pinky Pink said...

emmm best nya jln2 smbil mkn kn..tp yg x best nya mcn mna u leh tingal purse u tu..hehe

Cik Yana said...

Teringin sangat nak try korean food. Especially kimchi tu. Macam sedap je tengok dorang makan. Nak!!!!

Entry terkini: Blogger yang buat cik Yana tension!!!

Juno said...

wahhh mesti sedap kan? kimchi tu masam2 ke? boring face pn tapi gorgeous youuuu...

eh saya lagi cepat dari yuyu? :p

saNah said...

bestnya...mkn2 ehh

nuraien said...

dah mkn jgk mknan korea kat pv..sedap gak..klu ambik yg ade daging pangang2 tu..tp klu bibimbap..memang x sedap lah kot kat tekak aien nie.hihihi..aien tergedik kan nak mkn korea..konon2 cm cerita korea..kan,rasakan.hihihi

Aini Shahida said...

hehe..nmpak mcm cdap..len kali nk try..nk mkn ngn sis FL la..hehe..lalalalala..:)

Nailah Azman said...

Nama makanan nampak hebakkk tapi rasa plain eh? Hehehehe.
Aaaa Fatin dah tukar ke innity eh?
Ramai dah berpaling tadah ni dengan Nuffnang. ;)

アヌム ちゃん~~ said...

salam.tak pernah rase jugak korean food..xtau rase die cmne.btw FL, ape korean food plg sedap penah mkn?kot2 boleh promote cket ke kan..nnt2 boleh la try kot2 ade peluang pegi korea ke kan.haha.arigatou nee~

Ayeem Jemain said...

dapat kapel ngan boring guy ok gak. muka boring pon dah grrrr rawrrrr

kucarkacir said...

makanan korea sedap la..

kalau pegi korea..
makanan die mmg SUPERB la !

ama said...

0.0

y u y u Z u l a i k h a said...

wowwww! solat masa makan! terbaikkkkk ^^


<3

♀ Perempuan Manis said...

wonder kenapa org korea makan mcm bersemangat jer?? heheh..i rasa lah sbb dorang nk kasi kite terliur masa tgk drama dorang..its the way of them to show their culture to outsider..org korea bkn buat cerita semata2 nk untung..tp lebih kenapa promosi budaya mereka..i sndiri penah buat kimchi yg tak jadi..tp i bantai jer makan sbb dah terbuat kan..not bad, sedap juga! hehehe..

nn said...

kimchi memang masam-masam. sekali rasa macam sayur tu dijeruk. tak tau lah betul ke tak. tapi sukaa sangat! korean food pernah rasa kimchi je. yang lain belum lagi :)

Zharif Azis said...

bestt nya :) mcm nak gtry lah . tp bandung jauh sangat . hahahhaa

teeha said...

yeahhh . impress pasal solat :) tade alasan untuk kita skip solat :)

farah hannah said...

pernah makan kimchi, mula2 cam excited nak rasa then bile dah rasa...
ewww, confim tak nak mkn dah after this...
tak suka the seasoning....hehehe

Cik Muda Sae said...

tengok mereka makan meggi atas tutup periuk pun dah sedap kan kan kan.......

Farhana Basri said...

i pernah makan korean food jugak. dekat seoul garden. why don't u give a try. kat situ, most of the food kne masak sendiri. grill. kn dlm korean movie ada kan. =)

kc kasedah said...

ingatkan u layan korean thingy! okay saya silap ttg anda!

Nur Hanani said...

wow..bestnya u dapat housemate yang sekepala n comel..banyak tul yang u makan 1 hari..nasib tak memerut. :)
Jom baca ni: Cerita selepas ABPBH 2010..Datuk Siti Nurhaliza, Yuna??

Cik Nursya said...

wahhh!! mcm best.. tp takut nk try..

miss minn said...

kak fatin ni macam macam cakap pasal Bandung sampai kita readers ni pun dah tempting gila gila nak pergi sana. Haih, ni nak marah ni!!!

btw, I think you should be Bandung's spokesperson! Hehe :D

NADDY KZAMAN said...

hehe, den rasa ekau mmg suko masak lomak cili api kan..tape2 at least da try kan..=)

tutup mulut said...

fatin, seriously kali ni mekap sgt simple dan nice.

TheAngelWearsHijab said...

makan banyak tetep langsing....tipsnya dunkk heheheh

tikah said...

suke tang solat tepi meja makan..
balik nie kne try makanan korea..^0^

O'gosh said...

nasib x makan semalam...

greyd0lphin said...

solat still lg diutmakn..bgsnye..tringn gk nk mkn korean food,nmpk cm sdp je..huhu:P

hanabanana said...

makanan korea mmg xsedap! mase pegi korea dulu nasib baik bawak serunding n brahim so boleh mkn dgn bibimbap. hihi

Mira Amirudin said...

yup....apa2 pun solat yg penting kan ;)

Nazurah Mohd Noor said...

nampak macam sedap . i penah rase kimchi ramen je . sedappp lah jugak . hehehe .

♥yaya budak suka embun♥ said...

bagus..xlupa solat :))

Mohamad Uzair Bin Othman said...

sedap tahap mn tu?hee

~*~ NiaCollection ~*~ said...

FL yg sangatla chomel.love you FL <3

blog updated : http://niacollections.blogspot.com/2011/04/nc-giveaway.html

dja_amiensukhri said...

yeke boringface?? cumel jep.. hehe..
errr, nak jugak rasa masakan korea.. kimchi, kimbab.. yg penah rasa cuma mi ramen jep.. haha..

nur aisya humaira said...

waa,macam nk try je korean food..ti perut melayu,tkut tk leh nk terima...kekeke

Apple Cute said...

fatin...mcm mane ley tak bawak purse? lesen bawak x? hehehe

anyway akak pon teringin nak makan korean dood tp x berkesempatan lagi...tgok depa makan semanagt je...kene cube dulu baru tau rasanya ek..kene tak ngan selera kita...^_~

Amirrah Zawani said...

korean food kureng sikit la.. suka japamese food lagi.. :)

maiza love said...

x suka tgk citer korea tp makanan dia bole kot nak cuba hehe..sedap ke

nanie zainudin said...

akakkkk cantek ^_^ tringin nk nmpk cantik bile pakai tudung mcm akk....
tp kt ni tembam ngat..keh3

mizie mozoe said...

uyoo je aku nak tulis

iezawanza said...

rse tringin gak nk try korean food. especially shushi. tp tkut x sdp..

cujen said...

u lg cantik kalau tak makeup...

cumigd said...

da pernah rase kimchi ramyun... ok la tapi rase die pelik la... hee..=)
kan lidah org melayu...haha..

~uǝǝʇɐɟ said...

wahhh!! sy pun tak suke korean movie but fashion diorg saya layan.. http://collectionsf.blogspot.com/
hmmmm,bagus la sy impress sgt psl solat. gud sis :)

IRINBLOGSPOT here :)

Ms and Mr Red Ribbon said...

hehe fatin makan korean food kat bandung, me makan korean food kat amcorp mall kat kl nih... ok la agak manis2 sikit, i like ;)

suriani sakura said...

korea...sebut je cm leh naik gile....coz mint gile ngn mknan dia.. tp ade yg x sedap gak

shazika said...

kwn sy suka giler ngan bnda2 yg berkaitan ngan korea. kalau tunjuk at dia ni mesti dia swonok.

ermm..kim slm kwn2 kamu. they r gojes. u too :)

Biey said...

rasa bedebar-debar plak bila tengok gambar awk solat sblah meja makan tue.. [kagum habes]..

sejuk perut ibu mengandung..

nurayunni said...

cantik la sis...mcm best je mkn tue..nak cube jgk la..:)

Izyan Masri said...

KEHKEH.TERINGGAL PURSE TU YANG MAHAL.INGATKAN SIS FL YANG BAYAR SEMUA SAMPAI HABIS,RUPANYA ORANG BAYARKAN DULU EYH.COMEL JE XD

nadia said...

nadia mmg xsuka kimchi..sbb time kat korea dulu..bau kimchi sgt busuk! uhu~xtahan~~

dmaqmalaysia said...

rasa macam tak tergoda sangat la dengan korean food..tak reti nak makan kot..hiks..
anyway, suka tengok FL !!! hee

Eyka Atma said...

Wah.. crius teringin giler nak try korean food ! <3

yg solat tu, TERBAIK LAH... =)

zeeqah kaheel said...

hi FL, :)
im 1 of ur silent readers, everyday pon bkak blog u.

nice ! like all ur entries. mcm u really2 story it dpn i. hehe :)

btw, im nt sure is it d cmera trick o not,looks like u r losing ur weight. bt u r still beauty in ur own way.

tc :)

maya said...

waaa..teliurnye tgok die nye food! ^_~

GaDis eQa said...

kimchi sgt pedas n tak sedap.huhu.

amy syahirah said...

sis fatin sgt cntik .

NisaAdnan said...

WOWOWO NMPK MCM SEDAP GILERRR JEE ^^

MarAsh said...

korean food mmg x sdap~

´¯`·.¸¸.·♥ amirah liyana´¯`·.¸¸.·♥ said...

sembahyang sebelah meja makan...bagus2!!!!

beLLa said...

antre korean n japanese food, kte prefer japanese. kimchi mmg tak sedapla. hee~

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

kem salam rumate yohh!!..sy suka kfc, jom lepak makan kfc FL,..=)
muah!

Nur Aju said...

bibimbap..bibimbap..bibimbap.. ;D

~batrish♥~ said...

ha'a betul la fatin mmg time tgk diorg makn dlm cite tu macam sdap...
tapi sekali da rse kimchi yg diorg slalu makan tu erm...takla sesedap mne..tp bibimbap sdap..=)

gedebus gedebas said...

ur friend ema..cantik..hee

athira said...

nasib baiklah farrah dengan ema tu bawak extra cash..hehee..kalau tak??toinktoinnktoink~

MR. SYAH said...

makanan korea byk sayur mmg xkn mknlh.. tp teringin nk pergi korea..

bagus.. walau dimana jua solat perlu diutamakan..

storyfromme said...

orang korea suka makan makanan mentah kan?

Azreen Zunairah said...

beshnya kak atin mkn...semuanya nampak sedap jek tau

Nana {♥} said...

nana dah try korean food. nana rasa tak lah sedap sgt, biase2 je. tp mama suke plak.

leen said...

suke tgk cter korea tp x pernah rasa makanan korea.sob sob sob...

MaS PuTRi said...

fatin, muka fatin mcm linda onn lah sikit


INFO PUTIHKAN KETIAK!!

alia maisara said...

LOL. :)
halal keeeeeeee?
selalu korean food ni mesti nak tabor2 arak setitik dua. tak diterima amalan 7 keturunan.hehe
watch out guys :))

misz aisya said...

alamak akak! haah serious nampak cam tak selera n plain..malaysia food always the best kot! haha

**::CIKNUURUL::** said...

bgus FL,.tnaikn solat dimana sja,alhmdlillah,.hehe,.tp bley plak lupe bwk purse ek,.aduyaii,ehhe,.

cik fara @ fanadz said...

plaza dago! tersesat mencari jalan dago dan berenti makan di situ akibat letih berjalan jauh.uhh. taknak jalan lagi.

Fatin A'lia said...

waa..sy suke korean food.. gi mkn kt seoul garden n ko hyang korean country delights.. mmg puas hati n kena ngan cita rs sy =). p makanan korea ni kena hati2 skit..takut tak halal =)

Fuza Marquis said...

seriously i dont like korean food
rasa dia mual

nur afrah radzi said...

Saya suka makan ramen!! eh ramen makanan korea ke jpun??haha.konfius..

mari baca cerpen swift,ungu dan 143 nukilan saye.

http://nurafrahradzi.blogspot.com/

Syafiq Rosli said...

xmo2..nt sy jadi orang korea..lalala..:)

Woofer Storm said...

memang sedap,rasa nak mkan pun ada..heheeee

dyan said...

teringin nak try kimchi..ramai kata sedap..

http://dyankamarul.blogspot.com

Anonymous said...

huhuhu

Anonymous said...

huhuhu

nurulfaridah said...

comelnye kkak pkai cm 2 ^^

$H said...

suke korean food..tp skali je mkn.. kt seoul garden...

ctzurai said...

fatin,xsedapla korean food....makan pon xde perasaan..kuang3

Shira Shafrida said...

best ke??

teringin jugak nak try.. food korea jelah.. airnya tak nak.. :D

Anonymous said...

i think there's another faker la atin http://www.facebook.com/profile.php?id=100002269275877&sk=wall or is it the real you?

Eryn Azreen said...

so proud of u

Arief Arf said...

saya orang melayu sejati, saya tidak makan makanan asing

Mashii said...

tak lalu la nak makan makanan korea atau jepun..sampai sekarang pun tak pernah lagi rasa wasabi..erghhh..kawan kate pedih kat hidung..jadi perasaan kata..tanak2 try..korea ni lagi tak lalu..tapi klu ayam penyet kat sini sedap..ahh..kenapa aku komen lari tajuk ni...ahhhh...(stress)

Ain Atika Zailani (PAL) said...

wahhh...i penah makan kat restoran jepun tapi i kan perut melayu..memang tak sedap la..hahahhaa...cuma suka satu je makanan jepun..tako tao...

LindaRahim said...

x penah cuba...

Firdaus Kasim said...

kita adalah apa yg kita mkn.. siapa nk jd org korea, mknlah mkanan korea.. hehe

Entri Terbaru Saya :
Video Seks Anwar : Permainan Politik yang Jijik dan Memalukan!

Jαnnαhツ said...

i have tried korean food before but it tastes not so good la. it was ddukbokki i guess. it doesn't fit my taste though...

strawberrycincau said...

kena try gak nih korean food.. heee..
err, btw.. ur boring face is so cute!! wink2..^^

Anonymous said...

hai babe. i sukala style2 tudung u and make up gyaru tu..update la selalu cara you bertudung, blh buat sumber inspirasi. hehe. goodluck in your study and be happy always k. -farah,uiam.

SCHAKEYRA said...

seouol garden dah gi?? ok gak situ~

♥NiniHartini♥ said...

pernah juga masak mknan korea. tp teringin gak nk makan yg real dr kedai korea...

fienaz said...

terbaekk ahh...(^_^)

Anonymous said...

tak nak tanya banyak.cuma nak tanya kasut u yang warna kelabu masa first picture tu kasut apaaaaaaaaaaaaaa?waaaaaaaaaaaa cantiknya.waaaaa mcm comfortnya....waaaa plis kasi tau ehehehehhe

My MiRa said...

fatin..nak tawu tak mira selalu datang sini
tapi sebelum ni as silent readers...hu3...
fatin hari tu kan mira dijemput kat universiti mira untuk ajar pakai shawl kat satu event ni..tapi mira tak tawu nak ajar pakai shawl style
macam mane..then mira pun ajar diorang pakai shawl ala2 fatin liyana...mira siap tunjuk pic you lagik besar2..then sume orang cam cakap wow...cantiknye..hehe...then last 2 mira tayang blog fatin kat diorang and mira cakap suh singgah blog fatin sebab banyak tutorial kat dalam tue... :)

MANZARINA said...

laaaa... x besh sgt ker mknn korean? baru cadang nak nikah ngan org korea.... x jadi lah gini!!! wakakaka

Anonymous said...

Baru je tny halal ke x, tp u dh tulis at last entry ni..
Seperti yg org len dh ckp kat ats ni nk mkn mknn korea mmg kena hati2, sbb diorg ske campur arak dlm stiap masakan diorg, even dlm resepi original pembuatan kimchi ni sndri pun ade letak sedikit tuak..
so kena watch out next tym..

hayatunfadzila said...

nmpak cam yummy je....nak try gak la..

Amira said...

penah mkn skali jeh , tasedap lah ;( cm tawar jeh . haha. btw solat kat tepi meja mkn tu suke tgk . haha. good2 :D alhamdulillah

Mamachia said...

cantik fatin pakai tudung cam gitu...

peGuaM_BiSaYa said...

singgah jengok akak chantekk :)

LittleGurl said...

waa..cane nak makan korean food ne?sushi pom still tak leh nak telan lagi T_T

CWL wanie LovelA said...

sape kata kak FL pakai make up tebal???

KAK FL ..ADIK TG ORYGNAL CUN XMAKE UP PUN SAMA CUN JA!

syitah said...

hello fatin liyana,
sy suka gak sushi dan makan di seoul garden! ;)
tapi sesama islam kene hati2 gak. bukan semua arif halal haram dan di antaranye..

http://topiberfikiraku.blogspot.com/2011/02/perkara-syubhat.html


http://darululumonline.wordpress.com/2010/05/26/beza-arak-dan-alkohol/

atheenLoveTop said...

heheheheh...beshnyer...npe xtry makan dekat seoul garden jew..kompem halal pyew...huhuhu

Aida Ruzana said...

korean fried chicken tu mcm sedap.. =P

cLovErX said...

kat Malaysia pown ade jual kimchi.. i am loving it !! if u all nk try, cubala carik kat Jusco.. ade yg buat kt sini n insyaAllah halal, xde penggunaan arak pun.. nak buat sndiri pun boleh... google the recipes, belambak2..psl bahan2 nk buat semua leh dpt kt cni..
i bukan peminat sayur tp once dh rase kimchi.. mmg suka..atleast adela sayuran yg dimakan..

yatie's EPISODE said...

huishhh... rase lapar pulak. macam sedap. one day, nk try. tp kat malaysia lah. wuhuu.

Linda said...

Salam kenalan... I love korean food..especially bibimbab dan kimchi jigae... sedapnya.. btw, jemput lawat blog saya yer:
http://pearlbeautymomma.blogspot.com/

finn said...

masam mesti banyak cuka mereka letak. uihh, masam2 nih sy x suka, especially dlm menu lauk. kalau snek ok aah ^^